Friday, April 6, 2007

Nak gelak besaq utk perangai Hasrul!

Apalah yg nak diherankan dengan org yang menentang kerajaan sedangkan dia sendiri tak sedar diri bahawa kesenangan dan kesejahteraan yang diperoleh adalah atas landasan yang sama... org sebegini kalau dibiarkan menjadi pembelit kepada yang lelain dan bila dilayan maka timbullak polemik sedemikian...
Apa yang perlu beliau sedar hasil daripada tulisan dia...
Mana saudara tahu yang kami tulis dan kami jawab sendiri? Bukan semua orang pandai, tapi tak semua orang bodoh! Hanya dari tak sampai 10 perkataan awal dari mana-mana penulisan kita dah boleh 'menjejak' siapa penulisnya.
JAWABKU:
Kalau setakat serkap jarang aje semua org boleh buat...

Selama ini kami memberi komen-komen yang menentang pembangkang tetapi tidak disiarkan.Dalam 'blog' sendiri pun 'tak disiarkan'. Hehehe. Lain macam saja bunyinya ni. Atau anda tak faham bahasa saya? Atau saya yang tersalah tafsir?
JAWABKU
La...apa lak lain macamnya...kan sama gak, kami menyatakan yang benar kerana tidak mahu menjadi munafik

Kami hanya ‘sembah’ ALLAH!Baguslah kalau macam tu. Saya sembah Allah jugak! Dan saya takdak mazhab. Mungkin anda bermazhab Hadhari. (Fahamkan benar-benar yang saya sebut - 'MUNGKIN')
JAWABKU
MUNGKIN itu satu prasangka yang tidak baik... dan anda perlu faham Islam Hadhari itu bukan mazhab la... Fahamkan benar2 apa maksud yang tersirat. Dan kalau tak faham jangan la cakap sembarangan.

Kami tak heran pun…. Dah lali hidu dengan caci maki dan fitnah oleh golongan yang menjadi pencacai. Saya tak mintak maaf kat saudara pun. Saya meminta maaf pada Sang Kelembai kerana saya khuatir yang komen saya 'bisa mengotori blog beliau'. Apa perlunya saya meminta maaf pada anda?
JAWABKU
Sapalah yang suruh mintak maaf, fahamkan jugak lah perkataan tak heran tu...
menurut kamus dewan edisi ketiga hlm837 : maaf ialah kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang dari hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan manakala hairan (kamus dewan hlm 427) adalah berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu... maknanya kalau tak hairan itu membawa makna tak berasa pelik atau tak berasa ganjil la bertemu org seperti saudara.

Akhir kalam, sebarang komen dari 'puterinusantara dan konco-konconya' adalah TIDAK DIALU-ALUKAN! Ini kerana saya hanyalah blogger picisan yang menghasilkan hanya blog picisan. Buang karan orang Ibu Pejabat UMNO saja.
JAWABKU
Tidak dialu-alukan kerana tidak dapat terima kenyataan, dan penilaian ke atas blog itu dibuat berdasarkan apa...hanya kerana bubuh nama sebenar dan letak gambar dah rasa macam hebat lah sedangkan blog saudara pun masih di tahap bawahan...

Kalau dah 'dahsyat' sangat, saya mencadangkan anda menghalakan muncung meriam anda pada Rocky Bru ka, Sheih ka, Marina ka, Dato Ron ka, Penarik Beca ka.. atau kalau taktau mana nak pi, cuba pi tengok kat Susan Loone, situ ada banyak link!
Itu pun kalau berani la! Hehehehehe!

JAWABKU
Kenapa nak halakan muncung meriam lak... Kan ini negara demokrasi...Kita ada hak dan tanggungjawab... jangan sampai la nak mengganggu ketenteraman org lain dan halakan kesilapan sendiri pada mereka dengan harapan mereka akan membela saudara...

Wednesday, April 4, 2007

Untuk Saudara Hasrul Halid

“Bro, apa yang saya perhatikan, kedua-dua blog tu dari jenis yang tulis sendiri dan komen sendiri. Tapi masa kat komen tu guna nama lain-lain..Blog tahun 60an boleh la guna taktik tu. Tak genuine langsung-langsung!Padan la dengan apa yang depa 'sembah dan sokong' pun. Sori bro, terkasar sikit!”

