Wednesday, September 26, 2007

Ustaz Hadi lawat keluarga Nurin - PAS mahu K'jaan bertanggungjawab

http://www.harakahdaily.net

Salmiyah Harun Sep 24, 07 2:24:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku kepada kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, kerana ia berpunca daripada kelemahan undang-undang negara.
"Apa yang terjadi kepada Nurin adalah berpunca daripada kelemahan undang-undang British yang kita amalkan sekarang bukannya undang-undang Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Nurin di rumahnya di Wangsa Maju, Seksyen 1 pagi tadi.
Ustaz Hadi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama ibu bapa kanak-kanak malang itu Jazimin Abd Jalil dan Norazian Bistaman menegaskan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.
Malah katanya, kegagalan pihak polis membendung gejala jenayah seksual termasuklah pembunuhan kejam ke atas Nurin dianggap mengabaikan amanah rakyat.
Beliau juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz yang cuba mendakwa ibu bapa Nurin sekiranya kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kecuaian mereka.
"Sebenarnya pihak berkuasa gagal menangani masalah jenayah dalam negara ini kalau di negara lain Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seperti ini sudah lama letak jawatan," katanya yang turut disaksikan oleh kaum keluarga Nurin.
Tegasnya, dalam hal seperti ini bukan pihak keluarga mangsa disalahkan tetapi penjenayah terbabit yang sepatutnya sudah ditangkap seawal kes ini dilaporkan.
"Apa yang mengecewakan polis bukan sahaja tidak boleh menjejaki jenayah terbabit tetapi jenayah semakin bertambah,"katanya.
Ketika mengunjungi keluarga Nurin, Ustaz Hadi turut merakamkan ucapan takziah serta melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga terbabit, beliau turut dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.
Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada ibu bapa Nurin Jazlin serta memberi nasihat kepadanya supaya bersabar dan tabah menghadapi dugaan berat daripada Allah SWT.
Justeru, Ustaz Hadi juga akan membantu dan membela keluarga Jazimin jika sekiranya ada pendakwaan terhadapnya selepas ini.
Hadir sama AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nor Mohammad. - mks.


“Komen:
PAS datang bukannya nak tolong sangat tapi cuma nak cari publisiti, Kononnya bila datang awal dan buat muka-muka dalam gambar untuk ditunjukkan pada semua maka bolehlah nak hentam kerajaan. Ini bukannya tolong ikhlas. Dalam dunia ni kalau senang kita nak bahagikan orang, kaum PAS ni tergolong dalam golongan orang "BODOH SOMBONG", bodoh yang susah nak di ajar.

Golongan yang hanya mengambil kesempatan melalui kelemahan orang lain. PAS Pandai je nak cakap polis tak bagus buat kerja, Korang nih memang tak sedar yang selama ini polis dah banyak bantu rakyat dalam menjaga keamanan negara. Berbalik kepada kes ini, kita sebagai ibu bapa kenalah beri perhatian pada anak kita terutamanya perempuan.

Kena tahu mana anak tu pergi, dengan siapa dia keluar dan sebagainya. Bukannya biarkan macam tu jer. Bila dah jadi kes macam ni mulalah nak cari salah orang lain. Diri sendiri yang cuai tapi kenapa nak salahkan orang. Pesan orang tua-tua tentang macam mana nak jaga anak kenalah sentiasa di ingat.

Ni lagi satu’ malaun besar’, hoi! PAS kalau dah banyak sangat duit nak mengapi-apikan orang lebih baiklah bangunkan kehidupan rakyat yang di bawah pemerintahan korang. Daif dan miskin dengan keadaan rumah yang rendah tak terancang sampaikan rumah setinggan di Kuala Lumpur lebih baik dari rumah rakyat korang. Gunakanlah duit yang ada untuk bantu dia orang bukannya membazir tak kena tempat.”

PAS YANG LALOK

Kononnya mentadbir kawasan jajahan dengan berlandaskan ajaran Islam. Mempunyai ketua yang berkobar-kobar menggunakan ajaran Islam dalam perjalanan politik mereka. Tapi sebenarnya mereka sendiri ‘lalok’ tidak sedar yang rakyat di bawah pentadbiran parti pembangkang terutama PAS telah semakin hari semakin korup. Masalah dalam tanah jajahan yang semakin merebak ‘di bawah hidung sendiri’ tidak diendahkan dan di ambil perhatian. PAS sibuk dengan agenda mereka untuk memutar belitkan fikiran rakyat di luar tanah jajahan mereka bagaikan ’Lembu di luar cukup makan tapi kaum keluarga di rumah ‘mampus’ kelaparan’.

Masalah ajaran sesat semakin menular dalam masyarakat kita. Di Terengganu kes terbaru dilaporkan mengenai ajaran Tok Pa yang menggunakan kaedah ‘Ratib Gegar’ untuk memikat gologan-golongan berada dan VIP. Nampak sangat yang PAS – ‘tak buat kerja’ kerana perkara yang memalukan seperti ini terjadi di dalam kawasan PAS sendiri. ‘Bagai membuka pekung dikaki’ – busuknya, berulat mengotorkan negara.

Kini kita dapat saksikan bagaimana PAS sendiri lebih teruk dalam mentadbir kerajaannya sendiri. PAS hanya mampu ‘ omong-omong’ kosong kononya mampu membangun dan mentadbir negara. Cukuplah PAS, cukuplah dengan agenda ‘merepek’ dalam usaha menjatuhkan kerajaan, kerana rakyat dapat menilai sendiri samada PAS mampu untuk mentadbir negara atau lebih menjurus kepada menghancurkannya.

Lihat petikan berita dari Harian Metro 19 September 2007 mengenai isu Tok Pa ini:

KUALA TERENGGANU: Lelaki misteri dikenali ‘Tok Pa’ di sebuah penempatan terpencil di daerah ini dikatakan gemar melakukan ‘ratib bergegar’ yang didakwa mampu menarik minat orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk.

Malah, kaedah ratib pelik dilakukan lelaki itu yang dikatakan mengikut ajaran tarekat Naqsyabandiah yang diharamkan konon bagi mendapat aura ratib supaya lebih bertenaga.Lelaki yang gemar berpakaian jubah hitam itu dikatakan mengamalkan beberapa ajaran daripada beberapa kitab misteri dari Indonesia yang dikatkan dengan amalan tarekat diamalkannya.

Selain itu, lelaki berusia 50-an itu juga dikatakan sering mengasingkan diri dengan hidup bersama empat isteri dan pengikutnya kerana menganggap masyarakat sekarang tidak betul.

Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata lelaki itu juga tidak mendirikan solat Jumaat dengan alasan rumahnya jauh dari masjid.

Bagaimanapun, menurutnya, lelaki terbabit tidak mengatakan solat Jumaat tidak baik tetapi kononnya mendapati terdapat perkara yang menyalahi hokum dalam ibadah itu.

“Lelaki terbabit juga menganggap barangan yang dijual di pasaran tidak elok, justeru lebih gemar menternak dan menanam sayuran sendiri,”katanya.

Harian Metro 13 September lalu melaporkan seorang ketua ajaran pelik di sebuah kampong terpencil di daerah ini dikatakan meminta pengikutnya hanya melihat bulu roma meremang bagi menentukan waktu berbuka puasa.

Malah, lelaki yang mempunyai empat isteri itu dikatakan turut menggunakan ilmu hitam bagi membolehkan pengikutnya mematuhi permintaan dan arahannya.

Batu Burok: Pemimpin BN makin terdesak

dipetik dari http://www.harakahdaily.net
tulisan: Awang Harun

KUALA TERENGGANU, (Hrkh) – Pemimpin Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri semakin terdesak apabila terpaksa mengadakan siri penjelasan mengenai insiden Batu Burok yang berlaku pada 8 September lalu.

Beberapa siri penjelasan telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman selepas kejadian itu di mana taklimat mengenai kejadian itu disampaikan oleh pihak polis.

Pada kira-kira jam 2.00 petang ini, penjelasan itu melibatkan pengetua, guru besar, guru penolong kanan 1, guru penolong kanan (hal ehwal murid) dan guru penolong kanan (kokurikulum) daripada beberapa sekolah menengah dan rendah yang terpilih.

Mereka adalah daripada tujuh buah sekolah menengah yang dipilih dari setiap daerah kecuali 14 di Kuala Terengganu manakala enam sekolah rendah setiap daerah melainkan 12 buah di Kuala Terengganu.

Pejabat Pelajaran negeri di dalam suratnya P.T. 09013-01/12(30) yang ditandatangani pengarahnya, Arifin Embong mengarahkan mereka hadir pada majlis penjelasan yang diadakan itu.

“ Komen: Penjelasan yang dibuat adalah memang tempat dengan masanya kerana parti-parti pembangkang sekarang ini khususnya PAS gemar memutar belitkan fakta. Tujuan mereka hanyalah satu untuk memburukan pentadbiran kerajaan. Dengan tidak mempunyai maklumat yang terperinci, PAS mengeluarkan fatwa mereka yang merepek dengan sesuka hati tanpa mengambil peduli kesahihan maklumat yang diterima itu. Kita sebagai rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan perlu memulaukan PAS supaya parti ini tidak mampu lagi bangkit untuk menghebahkan cerita-cerita merapu mereka. Makhluk seperti Mat Sabu yang merupakan ketua makhluk perosak ini seharusnya diabaikan terus kerana jika dibiarkan, akan hanya merosakkan masyarakat dengan negara. Makhluk seperti ini tak ubah seperti ‘LALAT’ yang menghurungi sampah semata-mata untuk merosakkan masyarakat.”

Sebelum ini, penjelasan yang diadakan secara berasingan itu melibatkan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta golongan belia. - mks.

