Tuesday, May 22, 2007

Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar

dipetik dari tulisan ZIN MAHMUD

AKHIRNYA Jumaat lalu, Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz mengumumkan pelepasan jawatannya berkuat kuasa 30 Jun ini. Keputusan itu dibuat atas tekanan dan beliau mengumumkannya setelah Lembaga Pengarah menyifatkan tindak-tanduk Wolfowitz yang kontroversi melibatkan kenaikan gaji rakan wanitanya, Shaha Riza dibuat dengan etika dan niat baik.

Walaupun Selasa lalu, panel khas lembaga pengarah bank itu membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan, tetapi dalam kenyataan Jumaat lalu, pihak bank tidak menyalahkan sesiapa.

Kenyataan bahawa kesilapan berlaku tanpa menyatakan sesiapa merupakan langkah menyelamatkan air muka Wolfowitz yang sebelum ini enggan melepaskan jawatan. Wolfowitz berulang kali menyatakan keengganannya untuk melepaskan jawatan di mana kedudukannya disokong oleh Presiden George W. Bush. Dalam dia mengaku membuat kesilapan, beliau menegaskan perlunya misinya di Bank Dunia diselesaikan demi menyelamatkan orang miskin, khususnya di pinggiran Sahara Afrika.

Tetapi dengan pihak Bank Dunia tidak meletakkan kesalahan pada beliau, maka tindakan itu boleh dianggap sebagai menyelamatkan air muka apabila ternyata akhirnya tokoh neokonservatif itu mengundurkan diri.

Kontroversi Wolfowitz secara permukaan kelihatan seperti kes nepotisme biasa di mana seorang yang berpengaruh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan rakan wanitanya. Tetapi yang berlaku lebih daripada itu. Sebagai tokoh neokonservatif, fahaman yang memperjuangkan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan kekuatan tentera, Wolfowitz juga dikenali sebagai penggerak kepada Perang Iraq. Sebagai bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, beliau menjadi penasihat Bush dalam menggerakkan perang menentang keganasan termasuk di Afghanistan dan Iraq.

Sudah tentu, di AS dan Eropah, Wolfowitz melahirkan banyak musuh khususnya di kalangan kiri, baik dari Parti Demokratik, mahupun di negara-negara Eropah yang mempunyai komuniti politik kiri berpengaruh.

Walaupun mereka terpaksa akur terhadap pilihan Bush supaya Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, tetapi golongan ini dikatakan sentiasa menanti peluang untuk menyingkirkan Wolfowitz kerana penolakan mereka terhadap neokonservatisme.

Maka kontroversi Shaha Riza ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan. Di AS dan Eropah Barat, media politik, baik dalam bentuk cetakan mahupun Internet menyiarkan pelbagai laporan dan komen untuk mencari kesalahan dan kelemahan Wolfowitz. Antaranya ialah majalah mingguan politik tertua di AS, The Nation. Majalah yang bebas daripada sebarang politik ini diterbitkan sejak 1865 dan membawa tulisan-tulisan kritikal terhadap perkembangan politik di AS. Ia juga menyediakan laman web dan blog yang berwibawa.

Pengarang The Nation bagi Washington, David Corn dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.

Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005. Melihat apa yang beliau sebut sebagai ‘‘potensi konflik kepentingan’' kerana Wolfowitz akan menjadi bos kepada teman wanitanya itu, maka diaturkan supaya Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.

Dari segi ini, Wolfowitz bertindak secara beretika bagi mengelak nepotisme dan konflik kepentingan. Masalahnya ialah perpindahan itu menyebabkan kenaikan gajinya sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus. Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz.
Bagaimana kenaikan gaji ini berlaku melibatkan pelbagai hujah, yang dikesan menerima campur tangan daripada Wolfowitz. Corn memaparkan tahap-tahap hujah ini dalam blog beliau.

Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur Dekat. Kalau Timur Tengah merujuk pada Asia Barat, Timur Dekat membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean.

Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut.

Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melihat kepada laman web yayasan itu, pernyataan misinya ialah menyokong pertubuhan masyarakat sivil dalam usahanya untuk menyemai demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Mandatnya menumpukan perhatian kepada menyokong pilihan raya yang bebas, adil dan benar-benar kompetitif, peraturan undang-undang, akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan berpersatuan, kebebasan media, akses kepada pendidikan sivik, pemerkasaan wanita dan hak asasi manusia seperti termaktub dalam konvensyen dan persetujuan antarabangsa.

