Tuesday, January 8, 2008

Nik Aziz aku tidak bina masjid

Dipetik dari http://www.agendadaily.net

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.

"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih Sabtu.

Komen:

Macam mana nak diungkapkan hal ini. Berkobar-kobar diluar memperjuangkan hak Islam tetapi di dalam tanah jajahan sendiri satu masjid pun tak mampu nak dibina. Masjid negeri pun tak mampu nak bina macam mana nak bantu rakyat bina infrastruktur lain.

Sumber Uthmaan b. Affan, katanya: Siapa membinakan sebuah masjid kerana Allah(dengan iklas), nescaya Allah akan membinakan untuknya seumpamanya syurga

Di samping itu Nabi SAW bersabda:

Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Sebagai parti yang kononnya memperjuangakan umat Islam, PAS tidak mampu membina masjidnya sendiri untuk kemudahan rakyat tanah jajahannya hingga mengharapkan rakyat sendiri mencari tapak atau tanah sebelum sesuatu masjid itu akan dibina oleh kerajaan. Apa kerajaan Kelantan tak cukup ke tanah nak dibangunkan menjadi masjid. Daif sungguhkah PAS hinggakan tak mampu nak mendirikan masjid. Duit yang banyak dilaburkan rakyat Kelantan kemana perginya hinggakan masjid yang kecil pun tidak mampu dibina. Hinggakan tak ada duit untuk mencari tapak tanah masjid.

Ini baru Kelantan yang merupakan tanah jajahan mereka, bayangkan bagaimana kalau mereka mentadbir Malaysia. Punah semuanya satu infrastruktur rakyat pun pasti tak termampu mereka nak buat.

Lain kali jangan bermimpi kaya nak terbang ke langit kalau di bumi pun daif tak sedar-sedarkan diri!

Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sikap kerajaan PAS Kelantan yang melaungkan slogan Membangun Bersama Islam namun hakikatnya gagal walau untuk membina sebuah masjid di negeri itu.

Satu-satunya masjid yang dibina kerajaan negeri di Rantau Panjang juga masih lagi terbengkalai sejak tiga tahun lepas.

Komen:

Harapkan slogan je “Power” tapi habuk pun tarak! Tapi yang peliknya mereka masih nak bermegah-megah konon merekalah yang hebat walupun jika dikupas kelemahan mereka jelas terpampang kelemahan mereka. Bukan nak kata tutup dengan lalang, tutup dengan daun tahi ayam pun nampak terang!

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebaliknya menyalahkan kerajaan pusat dalam perkara ini kerana tidak menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada kerajaan Kelantan bagi melaksanakan projek pembangunan.

"Sepatutnya kerajaan pusat yang salurkan peruntukan kalau kewangan kerajaan negeri tidak mencukupi bagi melaksanakan sesuatu projek," katanya .

Komen:

Kerajaan pusat ke yang tak cukup bagi peruntukan atau wang peruntukan itu disalurkan ke jalan yang lain. Kenapa negeri lain semua mampu je nak bina masjid. Tak ada apa-apa masalah pun! Cuma kat Kelantan je banyak masalah. Dah terpampang sekarang yang mereka hanya pandai berkata tapi bab nak implement langsung tak boleh harap! Tunggu jer BPR masuk Kelantan nanti baru tersembul keluar berapa banyak najis rasuah yang dah ditelan oleh mereka.

Rakyat jajahan sendiri pun tak boleh nak jaga lebih baik turun takhta bagi kat BN perintah sepenuhnya. Nescaya rakyat aman hidup sentosa.

Monday, January 7, 2008

Pengundi Melayu makan duit, tak makan isu

Dipetik dari http://www.detikdaily.net


Seorang lelaki yang umurnya melewati 60-an begitu mengkagumi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star sewaktu berkunjung buat pertama kalinya ke situ untuk melawat kenalannya yang sakit. Di hadapan pintu wad agak ramai pelawat dari pelbagai latarbelakang sedang berbual kosong menunggu pintu wad dibuka. Lelaki tadi terus rancak memperihalkan kehebatan dan kecanggihan Hospital Sultanah Bahiyah sekalipun segalanya telah tersergam di depan mata.

“Bukan sikit duit yang kerajaan belanja ni untuk bagi kemudahan kepada rakyat,” tiba-tiba terlontar perkataan dari mulutnya yang dapat mengesahkan sikap politiknya. "Itupun kerajaan dok tak betoi situlah (sentiasa tidak betul),” kata-kata itu memantapkan lagi identiti politiknya.

Seorang lelaki yang kelihatan agak muda dan kemas lantas menyahut: “Yang tak betul tu perkara lain pak cik, isu rasuah, salahguna kuasa, kurung orang tapi tak bicara, tindas sekolah agama... (panjang lagi senarai disebutnya). Soal bina hospital siapa memerintah pun dia kena buat, itu tanggungjawab. Duit buat hospital ni duit kita, duit cukai macam-macam yang kerajaan kutip dari kita, bukan duit poket Pak Lah. Dan kebajikan untuk rakyat yang kerajaan buat tak boleh tutup perkara silap lain yang depa buat.”

