Friday, March 28, 2008

2008 Tahun Pemilihan

Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi jawatan-jawatan di semua peringkat.

Presiden parti, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, tarikh PAU akan diadakan pada 16 Disember 2008 hingga 20 Disember 2008 iaitu pada hujung tahun ini.

“Manakala Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan diadakan pada 17 Julai 2008 hingga 24 Ogos 2008, dan Persidangan Perwakilan Bahagian pula akan diadakan pada 9 Oktober 2008 hingga 9 November 2008,” tambah beliau lagi, juga selaku Perdana Menteri.

“Pemilihan parti dan kepimpinan akan dijalankan seperti biasa,” kata beliau.

“Dan kita tengoklah kalau ada apa-apa perubahan dan perkembangan nanti dan kita akan umumkan dari masa ke semasa,” ujar beliau lagi.

Pemilihan UMNO yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada 2004.

Mengikut perlembagaan parti, ia boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

MT UMNO terima Ahmad Said

Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu berakhir hari ini apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu melantik Datuk Ahmad Said memegang jawatan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat berasaskan usaha untuk mencari penyelesaian secepat mungkin dan kesediaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menerima siapa sahaja yang dilantik oleh MPPR.

‘‘Maka dengan itu MT membuat keputusan sebaik-baik penyelesaian bagi membolehkan kerajaan ditubuhkan ialah BN perlu memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Ahmad Said yang dipilih oleh MPPR,’’ katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, berdasarkan kepada sokongan yang diberikan oleh BN itu, mereka yakin kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Ahmad akan dapat ditubuhkan.

Mengenai reaksi 22 ADUN yang menyokong Idris, Abdullah berkata, beliau percaya kesemua mereka yang merupakan ahli UMNO taat setia kepada parti dan akan menerima keputusan tersebut.

Ditanya tidakkah keputusan menerima Ahmad boleh menjatuhkan air muka beliau yang sebelum ini mempertahankan Idris, Abdullah berkata: ‘‘Perkara itu tidak timbul.’’

‘‘Ini kerana saya menyedari bahawa MPPR telah membuat keputusan, itulah orang yang mereka hendak menjadi Menteri Besar.

‘‘Saya memahami (kedudukan itu) apabila perkara ini ditimbulkan dalam pertemuan dengan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

‘‘Walaupun Seri Paduka tidak ada ‘bahagian’ dalam soal ini kerana ia keputusan MPPR tetapi saya memahami kehendak majlis itu,’’ katanya.

Abdullah yang ditanya bertalu-talu berhubung isu Menteri Besar Terengganu tersebut, turut menegaskan, apabila BN dan UMNO memberi sokongan, Ahmad sebagai Menteri Besar akan melakukan tindakan lanjut bagi menubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri juga menjelaskan, pelantikan Ahmad oleh MPPR adalah mengikut perlembagaan negeri Terengganu, oleh itu ia tidak dibincangkan sama ada melanggar perlembagaan atau tidak.

‘‘Apa yang penting bagi kita ialah sudah dua minggu BN mencapai kemenangan, oleh itu tumpuan kita ialah kepada rakyat Terengganu yang menanti kita menubuhkan kerajaan.’’

Thursday, March 27, 2008

Virus Dogma Melanda Kerajaan PAS Kedah

Kerajaan Pas Kedah mengaku sukar menguatkuasakan larangan berjudi dan meminum arak di negeri itu kerana perlu mengambil kira pandangan masyarakat bukan Islam dan mendapatkan hasil kajian sebenar mengenai kesan pelaksanaannya terlebih dulu.

Sambil mengakui Kedah sukar melaksanakan sepenuhnya peraturan sama seperti di Kelantan, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata pelaksanaan itu memerlukan kajian lanjut kerana 30 peratus daripada penduduk negeri itu terdiri masyarakat bukan Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengambil kira pandangan masyarakat bukan Islam kerana mereka turut memainkan peranan penting membantu Pas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah buat pertama kali sejak 50 tahun lalu.
"Di Kelantan, 95 peratus penduduknya Melayu, kita di Kedah ada 30 peratus bukan Melayu. Kelantan boleh buat perubahan mendadak, Kedah tak boleh nak buat kerana komposisi kaum itu berbeza, malah ada kawasan seperti Sungai Petani bukan Melayu lebih ramai.

Komen:

" Dogma merupakan satu penyakit kepada keintelektualan dan kebijaksanaan manusia di dalam mendalami serta menghayati ketinggian ilmu pengetahuan. Dogma juga meletakkan status atau tahap manusia itu seperti di kuasai secara mutlak dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dogma juga meletakkan manusia itu sekali lagi berada pada suatu tahap yang menunjukkan kebodohan, ketidakpandaian, tidak berhikmah dan tidak boleh melakukan perubahan di dalam segenap bidang termasuklah nasib, kehidupan, politik dan sebagainya."

