Wednesday, May 16, 2007

Hari UMNO: Datuk Ibrahim Hussein Tokoh Melayu Terbilang




SENIMAN veteran yang terkenal dalam bidang seni lukis bukan sahaja di tanah air malah di peringkat antarabangsa juga, Datuk Ibrahim Hussein telah dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang bersempena dengan sambutan ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-61 tahun di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kerana dipilih oleh UMNO untuk anugerah ini. Sebenarnya ramai lagi tokoh dan pejuang Melayu yang benar-benar berjuang untuk bangsa kita tetapi mereka tidak dikenali, oleh itu saya terima anugerah yang diberikan ini sebagai wakil kepada mereka yang tidak sempat menerimanya hari ini,” ujar beliau.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan yang beliau lakukan ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai pengiktirafan dan anugerah diberikan kepada beliau.

“Atas nama UMNO, saya menyeru bangsa Melayu untuk sama-sama memikul tanggungjawab demi memelihara martabat dan maruah UMNO serta bangsa Melayu,” tegas beliau.

Ibrahim dilahirkan pada 13 Mac 1936 di kampung Sungai Limau, Yan, Kedah yang terletak jauh di pedalaman.

Beliau yang terdiri dari lima orang adik-beradik sejak kecil lagi sentiasa berdikari dan tidak gemar menyusahkan sesiapa. Ibrahim yang berketurunan Aceh dari sebelah bapanya, yang kemudian mengembara hinggalah ke Tanah Melayu dan kemudian mendirikan rumahtangga dengan ibunya di tempat kelahiran beliau.

“Walaupun bapa saya seorang yang buta huruf, tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajaran saya dan adik-beradik yang lain malah dia sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk kuat, teguh dan bersemangat,” kata beliau kita mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.

Atas kesungguhan dan dorongan untuk menimba ilmu, beliau telah meninggalkan kampung halaman serta mendalami bidang yang beliau minati.

“Sebenarnya saya tidak pernah anggap apa yang saya lakukan ini sebagai satu cita-cita. Semuanya lahir dengan sendirinya kerana apabila saya merasakan bahawa saya ingin melukis maka ketika itulah saya berkarya.”

Kesungguhan beliau dalam berkarya telah membawa beliau ke persada antarabangsa malah kepakaran beliau diakui oleh negara lain dengan penganugerahan pelbagai pingat dan darjah kebesaran.

Antara anugerah yang pernah diterima Ibrahim sepanjang lebih 50 tahun pembabitannya dalam bidang tersebut termasuklah Griffin Prize, London (1964), Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970), Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997), Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995), dan Order of Andres Bello Venezuela (1993).

Ibrahim telah berkahwin dengan gadis pilihannya, Sim Hussien ketika berkhidmat sebagai residen artis di Universiti Malaya (UM) sekitar 1976 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Alia.

“Pada tahun tersebut saya merancang untuk ke luar negara tetapi hasrat itu terbatal apabila ditawarkan menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz dan di sanalah saya bertemu jodoh," katanya.

Pengorbanan beliau untuk memartabatkan bangsa Melayu terbukti dengan penubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah sebagai tempat pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. Ibrahim berkata, tema bagi ribuan lukisannya yang dipamerkan di MYSIH berunsurkan segala kejadian di atas muka bumi termasuk politik, kemanusiaan, kasih sayang serta percakapan hati yang terlintas di fikirannya.

"Karya-karya saya lahir secara natural melalui apa yang saya rasakan dan apa yang ada pada fikiran saya.

“Ketika membuat sesuatu perkara, anda akan berasa keseorangan dan hanya berada dengan diri sendiri, tiada yang lain. Tiada masalah dan tidak bercakap dengan sesiapa. Ia seperti ubat bagi saya," katanya lagi.

Dua abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di negara ini dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tarikh Lahir: 13 Mac 1936

Asal: Yan, Kedah Darul Aman

Kerjaya: Pelukis

Isteri: YBhg. Datin Sim Hussien

Berkahwin: Tahun 1976

Anak: Alia Ibrahim Hussien


PENDIDIKAN

• Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)

• Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 – 1963)

• Royal Academy Schools, London (1964 – 1966)

• American Workshop, Venice (1970)


ANUGERAH

• Byam Shaw Scholarship, London (1959 – 1963)

• Byam Shaw Award of Merit (1961 – 1963)

• Royal Academy Scholarship, London (1963 – 1966)

• Griffin Prize, London (1964)

• Fullbright Travelling Scholarship (1967)

• John D.Rockefeller III Fund Fellowship (1967 – 1968)

• Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)

• Lee Foundation Fellowship, University Malaya (1970 – 1971)

• XVIII International D’Art Contemporain de Monte Carlo (1984)

• Japan Foundation Cultural Award (1988)

