Monday, September 10, 2007

Demokrasi terus dicabuli di Malaysia???

dipetik dari: http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=7991
Category: General
Posted by: Raja Petra
Roslan SMS Corner

Semalam seorang ustaz datang bertemu saya. Beliau seorang kenalan rapat saya dan seorang yang sangat dihormati di kawasan beliau. Beliau tinggal di rumah pangsa kos murah di Desa Mentari berhampiran Kg Lindungan dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya yang diwakili oleh MCA manakala kawasan DUN nya iaitu Seri Setia diwakili oleh Sharifah Norli dari Umno.

Menurut Ustaz ini, beliau dimaklumkan oleh seorang penghuni di kawasan flat berkenaan yang terdapat usaha memindahkan kira-kira 2,000 pengundi dari kawasan Desa Mentari ini untuk mengundi di Terengganu. Menurut beliau pengundi dari DUN Seri Setia ini dibawa ke Putrajaya oleh pihak-pihak tertentu untuk tukar alamat dan tempat mengundi dari Seri Setia, Selangor ke parlimen P.37 Marang, Terengganu. Mereka masing-masing dikatakan menerima imbuhan RM200.

Jika Umno lah yang terlibat dalam kerja-kerja jahat ini, mengapa mereka sanggup mengorbankan pengundi setia mereka, dari DUN yang mereka kuasai?

Jawapannya kerana pada PRU 2004, Sharipah Norli menang mengalahkan calon PAS di DUN ini dengan kelebihan 11,141 undi, iaitu suatu majoriti yang begitu besar. Oleh itu apalah sangat dikurangkan 2,000 dari majoriti itu, Umno tetap akan menang dengan kelebihan 9,000 unid, demikianlah sifir dan perhitungan bijak mereka.

Pada PRU 2004 Umno berjaya merampas kerusi Parlimen Marang dari tangan PAS setelah calonnya mengalahkan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dengan kelebihan cuma 866 undi. Dalam usaha mereka mahu mempertahankan Terengganu dan mungkin merampas mana sahaja DUN yang masih tinggal ditangan PAS di Terengganu, maka usaha jahat ini perlu dilakukan.

Dalam PRU 1999 ketika PAS merampas Terengganu dari tangan Umno, Tuan Guru menang di Parlimen Marang dengan majoriti 12,700 undi!

Saya tidak pasti sejauh manakah sahihnya maklumat Ustaz ini akan tetapi beliau seorang kenalan lama yang saya tahu baik pekerti dan akhlaknya, insyallah tidak berbohong. Saya malah bimbang dengan perkembangan ini, dan merasakan sesuatu harus dilakukan untuk menggagalkan usaha jahat yang terancang ini. Cuma saya tidak pasti apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil. Saya akan menasihatkan Ustaz ini untuk membuat laporan bertulis dan insyallah saya akan panjangkannya ke pihak PAS Pusat untuk tindakan.

Ini merupakan satu trend yang membimbangkan. Bagaimanakah seramai 2,000 orang enbloc boleh didaftarkan tukar alamatnya begitu sahaja di Jabatan Pendaftaran Putrajaya? Saya harap tindakan susulan segera dapat dilakukan oleh semua pihak. Jika beginilah trendnya dan pihak SPT atau JPN seolah tidak berhalangan, maka pihak PAS juga saya rasa tidak berdosa jika mengarahkan pula para pengundi mereka untuk menukar alamat beramai-ramai bagi mengundi di Kelantand dan Terengganu pula.

Mungkin puluhan ribu pengundi PAS di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh dipindahkan ke Kelantan dan Terengganu. Beri kemenangan percuma kepada BN di negeri-negeri berkenaan asalkan Kelantan dipertahankan dan Terengganu dapat ditawan semula. Manakala para pengduni PAS di Wilayah, Selangor, sebahagian Perak dan Pulau Pinang boleh pula dipindahkan beramai-ramai ke Kedah dan Perlis. Biar dengan bantuan emreka PAS boleh tawan kedua-dua negeri itu.

Bagaimana jika PAS pula melakukan demikian?

Padang permainan perlulah sama-rata, itu baru demokrasi namanya. Tetapi jika tidak sama rata, dan hanya memihak kepada BN, maka ternyata demokrasi bukan hanya tempang malah sesak mahu menunggu saat ajal sahaja di Malaysia ini! 50 tahun Merdeka, dan agensi kerajaan terus diperalatkan untuk mencabul demokrasi, Malaysia Gemilang kah begini?

KOMEN:
Sesuatu berita yang tidak dapat dibuktikan dengan sahih adalah lebih dikenali sebagai khabar angin. Jenis berita-berita begini yang mampu menimbulkan pelbagai spekulasi yang seterusnya menjurus kepada tindakan yang tidak diingini. Lebih-lebih lagi berita ini mengambarkan yang rata-rata penghuni rumah pangsa tersebut adalah bangsa melayu begitu mudah dimanipulasi dengan hanya berbekalkan RM200.
Orang melayu mesti cuba mengubah mindset supaya dapat menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan lebih matang dan bijak. Saya mencadangkan kepada penulis atau sesiapa sahaja cuba dapatkan bukti yang kukuh bagi setiap berita atau pertuduhan supaya membawa kes ini dapat dibawa ke pihak berkuasa dan seterusnya ke mahkamah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Thursday, September 6, 2007

PAS Angkat Hadi Awang Sebagai Pejuang Kemerdekaan!!!

MARANG: Ceramah PAS dekat Masjid Kampung Padang Midin banyak membawa cerita karut, bohong, terkeluar dari fakta sejarah dan menafikan kejayaan pemerintahan Barisan Nasional (BN) termasuk menamakan Datuk Seri Hadi Awang sebagai pejuang kemerdekaan negara ini sebelum 1957 oleh salah seorang penceramah, Dr. Shafei Abu Bakar.

