Thursday, March 29, 2007

Marah Zahrin? Jangan marah…..

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka.
KomenKu:
Ya… la ilmu ni macam-macam ilmu….ilmu cari duit…ilmu ugut orang….yang tu memang Presiden UMNO gagal. Kalau Zahrin kenal siapa kami orait la…cekap! Bak kata Saifuddin, “Di situ bumi dipijak di situ langit dijunjung” Lainlah blogger macam engkorang banyak duit, tak payah dibayar gaji, semangat nasionalis berkobar-kobar….hentam sana sini, anak bini tak makan pun takpa. Susah nak cari orang macam engkorang.

Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.
KomenKu:
Kami tak payah nak tunjuk hebat biar orang kenal kami, Kami bukan mahu glamer! Atau ada peluang peras ugut orang agar digeruni. Kami hanya hamba Allah yang mahu mematahkan cakap-cakap fitnah yang memburukkan sesama insan. Tulisan kamu tu Zahrin bukannya 100% betul tapi gaya kamu macam bagus sangat. Gelarlah apa saja , kerana kami tahu akhlak orang yang mengelar kami.

Rasulullah pernah bersabda:
“Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.” – Riwayat Muslim
“Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri: apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu tidak patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut”.- Riwayat Abu Daud
“Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk”. – Riwayat at-Tirmidzi.
Surah Al- Ahzab: 70-71
“Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu”.

**
Terima kasih kerana mempromosi lahabau.blogspot.com dan warong-kopi.blogspot.com.

Wednesday, March 28, 2007

Mana lebih penting, Rawang-Ipoh atau Kuala Lumpur-Singapura?

Dipetik daripada Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 27 Mac – Antara projek landasan kereta api berkembar dari Rawang di Selangor ke Ipoh, Perak atau projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, mana yang lebih penting?

Itu yang dipersoalkan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mengambil contoh kedua projek itu ketika membahaskan mengenai keutamaan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan.

‘‘Saya tak faham kalau laluan dari Kuala Lumpur-Singapura itu dianggap terpenting sehingga sanggup menimbangkan cadangan untuk membina kereta api laju, kenapa pula program landasan berkembar dimulakan di utara. Saya tak nampak di mana logiknya,’’ soalnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Turut dipersoalkan Shahrir ialah mengenai kewajaran penglibatan Singapura dalam projek kereta api laju itu yang sepatutnya dipertimbangkan kerajaan.

“Kalau projek itu mahu diteruskan, maka perlu dibina jambatan, sebab takkanlah kereta api ini terlalu pantas hingga tak perlu jambatan untuk seberang Selat Johor.

“Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di republik itu,’’ katanya yang berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga dalam memikirkan program pembangunan jangan sehingga menjadi bahan jenaka.
Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.

Perbahasan Shahrir kemudian dicelah Datuk Mohamad Said Yusof (BN-Jasin) yang bertanya mengenai untung ruginya pelaksanaan projek berkenaan dan kesan yang akan dihadapi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berikutan pelaksanaan projek kereta api laju itu.
Shahrir bagaimanapun menegaskan bukan isu untung rugi yang dipersoalkan sebaliknya kerajaan perlu memikirkan mengenai kepentingan dan logiknya projek kereta api laju itu dilaksanakan.
– Bernama

Jawapan Kepada Sang Kelembai

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka. Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.
petikan http://sangkelembai2006.blogspot.com/

Dalam masyarakat demokratik, kita mahukan setiap suara didengar oleh semua lapisan masyarakat. Malangnya, dalam blog saudara, telah beberapa kali saya cuba menjawab tetapi ketidakbijaksanaan saudara yang tidak mahu keburukan saudara diketengahkan, maka tulisan saya saudara tidak siarkan.
Apa yang saudara perlu faham, perjuangan UMNO bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Benar kata saudara, ahli-ahli UMNO memang berilmu, yang tak berilmu adalah orang yang hilang akal dan sanggup menjadi pengkhianat bangsa serta menafikan kebenaran yang ada.
Saudara juga perlu maklum bahawa doa saudara untuk mengangkat blog ini akan tercapai tetapi bukanlah sebagai pelacur murahan seperi yang saudara katakan sebaliknya blog ini akan lahir sebagai penyelamat bangsa, pejuang negara, pendukung agama dan yang lebih penting membawa kembali landasan orang-orang Melayu yang telah tergelincir.

Friday, March 23, 2007

Tiada pengundi hantu, tapi pengundi penipu - Mafrel

Dipetik dari malaysia-today.net

Memang betul tiada "pengundi hantu" di negara ini seperti dinyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi boleh wujud "pengundi penipu" (fraudulent voters), kata pengerusi badan pemantau pilihan raya Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Abd Malek Hussin.
KomenKu:
Kan dah ngaku takde “pengundi hantu”, pengundi menipu tu memang dah lama ada dan PAS dah lalukuan perkara ni dengan giatnya di Kelantan. Sekarang ni PAS sedang memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang tertentu bagi memastikan kemenangan dan sanggup kehilangan undi di kawasan yang mereka menang majoriti yang sedikit.
Tengok sekarang terbukti

Wednesday, March 21, 2007

Demi Pak Lah, Umno rakus perkudakan program kerajaan

Jawapan kepada Mohd Sabri Said, yang mendalangi bangsa melalui Harakah
KEPALA BATAS, 19 Mac (Hrkh) - Umno terus rakus memperkudakan program kerajaan untuk kepentingan parti sepertimana yang berlaku pada 'Perkampungan Hadhari' yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan berakhir semalam.
KomenKu:
Apa pulak perkuda? Presiden UMNO tu Perdana Menteri Malaysia.


Bila ke sana orang ramai tidak putus-putus dihebahkan menerusi corong pembesar suara untuk bersama mendaftar sebagai ahli, Putera atau Puteri Umno.
KomenKu:
Dengki? Lain kali sewa le gerai, sama-sama buat promosi parti.