• Order of Andres Bello, Venezuela (1993)

• Hugo Boss Hall of Distinction (1994)

• Order of Bernardo O’Higgins, Chile (1995)

• Crystal Award oleh The World Economic Forum, Annual Meeting, Davos, Switzerland (1997)

• “Style with Substance” American Express/ Hong Leong Bank (2000)


DARJAH KEBESARAN

• Ahli Mangku Negara (AMN) (1973)

• Kesatria Mangku Negara (1991)

• Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (1995)

• Darjah Kebesaran Setia DiRaja Kedah (1996)

• Darjah Kebesaran Dato’ dari Sultan Selangor (2001)


PAMERAN SOLO

• John Whibley Gallery, London (1963)

• Gallerie Internationale, New York (1965)

• AIA Building, Kuala Lumpur (1966)

• Chinese Chamber of Commerce, Singapore (1966)

• Newsweek Gallery 10, Newsweek Building, New York (1968)

• Solidaridad Gallery, Manila (1969)

• Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1969)

• Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1975)

• Dhait Abdullah Al Salam Gallery, Kuwait (1977)

• IH Gallery, Kuala Lumpur (1982)

• Daruma Art Centre, Copenhagen (1983)

• Gallerie Bortier, Brussels (1983)

• Gallerie Kaleidescoop, Ghent (1983)

• National Art Gallery, Malaysia: Ibrahim Hussein-A Retrospective (1986) •

Universiti Utara Malaysia (1986)

• Singapore Arts Festival, National Art Gallery, Singapore (1986)

• Takashimaya Art Gallery Tokyo (1989)

• Takashimaya Art Gallery, Osaka (1989)

• Museo Nacional de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991)

• World Economic Forum, Davos, Switzerland (1994)

• Inaugural Exhibition- Ibrahim Hussein Foundation Museum, Langkawi, Malaysia (1999)


PENGLIBATAN

• Ahli Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (1971-1973)

• Pelukis Undangan di Universiti Malaya (1970-1977)

• Menguruskan Festival Seni Asia Pertama di Bali, Indonesia (1987)

• Menguruskan Festival Seni Asia Kedua di Cherating, Pahang Darul Makmur (1988)

• Pakar rujuk “Academie Europeene Des Sciences, Des Arts Et Des Letters, Paris” (1987)

• Menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah pada tahun 1997 bagi tujuan pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. MYSIH merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama sepertinya di dunia, sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan dunia kesenian dan kebudayaan. Ia menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.

• Penglibatan di dalam Forum Seni Antarabangsa di Venice, Italy (1991)

• Menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa di Davos, Switzerland (1994-1995, 1997 $ 2005)

• Menguruskan Festival Seni Antarabangsa di Langkawi, Malaysia (2000)

Malayan Union dan UMNO...

dipetik dari http://sangkelembai2006.blogspot.com
jawapan kepada persoalan2 yang dilontarkan oleh sang kelembai
posted by ashrafhaikalaffendi

assalamualaikum
(saya amat berharap agar komen saya dikeluarkan dalam blog saudara)

Saya telah membaca buku "Perjuangan UMNO bersama 50 tahun kemerdekaan" dan saya juga telah membaca tulisan saudara tentang buku tersebut.
Apa yang nak saya kongsikan bersama saudara dan saudara pembaca di sini, berkaitan fakta tentang penubuhan UMNO...bacalah buku-buku sejarah yang lain juga, Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur memang menyatakan idea tentang penubuhan tentang sebuah kesatuan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu. Malah kawat keputusan kongres tersebut menyatakan:

1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang bermakna memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar King Great British dan akan menjalankan kuasa yang penuh itu. Kerajaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu di dalam lingkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-sultan itu di dalam negeri mereka masing-masing daripada suatu keadaan Raja-raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga kebiasaan Melayu yang sah dan batal dan tidak wajib ditaat oleh Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan rakyat-rakyat mereka.

2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tiada diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan sebagaimana cadangan kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu tiada diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan. Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawanan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.

3. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tersebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu iaitu berlawanan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.

4. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King seperti yang dicadangkan di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan di dalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa perkara mencadangkan:
• Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi menggantikan Negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.
• Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kepada Bangsa atau Agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya:
i Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah diakui oleh Kerajaan Baginda khasnya dan oleh sedunia amnya.
ii Bangsa Melayu mempunyai Negeri dan Raja.
iii Segala Treaty-treaty yang ada di antara Kerajaan Baginda King dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-treaty yang baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang di dalam sesuatu peperangan yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu hak-hak mereka itu yang semulajadi itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kepada mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kepada Baginda King.

5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerajaan Baginda King kepada suatu peperiksaan yang penuh di atas keadaan yang ada pada masa ini di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan-keadaan itu jika diketahui oleh Kerajaan Baginda King tentu akan menangguhkan cadangan yang tersebut itu.

