Thursday, March 29, 2007

Marah Zahrin? Jangan marah…..

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka.
KomenKu:
Ya… la ilmu ni macam-macam ilmu….ilmu cari duit…ilmu ugut orang….yang tu memang Presiden UMNO gagal. Kalau Zahrin kenal siapa kami orait la…cekap! Bak kata Saifuddin, “Di situ bumi dipijak di situ langit dijunjung” Lainlah blogger macam engkorang banyak duit, tak payah dibayar gaji, semangat nasionalis berkobar-kobar….hentam sana sini, anak bini tak makan pun takpa. Susah nak cari orang macam engkorang.

Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.
KomenKu:
Kami tak payah nak tunjuk hebat biar orang kenal kami, Kami bukan mahu glamer! Atau ada peluang peras ugut orang agar digeruni. Kami hanya hamba Allah yang mahu mematahkan cakap-cakap fitnah yang memburukkan sesama insan. Tulisan kamu tu Zahrin bukannya 100% betul tapi gaya kamu macam bagus sangat. Gelarlah apa saja , kerana kami tahu akhlak orang yang mengelar kami.

Rasulullah pernah bersabda:
“Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.” – Riwayat Muslim
“Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri: apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu tidak patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut”.- Riwayat Abu Daud
“Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk”. – Riwayat at-Tirmidzi.
Surah Al- Ahzab: 70-71
“Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu”.

**
Terima kasih kerana mempromosi lahabau.blogspot.com dan warong-kopi.blogspot.com.

Wednesday, March 28, 2007

Mana lebih penting, Rawang-Ipoh atau Kuala Lumpur-Singapura?

Dipetik daripada Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 27 Mac – Antara projek landasan kereta api berkembar dari Rawang di Selangor ke Ipoh, Perak atau projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, mana yang lebih penting?

Itu yang dipersoalkan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mengambil contoh kedua projek itu ketika membahaskan mengenai keutamaan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan.

‘‘Saya tak faham kalau laluan dari Kuala Lumpur-Singapura itu dianggap terpenting sehingga sanggup menimbangkan cadangan untuk membina kereta api laju, kenapa pula program landasan berkembar dimulakan di utara. Saya tak nampak di mana logiknya,’’ soalnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Turut dipersoalkan Shahrir ialah mengenai kewajaran penglibatan Singapura dalam projek kereta api laju itu yang sepatutnya dipertimbangkan kerajaan.

“Kalau projek itu mahu diteruskan, maka perlu dibina jambatan, sebab takkanlah kereta api ini terlalu pantas hingga tak perlu jambatan untuk seberang Selat Johor.

“Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di republik itu,’’ katanya yang berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga dalam memikirkan program pembangunan jangan sehingga menjadi bahan jenaka.
Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.

Perbahasan Shahrir kemudian dicelah Datuk Mohamad Said Yusof (BN-Jasin) yang bertanya mengenai untung ruginya pelaksanaan projek berkenaan dan kesan yang akan dihadapi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berikutan pelaksanaan projek kereta api laju itu.
Shahrir bagaimanapun menegaskan bukan isu untung rugi yang dipersoalkan sebaliknya kerajaan perlu memikirkan mengenai kepentingan dan logiknya projek kereta api laju itu dilaksanakan.
– Bernama

Jawapan Kepada Sang Kelembai

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka. Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.
petikan http://sangkelembai2006.blogspot.com/

Dalam masyarakat demokratik, kita mahukan setiap suara didengar oleh semua lapisan masyarakat. Malangnya, dalam blog saudara, telah beberapa kali saya cuba menjawab tetapi ketidakbijaksanaan saudara yang tidak mahu keburukan saudara diketengahkan, maka tulisan saya saudara tidak siarkan.
Apa yang saudara perlu faham, perjuangan UMNO bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Benar kata saudara, ahli-ahli UMNO memang berilmu, yang tak berilmu adalah orang yang hilang akal dan sanggup menjadi pengkhianat bangsa serta menafikan kebenaran yang ada.
Saudara juga perlu maklum bahawa doa saudara untuk mengangkat blog ini akan tercapai tetapi bukanlah sebagai pelacur murahan seperi yang saudara katakan sebaliknya blog ini akan lahir sebagai penyelamat bangsa, pejuang negara, pendukung agama dan yang lebih penting membawa kembali landasan orang-orang Melayu yang telah tergelincir.