Puteri Umno yang ditugaskan mendaftar pemilih baru menerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga merupakan kesalahan kerana mencuri peluang yang ada di depan mata dalam projek kerajaan yang bukannya anjuran parti.
KomenKu:
Dulu kakitangan SPR yang bersimpati dengan PAS tukar kedudukan kawasan mengundi , apasal engkorang tak bising? Sebab menguntungkan engkorang?


Khemah penempatan ketiga-tiga Pusat Khidmat iaitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal selain Parlimen Kepala Batas sendiri menggambarkan 'Perkampungan Hadhari' bermatlamatkan politik untuk memantapkan kedudukan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping memperkasakan tiga Adun di bawahnya.
Apa yang dikesalkan adalah jika pihak Umno melaksanakan program tanpa melibatkan wang rakyat tentu sesiapapun tidak mempertikaikan.
KomenKu:
Apa pulak program UMNO? Itu program kementerian tapi UMNO support dengan menyewa gerai. Engkorang apasal tak take part? Lepas tu cakap belakang-belakang.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Kepala Batas, Haji Jamil Abdul Rahman ketika diminta mengulas tindakan Umno itu menjelaskan, parti itu memang degil kerana bukan sekali dua mereka mengambil kesempatan berbuat demikian.
KomenKu:
Sendiri lembab , lepas tu nak marah orang.


Program sedemikian katanya, biarlah agensi atau badan kerajaan sahaja mempamerkan segala aktiviti mereka untuk tatapan pengunjung kerana inilah masa yang paling sesuai mereka mendekati rakyat yang mahu menerokai peluang yang ada untuk menambah ekonomi berasaskan produk kampung, pertanian atau syarikat.
"Umno memang macam tu di mana program kerajaan di situlah mereka bertapak. Mereka patut sedar jika mereka terus bertindak sedemikian PAS dan parti lain pun boleh menempah ruang pameran untuk menarik ahli atau penyokong baru, " jelasnya. - mks.
KomenKu;
Sebab tu kami boleh memerintah sebab kami cekap!! Wahai rakyat Malaysia marilah mengundi Barisan Nasional, sesungguhnya kami cukup cekap menjalankan pentadbiran. Bukan macam PAS, ikan depan mata pun jadi macam kucing kurap yang bodoh lagi!!!

DBKL tangguh robohkan setinggan Kg Semarak

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan biarkan pak cik dan mak cik robohkan rumah kami. Tolonglah ... mana kami hendak tinggal kalau rumah kami dirobohkan.

"Itulah luahan perasaan Muhammad Fikri Abdullah, 10, ketika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan lebih 300 buah keluarga yang menetap di Kampung Semarak mengosongkan rumah mereka, bagi membolehkan usaha merobohkan lebih 300 rumah setinggan di Kampung Semarak, Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Masyarakat kampung berkenaan Azman Abd Majid, 62, ketika ditemui pemberita berkata usaha merobohkan rumah-rumah di kampung itu adalah berikutan cadangan membina laluan Lebuhraya Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE) oleh sebuah konsesi lebuhraya, Kasturi Bhd.

Beliau mendakwa pihak konsesi tidak pernah berjumpa dengan manamana wakil kampung untuk membincangkan pembinaan lebuh raya itu dan adalah tidak wajar sekiranya keseluruhan kampung itu dirobohkan semata-mata untuk membina laluan lebuh raya.

Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Titiwangsa berkata adalah tidak wajar kampung itu dirobohkan dengan hanya memberi notis singkat dan tanpa memikirkan masa depan penduduk kampung.

Pada 6 Feb lepas, penduduk kampung berjaya mendapatkan injunksi daripada Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan perobohan rumah-rumah setinggan itu, tetapi pada 28 Feb, DBKL berjaya mendapat perintah mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah berkenaan.

Tetapi difahamkan notis DBKL hanya diberikan kepada penduduk kampung pada kira-kira pukul 4.15 petang semalam, yang meminta mereka mengosongkan rumah masing-masing dengan segera.

"Secara rasionalnya apa yang kami boleh lakukan dalam waktu yang singkat, iaitu tak sampai 24 jam. Mana kami hendak tinggal sekiranya rumahrumah kami dirobohkan.

"DBKL ada menawarkan rumah di Projek Perumahaan Rakyat (PPR) Sri Semarak, di Air Panas tetapi ia hanya untuk disewa. Apa yang kami mahu ialah sebuah rumah yang akan menjadi milik kami seperti mana rumah yang kami tinggal sekarang," katanya.

Beliau berkata satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Persekutuan, Isnin ini bagi menangguhkan pelaksanaan tindakan merobohkan rumahrumah itu oleh DBKL dan satu rundingan akan diadakan bersama pemaju lebuh raya dan pihak DBKL untuk mencari penyelesaian yang wajar.

Tinjauan Bernama di Kampung Semarak mendapati, tiga buah lori DBKL bersama lebih 50 anggota tiba di perkarangan kampung itu seawal 8 pagi dan memberi arahan kepada penduduk kampung untuk mengosongkan rumah-rumah mereka.

Namun, arahan itu tidak diendahkan oleh penduduk kampung, sebaliknya mereka membuat "rangkaian manusia" ke jalan masuk ke kampung berkenaan, sambil memegang sepanduk meminta pihak berkuasa itu berundur.

Pihak DBKL terpaksa meminta bantuan polis dan Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan. Ketua Polis Daerah Sentul ACP K.Kumaran yang turut berada di kawasan itu berkata penduduk memberi kerjasama dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Setelah perbincangan selama sejam, akhirnya DBKL terpaksa menangguhkan arahan merobohkan rumah-rumah di Kampung Semarak.

Azman berkata pihak DBKL bersetuju mengadakan satu rundingan bersama wakil kampung dan pihak konsesi lebuh raya untuk mencari penyelesaian dalam masa terdekat."Penangguhan ini melegakan seluruh penduduk Kampung Semarak dan kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama," katanya.