Bina ayat:

  1. Kerajaan PAS Kedah di lihat terlalu dogma dalam mentadbir kerajaan barunya.
  2. Kerajaan PAS Kedah begitu dogma dalam menentukan penguatkuasaan larangan berjudi dan meminum arak di negeri itu berikutan kerajaan tersebut tidak mempunyai pengalaman dalam mentadbir tanah jajahan di luar dari tanah jajahan mereka di Kelantan.
  3. Akibat dari kelemehan pucuk pimpinan Kerajaan PAS Kedah dalam menentukan hala tuju perjalanan kerajaan negeri itu, mereka di lihat begitu dogma dalam membuat keputusan yang bersabit dengan pandangan masyarakat.
  4. Ketakutan meniti keseluruh pelusuk pimpinan Kerajaan PAS Kedah kerana risau tindakan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang larangan berjudi dan meminum arak akan menimbulkan sentimen kaum yang akhirnya menjejaskan corak pemerintahan mereka. Hal ini secara tidak langsung membuktikan Kerajaan PAS Kedah begitu dogma dalam membuat timbang cara penyelesaian berkaitan penerimaan rakyat.
  5. Dilema yang ditanggung oleh Kerajaan PAS Kedah membuktikan mereka terlalu dogma dalam mengurus dan mentadbir negara. Jika diteruskan maka secara langsung mereka bersongkol melakukan perkara haram yang dilaknat Allah.

Kemenangan BN cemerlang

Mana-mana pihak tidak boleh mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan kerana pencapaian Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini masih cemerlang mengikut standard pilihan raya dunia.

Profesor Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Shad Saleem Faruqi, berkata desakan supaya Abdullah meletak jawatan tidak patut dan tidak adil kerana kira-kira 63 peratus atau 140 kerusi Parlimen yang dimenangi daripada 222 kerusi keseluruhan, menunjukkan Perdana Menteri masih meraih majoriti cemerlang mengikut standard pilihan raya dunia.
Katanya, ramai pemimpin parti politik utama di negara lain, termasuk bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair biasa mendapat majoriti melebihi 60 peratus yang sudah dianggap cemerlang mengikut standard berkenaan.

“Oleh itu di Malaysia, pencapaian kira-kira 63 peratus itu sudah dikira mencapai standard dunia,” katanya selepas menjadi panel pada perbincangan meja bulat Perlembagaan Persekutuan Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 di Bilik Senat, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini, semalam.

Komen:

Tahniah di atas kejayaan BN mengekalkan tampuk pimpinan di Malaysia. Bagi mereka yang sentiasa mempertikai kejayaan BN sekarang - LU ORANG PIKIRLAH SENDIRI!

Agenda berani Abdullah

Pelbagai pihak, termasuk pemimpin kerajaan menyambut baik agenda berani Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memperkenalkan pakej tiga langkah bagi mengurangkan beban yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah.

Masing-masing berharap pakej itu dapat dilaksanakan dengan berjaya membabitkan sokongan semua pihak bagi memastikan keberkesanannya dapat dinikmati hingga peringkat akar umbi.

Pakej tiga langkah itu ialah mengurangkan impak kenaikan harga barang dunia ke atas golongan isi rumah berpendapatan rendah dan mengehadkan pembaziran serta kerugian disebabkan subsidi; mengkaji semula pelaksanaan pelan ekonomi bagi memastikan faedahnya dinikmati rakyat dan terus berusaha mengurangkan jurang pendapatan di antara dan di kalangan kumpulan etnik serta memastikan keadilan untuk semua rakyat.

Komen:

Ini barulah dikatakan janji kerajaan kepada rakyat. Janji yang mampu dikota dan dilaksana, bukan seperti janji sesetengah parti yang hanya sedap di dengar tetapi habuk pun tarak!

Dengan adanya langkah-langkah berani seperti ini, membuktikan pada rakyat semua bahawa BN tetap komited dengan plan tindakan yang mahukan rakyat sentiasa bebas dari kemelut ekonomi yang dikatakan akan menghasilkan impak yang mampu menggugat kestabilan ekonomi rakyat. Jelas di sini tindakan kerajaan BN tetap no.1 dalam mengekalkan keharmonian sesama rakyat.

Penyokong tegur pemimpin Pas rosakkan parti

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menegur sikap sebilangan pemimpin Pas yang didakwanya sanggup memecah-belahkan parti untuk kepentingan diri selain menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu apabila tidak dipilih menjadi calon.

Komen:

Mereka bukan sengaja mahu memecah belahkan parti tetapi ahli parti sendiri tidak dapat menerima tampuk pimpinan PAS serta sepakat mahu menyokong BN kerana parti ini sahaja yang mampu untuk memimpin dan membela nasib mereka.

Ahli Parlimen Bebas yang bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya lalu itu, berkata sebagai wakil rakyat ‘import’, beliau berhak memberikan teguran kerana perlakuan sedemikian tidak menggambarkan sikap seorang ahli Pas yang memperjuangkan Islam.

Beliau mendakwa, pilihan raya umum 8 Mac lalu menyerlahkan sikap sebenar sebilangan pemimpin Pas yang terbawa-bawa budaya politik Umno melobi untuk menjadi calon serta berarak bagi membantah kepemimpinan jika orang pilihan mereka tidak dipilih.
“Sebuah parti yang mendakwa berjuang kerana Islam, benda serupa ni tak patut berlaku kerana mulut kita cakap nak Islam, tetapi bila sampai jadi macam ni, ambo (saya) cukup takut... berebut nak jadi calon.