JAWABKU:
Mana saudara tahu yang kami tulis dan kami jawab sendiri? Selama ini kami memberi komen-komen yang menentang pembangkang tetapi tidak disiarkan. Sekurang-kurangnya kami menulis perkara yang benar, korang banyak fitnah, maki hamun dan menyambung-nyambung fitnah tu lagi oleh para blogers picisan. Kami hanya ‘sembah’ ALLAH!


Sori bro, terkasar sikit

JAWABKU:
Kami tak heran pun…. Dah lali hidu dengan caci maki dan fitnah oleh golongan yang menjadi pencacai.

Masanya telah tiba untuk hentikan keangkuhan Umno!

Tanggal 21 Mac ini genap tiga tahun PM Abdullah Ahmad Badawi menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-11, melepasi prestasi semua perdana menteri sebelumnya. Pembangkang yang serba daif dari segi keupayaan penerangan media, didera dalam pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara.
Diakenababe:
Dah kalah, nyawa-nyawa ikan yang tinggal, kata kena dera pulak! Hari masa menang banyak dalam PRU ke 10, tak kena dera ke?


Kini, bahang pilihan raya kembali terasa. Isyarat dan petanda tampak amat ketara.
Sesetengah pihak meramalkan PRU ke-12 diadakan seawal Mei ini dan selewat-lewatnya Mac 2008. 'Spin media' arus perdana terus-terusan memaparkan prestasi luar biasa ekonomi negara mengisyaratkan kemungkinan itu.Walaupun disanggah ramai termasuk penganalisis dan pakar ekonomi, Abdullah dan Umno tidak peduli. Terasa seolah-olah Malaysia yang didiami Abdullah dan Umno, lain daripada yang diduduki rakyat. Seakan-akan ada dua negara Malaysia.
Diakenababe:
Engkau pun dah nak mati kebulur ke?


Tiga kekangan besar menghambat Abdullah tidak terus bertakhta sehingga Mac 2009. Tarikh April 2008 adalah 'deadline' PRU ke-12 buat dirinya atas tiga sebab.Pertama Anwar Ibrahim akan layak bertanding selepasnya, kedua keizinan penangguhan pemilihan Umno tidak boleh melepasi tarikh itu dan ketiga kes Altantuya bakal membawa padah kalau melepasi 'tarikh keramat' itu.
Diakenababe:
Apahal dengan kes Altantuya?


Apa kena mengena dengan UMNO? Itu hal peribadi Razak Baginda.Perangi rasuah dan Islam Hadhari slogan kosong
Diakenababe:
Sekurang-kurangnya Islam Hadhari tu tak mengkafirkan sesama Islam.


Umum masih ingat Abdullah memasuki PRU ke-11 lalu sebagai 'orang baru' yang mahu dirinya diberi peluang. Ramai bersimpati. Umum masih ingat beliau menjadikan dua teras utama tawaran dan strategi kempennya - 'memerangi rasuah' dan 'Islam Hadhari'.Ramai juga mahukan perubahan selepas 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, lalu memberi laluan mudah kepada Abdullah. Ingatan awam masih segar dengan gambar beliau mengimamkan sembahyang dan berdoa yang terpapar di seluruh negara. Kedua-dua strategi 'mengena' dan 'labanya' besar.Kini Abdullah kaget mencari formula kemenangan. Dia sudah tidak lagi punya moral dan wibawa mengitar semula strategi dan resipi lamanya.
Diakenababe:
Mengkafirkan orang Islam yang lain apa hukumnya?