Kampung Semarak, wujud sejak lebih 34 tahun lalu, dengan nama asal Kampung Relawan dan pada 1988 nama kampung itu ditukar kepada Kampung Semarak.

BERNAMA

Bila menantu marah mertua

jawapan kepada tulisan insan yang talam dua muka - SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin

Akhbar arus Perdana baru - baru ini menyiarkan betapa marahnya Khairy Jamalludin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap menantu dan pemegang saham minoriti kepada Kerajaan Tiga Beranak Berhad terhadap syarikat Khazanah Holding Berhad dan syarikat sekutunya yang dinamakan GLC atau Syarikat Kerajaan yang di perbadanankan kerana tidak hadir ke Majlis Cakap Banyak-Banyak anjuran Gabem dalam Jihad Ekonomi.
KomenKu:
Woi…tak habis-habis dengan kerajaan tiga beranak engkau. CEO GLC tidak hadir ke majlis GABEM sebab mereka mengiringi TPM ke Jepun, tapi ada wakil dari setiap GLC tu. Kalau tak tahu fakta jangan cakap nanti jadi fitnah. Sedap mulut hentam orang esok kena sumbat dek api neraka baru tahu. Jangan nak hentam Khairy lebih-lebih, buatnya ditakdirkan engkau ditimpa musibah tepi jalan, dan Khairy yang datang membantu, mana engkau nak letak muka. Time kita sihat jangan sombong dan angkuh. Sekadar pitam pun cukuplah, huru-hara diri engkau dibuatnya, kalau takde orang bantu.

Bagi yang tak tahu pasti merasakan akan hebatnya Naib Ketua ini tetapi pada bagi yang tahu akan senyum "sempoi" (pinjam ayat AC disini). Ini adalah kerana bila Khairy Jamaluddin marah dengan syarikat-syarikat GLC, maknanya dia terlepas pandang bahawa semua CEO syarikat GLC dalam Khazanah Holding Berhad dilantik oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Pengerusi dan Menteri yang menjaga semua GLC.
Ini memberi pengertian bahawa Khairy Jamaluddin sudah menegur bapak mertuanya sendiri dan dia sudah mengesahkan juga yang bapak mertuanya tidak tahu apa-apa melainkan mendengar atau mengikuti apa kehendak pemegang saham majoriti Kerajaan Tiga Beranak Berhad ia itu Kamaluddin Bin Dato Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Hj Ahmad yang juga pemegang saham Scommi yang menguasai ekonomi besar-besar zaman pemerintahan Islam yang ada had dan hari di Malaysia.
KomenKu:
Sudahlah takyah nak hentam famili Pak Lah lagi….rezeki masing-masing. Kalau engkau jadi PM aku rasa Asia Tenggara pun semua engkau nak kebas projek!! Tapi siapalah engkau, nak jadi PM. Pencacai Tua bolehlah.

Bila berita akhbar itu dikeluarkan pada 11hb Mac 2007, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 85 Tun Abdul Razak Hussein, maka sesetengah orang akan ingat bahawa apa yang dikatakan oleh Khary Jamaluddin pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang melaksanakan strategi itu.
Tun Abdul Razak Hussein juga tidak terlepas dari kecaman atau serangan musuh politiknya yang di luar dari badan tubuh UMNO sendiri. Antara nama yang selalu menjadi sasaran ialah dua nama yang terdiri daripada dua Abdullah, seorang Setiausaha Akbar dan dan seorang lagi Setiausaha Politik. Kedua - dua mereka ini terlalu rapat dengan Tun Abdul Razak Hussein. Bila orang terlalu marah dengan kedua Abdullah ini, terutama dengan yang memegang jawatan Setiausaha Politik, maka mengadulah orang kepada Tun Razak Hussein. Satu kelebihan Tun Abdul Razak Hussein adalah dia mendengar keduanya sekali ia itu yang baik atau yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia.
Sekiranya pandangan yang dikemukakan kepadan Tun Abdul Razak adalah pandangan kedua iaitu pandangan yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia pada kebiasaannya, Tun Abdul Razak tidak akan berdendam sebaliknya dia akan beri harapan kepada pengadu dan lebih lagi Tun Abdul Razak Hussein akan menggunakan pendekata ia itu sama ikut marah-marah dengan dua Abdulllah ini.
KomenKU:
Bukan tak nak dengar kritik. Tapi engkau ni melampaui batas. Merosak dan memalukan Melayu. Walau apa pun kita merupakan negara yang paling selesa didiami. Tanpa kekuatan dan usaha murni pemimpin jangan harap nak hidup selesa begini. Kiranya zaman dulu-dulu tu anak engkau menyanyi atas pentas tanpa kena baling telur ayam busuk la….Apakata engkau gi duduk di negara lain dalam dua bulan , dengan membawa sedikit wang saja….mudah tak dapat kerja? Senang tak nak hidup? Senang tak nak bribadat macam di Malaysia? Boleh solat setiap waktu sembahyang walaupun bekerja di syarikat milik asing. Ini maknanya Islam disanjung dan diletakkan di tempat tinggi, walaupun syarikat itu milik asing. Maknanya dengan kuasa Melayu yang ada sekarang , maka kita dapat mengukuhkan kedudukan Islam. Melayu tu tak lain tak bukan pemimpin UMNO sendiri. Engkai mengaibkan dan memfitnah keluarga Abdullah Badawi, satu hari nanti kalau ditakdirkan Allah keluarga engkau diabkan dan difitnah, apa rasa engkau? Sekarang banyak perkara yang dibayar “CASH” oleh Allah.