Dia membuat dakwaan bahawa Hadi Awang termasuk dalam barisan pejuang kemerdekaan tanah air dan kenyataan itu ternyata karut, berbohong dan salah fakta sejarah negara baik sebelum dan mahupun selepas merdeka.

Terdapat beberapa orang lagi pensyarah IPTA yang ghairah dengan pembangkang hingga lupa merosakkan taraf keilmuan dalam dirinya dan sanggup menyalurkan fakta palsu, salah tentang Hadi Awang dalam buku dan penerbitan mereka.

Pada suatu masa lalu penulis pernah terbaca tulisan pensyarah yang kononnya membuat kajian tentang perjuangan pembangkang di negara ini tetapi menyalurkan fakta salah tentang salasilah Presiden Pas itu, dimana penulis itu menyebut Tok Guru Abdul Hadi Awang, manakala ayahnya Haji Awang Mohamad, sedangkan ayahnya Haji Awang Abdul Rahman.

Ramai golongan profesional termasuk pensyarah di IPTA yang taksub kepada adudumba pembangkang tanpa mengenali secara mendalam watak-watak dan sahsiah kepimpinan telah menjatuh martabatnya sebagai ilmuan kepada membekalkan fakta bohong dan salah kepada masyarakat.

Dalam konteks ceramah Dr. Shafei Abu Bakar ini membuat dakwaan yang tidak mengikut sahih kerana pada tarikh kemerdekaan dilaungkan 1957 oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj, usia Hadi Awang tidak sampai 19 tahun, dia berada dibangku Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Rusila serta berbaris bersama murid-murid lain untuk melaungkan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos.

Bagaimana Dr. Shafei Abu Bakar menyatakan Hadi Awang termasuk dalam barisan pejuang kemerdekaan dan fakta sejarah negara mana yang di gunakan oleh beliau untuk berceramah di Kampung Padang Midin pada malam 4 September 2007 lalu.

Ini menunjukkan PAS dalam ketandusan isu untuk pilihan raya dan cuba menghairahkan keadaan hingga sanggup memutarbelitkan fakta kerana semata-mata mahu menyalahkan kepimpinan BN yang rakyat tahu tidak banyak bersalah, malah rakyat merasai puashati dengan tanggongjawab pembangunan yang dilaksanakan.

Dr. Shafei dianggap oleh beberapa penduduk Kampung Padang Midin sengaja bercakap bohong serta tidak berpijak kepada fakta dan realiti sejarah negara ini bagi mencemarkan statusnya sebagai bekas pensyarah IPTA dan seorang yang berilmu serta mempunyai tahap intelektual yang tinggi.

Gaya Dr. Shafei bercakap lebih mencemburi kejayaan besar pembangunan negara ini hasil sumber petroleum dan Perbadanan Petroleum Nasional (Petronas) dipesalahkan semahu-mahunya kerana membiayai pelbagai pembangunan mega, termasuk pembinaan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya oleh kerajaan BN.

Apakah wajar sifat anti pembangunan terpancar keluar dari mulut seorang berpendidikan tinggi bertaraf profesional hanya semata-mata bagi menegak benang basah fahaman politik dipagangnya, sedangkan dia sendiri merasai menikmati kejayaan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Dr. Shafei patut insaf dengan kejayaan BN dan tidak seharusnya memalsukan fakta sejarah kemerdekaan negara dan sejarah kejayaan BN melaksanakan tanggongjawabnya membangunan negara ini hingga ketahap ini dalam tempuh 50 tahun sahaja.

Penceramah PAS yang lain, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi juga turut mengeluarkan pendapat yang tidak selari dengan apa yang dinikmati oleh rakyat negeri ini dan negara sekarang ini.

Beliau hanya tahu menyalahkan sesetengah pemimpin BN dengan pelbagai nista dan sedikit pun tidak menyalahkan kerajaan Pas yang memerintah Terengganu 4 tahun 2 bulan yang penuh dengan kejumudan, pemalsuan janji dalam manifesto 1999, pengkhianatan keatas khazanah perhutanan negeri dan gagal melaksanakan dasar Islam yang dilaungkan oleh PAS sejak tahun 1951.

Selepas lebih tiga tahun PAS tewas kepada BN dan kerajaan Terengganu bertukar tangan dari Pas kepada BN, rakyat Terengganu masih lagi merasai kesan pahit yang dilalui zaman pemerintahan Pas dan mereka secara jelas menyatakan, tidak mahu PAS kembali berkuasa di negeri ini.

Tuesday, September 4, 2007

Puteri bergurau senda dengan Pemuda UMNO tika azan Maghrib ambang Merdeka

Dipetik daripada www.harakahdaily.net

Sejak sebelum maghrib lagi penulis menggerakkan langkah menelurusi beberapa tempat tumpuan warga kota menikmati malam kebebasan malam merdeka terutama kali ini sambutan yang ke-50.

Yang datang dengan kereta sejak sebelum maghrib sibuk mencari parkir untuk memudahkan kereta diletak, sementara yang datang dengan LRT masing-masing berpusu-pusu untuk membeli tiket di kaunter-kaunter LRT.

Menjelang maghrib, suasana di hadapan Dataran Merdeka semakin meriah, lampu-lampu jalan tersergam indah menyinari batang tubuh warga kota yang dahagakan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara.

Pemuda PAS edar risalah ingatkan mereka yang alpa

Di satu sudut di Jalan Masjid India, kira-kira 20 orang pemuda siap berkopiah dan berbaju Melayu masing-masing memegang naskah risalah di tangan.

Kelibat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kelihatan. Nah cukup segak beliau mengenakan pakaiannya.

Penulis menghampiri beliau untuk menyapanya. Dengan nada mesra, Ustaz Riduan membalas dan bertanya khabar. Satu sahaja matlamat anak muda yang dipimpin Ustaz Riduan berkumpul depan Masjid India ialah untuk membawa misi 'ekspedisi dakwah Pemuda PAS' sempena sambutan Malam Kemerdekaan ke-50.