Komen:

Kepada lelaki muda yang kemas diluar tapi kusut minda politiknya, nasihat saya kalau tak tahu hal perjalanan politik dan mentadbir negara baik duduk diam-diam dan belajar politik dahulu. Nak lagi elok pergi belajar kursus-kursus politik seperti “Sains Politik” di universiti – universiti awam Malaysia supaya faham macam mana perjalanan politik negara sebelum nak sampaikan cerita-cerita merapu dan kolot macam di atas.

Kalau nak senang faham macam mana nak belajar menguruskan negara dan cara nak uruskan dana kerajaan membangunkan frasarana negara pergilah beli cd game “SIM-CITY” yang ada di pasaran sekarang, dan belajarlah macam mana nak agihkan wang untuk pembangunan infrastruktur dalam negara anda sendiri. Kalau main ini pun “Fail” baik hentikanlah nak tunjuk pandai. Ukurlah o-tak anda berapa jengkal mindanya yang boleh berfikir dengan waras.

Apa ingat duit yang kerajaan ada tu semuanya nak dihabiskan buat hospital. Nak majukan negara kena ada kepakaran untuk menilai kepentingan dan keperluan sesuatu kawasan untuk dimajukan, terutamnya dalam kes nak mendirikan hospital. Duit yang ada tak semestinya dilaburkan untuk pembangunan hospital, ada 1000 macam cara untuk rakyat menikmati kemewahan yang diberikan oleh kerajaan dan tidak semestinya untuk pembangunan hospital sepenuhnya.

Cuba lihat macam mana kerajaan PAS di Kelantan dah bertahun mentadbir Kelantan, berapa banyak masjid yang didirikan oleh mereka untuk rakyat setempat di bawah jajahan mereka. Kenapa tak suarakan masalah ini? Ini baru masjib belum kupas lagi berapa banyak hospital yang mereka dirikan kalau betul siapa yang memerintah bertanggungjawab menyediakan hospital untuk rakyat.

Nak buat kenyataan tu pikir le dulu jangan nanti kebodohan dalam diri terpancul balik kat batang hidung sendiri. Tu-le bila orang komplen anda bangang marah! Tapi memang dah bangang pun!

Macam ceramah libasannya. Ramai yang tersenyum sambil mengiyakan kata-kata lelaki itu. Seorang lelaki lain cuba mengalih suasana: “Sudah, sudah, bincang politik sampai bila tak habis.” Kebetulan pintu wad dibuka, kerancakan berbual terhenti di situ.

Sketsa pendek di atas bukanlah plot baru cerita politik di Kedah, mahupun di negara ini. Dailognya sentiasa berulang-ulang sejak sekian lama. Mungkin sejak sebahagian rakyat kenal apa itu demokrasi, sementara sebahagian lagi buta pemahaman terhadap demokrasi.

Melayu dah tak kisah jadi Santa Claus

Dipetik dari http://www.detikdaily.net

Ketika Umat Islam merayakan Aidil Adha ini, dan laungan takbir bergema selama empat hari ini, telah tertegak sebuah pokok Krismas raksasa yang menjulang tingginya separas bumbung Suria KLCC di tengah ibu kota itu. Pucuk pokok itu setia mencakar atap gedung perniagaan.

Abdul Rahman Daud, 24, salah seorang pengunjung di situ sedang asyik meneliti tiket wayang di Tanjong Golden Village (TGV) di tingkat 3 di gedung membeli belah itu. Hari raya ini beliau tidak dapat balik beraya di Pahang memandangkan rumah keluarganya tenggelam separas 8 kaki dihanyutkan deras air sungai yang melimpah dengan cepat sekali.

"Raya di sini saja. Lagi pun, ramai kenalan IPT yang menerima nasib yang sama," katanya dengan wajah yang bersalut kedukaan. Sebenarnya tadi kami terserempak di Kinokuniya, sebuah gedung yang sarat dengan muatan buku-buku antarabangsa, tempatan dan Jepun.

Dari gedung buku itu di tingkat empat, kami pergi ke TGV yang terletak di lantai tiga. Ada dua pasangan remaja Melayu (mungkin Muslim) sedang berpegangan tangan sambil topi Santa Claus terpacak megah di atas kepala mereka.

Topi merah putih seperti warna bendera Sang Saka Merah itu berbulu tebal, mungkin berbaldu dan kelihatan lembik sehingga puting bucu di atas itu terjatuh menutup telinga. Kadangkala ia terjatuh di bahagian belakang kepala.

Dua tiga hari sebelum pulang beraya, dalam perjalanan menuju ke Kelang dengan komuter dari KL Sentral, hal yang sama berlaku. Pada hari itu, saya terlihat dua remaja lelaki dengan sengaja meletakkan topi Santa Claus di atas kepala mereka.

Di mana-mana gedung membeli belah utama di ibu kota ini, di Pavilion misalnya, saya terlihat ada anak Melayu yang menyulam perhiasan di pokok Krismas sebagai perhiasan. Persitiwa yang seperti ini walaupun mungkin tidak melambangkan jatuh aqidah, namun ia menampar hati nurani Muslimin bagi mereka yang masih tebal dengan keislamannya.