Maka berpuas hati orang yang mengadu hal itu kepada Tun Abdul Razak Hussein dan akan dibawa cerita bagaimana Tun Abdul Razak Hussein juga marah dengan kedua-dua Abdullah ini khas yang memegang jawatan Setiausaha Politik. Malangnya, Tun Abdul Razak Hussein tidak lama menjadi Perdana Menteri, dia meninggal awal dan akhirnya pecah tembelang Tun Abdul Razak Hussein bila kisah-kisah itu diceritakan semula oleh orang yang rapat dengannya. Ini termasuk orang - orang yang dapat mengesahkan sendiri yang menjadi perlaku dan saksi mata, bahawa apa pun yang dilakukan oleh dua orang ini khasnya Setiausaha Politik yang kemudian keduanya ini menjawat jawatan Timbalan Menteri adalah orang suruhan dan arahan Tun Abdul Razak Hussein sendiri.
Apakah sebab Tun Razak Hussein melakukan perkara ini? Sewajarnya bagi mereka-mereka yang berminat menyelidik dan belajar sains politik membuat kajian. Pada orang yang tidak ada asas penyelidikan dan belajar sains politik, mereka perlu hanya mengambil kesimpulan bahawa Tun Razak Hussein hendak memandu kapal yang bergelora dalam UMNO agar dia masih diterima sebagai Nakhoda kerana di zamannya terdapat juga ketidak puasan hati ahli UMNO dengan cara kepimpinannya dan permulaan dasar ekonomi baru. Sehingga sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Pahang, negeri tanah tumpahnya darahnya, yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, tujuh memegang jawatan Anggota Pentadbiran Awam, kecuali ahli Parlimen Maran, itu pun menjadi Pengerusi Risda.
Sekarang menantu Perdana Menteri menggunakan tektik lapok itu, marah-marah dengan Pembesar Tinggi Khazanah Holding yang tidak hadir ke majlis cakap-cakap Gabem yang habuk pun tak ada dan andainyaair liur yang bercakap dari mula soal ekonomi Melayu ini dikumpulkan, harus kita boleh buat takungan air yang cukup untuk diminum oleh penduduk Lembah Klang selama setahun dan tak perlu nak buat Empangan Lembah Klau lagi kalau setiap tahun Gabem anjuran majlis macam itu setiap negeri.
Akhirnya dengan menggunakan sumbernya, Khazanah Holding sudah menjawab, pembesarnya pergi ke Luar Negeri dan sudah pasti sebelum pergi mereka memaklumkan kepada Pengerusinya atau orang di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dia tidak maklumkan atau memberi tahu kepada pejabat di Kementerian Kewangan bererti pembesar tinggi di Khazanah Holding, sudah menjadikan syarikat duit pembayar cukai itu macam harta pusaka yang ditinggalkan oleh emak bapak mereka dan sesuka hati melakukan apa yang dia suka.
Menantu Perdana Menteri ini juga mengatakan bahawa tuduhan keperluan untuk membayar bagi mengatur perjumpaan dengan bapak mertuanya dan mereka yang terlibat dalam perniagaan "Broker" mengeluarkan surat wahyu sebagai sesuatu yang mengarut tetapi tidak dia nafikan bahawa macai-macai dia kini ada yang hidup mewah dengan kereta yang berjumlah lebih dari satu dan pernah disiarkan secara terbuka di akhbar tabloid dan internet.. Macai-macai yang seperti ikan dugong ini masih lagi berdamping dengan dia lagi.
KomenKu:
Machai-machai internet ni pun kalau diberi duit, zip le mulut depa. Bukannya pejuang tulen, tapi masyukkkkkkkkkkkkk………………

Kemudian keluar pula idea mengarut daripada Exco Pemuda UMNO yang beristeri dua, dulu isteri tuanya yang juga Ketua Puteri dalam satu Bahagian di Wilayah Persekutuan, meronta-meronta minta cerai tetapi apabila disumbatkan bermacam-macam dan hidup mewah, macam tak kisahlah pula. Jadi bagi seorang perempuan isteri kepada orang politik, yang dia takut bukan laki dia berkahwin lain tetapi takut harta berpindah ke bini baru. Kalau laki boleh menjamin harta dan sudah mempunyai cukup wang untuk tujuh keturunan boleh hidup... lantaklah nak kahwin sepuluh ke ! Mengarutnya Ecxo Pemuda ini dan juga Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad ialah dia nak suruh kerajaan buat syarikat membekal barang binaan untuk bantu kontraktor bumiputra. Dia patut pergi sekolah balik dan membaca buku atau pergi ke Kementerian Inovasi, supaya dapat mengeluarkan idea yang bernas. Sebenarnya kerajaan dah buang beratus juta RM ke dalam longkang dengan mewujudkan syarikat Pembekalan Bahan Binaan, di Peringkat Persekutuan, sudah ada Pernas Trading, diperingkat negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri semuanya ada syarikat membekal barang binaan. Di Selangor dahulunya ada Perangsang Trading dan di Johor dengan Sergamnya dan Terengganu dengan Babenanya. Malangnya semua sudah mati tetapi tidak tahu dimana kuburnya.
KomenKu:
Jika ditakdirnya anak-anak perempuan engkau bermadu, apa rasanya ?Apakah engkau akan galakkan mereka minta cerai tapi pujuk serta nasihat agar bertenang. Fikirkan masa depan dan perasaan anak-anak? Kalau kaya sebab usaha sendir apa salahnya, tapi ramai juga yang kaya daripada hasil peras ugut dan fitnah orang…sendiri mau ingat !!

