Tuesday, February 26, 2008

Arkib Berita - Kegoblokan & Ketakutan PAS serta pembangkang

Utusan Malaysia - 26 Februari 2008

Ternyata PAS sendiri takut dengan pergerakan jentera BN.

PAS! Jangan lupa kaji Laporan Kemajuan dan Manifesto Barisan Nasional, di sini rakyat boleh ukur bagaimana kekuatan BN berbanding pembangkang.


Konon berjanji nak buat "Negara Kebajikan" nak bina rumah kos rendah pun masih terkial-kial cari dana. Sudahlah PAS janji keling ler korang! Berjanji dengan budak higusan boleh le korang buat, ni berjanji dengan rakyat. Nampak sangat kelemahan PAS!







Mat Sabu ingat dia siapa nak tunjuk belang dekat SPR! Hormatlah sikit bila dah masuk tempat orang. Tak pernah belajar sivik dan adat kita sebagai orang melayu ke. Konon nak berjuang kerana Islam tapi terang-terang lagi dah tunjuk ciri-ciri ketua bangang!

Apa ingat ko sorang je ke yang boleh marah? Sedarlah diri sikit, hormatlah orang lain. Dengan gelaran Naib Presiden PAS rakyat takut ke? Rakyat lagi menyampah dan nak marah adalah..BODO!
Eloklah ko rasa terhina sebabnya ko dan PAS memang amat sangat perlu DI-HINA.







Janji DAP - Manifesto DAP yang tak kurang lemahnya dengan PAS! Janji Merapu DAP & pembangkang. Mereka hanya pandai tabur janji tetapi nanti terkangkang nak tunaikan.

SOKONG BN - Janji Terlaksana

Laporan Kemajuan & Manifesto Barisan Nasional


Sila klik pada gambar untuk muat turun Manifesto Barisan Nasional

INTI PATI MANIFESTO BARISAN NASIONAL
  • Meningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing
  • Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
  • Menjana lebih dua juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
  • Menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
  • Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bermutu di luar bandar
  • Meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu dibeli
  • Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang moden dan bermutu
  • Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan
  • Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar berkelayakan daripada keluarga miskin, tanpa mengira kaum
  • Mengurangkan indeks jenayah negara
  • Menigkatkan keselamatan di sekolah, taman permainan dan tempat awam
  • Menigkatkan kepelbagaian etnik dalam perkhidmatan awam
  • Meneruskan usaha memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
  • Meningkatkan pemahaman mengenai pelbagai budaya di kalangan masyarakat majmuk Malaysia
  • Meneruskan peranan secara aktif, berprinsip dan berkecuali dalam hubungan antarabangsa.

Monday, February 25, 2008

Negara Kebajikan PAS beri peluang pusat snooker dapat subsidi

Dulu haramkan permainan snooker..Sekarang Tok Guru sendiri jadi juara snooker baru. Nampak sangat cakap tak serupa bikin.

" Negara Kebajikan ler katakan. Mana nak dapat duit nak buat kebajikan jika nak harapkan pada duit poket PAS. Duit pusat snooker dan lain-lain tempat pun kira bolehlah Tok Guru, janji kayo!

p/s: PAS nak kempen pun tak ada dana jadi terpaksa minta pada kelab-kelab snooker dan penyokong parti sendiri untuk biaya kempen PRU12. Mungkin nak bayar wang deposit kempen pun melalui derma rakyat.

Manifesto pilihan raya bukan sekadar janji

Rencana Tulisan: Datuk Saifuddin Abdullah

SETIAP parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 akan membuat janji kepada pengundi. Janji ini muncul dalam manifesto yang mengandungi falsafah perjuangan, gagasan masa depan, strategi pembangunan dan program pelaksanaan.

Manifesto BN adalah pelan realiti, manakala manifesto pembangkang sekadar memikat pengundi semata-mata. Manifesto berbentuk pelan realiti bertunjangkan prinsip kukuh dan bersifat tetap. Contohnya, dasar BN mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang dijamin Perlembagaan dan penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Parti komponen BN sepakat berhubung perkara ini sejak zaman parti Perikatan lagi.