Friday, March 23, 2007

Tiada pengundi hantu, tapi pengundi penipu - Mafrel

Dipetik dari malaysia-today.net

Memang betul tiada "pengundi hantu" di negara ini seperti dinyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi boleh wujud "pengundi penipu" (fraudulent voters), kata pengerusi badan pemantau pilihan raya Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Abd Malek Hussin.
KomenKu:
Kan dah ngaku takde “pengundi hantu”, pengundi menipu tu memang dah lama ada dan PAS dah lalukuan perkara ni dengan giatnya di Kelantan. Sekarang ni PAS sedang memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang tertentu bagi memastikan kemenangan dan sanggup kehilangan undi di kawasan yang mereka menang majoriti yang sedikit.
Tengok sekarang terbukti

Wednesday, March 21, 2007

Demi Pak Lah, Umno rakus perkudakan program kerajaan

Jawapan kepada Mohd Sabri Said, yang mendalangi bangsa melalui Harakah
KEPALA BATAS, 19 Mac (Hrkh) - Umno terus rakus memperkudakan program kerajaan untuk kepentingan parti sepertimana yang berlaku pada 'Perkampungan Hadhari' yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan berakhir semalam.
KomenKu:
Apa pulak perkuda? Presiden UMNO tu Perdana Menteri Malaysia.


Bila ke sana orang ramai tidak putus-putus dihebahkan menerusi corong pembesar suara untuk bersama mendaftar sebagai ahli, Putera atau Puteri Umno.
KomenKu:
Dengki? Lain kali sewa le gerai, sama-sama buat promosi parti.


Puteri Umno yang ditugaskan mendaftar pemilih baru menerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga merupakan kesalahan kerana mencuri peluang yang ada di depan mata dalam projek kerajaan yang bukannya anjuran parti.
KomenKu:
Dulu kakitangan SPR yang bersimpati dengan PAS tukar kedudukan kawasan mengundi , apasal engkorang tak bising? Sebab menguntungkan engkorang?


Khemah penempatan ketiga-tiga Pusat Khidmat iaitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal selain Parlimen Kepala Batas sendiri menggambarkan 'Perkampungan Hadhari' bermatlamatkan politik untuk memantapkan kedudukan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping memperkasakan tiga Adun di bawahnya.
Apa yang dikesalkan adalah jika pihak Umno melaksanakan program tanpa melibatkan wang rakyat tentu sesiapapun tidak mempertikaikan.
KomenKu:
Apa pulak program UMNO? Itu program kementerian tapi UMNO support dengan menyewa gerai. Engkorang apasal tak take part? Lepas tu cakap belakang-belakang.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Kepala Batas, Haji Jamil Abdul Rahman ketika diminta mengulas tindakan Umno itu menjelaskan, parti itu memang degil kerana bukan sekali dua mereka mengambil kesempatan berbuat demikian.
KomenKu:
Sendiri lembab , lepas tu nak marah orang.


Program sedemikian katanya, biarlah agensi atau badan kerajaan sahaja mempamerkan segala aktiviti mereka untuk tatapan pengunjung kerana inilah masa yang paling sesuai mereka mendekati rakyat yang mahu menerokai peluang yang ada untuk menambah ekonomi berasaskan produk kampung, pertanian atau syarikat.
"Umno memang macam tu di mana program kerajaan di situlah mereka bertapak. Mereka patut sedar jika mereka terus bertindak sedemikian PAS dan parti lain pun boleh menempah ruang pameran untuk menarik ahli atau penyokong baru, " jelasnya. - mks.
KomenKu;
Sebab tu kami boleh memerintah sebab kami cekap!! Wahai rakyat Malaysia marilah mengundi Barisan Nasional, sesungguhnya kami cukup cekap menjalankan pentadbiran. Bukan macam PAS, ikan depan mata pun jadi macam kucing kurap yang bodoh lagi!!!

DBKL tangguh robohkan setinggan Kg Semarak

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan biarkan pak cik dan mak cik robohkan rumah kami. Tolonglah ... mana kami hendak tinggal kalau rumah kami dirobohkan.