Risalah bewarna hijau antara lain mengandungi nasihat dan pedoman Islam dan kemerdekaan selain pandangan Islam tentang penghayatan kemerdekaan.

Anak-anak muda pimpinan Ustaz Riduan siap siaga untuk menjalankan misi dakwah mereka tatkala anak muda yang lain sibuk memgang bahu teman wanita masing-masing (mungkin inilah erti merdeka bagi golongan ini).

Ustaz Riduan yang sempat bercakap lanjut dengan penulis antara lain menyatakan pada malam ini mereka mahu menjalankan misi dakwah dan pencegahan maksiat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Antaranya, Taman Tasik Titiwangsa, Dataran Merdeka, Bangsar, Jalan Sultan Ismail dan KLCC.

Azam yang ditanamkan kumpulan Pemuda PAS ini cukup membuatkan denyut jantung penulis semakin tegap bergerak kerana kagum dengan kesungguhan mereka membelah kesengsaraan malam kebebasan ini untuk mengajak rakyat kembali kepada penghayatan nilai kemerdekaan menurut Islam.

Satu persatu orang yang lalu-lalang di depan mereka di LRT Masjid Jamek disapa dan diberi risalah. Ada yang tersenyum menerima tak kurang juga ada yang sinis.

Lebih teruk lagi ada juga yang menunjukkan aksi marah bila risalah diserahkan. Beberapa orang ahli MIC yang lalu di kawasan itu hanya memerhati dengan mata terbeliak tindak-tanduk Pemuda PAS mengedar risalah kepada orang ramai.

Jam menunjukkan 7.15 minit malam, Ustaz Riduan mengarahkan anak buahnya untuk berhenti sementara bagi menunaikan solat berjemaah di masjid.

Nah indahnya Islam itu, mereka yang menghayatinya pasti dapat merasakan setiap yang dilakukan itu Allah juga yang membalasnya, dengan tidak lupakan perkara wajib, umat Islam juga dituntut untuk mencegah kemungkaran menyeru kepada kebenaran.

Inilah yang dilakukan oleh kumpulan anak muda PAS ini.

Azan bergema, mereka bersenda

Tepat jam 7.18 minit malam, azan Maghrib bergema dari corong pembesar suara Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid India, namun Warga kota yang lain sibuk mundar mandir ke jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka untuk menyaksikan 'count down' di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kelibat Puteri UMNO menjelma, aksi garang dipamerkan kepada sang putera semata-mata untuk bersenda. Azan semakin lantang berbunyi, tepuk menepuk menjadi penghias dan pembuka kata anak muda berbaju putih berkain merah jambu dengan teman-teman pemudanya.

Malangnya tak siapa menjangka ramai di kalangan mereka mungkin sekali terlupa seruan Allah memanggil mereka ketika azan bergema.

Yang berpakaian kemas, seksi, seksa dan pakaian melambangkan berjiwa merdeka menghiasi sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka. Penulis sempat bertegur sapa dengan beberapa orang yang katanya datang untuk menyambut malam 31 Ogos.

Rata-rata yang ditemui penulis selepas solat Mahgrib memaksudkan merdeka itu 'bebas' boleh buat apa sahaja dan boleh lakukan apa sahaja termasuk "bebas maksima" pada malam 31 Ogos.

"Alah bang malam ini polis tak kacau punya, kami boleh buat apa sahaja," kata seorang pemuda berambut ala 'mohican'.

Secara keseluruhannya jawapan yang diterima dari kalangan mereka yang berpusu-pusu ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam 31 Ogos ini satu, "sambutan ini setahun sekali, tapi kali ini lebih meriah sebab 50 tahun merdeka, jadi apa salahnya sambut dengan cara begini'.

Komen:
Bagaimana kumpulan PAS ini boleh pasti tentang kelibat Puteri dan Pemuda UMNO sedangkan pada masa tersebut ahli kumpulan tersebut sedang menunaikan solat Maghrib? Bagaimana kumpulan PAS ini pasti kumpulan yang berpeleseran ini adalah dari Puteri dan Pemuda UMNO? Terdapat beberapa persoalan yang tidak diterangkan di sini dan berbau fitnah untuk memburukkan UMNO. Tidak cukupkah fitnah yang dilemparkan sebelum ini terhadap UMNO. Menggunakan taktik sebegini untuk memutar belitkan fakta dan memburukkan UMNO. Tidak perlulah kita bincangkan bagaimana berdosanya bermain fitnah untuk menjatuhkan orang lain. Sendirilah berfikir!

Adakah dengan memakai pakaian merah jambu telah membuktikan bahawa itu ahli UMNO tanpa mengenal pasti terlebih dahulu? Tidak mungkin dengan hanya memandang dapat menerangkan kebenaran ini. Ramai yang memakai pakaian hijau pada waktu itu jadi bolehlah kita buat kesimpulan bahawa mereka semua adalah ahli kumpulan PAS.

Jangan hanya dengan satu soalan pada umum boleh dikira sebagai jawapan untuk semua. Malaysia mempunyai Jabatan Agama Islam yang ditugaskan untuk mengawal dan menjaga isu-isu berkaitan agama Islam. Badan inilah yang mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan maksiat. Jadi jika betul hendak menjalankan misi pencegahan maksiat kenapa tidak dijalankan bersama-sama Jabatan Agama Islam dan pihak Polis Diraja Malaysia? Apakah dengan menubuhkan Lajnah Dakwah dan kumpulan Pembela Islam Pemuda PAS Pusat ini PAS mempunyai bidang kuasanya sendiri seperti mana Jabatan Agama Islam dan pihak Polis Diraja Malaysia?

Inilah gadis pilihan masa kini

Di satu tempat yang lain iaitu di Bukit Bintang sejurus selepas Isyak suasana semakin hangat dengan kelibat seksi gadis Melayu beraksi di sekitar Bintang Walk.