Selain daripada Anwar sebagai pengerusi, lain-lain anggota lembaga pengarah ialah Rahma Bourqia dari Maghribi, Kamel Abu Jaber dari Jordan, Laila al-Hamad dari Kuwait, Bakhtiar Amin dari Iraq, Andreu Claret Serra dari Sepanyol, Burhan Ghalioun dari Syria, Jamil Mroue dari Lebanon, Sandra Day O‘Conor dari AS, Abdul Rahman al Rashed dari Arab Saudi, Naguib Sawiris dari Mesir dan Dr. Cornelio Sommaruga dari Switzerland.

Yayasan ini berbentuk multilateral, tidak membuat keuntungan dan fokus pada memberi geran sebagai pembiayaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja untuk kebebasan dan demokrasi di Afghanistan, Algeria, Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Tunisia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Yemen.

Menurut laman web yayasan itu, setakat ini negara-ne- gara yang telah berjanji untuk menyumbang biaya ialah Bahrain, Denmark, Suruhanjaya Eropah, Greece, Hungary, Itali, Jordan, Belanda, Qatar, Sepanyol, Switzerland, Turki, United Kingdom dan AS.

Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation itu menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.

Pengarang itu selanjutnya menceritakan bagaimana Wolfowitz berkenalan dengan Anwar pada tahun-tahun 1980-an ketika beliau menjadi duta AS di Indonesia. Maklumat ini, menurut Corn diperoleh daripada Aasil Ahmad yang dikatakan seorang penasihat kepada Anwar.

Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau. Sejurus selepas Peristiwa 11 September, katanya, Anwar yang masih di penjara menulis satu esei mengecam serangan itu dan menyeru umat Islam menangani soal ‘‘penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Iraq akibat diktatornya” iaitu merujuk kepada Saddam Hussein.
Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.

Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu.

Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.
Memetik kata-kata Aasil, Corn menulis bahawa presiden pertama yayasan itu ialah Bakhtiar Amin, seorang Iraq yang pernah menjadi menteri kerajaan sementara pertama Iraq di bawah AS. Bagaimanapun dia meninggalkan jawatannya kerana dikatakan tidak berkemampuan dengan memetik seorang sumber yang pernah bekerja dengan yayasan itu.

Yayasan itu dikatakan tidak mempunyai ketua pegawai kewangan dan ketua pegawai operasi. Tahun lalu, ia membuat keputusan membuka pejabat di Beirut sebelum perang berlaku. Ia juga tidak mempunyai pejabat tetap di Washington. Permintaan maklumat melalui e-mel tidak dijawab dan laman webnya itu tidak membekalkan nombor telefon.

Operasi harian dikatakan dilakukan oleh Shaha. Aasil, menurut Corn memberitahu bahawa geran akan mula diberikan pada awal Jun. Tetapi maklumat yang diperoleh dari blog di laman-laman web lain di AS lebih menarik mengenai Shaha Riza. Oleh kerana komuniti yang menentang Perang Iraq, justeru bermakna anti- Wolfowitz adalah ramai, maka ia terserlah dalam ruang siber.

Antaranya ialah Moon of Alabama yang memetik laman web Daily Kos dan The Washington Note.
Tulisan Bernhard bertarikh 16 April lalu di Moon of Alabama dengan tajuk ‘‘Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture’' menyebut bahawa sebelum bekerja dengan Bank Dunia pada tahun 1997, Shaha Riza bekerja untuk National Endowment for Democrasy (NED), sebuah NGO yang ditubuhkan melalui pentadbiran Presiden Ronald Reagan, yang beroperasi membiayai usaha mengubah kerajaan dan membantu parti-parti politik asing yang pro-AS.

Dengan memetik Rightweb, sebuah laman web yang kerjanya mendedahkan rangkaian dan agensi golongan kanan di AS untuk melihat kaitan mereka bagi melancarkan perang menentang keganasan, termasuk Perang Iraq, dinyatakan bahawa NED dipengerusikan oleh Vin Weber dengan ahli lembaga Francis Fukuyama, bekas ahli lembaga Paula Dobriansky dan Paul Wolfowitz menandatangani pernyataan pengasas Projek bagi Abad Baru Amerika.

Pernyataan Projek bagi Abad Baru Amerika kini dikenali sebagai manifesto neokonservatisme.
Dobriansky dan Wolfowitz menyertai pentadibran Presiden George W. Bush pada tahun 2001. Fukuyama yang menulis buku-buku memperjuangkan neokonservatisme kini sudah meninggalkan fahaman itu.