Komen:

Calon PAS sendiri membuktikan bahawa mereka tidak menghormati pucuk pimpinan parti mereka sendiri. Calon-calon tersebut mempunyai hak mereka sendiri untuk memilih samada mahu berjuang bersama parti atau bertindak menidakan parti mereka sendiri. Jika PAS merasakan mereka berjuang kerana Islam tetapi sebaliknya mereka tidak berbuat begitu kerana menutup suara-suara rakyat yang mahukan pembebasan dalam memilih kepimpinan ketua yang mereka rasakan sesuai.

“Maknanya banyak lagi yang kena tarbiah. Ambo tengok dari luar saja sebagai pemain import. Tapi kena tegur, kalau tidak tak ada orang berani tegur," katanya ketika berucap pada ceramah Pas di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik), di sini, malam kelmarin.

Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin bersama pengarang akhbar itu membayar gantirugi berjumlah RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi dan UUM.

Penghakiman mahkamah itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Priscilla Gendagaran pagi Rabu setelah kesemua defendan gagal menghadirkan diri atau membawa peguambela ke mahkamah.

Dr Nordin dan UUM mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dan pengarang akhbar terbabit pada Februari tahun lepas setelah akhbar "Suara Keadilan" dan laman blog Malaysia Today menerbitkan satu artikel yang bertajuk "NC UUM PENCIPLAK" pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Peguam Dr Nordin dan UUM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata artikel itu mempunyai unsur fitnah dan menjatuhkan kredibiliti Dr Nordin sebagai seorang Naib Canselor serta telah menjejaskan nama baik universiti itu.

Artikel itu mendakwa Dr Nordin kononnya telah menciplak satu tulisan bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muhtar Suhaili yang bertajuk "Mahasiswa dan Tanggungjawab Mengurus Kejayaan".

Dr Nordin menafikan dakwaan kononnya beliau menulis rencana itu dan meminta Raja Petra serta pengarang akhbar terbabit untuk memohon maaf kepada beliau dan UUM.

Mohd Khairul berkata setelah Raja Petra dan pengarang akhbar itu tidak mahu memohon maaf, Dr Nordin dan UUM terus mengambil tindakan sivil mengikut Akta Fitnah 1957.

Mohd Khairul berkata defenden tidak membela diri di mahkamah dan penghakiman pagi ini memerintahkan Raja Petra membayar gantirugi am sebanyak RM2 juta kepada Dr Nordin dan RM2 juta lagi kepada UUM.

Selain itu, ketua pengarang akhbar Suara Keadilan dikenakan hukuman membayar gantirugi am sebanyak RM1 juta kepada Dr Nordin dan sebanyak RM500,000 lagi kepada UUM.

Editor akhbar itu pula diperintahkan membayar gantirugi am berjumlah RM1 juta kepada Dr Nordin dan RM500,000 kepada UUM.

Dr Nordin dan UUM juga mengemukakan saman yang sama terhadap Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) sebagai penerbit akhbar Suara Keadilan dan perbicaraan kes itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Mohd Khairul berkata kegagalan defenden membayar gantirugi itu membolehkan tindakan perintah muflis dan menyita semua harta diambil oleh mahkamah.

Bercakap kepada pemberita, Dr Nordin berkata tindakan beliau adalah sebagai pencetus kepada orang ramai termasuk golongan ahli politik atau artis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan laman blog.

Katanya mereka yang sewenang-wenangnya melemparkan fitnah kepada orang dalam laman blog masing-masing kini harus mengambil pengajaran bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Saya tahu mungkin saya tidak mendapat wang itu kerana mereka tidak mampu membayarnya tetapi saya puas kerana kes ini membuktikan terdapat ruang untuk mengambil tindakan sivil terhadap pemilik laman blog yang melemparkan fitnah," kata beliau.

Dr Nordin berkata jumlah saman itu sebenarnya masih tidak setimpal dengan perbuatan menjatuhkan imej sebuah institusi pengajian tinggi dan jika defenden membayar gantirugi kepada beliau, wang berkenaan akan digunakan untuk kepentingan universiti.

Komen:

" Broadly speaking, liberalism emphasizes individual rights and equality of opportunity. Different forms of liberalism may propose very different policies, but they are generally united by their support for a number of principles, including extensive freedom of thought and speech, limitations on the power of governments, the rule of law, the free exchange of ideas, a market or mixed economy, and a transparent system of government."

RPK merasakan dirinya amat "liberal" hingga mengambil jalan mudah dengan manabur fitnah. Mahu membuktikan dirinya bebas melakukan apa sahaja berdasarkan benak fikiran caca-merba. Sedarlah RPK berfikiran "liberal" ada had-hadnya. Bagus! Biarkan dia tahu bahawa hukuman undang-undang tidak mengira diri, peribadi dan fikiran seseorang itu.

Wednesday, March 26, 2008

Penangguhan pemilihan stabilkan kembali UMNO

JIKA Majlis Tertinggi (MT) UMNO meluluskan penangguhan pemilihan parti pada mesyuaratnya esok (Khamis), bermakna ini merupakan kali ketiga ia dilakukan sejak 1999.