"Itulah luahan perasaan Muhammad Fikri Abdullah, 10, ketika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan lebih 300 buah keluarga yang menetap di Kampung Semarak mengosongkan rumah mereka, bagi membolehkan usaha merobohkan lebih 300 rumah setinggan di Kampung Semarak, Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Masyarakat kampung berkenaan Azman Abd Majid, 62, ketika ditemui pemberita berkata usaha merobohkan rumah-rumah di kampung itu adalah berikutan cadangan membina laluan Lebuhraya Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE) oleh sebuah konsesi lebuhraya, Kasturi Bhd.

Beliau mendakwa pihak konsesi tidak pernah berjumpa dengan manamana wakil kampung untuk membincangkan pembinaan lebuh raya itu dan adalah tidak wajar sekiranya keseluruhan kampung itu dirobohkan semata-mata untuk membina laluan lebuh raya.

Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Titiwangsa berkata adalah tidak wajar kampung itu dirobohkan dengan hanya memberi notis singkat dan tanpa memikirkan masa depan penduduk kampung.

Pada 6 Feb lepas, penduduk kampung berjaya mendapatkan injunksi daripada Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan perobohan rumah-rumah setinggan itu, tetapi pada 28 Feb, DBKL berjaya mendapat perintah mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah berkenaan.

Tetapi difahamkan notis DBKL hanya diberikan kepada penduduk kampung pada kira-kira pukul 4.15 petang semalam, yang meminta mereka mengosongkan rumah masing-masing dengan segera.

"Secara rasionalnya apa yang kami boleh lakukan dalam waktu yang singkat, iaitu tak sampai 24 jam. Mana kami hendak tinggal sekiranya rumahrumah kami dirobohkan.

"DBKL ada menawarkan rumah di Projek Perumahaan Rakyat (PPR) Sri Semarak, di Air Panas tetapi ia hanya untuk disewa. Apa yang kami mahu ialah sebuah rumah yang akan menjadi milik kami seperti mana rumah yang kami tinggal sekarang," katanya.

Beliau berkata satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Persekutuan, Isnin ini bagi menangguhkan pelaksanaan tindakan merobohkan rumahrumah itu oleh DBKL dan satu rundingan akan diadakan bersama pemaju lebuh raya dan pihak DBKL untuk mencari penyelesaian yang wajar.

Tinjauan Bernama di Kampung Semarak mendapati, tiga buah lori DBKL bersama lebih 50 anggota tiba di perkarangan kampung itu seawal 8 pagi dan memberi arahan kepada penduduk kampung untuk mengosongkan rumah-rumah mereka.

Namun, arahan itu tidak diendahkan oleh penduduk kampung, sebaliknya mereka membuat "rangkaian manusia" ke jalan masuk ke kampung berkenaan, sambil memegang sepanduk meminta pihak berkuasa itu berundur.

Pihak DBKL terpaksa meminta bantuan polis dan Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan. Ketua Polis Daerah Sentul ACP K.Kumaran yang turut berada di kawasan itu berkata penduduk memberi kerjasama dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Setelah perbincangan selama sejam, akhirnya DBKL terpaksa menangguhkan arahan merobohkan rumah-rumah di Kampung Semarak.

Azman berkata pihak DBKL bersetuju mengadakan satu rundingan bersama wakil kampung dan pihak konsesi lebuh raya untuk mencari penyelesaian dalam masa terdekat."Penangguhan ini melegakan seluruh penduduk Kampung Semarak dan kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama," katanya.

Kampung Semarak, wujud sejak lebih 34 tahun lalu, dengan nama asal Kampung Relawan dan pada 1988 nama kampung itu ditukar kepada Kampung Semarak.