Yang perlu dibetulkan ada sistem kontraktor itu. Jika sekarang kena melawat tapak baru boleh beli tender , ini perlu ditukarkan dengan membeli tender dulu dan jadikan satu hari mereka boleh melawat tapak. Bukankah mereka kontraktor maka sudah pasti mereka sudah memahami soal teknikal dan staf atau perunding yang boleh menasihatkan dan tak perlu Pegawai Penguasa nak beri taklimat.
Keduanya dalam borang tender sekarang mesti dimasukkan surat aku janji atau jaminan dari syarikat pembekal barang binaan yang berdaftar dengan CIDB supaya kerajaan mesti bersetuju untuk membayar terus bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor melalui skim pembayaran berasingan yang dikemukakan melalui kerja-kerja kemajuan. Jika dia hendak mencari untung menaikkan harga bahan binaan, terserahlah dia dengan pembekal. Kalau satu ton besi dibeli dengan harga Rm 1800 tetapi pihak pembekal membekal dengan harga RM 1,690, baki keuntungan RM 110 terserahlah kepada pembekalnya. yang penting tidak ada alasan besi atau bahan lain tidak dapat dibeli oleh kontraktor seperti yang didakwa hari ini.

Sang Kelembai: Kesimpulannya apa yang diilhamkan oleh seorang Naib Ketua dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu tidak berinovasi. Jika ilham atau idea mereka berinovasi, dia akan berakhir dengan keuntungan untuk mereka seperti bagaimana Kementerian Kewangan mewujudkan BLT, sebuah syarikat yang memgambil alih kesemua kepentingan pembinaan rumah polis dan penyelengaraannya, dimana tender tender pembinaan diberi secara runding terus dan kalau nak dapat projek itu, cable atau wahyu mesti sebesar paip air dari empangan Klang Gate yang merentang Taman Melawati. Kalau tidak lebih baik beramai-ramai membuang air liur atau meludah untuk dikitar semula menjadi air bersih. Lagi ada faedah.

40 tahun tanpa bekalan air bersih, di mana keadilan?

Dipetik dari malaysia-today.net
tulisan: Raja Petra Kuda Ranggi

Saya agak tergamam mendapat tahu menerusi siaran berita TV3 pukul 1.30 petang hari ini, 18 Mac, yang melaporkan keperitan penduduk di Kampung Tambalung, Kota Belud, Sabah, yang masih bergantung kepada sungai dan air hujan untuk bekalan air, iaitu untuk minum, memasak makanan, membasuh pakaian dan mandi.
Apa dah jadi dengan janji-janji yang diulang-ulang setiap kali menagaih undi rakyat semasa menghadapi pilihan raya?
KomenKu:
Maknanya pembangkang pun tak buat kerja…kalau buat kerja pasti perkara dihebohkan, bila TV3 buat liputan baru le engkorang terjaga dari tidur .Sian…tengok gak TV3 walaupun ddulu engkorang berkempen BOIKOT TV3.
Penduduk Kampung Tambalung tidak mendapat bekalan air bersih, walaupun berulang kali dipohon, sejak 40 tahun lalu. Sedih, memang sedih memandangkan pada tahun ini Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, setengah abad. Ini bermakna penduduk Kampung Tambalung tersisih daripada arus pembangunan hakiki sejak Sabah merdeka melalui Malaysia pada tahun 1963.
KomenKu:
Aku tumpang sedih bagi penduduk Kg Tambalung. Tindakan segera harus diambil. Tapi Datuk Salleh Said Keruak kata perkara tu dapat diselesaikan dalam masa terdekat, kosnya pun juta- juta. Semoga penduduk Kg Tambalung dapat kemudahan tersebut secepat mungkin. TERIMA KASIH TV3. PAS TV dan WEBTV8 tak keluar ? Sekadar interview Zahrin je buat apa!! Dah tak laku dalam UMNO!!
Para pemimpin kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah begitu bangga dengan pembangunan fizikal yang dicapai selama ini. Bangga dengan Menara Berkembar Petronas, bangga dengan Lebuh Raya Utara-Selatan, bangga dengan Lapangan Terbang di Sepang dan di Kota Kinabalu, bangga dengan Litar F1, bangga dengan pelabuhan-pelabuhan di Tanjong Pelepas, di Pelabuhan Klang, di Kota Kinabalu dan bangga dengan kilang-kilang elektronik dan sebagainya.
KomenKu:
Pembangunan berperingkat, pernah gi luar negara yang mundur? Sekurang-kurangnya kita ada yang nak dibanggakan daripada takde langsung. Dalam kebanggaan itu, rupa-rupanya masih ada penduduk yang belum dapat menikmati bekalan air bersih, atau menikmati bekalan elektrik dan sistem jalan yang sempurna.
Apalah erti 50 tahun kegemilangan kemerdekaan. Di mana letaknya keadilan dalam pengagihan nikmat pembangunan. Di mana?
KomenKu:
Dapat menggunakan komputer dan memfitnah sana-sini pun atas usaha kerajaan membangunkan ICT jugak ni. Bekalan elektrik pun takde masalah, kalau tak, tak boleh on komputer jugak kan? Takde negara yang dapat memuaskan hati semua rakyat dalam sekelip mata. AS tu lembab beri bantuan kepada mangsa ribut taufan di New Orlean. Itu negara paling hebat di dunia, mampu mencipta kapal laut yang hanya menggunakan kuasa nuklear dan 20 tahun tak perlu isi minyak. Guna tenaga nuklear je. Hebat babe!! Enkorang ni memang kalangan yang tak reti bersyukur…India dan Indonesia seangkatan merdeka dengan kita, bagus sangatkah mereka? Semua rakyatnya hidup selesa dan senag ke? Apa kata engkau gi migrate kat antara dua negara tu? Aku cabar engkau!! Kalau bagus sangatla…BUKTIKAN keHeroan engkau tu. Cakap banyak sangat!!!
Saya masih ingat semangat dan cita-cita kerajaan yang dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1982 semasa memperkenalkan dasar kependudukan Malaysia ke arah 70 juta penduduk. Dalam mengatur strategi yang perlu untuk mencapai tujuan itu, kerajaan telahpun menjangkakan penggunaan air sebanyak 15.6 bilion meter padu. Kekurangan dijangkakan akan berlaku pada tahun 2000, iaitu tujuh tahun lalu, bagi jumlah penduduk sebanyak 21 juta. Sekarang, jumlah penduduk mencapai 26 juta.
Persoalan yang ingin saya ajukan ialah apakah kerajaan tidak mempunyai perancangan yang betul setelah dapat menjangkakan kekurangan bekalan air akan berlaku? Bukankah bekalan air merupakan hak asasi manusia untuk hidup?
KomenKu:
Bodoh betul engkau ni, air tak cukup pun salah kerajaan. Ini semua fenomena alam. Yang engkau gatal gi buang sampah dan toksik dalam sungai tu buat apa? Tercemar le sungai! Pandai cakap pasal hak, tanggunjawab sendiri apamendenya??? Bila nak majukan kawasan untuk empanagan cucvuk rakyat buat kenyataan di media dan berdemonstrasi. Gagalkan usaha kerajaan. Sekarang biar mati dahaga , padan muka!! Bazir air cuci kereta, cuci macam-macam tak sedar. Di kelantan tu apasala tak bising ? Kerajaan PAS gagal beri air bersih kepada rakyatnya? Mana hal asasi manusia engkau?
Apakah jadahnya kita terus membekal air kepada Singapura sedangkan rakyat kita sendiri tidak dapat bekalan air bersih?
KomenKu:
Perjanjian tetap perjanjian bodoh! Tak blajar Undang-undang langsung? Bukan Pak Lah baru buat tapi itu dulu-dulu punya, kita terikat!! Awat la benggong sangat hang ni.
Kita juga ingin tahu apa dah jadi dengan dasar makanan, air dan pertanian yang dijanjikan oleh kerajaan. Kerajaan menyebut bahawa tekanan harus diberi ke atas kecukupan dari segi taburan, perubahan corak penggunaan dan juga ke atas peningkatan cara-cara penghasilan. Jika dasar ini dilaksanakan dengan betul, adil dan telus, masakan ada rakyat yang tidak mendapat bekalan air sejak 40 tahun lalu?
Malaysia mempunyai bermacam-macam kementerian dan agensi yang bermatlamat membasmi kemiskinan dan menaikkan taraf hidup rakyat. Kerajaan berjanji untuk mengadakan kemudahan-kemudahan asas yang cukup terutama bekalan air dan elektrik, tetapi setelah 50 tahun merdeka, kenapa masih ada kampung yang tidak mendapat bekalan air, bekalan elektrik dan sistem jalan yang sempurna?
KomenKu:
Ni aku nak bagi tau, memang banyak agensi tapi dalam agensi-agensi tu ramai penyokong atau yang bersimpati dengan pembangkang, maka mereka pun mensabotaj kerajaan. Sebab tu dasar kerajaan tak berjalan lancar. Buat-buat tak tahu konon.
Dalam kes Kampung Tambalung, jelas sekali bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah gagal memenuhi tanggungjawab dan amanah kepada penduduk di situ yang masih belum diberi bekalan air bersih. Adakah ini selari dengan slogan "Malaysia - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" atau memenuhi konsep dan pendekatan Islam Hadhari?
KomenKu:
Pak Lah baru tiga tahun jadi PM, kalau engkau bagi 30 tahun pun belum tentu bagus lagi. Sudahlah….tak payah hasut orang lain membenci kerajaan. CERMIN DIRI dulu. Tulis biar ada research takyah tumpang glamer TV3.