6. Bahawa disebabkan oleh perkara-perkara yang tersebut itu Persidangan Agung ini meminta kepada Kerajaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta-merta dan kembalikan pendirian negeri-negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.

Seterusnya, saudara menyatakan bahawa dalam halaman 24, ia tidak menyenaraikan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (PKMM) sebagai pertubuhan yang hadir...sila semak semula buku tersebut kerana ia tersenarai di halaman 25, iaitu petubuhan dari Tanah Melayu.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ahmad boestamam, saya minta saudara serta pembaca sekalian bacalah buku memoir Ahmad Boestamam:merdeka dengan darah dan api yang diterbitkan oleh Penerbit UKM (2004). Dalam buku tersebut detail tentang kisah beliau hingga beliau keluar dan tidak menyokong perjuangan UMNO.

Berkaitan dengan Hamzah Abdullah pula, sememangnya jasa beliau tidak dapat dinafikan lagi. Nama beliau bukan sahaja diabadikan di Dewan Hamzah, Klang sebaliknya untuk pengetahuan saudara nama beliau turut menjadi nama dewan di Dewan Hamzah, Kg. Baru dan Jalan Hamzah Kg. Baru.

Sesungguhnya, memang bagus kerana ada orang yang sangat prihatin dengan fakta sejarah. Setiap pertikaian perlu ada bukti. Dan saudara perlu ingat bahawa buku tersebut tentunya Ibu Pejabat UMNO terbitkan sebagai satu oleh2 atau cenderamata bagi mereka-mereka yang selalunya gagal mengingat tarikh dan peristiwa....

KOMEN PUTERI: Fakta sejarah tidak boleh dikesampingkan malah ia akan tetap menjadi warisan yang berpanjangan kepada generasi akan datang. Setiap perkara mesti ada sebab dan akibatnya...

Monday, May 14, 2007

Saya Hanya Seorang Loyalist Umno 2?

Posting terbaru saya mengenai sejarah awal Umno di Batu Pahat, yang saya tulis sempena sambutan usia Umno ke-61 tahun, telah menerima pelbagai reaksi daridapa Joe Penang, The Eugenist, [mungkin Datuk Seri] Dasa, Honami, The Thinker, Wadah, Muhammad Ilham dan Karib Alam.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkonsi pandangan dan suara hati masing-masing terhadap Umno menerusi blog ini.

Sebagai jawapan, saya tekankan di sini bahawa majoriti orang Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat, Johor, yang dalam lingkungan umur saya atau lebih tua, memang sentiasa mengaku bahawa mereka adalah anak buah Panglima Salleh Selempang Merah [selendang merah].Kalau tak ada Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya pada akhir 1945 dan awal 1946, rasanya musnah sudah manusia Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat ketika itu dizalimi dan dibunuh seluruhnya oleh pengganas komunis bintang tiga.Sebelum Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya bertindak, sudah ramai pun warga Melayu di sekitar Batu Pahat, Muar dan Pontian yang jadi korban kezaliman gerombolan komunis itu.
Ada keluarga Melayu yang dikuburkan hidup-hidup dan secara beramai-ramai. Ada yang dirogol dan diperkosa. Ada yang direbus dalam kawah yang menggelegak dengan minyak panas.Ada yang disula dan digantungkan di pokok pedada di sepanjang Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat.
Ada yang mati dibedil. Ada yang dibakar sampai rentung. Pendek kata, pada ketika itu ada seribu satu bentuk kezaliman dan kekejaman untuk memusnahkan orang Melayu.Saya imbas kisah ini bukan kerana saya racist. Sebaliknya, saya imbaskan kisah ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa sebahagian keluarga saya sendiri adalah mangsa kezaliman dan keganasan itu.Saya juga imbas semula kisah ini kerana pada zaman anarki itu, ada juga masjid dan surau di Mukim Empat yang dijadikan markas pengganas komunis.
Lebih hena dan keji lagi, di surau dan masjid itu jugalah anak-anak dara Melayu di rogol dan diperkosa sebelum dibunuh. Dan di surau serta masjid itulah juga tempat pengganas komunis berpesta arak dan menyembelih khinzir.Jadi, kisah ini bukannya suara hati seorang racist. Sebaliknya, inilah realiti di zaman anarki sewaktu Melayu tiada kuasa politik dan Melayu belum menubuhkan Umno.Sebab itulah bila Panglima Salleh dipujuk oleh Datuk Onn Jaffar untuk menghimpunkan Melayu daripada Mukim Empat, bersama-sama dengan penghulu lain yang memimpin Melayu Mukim Satu Lubok, Melayu Mukim Dua Bagan, Melayu Mukim Tiga Peserai untuk bersama Melayu Senggarang, Rengit, Parit Raja, Seri Gading, Selulon, Parit Yaani dan Seri Medan, seluruh Melayu bangkit atas nama bangsa yang dizalimi, atas nama bangsa yang ketiadaan kuasa dan atas nama bangsa yang kehilangan kedaulatan.Selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Penggaram, mereka pun berhimpun ke Kelab Melayu Batu Pahat. Di sanalah mereka menjeritkan slogan HIDUP MELAYU buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangn pra-merdeka.Dan, di perhimpunan itu jugalah mereka menggagaskan penubuhan United Malays Organisation yang kemudiannya di gelar sebagai United Malays National Orginasation (UMNO) atau pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).Ketika itu, Mac Michael dan gagasan Malayan Unionnya mahu menghapuskan seluruh aspek Melayu – kesultanannya, kebudayaannya, bahasanya dan agamanya.Oleh itu, cetusan rasa ini bukannya suara seorang racist. Ini sekadar catatan rasa untuk mengenang latarbelakang yang melahirkan Umno dari persfektif anak Melayu Batu Pahat.


Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Pulai Pinang pada 14 dan 15 September 1952

“ UMNO bergantung semata-mata kepada yuran. Maka yuran ini kalaupun ahli-ahli UMNO semua membayarnya tidak juga mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja dan tanggungan-tanggungan yang kita wajib sempurnakan.

Kita telah berikhtiar hendak mendapatkan wang itu dengan jalan meminta derma daripada ahli-ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, tetapi ikhtiar kita itu tidak mendapat hasil. Sebagai satu contoh saya sebutkan di sini ialah derma Dewan UMNO Malaya yang hingga hari ini satu peratus daripada apa yang dikehendakki itu belum terkumpul lagi. Kita bercadang hendak mendirikan kerajaan sendiri maka adakah munasabah pada pandangan tuan-tuan yang kita ini boleh mendirikannya padahal mendirikan ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur itu pun bukan kepalang susahnya.

Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO telah mengutip wabg dengan berbagai-bagai cara dan jalan yang tidak diluluskan oleh alim ulama dan ikhtiarnya itu telah pun membuat banyak kebajikan dengan adanya wang di tangan mereka. Sebaliknya pula ibu pejabat UMNO tidak dapat menyempurnakan, melainkan sedikit sahaja daripada kebajikan am yang wajib ditunaikan dan yang diharap-harap oleh orang Melayu daripadanya.

Dalam masa hari raya, orang Melayu yang di dalam tahanan telah meminta pertolongan UMNO, tetapi malangnya UMNO tidak dapat sampaikan hajat orang tahanan itu, akhirnya saya sendiri terpaksa meminta pertolongan daripada MCA dan dapat hadiahsebanyak $2,000. Dengan wang itulah dapat kita menghulurkan tangan kita kepada saudara-saudara kita yang di dalam tahanan itu. Demikianlah ibu pejabat UMNO dalam soal membuat kebajikan am. Maka dengan keadaan seperti ini bolehlah kita bermegah-megah bahawa kitalah yang memegang teraju bangsa kita dan memelihara nasib bangsa kita dan juga hendak melepaskan bangsa kita daripada cengkaman bangsa asing.

Pada masa ini orang Melayu yang ada di khemah-khemah tahanan darurat ada sebanyak lebih kurang 600 orang iaitu terbahagi kepada khemah-khemah tahanan Majidi, Ipoh, Kluang dan Morib. Keadaan orang ini sangatlah mendukacitakan kerana kebanyakan mereka itu hanyalah disyaki berhubung dengan pengganas-pengganas ataupun disyaki menentang polisi kerajaan dan mereka telah pun bertahun0tahun dengan tidak tentu dosanya.

Tetapi alhamdulillah pada masa ini telah pun ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebajikan orang tahanan Melayu yang mengandungi ahli-ahli daripada beberapa buah pertubuhan Melayu. Dengan adanya jawatankuasa tersebut maka ketetapan yang diambil oleh majlis ini dalam persidangan setengah tahunnya yang lepas telah berhasil.

Jawatankuasa ini sungguhpun umurnya masih terlalu muda, tetapi dengan usaha Setiausaha dan ahli-ahlinya, dapatlah ia memberi pertolongan yang banyak kepada orang tahanan Melayu yang malang itu. Pada Hari Raya ini jawatankuasa tersebut telah menghantarkan kain baju dan barang-barang makanan kepada mereka itu. Jawatankuasa ini telah menerima bantuan kewangan sebanyak $500.00 daripada MCA , maka dengan wang itu dan derma-derma daripada orang Melayu sendiri dapatlah jawatankuasa ini menghiburkan orang tahanan itu pada hari raya yang mulia itu.

