tag:blogger.com,1999:blog-2491718528912401261.post8596746123365572197..comments2024-02-20T18:13:37.677+08:00Comments on lahabau: RPK Ke PenjaraUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2491718528912401261.post-74947593928955996422008-05-07T15:12:00.000+08:002008-05-07T15:12:00.000+08:00Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Ses...Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan sebagai komen kepada artikel yang disiarkan oleh Raja Petra Raja Kamarudin dalam laman blog MalaysiaToday, tahun lalu.

Syed Akbar Ali, 48, yang juga seorang penulis beberapa buah buku mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Ini merupakan kes pertama membabitkan seseorang yang menghantar komen kepada artikel dalam laman blog di Internet, didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948.

Syed Akbar didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 2.59 petang, 5 Jun tahun lalu di Zeenath Begum Jewellers Sdn. Bhd., No. 2007, Jalan Masjid India, di sini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menerbitkan kata-kata yang menghasut sebagai komen kepada artikel yang diterbitkan oleh Raja Petra bertajuk 03/06: Malaysia’s organised crime syndicate: all roads lead to Putrajaya dalam laman blog, Malaysia-Today yang mempunyai alamat http://www.malaysia-today.net.

Komen tersebut bertajuk It It Easy To Impress The Malays.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketua Penerangan UMNO yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib merupakan pengadu dalam kes itu yang dibuat pada 23 Julai tahun lalu.

Komathy membenarkan tertuduh yang merupakan bapa kepada dua orang anak dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 10 Jun ini untuk mendengar hujahan berhubung bantahan awal pihak pembelaan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusof dan Mohamad Hanafiah Zakaria manakala Syed Akbar pula diwakili tiga peguam, Ashok Kandiah, Malik Imtiaz Sarwar dan Haris Ibrahim.

Terdahulu, Ishak menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 yang dianggap adil dan tidak membebankan bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.

Ashok bagaimanapun memohon supaya jumlah tersebut dikurangkan kepada RM1,000 sahaja dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama penuh sejak kes itu disiasat mulai Ogos tahun lalu.WaZiRaihttps://www.blogger.com/profile/02442577684282197138noreply@blogger.com