Kata sudah sepakat..DAP-PKR berebut kerusi Pulau Pinang

dipetik dari http://www.agendadaily.com

Apa sudah jadi! Jika sebelum ini pakatan pembangkang di Pulau Pinang dikatakan sudah mantap dan telah mencapai persetujuan dalam soal pembahagian kerusi, kini timbul cerita lain pulak.
Malah jika dilihat kepada kenyataan sebelum ini gambaran yang diberikan ialah pembangkang telah mencapai persetujuan dan Pulau Pinang akan menjadi negeri pembangkang. Dalam keghairahan tersebut, PAS Pulau Pinang pernah menyuarakan hasrat agar kerjasama politik antara parti itu dan DAP diwujudkan walaupun PAS Pusat telah menyuarakan pendirian tidak akan mewujudkan pakatan politik dengan DAP.
Namun, kenyataan-kenyataan tersebut mula tercabar apabila DAP melalui pemimpin tertingginya, Lim Guan Eng secara sebelah pihak telah mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana menurut PKR, keputusan yang dipersetujui sebelum ini tidak seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hassim berkata perbincangan antara pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini menetapkan bahawa DAP hanya bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kawasan DUN. Manakala PKR dan Pas akan berkongsi bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN.
"Kalau boleh, kita hendak bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional di semua kawasan," katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, hari Selasa. Hasrat DAP untuk bertanding bagi tujuh kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri di Pulau Pinang diumumkan oleh Lim Guan Eng semasa berada di Pulau Pinang Ahad lepas.
Zahrain berkata, PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP bagi mendapatkan penjelasan mengenai kekeliruan pembahagian kerusi yang telah dipersetujui sebelum ini. Pada pilihan raya umum 2004, PKR memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh melalui presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala calon Pas Mohd Hamdan Abdul Rahman menang kerusi negeri Permatang Pasir. – 18/9/2007

“Komen:
Apa Dah Jadi
Apa dah jadi

Apa dah jadi
Sampai sekarang tak berpakat lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi K
alau tak jadi malulah nanti
Apa nak jadi
Ha ni dia... cerita pakatan pembangkang

Pakatan PAS yang mula sekarang terkangkang
Baru hati nak berjinak-jinak bertanding
Tersadung jatuh dek DAP Penang
Hati bengkak dengan Lim Guan Eng

Suka hati tak mau PAS bertanding
Depa orang PAS dah kena kencing
Melepaslah sudah, sekarang buat muka boring
Cakap : Tu lah bodoh tak pakai otak Kena carilah plan lain.. apa boleh buat


Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak bertanding menyesal nanti
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau terlambat tak guna lagi
Apa dah jadi
DAP nak bertanding 7 kerusi

PAS di Penang, semua panas hati
Langsung DAP tak mau kasi peluang lagi
Bercita-cita nak lawan BN dalam negara

Tak sedar diri kecik.. rakyat pulak tak suka
Melepaslah lagi

Cakap : Ikut malu hati nak lari je dari sini
Hei tersiksa hati, malunya diri
Apa dah jadi Apa dah jadi

Sampai sekarang masih mencaci
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang menfitnah lagi
Apa nak jadi “

Friday, September 21, 2007

X-File : Sekeping Gambar Palsu!

Category: General
Posted by: Raja Petra
Oleh Greenbochttp://mohdnasir.blogdrive.com/

http://www.malaysia-today.net

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.

(Lihat link di bawah untuk gambar Jalur Gemilang dibakar)
http://img512.imageshack.us/img512/48/26485649fv4.gif

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk "perlakuan " tersebut.

Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara "super-imposed" dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

“Komen: Kalau betul gambar-gambar ini di ‘super-imposed’ siapalah pulak yang datang menyerah diri dibalai polis dengan mengaku bahawa individu tersebut benar-benar membakar Jalur Gemilang. Pihak polis masih lagi mempunyai bukti terdapat 9 individu lagi yang terlibat dalam kes ini. Jadi sekarang terang-terang kes ini adalah benar dan bukan direka oleh kerajaan. Lihat petikan berita dari Utusan Malaysia seperti di bawah:

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Polis hari ini mengedarkan gambar
sembilan lelaki yang dipercayai boleh membantu polis menyiasat kes rusuhan
di Jalan Sultan Mahmud di sini malam Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.
Kesemua lelaki terbabit dicari untuk membantu melengkapkan kertas siasatan
berhubung insiden membakar Jalur Gemilang serta merosakkan harta benda
awam pada hari kejadian.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Supritendan Khairi Ahrasa
berkata, kesemua mereka dikenal pasti menerusi rakaman video serta gambar
yang diambil pada malam kejadian.

KUALA TERENGGANU 16 Sept — Seorang pelajar tingkatan empat sebuah
sekolah menengah agama di Binjai Bongkok, Marang pagi ini menyerah diri di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terenganu bagi membantu siasatan
berhubung kes rusuhan dan membakar Jalur Gemilang di Jalan Sultan
Mahmud dan Batu Buruk di sini pada malam 8 Sept lepas.

Pelajar terbabit dipercayai menyerah diri setelah gambarnya disiarkan media
massa semalam sebagai antara sembilan lelaki yang dikehendaki polis bagi
membantu melengkapkan kertas siasatan berhubung kes rusuhan yang turut
mengakibatkan tujuh orang termasuk empat anggota polis tercedera.


Cuba kita amati gambar di bawah.

Klik link di bawah

http://img528.imageshack.us/img528/9192/12686380nm0.gif

1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti "tak ambil kisah" terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya. Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

Komen: Tak payah nak cakap banyak penjenayah sekarang lebih cenderung untuk melakukan jenayah secara terbuka.Sebagai contoh cuba lihat kes adik Nurin yang hilang. Sampai sekarang tak jumpa. Tapi yang pastinya ada korang amik peduli hal ni. Polis,UMNO & NGO semua turun padang sama-sama prihatin tentang perkara ini. Jadi sekarang rakyat bolehlah nampak macam-mana cara pembangkang membantu rakyat dalam kesusahan. Kalau individu-individu tertentu tak ada kepentingan pada korang, jangan harap korang nak ambil pusing. Rakyat menderita korang tak mahu tolong tapi rakyat yang bahagia korang rosakkan fikiran dan keamanan mereka.

Polis, NGO setuju gerakan mencari diseragam


KUALA LUMPUR 14 Sept. – Semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari Nurin Jazlin Jazimin, 8, bersetuju operasi mereka diselaraskan bagi memastikan kanak-kanak malang itu dapat ditemui secepat mungkin.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal berkata, beliau menyokong penuh cadangan itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya jika penyelarasan itu dilaksanakan. “Sebaik-baiknya, perbincangan untuk tujuan itu diadakan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia (Perisi) semalam yang mencadangkan supaya usaha mencari Nurin Jazlin oleh pasukan keselamatan, persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) diselaraskan.

Menurut Presiden Perisi, Mustafa Ab. Rahman, langkah itu bertujuan mengukuh dan memperkemaskan operasi mencari kerana menerusi gerakan yang bersepadu, segala maklumat yang diperoleh boleh dikembangkan.

2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

“Komen:


http://img205.imageshack.us/img205/1084/10038814lr7.gif

Color Tone

Lihat gambar bendera di atas ini. Imej bendera ini di ambil dengan menggunakan kamera digital. Gambar ini mempunyai ‘tone’ warna yang sekata dan boleh juga dikatakan telah dilukis. Memandangkan gambar yang di ambil pada siang hari dan dari jarak dekat tone warna biru dengan jelas seakan-akan telah dilukis. Jadi jika dibandingkan antara gambar yang di ambil sewaktu individu terbabit membakar bendera dan juga gambar bendera di atas, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri ‘tone’ yang sama. Waktu malam, keadaan sekeliling adalah lebih gelap dan secara tidak langsung memaparkan imej yang agak suram pada bendera. Kamera yang di ambil secara terus tanpa menggunakan ketetapan ‘setting’ yang sepatutnya akan menyebabkan gambar yang di ambil kelihatan kaku, berbeza keadaan kontras dan tidak begitu realistik.

Light Density & Realistic

“Neutral Density Filters are either square or circular in shape. The circular shaped filters can be directly screwed onto the lens. But, the square shaped filters usually come with a filter holder that attaches to the lens and holds the filter in place. The top portion of the filters shown in this figure, blocks some of the light to reduce the contrast and colour of the overall scene.

Taking a step deeper into the darkness of the world of night photography will bring a new set of challenges. Once again, let's remind ourselves of the fact that the exact amount of light for corrects exposure, for a given film speed depends on the aperture opening and the time period during which the shutter remains open. At night, the available light is much less than what we get during bright daylight or when the sun is rising or setting. Hence, usually the shutter needs to remain open in the order of seconds. Alternatively, you can use faster films (ISO number 800, 1600, 3200, and so on). Faster films do not give you this flexibility without a price. Usually, pictures produced from this type of films are grainier and cannot be enlarged beyond a certain size.”

http://img210.imageshack.us/img210/9258/73979450mf2.gif

Klik link di bawah untuk gambar seperti dalam penjelasan di bawah:

http://img223.imageshack.us/img223/9097/13541121ib0.gif

3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas) Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat: A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.
B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.
C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

“Komen: Dengan keadaan gambar yang langsung tidak jelas macam-macam tanggapan boleh di buat tentang gambar di atas. Tetapi yang pastinya gambar tersebut tidak menunjukkan dengan jelas tentang kecacatan yang dikatakan. Pembangkang yang memang teramat handal mencipta dan membuat cerita palsu suka mengambil kesempatan akan kelemahan resolusi gambar dan keadaan pixel gambar yang di perbesarkan. Tak perlu nak jadi CSI untuk buktikan kebenaran gambar ni sebabnya gambar yang di atas adalah benar, kecacatan yang dinyatakan hanyalah kecacatan yang terjadi pada mata ‘juling & buta warna’ pihak pembangkang.”

http://img530.imageshack.us/img530/5603/88920132dt2.gif

Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar. (rujuk foto di atas) Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkanaan telah direka dan "doctored" dengan teknik "superimposed" bukan bukannya foto asli.

Komen: Adakah dengan hanya menulis bukti menipu di atas secara langsung boleh mengesahkan bahawa gamabar di atas telah di super-imposed. Mudah sungguh korang membuat keputusan tanpa bukti yang lebih kukuh. Bukti gambar yang telah di ‘doctored’ hanya boleh dikenal pasti dengan menggunakan teknik siasatan ‘DCT Coefficient Analysis’. Hanya dengan menggunakan teknik ini baru kita dapat mengenal pasti secara terus bukti sesuatu gambar di ‘super-imposed’.

“By examining the double quantization effect hidden among the DCT coefficients. Up to date, this approach is the only one that can locate the doctored part automatically. And it has several other advantages: the ability to detect images doctored by different kinds of synthesizing methods (such as alpha matting and in painting, besides using simple image cut/paste examination), the ability to work without fully decompressing the images, and the fast speed. Experiments show that the method is effective, especially when the compression quality is high. – petikan dari Microsoft Research”

“Komen: Teknik ‘super-imposed’ mempunyai caranya yang tersendiri untuk dijanakan. ‘Super-imposed’ memerlukan gambar keadaan sekeliling sebelum di-‘edit’. Jadi di sini, bagaimana gambar janaan awal itu di ambil sedangkan kawasan tempat kejadian telah dipenuhi orang ramai pada mulanya lagi. Jadi di sini ‘point’ pertama ‘super-imposed’ telah di abaikan. Lihat gambarajah di bawah untuk ‘point’ seterusnya untuk menghasilkan teknik ‘super-imposed’ yang betul.

http://img471.imageshack.us/img471/5285/89878696pm9.gif

Point 60, 62, 64, 66
Bagaimana hendak menggunakan dummy sedangkan keadaan sekeliling telah dipenuhi orang ramai. Sudah pasti penduduk setempat akan menyedari hal ini dari awal lagi jika terdapat sebarang konspirasi.

Point 68, 70, 72
Point berikut tidak akan menghasilkan efek yang baik kerana point di atas tidak dapat dijanakan. Jika point berikut di janakan dengan cara menggantikan suasana keadaan di tempat lain, suasana seperti arah angina, cahaya, keadaan sekeliling akan mempengaruhi gambar yang di ambil dan akan menyebabkan gambar yang ingin di ‘super-imposed’ tidak menjadi. Hasilnya keadaan sekeliling tidak dapat di ‘Blend’ dengan sempurna.