Sebabnya? Abdullah lupa daratan dan mengkesampingkan rakyat yang memberi 'mandat besar' kepadanya untuk membawa 'perubahan' dengan 'Islam Hadhari'nya serta melaksanakan janji dan tuntutan memerangi rasuah sebaik sahaja beliau berkuasa.Seawal minggu pertama, Abdullah memungkiri janjinya! Pemilihan jemaah Kabinetnya mencetuskan kontroversi.Gegak gempita di Parlimen kerana Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan pilihannya.Membesarkan saiz dan menambah ahli Kabinet adalah haknya, akan tetapi pemilihan semula mereka yang jelas punya rekod yang cemar dengan dakwaan rasuah, amat dikesali. Kedegilannya menyerlahkan keangkuhan 'Imam Hadhari' itu pada awalnya menunjukkan pesona manusia tawaduk berpekerti tinggi.Secara mendadak, Abdullah tidak lagi mempedulikan permintaan rakyat.Katanya 'dia yang berkuasa dan bertanggungjawab sebagai PM negara ini'! Itu betul, tapi rakyat juga punya tanggungjawab menegur yang salah. Kalau beliau benar-benar mahu memerangi rasuah, maka pilih mereka yang jelas tidak tercemar dan masih punya kredibiliti.Awal-awal lagi Abdullah telah tersasar. Kini dia jauh tergelincir. Ilmu 'Islam Hadhari' tidak membantunya membuat pemilihan, apatah lagi membantunya mengurus-tadbir negara.Tiga tahun yang tidak berintegritiSetelah lebih tiga tahun menerajui kepimpinan negara, beliau tidak langsung punya rekod kejayaan! Sebutkan? Senaraikan? RMK-9? Belum apa-apa! Kalau tak ada dia pun tetap akan ada RMK9.Tak kira siapa pun PM-nya? Bagi menempah nama buat dirinya, dia gelarkan PMK9 - 'Misi Nasional'. Kalau ditanya kepada rakyat, tak ramai yang tahu, pegawai kerajaan pun tak sedar akan misi ini. Sebaliknya, kalau senarai kegagalan yang dipinta, cukup panjang.Secara lebih khusus, dalam agenda 'memerangi rasuah', apa kejayaan Abdullah? Dalam Debat Perdana mutakhir ini yang memfokus integriti nasional, hampir semua panelis Umno/BN yang berhujah pada setiap minggu menggunakan sandaran bahawa kesungguhan PM memerangi rasuah adalah jelas dengan pelancaran Pelan Integrasi Nasional (PIN).Dapatkah rakyat diyakinkan dengan lawak jenaka ini, sebab PIN yang dilancarkan pada April 2004, hanya baru-baru ini mendapat perhatian kerajaan Abdullah? Itu pun dalam gelanggang Debat Perdana, hasil 'spin media' Johan Jaafar!Awal-awal lagi Abdullah bergelut dengan pelbagai angkara rasuah sama ada dalam parti dipimpinnya atau kerajaan diterajuinya.Penyalahgunaan kuasa lebih besar lagi jumlah pelakunya termasuk sehingga kini menantunya yang diperhatikan PAC dalam urusan ECM-Libra dan penjualaan aset strategik negara kepada negara jiran terdekat.Dirinya sendiri juga tidak lepas-bebas daripada kelakuan itu ketika pemberian RM600 juta kepada 191 bahagian Umno ketika perhimpunan Agung Umno lalu. Perbelanjaan RM300 semasa Piala Monsun masih tidak puas dipertikaikan dari segi pemberian kontrak yang bersifat 'direct negotiation'.Pembayaran RM540 juta kepada pihak ketiga dalam pembelian dua kapal selam dan RM370 juta dalam pembelian 18 jet pejuang merimaskan dirinya ketika terus dibangkitkan pelbagai pihak media alternatif khasnya golongan 'bloggers'.
Diakenababe:
Masyukkkkkkkkkk


Rasuah memang sinonim dengan Umno
Diakenababe:
Penulis upahan pulak bagaimana?


Rasuah adalah sinonim dengan kerajaan Umno/BN. Sarat dan membarah. Bermula dengan Isa Samad, Menteri Wilayah merangkap Naib Presiden Umno dan belasan pimpinan Umno daripada semua peringkat yang terpaksa dipecat kerana 'politik wang', tidak termasuk seorang menteri dari Sabah yang masih dibicarakan atas tuduhan rasuah, senarai lengkapnya adalah terlalu panjang. Sedikit waktu dulu Umno diaibkan dengan penjelasan dangkal dan lucu, yang dibuat ahli Parlimen Jasin dan dua Adun, seorang dari Klang dan seorang dari Kelantan tentang dakwaan penyelewengan kuasa.Berdasarkan secebis contoh daripada segala perilaku buruk pimpinan Umno ini, penulis merumuskan bahawa sah Abdullah terkena badi memungkiri janji memerangi rasuah!Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ar-rashi wal murtashi filan-nar" (kedua-dua pemberi dan penerima rasuah adalah di dalam neraka). Seolah-olah menurunkan 'bala' akibat dosa seluruh perbuatan ini, Allah SWT terus mendedahkan keaiban Umno dan ketidakpedulian kerajaan Abdullah mendera rakyat.Paling terkini kes Ketua Pengarah BPR. Penulis kesempatan berjumpa bekas Pengarah BPR Sabah yang membuat laporan kepada KPN dan Peguam Negara mengenai salah laku Ketua Pengarah tersebut. Surat iu juga dikatakan dihantar kepada Abdullah.Katanya bukan sekali laporan dibuat tetapi tiga kali. Apa integriti yang ada pada Abdullah hari ini? Paling membingungkan kalau sudah jelas peribadi tersebut sudah ada rekod seperti itu, mengapa Abdullah lantik lagi dia pada 2005. Kalau Mahathir yang lantik semula pada 2001, mungkin kita faham sebabnya. Akan tetapi Abdullah lantik juga, maka sukar untuk ditakwil kecuali beliau memang 'tertidur', 'tidak cerdik' atau ada niat yang kurang murni. Allah sahaja Yang Lebih Mengetahui!
Diakenababe:
Jangan percaya la orang ni, 2x 5 jugak agaknya. Sibuk nak lapor kat Pak Lah buat apa? Polis ada. Pak lah bz dengan tugas lebih besar!!