Berbeza dengan dua penangguhan sebelum ini yang disebabkan persiapan dan tumpuan parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN) itu untuk menghadapi pilihan raya umum, penangguhan kali ini berkait rapat dengan usaha untuk mengukuhkan dulu kepercayaan dan perasaan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi.

Masyarakat umum khususnya orang Melayu maklum betapa parti yang memperjuangkan nasib dan masa depan Melayu itu terluka dengan pencapaian teruk BN pada Pilihan Umum Ke-12 8 Mac lalu.

Pengalaman pahit BN akibat kehilangan Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang selain gagal menawan semula Kelantan hakikatnya lebih dirasai oleh UMNO.

Kehilangan majoriti dua pertiga, yakni hanya kurang lapan kerusi daripada 148 yang diperlukan, juga dirasai pahitnya oleh 3.2 juta ahli UMNO.

Ketika MCA menderita kekalahan terburuk sejak 1969 apabila hanya memperoleh 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi, MIC pula cuma menang tiga kerusi manakala Gerakan hanya meraih dua daripada 12 kerusi, kerusi-kerusi Parlimen UMNO masih teguh dipertahankan. UMNO memperoleh 78 daripada 117 kerusi Parlimen yang ditandingi.

''Apa yang penting sekarang ialah kita harus bermuhasabah dari segi kepentingan dan kekuatan parti. Sekarang bukan masanya untuk cabar-mencabar berebut jawatan. Boleh cabar (jawatan) tetapi apa yang penting kita teguhkan parti kita," kata Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Datuk Husainay Hashim ketika dihubungi Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Menurut Husainay, kesemua perwakilan badan perhubungan UMNO termasuk dari Johor yang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama empat hari sejak Jumaat lalu di kediaman beliau di Seri Perdana, Putrajaya mahu pemilihan parti yang dijadualkan sekitar Ogos atau September ini ditangguhkan ke satu tarikh lain - selewat-lewatnya sebelum Jun 2009.

Katanya, tidak timbul soal cadangan itu melanggar sistem demokrasi dalam parti kerana peruntukan mengenai penangguhan itu disebut dalam Perlembagaan UMNO.

Fasal 10.17 menyebut MT mempunyai kuasa dan berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan. Penangguhan itu tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

''Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari esok (hari ini).

''Setelah diputuskan, ia kemudian akan dikemukakan kepada MT untuk dimuktamadkan," katanya.

Menurut Husainay, Abdullah dan Najib dijangka turun ke Sabah - negeri yang mempunyai jumlah bahagian UMNO terbesar - dalam waktu terdekat untuk mendapatkan gambaran mengenai perkara itu.

''Dalam politik, kita tidak boleh tutup mulut orang (untuk mencabar bertanding jawatan parti) tetapi apa yang pucuk pimpinan buat ketika ini ialah jika penangguhan pemilihan parti direalisasikan, ia hanyalah semata-mata untuk menstabilkan kembali UMNO. Kita patut lihat kehendak rakyat yang mahu kita (UMNO) hidup untuk rakyat," katanya.

Idris sedia mohon ampun kepada Tuanku Mizan

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sedia menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bila-bila masa untuk memohon ampun.

Katanya, sebagai hamba Allah, beliau tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

Idris berkata, malah pada 23 Februari lalu, beliau telah menyebut ungkapan tersebut ketika menghadap Tuanku Mizan bagi mendapat perkenan senarai calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur.

‘‘Oleh itu, saya sanggup memohon ampun dan maaf jika saya melakukan kesalahan. Saya sanggup menghadap baginda pada bila-bila masa.

“Sebenarnya, saya selalu minta ampun dan maaf kepada Tuanku dan paling akhir ialah pada 23 Februari lalu (semasa menghadap baginda). Saya tahu sebagai pemimpin negeri, memang ada salah silap saya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang diadakan di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Idris berusaha menemui Tuanku Mizan selepas pilihan raya, beliau berkata, pihaknya telah membuat temu janji dengan baginda sehari selepas pilihan raya.

Ujarnya, dalam jadual asal beliau akan menemui Tuanku Mizan pada pukul 5 petang tetapi ditangguhkan dan akhirnya tidak berpeluang langsung untuk menemui baginda sehingga kini.

“Pada 9 Mac, saya diberi ruang untuk menemui baginda pada pukul 5 petang tetapi saya diberitahu pertemuan itu ditangguhkan. Saya menunggu dan sehingga tengah malam, saya gagal menemui baginda.

“Saya berusaha menemui baginda tetapi tidak diberi ruang. Bagaimanapun, saya sedia menemui Tuanku Mizan semula saya memohon ampun dan maaf kepada baginda jika saya benar-benar melakukan kesalahan,’’ katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, hubungannya dengan baginda adalah amat baik selama ini.

Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan sesetengah pihak yang melihat perbuatan Idris itu dianggap menderhaka beliau berkata: “Saya taat pada Sultan.’’

Ditanya apakah kesalahan yang dilakukannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang baginda, beliau tidak mengetahuinya.

“Saya tidak tahu, saya tidak tahu dan saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi,’’ katanya lagi.

Selain Tuanku Mizan, Idris berkata, beliau juga bersedia meminta maaf dengan mana-mana pihak.