Point 74 & 78
Tanpa keadaan sekeliling yang di ‘Blend’ dengan sempurna, gambar yang dihasilkan akan kelihatan kasar dan tidak langsung mempunyai ciri-ciri gambar yang sempurna. Dengan keadaan ini, memang jelas untuk mengenal pasti bahawa gambar yang ditunjukkan telah diubah keadaan persekitarannya kerana suasana cahaya dan persekitaran di antara gambar asal dan gambar yang di-‘edit’ mempunyai perbezaan yang tinggi.”

Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.

Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kewsahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?

Thursday, September 20, 2007

Batu Buruk: Klip video RTM hina perjuangan rakyat Palestin, Indonesia

Wan Nordin Wan Yaacob

dipetik dari harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Hrkh) - Klip video yang bertajuk 'ini bukan budaya kita' yang bermotifkan kempen kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) dalam isu rusuhan di Batu Buruk tanpa sedar atau tidak telah menghina perjuangan rakyat Palestin dan Indonesia.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar klip video yang ditayangkan RTM secara kerap itu adalah bermotifkan politik untuk menjustifikasi kejadian kes rusuhan di Batu Buruk 8 September lalu.

“Komen: Apa maksudnya ini! Perjuangan rakyat Palestin dan Indonesia bukannya satu penghinaan, malahan dilihat sebagai satu perjuangan untuk membebaskan negara dari kekejaman Israel mengembalikan demokrasi pada negara. Dengan adanya klip video nih adalah untuk rakyat Malaysia sedar tentang kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi oleh kita tanpa ada pertumpahan darah. Tapi disebabkan oleh sesetengah pihak dan parti yang tidak mengambil endah keharmonian ini, mereka bertindak untuk merosakkannya. Kenapa kita perlu duduk diam dan menerima tindak tanduk malaun mereka! Sepatutnya dengan contoh yang dipaparkan dalam klip video ini mampu membuatkan kita berfikir sejenak untuk bangun bersama membantu negara. Membantu untuk menjauhkan negara dan rakyat dari terjerumus ke dalam kancah peperangan dan demonstrasi yang bertujuan untuk merosakkan fikiran rakyat dan kesejahteraan negara.

Justifikasi yang dibuat oleh PAS lebih menjurus kepada memperalatkan minda rakyat agar menentang kerajaan. Ketelanjuran PAS sudah nampak terang, bukan sahaja memulakan demonstrasi menentang pihak polis malah sekarang mahu memesongkan rakyat. Sedarlah! Tanpa kerajaan sekarang, tiadalah kebebasan. Tanpa kerajaan sekarang, tiadalah keharmonian.”

Imej pemuda membakar bendera dan divisualkan dengan tulisan 'ini bukan budaya kita' menjurus kepada isu dakwaan kononnya rusuhan didalangi pembangkang di Batu Buruk pada 8 September lalu dalam satu ceramah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

“Komen: Sudah terang lagi bersuluh! Inilah dia PAS dan pembangkang. Kenapa perlu takut kalau tak buat? Jadi sekarang kenapa tak senang duduk bila melihat visual yang ditayangkan. Jadi sekarang terbuktilah bahawa memang pembangkang bertanggungjawab dengan sengaja membakar jalur gemilang. Ini bukan lagi dakwaan tetapi fakta. Fakta yang kukuh dengan menunjukkan pihak pembangkang bertindak diluar kawalan sambil membakar bendera keagungan negara kita. Tunggulah balasan dunia dari pihak polis dan kerajaan. BARU KORANG SEDAR!”

Sedangkan imej awal kejadian baling batu dan himpunan umat Islam di jalan-jalan raya adalah imej dari rakaman perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Israel, kata Kamarudin.

Selain itu terdapat juga imej dalam klip video tersebut mengenai perjuangan rakyat Indonesia merusuh menentang pentadbiran Presiden Suharto satu masa lalu untuk mengembalikan demokrasi di Indonesia, katanya.

Klip video yang berniat jahat ini sekaligus menghina perjuangan rakyat kedua-dua negara tersebut yang umum mengetahui bahawa rakyat negara tersebut terpaksa berbuat demikian kerana tekanan yang dihadapi, katanya

Komen: Rakyat Indonesia sendiri impikan zaman Presiden Suharto sekarang ini. Lihat je link dari Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos ni supaya korang sedar yang tulisan korang nih dah ketinggalan zaman:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0828&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_08.htm&arc=hive

Sedikit sedutan daripada perasaan rakyat Indonesia sendiri:

“ Kejatuhan bekas Presiden Indonesia, Suharto, membawa kepada era kebebasan politik dan membuka sinar harapan masa depan yang lebih baik. Namun begitu, hampir sedekad kemudian, ramai di kalangan 235 juta rakyat republik ini menyuarakan nostalgia terhadap kestabilan ekonomi yang wujud semasa rejim autoritarian Suharto yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS).

“Kehidupan sekarang lebih perit berbanding dahulu,” kata seorang petani, Boan yang menyara tiga anaknya dengan memerah keringat di ladang milik peladang kaya. Kata Boan, dia terpaksa bertungkus-lumus untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan dan bahan bakar yang dahulunya dibekalkan dengan subsidi. Jalan di kampungnya yang musnah dalam banjir enam bulan lalu masih belum diturap semula walaupun pihak berkuasa sudah berjanji berkali-kali. “Kerajaan sekarang tidak mempedulikan kami,” kata Boan yang duduk di luar rumahnya yang berlantaikan tanah di Bekasi, dekat Jakarta.

Walaupun sesetengah orang yang diwawancara masih menentang Suharto disebabkan pencabulan hak asasi manusia semasa rejimnya, hampir kesemua mereka menyifatkan kedudukan kewangan mereka 10 tahun lalu lebih baik daripada sekarang. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, ketua negara keempat sejak kejatuhan Suharto, belum dapat menunaikan janjinya untuk mengurangkan kemiskinan sejak pemilihannya tiga tahun lalu. Sekitar separuh daripada penduduk masih menyara kehidupan dengan kurang daripada 18,700 rupiah (RM6.8) sehari dan sukar untuk meyakinkan mereka supaya menerima demokrasi jika ia gagal membawa kemakmuran. ”

Dengan menggunakan klip video ini secara menggabungkan tiga kejadian berasingan dan merujuk kepada niat politik bagi memburuk-burukkkan pembangkang, RTM dilihat bertindak melampau, katanya.

Berhubung klip imej lelaki membakar bendera jalur gemilang dalam kes rusuhan di Batu Buruk, Kamarudin berkata gambaran secara keseluruhannya ialah bermotifkan politik.

RTM dan Kementerian Penerangan sedikit pun tidak menayangkan tindakan ganas polis terhadap orang awam dan klip video tembakan menggunakan peluru hidup yang dilepaskan anggota polis ke atas orang awam, katanya.

Selain itu RTM juga tidak pernah menyiarkan kejadian polis mengganas dan memukul peserta dalam perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di Menara Berkembar Petronas (KLCC), katanya.

“Komen: Tak ada gunanya kerajaan nak buat benda-benda atau tuduhan yang tak berasas macam ni. Cuma pembangkang je yang suka reka-reka cerita, jadi sekarang bila rakyat dah nampak mulalah gelabah. RTM merupakan badan yang dipercayai rakyat untuk memaparkan isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan luar negara. Tiada apa yang diragukan rakyat kerana berita yang dipaparkan atau dikeluarkan adalah berita yang berasas. Cuma bila berita yang korang keluarkan langsung tak betul nih yang korang dengki dan iri hati hingga sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah. Biasalah korangkan memang kaki fitnah, ular sawa dan pembelit.

Dalam Warta 1:30 tadi pihak polis dah dapat mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat di dalam rusuhan Batu Burok,semua mereka akan ditangkap. Tunggu sahaja berita dari pihak polis nanti. Jadi sekarang siapa yang memutar belitkan cerita. Jangan lupa yang salah seorang boneka mainan korang baru je menyerah diri. Kalau tak buat kenapa nak serah diri kat polis? Biasalah orang dah takut dan kecut perut memang hampas!. Rakyat perlukan bukti kukuh untuk menerima sesuatu berita bukannya berita kosong tak laku. Sekarang rakyat Malaysia lebih pandai menilai yang mana permata dan yang mana kayu, botol, Molotov, batu yang dilemparkan, Cuma sekarang ni korang jer yang betul-betul WENG.. bahalul, tak der akal!”

Keganasan polis dan FRU ketika itu telah pun disiasat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu 'public inquiry' mereka dan mendapati ia adalah satu pencabulan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu Setiausaha Agung PAS itu yang juga anggota Parlimen Tumpat mengecam tindakan tidak profesional yang dilakukan RTM di bawah kementerian yang diterjui Dato' Zainudin Maiden (Zam).

Tindakan itu katanya hanya bermotif politik untuk mengaburi mata rakyat tatkala kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi krisis pentadbiran yang buruk.

Melalui pemantauan yang dibuat Harakahdaily, klip video tersebut kerap ditayangkan di RTM1 dan RTM2 hampir setiap hari pada waktu-waktu tertentu yang mungkin sekali mendapat perhatian penonton.

Kong Choy letak jawatan kerana tak puas hati Khairy?

Posted on Sunday, September 09 @ 01:30:02 CDT by reformis

dipetik dari http://www.detikdaily.net

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berlepas ke luar negara secara mendadak sehari sebelum negara menyambut kemerdekaan ke-50. Alasan yang diberikan oleh setiausaha akhbarnya - Chan bercuti selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan di Australia.

Pemergiannya secara mengejut itu kemudiannya telah mencetuskan khabar angin. Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting merayu kepada pihak media supaya jangan membuat spekulasi mengenai 'percutiaan' Chan itu.

Bagaimanapun, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily telah menyiarkan laporan di muka depannya mengenai perkara itu semalam, yang dianggap berita terbesar mengenai apa yang berlaku terhadap diri Chan dalam tempoh 10 hari yang lalu.

Laporan itu menyatakan, menteri berkenaan telah meletak jawatan, sambil menambah, Chan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa pengetahuan pemimpin kanan MCA yang lain, termasuk Ong sendiri.

Komen: Kalau bab nak buat cerita palsu memang pembangkang ni teramatlah hebat. Pandai-pandai buat cerita yang tak ada kebenarannya langsung. Ni kes dah tak ada modal nak cerita dan fitnah sampaikan cerita macam nih pun boleh dijadikan topic blog. Sedarlah sikit yang korang tuh dah banyak buat dosa. Bawa-bawalah bertaubat bukannya ‘Tau Buat’!

Menurut laporan Sin Chew itu lagi, peletakan jawatan Chan adalah atas alasan hal-hal 'tugas, peribadi dan masalah kesihatan" tetapi beliau dikatakan telah menukar fikirannya selepas dipujuk oleh pemimpin kanan MCA. Chan adalah timbalan presiden MCA.