Begitu juga dengan dasar perpaduan, pelajaran dan pertumbuhan dengan pengagihan. Walaupun sentiasa ada penambahbaikan dan tambah nilai dari semasa ke semasa – dan ini adalah bukti betapa dinamik, kontemporari dan futuristnya BN – namun, prinsip kontrak sosial yang disepakati sekian lama itu tetap kekal dan kental.

Di samping itu, manifesto BN sentiasa berpijak di bumi nyata. Ia berdasarkan data dan maklumat benar, yang dirumuskan sebagai strategi dan program praktikal yang mampu dilaksanakan dengan baik, bersandarkan rekod prestasi cemerlang sehingga ke hari ini.

Sebaliknya, manifesto yang sekadar untuk memikat undi boleh saja berbentuk ‘janji kosong’. Contohnya, pada Pilihan Raya Umum 1999, Pas berjanji sekiranya berkuasa di Terengganu, ia akan melaksanakan hukum hudud sebelum ayam berkokok pada keesokan harinya! Tetapi, satu penggal memerintah, ia gagal melaksanakannya.

Apabila gagal, ia menyalahkan Perlembagaan negara dan Kerajaan Pusat, kononnya Perlembagaan negara tidak membenarkannya dan Kerajaan Pusat menghalangnya. Persoalan sebenar ialah bahawa Pas seharusnya sedia maklum sejak awal lagi bahawa ia tidak mampu melaksanakannya. Tetapi, oleh kerana ia hanya memikirkan soal memikat pengundi, maka ia dijanjikan juga.

Kali ini, Pas dipercayai cuba mengubah pula prinsipnya. Ia dilaporkan tidak lagi ingin menegakkan negara Islam, tetapi sekadar menegakkan negara kebajikan. Dulu, parti itu tidak berkawan dengan DAP, kemudian berkawan dengan DAP. Kini, ia hanya berkawan dengan PKR yang berkawan dengan DAP.

Kekuatan manifesto BN yang tidak terlawan oleh pembangkang ialah janji BN berdasarkan rekod prestasinya yang cemerlang. Sebab itu, apabila BN berjanji menyelesaikan masalah pengangguran rakyat Kelantan, mereka sedar bahawa itu adalah janji yang mampu dikota, kerana BN berjaya melaksanakannya di semua negeri lain, termasuk Terengganu yang baru saja empat tahun diperintahnya semula.

Di belakang manifesto ialah matlamat mengapa sesebuah parti bertanding. Bagi BN, matlamatnya bukan sekadar pilihan raya. Matlamat sebenarnya ialah untuk memerintah dan menguruskan bangsa dan negara supaya aman, maju dan bahagia serta melonjak ke tahap yang lebih baik. Pilihan raya adalah alat saja. Kerana itu, manifestonya digubal dengan rasa amanah dan tanggungjawab, iaitu apa yang dikata mestilah boleh dikota.

Tetapi, bagi pembangkang, matlamatnya hanyalah pilihan raya. Sebab itu, ia begitu bebas berjanji apa saja, termasuk menjanjikan langit dan syurga! Ada kalanya, manifesto pembangkang mengandungi kata-kata begitu indah, mungkin lebih indah daripada manifesto BN. Tetapi, pilihan raya bukannya pertandingan kata-kata indah. Sebaliknya, pilihan raya adalah untuk memilih kata-kata yang mampu dan dapat dikotakan.

Parti yang serius dalam menguruskan bangsa dan negara tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Kerana itu, BN tidak akan berjanji menurunkan harga minyak, seperti yang dilakukan PKR kini. Sebabnya ialah, dalam banyak keadaan, harga minyak berada di luar kekuasaan mana-mana kerajaan, hatta kuasa besar seperti Amerika Syarikat sekalipun. Ia amat bergantung kepada pasaran dunia.

BN mengemukakan manifesto yang berada dalam kerangka satu disiplin sains politik yang dinamakan ‘politik pembangunan’. Menurut Damien Kingsbury (2007), dalam bukunya Political Development, politik pembangunan meliputi persoalan demokrasi, pembinaan institusi, peranan kerajaan, negara dan hak asasi manusia.