“Saya terbuka dan telah saya katakan tadi sebagai hamba Allah saya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan,’’ ujarnya.

Sementara itu Idris berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan pucuk pimpinan parti termasuk melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain menjadi Menteri Besar selain dirinya dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata, jika itu adalah penyelesaian yang difikirkan paling sesuai, maka beliau akan reda demi kebaikan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu berkata, dalam mengatasi kemelut tersebut sudah tentu pucuk pimpinan akan menjadikan kepentingan rakyat sebagai asas agar konflik yang berlaku itu akhirnya dapat diatasi.

‘‘Saya akan terima apa sahaja keputusan untuk kebaikan rakyat. Baik untuk rakyat, baiklah untuk saya. Saya tidak akan lari daripada perkara ini,’’ katanya lagi.

Beliau mengakui konflik yang berlaku ketika ini sekiranya dibiarkan berlarutan tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya terus merugikan rakyat Terengganu.

“Fitnah berlarutan, rakyat di bawah merasa kurang senang. Yang tidak suka kepada saya akan terus menabur fitnah kepada saya, yang menyokong saya akan menabur fitnah pula kepada orang yang tidak menyokong saya.

“Rakyat kerugian kerana kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik, kita sepatutnya telah membentuk kerajaan sejak dua minggu yang lalu. Ini tidak menguntungkan sesiapa pun,’’ katanya.

Tuesday, March 25, 2008

Inilah Dia Janji Komunis..Janji Lahanat DAP

SELEPAS lebih dua minggu Pilihan Raya Umum Ke-12 berlalu, seluruh penduduk di Pulau Pinang masih menanti kerajaan negeri pimpinan DAP untuk melaksanakan janji-janji mereka.

Antara janji pembangkang sewaktu berkempen ialah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala), bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah serta penurunan harga minyak.

Namun apa yang dinanti-nantikan ialah bila bayaran di Plaza Tol Sungai Nyior hendak dimansuhkan kerana satu ketika dahulu, ia pernah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna semasa pemerintahan Barisan Nasional di bawah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Plaza tol itu sebenarnya telah menimbulkan rungutan di kalangan pengguna sejak ia mula dibuka pada 21 Februari tahun lalu dan berlarutan sehingga mendapat campur tangan dari kerajaan negeri, Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan Kementerian Kerja Raya.

''Bilakah agaknya?'' Itulah yang dinanti-nanti ketika ini oleh para pengguna laluan itu yang terpaksa membayar 50 sen setiap kali menggunakannya.

DAP memang menggunakan isu pemansuhan bayaran tol itu untuk memancing undi ketika berkempen dan mereka berjanji untuk memansuhkan bayarannya sehari selepas menerajui kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng kini bagaikan dalam dilema kerana tiada satu usaha dilakukan untuk memansuhkan bayaran tol itu sehinggakan ia menimbulkan rasa gelisah kerana janji sudah dibuat tetapi bila hendak dilaksanakan.

Pelbagai pihak, khususnya UMNO mendesak agar kerajaan negeri menyegerakan pemansuhan bayaran tol itu kerana tidak mahu DAP menjadikan ia sebagai gula-gula pilihan raya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan terus mendesak sehingga kerajaan negeri menunaikan janji kepada rakyat.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu menunaikan semua janji mereka malah untuk memansuhkan bayaran tol belum pasti dilaksanakan.

"Saya tidak yakin kerajaan negeri mampu mengubah semua perjanjian dengan pemegang konsesi kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak untuk membayar pampasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sin hari ini.

Tol Sungai Nyior merupakan sebahagian daripada pakej Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang bernilai RM400 juta dengan jarak 14 kilometer .

Kadar tol yang ditetapkan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) adalah antara 50 sen hingga RM3.90 mengikut kelas kenderaan.

Menurut Marzuki, Pemuda UMNO akan terus memainkan peranan mereka sebagi pendesak agar kerajaan negeri tidak lupa akan janji-janji mereka kepada rakyat.

"Alangkah malangnya jika rakyat tertipu dengan segala helah pembangkang ketika berkempen kerana kita tahu untuk mengubah semua perjanjian adalah sukar lebih-lebih lagi melibatkan kos pampasan yang tinggi," katanya.

Komen:

Seperti yang dijangka DAP dan BA hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu bagaimana nak menepatinya. Tunggu dan lihat bagaimana janji mereka hanya janji tinggal janji sehinggalah tamat penggal pemerintahan mereka pada pilihan raya ke 13 akan datang.

Dari mana datangnya keikhlasan dan percaya rakyat jika mereka tidak mampu menepati janji. Biasalah! Janji komunis mana boleh pakai!

Janji DAP:

  1. Bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 atau kurang setahun.
  2. Menyediakan bekalan air bersih yang selamat dan mampu dibayar oleh rakyat.
  3. 100,000 anggota polis ditugaskan meronda di jalan-jalan bagi mengurangkan jenayah dan menghapuskan ancaman dadah.
  4. Menarik pelaburan yang berkualiti dengan pekerjaan yang menyediakan ganjaran yang tinggi.
  5. Mendapatkan khidmat ahli-ahli akademik terbaik di peringkat dunia untuk menerajui institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
  6. Menaikkan gaji bagi menarik dan mengekalkan para guru dan pensyarah yang terbaik di dalam pendidikan.