Saya percaya iaitu dengan usaha jawatankuasa ini dapatlah kita menolong orang tahanan Melayu pada masa ke hadapan. Pertolongan itu bukan sahaja berupa pakaian dan makanan, bahkan kebebasan bagi mereka yang patut dibebaskan.”

Pengajaran;

Kalau boleh isu kezaliman tak payahlah kita ungkit kembali, Melayu pada masa itu pun bukannya dungu, kita pun melawan balik. Sentimen racist sedemikian cuba elakkan demi perpaduan, kita ditakdirkan hidup di kalangan berbilang kaum. Oleh itu wajarlah kita sentiasa suburkan PERPADUAN. Bergaduh dan merusuh pun bukannya seronok, malah menyeksakan generasi kita .

Seorang Loyalist Umno Mahukan Reformis Dalaman?

mengulas tulisan http://kuda-kepang.blogspot.com/

Majlis sambutan ulang tahun UMNO ke-61 telah selamat berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan dirasmikan oleh Datuk Seri Ahmad Badawi, Presiden UMNO dalam upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ sambil diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat, sejurus selepas nyanyian lagu ‘Negaraku’, 11 Mei (Jumaat) lalu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang-orang Melayu meneruskan perjuangan UMNO sebagai satu pusaka bangsa untuk diwarisi oleh generasi akan datang dalam usaha memastikan parti tersebut kekal sebagai tunjang kerajaan di samping mampu mengekalkan perpaduan di antara semua kaum di Malaysia walau usianya 100 tahun sekali pun.

Bagi memeriahkan majlis sambutan ini, sebuah video hasil idea Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertajuk ‘Atas Nama Perjuangan’ ditayangkan kepada para hadirin. Video ini berkisar tentang pengorbanan orang-orang Melayu pada zaman dahulu sewaktu ingin menuntut kemerdekaan.

Alangkah mudahnya sekiranya mesej yang ingin disampaikan menerusi tayangan video ini dapat diselami oleh semua bangsa Melayu. 'Atas Nama Perjuangan' bukanlah sekadar tanyan video semata-mata sebaliknya ia mengandungi mesej sebenar perjuangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Mesej perjuangan UMNO perlu dianggakat sebagai wadah dalam menelusuri kehidupan. Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu sememangnya tidak ternilai. Oleh itu, pengorbanan orang-orang Melayu hari ini perlu ikhlas dan bukan berlandaskan wang semata-mata... Keperluan material perlu dikesampingkan dan apa yang penting memartabatkan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Perlu diingat, untuk memanfaatkan asas dan tujuan penubuhan UMNO dalam mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja berperlembagaan, kita mesti mengetahui bahawa Malaysia bukan hanya diwakili oleh golongan berbangsa Melayu sahaja.

Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri dari rakyat berbilang bangsa, Melayu India dan Cina malah ada juga abngsa-bangsa lain yang hidup di sini. Keamanan yang dimahukan oleh semua rakyat bukan hanya bergantung kepada kerukunan bangsa Melayu semata-mata sebaliknya ia adalah hasil daripada kerjasama yang diperoleh dari semua kaum.

Jika kita berkata soal kemerdekaan, memang bangsa Melayu yang berhak mendapatnya tetapi kita tidak boleh menafikan bangsa lain yang turut sama berkorban untuk mendapatkan kesejahteraan.

Jika hari ini ada individu yg mewara-warakan ceria ramai bangsa Melayu terkoban kerana dibunuh oleh bangsa Cina ketika zaman Bintang Tiga, perlu diingat juga bahawa sebenarnya ramai juga bangsa asing termasuk Cina dan India yang disembelih semata-mata perasaan perkauman yang menebal, extrimist Melayu yang melampau menghalalkan bunuh membunuh sesama manusia.

Mengikut sejarah, Disember 1948 – Januari 1949, oleh kerana sebahagian besar daripada anggota Parti Komunis terdiri dari kaum Cina, beberapa pergaduhan perkauman telah berlaku di antara orang-orang Cina dan Melayu.

Tetapi kerjasama kaum dalam politik merupakan salah satu syarat British untuk memberi kemerdekaan Tanah Melayu. Permusuhan kaum boleh menggugat keselamatan awam dan menyukarkan kerajaan.

Di atas galakan Sir Malcom Mac Donald, Dato’ Onn telah menjemput seramai 21 orang ketua pelbagai kaum berkumpul di rumahnya untuk merunding jalan bagi memperbaiki ketegangan kaum. Beberapa siri rundingan menyusul kemudiannya. Di dalam satu pertemuan di Pulau Pinang, terbentuklah sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liason Committe – CLC). Oleh kerana Dato’ Onn dan Tan Cheng Lock enggan menjadi Pengerusi, jawatan tersebut diserahkan kepada E.E.C. Thuraisingam.