Ini bukan pembangunan yang dipolitikkan, sebaliknya satu gagasan politik yang mengambil kira tugas, tanggungjawab dan amanah sebuah kerajaan yang baik, yang memajukan dan memakmurkan bangsa dan negaranya dengan adil dan saksama, serta mengamalkan pembangunan bersepadu, iaitu dengan menyeimbangkan antara ekonomi, agama, sosial dan budaya.

Gagasan ini terbukti berjaya. Contohnya, kita berjaya mencapai lebih 90 peratus daripada sasaran Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sasaran itu terdiri daripada lapan perkara, iaitu: membasmi kemiskinan dan kelaparan; mencapai pendidikan rendah yang universal; meningkatkan kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita; mengurangkan mortaliti kanak-kanak; memperbaiki kesihatan ibu bersalin; mencegah HIV/Aids, malaria dan penyakit lain; memastikan alam sekitar yang mapan; dan mewujudkan perkongsian global untuk pembangunan.

Di samping itu, selepas menewaskan Pas pada 2004, kerajaan BN di Terengganu berjaya menaikkan pendapatan bulanan rakyat miskin daripada RM250 kepada RM450 dan membina 5,000 buah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bagi Kelantan pula, walaupun belum memerintah semula negeri itu dan ini bukti BN tidak hanya berjanji untuk berbuat apabila menang saja – ia telahpun memulakan proses penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pembinaan lapangan terbang baru dan memasukkan negeri itu dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jelas, janji BN boleh dipercayai.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)

=======================================================

Kafir dan Munafiknya PAS menjelang PRU-12. Fikiran IBLIS Mereka di sebalik Manifesto menipu rakyat

Artikel di dalam HarakahDaily bertajuk "PAS boleh lantik orang Cina jadi menteri' yang disiarkan pada 7 Februari 2008 dan dalam lidah rasmi PAS iaitu AKHBAR SIASAH keluaran 20-26 Januari 2008 juga menyebut "PAS sokong calon bukan Islam" kata Haji Hadi (nak ikut jejak Mustaffa Ali yang tak berapa "sihat"). PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang bukan daripada kalangan umat Islam.
Hujah mereka berdasarkan ayat al-Quran, surah Ali-Imran:ayat 28 yang dibaca separuh : Terjemahan tersebut : “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin yang lain. Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah…”
Tetapi apakah hukuman kafir kepada UMNO itu benar kerana apa pula rasional PAS apabila mereka bekerjasama dengan DAP? Adakah tuduhan kafir kerana bekerjasama atau berkongsi kuasa dengan DAP juga kembali kepada PAS berdasarkan tuduhan kafir PAS kepada UMNO hanya kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti komponen lain di dalam BN?
Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hudud hanya 0.0001 peratus dari hukum Islam apabila PAS gagal melaksanakan hudud setelah mereka memenangi Kelantan dan Terengganu. Inilah padah apabila suka mengkafirkan orang. Akhirnya Hj Hadi yang menjadi munafik dengan bercakap macam orang gila dan berdolak dalik.
Sekarang, siapa kafir???

Dasar ekonomi Donald Duck

MALANG sungguh nasib pembangkang kerana apa sahaja yang dicadangkan dalam musim Pilihan Raya Umum Ke-12 ‘kononnya’ untuk rakyat membuat ‘pilihan’, sentiasa menjadi bahan lawak.

Yang terbaru, pembangkang dilihat cuba menguruskan ekonomi negara ini secara main-main, macam watak kartun Donald Duck apabila bercadang menjadikan Malaysia negara kebajikan jika menang pilihan raya.

Donald Duck merupakan seekor itik yang menjadi watak utama kartun keluaran syarikat pembuat filem terkenal, Walt Disney dengan sikap mudah marah dan sering berfikiran singkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, pembangkang memang tidak realistik apabila mahu menurunkan harga petrol di pasaran.

‘‘Harga minyak mentah sekarang AS$100 (RM330) setong dan tindakan meningkatkan subsidi yang kini bernilai RM43 bilion setahun memang tidak bertanggungjawab. Ia teruk seperti ekonomi Donald Duck.”




Friday, February 22, 2008

‘Semalam cakap lain, esok cakap lain’

Dipetik dari - http://www.utusan.com.my
Tulisan - Herman Hamid

TENTUNYA ramai yang masih ingat kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: “Tak salah berkawan dengan syaitan.”