Tidak kurang dari kalangan Cina dan India, tetapi bilangannya tidak sebanyak gadis Melayu. Nah hebatnya gadis Melayu macam dalam lagu J Mizan, Gadis Melayu.

Namun anak gadis Melayu ini ada yang gayanya seperti 'seekor kucing laparkan ikan' tidak kurang yang 'malu-malu tapi mahu'.

Sementara kumpulan anak-anak muda lelaki pula berpakaian ala barat, rambut bewarna kuning, hijau dan perang memulakan aksi-aksi mereka, ada yang membawa tin minuman terlarang.

Malam bebaslah katakan, yang terlarang pun boleh jadi tidak terlarang, inilah yang mungkin sekali dimaksudkan golongan ini.

Dari gaya bercakapnya penulis percaya mereka ini dari keturunan anak Melayu dan bukannya 'mat salleh'namun pakaiannya sedikit pun tidak menunjukkan mereka ini Melayu, apatah lagi 'Melayu Islam Hadhari'.

Komen:
Melalui pengisian, kesedaran pada agama, bangsa dan negara, UMNO bertindak untuk menyedarkan golongan muda-mudi ini. Melalui teater, dialog kesedaran, forum dan sebagainya UMNO menyuntik kesedaran supaya golongan ini tidak terus hanyut di dalam kebebasan, kemewahan dan keseronokan yang menular di dalam masayarakat tika ini.

UMNO melihat permasalahan ini dan membantu menyedarkan mereka. UMNO mengajak golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti mana yang telah diperkenalkan oleh pemuda dan puteri UMNO umunya.

UMNO tidak memandang mereka seperti sampah masyarakat tetapi mendidik mereka kearah jalan yang lurus. UMNO tidak mengutuk dan menfitnah dengan menggunakan alasan permasalahan golongan muda-mudi ini seperti mana yang ditulis di dalam rencana ini.

Tegur menegur, mesra hingga terbawa

Di suatu sudut di Bintang Walk, ada beberapa remaja Perempuan yang dalam lingkungan belasan tahun (mungkin sekali masih bersekolah) seronok berbual manja dengan beberapa jantan mungkin sekali mat rempit kerana kelihatan mereka memegang topi keledar bersama.

Tegur menegur, sapa menyapa yang akhirnya menjadi titik pertemuan dua mata untuk bersetuju bonceng membonceng antara satu sama lain bagi merayakan malam kebebasan.

Sedar atau tidak mungkin sekali maruah empunya diri mungkin terbebas malam ini setelah mat rempit jadi penghibur hati merayakan malam penuh kebebasan.

Nah, gamatnya Kuala Lumpur tak terhingga sejak jam 5.30 petang lagi LRT, Bas dan jalan raya dipenuhi anak Malaysia dan pendatang yang mahu meraikan malam 31 Ogos.

Suasana makin gawat.Denyut nafas remaja muda makin pantas, tangan-tangan si jantan mula merayau mencari sasaran nafsu mereka meskipun dalam bersesak berkumpul melaungkan 'Merdeka'.

Sementara yang di gadis teruja walaupun merah padam mata menahan seronok dipegang sedemikian rupa oleh teman-teman lekakinya.

Apa nak dihiraukan, malam merdekalah katakan.Kali ini sambutannya cukup meriah kerana 50 tahun usia negara.

Beberapa minit lagi sahaja jam akan menunjukkan 12.00 malam, keghairahan anak-anak muda terpancar dari raut wajah mereka untuk sama-sama bebaskan malam 31 Ogos dengan sebebas-bebasnya.

Komen:

Sepatutnya kita bersama-sama membantu apabila keadaan seperti ini terjadi dan bukannya menuding jari mencari kesilapan UMNO sahaja. Sememangnya golongan muda sekarang dilihat terlalu bebas tetapi kita sebagai masyarakat yang “Lebih Lama Makan Garam” ini perlu membantu menyedarkan mereka. Ini tidak masyarakat yang “Makan Garam” ini lebih suka duduk diam dan menuding jari mencari kesilapan orang lain. Apakah ini cara yang betul? Jadi berhentilah mencemuh dan menuding jari sebaliknya membantu mendidik mereka kejalan yang betul.

Mari mengira

Detik yang dinanti tiba!Ramai yang menjerit suka, yang mengira 'count down' seperti anak sekolah mengira, dari yang besarhingga nombor kecil semuanya di kira untuk menyatakan saat-saat terakhir menjelang usia 50 tahun.

Kiraan bermula hingga ke 59 saat semuanya diperhatikan dengan penuh minat.Yang memegang erat 'makwe' hingga sesak nafas dibuatnya.Yang sendiri leka memerhatikan gelagat yang lain.

Jauh di sudut hati penulis, kesal anak muda jadi sebegini kerana semata-mata mahu merayakan malam kemerdekaan.

Berjalan pula penulis ke taman Tasik Titiwangsa, nah di sana banyak lagi cereka yang terhidang sempena malam 31 Ogos ini.

Wah yang berpelukan bagai suami isteri tak terkira, yang berkucupan hingga lupa dunia, yang bercumbuan tak nampak yang melintas di mata dan yang asyik bermadu asmara lena dibuai malam durjana.

Bila disapa mereka hanya tersipu, tak kurang yang menjerkah penulis katanya bukan urusan penulis jika mereka sekali pun mahu ke neraka.

Dan bukan hak penulis untuk tentukan Syurga. Namun sekadar ingat mengingati semasa manusia.Penulis meneruskan langkah ke beberapa lokasi lain dan jam menunjukkan 3.00 pagi.

Aksi berbasikal, rempit dan 'seluar kecil'

Sekumpulan anak remaja (mungkin lingkungan 12 hingga 14 tahun) mengayun basikal dengan aksi-aksi berani di selang seli laungan merdeka. Kayuhan mereka tak serupa Rosman Alwi atau M.Kumaresan, tetapi aksinya tak tercabar dek 'jagoan' basikal negara.