BERNAMA

Bila menantu marah mertua

jawapan kepada tulisan insan yang talam dua muka - SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Akhbar arus Perdana baru - baru ini menyiarkan betapa marahnya Khairy Jamalludin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap menantu dan pemegang saham minoriti kepada Kerajaan Tiga Beranak Berhad terhadap syarikat Khazanah Holding Berhad dan syarikat sekutunya yang dinamakan GLC atau Syarikat Kerajaan yang di perbadanankan kerana tidak hadir ke Majlis Cakap Banyak-Banyak anjuran Gabem dalam Jihad Ekonomi.
KomenKu:
Woi…tak habis-habis dengan kerajaan tiga beranak engkau. CEO GLC tidak hadir ke majlis GABEM sebab mereka mengiringi TPM ke Jepun, tapi ada wakil dari setiap GLC tu. Kalau tak tahu fakta jangan cakap nanti jadi fitnah. Sedap mulut hentam orang esok kena sumbat dek api neraka baru tahu. Jangan nak hentam Khairy lebih-lebih, buatnya ditakdirkan engkau ditimpa musibah tepi jalan, dan Khairy yang datang membantu, mana engkau nak letak muka. Time kita sihat jangan sombong dan angkuh. Sekadar pitam pun cukuplah, huru-hara diri engkau dibuatnya, kalau takde orang bantu.

Bagi yang tak tahu pasti merasakan akan hebatnya Naib Ketua ini tetapi pada bagi yang tahu akan senyum "sempoi" (pinjam ayat AC disini). Ini adalah kerana bila Khairy Jamaluddin marah dengan syarikat-syarikat GLC, maknanya dia terlepas pandang bahawa semua CEO syarikat GLC dalam Khazanah Holding Berhad dilantik oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Pengerusi dan Menteri yang menjaga semua GLC.
Ini memberi pengertian bahawa Khairy Jamaluddin sudah menegur bapak mertuanya sendiri dan dia sudah mengesahkan juga yang bapak mertuanya tidak tahu apa-apa melainkan mendengar atau mengikuti apa kehendak pemegang saham majoriti Kerajaan Tiga Beranak Berhad ia itu Kamaluddin Bin Dato Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Hj Ahmad yang juga pemegang saham Scommi yang menguasai ekonomi besar-besar zaman pemerintahan Islam yang ada had dan hari di Malaysia.
KomenKu:
Sudahlah takyah nak hentam famili Pak Lah lagi….rezeki masing-masing. Kalau engkau jadi PM aku rasa Asia Tenggara pun semua engkau nak kebas projek!! Tapi siapalah engkau, nak jadi PM. Pencacai Tua bolehlah.

Bila berita akhbar itu dikeluarkan pada 11hb Mac 2007, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 85 Tun Abdul Razak Hussein, maka sesetengah orang akan ingat bahawa apa yang dikatakan oleh Khary Jamaluddin pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang melaksanakan strategi itu.
Tun Abdul Razak Hussein juga tidak terlepas dari kecaman atau serangan musuh politiknya yang di luar dari badan tubuh UMNO sendiri. Antara nama yang selalu menjadi sasaran ialah dua nama yang terdiri daripada dua Abdullah, seorang Setiausaha Akbar dan dan seorang lagi Setiausaha Politik. Kedua - dua mereka ini terlalu rapat dengan Tun Abdul Razak Hussein. Bila orang terlalu marah dengan kedua Abdullah ini, terutama dengan yang memegang jawatan Setiausaha Politik, maka mengadulah orang kepada Tun Razak Hussein. Satu kelebihan Tun Abdul Razak Hussein adalah dia mendengar keduanya sekali ia itu yang baik atau yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia.
Sekiranya pandangan yang dikemukakan kepadan Tun Abdul Razak adalah pandangan kedua iaitu pandangan yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia pada kebiasaannya, Tun Abdul Razak tidak akan berdendam sebaliknya dia akan beri harapan kepada pengadu dan lebih lagi Tun Abdul Razak Hussein akan menggunakan pendekata ia itu sama ikut marah-marah dengan dua Abdulllah ini.
KomenKU:
Bukan tak nak dengar kritik. Tapi engkau ni melampaui batas. Merosak dan memalukan Melayu. Walau apa pun kita merupakan negara yang paling selesa didiami. Tanpa kekuatan dan usaha murni pemimpin jangan harap nak hidup selesa begini. Kiranya zaman dulu-dulu tu anak engkau menyanyi atas pentas tanpa kena baling telur ayam busuk la….Apakata engkau gi duduk di negara lain dalam dua bulan , dengan membawa sedikit wang saja….mudah tak dapat kerja? Senang tak nak hidup? Senang tak nak bribadat macam di Malaysia? Boleh solat setiap waktu sembahyang walaupun bekerja di syarikat milik asing. Ini maknanya Islam disanjung dan diletakkan di tempat tinggi, walaupun syarikat itu milik asing. Maknanya dengan kuasa Melayu yang ada sekarang , maka kita dapat mengukuhkan kedudukan Islam. Melayu tu tak lain tak bukan pemimpin UMNO sendiri. Engkai mengaibkan dan memfitnah keluarga Abdullah Badawi, satu hari nanti kalau ditakdirkan Allah keluarga engkau diabkan dan difitnah, apa rasa engkau? Sekarang banyak perkara yang dibayar “CASH” oleh Allah.