Komen:

Nak kata anda seorang pendakwah, takda nampak macam pendakwah. Nak kata seorang yang berpolitik, lagi la tak ada langsung ciri-ciri berpolitik yang nampak cuma nak menghentam orang sahaja. Hentam sana-sini dengan artikel ini semata-mata nak tunjukkan pada pembaca yang anda pandai menghukum orang dari pemerhatian mata anda semata-mata. Kalau dah rasa anda cukup alim kenapa tak berdakwah dengan cara yang betul. Tak perlu nak harapkan orang lain membetulkan keadaan. Dah nampak perkara tak betul depan mata sendirilah tegur dan perbetulkan keadaan. Dah nampak anak-anak muda lakukan kesalahan, tegurlah mereka untuk kebaikan bukannya nak tulis cerita nak cakap semua orang dan kerajaan yang tak ambil kisah dan tak bertanggungjawab. Takkan nak salahkan kerajaan semata-mata lagipun kita hidup bebilang kaum dan menyambut perayaan beramai-ramai, tapi kalau anda adalah dari jenis yang hidup dalam fantasi sendiri dan tak ambil peduli hidup dalam masyarakat majmuk Malaysia jadi nasihatnya pergilah hidup dengan hal dan fatwa anda sendiri.

"Mungkin dalam hal para pekerja Melayu kita boleh beri sedikit kelonggaran dengan berfikir, bahawa mereka sebenarnya terpaksa berbuat begitu kerana mencari rezeki. Mungkin mereka hias pokok Krismas kerana dibayar upah," kata Abdul Rahman, anak kelahiran Bera ini.

Saya dapat bersetuju dengan Abdul Rahman, tapi betapa halnya dengan remaja yang dengan sengaja memakai topi Santa Claus dalam komuter tempoh hari? Adakah mereka ini didesak oleh keadaan, dibayar berbuat begitu ataupun sekadar menerima seadanya segala budaya luar yang bukan milik kita? Jelas, mereka cuma memenuhi waktu libur dan kerana suka fesyen.

Pada 20 Disember lalu, lima hari sebelum perayaan Hari Natal, separuh bangunan White House telah dijilat api. Media melaporkan, kejadian itu berlaku di bilik pejabat Dick Cheney. Mujurlah kebakaran ini berjaya dipadamkan. Tetapi, dalam nahas itu juga White House masih sempat lagi mengirim kira-kira 895,000 kad Hari Natal yang diedarkan seluruh pelusuk dunia.

Syiar Natal berkembang dengan ghairah dan kental, dimantapkan lagi oleh pokok Krismas di KLCC ini. Jika gedung perniagaan ibu negara ini tertegak sebuah pokok raksasa di bahagian tengahnya, White House telah membina 33 pokok raksasa yang lebih kurang ketinggiannya.

"Walhal, gedung ini dibina dengan syarikat GLC, Petronas sebagai nadi tonggak bangunan ini. Sekali imbas, kerajaan yang menguasainya. Kenapa syiar Aidil Adha tidak jelas?” rakan baru saya menyoal. Dan soalan itu, entah siapalah yang mampu menjawabnya?

Persoalan yang dibangkitkan Abdul Rahman itu ada kebenarannya. White House menjemput tetamu seramai 60,000 ke pentadbiran neraka itu sempena perayaan mereka. Sebanyak 20,000 biskut disediakan dan 450 kg udang besar disajikan sebagai hidangan santapan istimewa.

Namun, gema takbir raya atau dan ayat suci sempena sambutan Aidil Adha yang sepatutnya akan dilagukan di mana-mana itu telah ditenggelami kebanjiran syiar agama bukan rasmi di Malaysia. Di mana teguran agensi agama persekutuan sedang Petronas, GLC ada di situ?

Bukankah disunatkan takbir itu diratibkan selama beberapa hari selepas Aidil Adha? Jadi, dalam tempoh itu, sementara menunggu ketibaan Hari Natal, di mana wirid menghilang?

Kita mungkin dapat menerima hakikat bahawa setidak-tidaknya sebuah gedung perniagaan besar milik bukan Melayu dan bukan Muslim tidak akan mengendahkan hal ini kerana meningkatkan syiar Islam dan menerapkan pengaruh kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan bukan sebahagian daripada amanat yang dipikul (walaupun mereka patut bertanggungjawab juga dalam hal ini sebagai warga Malaysia)

Tapi, kalau gedung perniagaan yang ada di dalamnya syarikat GLC; milik kerajaan sendiri tidak berupaya meningkatkan kesedaran itu, bagaimana warga bukan Melayu dan bukan Muslim mahu menghormati agama dan bahasa rasmi di negara ini?

Ketika ini, dunia sedang menonton pertandingan calon Democrat dan Republican dalam merebut jawatan Presiden USA. Antara yang menarik, ialah pertarungan antara wakil gereja Evangelical Huckabee dan wakil gereja Mormon Romney untuk calon Republican.

Perpecahan Kristian lebih menebal berbanding agama lain di dunia. Ini jelas terpancar dalam krisis perebutan jawatan itu. Mormon sering dianggap sebagai suatu aliran 'cult' yang terasing daripada Kristian itu sendiri. Malah, daripada dua aliran itu tercetak ribuan pecahan lagi.

Huckabee (Evangelical) ketika disoal di dalam temu bual bersama Newsweek, enggan mengulas kedudukan Mormon sebagai 'cult'. "Jika saya jawab soalan saudara, ramai pihak akan berkata, Ah! Anda bercakap seolah-olah anda seorang yang arif di bidang agama.

"Oh, anda sedang menggambarkan diri anda sebagai hakim yang memutuskan kebenaran antara agama-agama," demikian kata Huckabee. Agama di Barat ini sebenarnya semakin merosot kalau dibandingkan dengan Islam yang semakin berkembang di Barat di mana gereja-gerejanya telah dibeli oleh saudagar Muslim untuk dijadikan masjid.

