Thursday, March 6, 2008

Anwar Gabra! Takutkan Kekuatan Kawan Sendiri

Ketakutan Anwar makin jelas ekoran pendedahan Dr Chandra Muzaffar mengenai siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua isu yang dibangkitkan oleh Dr Chandra memang sudah menjadi buah mulut orang sejak dari tahun 1999 lagi.

Syabas kepada Dr Chandra kerana kritikan lantang beliau berjaya membuatkan Anwar terpelosok terduduk akibat ianya memberi impak dan kesan yang serius kepada Anwar apatah lagi selepas dia menabur janji terutamanya untuk menurunkan harga minyak petrol dan diesel jika pembangkang menang dan berkuasa.

Seperti terpalit ‘shit’ Anwar cuba menutup keburukan dirinya dengan melayangkan surat saman bernilai lebih RM 20 juta serta tuntutan menarik semula kenyataan yang dibuat di sebuah forum mengenai proses pilihan raya umum di Menara Star, Isnin lalu. Si ‘Shit’ ini nampaknya semakin gentar dan takut akan terdedahnya sikap dan kelakuan buruknya yang selama ini tersimpan rapi.

Dr. Chandra menegaskan:

“ Saya membalas kepada ugutannya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas saya. Saya menulis surat kepada peguamnya dan menegaskan bahawa saya tidak dapat mencari sebarang alasan untuk menarik balik semua kenyataan untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim.

Semua kenyataan yang saya lakukan adalah berdasarkan fakta dan maklumat yang memang di dalam pengetahuan peribadi saya. Saya berdiri teguh dengan kenyataan saya dan akan mempertahankannya di mana-mana mahkamah”

Pendedahan Dr Chandra sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggemparkan kerana di arena politik semakin ramai yang berhati-hati dengan cara Anwar berkempen, kerana caranya masih tidak berubah daripada dia mula menjadi aktivis sejak di universiti lagi.

Sikap oportunis semakin jelas sejak kebelakangan ini, terutama dalam beberapa demonstrasi yang berlaku pada akhir tahun lalu, wajahnya secara tiba-tiba akan berada di hadapan.

Ketika demonstrasi rakyat yang menuntut pilihan raya lebih bersih pada November lalu, Anwar pada saat akhir mencuri semua perhatian, apabila menjadi pembangkang pertama berada di hadapan pintu masuk Istana Negara sedangkan pemimpin pembangkang yang lain bersusah payah berarak bersama pengikut masing-masing. Ketika tunjuk perasaan oleh kumpulan Hindraf pula, Anwar juga tiba-tiba berada di barisan hadapan dan ternyata kehadirannya tidak dihiraukan beberapa pemimpin Hindraf yang sudah mengetahui taktiknya.

Anwar Dah Takut!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Just, Chandra Muzaffar berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.


Anwar menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu selain gantirugi RM100 juta dari Khairy dan RM10 juta dari Chandra kerana berikutan dakwaan yang mencemar reputasinya.

Peguam Anwar, Sankara N.Nair telah menghantar surat tuntutan kepada Khairy dan Chandra, meminta mereka menarik balik kenyataan masing-masing dan memberi jaminan tidak akan mengulanginya.

Nair berkata, dalam ceramah Khairy di Lembah Pantai pada 20 Februari lalu, menantu Perdana Menteri itu memberi tanggapan kepada hadirin bahawa Anwar seorang homoseksual dan bermoral rendah serta tiada nilai-nilai Islam.

Katanya, tuduhan dalam artikel-artikel terhadap pelanggannya itu berunsur fitnah yang serius dan telah mencemarkan beliau memandangkan kes pelanggannya (PP lwn Dato’ Seri Anwar Ibrahim) di mana beliau telah dibebaskan.

Dalam surat kepada Khairy itu, Peguam Anwar berkata tuduhannya terhadap anak guamannya itu adalah palsu.

Dalam suratnya kepada Chandra pula, Nair juga berkata komen Chandra yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 4 Mac membayangkan bahawa 'Anwar telah mengapi-apikan kebencian di kalangan kaum di Malaysia' dan telah melakukan kesalahan menghasut.