Jangan perkecil kepimpinan

Para pemimpin UMNO di semua peringkat dinasihatkan supaya mengutamakan kepentingan parti dan bukannya mengambil tindakan yang cuba memperkecil-kecilkan kewibawaan pucuk pimpinan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam keadaan sekarang, sokongan semua pihak amat diperlukan bukan sahaja untuk memastikan kestabilan di peringkat Pusat bahkan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Sehubungan itu, beliau merayu semua pihak memberikan sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

''Parti perlu sentiasa diutamakan. Kita juga perlu sokong Pak Lah, jangan perkecilkan kemampuan beliau.

''Apa juga masalah akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. Setiap perkara yang terjadi tentu ada hikmahnya yang tersendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kemampuan UMNO menyelesaikan kemelut politik di Terengganu selepas perkembangan terbaru yang menyaksikan Datuk Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu majlis tertutup di Istana Tetamu, Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tawaran individu yang mendakwa boleh membetulkan semula UMNO pada waktu ini juga tidak sesuai pada masanya.

''Ada yang tawar diri hendak meremajakan UMNO. Mengapa membuat tindakan tidak sesuai seolah-olah hendak meluncur di arah yang berbeza dengan parti?

''Hari ini kita perlu fikir cara untuk mantapkan parti dan ambil alih semula negeri yang kalah pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau juga meminta pemimpin UMNO supaya menolak pujukan individu tertentu atau kelompok kecil yang mahu mereka berpaling daripada parti.

Ditanya kemungkinan pemimpin UMNO di negeri yang kalah mengikut langkah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meletak jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional negeri, Ahmad Zahid berkata: ''Kita jangan beri warna agak gelap kepada pemimpin yang kalah. Itu (kekalahan) tanggungjawab semua.

''Jangan salahkan individu. Kelemahan akar umbi perlu diperbaiki selain keyakinan pemimpin boleh menyuntik semangat setiap ahli UMNO sendiri," katanya.

Monday, March 24, 2008

Kesediaan Shabery Untuk Bertemu Iktiraf Peranan Blogger Di Malaysia

Komuniti blogger di Malaysia menyifatkan kesediaan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk bertemu dengan mereka sebagai pengiktirafan kepada peranan komuniti siber di negara ini.

Yasser Arafat Ishak atau lebih dikenali sebagai Jiwarasa dalam kalangan komuniti siber berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk mendengar pandangan golongan itu adalah perkembangan positif dalam aspek pembinaan negara.

Katanya kesediaan itu juga memberikan ruang kepada kerajaan untuk mengenali peranan golongan itu dalam mengupas isu semasa yang menjadi perhatian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Kenyataan Menteri Penerangan itu satu perkembangan positif dan ini bermakna kerajaan mengakui pengaruh blogger dalam membentuk pandangan masyarakat di negara ini," katanya kepada Bernama selepas sesi diskusi "Penulis dan Blog: Trend Masa Kini" anjuran Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di DBP di sini hari ini.

Yasser dan Nisah Haron, juga seorang blogger, adalah dua anggota panel bagi sesi diskusi itu yang dipengerusikan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Shamsudin Othman, mengulas kesediaan Shabery untuk berjumpa dengan komuniti siber itu dalam masa terdekat.

Semalam, Shabery berkata kementerian itu memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

Statistik Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) menunjukkan 13.5 juta orang atau 47.8 peratus daripada 28.29 juta populasi di negara ini menggunakan internet pada tahun lepas, membuktikan ruang siber mempunyai kebolehcapaian audien yang tinggi.

Dianggarkan kini terdapat lebih 70 juta web blog di seluruh dunia dengan blog yang menggunakan bahasa Jepun tertinggi mewakili 37 peratus daripada jumlah keseluruhan blog diikuti bahasa Inggeris (33 peratus), bahasa Cina (8 peratus), bahasa Itali (tiga peratus), Parsi (satu peratus) dan seterusnya bahasa lain.

Timbalan Presiden Geng Jurnal, Zaifulnizam Wagiran atau nama sibernya Attokz, berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk berjumpa dengan blogger menunjukkan kerajaan mula menyedari pengaruh blogger dalam membentuk kesedaran politik golongan muda.

"Ahli politik dah terjaga daripada tidur lena ekoran keputusan pilihan raya umum lepas. Kelebihan ada pada pembangkang yang telah menggunakan blog sepenuhnya sehingga menyebabkan golongan muda berpihak kepada mereka.

"Mungkin sudah terlambat tetapi keadaan ini masih boleh dibaiki," katanya.

Beliau berkata tidak semua blog bersifat negatif kerana ada yang memberi komen membina.

Geng Jurnal adalah komuniti siber yang memperjuangkan bahasa Malaysia dengan penggunaan bahasa Malaysia dalam blog lebih 3,000 anggotanya yang aktif di seluruh negara.

Nisah berkata kesediaan Ahmad Shabery itu mengiktiraf blog sebagai medium baru bersifat dua hala yang cepat dan kebolehcapaian audien yang tinggi.

"Ini (pengiktirafan) akan menghapuskan prejudis terhadap blogger," katanya.