Kata-kata untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ partinya dengan DAP ketika itu.

Itu diucapkannya menjelang pilihan raya umum 1999 dan kata-katanya itu juga menimbulkan perdebatan umum hinggakan pemimpin Pas lain terpaksa mencari hujah bagi menegakkannya.

Sedangkan semua tahu yang berulang kali ditegaskan dalam al Quran; ‘Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata’.

Itu bukan kali pertama atau yang terakhir Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan kenyataan bersifat aneh, ganjil dan pelik yang menimbulkan polemik.

Terbaru, kelmarin ketika di Alor Star, Nik Aziz yang telah berusia 77 tahun itu mengeluarkan kenyataan bahawa ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’.

Tentunya agak menghairankan bagaimana seorang berlatar belakang agama seperti beliau boleh berkata sedemikian apatah lagi dirinya membawa gelaran tok guru.

Bertambah pelik lagi apabila kenyataan tersebut hanya selang beberapa hari selepas Nik Aziz sendiri mengingatkan pemimpin dan petugas Pas supaya tidak menggunakan kata-kata mengaibkan yang boleh menyinggung perasaan parti lawan.

“Apakah tindakan menyamakan makhluk yang Allah ciptakan sebaik-baik kejadian dengan orang utan satu pendekatan yang baik, sopan seperti yang Nik Aziz sendiri cakap,’’ soal seorang pendakwah bebas, Rujuhan Abdul Rahman.

Menyinggung

Tambah Rujuhan, kenyataan Nik Aziz itu bukan hanya menyinggung seluruh ahli UMNO termasuk pejuang parti itu sejak sebelum merdeka, tetapi jika ditanya sesiapa pun tahu bahawa ia bertentangan dengan Islam dan sifat Rasulullah S.A.W yang menjadi idola umat Islam.

‘‘Nik Aziz tahu Islam menganjurkan teguran secara berhikmah, sebab itu dia ingatkan penyokong Pas supaya guna pendekatan tersebut.

‘‘Tetapi kena masa dia, sebaliknya pula. Tentunya mengata sekumpulan manusia sama dengan haiwan yang tidak berakal itu sama sekali tidak menggambarkan akhlak Islam,’’ tegasnya yang berasal dari negeri Serambi Mekah itu.

Sebab itu, bagi Rujuhan dari apa yang diperkatakan Nik Aziz itu sebenarnya dalam masa yang sama mendedahkan kepada umum tentang sejauh mana konsistensi pendirian Mursyidul Am Pas itu.

‘‘Bukankah pelik, tak sempat beberapa hari ingatkan penyokong guna perkataan sopan, dia pula sebaliknya.

‘‘Tetapi itulah Nik Aziz. Bila kita kata Pas bertopeng agama, Pas marah. Tetapi inilah satu contohnya, semalam cakap lain, esok cakap lain.

‘‘Sebab itu dasar kerajaan Pas Kelantan berubah-ubah, sekejap haram, esok benarkan pula,’’ kata beliau.

Biar apa pun yang cuba ditegakkan Pas, ramai yang melihat soal tidak konsistennya mereka jelas didorong oleh faktor politik iaitu untuk mengekalkan kuasa.

Dalam keadaan terhimpit di Kelantan seperti mana sekarang, Nik Aziz sendiri seakan terpaksa membelakangi apa yang ditegaskannya sebelum ini.

Hakikat ini turut disentuh seorang uztaz muda, Mohd. Afandi Yusoff bahawa serangan seperti ini digunakan sebagai satu senjata utama untuk berdepan Barisan Nasional (BN) dengan mengulangi strategi melempar pelbagai tuduhan kepada orang UMNO.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang yakin, Pas kini mula tertekan dengan gelombang demi gelombang yang mahukan perubahan di Kelantan.

‘‘Serangan terbaru Nik Aziz ini tidak ubah hanyalah untuk mengalihkan isu kegagalan kerajaan Pas sepanjang memerintah 18 tahun di Kelantan yang didedahkan UMNO.

‘‘Beliau juga sedar dengan sikap pemurah kerajaan Pusat kepada Kelantan sekarang ini cukup disenangi kebanyakan rakyat termasuk penyokong Pas sendiri.