Tuesday, March 20, 2007

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN – TANGGUNGJAWAB SIAPA?




Hutang Belajar? Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menfailkan saman terhadap 111 peminjam pada 5hb Februari 2007, Isnin. Ini merupakan kumpulan pertama daripada 1,000 orang peminjam yang telah disenarai hitamkan. Dengan perintah mahkamah, kegagalan peminjam terbabit boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan dan peminjam berhadapan dengan tindakan penjara, diisytihar bankrap dan harta benda disita. Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani berkata, PTPTN sudah menghantar notis tuntutan terhadap 1,000 peminjam terbabit. Tetapi mereka tetap berdegildan masih enggan melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Nama-nama mereka ini telah dimasukkan ke dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd. (BRIS) yang menyebabkan mereka tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan (petikan daripada Berita Harian 2hb Februari 2007). Mereka adalah sebahagian daripada 38, 484 graduan yang tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian pada 1999 walaupun telah diberi notis peringatan terakhir.

Ini adalah usaha PTPTN untuk mengutip hutang yang tertunggak berjumlah RM867 juta. Di antara usaha pihak PTPTN untuk mengutip hutang (petikan daripada Utusan Malaysia 28hb Mac 2006) :

i. Menyiarkan nama 1, 249 pelajar yang gagal melunaskan hutang menerusi beberapa akhbar tempatan.
ii. Menolak permohonan pinjaman pelajaran anak bagi mereka yang belum melunaskan hutang.
iii. Memutuskan akan melarang 16, 000 peminjam ke luar negara melalui Jabatan Imigresen.
iv. Sebagai langkah terakhir jika peminjam tidak menghiraukan notis, surat peringatan dan tindakan mahkamah akan dikenakan.

PTPTN hanya akan berjaya mengutip 48.9% atau RM 191.8 juta daripada RM 391.9 juta yang diberikan kepada 265, 611 peminjam. Jumlah tertunggak adalah RM200.1 juta (petikan daripada Berita Harian 22hb April 2006). Pengerusi PTPTN, YBhg Datuk Razali Ismail berkata jumlah kutipan itu belum mencukupi bagi mengisi semula dana PTPTN untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar lain (petikan daripada Utusan Malaysia 11hb April 2006).



Isu – PTPTN memberi kemudahan pendidikan atau bebanan?