Demi menyelamatkan maruah agama, suatu akta warisan digubal bagi mengelakkan gereja yang usang dibeli oleh Muslim untuk dijadikan binaan lain. Di sini jelas kelihatan peranan politik bagi menyelamatkan agama yang pernah gemilang di Barat itu. Gejala keusangan gereja berleluasa di Britain. Anak muda termasuk masyarakat telah kurang menghayati agama.

Dalam konteks Amerika, White House dilihat sebagai kuasa penentu yang menyambung warisan syiar perayaan itu, bersanad dari zaman-berzaman walaupun hukum perundangan agama tidaklah tertegak sebagai landasan negara sekular tersebut.

Wacana kristologi di negara kita masih lagi di tahap rendah berbanding Indonesia. Kalau ada pun nescaya ia terzahir secara perbincangan tertutup dan tidak meluaskan di mana perdebatan hanya terhad kepada mereka yang ahli-ahli sahaja.

"Apalah bezanya umat Islam dan Kristian saat ini. Kedua-duanya mengalami peristiwa bencana alam yang lebih kurang sama. Mereka dan kita atau berdepan banjir, gempa bumi dan ribut ketika dua musim perayaan agama besar ini menjelang tiba.

"Namun, dalam apa jua keadaan syiar agama mereka bagaikan banjir di mana limpahannya tetap meluncur di mana-mana negara walaupun hukum-hakam agama itu diketepikan," kata rakan saya tadi. Dia seorang anak muda biasa dan kami tiada latarbelakang agama yang tinggi.

Kata-kata itu meresap masuk, menerobos ke ruang fikir sehingga menjadi bahan fikiran saya kini. Hukum agama sebagai inti perundangan negara dan syiar agama, sejauhmana golongan pemerintah terfikirkan hal seumpama ini?

Ada dua sendi agama yang dilupakan. Hukum-hakam dan syiar agama. Selain hukum-hakam dan perundangan, syiar juga harus ditegakkan. Kelebihan di Barat – walaupun hukum-hakam sekular, tapi syiar agama tetap wujud. Di negara kita, selain perundangan Islam tidak tertegak, syiar makin malap di luar masjid seperti tempat tumpuan umum sebagai pasaraya itu.

Syiar menyebabkan manusia akan terdorong dan didorong hatinya untuk mengamalkan agama. Apabila manusia mula mengamalkan syariat agama dalam jiwanya, raganya akan aktif bertindak untuk menuntut pelaksanaan hukum-hakam yang selaras dengan maksud yang dicita-citakan oleh al-Quran itu sendiri akhirnya.

Inilah satu kelebihan White House dari aspek tertentu, iaitu lembaga itu memperuntukkan sebanyak-banyaknya dana demi mempertahan syiar Kristian. Fakta yang dipersembahkan di dalam sebuah majalah antarabangsa menyebabkan hati saya dipagut rasa kagum.

White House menyiapkan 10,000 hasil kraftangan, 263 meter kalungan bunga hiasan, 700 kek penganan beraneka rupa warna, 270 kilogram asparagus, 347 perhiasan pokok Krismas, 1,200 liter eggnog, 232 susunan bungaan dan daunan yang dipilih atau dianyam menjadi lingkaran bunga, 73 sukarelawan dan lain-lain lagi.

Aduhai, pemimpin kita cuma meningkatkan syiar sekadar rumah terbuka dan tidak cukup waktu untuk memanjangkan gelombang dan getaran syiar itu ke mana-mana. Yang ada, tv menyiarkan takbir bersama PM, artis dan tentera. Mujur ada. Syukur... tapi takat itu sajakah?

Mungkinkah kehebatan syiar agama ini menyebabkan anak-anak Melayu dalam komuter dan pasangan sejoli di KLCC tadi telah didorong untuk menjadikannya sebagai fesyen ikut-ikutan? Hal ini pun harus menjadi perhatian, renungan dan menungan kita bersama juga.

Dalam suatu artikel yang sudah lama saya baca, seingat-ingat saya sama ada Muhammad Rashid Redha atau Syeikh Muhammad Abduh pernah ditegur seorang paderi mengenai Islam ini. Dan teguran inilah menjadi bahan fikiran dan penulisan tokoh pemikir Islam ulung itu.

Paderi itu berkata, “Seandainya saya Muslim, pasti saya akan berdakwah dengan lebih hebat lagi mengenai Islam. Tetapi, saya dapati banyak ajaran Islam yang tidak disampaikan oleh pendakwah walhal agama kami mempunyai ajaran yang amat sedikit untuk dikembangkan.”

Di manakah silap kita? Dan bukankah setiap Muslim itu pada hakikatnya adalah pendakwah?


Komen:

Ha sedarpun diri. Dah nampak onar depan mata bawak-bawaklah sesame tegur menegur memperbetulkan kesalahan tersebut. Tak payahlah nak harapkan orang lain nak perbetulkan kesalahan tersebut sebabnya kesalahan yang anda nampak itu terjadi depan mata kepala sendiri. Sekurang-kurangnya dapatlah pahala sikit. Takkan ini pun nak kena ajar!