Malaysiakini difahamkan bahawa laporan mengenai peletakan jawatan Chan telah menimbul teka-teki berhubung alasan sebenarnya. Sumber-sumber memberitahu, sebab utama peletakan jawatan Chan adalah kaitan dengan skandal RM4.6 bilion yang membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), masalah yang diwarisi daripada bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Komen: Sememangnya Malaysiakini tak faham langsung laporan tersebut sebabnya laporan yang dibuat semuanya ikut suka kepala sendiri. Mana ada fakta dalam laporan yang macam ni! Lain kali kalau nak buat cerita biarlah ada kebenarannya, bukannya main tulis je! Oh! Ya tak ya…terlupa pulak yang korang memang masalah fikiran untuk tulis yang mana betul dan yang mana hampas!

Juga difahamkan, Chan tidak senang dengan Jabatan Perdana Menteri mengendalikan kes tersebut, terutama oleh kumpulan "Tingkat Empat", yang merupakan penasihat penting Abdullah.

Chan dikatakan, menganggap adalah tidak adil beliau dipersalahkan berhubung skandal tersebut.

Pelbagai cerita

Para pemimpin Umno bagaimanapun, tidak mahu memperbesar-besarkan perkara itu.

Sesetengahnya berkata Chan menghadapi masalah kesihatan, manakala seorang menteri kanan pula berkata Chan sakit selepas melihat mayat-mayat sewaktu beliau meninjau kemalangan bas yang mengorbankan 20 orang di Bukit Gantang, Perak.

Sumber-sumber yang rapat dengan Chan, bagaimanapun, menafikan laporan akhbar Sin Chew itu.

komen: Penulis banyak sangat tengok cerita seram ni! Dia sendiri yang kecut nak salahkan orang lain. Memang elok kawan dengan makhluk cam tuh sebab korang pun 2 X 5 jer dengan benda tu! Memang tak ada beza langsung. Fikirlah dengan logik sebelum nak buat dakwaan yang merapu macam nih!.

Mereka mendakwa, Chan dalam keadaan sihat dan sedang bercuti dengan isteri dan anak-anaknya di Australia. Tambahan pula, beliau sentiasa berhubungan dengan para pegawainya di Kementerian Pengangkutan

Pemerhati politik pula percaya bahawa khabar angin mengenai peletakan jawatan Chan itu pada hari Abdullah membentangkan ucapan bajetnya, bukanlah satu kebetulan.

Nampaknya, laporan Sin Chew Daily, akhbar yang menyokong presiden MCA, boleh ditafsirkan sebagai satu cara untuk mengenakan tekanan terhadap Umno.

MCA lwn Umno

Amalan seperti 'menghantar surat peletakan jawatan' bukanlah satu perkara baru.

Dr Ling telah melakukan perkara yang sama pada 1980-an, dengan menghantar surat peletakan jawatan tidak bertarikh, kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, berhubung dasar-dasar negatif Umno yang menjejaskan sokongan kepada MCA.

Dan MCA nampaknya berada dalam keadaan yang sama hari ini. Beberapa insiden yang membabitkan pemimpin Umno telah melemahkan kedudukan politik MCA.

Insiden ini termasuk pengisytiharan negara Islam, kenyataan pemimpin Umno yang berbaur perkauman, dan serangan terhadap pelajar Wee Meng Chee dar Muar berhubung isu 'Negarakuku' yang tidak disenangi oleh masyarakat Cina.

Ekoran itu, para pemimpin MCA merasakan yang mereka terpaksa bergelut untuk menjaminkan sokongan dari kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Tanda-tanda kekecewaan tersebut jelas dapat dilihat apabila ada sesetengah ahli-ahli pemudanya menggesa supaya parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, sewaktu perhimpunan agung MCA baru-baru ini.

Siapa akan beralah?

Oleh itu, keputusan mendadak Chan untuk meletakkan jawatan sebelum sambutan hari Merdeka dan diikuti laporan yang tersebar mengenainya, dianggap sebagai satu 'peringatan' kepada Umno.

“Kita adalah rakan Umno. Akhir-akhir ini, mereka agak terlanjur dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan dalam proses itu, kami yang menjadi mangsa," kata sumber-sumber MCA itu.

Seandainya Abdullah menerima peletakan jawatan Chan, maka ia menandakan ada yang tidak kena dalam skandal PKFZ, sehingga memaksa menteri berkenaan melepaskan jawatannya.

Skandal PKFZ dianggap sebagai projek mega pertama yang terpaksa diselamatkan oleh Abdullah sejak 2003.

Tetapi sehingga ini, kerajaan enggan mengakui bahawa pemberian 'pinjaman mudah' RM4.6 bilion kepada PKFZ sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan syarikat yang bermasalah itu.

Seorang lagi pemerhati, bagaimanapun berkata, helah peletakan jawatan Chan adalah satu protes secara diam-ciam serta satu usaha untuk memisahkan dirinya daripada skandal tersebut.
Kesimpulannya, tempoh percutian Chan dan sama ada kepimpinan Umno akan 'beralah' kepada MCA, dianggap sebagai petanda siapakah yang 'menang' dalam pemainan kuasa antara MCA - yang mewakili majori kaum Cina - dan Umno - parti Melayu pimpinan Abdullah.

Komen: Kalau betul ada surat letak jawatan dah tentu kerajaan akan umumkan. Jadi soalnya sekarang “Ada ke!” jadi jangan nak pandai-pandai buat fitnah kat orang. Tentang PKFZ pun sama je. Benda takda cerita korang lagi nak buat cerita. Kalau cerita betul tu kira bolehlah diterima pakai, ini tak korang main balun jer serupa cerita yang korang buat tuh boleh buat rakyat percaya bulat-bulat.

Monday, September 17, 2007

Peluru Hidup?

Category: General
Web: Malaysia-today.net
Posted by: Raja Petra

Ketua PerusuhNampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

“Komen: Habis tu! Dah korang buat demonstrasi sapa suruh. Kerajaan kita dah ada undang-undang, korang tentang dan tak ambil pusing. Bila polis cuba nak suraikan keadaan, korang lanyak anggota polis konon hero!. Kerajaan berlembut naik kepala dan pijak kepala ingat kerajaan takut untuk bertindak. Ini kira rekod terbaik dalam 50 tahun baru terjadi kes peluru hidup, kalau negara lain korang buat demonstrasi bukan 50 tahun, 1 hari jer dah tentu korang dah padam dengan hadiah C4.”

Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).

Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.

Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.

“Komen: Peserta demonstrasi nih bukannnya berfikiran waras sangat. Kalau pihak polis tak kawal dari awal-awal bukan sahaja peserta bertindak diluar kawalan, malahan masyarakat setempat juga yang jadi mangsa, alam sekitar pun turut tercemar oleh tindakkan peserta membaling objek-objek merbahaya (konon nak tunjuk dia orang sahaja yang boleh baling benda – polis baru kasi satu das dah melatah)
Sebenarnya kalau ada peluang bagi masyarakat setempat untuk kawal keadaan atau dapat lesen untuk tembak peserta-peserta demonstrasi yang tolol nih mau juga masyrakat terima. Biar dia orang tahu! Dah lah menganggu ketenteraman penduduk, kucar-kacir dan memalukan kawasan sahaja. Tak pasal-pasal kawasan perumahan di-cop sebagai kawasan tunjuk perasaan.”


Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.

“Komen: Ha! Sedar pun..apa gunanya berdemonstrasi sedangkan negara kita bukannya berada dalam keadaan genting,kucar-kacir dan berperang. Jadi pelik kenapa perlu ada demonstrasi. Semua cukup dibumi Malaysia, kerajaan dah bagi segala-galanya untuk kesenangan rakyat, tetapi disebabkan oleh sebahagian yang tamak dan tidak bersyukur atas pertolongan kerajaan yang menyebabkan perkara busuk dan masam nih terjadi. Memang kerajaan tak boleh bagi muka pada golongan ini kerana golongan inilah yang jadi perosak golongan lain. Sedarlah bahawa korang masih di Malaysia. Tempat lain korang dah lama kena pijak dan ditanam hidup-hidup.”

Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.

“Komen: Dengan babi pun korang nak buat ‘comparison’. Sekurang-kurangnya kes babi ni dapat diselesaikan dengan aman. Tapi dengan kes demonstrasi Batu Burok pihak pembangkang lebih bertindak diluar batasan sebab tidak langsung berfikir tentang keselamatan orang lain dan masyarakat setempat. Jadi soalnya sekarang, korang kajilah betul-betul kedua-dua kes ini, kes mana yang lebih menunjukkan perangai kebabian. Korang fikirlah sendiri!”

Oleh itu kesimpulannya ialah:

1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.

“Komen: Oleh itu kesimpulannya ialah:
Untuk parti pembangkang yang sentiasa berdemonstrasi, adalah digalakkan untuk membeli insuran nyawa dan harta benda agar nanti senang untuk para penyemarak demonstrasi mendapat pembiayaan jika terjadi apa-apa disebabkan tindakkan bodoh dan selenga korang yang terus berdemonstrasi. Janganlah lupa pada keluarga dirumah hingga nanti keluar keluhan mereka di televisyen kerana korang tak letak nama keluarga dalan caruman KWSP. Periksalah dengan majikan anda kiranya anda ada majikan. Tetapi kalau berkerja dengan pembangkang, maka pandai-pandailah nak hidup!
Sebelum keluar berdemonstrasi fikirkanlah tentang tujuan hidup anda dan renunglah keluarga anda. Adakah anda merupakan contoh didikan terbaik untuk anak dan isteri anda? Bagi yang berpendidikan dan berfikiran positif, berbaloikah ilmu pelajaran yang anda cari selama ini. Fikirkanlah semua ini jika dalam minda anda masih mempunyai nilai kemanusian, tetapi jika tidak.. sesungguhnya anda adalah tergolong dalam golongan insan yang kebodohan dan kerugian.”

Wednesday, September 12, 2007

Bila sudah tidak berkuasa ...kawan dan taulan mula lupa.

(YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menikmati keindahan Dataran Putrajaya sehari sebelum Tun meletak jawatan Perdana Menteri. Foto ini dirakam selepas Tun dan Tun Dr Siti Hasmah sudi bergambar foto dengan para setiausaha akhbar menteri kabinet)

Jumaat lepas, saya bersama-sama tiga orang saudara ipar meluangkan masa untuk menyertai lebih kurang 300 umat Islam bersolat hajat, membaca Yassin dan dan berdoa untuk kesihatan Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianjur oleh keluarga mantan perdana menteri itu di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sebelum sampai ke masjid yang tersergam indah itu, kami mengharungi kesesakan lalulintas yang agak serius bermula dari Ampang hinggalah menyusur keluar ke Jalan Duta. Kesesakan itu melambatkan sedikit ketibaan kami di masjid dan terlepas peluang untuk solat Maghrib berjamaah dengan tetamu-tetamu Allah yang lain termasuk hampir 100 orang Muslimat.