Fakta-fakta di atas cukup menyakitkan, sama ada bagi pihak kerajaan mahupun pelajar, malah bagi pihak ibu bapa sekalipun. Bagi kerajaan, setiap penghutang mesti dihukum. Bagi pelajar pula, ia ibarat tangan kanan memberi, manakala tangan kiri pula menikam! Bagi rakyat, isu ini akan muncul hampir setiap tahun dan senantiasa diperkatakan. Apa pun, tidak banyak pilihan yang ada, sama ada bagi pelajar atau ibu bapa kerana keinginan anak untuk memasuki ke Universiti dan harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya walaupun cukup pedih dengan syarat pinjaman yang dikenakan.

Sesetengah golongan sudah mula mempertikaikan tindakan kerajaan, sama ada tindakan ini bertetapan dengan Islam atau tidak. Tetapi siapa dikalangan rakyat yang berani untuk bangkit bertanya, apakah di dalam Islam, sesebuah kerajaan itu berhak mengenakan bayaran sesuka hati ke atas rakyatnya yang ingin menuntut ilmu? Haram atau tidak adakah kita patut berdiam diri? Isu haram atau tidak ini muncul apabila PTPTN mengenakan riba 4% (1999) dan 3% (2004) kepada peminjam untuk bayaran balik hutang.

Wednesday, March 14, 2007

PM umum Misi 2057


Penekanan kepada pembangunan jiwa bangsa, perpaduan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) semalam mengumumkan Misi 2057 sebagai kesinambungan Wawasan 2020 bagi memastikan rakyat terus membangun mengikut acuan sendiri selepas Malaysia menjadi negara maju.
Misi itu, yang dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam, memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa dan perpaduan kaum dalam tempoh 37 tahun Malaysia sebagai negara maju, menuju ulang tahun ke-100 kemerdekaannya.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan perlu berpandangan ke hadapan dengan merangka rancangan 50 tahun dari sekarang yang memberi penekanan terhadap modal insan, pembangunan jiwa bangsa dan perpaduan kaum.

“Dewan Tertinggi BN yang berbincang perkara ini, ingin memastikan selepas kita mencapai Wawasan 2020 sebagai negara maju, kita mempunyai acuan bangsa yang mengikut budaya kita, toleransi dan mematuhi agama untuk selama-lamanya,” katanya.

Memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau yang juga Pengerusi BN, berkata Misi 2057 meletakkan harapan tinggi terhadap generasi muda akan datang kerana merekalah mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara.

“Saya harap ini akan membantu peningkatan yang lebih hebat. Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara dan diharap kita masih ada 50 tahun lagi sebagai satu kesinambungan kepada pencapaian matlamat 2020,” katanya.

Abdullah mengajak ahli parti komponen BN serta seluruh peringkat masyarakat, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, wanita dan profesional, memberi pandangan mengenai masa depan negara.Katanya, pencapaian setiap tahun akan menjadi asas kepada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat gemilang, cemerlang dan terbilang.

“Toleransi agama juga mesti diteruskan selama-lamanya kerana setiap kali menjelang 13 Mei, soal perpaduan sering dibangkitkan. Kita perlu bergerak sebagai bangsa yang bersatu, muhibah dan janganlah kita berundur,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak, akan merangka program khusus untuk meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Beliau berkata, persetujuan diperoleh di kalangan kepemimpinan BN untuk menentukan rancangan peringkat nasional membabitkan semua parti komponen sempena hari bersejarah itu.Mengenai spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, Abdullah berkata, perkara seperti itu biasanya hangat dibincangkan apabila tempoh pemerintahan tiba di ‘setengah jalan’.

“Ini tidak bermakna saya akan tetapkan tarikh pilihan raya. Yang penting banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak projek yang hendak dilaksanakan,” katanya sambil menambah BN bersedia menghadapi pembangkang pada bila-bila masa.

Abdullah juga berharap kedudukan ekonomi yang kukuh pada masa ini akan bertambah baik lagi pada masa hadapan.Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tahun lalu meningkat 5.9 peratus dan negara berharap untuk mencapai pertumbuhan sebanyak enam peratus tahun ini.

“Ekonomi, Alhamdulillah, berada dalam keadaan yang baik dan kita harap supaya kedudukan itu akan bertambah baik pada masa hadapan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, juga berharap projek serta program yang dilaksanakan kerajaan dari semasa ke semasa akan memberi faedah kepada rakyat.

“Di peringkat makro ekonomi, ada faktor yang menyenangkan, yang boleh membawa faedah secara keseluruhannya kepada ekonomi negara,” katanya.

Perdana Menteri mengulangi bahawa kerajaan akan melaksanakan secara bersungguh-sungguh semua program yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Dengan itu, pemimpin parti yang ada perlulah memainkan peranan masing-masing terhadap kerajaan dan swasta.” katanya.

Wednesday, March 7, 2007

Cungkil, korek & bukak la pekong tu...

Hasil siasatan ke atas Johari Baharum, Timbalan Menteri Kesihatan selaku ahli Parlimen Kubang pasu yang dikatakan telah di sogok RM 5 juta untuk membebaskan 3 penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada rakyat tentang kewibawaan pemimpin negara kita.

Sebagai rakyat, sudah tentu berita sebegini menjadi tanda tanya bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku sedangkan pembebasan penjenayah tersebut akan mencemarkan negara dan betapa lemahnya kerajaan yang memerintah dengan tiada ketelusan demi kepentingan masing-masing.

Walaupun Johari didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah, siasatan masih perlu dijalankan kerana ini melibatkan Keselamatan Dalam Negeri dimana ia melibatkan ketenteraman awam.

Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran ini semua dan berharap agar PM kita lebih teliti dan adil dalam masalah ini. Adakah ini hanya konflik politik untuk menjatuhkan Johari atau memang benar berlaku? Sekiranya terbukti perkara ini benar, hukumlah seadilnya dan sekiranya dianiaya, perbetulkan keadaan dan jangan ia terus menular dikalangan pemimpin-pemimpin harapan bangsa kita.