Nair merujuk kepada kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum pada 3 Mac lalu.

Chandra dilaporkan berkata, berdasarkan kepada pengalaman peribadinya dengan Anwar, pemimpin KeADILan itu bukan pilihan yang betul untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Khairy dan Chandra diberi tempoh 48 jam (hingga hari ini) untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Dalam reaksi awalnya yang disiarkan dalam laporan laman web, Chandra pula berkata beliau juga akan mempertahankan kenyataannya di mana-mana mahkamah.

Chandra berkata beliau telah menjawab surat peguam Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Saya telah menulis kepada peguamnya dan dengan jelas menyatakan bahawa "saya tidak mempunyai sebarang sebab apa jua untuk menarik balik kenyataan yang saya buat di forum tersebut atau untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim," ujarnya.

Kenyataannya itu dibuat berdasarkan kepada fakta dan maklumat dalam pengetahuannya dan beliau akan mempertahankannya di mahkamah, ujar Chandra.

Komen:

Anwar dah rasa bahang kepanasan neraka dunia nampaknya! Dia sudah berasa gentar akan berita yang mengejutkan ini. Tapi tahniah bagi Chandra kerana tidak getar dengan ugutan si bodoh ini. Anwar mula pening memikirkan strategi untuk menutup ke-aiban dirinya sendiri atas tindak-tanduk syaitannya sebelum ini. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah - Padan Muka! Barua Yahudi!

Wednesday, March 5, 2008

PAS Suka Pembaziran

Seperti juga Barisan Nasioanal (BN), Pas juga tidak mahu mengalah mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan cuma bezanya BN memilih Mini Stadium Juara di Bukit Kiara dengan sewa yang murah sebagai tempat perjumpaan manakala Pas memilih hotel mewah lima bintang.

Matlamatnya adalah sama untuk menawan hati anak-anak Kelantan yang berada di perantauan supaya pulang mengundi parti masing-masing pada 8 Mac nanti.

BN sebagai parti pemerintah walaupun mampu untuk menyewa mana-mana hotel mewah di Kuala Lumpur ini tetapi memilih untuk `bersederhana’ selaras dengan tuntutan Islam supaya jangan membazir.

Tetapi Pas yang mempunyai bangunan dan Ibu Pejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman telah memilih Hotel Nikko sebagai tempat perjumpaan yang sudah tentu sewanya mencecah berpuluh ribu ringgit.

Persoalannya sekarang antara BN dan Pas siapa yang membazir?

Ramai pihak melihat mengapa parti Pas yang mempunyai sumber kewangan yang terhad dan hanya mengharap sumbangan dan derma ahli-ahli parti semasa ceramah mahu membazirkan wang mengadakan perjumpaan di hotel mewah.

“Bukankah perjumpaan seperti itu elok diadakan di ibu pejabat parti yang juga mempunyai dewan yang agak besar atau markas Pas di Taman Melewar bagi menjimatkan wang untuk perkara-perkara yang lebih berfeadah,” kata seorang hadirin yang menghadiri perjumpaan pada malam Ahad lalu.

Menurutnya tidak semua yang hadir pada malam itu adalah anak-anak Kelantan ada juga daripada negeri-negeri yang lain yang mengikut kawan ke hotel tersebut.

“Tidak perlulah Pas membazir buat perjumpaan di hotel mewah, saya kebetulan mahu berjumpa kawan di Hotel Nikko dan melihat ramai orang di hotel ini katanya ada perjumpaan anak-anak Kelantan jadi saya datang melihat,” katanya yang mahu dikenali sebagai Azman yang berasal dari Selangor.

Program yang dikenali sebagai `Perhimpunan Anak-Anak Kelantan di Perantauan’ telah dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa, dihadiri tidak sampai 2,000 orang.

Berbeza dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh BN yang dibuat secara sederhana diusahakan oleh Muafakat Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) yang diadakan di Mini Stadium Juara Bukit Kiara penuh sesak dihadiri lebih 5,000 orang anak-anak Kelantan dari berbagai golongan yang berada di perantauan dengan tetamu kehormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan antaranya bakal Menteri Besar Kelantan jika BN berjaya merampas kembali negeri itu, Datuk Awang Adek Hussin, Datuk Seri Annuar Musa dan ramai lagi.