Apabila ditanya tentang kes tersebut, spontan jawab beliau, "Saya pandang serius kes ini". Orang kampung kita pun boleh jawab macam itu. Mungkin lebih cerdik.Namun kalau sungguh serius kenapa sampai jadi macam ini setelah 10 tahun, peram sampai jadi pekasam. Padanlah BPR, macam pondan siam yang langsung tak bertaring! Manakan boleh bertindak kalau orang nombor satunya pun punya 'tengkorak'.
Diakenababe:
Hai tahu macam mana rupa pondan siam nampak? Pernah….


Sepatutnya peribadi Ketua Pengarah BPR, institusi integriti paling unggul dan berwibawa mesti dipimpin seorang tokoh daripada golongan perundangan atau tokoh akademik, bukan bekas pegawai polis (tanpa prejudis).Hari-hari mendatang ini akan lebih menyerlahkan 'badi' yang menyerang PM ini. Kes seorang timbalan menteri yang dituduh menerima rasuah RM5.5 juta bagi ganjaran melepaskan tiga penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mula diheret ke pengetahuan BPR.Beliau mendakwa tak takut untuk disiasat. Tanpa prejudis, semua nama-nama pimpinan Umno yang disebut bermula dengan balas jawab tajam bahawa mereka tak takut, bahkan ada yang hendak menyerang peniup wisel atau 'whistleblower' ini dengan pelbagai ancaman seperti Khairi terhadap Husam Musa, akhirnya umum tertawa ketika dia terpaksa menjual sahamnya dalam ECM-Libra. Begitulah perilaku pimpinan Umno.
Diakenababe:
PAS di Kelantan ok sangat ke? Tanya Takiyuddin brapa banyak projek balak di kelantan yang dia dapat? Berapa sewa gerai tapak pasar malam yang dikenakan kepada peniaga kecil , kais pagi makan pagi, kais petang makan malam?


Masanya telah tiba untuk membuat perubahan supaya Umno tidak kekal dalam keangkuhan dan menanggung dosa memungkiri janji kepada rakyat! - mr

Diakenababe:Hidup UMNO! Undi UMNO!!

Ahli tidak terkejut Anuar Shaari letak jawatan

28 Mac -- Ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Permatang Pauh tidak terkejut dengan perletakan jawatan ketua bahagian berkenaan, Anuar Shaari Ahad lalu, kerana ramai ahli tidak puas hati dengan prestasi kerjanya, kata Timbalan Ketua bahagian yang baru, Che Mat Hashim.
Diakenababe:
Kalau dah jadi tak kena tu, macam-macam komen la keluar. Kalau yang menaikkan nama PKR , bukan main lagi engkorang melambung dia. Bila dia bawa diri dari PKR , macam-macam cerita tentang dia akan keluar nanti.

Menurut Che Mat lagi, sejak menjadi ketua bahagian pada awal 2004, Anuar cuma hadir mesyuarat parti sebulan sekali tetapi terlalu kurang membabitkan diri dalam program anjuran bahagian berkenaan.
“Ada juga ahli yang tidak kenal Anuar kerana beliau kurang berjumpa dengan pemimpin peringkat bawahan.
Diakenababe:
Nampak sangat tak pandai pilih pemimpin, dalam pemilihan PKR pun confirm salah pilih Presiden.