Friday, January 4, 2008

Komen - Kenapa Ketua UMNO Labis Pertahankan Chua Soi Lek

Dipetik dari http://www.detikdaily.net

Akhirnya teka-teki yang mengaitkan video seks di Johor dengan seorang ahli MCA yang juga menteri dalam kabinet Abdullah Badawi diakukan.

Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia tidak seperti menteri-menteri dalam UMNO dan MIC . Ia akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka bahawa beliaulah orangnya yang berpasangan dengan "kawan'nya.

Semua manusia melakukan kesilapan. Itulah sebabnya isteri dan anak-anak telah memaafkan Chua dan masih menerimanya sebagai ketua keluarga.

Biarlah Chua sebagai seorang yang bukan Islam mempertahankan tindakannya itu. Biarlah dia berusaha membebaskan dirinya mungkin dengan keampunan agamanya. Itu adalah haknya.

Walau apapun, beliau tidak dapat lari dari tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin di negara timur.

Namun apa yang menghairankan kita adalah gelagat beberapa pemimpin UMNO termasuk Ketua UMNO Bahagian Chua sendiri yang begitu bersemangat mempertahankan Chua.

Komen:

Sokongan yang diberikan oleh beberapa pemimpin UMNO termasuklah Ketua Bahagian adalah menjurus kepada sokongan moral kepada Chua Soi Lek disebabkan dirinya telah diperangkap oleh rancangan jenayah yang bertindak menjatuhkannya.

Lihat sahaja pada parti pembangkang Nik Aziz yang pernah mengeluarkan kenyataan berbaur menghina Islam yang menyatakan bahawa Allah Samseng. Sungguh pun PAS sering mempergunakan Islam untuk kepentingan politik mereka dan sering juga menyalahtafsirkan Islam, ungkapan karut tersebut berlaku ialah kerana kedaifan dan kenaifan mengenai Islam terutama dalam hal-hal yang membabitkan ilmu yang tinggi. Berapa ramai yang bertindak menyokongnya tidak kira yang celik ilmu agamanya atau tidak walaupun terang-terang ungkapan yang dinyatakan beliau ditafsirkan menghina Islam.

Kalau Nik Aziz hadiri perasmian kuil Buddha yang mempunyai patung terbesar di Malaysia. Adakah bermakna beliau menyembah Buddha? Cubalah fikirkan tentang ini. Jangan nak terus menuding jari atas setiap tindakkan yang dilakukan oleh seseorang itu. Kaji dahulu sebelum membuat tuduhan kerana perkara yang sama mungkin akan terjadi pada diri sendiri.

Kalau Mat Sabu boleh bertindak berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Perdana. Takkan kita dah lupa kisah dia dulu. Walaupun kes tersebut dia terlepas tetapi fakta kes jelas dia berada di dalam bilik bersama perempuan si Normah itu.

Penahanan yang berkeadaan dua orang insan yang bukan mahram di dalam sebuah bilik hotel tanpa memakai tudung tidak ada kesangsiannya lagi. Bermakna perkara tersebut memang berlaku.. Berceramah atas pentas bukan main baca ayat Al Quran, konon berjihad dan berapi-api tetapi khalwat dengan bini orang. Teruknya Islam ala Mat Sabu tu pun ramai yang sokong dia walaupun dah terang-terang bersalah di sisi Islam.

Berfikirlah secara rasional. Janganlah akibat terlalu pelahap hendak berpolitik kalau tak tahu berfikir. Kalau nak berdakwah dakwahlah secara Islam yang tiada paksaan dalam berdakwah, berlembut dan berhemah.

Apa salah mengaku silap seperti Cua Soi Lek? Itulah sahaja beza antara ilmuan sebenar dengan ahli politik. Seorang ilmuan tidak akan segan silu mengaku salah bila ia salah manakala seorang ahli politik mempunyai banyak pertimbangan terutamnya pertimbangan politik diri dan partinya.

Apakah nilai yang diambilkira oleh kepimpinan UMNO bahagian berkenaan ?

Budaya mengatasi hukum atau hukum mengatasi adat ?

Pada saya, sudah tentu sikap dan tindakan Chua itu akan dipuji. Bukan sahaja ia mengaku perbuatannya yang dikira melanggar tatasusila kebudayaan timur, malah ia memohon maaf kepada keluarga dan berjuta rakyat Malaysia.


Thursday, January 3, 2008

ADUN PAS yang riak!

Dipetik dari http://penpasksgb.blogspot.com/

Tanpa pengiring dan tanpa publisiti dua orang ADUN PAS mengharung banjir di kawasan Pendang, Kedah untuk memberi bantuan kepada rakyat. ADUN UMNO/BN sanggup buat begitu ?....

Komen:

Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara termasuklah seperti 2 orang ADUN PAS di atas.

Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal seperti 2 orang ADUN PAS di atas.

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal. Untuk kita teliti, ambil contoh seperti 2 orang ADUN PAS di atas.

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

– Contoh terdekat adalah seperti 2 orang ADUN PAS di atas.

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

- Contoh terdekat adalah seperti 2 orang ADUN PAS di atas.

Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik dan riak seperti 2 orang ADUN PAS di atas..

Kepercayaan kepada menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia, membantu manusia lain dengan mengharapkan balasan atau mencanangkannya kepada orang lain di atas kebaikan atau pertolongan yang diberikan dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik dan riak seperti 2 orang ADUN PAS di atas..

