Friday, March 14, 2008

DEB - DAP Equal Bull-shit!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja kemungkinan yang berlaku ekoran kenyataannya yang boleh menyinggung perasaan orang Melayu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan itu boleh memarakkan ketegangan kaum dan mencetuskan kemarahan orang Melayu.

‘‘Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, inilah Lim Guan Eng yang sebenarnya, dia sepatutnya ditolak di dalam Pilihan Raya Umum yang lalu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri semalam memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.

Guan Eng, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut Mohd. Ali, tindak-tanduk Guan Eng itu boleh menyebabkan orang Melayu hilang tempat di Pulau Pinang.

‘‘Guan Eng tidak boleh menekan orang Melayu, malah, dakwaannya terhadap DEB semuanya palsu kerana semua kaum di negara ini dapat faedah.

‘‘Ekonomi kaum lain lebih tinggi berbanding Melayu, begitu juga dalam pendidikan, kaum lain boleh belajar di mana-mana universiti,’’ ujarnya.

‘‘Sikap tidak menghormati institusi raja dengan tidak menghadiri majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Perak memperlihatkan satu lagi keangkuhan DAP, biarpun hanya baru beberapa hari menjalin permuafakatan untuk membentuk kerajaan campuran di negeri itu,’’ katanya lagi.

‘‘Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita berasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api permasalahan dan negara terpaksa membayar harga yang mahal akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin DAP,’’ tambahnya.

Komen:

Jika dilihat dengan lebih mendalam dengan adanya DEB siapakah yang lebih banyak mendapat keuntungan? Cina atau bangsa lain?

Bagi DAP, mereka bercakap bagai mereka sahaja yang betul dan tindakan yang dibuat kononnya membantu semua pihak. Tetapi sebaliknya DAP lebih banyak menerima keuntungan dari DEB itu sendiri.

PAS berhati-hatilah dengan PKR

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor meminta PAS agar mengambil sikap berhati-hati untuk bekerjasama dengan PKR dalam membentuk kerajaan di beberapa negeri yang ditawan pembangkang. Ezam mendakwa, melalui pengalamannya beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

"Dalam menghadapi suasana politik sekarang, sikap seumpama itu amat membahayakan masa depan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara"

Komen:

Jika dah bekas ahli PKR sendiri beri komen sebegini, maka kita pasti bahawa terdapat komplot yang kotor dimainkan oleh presiden dan parti PKR itu sendiri untuk menjahanamkan rakyat serta negara.

Jika perkara ini dibiarkan, maka bukan sahaja negara kita dalam bahaya tetapi ia turut memperjudikan maruah rakyat, yang secara tersembunyi telah ditipu oleh manusia durjanan di dalam PKR.

Thursday, March 13, 2008

Hanya Sandiwara - DAP Mohon Maaf

DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam, yang meminta 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak memulaukan istiadat pelantikan Menteri Besar Pas yang dijadual berlangsung pukul 4 petang ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaru pagi ini berkata, kenyataan tiga perenggan membantah pelantikan Setiausaha Perhubungan Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

“Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar Pas mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan,” kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

“Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

“Kenyataan mengenai kedudukan terbaru itu akan dibuat,” kata beliau.

Komen:

Persetankan mohon maaf mereka! Ini semua taktik DAP untuk tunjuk pada rakyat umum kononnya mereka menghormati keputusan Sultan sedangkan pada dasarnya DAP menentang keras perlantikan orang Melayu sebagai Menteri Besar Perak. Jika dengan Sultan mereka tidak hormat, apakan lagi orang Melayu!

Jangan kita terpedaya dengan kata-kata dan janji DAP kerana mereka bukannya mahu membela nasib rakyat tetapi terang-terang ingin membolot kuasa dan keharmonian rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Kenapa Melayu Undi DAP?

Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum yang lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Jika melayu mempunyai semangat kebangsaan, golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib kaum Melayu.

"Saya kata orang Malayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut 'Bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang' inilah kesannya". Generasi muda mahukan perubahan sahaja tetapi mereka tidak tahu perubahan itulah yang merosakkan masa depan mereka.

Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan PKR untuk membebaskan pentadbiran amalah DEB, beliau berkata dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan telah terlalu banyak membantu kehidupan mereka akhirnya lenyap begitu sahaja. Dengan DEB sahajalah orang Melayu boleh berjaya hingga sekarang. Tidak mustahil apa yang terjadi di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia jika DAP memerintah negara ini.

Buktinya saksikanlah sendiri keadaan di Pulau Pinang.

P/S: Malaysia kehilangan Singapura kerana bangsa luar dan sekali lagi kita akan kehilangan negeri lain dalam Malaysia kerana pentadbiran bangsa luar, yang asalnya dahulu datang ke tanah kita, kita terima dengan tangan terbuka tetapi akhirnya kita sendiri ditolak dihaprak dengan terajang mengila!

DAP Boikot MB Perak, Tidak Hormat Keputusan Sultan Azlan Shah

DAP Negeri Perak menunjukkan belang dan taringnya terhadap orang melayu Perak dengan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Jelas di sini, DAP merupakan parti yang bertindak untuk menolak golongan Melayu dari terus mentadbir Perak. DAP dengan lantang mahu merampas jawatan tersebut serta turut merancang untuk memijak golongan Melayu sebawah yang mungkin.

Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dasar & Strategik DAP, Lim Kit Siang, dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web DAP sejurus selepas pengumuman perlantikan Menteri Besar Perak yang baru, berkata keputusan itu mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP yang rata-rata menyangkakan mereka akan dipilih untuk mentadbir dan merancang untuk menghancurkan orang Melayu Perak seperti mana yang terjadi di Pulau Pinang.

Selain tidak menghormati keputusan Sultan Azlan Shah - Sultan Perak, DAP dilihat secara sengaja menimbulkan ketegangan kaum di Perak.

Friday, March 7, 2008

Pengakuan Dato Nala Karuppan Mengenai Syaitan Anwar

Edisi terbaru! Mari saksikan kejahatan Anwar Ibrahim. Dato Nala Karuppan membuat sidang video mengenai tindak tanduk Anwar yang sebenarnya. Inilah kebenarannya, Anwar yang pandai bermuka-muka termasuklah mempermainakan agama Islam.

"He (ANWAR) is the man with no principle - Dato' Nala"


Thursday, March 6, 2008

PAS Hilang Pertimbangan

Si Lahanat PAS begitu terdesak untuk memenangi PRU-12 ini hingga menampakkan betapa hilangnya nilai pertimbangan memikirkan perasaan orang lain. Lahanatnya PAS apabila menggunakan gambar adik Sharlinie sebagai alat meraih undi PRU. Gambar adik Sharlinie telah di cetak dan digantung di pecan Bagan Serai, Perak.

Si lahanat PAS langsung tidak memikirkan atau menyelami perasaan ayah dan ibu keluarga Sharlinie yang masih berduka cita mengharapkan kepulangan anak yang amat dikasihi. Setiap hari berendam air mata mengenangkan anak tersayang. Jelas menampakkan kelahanatan PAS untuk memenangi pilihan raya sampai hilang pertimbangan mereka untuk memikirkan perasaan orang lain.