“Berikutan itu ada sebahagian kecil ahli jawatankuasa PKR Permatang Pauh sendiri yang tidak puas hati dengan prestasi kerja Anuar,” katanya ketika dihubungi hari ini.Anuar, 38, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua bahagian Permatang Pauh serta keluar dari PKR ketika berucap di mesyuarat perwakilan bahagian itu Ahad lalu.Beliau memberi alasan terlalu banyak ‘politiking’ dan mendakwa sesetengah pemimpinnya lebih gemar mengejar jawatan daripada mengutamakan kepentingan parti.
Diakenababe:
Sah, kan Anuar sendiri dag ngaku ni. Pemimpin PKR gila kuasa, perasan nak dapat kuasa bila PRU kelak kot!! Sian….sian….

Che Mat berkata, sejam sebelum mesyuarat Permatang Pauh dimulakan, Anuar ada bertemu dengan beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu dan menyatakan beliau tidak mahu mempertahankan jawatannya.Ketua baruAnuar, katanya, bagaimanapun tidak pula memberitahu beliau akan keluar dari PKR.
Diakenababe:
Tak lama lagi dia keluar le tu.

“Walaupun ada ahli yang tidak puas hati dengan beliau, kami tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhkannya dari jawatan ketua bahagian Permatang Pauh.
Diakenababe:
Jangan percaya Anuar, cakap je tu, dalam hati punya la seronok bila engkau letak jawatan. Baling batu sembunyi tangan. Bila orang kata ‘tidak” itulah yang selalunya dia buat.

“Jika Anuar mahu mempertahankan jawatan ketua bahagian, saya yakin beliau akan menang tanpa bertanding,” katanya lagi.
Diakenababe:
Nampak sangat ahli PKR tak pandai pilih pemimpin. Orang tak boleh kerja pun dia nak simpan lagi.

Berikutan perletakan jawatan Anuar itu, bahagian berkenaan telah memilih Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai ketua bahagian yang baru. Beliau menang tanpa bertanding.Che Mat berkata, Anuar meletakkan jawatan mungkin kerana merasakan beban tanggungjawab untuk terus memimpin bahagian PKR bahagian Permatang Pauh.Katanya, ini kerana sebelum itu, jawatankuasa bahagian berkenaan telah mengingatkan Anuar bahawa sebagai ketua bahagian, beliau mesti membuat kerja kuat untuk parti.“Mungkin kerana Anuar tinggal di Selangor menyebabkan beliau sukar berulang-alik ke Permatang Pauh bagi menjalankan urusan parti,” katanya.

Monday, April 2, 2007

CADANGAN PEGAWAI POLIS BACA KHUTBAH GUNA RAIFAL M-16

Baru-baru ini tercetusnya satu idea yang berbentuk polemik di kalangan masyarakat kita. Ianya tentulah idea yang diutarakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di mana beliau mengutarakan khutbah Jumaat yang akan disampaikan oleh mana-mana pegawai polis untuk memegang senjata api.

Memegang raifal M-16 atau seumpamanya adalah kelainan daripada kebiasaan mana-mana khatib yang memegang tongkat ketika berada di mimbar. Ini berikutan daripada khutbah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada Jumaat lalu, 23 Mac 2007 di Masjid Langgar sempena Ulang Tahun Pasukan Polis Ke-200.

Sebelum ini, Menteri Besar itu juga pernah menyarankan akan penggunaan senjata ketika memberikan khutbah sebagai simbol kuasa dalam sistem pertahanan di negara ini dengan mengambil contoh daripada sirah Rasulullah yang pernah menggunakan pedang ketika berkhutbah.

Beliau yakin dengan pendekatan seumpama ini dapat membendung peningkatan kes jenayah melalui konteks Islam dan pengisian khutbah juga seharusnya menekankan kepada masyarakat supaya terus bekerjasama dengan pihak polis.

Namun begitu, dua tokoh negara iaitu Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Datuk Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak tidak mempersetujui saranan ini kerana bimbang dengan perspektif orang ramai yang lebih cenderung melihat daripada sudut negatif. Selain daripada itu, tanggapan terhadap Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan juga akan memberikan impak yang sangat besar kepada masyarakat bahawa orang Islam sangat sinonim dengan keganasan dan terrorisme. Faktor keamanan negara juga sedikit sebanyak membuatkan orang ramai tidak menyokong saranan ini.

Samaada saranan ini dipersetujui atau sebaliknya akan dapat kita lihat nanti jika adanya kajian menyeluruh mengenai penggunaan senjata api dalam mendatangkan sedikit kegerunan orang ramai untuk melakukan jenayah.

Nampaknya, isu ini telah menghangatkan hari Ulang Tahun Polis kali ini...