Sambil membuat aksi, mereka tak tersangka bahaya yang datang mungkin dari arah belakang mereka. Seorang tertiarap kerana bertembung sesama sendiri dari arah belakang tatkala yang seorang lagi terlebih 'willie' basikal mereka. Aksi ala mat rempit bermula.

Beberap minit kemudian, kelihatan kelibat anak-anak muda dengan motor 'kapcai' nya beraksi sambil yang memboncengnya ghairah hingga tidak tersedar 'seluar kecil' mereka di perhati mat-mat kereta.

Hangatnya malam merdeka.Mata penulis semakin tidak mampu untuk dibuka.Jam hampir 4.00 pagi dan penulis mahu beredar dari memerhati malam durjana. Pulang ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan menulis merencana segala yang terlihat di pandangan mata.

Teringat juga di minda apa khabarnya rakan penulis yang turut membuat liputan pada malam itu. Mana tidaknya beliau si anak dara yang ditemani rakannya juga yang belum berpunya. Menaiki motorsikal semata bertujuan melapor yang benar belaka. Intan dan rakannya mungkin sudah pulang ke rumahnya, dan harap mereka selamat hendaknya itu sahaja.

Pening kepala tak terhingga memikirkan betapa hebatnya malam merdeka yang dirayakan dengan perayaan ala Umno/Barisan Nasional malam tadi. Ucapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula lansung tidak membakar semangat, dengan beberapa kali laungan merdeka yang cuba dilaungkan dengan suara yang serak tidak memukau penonton yang hadir.

Malam ini penulis akan ke Stadium Merdeka, di sana ada rapat umum raksasa di taja Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (Kekkwa) dan di sana juga pesta seperti malam tadi bakal bersambung semula.

Komen:
Kemerdekaan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Perdana Menteri dan UMNO / Barisan Nasional telah mengadakan pelbagai aktiviti kepada para masyarakat agar malam kemerdekaan diisi dengan penuh kesedaran. Kerajaan Malaysia dibantu oleh UMNO dan Barisan Nasional mengadakan aktiviti seperti “Ambang Merdeka, Teater Konsert Balada Bahtera Merdeka dan sebagainya” adalah untuk mengisi malam kemerdekaan bagi menjadikannya lebih bermakna. Selama 50 tahun kita telah bebas dan merdeka, sesungguhnya kerajaan komited untuk terus menyedarkan dan membimbing rakyat.

Apa yang pihak PAS lakukan untuk membantu masyarakat Malaysia? Apa dengan menulis rencana dan mengedar risalah dapat menyedarkan golongan muda-mudi? Kalau itu cara untuk mereka menyedarkan dan memimpin rakyat, maka bolehkah Malaysia maju? Kalau dengan hanya menuding jari dan mengharapkan pihak lain menyedarkan rakyat, jadi apakah tujuan parti ini ditubuhkan yang dikatakan mampu membela nasib rakyat dan umat islam? Apakah aktiviti yang pihak PAS jalankan untuk sama-sama membantu memartabatkan rakyat Malaysia?

Jadi sekarang, diharapkan kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama membantu memartabatkan bangsa dan negara. Sama-sama berganding bahu membasmi semua permasalaha yang timbul untuk kesejahteraan semua rakyat.

Tuesday, August 28, 2007

KAMAL AMIR MENULIS


TERPEGUN juga melihat lembut dan mesranya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berjalan berpimpinan tangan bersama isteri terbarunya “Madame Jaeanne Danker” semasa melakukan lawatan rasmi ke negeri Sabah minggu lalu seperti yang tersiar di kaca TV. Alahai mesra dan sungguh romantis pasangan kekasih mengadun cinta di negeri di bawah bayu.

Terperanjat menatap “posting” di laman maya Malaysia Today menceritakan keghairahan Abdullah Ahmad Badawi bergurau senda dengan isterinya semasa majlis perasmian Tilawah Al-Quraan di PWTC minggu lalu. Antara lain, penulis tersebut menyatakan “sebaik turun dari pentas perdana Dollah buat hal lagi, kali ini dia bergurau senda dengan isterinya sedangkan di waktu itu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan turut hadir sama....”

Hari ini Jumaat jam 10.30 pagi, penganjur Majlis Pelancaran Buku “lilin membakar diri” terbitan Thinkers’ Library bertempat di Anjong Seri, Puteri Pacific Hotel berhampiran PWTC diburu resah gelisah kerana majlis tersebut dijadualkan bermula dari jam 10.00 pagi, namun, Perdana Menteri masih belum ternampak kelibat batang hidungnya.

“Kenapa perlu mengadakan cerita kalau tak ada bukti!. Majlis Pelancaran Buku “Lilin Membakar Diri” bukan di lancarkan oleh Perdana Menteri tetapi oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi. Bukti perasmian ada disertakan di bawah. Jadi janganlah mereka-reka cerita kalau diri sendiri tak ada bukti.”

Kononnya ada usaha dilakukan menghubungi pejabat dan kediamannya , khuatir kalau-kalau ada aral atau masalah disebabkan jemputan sudahpun memenuhi dewan seawal jam 9.00 pagi. Bisik-bisik kalangan wartawan foto menyatakan “Pak Lah masih tidur lagi!” dan majlis tersebut khabarnya terlewat lebih satu jam.

“Ini lagi satu ayat penipuan. Siapa yang dikatakan menghubungi PM. Seperti ayat di atas, Majlis ini bukan di rasmikan oleh PM, PM mempunyai urusan kerja penting yang lain dan dengan itu majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B.D.S. Mohd Radzi. Terang-terang nampaknya mahu menipu dan menuduh tanpa bukti. Cari bukti kukuh sebelum menuduh..”