Laman web Moon of Alabama itu juga memetik satu laporan dari Arab News, akhbar harian bahasa Inggeris di Timur Tengah paling terkemuka bertarikh 16 November 2006 yang mamaparkan tentang kehadiran Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice dan Liz Cheney di Forum of the Future (Forum Masa Depan) di Bahrain.

Mereka menyaksikan pelancaran dua institusi iaitu Fund of the Future (Dana bagi Masa Depan) bernilai AS$100 juta bagi menyediakan modal untuk perniagaan kecil dan sederhana. Institusi kedua ialah Foundation for the Future bernilai AS$55 juta yang ditubuhkan untuk menyokong NGO bagi melaksanakan projek-projek bagi menggalakkan kebebasan akhbar dan demokrasi

Khairy minta penjelasan Anwar Ibrahim isu Wolfowitz

Dipetik dari online@utusan.com.my Oleh HERMAN HAMID

Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungannya dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang menjadi dalang besar pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dan Iraq.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar juga perlu menghuraikan kaitannya dengan Yayasan bagi Masa Depan (Foundation for the Future) yang ditubuhkan oleh bank itu.

Yayasan itu yang dikatakan menjadi penggerak kepada usaha menyemai demokrasi dan kebebasan atas nama AS di beberapa negara tertentu dipengerusikan sendiri oleh Anwar.
Kaitan Anwar dengan Yayasan bagi Masa Depan timbul apabila Wolfowitz didesak meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia ekoran kontroversi yang melibatkan kenaikan gaji teman wanitanya.

Khairy berkata, Anwar mesti menjawab semua tanda tanya itu kepada rakyat Malaysia.
‘‘Sumber-sumber kita termasuk yang dipapar dalam sebuah artikel Mingguan Malaysia mendakwa Anwar melalui yayasan berkenaan meminta supaya teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza dipindahkan ke Yayasan bagi Masa Depan iaitu selepas wanita itu ditukarkan ke Jabatan Negara AS dari Bank Dunia.

‘‘Jika betul ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab kepada rakyat Malaysia kerana ia turut melibatkan kedudukannya selaku pengerusi yayasan berkenaan,” kata Khairy.

Sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas mengenai kontroversi kenaikan gaji Shaha Riza yang membawa kepada pengunduran Wolfowitz daripada Bank Dunia serta terbongkarnya penglibatan Anwar selaku pengerusi yayasan yang Shaha Riza sendiri menjadi antara penggerak awalnya.

Selain itu, rencana berkenaan turut memetik kenyataan seorang penulis blog, David Corn, yang mendakwa Wolfowitz ialah orang kuat yang membela Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada dalam penjara

Malah, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara, Wolfowitz terbang ke Jerman untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan setahun selepas itu Anwar pula menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia.Kata Khairy: ‘‘Di peringkat antarabangsa sendiri beliau boleh terlibat dalam skandal besar melibatkan institusi berwibawa seperti Bank Dunia. Skandal ini cukup besar.”

Anwar gelabah beruk!!

Bangkai gajah bukan boleh ditutup tapi bau bangkainya sampai ke Malaysia...

Dipetik dari http://www.anwaribrahimblog.com/ Propaganda media Umno terhadap Yayasan Masa Hadapan
oleh Anwar Ibrahim

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan.
KOMENKU:
Ya ke, Amerika Syarikat tak beri dana? Sedangkan ini adalah “anak emas” Amerika Syarikat dalam memperjuangkan demokrasi? Takkanlah Bush tak sokong Wolfowitz? Pandai buat cerita kelakar engkau ni Nwar!!! AS $35 juta diberikan oleh Amerika Syarikat , takkan tak tau kot! Pandai engkau main wayang.

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.
KOMENKU:
Moga-moga mereka yang terlibat tu tidak menjadi talibarut asing .

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.
Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.
Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan.
KOMENKU:
Engkau memang tak lantik Shaha, tapi Shaha yang lantik engkau jadi penasihat awalnya.
“Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu”.


Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi.
KOMENKU:
“menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat”, kalau takde funding besar dari Amerika Syarikat takkan power sangat AS dalam Yayasan. Bank Dunia bukan AS punya. Mau tengok jugak bila cakap…kami bukan bodoh terima bulat-bulat auata padukang engkau!!

Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.
KOMENKU:
Apa hal pulak kena terima nasihat Shaha melalui Jabatan Negara, sepatutnya memang Bank Dunia. Satu sen pun tak keluar malah mahu menasihati melalui Jabatan Negara pulak!!