Laman Blog Dekati Belia

Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan laman blog sendiri untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaacob berkata, blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular dalam kalangan belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan ekoran fungsinya cukup berkesan.

"Sekiranya kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di sini malam tadi.

Beliau berkata blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia pada hari Selasa bagi mendapatkan maklum balas mengenai kedudukan sebahagian besar pertubuhan belia yang tidak bermaya dan lesu.

Komen:

Jangan diperlekeh suara-suara para bloggers kerana kini blog merupakan salah satu medium penting dalam menyuarakan suara dan pendapat rakyat. Tindakan mewujudkan blog khas seperti yang dirancang oleh KBS di lihat bersesuaian dan amat bertepatan dengan waktunya di mana rakyat kini dahagakan medium yang dirancang teliti oleh Kerajaan untuk mendapatkan maklumat serta menyuarakan pendapat mereka.

Kementerian Penerangan dan Penulis Blog

Kementerian Penerangan akan mengadakan pertemuan dengan penulis blog dalam masa terdekat bagi mendekati dan memahami golongan penggerak media alternatif itu.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, adalah tidak wajar bagi pihaknya untuk mengenepikan penulis blog kerana mereka juga mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

Katanya, blog telah dijadikan medium oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan secara terus kepada kerajaan walaupun ada kalanya boleh menimbulkan perkara negatif.

“Amat perlu untuk (Kementerian Penerangan) memahami mereka dengan lebih dekat, ini prinsip keterbukaan yang saya rasakan tidak boleh kita hindari.

“Walaupun ada kalanya cara penyampaian mereka boleh menimbulkan perkara negatif, saya percaya banyak perkara positif yang boleh saya ambil daripada penulis blog,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama pegawai kanan Kementerian Penerangan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe.

Ditanya adakah pertemuan itu merupakan usaha awal kerajaan untuk mengawal penulis blog, Ahmad Shabery berkata, isu itu sama sekali tidak timbul.

“Saya mahu bertemu mereka dahulu, kita boleh membawa kuda ke tempat air tetapi tidak boleh memaksa kuda minum air.

“Saya rasa adalah lebih baik untuk saya menjadi pendengar yang baik sebelum mereka mendengar cakap saya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penulis blog tidak semestinya dianggap sebagai pembangkang apabila mereka menyatakan pandangan alternatif.

Katanya, ada kalanya penulis blog yang dilihat menjadi penyokong pembangkang turut mengkritik dasar parti-parti pembangkang.

Mengenai peranan blog dalam pilihan raya umum lalu, beliau berkata, mesej yang disampaikan rakyat melalui keputusan pilihan raya itu banyak dibuat oleh pengundi kelas pertengahan.

Katanya, golongan itu mempunyai akses Internet yang membolehkan mereka mendapat maklumat alternatif selain akhbar dan televisyen.

“Sudah tentu saya rasakan peranan yang dimainkan mereka perlu difahami,” tegasnya.

Komen:

Laman Blog dan para Bloggers kini telah mendapat tempat dihati rakyat sebagai medium penyebaran dan perbincangan mengenai sebarang masalah di dalam dan di luar negara. Dengan adanya perbincangan dan perjumpaan secara langsung di antara Bloggers dan Kementerian maka kata sepakat di dalam sesuatu objektif dapat di capai dan mudah difahami.

Tidak kira samada bloggers itu merupakan pro Kerajaan atau Pembangkang, yang pasti sesuatu isu yang dipertengahkan perlulah mendapat reaksi secara menyeluruh. Dengan adanya perjumpaan, sebarang masalah dapat dicapai dari awal lagi.

Idris Terima Keputusan Istana

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh, menerima keputusan Istana Terengganu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

"Kita terimalah keputusan (Istana) saya tak pergi larang pun.. tak apa-apa. Ada tak kita kata nak langgar keputusan.. kita hormati keputusan yang dibuat oleh Istana," katanya.

Pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini semalam, Adun Jertih itu bagaimanapun berkata, rakyat Terengganu nampaknya tidak begitu berpuas hati dengan apa yang berlaku.

"Saya tahu saya masih mendapat sokongan daripada 22 Adun dan saya tahu rakyat ikut bersama-sama saya. Jadi kita perlu melihat implikasi undang-undang dengan lebih mendalam sebelum saya membuat komen mengenai perkara ini".

Komen:

Satu perwatakan seorang ketua ditonjolkan, di mana beliau berjaya mengawal emosi serta sentiasa bertindak secara professional. Maaf memaafkan dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka merupakan sifat seorang ketua yang berjaya.

Friday, March 21, 2008

Usaha pembangkang perbuatan keji & terkutuk

Usaha parti pembangkang untuk ‘membeli’ wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disifatkan satu perbuatan yang keji dan tidak boleh diterima oleh UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya jika perkara itu benar-benar terjadi, maka rakyat sendiri akan dapat menilai keikhlasan mereka memimpin atau semata-mata untuk memerintah.

‘‘Kalau ia wujud bagi pihak pemimpin kita sendiri di mana mereka telah bertanding di atas tiket parti tergamak memikirkan untuk dibeli, susah untuk saya katakan ia satu perjuangan yang tulen dan ikhlas,’’ katanya.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba ‘membeli’ wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru.