Sewaktu menerima berita yang dihantar melalui SMS oleh saudara Husein Lampo, yang kebetulan pula dari corong “hi-fi”, Ayu anak kecil saya seperti biasa memainkan pita bacaan surah Ar-Rahman oleh imam besar masjidil haram (menjadi kebiasaan kami mewarnai seisi rumah dengan aroma ayat suci al Quran setiap pagi jumaat).

“Apa maksud perenggan di atas? Hendak menegakkan benang yang basah? Kalau dah terang-terang ditangkap menipu tidak perlulah hendak tunjuk baik. Dengan memainkan ayat-ayat suci Al-Quran boleh membuatkan dosa memfitnah tu boleh padam? Berilah teladan yang baik kepada generasi baru itu. Didiklah mereka agar jangan menuduh dan menfitnah sesuka hati kelak diri sendiri yang rugi ”

Aduhai rupa-rupanya tadi malam adalah malam “sunatul jumaat” yang menjanjikan pahala kepada pasangan suami isteri untuk bermesra-mesraan sambil menggauli isteri yang halal di sisi hukum....

Maka segera menerpa di fikiran, apakah kelewatan kehadiran Perdana Menteri merasmikan majlis pelancaran buku berjudul “lilin membakar diri” kesan asyik masyuk menggauli isteri..... hingga kalampun lemah untuk berbicara membuatkan Abdullah Ahmad Badawi terlajak tidurnya hingga terlupa waktu subuh?

“Lagi-lagi fitnah. Memang tepat tajuk buku “Lilin Membakar Diri” fitnah tanpa bukti sekarang biar semua tahu kebenaran cerita ini. Gunalah pendekatan yang lebih baik untuk meyakinkan orang, ini tidak, lebih menjurus menggunakan pendekatan ke arah menghina, baik dari segi penghinaan pada Ketua Negara, keluarganya dan juga bangsa sendiri.

Janganlah fikirkan diri sendiri yang baik, alim dan warak. Bagaimana kiranya PM sendiri ber-Qiamullail dan bermuhasabah diri ? Bagaimana kiranya PM mendoakan kesejahteraan rakyat,bangsa dan negara di dalam solat Subuhnya. Pernahkah kita terfikir tentang itu. Hal-hal hidup dan perjalanan seseorang insan di muka bumi ini telah ditentukan oleh Tuhan. Malaikat di utuskan Tuhan untuk mencatit amalan hidup kita hanya Tuhan yang tahu apa yang kita lakukan sepanjang hidup ini, jadi bukan hak manusia-manusia ciptaan-Nya untuk menentukan amalan ibadah dan kehidupan manusia-manusia lain. ”

Terkadang naik lucu juga memikirkan kisah Abdullah Ahmad Badawi sejak mendapat isteri barunya “Madame Jeanne Danker”. Macam orang tidak pernah berbini, kalau anak muda yang baru melangsungkan perkahwinanpun masih malu-malu untuk berjalan berpimpinan tangan, tetapi Abdullah sedikitpun tidak merasa canggung dengan tingkah lakunya.

Ada kalanya terfikir juga di hati kecil ini apakah Abdullah Ahmad Badawi masih belum sedar bahawa dirinya bukan orang biasa, bukan Dolah Cangkung yang bekerja memancing ikan, bukan dolah biawak yang sering jual temberang di kedai kopi, bukan dolah rambai yang seringkali “melepas” dalam semak-samun tanah orang kampong.

Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Dolah rongak yang jual laksa sambil mengayuh basikal di Kepala Batas, bukan juga Dolah tempang yang keluar masuk penjara Taiping, bukan pula Dolah juling yang seringkali tertangkap kerana mengintai anak dara orang mandi di kampong seri wangi. Itu semua bukan.... ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima yang bakal menyambut kemerdekaan genap lima puluh tahun negaranya merdeka.

Abdullah Ahmad Badawi kena sedar diri, kalau mahu terus asyik bercinta, masih mahu terus merayapkan tangannya di paha isteri barunya, nak berlabuh di atas tilam empuk biar sampai matahari mencanak terpacak di ubun kepala, mahu membelasah harta rakyat melalaui pelbagai perampokan, dia seharusnya meninggalkan Seri Perdana.

Perangai perdana menteri mesti tahu menjaga sopannya, tepat pada janjinya, tidak membiarkan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya. Pemimpin mesti menepati janjinya, cakap tidak boleh sembarangnya, janji mesti ditepati bukan menabur angan-angan impian yang tidak kesudahan.

Perdana Menteri bukan jawatan main-main. Dolah Badawi kena tahu semua ini, kalau mahu jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah ada disiplin sebagai seorang Perdana Menteri, jika tidak, turun saja dari jawatan tersebut dan jadi rakyat biasa.

Kalau dah jadi rakyat biasa siapapun tak akan ambil peduli kerana ramai juga di Malaysia ini bernama Abdullah,... ada dolah rongak, ada dolah temberang, ada dolah pondan, ada dolah mata kucing, ada dolah tempurung, ada dolah bubur caca, ada dolah laksa, ada dolah cong dan seribu satu gelaran lain.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa pimpinan hari ini terkadang di lihat bagaikan “tunggul kayu” dan rakyat masih terus menyokongnya kerana dia datang dari rumah keramat Umno.

“PM Malaysia kita telah dilantik oleh Tun sendiri. Bukannya perlantikan yang dipaksa oleh sesiapa tetapi perlantikan yang sah dan disokong oleh para menteri, jadi kenapa sekarang Tun sendiri yang menyesal di atas pilihannya sendiri. Sebagai seorang yang berpengetahuan dalam urusan mentadbir negara, Tun dan termasuklah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia perlulah membantu dan menyokong PM untuk mentadbir negara ini. Bukannya kita menuding jari dan menyebarkan fitnah serta tomahan yang tidak berasas dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan ketua negara kita sendiri. ”

Kerana Umno itu hebat menjadi tulang belakang Barisan Nasional maka siapa sahaja yang dipilih mewakili parti itu walaupun tunggul kayu maka rakyat tetap akan menyokongnya. Dr. Mahathir tidak kata semua wakil Umno adalah tunggul kayu, tetapi kalangan pengampu Abdullah Ahmad Badawi terus mencanai propaganda seolah-olah Dr. Mahathir sudah keterlaluan kerana beranggapan semua wakil rakyat dari Umno tunggul kayu.