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan UMNO, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.
KOMENKU:
Aik yayasan pulak nak saman, macam orang takut je bunyinya…..mahkamah oh mahkamah…. hanya akan mempopularkan engkau, jadi cakaplah apapun yang pastinya tidak akan dilayan.

Wednesday, May 16, 2007

Antara Anwar dan Najib

Najib kata spekulasi spekulasi yang terdapat sekarang menegani hubungan beliau dengan PM Abdullah hanyalah dongengan.

Ia menegaskan , beliau mempunyai hubungan yang sangat kukuh bersama PM Abdullah.

Is that the truth ?

Mari kita menyorot sejarah....kerana sejarah tak pernah Menipu!!!!!!!!!!!


Perkara yang hampir sama berlaku mengenai hubungan antara Anwar dan TUN satu ketika dahulu, dan dalam masa setahun 3 kali Anwar menafikan hubungan yang retak antara mereka berdua.

Anwar kata ia nya hanya kerja "tukang karut".

Anwar juga berkali kali menegaskan hubungan beliau bagaikan antara anak dan bapa..

Seterusnya telah menjadi SEJARAH.

KomenKU:
Kan aku dah kata, Anwar tu penipu ! Dia suka baling batu sembunyi tangan.Sampai sekarang auta padukang dia masih berterusan. Cerita Anwar dengan Najib berbeza, Najib setia kepada Pak Lah tapi Anwar, jenis orang tikam dari belakang. Oleh itu engkorang tak payah susah hati kerana hubungan Pak Lah dengan Najib tetap utuh sepertimana Pak Lah umumkan semasa ucapannya di Hari Lahir UMNO yang lalu, 11 Mei 2007.

UMNO Tetap UMNO - Fakta Dan Sejarah Tak Pernah Berubah

Dipetik daripada Laman Web Sang Kelembai@ Zahrin Gila

UMNO sebenarnya pada 11hb Mei 1946 ialah sekadar Mesyuarat Pertama Penubuhannya bagi membentuk satu Jawatankuasa yang sah tetapi dari segi hakikatnya UMNO ditubuhkan pada 1hb Mac 1946 sewaktu diadakan Kongres Melayu Setanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union dan usul penubuhannya dibawa oleh Orang Kaya Menteri Hamzah Abdullah dari Persatuan Melayu Selangor. Kongres itu terpaksa diadakan bagi melawan satu Kongres lagi yang hendak diadakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM yang dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi yang beribu pejabat di Ipoh, Perak bagi menyokong gagasan Malayan Union.
Perlulah diperbetulkan bahawa Kongres di Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dianjurkan oleh Dato Onn Jaafar seperti mana yang ditulis dalam buku-buku sejarah sebaliknya beliau adalah dipilih Pengerusi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za'aba yang digelar sebagai pendeta menggantikan Tengku Ismail Lawyer yang meninggal dunia dizaman pemerintah Jepun untuk menjadi Pengerusi Kongres tersebut.

Petikan daripada http://kudaranggi.blogspot.com
Friday, May 11, 2007
Today in history
May 11, 1946 saw the formation of UMNO or United Malays National Organisation. It was agreed by leaders and representatives of 29 Malay organisations during the second Malay Congress at Istana Besar, Johor Baharu. The congress was initiated by Datuk Onn Jaafar, founding father of UMNO.
The Malay Congress was held to unite Malay organisations to oppose the English idea of a Malayan Union.
The 29 organisations: Seberkas (Kedah), Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Semenanjung Melaka, Kesatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Seberang Perai, Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perlis, Persekutuan Melayu Negeri Sembilan, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Perak, Persetiaan Muslim Teluk Anson (Perak), Persatuan Melayu Chendering (Perak), Persekutuan Muhibbah Malim Nawar (Perak), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Persatuan Melayu Keluang (Johor), Persatuan Melayu Selangor, Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor, Ikatan Setia Kampung Bharu (Selangor), Persatuan Peranakan Club (Selangor), Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor, Darul Ehsan Club, Jeram (Selangor), Persatuan Kaum Ibu Selangor, Persekutuan Bawean Selangor, Persekutuan Melayu Ulu Selangor and Persekutuan Melayu Daerah Sabak Bernam (Selangor). The Congress was officiated by the Tengku Mahkota of Johor (Tengku Ismail).
The first Malay Congress was held at the Sultan Sulaiman Club, Kampung Bharu, Kuala Lumpur (March 1-4, 1946). At the first congress, it was agreed to form a united Malay political organisation to fight against the formation of the Malayan Union and to lead the struggle for independence.At the second Congress in Johor Baharu, Datuk Onn was unanimously elected president of UMNO and the rest is history.