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini seperti 2 orang ADUN PAS di atas..

Pendek cerita kalau nak membantu biarlah secara ikhlas. Kononnya tidak mencari publisiti atau riak tetapi bila keluar post dalam blog macam ni samalah juga dengan riak. Kalau tak nak publisiti tak payah la nak cerita langsung. Apa ADUN PAS ingat mereka sahaja yang banyak membantu ke. Banyak lagi bantuan yang diberikan oleh pihak lain seperti NGO dan semestinya UMNO dan kerajaan yang OFF-TOPIC atau NOT ON- AIR daripada masyarakat. Baru tolong sikit dah riak, tu belum tolong masyarakat dunia lain mahunya satu dunia dia nak canang!

Thursday, December 27, 2007

'Survival' PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir

Dipetik dari http://pasreform.blogspot.com/

Komen:

Tika saya membaca artikel yang di-pos di laman blog http://pasreform.blogspot.com/, saya kurang pasti samada penulis adalah seorang pro-UMNO atau sebaliknya, tetapi dalam coretan artikelnya telah menceritakan dengan jelas corak pemikiran dan pengurusan PAS yang sering berangapan yang mereka mampu untuk mentadbir Malaysia, lebih baik dari kerajaan sekarang. Ini membuatkan saya terpikir akan benarnya idea yang disampaikan oleh penulis.

Daripada apa yang disampaikan penulis, jelas menunjukkan yang PAS mempunyai minda pentadbiran negara yang jauh kolotnya dari Kerajaan dan Parti UMNO. Kenapa saya berkata demikian? Pertama: PAS lebih sinonim sebagai parti yang mengambil kesempatan membangkang apa-apa tindakkan yang dilakukan kerajaan yang bertentang dengan fahaman mereka. Kedua: PAS dilihat cuba untuk memartabatkan ajaran Islam di dalam perjalanan parti mereka, tetapi disebabkan sikap keangkuhan dan busuk hati yang keterlaluan menyebabkan cara mereka ini telah membuatkan rakyat bertelagah dan corak Islam yang cuba disampaikan dilihat lebih kepada memburukan imej mereka sendiri.

PAS dilihat cuba mengajar dan mencorak rakyat agar menyokong mereka kerana hanya mereka yang terbaik, sebaliknya corak perjalanan mereka sendiri penuh kekalutan dan kelemahan bak “Ketam mengajar anak berjalan lurus, sebaliknya diri sendiri jalannya serong.”

Berikut adalah coretan yang ditulis penulis berkaitan isu ini:

Ini adalah suatu pandangan, idea, kritikan dan suatu percambahan pemikiran 'dari satu sisi' yang lain tentang PAS secara khusus. Secara jujur, akan ada pihak yang tidak bersetuju, tidak berminat malah lebih daripada itu menganggap apa yang dibaca nanti hanyalah 'sampah-sarap' yang perlu dibuang jauh-jauh kerana menganggap ia tidak benar dan tanpa fakta yang kukuh.

Namun, apalah salahnya kalau selama ini, entah mengapa kita hanya mendengar perkara yang ‘muluk-muluk' sahaja tentang PAS tanpa menyedari (ataupun mungkin terlupa dan leka sejenak) apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kerangka pertubuhannya sendiri sehingga kelihatannya apabila sesuatu parti itu menggunakan nama Islam, maka apa yang dilakukan secara automatic akan menjadi betul, perlu disokong secara mutlak dan tidaklah perlu ditegur secara serius kerana sudah mempunyai dasar-dasar yang berlandaskan al-Quran dan As-sunnah.

Walaupun PAS sudah lebih dua dekad menjadi pembangkang utama kepada Umno secara khusus dan BN amnya, ia wajarlah menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak merasa yakin untuk memberikan peluang kepada PAS (dan pembangkang lain secara amnya) untuk menguruskan negara ini mengikut acuannya yang tersendiri - walaupun ketika pilihan raya PAS mampu membentang manifesto yang kadang-kadangnya kelihatan 1000 kali lebih baik daripada manifesto yang dikeluarkan oleh Umno dan BN. Mengapa?

Apakah sebabnya? Dan apakah jalan penyelesaiannya? Ikutilah sebahagian daripada analisis yang sempat direkodkan.

Pertama, imej boleh memerintah. PAS kena menerima hakikat bahawa imej ini langsung tidak ada padanya. Tengok sahaja 'Kabinet bayangan' yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Seingat saya, ketika itu hampir seluruh pimpinan PAS mendapat 'demam Kabinet bayangan'. Sekarang apa sudah jadi? Sistem Kabinet bayangan ini adalah amat penting bagi menempatkan seseorang yang betul-betul pakar terhadap sesuatu bidang di dalam sesuatu kementerian yang diwakili malah kalau boleh dilihat 'boleh' menandingi menteri yang ada sekarang (kecualilah PAS ketandusan pemimpin bertaraf pakar untuk diketengahkan).

Maksudnya apabila timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan perumahan contohnya maka 'menteri' inilah yang sewajarnya 'bercakap' dan bertindak dengan efektif tanpa dikacau oleh orang lain yang 'tidak tahu menahu tentang perkara terbabit'. Sebarang tindakan pula, sewajarlah di 'follow up' sambil dibantu oleh 'timbalan menteri' atau sekurang-kurangnya 'KSU kementerian' serta ahli jawatankuasa yang lain, sehingga isu yang diperjuangkan itu mendapat perhatian pihak berwajib.