Maka berpuas hati orang yang mengadu hal itu kepada Tun Abdul Razak Hussein dan akan dibawa cerita bagaimana Tun Abdul Razak Hussein juga marah dengan kedua-dua Abdullah ini khas yang memegang jawatan Setiausaha Politik. Malangnya, Tun Abdul Razak Hussein tidak lama menjadi Perdana Menteri, dia meninggal awal dan akhirnya pecah tembelang Tun Abdul Razak Hussein bila kisah-kisah itu diceritakan semula oleh orang yang rapat dengannya. Ini termasuk orang - orang yang dapat mengesahkan sendiri yang menjadi perlaku dan saksi mata, bahawa apa pun yang dilakukan oleh dua orang ini khasnya Setiausaha Politik yang kemudian keduanya ini menjawat jawatan Timbalan Menteri adalah orang suruhan dan arahan Tun Abdul Razak Hussein sendiri.
Apakah sebab Tun Razak Hussein melakukan perkara ini? Sewajarnya bagi mereka-mereka yang berminat menyelidik dan belajar sains politik membuat kajian. Pada orang yang tidak ada asas penyelidikan dan belajar sains politik, mereka perlu hanya mengambil kesimpulan bahawa Tun Razak Hussein hendak memandu kapal yang bergelora dalam UMNO agar dia masih diterima sebagai Nakhoda kerana di zamannya terdapat juga ketidak puasan hati ahli UMNO dengan cara kepimpinannya dan permulaan dasar ekonomi baru. Sehingga sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Pahang, negeri tanah tumpahnya darahnya, yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, tujuh memegang jawatan Anggota Pentadbiran Awam, kecuali ahli Parlimen Maran, itu pun menjadi Pengerusi Risda.
Sekarang menantu Perdana Menteri menggunakan tektik lapok itu, marah-marah dengan Pembesar Tinggi Khazanah Holding yang tidak hadir ke majlis cakap-cakap Gabem yang habuk pun tak ada dan andainyaair liur yang bercakap dari mula soal ekonomi Melayu ini dikumpulkan, harus kita boleh buat takungan air yang cukup untuk diminum oleh penduduk Lembah Klang selama setahun dan tak perlu nak buat Empangan Lembah Klau lagi kalau setiap tahun Gabem anjuran majlis macam itu setiap negeri.
Akhirnya dengan menggunakan sumbernya, Khazanah Holding sudah menjawab, pembesarnya pergi ke Luar Negeri dan sudah pasti sebelum pergi mereka memaklumkan kepada Pengerusinya atau orang di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dia tidak maklumkan atau memberi tahu kepada pejabat di Kementerian Kewangan bererti pembesar tinggi di Khazanah Holding, sudah menjadikan syarikat duit pembayar cukai itu macam harta pusaka yang ditinggalkan oleh emak bapak mereka dan sesuka hati melakukan apa yang dia suka.
Menantu Perdana Menteri ini juga mengatakan bahawa tuduhan keperluan untuk membayar bagi mengatur perjumpaan dengan bapak mertuanya dan mereka yang terlibat dalam perniagaan "Broker" mengeluarkan surat wahyu sebagai sesuatu yang mengarut tetapi tidak dia nafikan bahawa macai-macai dia kini ada yang hidup mewah dengan kereta yang berjumlah lebih dari satu dan pernah disiarkan secara terbuka di akhbar tabloid dan internet.. Macai-macai yang seperti ikan dugong ini masih lagi berdamping dengan dia lagi.
KomenKu:
Machai-machai internet ni pun kalau diberi duit, zip le mulut depa. Bukannya pejuang tulen, tapi masyukkkkkkkkkkkkk………………