Fikirkan:
Zahrin fakta engkau salah. Tak payahlah engkau lebih-lebih macam engkau hadir sekali pada mesyuarat UMNO pada masa tu. Dah berapa orang Presiden UMNO? Enam! semuanya mengakui hari lahir UMNO pada 11 Mei 1946. Lu bukan ahli UMNO apa lu sibuk-sibuk. Engkau berlagak macam engkau serba tahu.

Rusuhan 13 Mei atau peristiwa 13 Mei???

Petikan daripada laman web Zahrin yang dikenali Sang Kelembai: http://sangkelembai2006.blogspot.com/
(ataupun Musang Berbulu ayam yang melambai-lambai kepaknya gitu)

“Semenjak UMNO dipimpin oleh dua orang anak Ahmad, seorang sebagai Presiden UMNO bernama Abdullah Hj Ahmad dan seorang sebagai Setiausaha Agong bernama Radzi Seikh Ahmad, dan kedua Ahmad mempunyai latar belakang agama Islam yang agak baik jika bandingan dengan yang lain, tetapi kedua anak mereka yang memimpin UMNO berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bila Abdullah Hj Ahmad menyamakan dirinya dan keluarganya dengan YTM Tunku Abd Rahman Putra menjual harta benda seperti rumah dan tanah, dia mengatakan dia juga begitu, ada harta bapaknya terjual kerana UMNO. Tunku Abd Rahman Putra meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, dia tidak menggunakan jawatan Perdana Menterinya untuk menebus harta yang digadaikan untuk UMNO dan tidak menggunakan UMNO untuk mencari kekayaan dirinya atau anak dan menantunya. Sebaliknya Abdullah Hj Ahmad, atas sumbangan bapaknya menjual harta untuk UMNO sekarang ditebus dengan memberikan kepada anak dan menantu perniagaan dan kontrak lebih dari yang dikorbankannya. Maka sewajarnya tidak perlu berucap di mana-mana untuk menceritakan perihal penjualan tanah bendang untuk UMNO itu, rakyat telah menebusnya dengan memberi anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bermacam-macam perniagaan walaupun tidak ada kerelaan.

Begitu juga Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, khabarnya sudah berkata dengan orang yang bertanya, kenapa dia tidak mengindahkan arahan Najib Tun Razak dalam soal kelulusan pekerja asing. Jawapan bahawa dia tidak bekerja dengan Najib Tun Razak, dia bekerja dengan Abdullah Hj Ahmad dan tambahnya dia tidak mahu menjadi Menteri jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Soalnya pekerja asing dan isu terlibat Radzi Sheikh Ahmad yang menggunakan proksi akan ditulis selengkapnya pada rencana akan datang. Bayangkan setiap pekerja asing terpaksa membayar wang rasuah... opppp bukan wang "goodwill" kepada orang tertentu sekurangnya RM1,000 (satu ribu) dan bayangkan kalau dua juta orang diluluskan, berapa jumlahnya wang tidak masuk dalam akuan kerajaan”.

(Zahrin mengeja pun tersasul bukan “akuan” tapi “akaun”. Asyik nak menghentam orang sangat)

Renungan kepada muslimin dan muslimat;

“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang yang besar ”.

(Surah an-Nur:11)

“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar ”.

(Surah an-Nur:15)

Zahrin,
Kalau engkau dah dibuang dari UMNO tu sudahlah….tak payah nak bising kat luar. Hal keluarga UMNO biar kami je selesaikan. Yang engkau lebih-lebih buat apa? Makin banyak dosa engkau membohong. Walau apa pun Pak Lah tetap bertugas macam biasa, tugasnya terhadap negara merupakan ibadah juga. Kerja membohong ni berdosa tau. Fakta dalam artikel yang lepas pun ada salah. Jangan sengaja berbohong untuk menunjukkan kelemahan orang lain.Bukan setakat engkau sorang dapat dosa berbohong, orang yang membaca dan memanjangkan pembohongan ini juga mendapat dosa. Kita sesama Islam usahlah bersifat sedemikian. Sepatutnya kita saling berpesan-pesan terhadap kebaikan.

Riwayat Abu Daud;

“Bersumber dari Abu Darda’ r.a., ia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda “ sesungguhnya bila ada sesorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu tidak patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut”.

Riwayat at-Tirmidzi;

“Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannnya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya”.

AWAS ! Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Berita Bohong

“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang yang besar ”.
(Surah an-Nur:11)

“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar ”.
(Surah an-Nur:15)