Namun apa yang berlaku sekarang cukuplah malang kerana apabila sahaja meletup sesuatu isu, semua orang ingin bercakap dan menjadi hero. Tidak kiralah sama ada daripada pemimpin peringkat bawahan hinggalah kepada peringkat atasan. Hasilnya bukan sahaja nampak tidak profesional, tidak sistematik, tidak ada 'follow-up' secara spesifik dan akhirnya isu itu dibiarkan begitu sahaja kerana tidak ada seorang pun yang dianggap 'pakar' untuk bertanggungjawab dan 'penyelesai masalah' terhadap isu terbabit.

Komen:

Kabinet yang ditubuh PAS dipenuhi tokoh-tokoh yang kurang pengalaman dan ilmu dalam menjalankan tugas. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmu yang cukup teguh untuk mengurus sebarang permasalahan yang timbul. Seringkali mereka tewas berikutan ke-alpaan mereka menguruskan harta intelektual minda mereka sendiri. Lihat sendiri bagaimana panglima angkatan mereka menguruskan anak-anak buahnya yang sedikit pun mencerminkan keperibadian seorang pemimipin. Cuma yang ada corak mengambil kesempatan menjahanamkan orang lain. Tak kurang juga kelemahan mereka sendiri menternak minda ahli mereka supaya bersatu dan bergabung untuk menyelesaikan masalah. Bagi mereka ahli kabinet yang dipilih adalah yang terbaik walaupun mempunyai latar belakang yang kurang ataupun tidak mencapai tahap pendidikan ilmu yang memuaskan. Ini yang menjadikan kabinet bayangan mereka rapuh dan dengan itu mudah digoyangkan oleh anasir-anasir dalaman mereka sendiri yang mempunyai agenda untuk membolot peluang yang mengutungkan di depan mata.

Tidak minat politik

Kedua, kita kena menerima hakikat bahawa, bukan semua orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang berminat dengan politik. Mereka tidak berminat tentang jutaan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno asalkan golongan ini tidak menyusahkan mereka. Apa mereka peduli dengan penyelewengan tersebut asalkan mereka dapat mencari rezeki dengan baik dan selesa? Bukankah latar belakang orang Melayu sendiri yang tidak suka untuk memberontak ataupun berkonfrantasi untuk mendapatkan sesuatu?

Kadang-kadang, mereka memang tahu pun Umno dilanda masalah rasuah, politik wang, adu-domba, kronisme dan sebagainya. Namun adalah 'lebih baik' memilih Umno kerana walaupun Umno teruk sekalipun, sekurang-kurangnya mereka ada duit untuk membuat pembangunan dan sebagainya. Inilah realiti sekarang.

Komen:

Dalam PAS sendiri kebanyakan ahli tidak memahami politik PAS itu sendiri. Apa yang dihidangkan di depan mata mereka hanyalah untuk tidak bersetuju dengan setiap tindakan kerajaan. Mereka dihidangkan dengan ceramah-ceramah yang mencemuh dan tidak mendatangkan sebarang ilmu pendidikan yang mampu mengasah ahlinya berfikir untuk memajukan diri, bangsa dan negara. Lihat sahaja di dalam web harakah-daily di mana kebanyakkan isu yang dibangkitkan dan dihidangkan untuk tatapan ahli yang seangkatan lebih menjurus kepada isu-isu menjatuhkan kerajaan, memek-memek mencemuh, memperkecilkan tindakan kerajaan dan sebagainya. Hingga ke perkara yang remeh turut diperbesarkan bertujuan untuk membuatkan rakyat terpesong minda fikiranya terhadap kerajaan.


Ketiga, mulai dari hari ini, PAS wajar hidup dengan menganggap bahawa hampir semua rakyat Malaysia sudah menolaknya dan berfikir bagaimana nak 'survive' di dalam yang sedemikian rupa. Kita juga tidak wajar berasa malu untuk mengakui kesilapan diri dan kepimpinan. Kalau semasa Umno ditolak dahulu, pada tempoh tahun 1998-2000, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa segan silu memberikan ucapan yang lebih kurang berbunyi begini; "Kita kena terima hakikat bahawa kita perlu hidup di dalam keadaan yang rakyat tidak lagi menyokong kita..."

Namun kebanyakan pimpinan PAS masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dalam pilihan raya yang lepas. Apabila kita tidak mengakui kesilapan kita, sebenarnya kita tidak pernah mengangggap 'kesilapan' itu sebagai suatu kesilapan. Maka, tidak mustahil kesilapan yang sama akan berulang. Mengakui kesilapan adalah amat perlu supaya kita boleh berubah untuk mencari kaedah yang lebih baik dan berkesan.

Oleh itu pimpinan PAS jangan merasa terlalu 'syok sendiri' dengan sentiasa merasa kita masih mendapat sokongan ramai kerana ini hanyalah akan merugikan diri dan parti. Tidak salah sekiranya kita berundur setapak untuk melompat lebih jauh.