Hasilnya pada 3 Februari 1953, Rundingan Meja Bulat UMNO-MCA berjalan untuk mencari persefahaman dan kerjasama kedua-dua parti tersebut dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku telah meletakkan syarat yang harus menjadi dasar rundingan iaitu: MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu, hak orang Melayu yang sebenar dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat ini.

Manakala, pada 23 Ogos 1953 Konvensyen Kebangsaan telah dianjurkan oleh Perikatan UMNO-MCA buat pertama kalinya di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 14 perwakilan dari UMNO, perwakilan dari MCA, 14 wakil PAS, 2 wakil Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan dan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

Tujuan konvensyen ini ialah untuk mendapatkan kata sepakat dan kerjasama bagi mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu agar bersatu hati menuju matlamat kemerdekaan. Melalui Konvensyen ini satu persetujuan dicapai untuk mendapatkan kemerdekaan secara damai dan berperlembagaan dan sebagai langkah pertama mereka menuntut agar pilihan raya Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada November 1954. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah:

1. Mendiri dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan yang bercorak demokrasi dan bertanggungjawab.
2. Mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua-ketua negara berperlembagaan.
3. Memberi kebebasan beragama, kebebasan menyatakan fikiran dan kebebasan mengadakan perhimpunan kaum dan memelihara hak mereka.

Hasil konvensyen ini satu jawatankuasa dibentuk bagi menyusun dan mengemukakan satu penyata berkaitan perhimpunan tersebut. Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
1. H.S. Lee
2. Ong Yoke Lin
3. Dr. Ismail Abd Rahman
4. Sardon Jubir
5. Tunku Abd Rahman
6. Leong Yew Koh
7. Tan Siew Sin
8. Mohd Yassin Abd Rahman
9. Ahmad Rahim
10. Sheikh Mohd Daud Hj. Salleh

Sekiranya perpaduan antara kaum tidak dipelihara, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969
tragedi pergaduhan kaum di Kuala Lumpur akan berulang. Hal ini membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Angka rasmi menyatakan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Negara telah diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak serta Parlimen dibubarkan. Namun begitu, keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil sebagai penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara dicipta.

PESANKU: Fikirlah secara positif, janganlah ikut sentimen perkauman seperti dahulu. Sekarang zaman sudah berubah, semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa mahukan keamanan dan kesejahteraan tanpa ada sesiapa yang menjadi korban dan terbunuh. Kita mahu mengelakkan perang dan pertumpahan darah berlaku. Janganlah kita alpa...akibat perang bukan hanya nyawa tergadai malah harta benda dan negara juga boleh dimiliki bangsa lain.

Monday, May 7, 2007

Jangan paksa saya dedah skandal peribadi anda - kata dua Anwar kepada Najib

HarakahdailyDato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, jangan memaksa beliau menyentuh soal peribadi atau skandal membabitkan TPM kerana ia akan lebih menyulitkan keadaan.Anwar berkata, sejak beberapa bulan lepas dan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, beliau tidak pernah menyentuh perkara yang boleh disifatkan sebagai serangan peribadi. "Saya sudah jelaskan, saya tidak bangkit soal peribadi, jika dibangkit soal peribadi parah Dato' Seri Najib hendak jawab. Itu yang saya beri mesej kepada dia, jangan ulang bahawa saya menyerang peribadinya," tegas Anwar dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah di pejabat beliau di Petaling Jaya hari ini.
KOMENKU:
Auta padukang Anwar tak habis lagi….gertak orang tak habis-habis….mana Ezam? Mana enam kotak? Dua pilihanraya umum telkah berlalu…penyokong pembangkang dah terlena menunggu nak tahu apa isi kandungkan dokumen dalam kotak-kotak tu. Awat tak hebahkan…takkan nak tunggu dinosor hidup balik baru nak bagi tau….

Anwar yang Penasihat Parti Keadilan Rakyat menegas, apa yang dibangkitkan sejak beberapa bulan lepas ialah desakannya supaya Najib menjelaskan isu yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu dan isu komisyen RM520 juta.
KOMENKU:
Nak jelas apa lagi Anwar…DS Najib sudah jawaab takde kena mengena. Kem. Pertahanan sudah jawab pasal isu Sukhoi.

"Jawablah isu ini satu persatu. Umpamanya dalam kes pembunuhan tidak dijawab, dalam kes komisyen juga tidak dijawab.
"Beliau menjawab 'saya tidak terlibat, Allah menjadi saksi', ini bukan jawapan yang bertanggungjawab," tegasnya.
KOMENKU:
Mengenepikan ALLAH nampaknya. Kemneterian Pertahanan jawab pun engkau masih kata ada komisyen, kini ‘atas nama ALLAH’ pun engkau masih nafikan. Teruk betuk perangai hipokrit engkau.

