Monday, January 18, 2010
Justice For Saiful Bukhari
Nampaknya Anwar Ibrahim sekarang makin kelam kelibut apabila kesnya semakin hari semakin hampir. Dia tahu apabila masuk mahkamah, semuanya akan didedahkan, semuanya akan terlondeh. Hinggakan Bekas MB Perak yang hingga kini masih perasan jadi MB turut nyatakan sokongan secara peribadi kepada Saiful Bukhari dalam menghadapi kes liwatnya ini menerusi Fanpage "JUSTICE 4 SAIFUL BUKHARI".
Sebab itu sekarang dikerahnya junta-juntanya buat ‘roadshow’ di merata ceruk tempat tetapi dilaporkan kehadiran tak sampai seratus orang.(Klik di sini)
Semuanya kerana orang sudah jelek dengan perangainya yang sebelum ini sentiasa berdolak-dalik dan terkenal dengan tangguh-menangguh sahaja.
Masih berharap Anwar akan berkata:
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Anwar Ibrahim tidak pernah melakukan aktiviti meliwat. Jika saya berdusta, laknat Allah akan ditimpakan ke atas saya, jika saya saya benar, laknat Allah akan ditimpakan ke atas tertuduh.”
Subscribe to:
Posts (Atom)