Kami sempat bersolat hajat sebelum menunaikan solat Maghrib kemudian.Selepas majlis membaca Yassin dan doa selamat, saya cuba mencari-cari sama ada pemimpin-pemimpin UMNO, terutama menteri kabinet yang banyak terhutang budi kepada Tun sebelum ini, hadir sama. Saya juga tercari-cari tokoh-tokoh UMNO yang berada di pesada kepimpinan politik mahupun korporat, GLC ataupun swasta, yang turut hadir. Hanya ketua UMNO Bahagian Cheras yang kelihatan dalam dewan solat.

“Komen: Jangan buat kenyataan yang berbaur fitnah kalau diri sendiri tak pasti cerita sebenar. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak dimaklumkan tentang hal ini. UMNO sudah pasti tidak akan mengetepikan Tun dalam apa cara sekali pun kerana Tun adalah insan yang paling banyak berjasa di dalam UMNO. Jadi moralnya sekarang, jangan sesuka hati mengata orang ikut sedap mulut kerana diri sendiri pun tak ada fakta dan kebenaran.”

perasaan sedih dan insaf menyusupi jiwa apabila mendapati tidak seorangpun menteri kabinet, pemimpin besar UMNO ataupun tokoh korporat lain yang hadir.Saya terfikir mereka mungkin khuatir dan bimbang akan hilang kedudukan, jawatan atau dipinggirkan dalam pilihan raya akan datang sekiranya mereka menghadiri majlis yang dianjurkan untuk Tun Dr. Mahathir, tak kiralah jikapun ianya di adakan di dalam Rumah Allah.Jika benar agakan ini, maka mereka tergolong sebagai orang munafik!

“Komen: Golongan yang suka membuat fitnah kepada orang lain adalah tergolong dalam munafik. Jadi kalau dah munafik janganlah dok mengajak orang lain terikut sama jadi munafik. Ada akal fikirlah secara logik dan waras. Apa korang nih datang nak solat ke nak tinjau sekeliling masjid untuk cari orang UMNO dan kerajaan. Teringin nak tubuhkan skuad peninjau pembangkang ke sekarang nih, nak buat bancian berapa ramai orang UMNO datang buat amal ibadat. Hoi! Sedarlah sikit, beramal ibadat boleh dilakukan di tempat yang bersih dan suci selain dari masjid. Kalau beribadat di rumah pun korang datang nak bertenggek jadi paparazzi untuk pembangkang. Orang beribadat kerana Tuhan, bukannya beribadat semata-mata menunujuk-nunjuk dan bermegah-megah. Berhentilah jadi hipokri dan riak.”

Walau bagaimanapun, inilah hakikat yang akan dihadapi oleh mana-mana mantan pemimpin yang tidak lagi memimpin atau dalam kata-kata lain sudah tidak berkuasa. Teringat saya akan kata-kata.... kawan semasa ketawa cukup ramai, kawan semasa menangis amat sedikit.

Saya sedar pada malam itu rakan sekolah saya, Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dijadual memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berkaitan Bajet dan ini mungkin memberi alasan kepada sesetengah pemimpin untuk tidak hadir. Tetapi, Ketua UMNO Bahagian Cheras yang juga Ahli Dewan Negara, Datuk Wira Syed Ali dapat hadir dan selepas membaca Yassin dan majlis doa selamat, sempat pula menghadiri majlis taklimat, kenapa mereka tidak boleh!

Rakan blogger yang saya temui ...A Voice.

Seorang tokoh ilmuan Islam, Ibnu Maskawaih, pernah berpesan:"Ketahuilah bahawa sekalipun bersahabat dengan teman-teman anda di sa'at-sa'at kelapangan itu diwajibkan, namun bersahabat dengan mereka di waktu susah lebih diwajibkan lagi kerana manfa'atnya bagi sahabat-sahabat anda itu jauh lebih besar."Saya cuba bayangkan satu keadaan di masa muka apabila Pak Lah tidak lagi menjadi PM, saya cuba bayangkan di mana menantunya, di mana Datuk Seri KMH, di mana pasukan Aras 4 Bangunan Perdan Putra .....di mana?Hari ini hari mereka, esok lusa entah hari siapa?

Komen: Bila kebun jeruk anda masam buahnya, jangan iri pada jeruk dari kebun orang yang manis rasanya.

MAKSUDNYA: Jangan iri hati melihat kesenangan dan kebahagian orang lain, dan jangan iri mlihat nasib baik serta keberhasilan orang lain.

Firman Allah:

“… mereka menjadikan agama (memperalatkan agama ) untuk tujuan berpecah-belah dan berpuak-puak sehingga menjadi beberapa pecahan (parti-parti). Masing-masing puak (parti) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka…”

HR Tirmidzi:

“ Apabila seseorang manusia berdusta, maka malaikat menjauhkan satu batu, kerana terasa ada bau busuk yang dibawanya.”

Insiden Batu Buruk: Polis Diarah Bertindak Ganas???

Post by: Anuar Ibrahim
Site: http://www.anwaribrahimblog.com

Di kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan umno kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah.

Komen: Mampukah parti pembangkang memenangi pilihan raya! Sama-samalah kita saksikan kehebatan mereka kerana kalau setakat menang sambutan dan sorakkan dalam parti, mana-mana parti pun boleh buat. Dah terbukti sebelum ini pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya. Pilihan raya di Ijok menjadi saksi bagaimana mereka cuma mampu menang sorak tapi kalah juga. Jadi sekarang siapa yang tengah gelabah!

Program malam nanti di Jalan Ipoh, dalam kawasan Parlimen Batu masih belum mendapat kelulusan. Kita akan meneruskan acara dengan aman insya-Allah.

Di Kuantan beberapa hari dulu, pihak polis meluluskan permit. Hanya sebaik saya mulakan pidato pada jam 11.30 malam (selepas menyampaikan ceramah di kemaman), saya diminta menamatkan ceramah. Walau bagaimanapun ceramah diteruskan sehingga jam 12 malam. Hanya terdapat insiden yang sedikit mendebarkan tatkala saya diserbu khalayak selesai ceramah. Mudah-mudahan selamat insya-Allah.

Komen: Eh! Yer ke mendebarkan? Ke dah gelabah? Tu le dah terang-terang ceramah tersebut memang ada maksud tersirat. Tapi apa nak hairan dah memang tak makan saman, pihak berkuasa dah minta berhenti pun tetap degil tak mahu ambil peduli. Macam mana rakyat nak terima kalau diri sendiri kepala batu.

Yang dikesalkan ialah peristiwa di Batu Burok, Kuala Terengganu. Program anjuran Bersih tidak diberikan permit. Halangan di Terengganu atas arahan Menteri Besar, Idris Jusoh kian menjadi-jadi. Ceramah saya juga dihalang awal tahun ini. Semalam Dato’ Mustafa Ali dan Tan Sri Khalid melaporkan kepada saya dan Ustaz Hadi Awang, kami berdua bersama di Bagan Serai semalam, mengenai keganasan polis FRU di sana.

Jenayah dan rasuah meningkat, sambutan ceramah KeADILan dan PAS kian hebat, maka tekanan pun tambah ganas.

Komen: Memanglah kian hebat jika sepanjang ceramah mencemuh, mencaci, menfitnah dan memutar belitkan kerajaan. Benda-benda macam ni memang dah jadi hobi korang dari awal lagi. Habis telinga dan mata rakyat korang viruskan dengan bisikan syaitan serta perkara-perkara serta perkataan yang dibenci Tuhan. Jadi kalau sambutan ceramah korang hebat, jumlah dosa korang pun tak kurang hebatnya. Kalau boleh jadi pemimpin dengan guna cara kotor macam ni, tak tahulah apa akan jadi pada kerajaan pimpinan korang. ‘Confirm !’ HAMPEH!

Jenayah dibiar, ceramah dikepung!

Komen: Salah tu..“Jenayah Ditangani penceramah korang di – ‘Tempelengkan’ – elok Jailkan terus lagi bagus!

Babi lebih bertuah daripada Suandi yang ditembak polis itu!

Posted on Sunday, September 09 @ 20:02:32 CDT by reformis
Oleh Penarik Beca
http://www.detikdaily.net

Bila mendapat tahu tentang tindakan ganas polis terharap penyokong pembangkang di belakang asrama Sekolah Menengah Ugama Zainal Abidin, saya terus teringat babi. Tidak seperti ketika berhadapan dengan babi, senang-senang polis menembak seorang rakyat, seorang pembayar cukai dan lebih dari itu seorang insan beragama Islam dengan peluru hidup, tidak kiralah sama ada Suandi yang ditembak itu penyokong pembangkang ataupun tidak.

Dengan babi, seperti kata Cik Gu Nazir Khan, pihak polis tidak ubah "seperti pondan" dan "balik macam darai keletihan selepas melayan pelanggan di lorong belakang".

Komen: Mari kita ceritakan sedikit tentang fizikal pemikiran manusia. Fizikal pemikiran manusia banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling, faktor masyarakat, faktor genetik, faktor kekeluargaan dan sebagainya. Faktor- faktor ini yang mencorak dan mencermin pemikiran dan fizikal manusia bagi menentukan hala tuju perjalanan hidup seseorang manusia tersebut.
Kini ramai manusia mempunyai faktor fizikal minda yang lebih tertumpu kepada ketumpulan akal fikiran untuk berfikir secara waras. Faktor fizikal makin kurang dan menjadi penyebab kenapa manusia begitu cenderung untuk memikir unsur yang negatif. Seperti kes ini babi dan manusia disamakan dan dijadikan satu pusat pemikiran lembab lagi negatif. Apakah ada manusia yang ingin berfikiran seperti babi sehingga sanggup manjadikan babi sebagai salah satu isu yang ingin dijunjung ke atas. Terang-terang kelemahan fizikal minda manusia yang menyambut dan menerima perkara ini adalah tergolong daripada manusia yang alpa bahawa dirinya lebih mulia.


Kadangkala manusia lebih berfikir sesuatu di luar kemampuannya dan menerima sesuatu perkara itu bulat-bulat tanpa mahu memikirkan akibat dan kebenarannya. Inilah yang dikatakan fikiran yang lebih menjurus kepada ‘Re-active Focus’. Di ungkapkan sekali di sini, fikiran sorang yang re-active lebih menjurus kepada mementingkan diri sendiri dan sentiasa mencari salah orang lain. Manusia sebegini hanya mampu hidup di dalam kepompong ciptaannya sendiri kerana manusia ini lebih cenderung untuk menggunakan orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri. Biasalah bagi golongan seperti ini mencemuh dan mencaci sesama manusia apabila keinginannya tidak diterima pakai oleh gologan lain.