Pembangkang Fitnah Tabung Haji

Sebuah laman web pembangkang menyiarkan satu emel pembaca yang secara terang-terangan menfitnah pengurusan Tabung Haji membantu Barisan Nasional (BN) menggunakan duit pendeposit untuk kempen pilihan raya umum ke-12 ini.

Ini menunjukkan taraf kredibiliti laman web tersebut yang rendah kerana sering memaparkan berita yang tidak benar dan palsu dalam merendah-rendahkan kerajaan BN.

Dalam emel tersebut menceritakan bagaimana pengirimnya mengatakan bahawa ibunya hanya dibenarkan membuat sedikit pengeluaran dan tidak dibenarkan mengeluarkan wang sebagaimana yang dikehendakinya di sebuah cawangan tabung haji di utara tanah air.

Seorang pegawai dari Ibu Pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mengatakan bahawa seseorang yang telah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit walaupun duitnya sendiri.

Bagi penyimpan wang di Tabung Haji, mereka yang mahu mendaftar haji mestilah mempunyai duit simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 dan ini telah dipraktikkan sejak sekian lama.

Tabung Haji mempraktikkan sistem giliran yang dipanggil Tahun Pilihan (tahun menunaikan haji), di mana Tahun Pilihan ini berdasarkan tahun seseorang itu mendaftar haji.

Mengikut sistem tersebut, apabila seseorang mendaftar pada tahun ini secara automatik Tahun Pilihan adalah hampir 12 tahun akan datang.

“Pada masa kini terdapat seramai 293 ribu daftar haji di Tabung Haji berbanding hanya 26 ribu sahaja yang diberi kuota (oleh Kerajaan Arab Saudi) untuk menunaikan haji,” ujar beliau.

Sebagai contoh, daftar haji pada 1429H (2008) dan pada 1441H (2020) baru seseorang itu tiba gilirannya menunaikan haji.

Pada masa sekarang, kos menunaikan haji adalah sebanyak RM9,445.

Misalannya, sekiranya seseorang akan menunaikan haji pada 1430H (2009), beliau mestilah mempunyai wang dalam akaun sekurang-kurangnya RM9,445.

Tetapi, jika beliau mempunyai wang di dalam akaunnya sebanyak RM12,000, hanya perbezaan dengan kos menunaikan haji sahaja boleh dikeluarkan.

“Seseorang itu boleh mengeluarkan wang yang dikehendakinya, atau kesemua wangnya, tetapi ini akan mengakibatkan dia akan ditunda Tahun Pilihannya sebab semuanya telah masuk dalam sistem,” tambahnya lagi.

Semakin dekat tempoh Tahun Pilihan, terdapat perkiraan amaun yang hanya boleh dikeluarkan, dengan syarat jumlah minimum ditinggalkan sebagai baki dan berupaya menambah kembali supaya tidak tertunda Tahun Pilihannya.

Ini kerana, demi memegang amanah yang dipertanggungjawabkan, Tabung Haji secara langsung mahu memastikan pendaftar haji yang ingin menunaikan haji mempunyai wang yang secukupnya apabila cukup tempoh.

“Tidak seharusnya pengirim emel itu mengaitkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami ini dipolitikkan,” ujar beliau.

Allah Selamatkan Mereka


Komen:

Pembangkang pernah mengeluarkan fakta mengatakan tidak mungkin ada rakyat Malaysia yang berumur melebihi 100 tahun yang namanya berdaftar dengan SPR untuk mengundi pada PRU-12 sabtu ini.

Jadi sekarang bacalah sendiri wahai parti pembangkang! Jangan lupa nyawa anda yang berkhidmat dalam pembangkang berapa jauh lagi boleh bernafas!

Lebih baik hidup dalam Islam daripada mati dalam pembangkang yang bertindak mengkafirkan rakyat sendiri.