“Sebagai seorang bekas ketua negara, Tun sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menyokong perjalanan parti. Sekarang Tun sendiri yang merupakkan “Gunting dalam lipatan”. Menggunting di dalam Barisan Nasional dan UMNO - di mana anaknya sendiri merupakan Exco Pemuda. Bila kemahuannya tidak ditunaikan maka mulalah bermasam muka, menuduh dan mereka cerita sana-sini. Memperlekehkan orang lain untuk menagih simpati.

“Tunggul Kayu…!”, untuk maju kehadapan bukan “Tunggul Kayu lama sahaja yang mana telah sampai masanya untuk bersara negara kita perlukan, tetapi negara lebih memerlukan benihnya agar persaraanya itu persaraan yang terindah kerana mampu menyemai benih baru supaya dapat terus maju, bangkit dan terus menyambung perjalanan kejayaan dan kedaulatan negara. Negara tidak melupakan jasanya, negara menghargai setiap kejayaaan yang dicipta olehnya tetapi lama kelamaan tindakannya sendiri inilah yang akan menyebabkan negara sedikit demi sedikit melupakan jasa tersebut.”

Terkadang hairan juga di hati ini melihat beberapa orang penulis yang gagal menterjemah maksud setiap pernyataan pemimpin dan bekas pemimpin. Mungkin kerana mereka juga telah tersampuk oleh perangai dan cara berfikir Abdullah Ahmad Badawi menjadikan setiap buah fikiran orang lain tidak baik, cuma mereka sahaja juara mencanai minda bangsa.. kononnya.

Pesanan Untuk Kamal Amir & Raja Petra yang

“ .. SO CALL PERFECT! ”

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui ( yang demikian)”.

(Surah an-Nur : 19)

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

(Riwayat Muslim)

(67:23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Monday, August 20, 2007

Klip video “Negara ku”: Minta maaf mudah tapi…

Adik tiri Hassan Lempoyang Dipetik daripada : Agendadaily.com

Kisah video-klip lagu kebangsaan, Negaraku yang telah diubahsuai dan menghina lagu itu sendiri, institusi siraja, pihak polis dan orang Melayu agak menarik untuk dijadikan kajian kes bagi kegiatan laman web.

Wee Meng Chee, 24, anak jati, Muar Johor yang kini menuntut atas perbelanjaannya sendiri di Universiti Ming Chuan, Taiwan cukup kreatif dalam penghasilan video-klip berkenaan.

KOMENKU:
Umur dah 24 tahun tapi mengaku naïf. Penipu besar!! Saja nak test market, nak tengok kredibiliti kerajaan la tu…dah terikut-ikut dengan budaya kurang ajar bloggers tertentu yang tahu nak hormat sensitiviti masyarakat majmuk .


Kreativitinya jelas apabila tajuk lagu kebangsaan itu sendiri ditukar menjadi Negarakuku dan selain menggunakan bahasa Malaysia, juga dicampuradukkan dengan bahasa Mandarin dalam rentak rap.

Penggambarannya meliputi objek Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, anggota polis sedang bertugas, kegiatan kebudayaan, aksi wanita bogel dan juga paparan selonggok najis manusia yang diselangselikan dengan watak dan peristiwa tertentu.

Meng Chee dan juga bapanya dilaporkan telah berkata, klip-video berkenaan adalah semata-mata kreativiti muzik dan tidak didorong oleh mana-mana parti politik atau pihak-pihak tertentu yang lain.

KOMENKU:
Kreativiti tak bertempat. Hukum saja dia mengikut undang-undang Malaysia.

Menurut Meng Chee, video itu yang memakan masa lima minit 32 saat, dihasilkan sempena sambutan 50 tahun merdeka dan menggunakan bahasa Mandarin kerana mahu semua masyarakat Cina di seluruh dunia tahu keunikan Malaysia. Klip itu disiarkan melalui laman web Youtube namun apabila orang ramai bangkit menghentam klip itu, ia telah ditarik balik.
Katanya, beliau tidak menyangka penghasilan itu menghiris perasaan masyarakat di Malaysia dan kerana itu beliau memohon maaf. Maka selesailah masalah!

KOMENKU:
Salah buat penilaian la tu!!

Benarkah masalah sudah selesai dengan permohonan maaf atau apa sekalipun sedangkan perasaan masyarakat terguris dan institusi tertentu telah terhina?
Lebih ‘menyanyat’ lagi ialah apabila pihak polis sendiri telah menyatakan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana video-klip itu dihasilkan di luar negara. Namun, siasatan akan dijalankan jika ada pihak yang membuat laporan.

Persoalan inilah yang menarik perhatian kita. Kenapakah Meng Chee atau Namewee (nama gelaran) begitu berani menukar nama Negaraku menjadi Negarakuku? Kenapakah beliau tergamak ‘menghidangkan’ selonggok najis sebagai paparan dalam klip itu sedangkan beliau masih mengaku mempunyai banyak kawan Melayu di kampungnya di Muar.

Kenapa beliau tidak tujukan khas klip itu untuk ibu bapa dan keluarganya sahaja?

KOMENKU:
Sekurang-kurangnya mak bapak dia tahu dia dia belum cukup mendapat pelajaran dan asuhan lagi.

Kes ini sebenarnya kes ‘test market’ setelah melihat kes-kes yang dipelopori Raja Petra melalui laporan-laporan dan komen laporannya dalam Malaysia-Today yang menghina institusi raja, mengusik perasaan kaum dan pelbagai kritikan negatif yang lain.
Pelbagai laporan tanpa sumber dan memesong pemikiran, tuduhan tidak berasas dan fitnah tak terlarang telah disiarkan, tetapi belum kelihatan sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan.