PAS mula memikirkan pengganti presidennya sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat tidak begitu berkesan sebagai seorang pemimpin sebagaimana terbukti dengan kekalahan teruk dan memalukan dalam pilihanraya umum 2004.
Diakenababe:
Yes! Itu yang aku dengar. Dalam PAS kini golongan baru yang sedang mengambil alih, geng-geng Kamaruddin Jaafar. Dia sedang mengABIMkan PAS.


Dengan barisan pemimpin yang sedia ada, PAS dikhuatiri gagal mengulangi kecemerlangan baru dalam pilihanraya umum ke-12 yang dijangka diadakan tahun ini atau tahun depan.
Terengganu, selepas berjaya dikuasai selama lima tahun sejak 1999 bawah kepemimpinan Abdul Hadi, tewas teruk dengan 28 kerusi dikembalikan kepada Umno, sementara empat kerusi sahaja berjaya kekal di tangan PAS. Ketewasan yang paling buruk sejak 1990.
Sementara Kelantan, negeri tradisi PAS, tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang dengan baki majoriti satu kerusi selepas Pengkalan Pasir jatuh ke tangan Barisan Nasional.
Diakenababe:
Nik Aziz je yang jadi tonggak, kalau tidak dah lama jatuh PAS di Kelantan. Pok Nik ni orang respek sebab dia orang yang dikatakan sebagai orang alim. Tok Guru orang pandang la, bukan macam Takiyuddin….ehemmmm…..


Dua pemimpin puncak parti Islam itu kini dalam fokus utama pengamat di luar parti dan juga pemimpin serta aktivis PAS. Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kerap jatuh sakit akhir-akhir ini, sering dispekulasi akan meninggalkan jawatan Menteri Besar Kelantan.
Diakenababe:
Rehatlah, cukuplah jangan dipergunakan beliau lagi.Kemungkinan besar jawatan itu jatuh kepada tokoh muda, seorang exco negeri dan juga naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

Jangan Termakan Dakyah UMNO/BN???

Soal Jawab, Propaganda, Pakatan BA, Islam, Politik

johnleemk menanyakan:
Saudra Anwar,
Adakah kamu fikir hubungan tegang antara kaum di Malaysia selama 49 tahun terjadi sebab Islam, satu fahaman (agama?) yang imperialis dan bersifat discriminasi.
Contohnya, kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan Nik Aziz, MB Kelantan telah meluluskan undang-undang untuk bunuh murtad. Pembunuhan murtad adalah sama seperti pembunuhan bukan Islam sebab murtad itu adalah sebahagian umat non Muslim.
Saya fikir Pas mesti digulingkan seperti parti Taliban di Afganistan, parti Ba’ath di Iraq dan parti Council of Islamic Courts di Somalia. Semua pemimpim tertinggi Parti Islam Se Malaysia (contohnya: Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang dan Husam Musa) mesti digantung sampai mati seperti President Iraq Saddam Hussein untuk jenayah terhadap manusia (crimes against humanity) seperti kes pembunuhan murtad.
Kerajaan Barisan Alternatif sejak tahun 1999 telah membunuh sebanyak 1,000 orang murtad (non Muslim) dengan persetujuaan Anwar Ibrahim, penasihat BA.
Johnleemk,
Dari mana sdr perolehi maklumat sedemikian? Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. seandainya sdr menelaah undang-undang berkenaan di Kelantan, tidak terdapat langsung peruntukan sademikian.Kita boleh memilih untuk berbeda pendapat dengan beberapa pandangan PAS, tetapi adalah amat tidak wajar menghukum mereka berdasarkan fitnah Umno.
KOMENKU:
Tengok tak pasal-pasal dikaitkan dengan UMNO. Apahal? Nampak sangat desperate!!
Kepincangan yang berlaku banyak berpunca daripada dasar dan tindakan kerajaan BN yang enggan membenarkan wacana terbuka dan memberi hak dan kebebasan kepada rakyat. Tafsiran Islam mereka juga sempit tidak menjangkau sudut kebebasan dan keadilan.
KomenKu:
Apahal pulak BN/UMNO yang enggan memberikan kebebasan kepada rakyat? UMNO memelihara kesucian agama Islam. Dulu hang dalam UMNO , hang buat apa? Ngorat bini orang je ka? Atau sekarang buka cerita burukkan UMNO sebab UMNO tak mau terima hang semula, kempunan nak jadi PM? Sian!!! Takdak modai dah ka?