Pengundi Hantu , Si Jembalang PAS & Pembangkang

Taktik kotor pembangkang yang habis modal dalam tindakan mereka untuk memancing undi rakyat akhirnya terbongkar jua. Pembangkang yang dengan jelas menunjukkan kegoblokan pemikiran mereka akibat telah kehabisan idea serta kembali mundur dalam mencari alternative baru untuk memancing undi rakyat. Hal -hal terutamanya mengenai rakyat Kelantan yang telah lama keluar dari negeri tersebut menjadi satu contoh besar kelemahan pucuk pimpinan PAS yang tidak langsung menujuk sebarang perubahan dalam menaikan ekonomi negeri Kelantan.

Dakwaan mereka kononnya terdapat pengundi upahan atau pengundi hantu pada PRU-12 yang akan menjelang sabtu ini merupakan taktik kotor pembangkang yang sering diulangi setiap kali pilihan raya, bagi menimbulkan keraguan di kalangan pengundi. Dakwaan yang dibuat oleh pembangkang yang ‘mati kutu’ dan disifatkan sebagai perangai budak hingusan merupakan dakwaan yang digunakan mereka untuk menakut-nakutkan pengundi dengan menimbulkan rasa curiga terhadap ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan tugas.

UMNO/BN yang sudah faham akan sifat-sifat semulajadi pembangkang yang boleh dikategorikan sebagai bodoh kerana setiap kali menjelang PRU, isu begini akan dimainkan semula apabila pembangkang merasakan mereka akan kalah dalam PRU nanti. Pembangkang mahu menimbulkan rasa curiga di kalangan pengundi dan rakyat serta cuba membuat tomahan dan fitnah akan wujudnya pengundi hantu tersebut. Sebenarnya taktik ini tidak laku, lapuk, tidak lagi diendahkan oleh pengundi walaupun isu itu diulang-ulang sehingga sekarang.

PAS dan Neo Con

PAS yang kehilangan arah selepas PRU-11 telah membuat beberapa perhitungan yang tergesa-gesa dan membuta-tuli apabila mengambil penyokong kuat Neo Con sebagai idola politik terbaru mereka.

Hasilnya, beberapa kumpulan dalam PAS sendiri telah mula menyatakan rasa tidak senang mereka dengan keputusan pucuk pimpinan PAS. Hal ini boleh dilihat daripada beberapa kritikan pedas oleh beberapa bahagian parti PAS dalam muktamar mereka di Kelantan suatu ketika dahulu.

Dalam pencarian mereka untuk mencari seorang tokoh yang mewakili pemikiran agama segar, tidak konservatif sebagaimana presiden mereka, Abdul Hadi Awang. PAS nampaknya tersasar jauh dan amat terdesak dalam mencari haluan masa depan parti. PAS telah menggadai seluruh perjuangan mereka membela Islam sebagai mana yang didakwa selama ini hanya kerana kegagalan mencari seorang tokoh berpengaruh. Akhirnya mereka sanggup menambil tokoh penyokong utama Neo Con dalam usaha menggilap semula imej parti yang dikatakan tidak mesra rakyat, ala Taliban, konservatif dan dipimpin oleh pasukan yang tidak pandai memerintah.

Kepada PRK, mereka terkapai-kapai dalam memberi jawapan kepada persoalan sokongan penasihat utama parti mereka, Syaitan Anwar yang secara terang bersongkol bersama Yahudi Paul Wolwowitz. Hasilnya Timbalan PKR sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Anwar merupakan pandangan peribadi dan berasingan daripada pandangan PKR. Kini, PAS nampaknya menuju jalan penamat ‘Perjuangan Islam’ mereka.

Kalangan radikal dalam PAS semakin keliru mempersoalkan hubungan yang pelik antara parti mereka dengan PKR. PAS turut melahirkan kebimbangan sekiranya dengan sokongan terhadap Anwar, akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka turut bersongkol dan terjerumus dengan Yahudi yang menyebabkan penderitaan umat Islam di Asia Barat.Tetapi yang pastinya kini PAS dan PKR telah turut sama terjerumus dalam kancah menghancurkan umat dan agama Islam itu sendiri.