Kemudian keluar pula idea mengarut daripada Exco Pemuda UMNO yang beristeri dua, dulu isteri tuanya yang juga Ketua Puteri dalam satu Bahagian di Wilayah Persekutuan, meronta-meronta minta cerai tetapi apabila disumbatkan bermacam-macam dan hidup mewah, macam tak kisahlah pula. Jadi bagi seorang perempuan isteri kepada orang politik, yang dia takut bukan laki dia berkahwin lain tetapi takut harta berpindah ke bini baru. Kalau laki boleh menjamin harta dan sudah mempunyai cukup wang untuk tujuh keturunan boleh hidup... lantaklah nak kahwin sepuluh ke ! Mengarutnya Ecxo Pemuda ini dan juga Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad ialah dia nak suruh kerajaan buat syarikat membekal barang binaan untuk bantu kontraktor bumiputra. Dia patut pergi sekolah balik dan membaca buku atau pergi ke Kementerian Inovasi, supaya dapat mengeluarkan idea yang bernas. Sebenarnya kerajaan dah buang beratus juta RM ke dalam longkang dengan mewujudkan syarikat Pembekalan Bahan Binaan, di Peringkat Persekutuan, sudah ada Pernas Trading, diperingkat negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri semuanya ada syarikat membekal barang binaan. Di Selangor dahulunya ada Perangsang Trading dan di Johor dengan Sergamnya dan Terengganu dengan Babenanya. Malangnya semua sudah mati tetapi tidak tahu dimana kuburnya.
KomenKu:
Jika ditakdirnya anak-anak perempuan engkau bermadu, apa rasanya ?Apakah engkau akan galakkan mereka minta cerai tapi pujuk serta nasihat agar bertenang. Fikirkan masa depan dan perasaan anak-anak? Kalau kaya sebab usaha sendir apa salahnya, tapi ramai juga yang kaya daripada hasil peras ugut dan fitnah orang…sendiri mau ingat !!

Yang perlu dibetulkan ada sistem kontraktor itu. Jika sekarang kena melawat tapak baru boleh beli tender , ini perlu ditukarkan dengan membeli tender dulu dan jadikan satu hari mereka boleh melawat tapak. Bukankah mereka kontraktor maka sudah pasti mereka sudah memahami soal teknikal dan staf atau perunding yang boleh menasihatkan dan tak perlu Pegawai Penguasa nak beri taklimat.
Keduanya dalam borang tender sekarang mesti dimasukkan surat aku janji atau jaminan dari syarikat pembekal barang binaan yang berdaftar dengan CIDB supaya kerajaan mesti bersetuju untuk membayar terus bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor melalui skim pembayaran berasingan yang dikemukakan melalui kerja-kerja kemajuan. Jika dia hendak mencari untung menaikkan harga bahan binaan, terserahlah dia dengan pembekal. Kalau satu ton besi dibeli dengan harga Rm 1800 tetapi pihak pembekal membekal dengan harga RM 1,690, baki keuntungan RM 110 terserahlah kepada pembekalnya. yang penting tidak ada alasan besi atau bahan lain tidak dapat dibeli oleh kontraktor seperti yang didakwa hari ini.

Sang Kelembai: Kesimpulannya apa yang diilhamkan oleh seorang Naib Ketua dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu tidak berinovasi. Jika ilham atau idea mereka berinovasi, dia akan berakhir dengan keuntungan untuk mereka seperti bagaimana Kementerian Kewangan mewujudkan BLT, sebuah syarikat yang memgambil alih kesemua kepentingan pembinaan rumah polis dan penyelengaraannya, dimana tender tender pembinaan diberi secara runding terus dan kalau nak dapat projek itu, cable atau wahyu mesti sebesar paip air dari empangan Klang Gate yang merentang Taman Melawati. Kalau tidak lebih baik beramai-ramai membuang air liur atau meludah untuk dikitar semula menjadi air bersih. Lagi ada faedah.