"Perkara yang paling menarik yang aku nak cakap ialah tentang kehadiran FRU yang lengkap dengan perisainya dan helmetnya dan senjatanya. Terdapat footage menunjukkan penternak-penternak ini mengasak kepungan polis. Depa dok tolak FRU-FRU darai ni dan seperti darai, FRU ni hanya boleh jerit aaawww," katanya lagi.Kuat dan berkuasa sungguh babi di negara ini.
Tetapi, apabila berhadapan dengan apa yang mereka dibising-bisingkan sebagai "penyokong parti pembangkang", tiba-tiba Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob berkata, anggota yang melepaskan itu, Azmi Hussein, 29, terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Komen: Golongan cendiakawan sekelian cuba lihat dan renung gambaran yang cuba diceritakan dan diputar belitkan oleh penulis. Sekurang-kurangnya penternak-penternak tersebut bertindak dengan menggunakan minda yang waras. Apa gunanya FRU menggunakan kekerasan kerana penternak-penternak mampu mengawal tingkah-laku mereka tanpa mencipta sebarang rusuhan yang akhirnya memakan diri sendiri. Jadi dengan cara ini keadaan dapat dikawal dan semua yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Berlainan pula di Terengganu, manusia-manusia cetek fikiran yang memulakan rusuhan tidak berfikir seperti penternak di atas. Mancari sahaja penyebab untuk menggunakan kekerasan. Jadi padahnya diri sendiri yang merana. Jadi jangan sekarang salahkan kerajaan, salahkan polis dan salahkan orang lain di atas semua kebodohan yang dibuat.

Mempertahankan diri! Ingat baik-baik perkataan itu. Dan, tidak lagi seperti "darai keletihan selepas melayan pelanggan dilorong belakang" dan hanya "boleh jerit aaawww" ketika berhadapan dengan babi yang kuat dan berkuasa di negara ini, polis ternyata begitu cekap, cepat dan betul di di belakang asrama Sekolah Menengah Ugama Zainal Abidin apabila berhadapan dengan rakyat yang kononnya "penyokong parti pembangkang". Malang sungguh nasib penyokong parti pembangkang dan alangkah bertuahnya babi di negara ini!

Komen: Orang berfikiran lembab sahaja yang tidak mahu mempertahankan diri apabila berada dalam kesusahan. Manusia lembab sahaja yang mungkin suka membiarkan dirinya dipermainkan oleh lain hanya dengan mempercayai fitnah dan pembohongan golongan sejenisnya. Hairannya, apa penulis sendiri pernah melanggani mereka yang penulis gelar darai ini. Daripada penulisan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa penulis telah arif dan faham bagaimana tindakan sesorang darai ini, hinggakan jeritan pun dapat dimemek kembali. Sedarlah bahawa mereka yang penulis gambaran itu juga seorang manusia. Tidak cukupkah membuat fitnah kepada pihak kerajaan dan polis, kini golongan yang si penulis gelarkan sebagai darai turut di hina dan dipermainkan.

Inilah yang dikatakan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas orang lain, sesuka hati memainkan hati dan perasaan manusia lain tanpa mengambil kira pandangan manusia yang teraniaya itu. Dunia ini bulat, sekarang di atas nanti satu masa di bawah. Kita tunggu dan lihat bagaimana manusia pembelit ini mampu untuk terus berada di atas buat selama-lamanya.

Dalam satu sidang akhbarnya semalam, Ayub mendakwa bahawa salah seorang anggota polis telah melepaskan sedas tembakan. Hanya sedas sahaja.Bagaimanapun, beberapa orang saksi memberitahu Malaysiakini bahawa lebih dari sedas tembakan dilepaskan ke arah orang ramai di situ. Mereka juga menyatakan, beberapa orang awam turut cedera dalam keganasan polis itu.

Persoalan yang terus menjadi tanda tanya, seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Tapah malam tadi, adakah Azmi merupakan polis beruniform atau memakai pakaian orang awam pada masa kejadian itu berlaku?Tidak kira beruniform atau tidak, mengapa polis menggunakan peluru hidup? Sedangkan, mungkin dalam percubaan tidak cerdik untuk membendung kemarahan rakyat, Ayub sendiri menyatakan hanya empat anggota polis yang tercedera.

Tiga daripada anggota polis itu dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), katanya.Akhbar-akhbar yang membuat laporan seperti berita bertajuk "750 pembangkang merusuh, rosakkan harta awam di Terengganu" dan saluran-saluran TV yang mensensasikan berita itu malam tadi dengan tujuan untuk memburukkan pembangkang, selepas ini tunjukkan gambar anggota yang dimasukkan ke HSNZ itu. Adakah hancur, cacat, buta, tempang atau kudung dikerjakan "perusuh" sehingga menyebabkan peluru hidup terpaksa digunakan?Kita juga mahu melihat lagi gambar Azmi. Adakah muka atau tubuhnya hancur, cacat, buta, tempang atau kudung dikerjakan "perusuh" sehingga menyebabkan peluru hidup terpaksa digunakannya?

Komen: Kita sebagai golongan manusia yang mempunyai perasaan sudah tentu tidak mahu melihat manusia lain menderita. Kita menghargai jasa yang ditaburkan oleh pihak berkuasa untuk mengawal dan menjaga keamanan negara. Tanpa pihak berkuasa jangan harap kita akan hidup selamat dan tenteram seperti yang berlaku sekarang ini. Kalau sememangnya penulis ingin melihat perkara perusuhan sehingga terjadinya cacat cela dan kematian jadi adalah lebih baik penulis membantu negara lain yang berada dalam kancah peperangan kerana rakyat Malaysia inginkan kedamaian dan bukan keganasan.

Bagaikan tentera Israel yang sering mewajarkan keganasannya dengan alasan hendak mempertahankan diri dari rakyat Palestin yang dijajah dan ditindas, tidak sepatah pun Ayub menceritakan bahawa tembakan tersebut mengakibatkan Suandi terpaksa menjalani pembedahan oleh pakar cardiotorasic di Hospital USM, Kota Bharu. Maknanya terpaksa dipindahkan dari hospital di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak. Mungkin tidak ada pakar bedah berkenaan atau tidak ada alat.Khabarnya CT Scan pun tak dapat dibuat di hospital itu. Rosak atau tidak ada? Malang sungguh rakyat Terengganu, negeri Monsoon Cup.

Apabila terpaksa dibedah oleh pakar cardiotorasic, ia bermakna di tembak di dada. Nasib baik di sebelah kanan. Bagaimana kalau di sebelah kiri, menembusi jantung dan Suandi menemui ajalnya. Adakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri akan mendakwa Suandi seorang penjenayah seperti yang dakwaan Tun Musa Hitam dahulu ke atas syuhada' Memali?Kalau benar CT Scan pun tidak ada, mengapa pula keluarga Suandi tidak dibenarkan melawat beliau ketika beliau sampai di hospital dan beberapa lama selepas itu? Pembedahan dibuat malam tadi, di Hospital USM, Kota Bharu.

Tidak ada penjelasan. Sebaliknya, Ketua Polis Terengganu itu membikin dakwaan kononnya ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan. Mengapa lembik sangat alasan Ayub?Ahmad Hadeed yang menulis di Tranungkite memberitahu, tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali-kali untuk majlis ceramah termasuk ceramah menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara.

Ayub seterusnya mendakwa, kira-kira pukul 9 malam tersebut, polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan menyebabkan polis mengambil langkah pencegahan di kawasan perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan. Dakwaan Ayub itu meggambarkan dua kemungkinan sahaja. Kemungkinan pertama, Ketua Polis Terengganu itu berbohong.

Kemungkinan kedua, beliau menerima maklumat bohong.Bagaimana jentera polis yang sering dibagakkan sebagai cekap, cepat dan betul tidak tahu bahawa apabila polis membatalkan permit pada petang sebelum malam peristiwa hitam itu, pihak penganjur telahpun membatalkan ceramah tersebut? Perkara tersebut memang terbukti kerana ceramah sememangnya tidak diadakan. Para penceramah yang dijangka berucap juga tidak ada.Memang benar mereka pergi ke tempat itu kira-kira jam 12 malam. Tetapi mereka bukan pergi kerana hendak berceramah, tetapi sekadar menunaikan hajat tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan jamuan untuk mereka. Lagi pun, ceramah apa pukul 12 malam?

Komen: Inilah yang dikatakan pembohongan. Blog pembangkang yang lain menceritakan dengan jelas yang ceramah tersebut tetap di adakan tetapi disini penulis cuba menegakkan benang yang basah dengan menidakkan perkara yang sebenar. Nampak sangatlah penulis hanya memutar belitkan fakta dan cerita sebenar untuk menjadi batu api kepada pembaca lain. Sudahlah hentikanlah cerita pembohongan ini kerana temberang dah bersepai.

Kalau Ayub berbohong, itu tidak menghairankan. Tetapi, jika beliau menerima maklumat bohong dari orang bawahannya, kemungkinan Cawangan Khas, adakah itu termasuk dalam cekap, cepat dan betul?Adakah Ketua Polis Terengganu itu menerima maklumat bohong sehingga menyebabkan beliau mengarahkan supaya sekatan jalan dipaksakan ke atas rakyat dan akhirnya polis bertindak ganas menggunakan peluru hidup kononnya untuk mempertahankan diri. Pengganas Israel pun tahu menggunakan peluru getah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghamburkan sampah-sarap dari mulutnya dan mendakwa "tindakan pihak polis dalam menangani rusuhan oleh penyokong parti pembangkang di Terengganu malam tadi adalah berasas kepada tanggungjawab mereka untuk menguatkuasakan undang-undang negara".

Undang-undang jenis apa yang mengharamkan demokrasi dan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dengan alasan (yang didakwa Ayub) "polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan itu disebabkan ketidaksesuaian tempat untuk diadakan ceramah kerana terletak dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan".

Komen: Apa yang berhimpun secara aman? aman pada kaum pembelit tatapi bukan pada penduduk setempat dan masyarakat sekeliling. Kerana kekurangan dana maka sanggup menggunakan kawasan perumahan sebagai tempat ceramah. Sedarlah sikit wahai pembelit rakyat perhimpunan apa pun jika dilakukan tanpa permit adalah salah disisi undang-undang tak kisahlah jika pembelit mengadakan ceramah untuk darai-darai ciptaan pembelit.

Undang-undang jenis apa yang mengharamkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam kawasan perumahan pegawai kerajaan sehingga polis menjadi pemangsa yang nyaris membunuh Suandi dengan peluru hidup?Si gila mana yang mahu mempercayai Ayub apabila beliau mendakwa , seramai 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan tersebut dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu?

Bom molotov? Hey Ayub! Berapa orangkah di negara ini yang telah ditangkap, didakwa dan didapati bersalah di mana-mana mahkamah kerana membawa bom molotov ke tempat ceramah pembangkang? Dan, berapa banyak ceramah pembangkang yang mencetuskan rusuhan jika tidak diganggu oleh pihak polis? Tanpa sebarang gangguan polis, berapa banyak penyokong pembangkang yang didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah kerana mencetuskan rusuhan sesama sendiri?

Komen: Si gila mana yang cuba mengubah cerita dengan menidakkan perkara sebenar. Ingat pihak FRU dan polis boleh cedera sendiri tanpa dipukul dan dibaling dengan objek merbahaya. Lihatlah berapa orang anggota polis yang mengalami kecederaan akibat tindakkan pembelit. Pihak polis mempunyai senjata yang lengkap untuk menjaga keamanan tapi jelas kita lihat banyak bukti di mana senjata di tempat kejadian adalah terdiri daripada objek seperti batu, kayu, objek tajam dan sebagainya. Maka si gila mana yang cuba lagi membelit untuk mengubah cerita sebenar.