Kadang-kadang, antara kesilapan sikap pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri yang kelihatan terlalu memperlekeh orang lain yang 'lebih besar' kuasanya. Kita perlu menerima hakikat bahawa PAS adalah parti kecil dan masih tidak bersifat nasional (sebagaimana yang ditekankan oleh Pemuda di dalam muktamar baru-baru in), justeru apabila ada sebilangan pimpinan dan ahli PAS yang mempersenda kewujudan sayap baru Umno iaitu Puteri suatu ketika dahulu dan ternyata pula sayap itu cukup berjaya memainkan peranannya dengan cukup berkesan, maka kita sendiri yang melopong dan cuba pula untuk menggunakan kaedah yang sama! Ini adalah suatu kesilapan yang sama sekali tidak patut diulangi.

Keempat, PAS wajarlah melihat reliti dan keutamaan. Memang difahami bahawa tujuan utama PAS adalah mewujudkan sebuah negara Islam yang hukum-hakamnya adalah menurut undang-undang Allah. Kalau ditanya kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS, memanglah jawapannya akan menjadi stereotaip begitu, tetapi sekiranya kita bertanya kepada orang lain yang bukan ahli PAS pula bagaimana?

Adakah mereka memahami apakah itu sebuah negara Islam? Dan mahukah mereka sebuah negara Islam sebagaimana yang difahami oleh PAS - dalam keadaan mereka cukup selesa dengan 'bentuk' negara yang mereka ada pada hari ini? Cuma, apa yang mereka tidak puas hati hanyalah pimpinan negara yang kelihatannya tidak prihatin atau tidak mengambil berat hak-hak mereka dan bukannya 'bentuk negara' itu sendiri.

Baiklah. Untuk memudahkan perbincangan kita, kita boleh membuat sifir yang mudah. Daripada lebih kurang 23 juta rakyat Malaysia, berapa orangkah yang agamanya adalah Islam? Katalah 15 juta. Daripada jumlah ini, berapa kerat yang tahu tentang Islam? Katalah 14 juta. Daripada jumlah ini pula, berapa kerat pula yang tahu mengucap kalimah syahdah? Katalah 13 juta.

Berapa pula jumlah yang tak solat? Setelah ditolak daripada jumlah ini, berapa pula yang minat politik - yang kebetulannya pula adalah politik Islam?. Katalah 12 juta. Tolak dengan ahli PAS menjadi 10 juta. Tolak dengan orang Islam yang ahli Umno, menjadi 5 juta. Adakah 5 juta ini secara keseluruhannya akan mengundi? Belum tentu lagi mereka akan mengundi. Dan yang mengundi belum tentu lagi siapakah yang akan diundi. Daripada jumlah 5 juta tersebut juga, mungkin 3 juta daripadanya langsung tidak memahami apakah itu negara Islam, pengisiannya, bagaimanakah ianya berfungsi, apakah objektif dan matlamat penubuhannya.

Ini sebagai contoh secara kasar sahaja, namun ia adalah logik untuk difikirkan. Oleh itu saya berpendapat PAS tidaklah wajar terlalu menumpukan sangat kepada isu negara Islam semata-mata di dalam keadaan pihak musuh (yang terdiri daripada orang Islam sendiri dan ejen luar) yang sentiasa sahaja memutar belit fakta dan menyebabkan bukan setakat orang bukan Islam malah orang Islam sendiri semakin tak faham dan keliru.

Polis mengganas: Pintu rumah dipecah, blogger ditahan

Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net

Selepas siri penangkapan ke atas peserta-peserta demonstrasi, terkini pihak polis dilihat cuba meluaskannya pula terhadap bloggers.

Terbaru, seorang blogger yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya semalam sekitar jam 10 pagi.

Komen:

Kalau takde sebab tak akan polis nak serbu. Penulis blog yang menjadi batu api pembangkang nih dan yang selalu memutar-belitkan fakta kurang arif tentang undang-undang kerajaan agaknya. Menulis artikel ikut suka hati hinggakan tak ambil pusing samada artikel ini menyentuh isu perkauman, perundangan dan sebagainya. Jadi bila dah kena cekup baru ler nak sedar. Bila dah cekup nak salahkan pihak berkuasa. Diri sendiri yang salah nak menuding kat pihak berkuasa.

Dalam posting yang disampaikan melalui blog peribadinya, beliau mengisahkan secara terperinci bagaimana rumahnya dipecah masuk oleh pihak polis seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah besar yang menjadi buruan di seluruh negara.

Komen:

Kalau perangai menulis pun menentang kerajaan dan undang-undang negara bukan ke sama je 2 X 5 dengan penjenayah. Tak kisahlah jenayah macam mana pun yang penting lain kali beringat sebelum kena bukannya dah kena mula nak menulis konon dia tak bersalah pulak macam sekarang. Dasar manusia bak “ Melepaskan ANJING tersepit”

Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah merampas tiga telefon bimbit, sebuah laptop, dompet dan kad pengenalannya.

Walaupun dibebaskan kemudiannya, namun Cucu Mat Kilau mendakwa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu sebagai usaha untuk menakut-nakutkannya selain mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk menahannya.

Beliau dalam kenyataan postingnya, menjelaskan akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat di samping membuat kenyataan media berhubung kejadian yang berlaku.

Komen:

Eh! Kenapa nak buat laporan masa dalam tahanan kan senang! Tak payah nak buat dua kali kerja. Penjenayah nak mintak ehsan polis untuk buktikan dia tak bersalah..bukan ke bodoh piang maknanya tu. Tak cerdik juga bloggers pembangkang ni ye!