Sedar

‘‘Di mana-mana kedengaran ‘Padan dah 18 tahun’. Ini yang ditakuti Pas dan sebab itu serangan mula dibuat dan tidak hairan sekiranya lebih banyak tuduhan dan fitnah akan dilemparkan,’’ jelasnya.

Bagi Afandi yang merupakan lulusan sebuah universiti di Jordan, sepatutnya Nik Aziz sedar kata-kata sedemikian hanya ‘ibarat meludah ke langit’ jika diperhalusi tentang sifat orang utan.

‘‘Orang utan duduk di hutan dia tidak buat apa. Apa yang dia tahu, cari makan benda yang ada dalam hutan. Itu rutin setiap hari.

‘‘Tapi kalau tengok kerajaan UMNO, kita bekerja memastikan rakyat terbela, membangunkan negara dengan wawasan yang jelas. Dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain semua diusahakan untuk beri yang terbaik.

‘‘Kerajaan yang tak mampu buat semua inilah yang sebenarnya kerajaan orang utan. Saya tak mahu tuduh siapa, tapi ada lah satu kerajaan ni yang masjid pun tak buat, skim perumahan rakyat tiada, peluang pekerjaan amat terhad, industri tak berkembang,’’ tegasnya.

Justeru dengan keadaan cengkaman politik Pas yang semakin longgar di Kelantan, apakah mungkin lebih banyak lagi kata-kata Nik Aziz yang pelik, aneh dan ganjil dari apa yang menjadi kefahaman umat Islam kedengaran.

Jika dilihat situasi sebelum ini, ia tidak mustahil. Siapa yang boleh lupa tentang ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau Pas sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.

Pada Rujuhan yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, selain konsep Machiavelli yang tersohor tentang matlamat menghalalkan cara, beliau juga teringat akan sejarah perjuangan Syiah.

‘‘Kumpulan ini sanggup ‘mentakfir’ sekumpulan Islam yang lain mengatakan hanya mereka yang Islamik untuk terus berkuasa,’’ ujarnya.

Thursday, February 21, 2008

Kerajaan Pemurah

Dipetik dari - http://undibn.blogspot.com/


" Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan yang untung kami juga sebabnya kita boleh guna mereka untuk dijadikan umpan untuk cipta huru-hara semasa pilihanraya" - dipetik dari kata-kata dajal presiden PAS.

Kerajaan BN cukup pemurah, diberikan berbagai ganjaran untuk rakyat. Tiada janji yang tidak dikota, bukan seperti janji si pembangkang durjana.