Takkan FRU nak gunakan Bom Molotov sedangkan FRU mempunyai senjata yang lebih sistematik. Jadi dari mana datangnya kalau bukan dari pembangkang sendiri. Ia tidak semestinya di bawa secara terus oleh mereka yang terlibat. Sesiapa sahaja boleh bersubahat untuk menggunakan bom ini. Jadi si gila ini memang gila kerana tidak dapat berfikir yang terdapat seribu macam cara untuk orang yang busuk hati untuk mencari kesempatan mengapi-apikan rakyat dan menjatuhkan kerajaan.

Lebih penting untuk ditanyakan, adakah rusuhan berlaku sebelum atau selepas orang ramai mendengar berita dua pemuda tidak bersenjata di tembak?Dan, jika benar dakwaan Ayub bahawa seramai 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan tersebut dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu, benarkah FRU yang selama ini terkenal dengan cota, rota dan lebih dari itu, gas dan air beracun, tidak mampu mengawal keadaan dengan cara yang selama ini dianggap menjadi hobi dan kelazatan mereka itu?

Benarkah begitu ramai FRU yang berada di tempat kejadian yang berupaya membantu meleraikan pertelingkahan tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu Azmi sehingga beliau terpaksa menggunakan peluru hidup. Adakah mereka pada masa itu "macam darai keletihan selepas melayan pelanggan dilorong belakang"?Atau, adakah terdapat anggota polis yang sememangnya dari jenis "trigger happy"?Ohh, ada bom molotov. Patutlah perkataan "bom molotov" diselitkan. Kalau tidak, tidak adalah sebab untuk menggunakan peluru hidup, kan?

Komen: Ohh, ada bengap sebab itulah terlalu bengap untuk terus cuba membelit fikiran rakyat. Kalau dah jumlah pemberontak dalam rusuhan mencecah angka 750 orang bagaimana nak kawal keadaan dengan tenang dan selamat. Kalau nak dibandingkan air dan cota FRU dengan Molotov dan batu pembangkang yang mana lebih merbahaya. Macam mana nak kawal keadaan kalau berdepan dengan pihak pembangkang yang memang telah diprogram untuk tidak menerima keamanan. Cakaplah macam mana pun, kalau dah minda sendiri tak terkawal, nak harapkan orang lain kawal, hemm buang karan.

Tuesday, September 11, 2007

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?

Category: General Posted by: Raja Petra Roslan SMS Corner

Dipetik dari: http://www.malaysia-today.net

Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.

Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badan dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.

Komen: Hai! Bukan ke dah banyak duit hasil gabungan parti-parti. Bukankah ahli pembangkang yang berkumpul kira-kira 750 orang, tapi takkanlah ceramah dekat kawasan rumah awam. Takkanlah ceramah sembunyi-sembunyi takut kata-kata mencaci, fitnah dan mengumpat didengari umum. Kalau dah kaya sangat kenapa tak buat di hotel-hotel mewah sekitar Terengganu? Takkanlah tak mampu nak bayar duit sewa dewan dan makan minum ahli kot?

Fikirkanlah dan renungkanlah, pembangkang seronok mengumpat dan mengeji, masyarakat setempat yang pening kepala dengan riuh rendah suara dah cakap-cakap merapu yang dilemparkan. Memang semua tahu yang ceramah mereka selalu dibuat sekitar kawasan perumahan awam sebab sengaja nak bising-bising hina kerajaan supaya semua orang dalam kawasan tu dengar. Dengan lokasi ceramah yang tak strategik, berdekatan jalan utama serta kawasan istana dan rumah pegawai tinggi kerajaan, memang sengaja cari pasal nak keruhkan keadaan.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canonnya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Komen: Melalui informasi yang diterima, pihak pembangkang yang mula bertindak menyerang pasukan polis dan FRU. Bagaimana nak minta bersurai cara baik kalau dah semua liar membaling batu, besi,botol dan kayu kepada pasukan polis dan FRU yang mengawal keadaan. Ini yang pihak polis tidak mahu sebab bila keadaan jadi tak terkawal orang tak bersalah pun kena. Inilah akibatnya kalau pembangkang takut untuk kalah dalam pilihan raya nanti. Sekarang dah mula gelabah susun agenda untuk mengulangi prestasi buruk seperti mana dalam pilihan raya umum 2004. Cubalah pikirkan hal orang lain sebelum nak buat benda-benda tiada faedah macam ni, sebab nanti yang susahnya rakyat Terengganu juga. Pelancong tak mahu datang melancong, perniagaan rakyat terjejas, rakyat merempat dan macam-macam lagi. Pernahkah pembangkang fikirkan masalah ini.

Bila dengar kisah Wee Meng Chee hina lagu Negaraku semua melenting marah dan tak kurang mencaci, tapi tengoklah apa yang jadi di rusuhan Terengganu sanggup bakar Jalur Gemilang depan orang ramai. Ni kes konon nak tunjuk keras kepala. Ni kalau ikut undang-undang semua sekali boleh kena tindakan sama seperti Wee Meng Chee. Kalau dah rasa tak ada hormat pada Jalur Gemilang, tak mahu hormat pada undang-undang samalah seperti tiada hormat pada negara Malaysia. Jadi buat apa tunggu lagi pergi berambus!

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Komen: Inilah yang orang kata ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ kalau dah seorang polis lawan 20 orang pembangkang macam mana nak pertahankan diri? Inilah pengecut besar, bertindak melulu memukul penguatkuasa yang bertugas untuk mengawal keadaan. Sekarang ni bukan pihak polis yang tak jaga rakyat atau melampau dalam menjalankan tugas, tetapi korang sendiri yang tak jaga hati dan akal yang diberi Tuhan untuk berfikiran secara manusia yang waras. Sikit-sikit nak mengamuk dan bertindak sesuka hati, inikah parti yang boleh memimpin rakyat? Bila hasrat tak ditunai mulalah angin satu badan. Bila dah nafsu kuasai minda cakap apa pun tak guna. Sesiapa pun boleh menyamar jadi polis. Jadi tak hairanlah kalau ada kutu yang menyamar jadi polis semata-mata nak memanaskan lagi keadaan. Sebenarnya kalau difikirkan tak perlu untuk ada polis menyamar jadi penghasut untuk memanaskan keadaan sebab korang sendiri dah ada ciri-ciri penghasut dan pemutar-belit untuk membelit dan memanaskan rakyat dengan propaganda merapu korang.

Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu pastilah mereka yang hadir akan marah.

Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata untuk membuat kacau.

Komen: Dah memang semua orang tahu kalau nak buat ceramah kena ada permit yang sah dan lulus daripada polis. Jadi sekarang bila ceramah ini dibuat tanpa permit, siapa yang perlu dipersalahkan? Sekarang bila dah jadi hal macam ini, mulalah menuding jari nak cari salah orang lain. Sekarang nasib si penghasut seperti yang digembar-gemburkan untuk dijadikan penyebab. Sudahlah tu hentikanlah sandiwara murahan sebab memang sejak azali lagi pembangkang akan cipta perkara-perkara merepek untuk kenakan kerajaan dan juga untuk memancing ehsan rakyat. Ciptalah seberapa banyak penghasut atau penyangak untuk menjadi pelakon tambahan dan pak pacak propaganda korang. Sebab negara kita ada undang-undang, jadi lambat laun kita tahu juga ‘langit tinggi rendah’ dan siapa ‘batu api’ yang sebenarnya.

Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak. Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang menempah penyakit, cuba melepaskan diri lalu dilepaskannya beberapa das tembakan dari senjatapi yang dibawanya.
Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di Hsopital Kuala Terengganu.

Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?

Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:

Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!

Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu. Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.

Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yang semakin mendapat tempat di Terengganu.

Komen: Nampak sangat yang perkara sebegini sengaja dibuat untuk memporak-perandakan kedua-dua belah pihak. Kenapa pula nak salahkan UMNO/BN Terengganu secara terus sedangkan pembangkang yang mula-mula cari pasal dengan merusuh tanpa sebab yang kukuh dan terang-terang terdapat dalang lain yang cuba mengangguk di air keruh.

Ayuh atas darah dua orang rakyat Malaysia yang tumpah di bumi Batu Burok ini kita tuntut agar Suruhanjaya Bebas Di Raja segera dibentuk biar rakyat Malaysia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Komen: Ini lagi satu cara orang yang ‘batu api’. Sengaja nak memanaskan lagi keadaan. Sengaja nak menuding jari mencari kesilapan orang lain sedangkan kesahihannya masih kabur. Beginikah cara menyelesaikan masalah? renungkanlah

Monday, September 10, 2007

Benarkah 99 peratus ahli UMNO kejam terhadap Dr Mahathir?

Dipetik dari www.detikdaily.net

by reformis

Sepanjang tempoh tiga tahun dengan 2,292 mesyuarat Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, hanya sekali sahaja Dr. Mahathir dijemput untuk memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan. Dr. Mahathir berucap dalam Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada tahun 2006 yang lalu.

Oleh SAMSURI ROSLAN

Sejak UMNO ditubuhkan 61 tahun yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Presiden yang paling lama selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Dr Mahathir menjadi Presiden 22 tahun, Allahyarham Tunku Abdul Rahman 20 tahun, Allahyarham Dato Onn Jaafar, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussien - masing-masing lima tahun. Allahyarham Tun Hussein memangku jawatan Presiden sejak tahun 1976-78 dan menjadi Presiden 1978-81.

Daripada lima bekas Presiden UMNO hanya Dr Mahathir yang masih hidup. Kelima-lima mereka begitu berjasa kepada ahli, pemimpin dan parti UMNO. Mereka juga berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Peralihan kuasa dari Presiden kepada Presiden yang lain juga berjalan lancar sehingga tiada langsung menggugat kestabilan negara dan keharmonian rakyat serta pembangunan ekonomi negara.

“Komen: Akhirnya PAS dan parti lain selain UMNO turut mengakui kehebatan kerajaan di bawah pimpinan Tun. Lihatlah bagaimana UMNO berjasa dalam melahirkan pemimpin yang dapat memimpin negara hinggalah terkenal di mata dunia. Pemilihan Presiden yang dijalankan sememangnya menitik beratkan soal kesejahteraan dan kelancaran perubahan pentadbiran dalam memajukan lagi negara kita Malaysia. Lihatlah contoh terdekat bagaimana lancar dan berkembangnya ekonomi dan pembangunan negara yang akhirnya seiring dengan negara luar di bawah pimpinan Presiden-Presiden UMNO.”

Bagi sesetengah ahli dan pemimpin UMNO, jasa para pemimpin mereka terus dikenang. Pelbagai aktiviti dan program yang diatur untuk mengenang jasa bekas para pemimpin mereka terutamanya yang sudah meninggal dunia. Seperti kata pepatah Melayu: Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama.