Apabila Meng Chee menyiarkan klip-video yang menyakitkan hati itu, sekali lagi nampaknya beliau akan terlepas begitu sahaja kerana kita belum mempunyai undang-undang khusus untuk kesalahaan penyiaran melalui siber sepertimana yang dikenakan terhadap penerbitan bercetak.

KOMENKU:
ENTAH bila nak dibuat agaknya?

Begitu juga dengan penerbitan melalui internet yang berdaftar di luar negara, nampaknya agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan walaupun sumber dan pengendalinya adalah orang tempatan.
Para penggubal undang-undang harus bingkas membuka jalan penyelesaian. Jika undang-undang sedia ada perlu dipinda, ia harus dilakukan segera dan jika undang-undang baru diperkenalkan, pun harus disegerakan juga.

KOMENKU:
Pedulikan dengan berdaftar di mana, yang penting selagi dia memiliki my kad dan bagi warga asing, mereka tinggal dalam Malaysia. Dakwa mereka. Yang di luar negara pula kita saman mengikut undang-undang mereka. Kejar sampai lubang cacing.

Tentulah kita tidak mahu nanti, sementara wujudnya undang-undang yang boleh menyekat perbuatan-perbuatan khianat ini, lebih banyak ‘damage’ yang berlaku sehingga memungkinkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang lebih kasar, ganas dan juga pertumpahan darah.
Kita juga tidak mungkin lagi sanggup membaca kenyataan seseorang yang akan menonggengkan punggungnya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong seperti yang tersiar dalam Malaysia-Today.

Kita juga takkan terus berdiam diri membiarkan pelbagai pihak membuat tohmahan tidak berasas terhadap sesiapun termasuk pimpinan negara.Kalau ada asas dan lengkap dengan segala bukti dan faktanya – silakan.

Wednesday, August 15, 2007

Hampir satu pertiga pelajar universiti sanggup ambil rasuah

Datuk Ahmad Said Hamdan, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah semalam menyatakan 30.5% pelajar universiti jika diberi peluang, sanggup mengambil rasuah. Ini menurut hasil kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003.

Angka yang diberi sebanyak 30.5% itu adalah jumlah yang agak membimbangkan. Adakah mereka yang tergolong di dalam angka tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading hanya memikirkan imbuhan material sahaja. Jika benar, amatlah malang dan merugikan bagi masa depan negara ini.

Tetapi, sewajarnya hasil kaji selidik itu juga mendedahkan kriteria responden yang terlibat; tahap umur; bangsa; bidang kursus; sekadar beberapa contoh yang kesemua itu mempengaruhi kaji selidik tersebut.

Pada tanggapan masyarakat awam, orang yang berpeluang cerah untuk mengamalkan rasuah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa bagi sesuatu perkara yang memungkinkan orang lain memerlukannya. Maka, tidak timbul mereka itu belajar setinggi langit atau serendah bumi, jika diberi peluang, terjadilah sebagaimana yang terjadi pada sekumpulan anggota penguatkuasa yang meminta wang rasuah bagi melepaskan pesalah yang jika dikenakan hukuman, pasti ke tali gantung.

Mohamad Sabu masih belum insaf?

Pada Ahad lalu, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah terlibat dengan kemalangan jalan raya Ahad lalu.Dikhabarkan bahawa dia telah cedera di lidah sehingga lidahnya terbelah dua dan terpaksa dijahit.

KOMENKU: Serius tu.

Mungkin ini satu peringatan daripada Allah supaya jangan lagi menghina sesama Islam apatah lagi apabila PAS menghalalkan maki-hamun dan carutan semata-mata kerana buku SHIT yang ditulis oleh Shahnon Ahmad. Malahan mereka sanggup menfitnah bahawa Allah pun mencarut. Satu artikel bertajuk "Saya akan terus berceramah, berjuang - Mohamad Sabu" telah diterbitkan di halaman web Harakahdaily bertarikh 14 Ogos 2007. Mohamad Sabu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan di pipi dan lidah. Doktor yang merawatnya telah menasihatkannya supaya tidak berceramah selama dua minggu. Seharusnya, Mohamad Sabu mengambil iktibar dari kemalangan yang dialami olehnya kerana itu mungkin satu petunjuk dari Allah supaya tidak lagi memaki-hamun dan mencarut kepada sesama Islam. Sesuatu mala-petaka yang berlaku ke atas umat Islam ialah tanda Allah sayangkan umatnya dan mahu umatnya insaf atas kesalahan yang dilakukan.

KOMENKU:Bertaubatlah Mat Sabu, cukuplah dengan apa yang telah kamu lakukan sebelum ini. Kita semua akan mati, atas dunia pun engkau tak dapat lari, inikan di akhirat. Aku doakan agar engkau diampuni ALLAH dan segera insaf.

Tetapi sekiranya sesetengah orang yang menerima kecelakaan itu masih angkuh dan belum insaf, mungkin pintu hatinya sudah ditutup. Semua orang Islam itu bersaudara, tidak kira apa bangsanya. Bukan sahaja orang Melayu yang beragama Islam, malahan Islam adalah untuk semua umat manusia. Umat Islam seharusnya bersatu-padu di antara satu sama lain supaya menjadi umat yang kuat. Jangan hanya kerana perbezaan pendapat dalam hal remeh-temeh seperti politik, maka sesuatu pihak yang mengaku lebih Islam dari yang lain mengkafirkan orang lain. Sesetengah yang mengaku lebih Islam dari yang lain, hanyalah layak untuk menjadi jaguh kampung. Tapi layakkah mereka sekiranya mereka di arena kebangsaan atau antarabangsa? Itu persoalan yang harus diteliti dengan jujur.