Kesihatan

  • 98% subsidi ditanggung kerajaan, bagi rakyat miskin RM 1 kerajaan tolak tak perlu dikenakan.
  • Wujud tabung bantuan perubatan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2008
  • Bagi wanita memerlukan ujian saringan momogram bantuan khas diberikan juga oleh kerajaan
Pendidikan
  • Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah
  • Hapuskan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan di semua peringkat sekolah
  • Buku teks diberi percuma tanpa mengira pendapatan keluarga - nak harapkan pembangkang akhbar internet pun kena print sendiri, harakah pun kena bayar RM2.00. Nak harapkan mereka biaya buku teks ke macam ni?
  • Kemudahan asrama diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia semua dapat subsidi dari kerajaan.
  • Skim Bantuan Tuisyen diberikan kepada pelajar miskin
  • Rancangan Makanan Tambahan dibekalkan secara percuma
  • Program Susu Sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan
  • Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu murid-murid miskin bagi menampung kos menghadiri sekolah
  • Sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum kepada pelajar sekolah.
  • Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid sekolah menengah dinaikan
  • Pelepasan Cukai Pendapat RM4,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara
  • Perlepasan Cukai Pendapatan sebanyak RM 9,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang belajar di Institut Pengajian Tinggi.
  • RM 22,258 juta telah diberi kelulusan untuk meminjam wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional jadi sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran dan menghargai jasa dan bantuan yang diberikan maka eloklah dibayar kembali. Bukan untuk kesenangan kerajaan tetapi untuk kerajaan salurkan kepada adik-adik baru yang memerlukan pembiayaan di masa hadapan.
Pengasuhan Kanak-Kanak
  • TASKA di sektor awam - RM80,000 diberikan kepada majikan yang mewujudkan TASKA di tempat kerja sektor awam.
  • TASKA Komuniti - RM64,000 diberikan untuk penubuhannya dan RM55,000 untuk kos operasi setiap tahun + subsidi RM180 seorang sebulan diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai TASKA Komuniti
  • TASKA/TADIKA KEMAS - RM150,000 hingga RM170,000 diberikan jika bina bangunan baru TASKA KEMAS. RM20,000 hingga RM26,000 untuk beli peralatan.
  • TASKA Rumah - RM10 juta untuk membolehkan NGO beri latihan kepada suri rumah untuk wujudkan TASKA di rumah.
Perumahan
  • Kerajaan belanja RM997.0 juta setahun untuk penyediaan Perumahan Rakyat Termiskin
  • Program Bantuan Rumah juga diberikan kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal
Bantuan Kebajikan
  • Bantuan Kanak-kanak - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
  • Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
  • Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
  • Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
  • Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
  • Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
  • Bantuan Bencana Alam - Maksimum RM 5,000
  • Bantuan Mangsa Binatang Buas - RM20,000 (kalau kena baham PAS kerajaan naikan lagi)
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
  • Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
  • Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
  • Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan - Jumlah keseluruhan lebih kurang RM30 juta
Kemudahan Awam
  • Bekalan Air Bersih 97.9% di bandar dan 92.6% luar bandar
  • Bekalan Elektrik 100% penduduk bandar dan 93.8% luar bandar
  • Kemudahan telefon disedikan
  • Kemudahan telefon mudah alih disediakan
Pekerjaan
  • Menyediakan peluang pekerjaan baru kepada 200,000 - 400,000 rakyat setahun
  • Kadar pengangguran yang rendah di bawah paras 4%
Kebajikan Pekerja Sektor Awam
  • Kenaikan Gaji 7.5% - 3.5% dan faedah melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak rm8,000 juta setahun
  • Cuti Bersallin bergaji penuh 60 hari dan cuti menjaga anak maksimum 5 tahun tanpa kehilangan faedah kenaikan gaji
  • Cuti kepada suami apabila isteri bersalin selama 7 hari
  • Cuti tanpa rekod selama 3 hari apabila waris terdekat meninggal dunia
  • Kemudahan kesihatan percuma kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak
  • Balu/Duda tiada kehilangan pencen terbitan apabila bekahwin semula
Subsidi Kerajaan Persekutuan
  • Petrol dan Diesel - RM37,000 juta setahun
  • LPG - RM3,000 juta setahun
  • Padi - RM1,000 juta setahun
  • Pendidikan - RM30,000 juta setahun
  • Kesihatan - RM9,000 juta setahun
  • Lain-Lain - RM1,000 juta setahun
  • JUMLAH -------------> RM 81,000 JUTA SETAHUN
Pengangkutan
  • Menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai Januari 2007 melibatkan pengurangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM250.0 juta setahun
  • Cukai Jalan bagi motorsikal berkuasa 150cc dikurangkan daripada RM50 kepada RM2 setahun
  • Cukai Kenderaan Persendirian di bawah 1600cc dikurangkan sebanyak 50%

Jika dilihat di atas jelas disini kadang-kala kita mudah lupa atau terlupa akan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini. Kita mudah terpengaruh dengan janji-janji baru yang dibuat pembangkang kononnya bertindak untuk membela nasib rakyat. Terang-terang selama ini mereka turut menjamu selera sumber kewangan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Terang-terang janji mereka untuk membina negara kebajikan semuanya mencedok idea daripada kerajaan. Kerajaan BN telah awal-awal lagi menubuhkan "Negara Kebajikan" dan kini diciplak oleh pembangkang. Cuma bezanya mereka hanya mampu berjanji dan berkata tetapi tidak pandai atau tahu merealisasikannya.

Disebabkan kita rakyat Malaysia kadang kala mudah lupa akan kebaikan yang telah diberikan kerajaan, dengan membaca artikel ini maka dapatlah kita kembali berfikir bagaimana kerajaan BN telah terdahulu memberikan cahaya bantuan kepada rakyat dengan pelbagai bantuan dan subsidi untuk kesejahteraan bersama sesama rakyat.