PM ketawa besar bila ditanya soal kahwin


KUALA LUMPUR 6 Mac – Sidang akhbar selepas berlangsungnya taklimat kepada Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini gamat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditanya mengenai khabar angin beliau akan berkahwin tidak lama lagi.
Dengan senyuman yang lebar, beliau berkata:

‘‘Itu khabar angin, itu khabar angin.’’

Soalan yang diajukan itu disambut ketawa semua yang hadir, termasuk barisan wartawan dan Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ura-ura perkahwinan Perdana Menteri itu bertiup kencang kebelakangan ini dengan ada yang mengatakan bahawa ia akan berlangsung bulan ini.
Apabila ditanya sekali lagi sama ada benar berita itu hanyalah khabar angin, Perdana Menteri yang masih lagi tersenyum menjelaskan:
‘‘Khabar angin. Khabar angin, khabar anginlah.’’
Para wartawan yang masih tidak berpuas hati mengajukan lagi soalan kepada Perdana Menteri sama ada perkahwinan yang dikata-katakan itu akan berlangsung dalam masa terdekat.
Namun, Abdullah tetap dengan jawapannya bahawa perkara tersebut hanyalah khabar angin.
‘‘Khabar angin, khabar angin,’’ jawabnya.
Abdullah seterusnya mencetuskan gelak ketawa apabila melihat wartawan masih mahu bertanya mengenai hal ini.
‘‘Tu dah mai cerita-cerita lain pulak. Lagi nak tanya, siapa pulak nak kahwin?’’ soalnya.
Beliau dalam hal ini sekali lagi menegaskan bahawa ia hanyalah khabar angin dan tidak lebih daripada itu.
‘‘Khabar anginlah, ia hanya khabar angin. Itu sahaja, ia hanya khabar angin,’’ ujarnya.
Isteri Abdullah, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood meninggal pada 20 Oktober 2005 akibat penyakit kanser payu dara. -UTUSAN MALAYSIA


Pendapat saya: Sudah terang lagi bersuluh... Pak Lah dah buat komen secara terbuka, disiarkan dalam semua media baik media massa dan media elektronik. Jadi jawabnya, tak payahlah nak memandai buat citer pasal Pak Lah yang dah berkahwinlah, nak berkahwinlah dan bla...bla...bla....


Lebih baik kita semua tumpukan kepada pembangunan negara, ekonomi yang tengah cantik ni memang menarik.


Nilai dagangan Malaysia mencatat RM 1 trillion, peningkatan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang begitu besar, pelaburan asing dan domsetik berjumlah RM 40 billion, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi sejak 1998 diuar-uarkan sebagai satu kejayaan besar ekonomi negara. Semalam lak, seorang ahli ekonomi mengatakan pendapatan rakyat negara ini naik 6.5%.

Friday, March 2, 2007

Gambar Lama Imam Hadhari


Gambar lama Pak Lah pergi parti GP Securities tahun 1985 keluar balik di Malaysia Today. GP Securities semasa itu tempat Nizam Tun Razak kerja. Kemudiannya diambil alih Public Bank jadi PB Securities. Gambar hampir serupa boleh didapati dalam buku Syed Hussein Al Attas bertajuk Musa Derhaka. Yang dalam buku tak jadi kontroversi. Rasanya ini dari gambar dalam Malay Mail kerana ingat satu opis bercerita pasal Pak Lah pergi parti.
Nampak sangat la tak ada isu sampaikan cerita-cerita lama pun boleh kuar balik. Cerita dah habis sekarang kuar pulak gambar....lepas ni entah hapa2 pulak la yang nak ditayangkan kepada public.
KOMENKU: Apasal ? salah sangat ke pergi parti? Pergi parti tak semestinya kena mabuk. Mungkin minuman di dihadapan Pak Lah tu air coke, bukannya arak. Menjadi dosa ke kalau Pak Lah kebetulan duduk di meja yang ada botol arak, tetapi tidak meminumnya? Lainlah kalau awak sendiri yang lihat Pak Lah minum arak . Kalau Pak Lah minum maknanya awakpun minum juga kerana coke atau juices tidak dihidangkan.

PantuKu:
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih.

Its ok. Everyone have a past. Bertobatlah masing2. MUdah2an berjaya tak buat lagi. Soalnya adakah Pak Lah ini memang seorang yg benar dalam menghayati Islam dan perjuangan Islam? Walaupun ayah atuk orang aliran Islam, tak semesti dia mengikut aliran itu.
Jangan mudah menilai mengikut pandangan mata saja.... Pasal minum tu...kalau tak nampak sendiri Pak Lah teguk air haram tu janganlah cakap macam2, sbb kalau tak betul dah jadi fitnah lagi pun isi hati orang tak boleh dibaca dengan mata kasar...bercakap biarlah berpada-pada apatah lagi pada seorang pemimpin negara.
KomenKu:
Hadis Riwayat Muslim ; Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim”.

Kita jangan lupa bahawa walaupun dia pass dari Pengajian Islam UM, dia tidak mengikuti aliran Islam. Dia masuk Civil Service.
KomenKu:
Hadis Riwayat At Tirmidzi; “Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya”.
Aliran politik dan aktivismanya menebal Nasionalisma Melayu. Itu bukan isunya Adakah Islam Hadhari tajaan Pak Lah ini betul2 atau hanya lakunan politik yang tak ikhlas?
Amboiiiiii...bukan pasal hati sahaja dipertikaikan malah keikhlasan pun boleh dibaca juga rupanya...
Adakah dia hanya faham Islam Hadhari sebagai oneupmanship terhadap Penerapan Nilai2 Islam dan Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir dan Masyarakat Madani AI? Adakah dia hanya faham Moderate Muslim yang dia khutbahkan adalah perang theological warfare terhadap orang Islam? Undur ... Lah dari kerja Munafiq
KomenKu:
Surah Al-Ahzab; “Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu.”