Katanya, isu penglibatan Najib dalam soal rasuah dan komisyen terlalu ketara sudah dibangkitkan sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi tidak dijawab. "Kemenangan kita ialah kerana di Ijok, dia terpaksa menjawab, tetapi jawapan itu cukup lemah dan leceh.
KOMENKU:
Menang apa Anwar? Fitnah!! DS Najib menyelamatkan orang ramai daripada terpengaruh daripada angkara fitnah engkau. Kasihan mereka.
Riwayat at-Tirmidzi;
“Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya.”


"Sekurang-kurangnya isu Najib yang dibangkitkan di Ijok, akan kekal diminda rakyat di seluruh negara bagaimana sebenarnya lagak dan keperibadian bakal PM," tegasnya.
KOMENKU:
Terkilan sangat nampak, sebab tak dapat jadi PM. Anggap je takde rezeki Anwar. Sudahlah bawa bertaubat la….

Anwar turut menolak dakwaan bahawa beliau hanya menumpukan 'serangan' terhadap TPM sebaliknya tidak membangkitkan isu berkaitan dengan kelemahan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, sejak beberapa bulan ini, beliau turut membangkitkan mengenai kelemahan pentadbiran, kegagalan memacu pertumbuhan ekonomi meyakinkan dan kelembapan pimpinan PM Abdullah sehingga rasuah menular dan soal pembangunan yang tidak seimbang dan sebagainya.
KOMENKU:
Pak Lah takde pulak “beli pengaruh” dengan pink form walaupun dia jadi Menteri Kewangan.

"Cuma tentunya, sensasi dan minat menjurus kepada Najib, tekanan itu menyebabkan Najib berada di tahap yang paling defensif sehingga beliau mengarahkan pihak polis bertindak lebih keras (khusus di Ijok)," ujarnya.
KOMENKU:
Keras kemende? Penyokong PKR yang liar!! Ganas dan kurang ajar!! Kalau Khairy engkau kata samseng, tapi penyokong PKR macamana? Nak pukul orang dengan kayu lagi…tua bangka tak malu…sebenarnya (orang tua yang bawa kayu nak pukul Khairy) nak duit RM 3 juta dan geran tanah TOL yang dihuni oleh kelompok penyokong PKR. Geran boleh dibantu tapi RM …RM… mana mau cari….UMNO tak amalkan rasuah. Maka Ketua (orang tua) kepada 80 orang ahli PKR yang nak masuk UMNO tu beranglah kerana hasrat tak tercapai.

Namun kata Anwar, beliau menjangkakan bahawa jentera BN termasuk media massa dan elektronik akan menyerang balas beliau lantaran kesungguhannya berkempen untuk calon KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
KOMENKU:
Engkau pandai serang orang. Orang lain pun pandai serang engkau.

Anwar berkata, serangan terhadap beliau oleh media elektronik khususnya RTM dan TV3 adalah merupakan kesan positif kempen yang dijalankan di Ijok. "Aksi yang sedikit (dakwaan menari di pentas) digembar-gemburkan, saya akan jelaskan di Taman Melewar malam ini," ujarnya.
KOMENKU:
Itu belum kata-kata yang berbunyi perkauman , nak hapuskan hak Melayu semasa berkempen di Machap dulu.

Mengulas mengenai hasil keputusan pilihan raya Ijok beliau puas hati kerana KeADILan dapat menembusi kawasan pengundi Cina jauh melebihi angka yang disasarkan. Menurut beliau, Tan Sri Khalid memperolehi 60 peratus undi kaum Cina dan berjaya mengekalkan 50 peratus undi di kalangan kaum Melayu, tanpa menafikan kegagalan untuk menembusi kawasan estet.
KOMENKU:
Engkau banyak kelentong orang-orang estet tu, kesian mereka.


"Undi Melayu dipertahankan tanpa mengira penipuan, lebih RM100 juta dibelanja dengan rasuah, dengan penglibatan Dato' Seri Najib, dengan keganasan polis, saya fikir mempertahankan 50 peratus undi Melayu sudah cukup baik bagi pilihan raya kecil," katanya.
KOMENKU:
Kalau dah malu sebab letak calon Melayu pun kalah, ngaku sajalah.


Kata Anwar, beliau gembira kerana melalui kempen pilihan raya Dun Ijok, seluruh jentera PAS dan DAP dapat digembeleng bersama untuk menentang BN.
KOMENKU:
Pirrah main wayang! DAP minta 52 kerusi Parlimen, boleh bagi?

Thursday, May 3, 2007

Kebenaran Terbukti...




Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi sasaran fitnah kepada orang yang sengaja ingin memperlekehkan kepimpinan beliau. Namun Allah itu maha penyanyang dan maha mengetahui. Biarpun beliau sendiri berdiam diri dan tidak memberikan sebarang ulasan berkaitan pembelian kapal mewah tetapi ada insan yang prihatin dan mencari kebenaran atas apa yang telah berlaku… Inilah hasilnya…

Kalau Nak Tahu Siapa Anwar

Kepada pengundi di Ijok, soal rasuah memanglah satu perkara yang ditolak oleh mereka tetapi bila orang yang membangkitkan itu ialah Anwar Ibrahim, memaksa mereka berfikir semula. Di kalangan ahli UMNO, mereka masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan merasuah Ketua-Ketua UMNO seluruh negara bukan sahaja dengan saham-saham percuma macam TNB, Telekom dan Hicom tetapi juga wang ringgit yang berjuta jumlahnya.

Tanyalah dengan setiap orang yang ada jawatan masa pemilihan 1993 terutama orang UMNO di Sabah yang memaksa Tun Ghafar Baba meletakan jawatan. Boleh Anwar Ibrahim pergi bersumpah ke Masjid mana-mana dalam negara ini yang dia tidak menggunakan wang bagi jawatan Timbalan Presiden? Memanglah diakui bahawa BN sebuah parti mengamalkan konsep mempertahankan sistem kapitalis melalui parti induknya UMNO dan setelah UMNO ditolak dalam PRU 1969, Tun Razak Hussein secara tak ternampak melaksanakan sistem sosialis dalam dasar-dasarnya yang dinamakan dengan kulit Dasar Ekonomi Baru.

Perhatikan secara teliti, adakah dasar-dasar yang wujud itu kelihatan seperti bentuk -bentuk perjuangan sosialis antaranya pemilikan negara oleh syarikat asing, pemberian tanah kepada rakyat yang tidak bertanah. Tetapi orang Melayu tertipu atas propaganda yang menyatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru ialah 30% kepentingan ekonomi bumiputera. Sebenarnya soal 30% bukan soal DEB tetapi adalah soal Perlembagaan 1957. Dan perlembagaan itu tertulis dan dipersetujui pada tahun 1956 menjelang tahun 1957-Tahun Malaya Merdeka. Dengan itu 30% DEB untuk Melayu/Bumiputra tidak kena mengena langsung dengan dasar itu. Bila Anwar Ibrahim menyuarakan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, persoalan yang mana dalam dasar dalam DEB tersebut mahu dihapuskan.

Di sinilah Anwar Ibrahim tidak bijak. UMNO tidak sejauh mana kekuatannya dan ini disahkan dalan dokumentari pendek yang diterbitkan sendiri oleh RTM yang bertajuk "evolusi dan revolusi". Evolusi dalam dokumentari itu secara nyata bermaksud membesar kerana alam, pokok tumbuh kerana ada benih sama ada yang di berakkan oleh binatang yang memakan benih, ranting yang patah dan benih itu membesar, putaran hujan yang membawa air, panas yang dibawa oleh matahari dan kebetulan tanahnya subur, maka membesarlah pokok itu tetapi itu sekadar pokok tetapi tidak pokok yang di organik. Dia membesar dengan baja dan kawalan penyakit, dan sudah pasti akan menghasilkan pokok yang terbaik nilainya.

Itu sebabnya negara ini masih belum boleh maju kerana bukan sahaja politiknya perlu evolusi tetapi pemimpinnya juga perlu evolusi seperti Abdullah Hj Ahmad yang jadi Perdana Menteri kerana dia terlebih dahulu patut menjadi Timbalan Perdana Menteri. Telah tiba masanya, untuk PKR kalau mahu menjadi parti politik alternatif untuk pentadbiran negara supaya meletakan satu doktrin perjuangan dalam ideologi politik kontemporari, jika takut itu bermakna banyak penyakit kepada diri dan jika perjuangan mirip sosialis kini menjadi ideologi kenapa "kami difahamkan" rumah Anwar Ibrahim yang berharga RM 2 juta di Damansara kini sudah berpindah ke rumah bernilai RM7 juta di Segambut, ini bukan orang sosialis.

Maka dicadangkan supaya PKR dan DAP membuat satu pendirian politik yang agak boleh diterima oleh rakyat untuk melaksanakan paradoks demokrasi moden dalam perspektif Postmarxis-Postmodern dalam Demokrasi Radikal untuk melawan Demokrasi Liberal yang didukung oleh Barisan Nasional, yang mana dalam Demokrasi Liberal telah menyaksikan kegagalan beberapa buah negara dan sesetengah negara yang pernah merobohkan sistem sosialis ,mahu pun komunis yang bertukar ke sistem demokrasi liberal sedang bermimpikan sistem yang lama. Senang-senang pemikir PKR bacalah idea yang dibawa oleh Ernesto Laclau dan Chantal Mouffe .

dipetik dari http://sangkelembai2006.blogspot.com/