Bagaimanapun keadaan tidak berlaku kepada pemimpin mereka yang masih hidup terutamanya Dr Mahathir. Sebaik sahaja Dr Mahathir meletakan jawatan dan bersara dari politik UMNO, tidak sampai satu peratus dari 3.3. juta ahli UMNO yang mahu menghargai jasa pemimpin ini yang masih hidup.

Puncanya adalah tindakan Dr Mahathir yang `mempertikaikan’ beberapa dasar dan cara pentadbiran Presiden UMNO yang sedia ada, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pada pertengahan tahun 2006 yang lalu.

“Komen : Inilah yang dikatakan orang cubaan untuk memburukkan lagi keadaan dan menangguk di air yang keruh. Tun melantik Dato Seri Abdullah berdasarkan kebolehnnya untuk mentadbir negara serta meningkatkan lagi taraf ekonomi dan pembangunan negara. Sedikit sebanyak terdapat perubahan dari segi membawa negara ke peringkat tertinggi. Biarpun begitu, tujuannya tetap sama, untuk melihat negara kita Malaysia terus bangun dan menyahut cabaran untuk menjadi sebuah negara yang maju dan berkembang. Tun mempunyai cara yang berlainan untuk mentadbir negara, dan sekarang adalah masa untuk Dato Seri Abdullah untuk mentadbir Malaysia. Biarpun berlainan cara dan tindakan, Tun dan Dato Seri Abdullah tetapi mereka punya matlamat dan ‘target’ yang sama iaitu untuk tidak membiarkan negara kita kembali menjadi mundur dan akhirnya ketinggalan dalam bersaing dengan negara-negara maju.”

Dr Mahathir mempertikaikan beberapa isu yang menarik perhatian umum cara pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sehingga menimbulkan rasa kurang senang para pemimpin UMNO termasuk seorang tokoh muda yang bercita-cita tinggi dalam politik.

Persoalan yang dilontarkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab sepenuhnya sebaliknya jawapan lain yang mempertikaikan peribadi dan cara pentadbiran Dr Mahathir.

Berikutan persoalan demi persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan adakalanya terlalu `sinikal’ dan bersifat `peribadi’, bekas Presiden UMNO ini diasak dan diserang oleh hampir 3.3. ahli dan pemimpin UMNO.

Secara kasar lima perkara yang ditimbulkan oleh para pemimpin UMNO dan hampir 3.3. juta ahli UMNO ini adalah:

1. Sekarang adalah era pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Dr Mahathir sudahpun selesai.

2. Dr Mahathir sudahpun `nyanyuk’ dan masih `gila kuasa’.

3. Dr Mahathir berbelanja `boros’ semasa zamannya dahulu.

4. Dr Mahathir sengaja melantik Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan `lemah’ agar imej Dr Mahathir sebagai pemimpin negara akan berterusan.

5. Silap Dr Mahathir sendiri kerana melantik Abdullah Ahmad Badawi.

“Komen: Amboi! Sesedap rasa sahaja membuat tafsiran. Soalnya sekarang bagaimanakah caranya kiraan yang dibuat oleh penulis untuk mendapat nilai 3.3 juta ahli UMNO menentang Tun? Adakah melalui kiraan mengagak, kiraan mebuta-tuli atau kiraan berdasarkan kedengkian dalam hati yang meluap-luap? Sedarlah bahawa sebelum membuat andaian lampirkanlah sekali buktinya. Janganlah terus membuat andaian tampa bukti. UMNO sendiri tidak pernah mengeluarkan kiraan sebegini dan UMNO juga tidak pernah membuat andaian dan kata-kata menghina seperti di atas. Terang-terangan dan jelas penulis hanya menabur fitnah. Fitnah yang lebih besar iaitu menabur fitnah keatas 3.3 juta ahli UMNO seperti yang didakwa beliau. Berhentilah untuk menjadi batu api. Berhentilah untuk terus meledakkan api kemarahan rakyat. Berhentilah untuk terus memutar belitkan fahaman rakyat kerana rakyat dan kerajaan cukup bijak dan pandai untuk menilai yang mana intan dan yang mana kaca murahan.”

Tanpa melihat isu `utama’ yang dibawa oleh Dr Mahathir sehingga sekarang, hampir 3.3. juta ahli dan pemimpin UMNO telah memberi pelbagai tekanan dan reaksi negatif terhadap bekas Presiden mereka sendiri.

Wanita UMNO yang berjumlah 1.3. juta, ahli UMNO 967,000, Puteri 226,000 dan Pemuda UMNO berjumlah 707,000 ahli telah terlupa jasa pemimpin mereka ini yang cukup hebat dan berharga satu ketika dahulu.

191 UMNO bahagian sudahpun mengadakan mesyuarat sejak 2004 sehingga 2007. Ini berarti UMNO bahagian sudah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan secara keseluruhannya adalah 573 mesyuarat.

Daripada 573 mesyuarat jika diambil secara purata mesyuarat bahagian, puteri, wanita dan pemuda ia mencecah kepada 2,292 kali mesyuarat.

Sepanjang tempoh tiga tahun dengan 2,292 mesyuarat bahagian, pemuda, wanita dan puteri UMNO, hanya sekali sahaja Dr Mahathir dijemput untuk memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan. Dr Mahathir berucap dalam Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada tahun 2006 yang lalu.

Malahan mana-mana bahagian yang mahu menjemput beliau akan dikenakan pelbagai halangan walaupun dinafikan oleh sesetengah pemimpin sekarang. Lebih tragis lagi dia juga tidak menang dalam G7 di bahagiannya sendiri dalam mesyuarat UMNO bahagian Kubang Pasu pada tahun 2006 yang lalu.

Menurut bekas Presiden UMNO ini, beliau sebagai bekas pemimpin nombor satu parti dan ahli UMNO tulen dikatakan telah dihalang oleh `pemimpin-pemimpin’ tertentu dalam UMNO untuk berucap dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan oleh parti mereka.

Apa yang menarik perhatian, semasa berucap di Persidangan Pemuda UMNO bahagian Petaling Jaya Utara, Dr Mahathir cukup memahami dan adab sebagai seorang ahli UMNO tulen.

Dia tidak mengkritik secara keras sepertimana ucapannya ketika berhadapan dengan NGO atau kumpulan bukan UMNO sebaliknya memberi `kiasan’ dan menceritakan susur-galur sejarah perjuangan UMNO. Dia faham dengan disiplin ketika berucap di hadapan ahli-ahli UMNO.

Bagaimanapun sebahagian besar dari 3.3. juta ahli dan pemimpin UMNO tidak beranggapan demikian. Mereka sudah menolak dan tidak menghargai jasa Dr Mahathir. Sesetengah pemimpin mereka sudah merancang untuk menolak terus Dr Mahathir kepada pembangkang agar mudah disangkal hujah mahupun dilucutkan keanggotaannya.

Mungkin juga keadaan yang lebih radikal agar Dr Mahathir `meninggal dunia’ secepat mungkin agar jasanya dapat diraikan dengan lebih mudah dan hebat sepertimana meraikan jasa-jasa Presiden mereka yang sudah meninggal dunia.

Sehubungan ini, masyarakat Melayu yang bukan ahli UMNO, ahli dan penyokong pembangkang, masyarakat bukan Melayu di negara ini sudah begitu faham dengan sikap hampir 3.3. juta ahli UMNO terhadap pemimpin mereka yang sudah bersara dan berjasa kepada parti mahupun negara.

Begitu mudah untuk mereka menyerang dan mempertikaikan bekas Presiden UMNO ini memandangkan majoriti besar 3.3. juga ahli UMNO sendiri turut tidak menghargai atau iktiraf jasa Dr Mahathir yang masih hidup.

“Komen: Memang dasar tidak sedarkan diri. Dahulunya PAS heboh mengutuk dan mencaci UMNO dan Tun sewaktu pemerintahnya. Tetapi sekarang hendak tunjuk baik membela nasib Tun. Hentikanlah mainan politik anda wahai saudara. Sedarlah UMNO tetap melihat Tun sebagai insan yang teristimewa dan berjasa dalam membagunkan parti serta negara.”

Peribadi yang menyebut – yang tua dihormati dan yang muda disayangi hanya sinonim dengan orang-orang Melayu dan bukannya sebahagian besar 3.3. juta ahli UMNO.

Bagaimana mereka mahu mendabik dada memperjuangkan idealisme parti, rakyat dan negara sedangkan bekas pemimpin mereka yang hebat dan rajin serta digeruni oleh Barat satu ketika dahulu malahan ada ahli UMNO yang menjadi jutawan kini dianggap seperti `sampah’?

Cukuplah retorik hampir 3.3. juta ahli UMNO ini. Apakah buruk sangat sikap bekas Presiden UMNO ini sehingga tiada siapapun yang mahu menemui beliau atau menganjurkan sedikit aktiviti semasa beliau masih hidup?

“Komen: UMNO menerima niat Tun untuk bersara, UMNO tidak pernah membuang Tun malahan Tun diangkat dan dijulang sebagai Presiden yang banyak membantu memartabatkan UMNO serta negara. Politik UMNO dijulang bukan untuk tujuan propaganda, UMNO berjuang untuk menegak agama, bangsa dan negara. Tun tetap dikenang dan UMNO tetap menganjurkan aktiviti-aktiviti yang turut disertai oleh Tun. Tetapi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bukanlah untuk tujuan publisiti atau perlu dihebohkan tetapi aktiviti-aktiviti yang diajurkan dan disertai oleh Tun adalah lebih kepada aktiviti-aktivi “ Bapa dan Keluarga”. Pastinya, Tun tetap dinobatkan sebagai Presiden terulung dan jasa-jasanya tetap mekar di dalam setiap hati ahli UMNO.”


Akhirnya, hanya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohd Azli Mohd yang menghargai jasa besar bekas Presiden mereka yang masih hidup. Dia seorang ahli parti tulen dan berani. Dia sebak dan tersekat-sekat semasa berucap apabila mengingati jasa wira negara-negara membangun yang kini dianggap `nyanyuk’ dan `tikar buruk’ oleh ahli partinya sendiri.

“Komen: Bukan beliau seorang yang mengingati Tun tetapi ucapan beliau lebih menjurus kepada perasaan dan ucapan untuk kesemua ahli UMNO terhadap Tun. Semua ahli UMNO menyayangi dan mengingati Tun. Tiada ungkapan lain yang dapat diungkap selain dari menitiskan air mata tanda ingatan yang tidak terhingga terhadap Tun di atas segala jasa dan bantuan yang dibuat oleh Tun sendiri. Jika ada yang lain menggelar dirinya seorang sahaja yang mengigati Tun, sesungguhnya orang tersebut hanya ‘Syok Sendiri’. Tetapi pastinya Tun tetap megah dihati dan mata rakyat Malaysia.”

Dia mahu menghargai bekas Presidennya yang masih hidup dan mahu memahami bahawa masih ada segelintir ahli UMNO yang sayang kepada Dr Mahathir.

Bagi satu peratus ahli UMNO yang masih menyokong dan menghargai jasa Presiden UMNO ini mendoakan Semoga ALLAH SWT terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Dr Mahathir Mohamad!