BN masih relevan


Barisan Nasional (BN) masih relevan dan popular di kalangan pengundi walaupun gagal mencatat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini berdasarkan jumlah undi yang diperoleh BN masih mengatasi pakatan pembangkang.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu BN memperoleh 4.1 juta undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1.4 juta undi manakala Pas dan DAP masing-masing 1.1 juta undi.

‘‘Sebenarnya orang yang mengundi menentang BN juga terkejut kerana tidak sangka ini akan berlaku dan mereka juga bimbang.

‘‘Kita tahu rakyat kini gelisah kerana mereka sudah biasa dengan BN selama 50 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul 1429 Hijrah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cubaan ‘membeli’ Ahli-Ahli Parlimen BN dengan tawaran mencecah jutaan ringgit sebagai usaha menjatuhkan kerajaan.

Sambil menyifatkan, tindakan itu sebagai cubaan ‘menangguk di air keruh’, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO menegaskan BN kini masih kukuh.

‘‘Saya hendak ingatkan mereka supaya jangan hendak menjadi bodoh. Mereka ingat BN boleh diibarat seperti air keruh. Sebenarnya air masih jernih kerana ahli Parlimen kita sedar BN adalah satu-satunya parti yang boleh membawa Malaysia ke depan,” katanya.

Tengku Adnan berkata, pihaknya juga akan menghantar kumpulan perisik ke seluruh negara bagi menyiasat cubaan jahat parti pembangkang itu.

Mengulas mengenai keputusan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, beliau percaya tindakan tersebut dilakukan dengan penuh keikhlasan.

‘‘Dia orang Pemuda, dia pun dari Pemuda saya, saya juga dari kilang Pemuda, saya tahu kilang Pemuda ini lain sikit, saya tidak percaya ia dilakukan atas faktor kecewa,” katanya.

Ditanya sama ada beliau ada meminta jawatan sebagai menteri, Tengku Adnan berkata, ia merupakan prerogatif Perdana Menteri.

Komen:

BN tetap nombor 1. Segala usaha yang akan dilakukan selepas ini adalah untuk memastikan BA kecundang di dalam PRU-13

Wednesday, March 19, 2008

PAS Will Only Implements Islamic Rules If The Non Muslim Allows

Dipetik Dari: http://tunkuaisha.blogspot.com

PAS MB: Ban on vices not ruled out in Kedah
Kedah Mentri Besar Azizan Abdul Razak has not ruled out a ban on the sale of hard liquor and gambling in the state but this would only happen if the Chinese community agreed to it.

If the Chinese think that gambling and drinking is fine then we will let it go on. If there are no restrictions from other religions, we’ll let it go on.

"But from how I see it, some of them don’t agree with gambling and drinking.
"So if the Buddhists or Christians say it’s wrong, then we will wait and see if we want to act against gambling and the selling of liquor," he told Malaysiakini.
There is still an air of uncertainty whether the PAS-led state government would implement a ban against vices stated in the Muslim religion.

However, Azizan remains steadfast that there will be no drastic changes in Kedah and that the implementation of Islamic law would come into force only when the people fully understood the religion.

Meanwhile, Anak Bukit state assemblyperson Amirudddin Hamzah echoed Azizan’s stand and said any new policy will only be done with consultation from the people.
"(Policy changes) will not be forced upon the people suddenly. The MB has said that the existing policies will go on. There will not be any major changes.

"If there was, it would be done with consultation and education from the people," he said.
He said liquor shops and gambling licences will carry on and be allowed to open.
"We were also made known that gambling and drinking is prohibited in other religions. Should any policy changes on these matters arise we will not do it instantly, we’ll do it step by step," he added.

Open selling of pork

In another matter, various groups have called for pork to be sold openly in Sungai Petani.
Currently in the town, pork is sold behind tinted screens and black plastic bags are used. This ruling was put in place under the previous Barisan Nasional government.
According to them, parliamentarian Johari Abdul from PKR had promised in his election manifesto that pork will be sold openly.

Azizan when quizzed on whether his government would reverse the ruling, said: "I don’t know. We have to wait and see. Right now we are focused on the development for the people."

Meanwhile, Amirudddin could not confirm if this has been discussed as he was presently in Kuala Lumpur.
He said the Kedah state executive council will be holding a meeting tomorrow and is unclear if the issue of pork will arise.
PAS formed the new state government after winning 16 out of the 36 state seats available. They also won four from the 15 parliamentary seats in Kedah.

Tunku : PAS had shown their true colours.Where are the so called ISLAMIC RULES ? Where are the hudud that you promised the kampung people ? Now you are saying that if the people wants it all the vice activities will carry on. These people called themselves the true muslim and had labelled UMNO as infidels.Now is the chance for us to see who are infidels."cakap tak serupa bikin". Just look at how PKR did their campaign during the election, they promised al sort of things just to get votes.

Tuesday, March 18, 2008

SENARAI BARISAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI KABINET 2008

Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak


JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Menteri: Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Menteri: Datuk Zaid Ibrahim (senator)

Menteri: Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Datuk Johari Baharum

Timbalan: Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)

Timbalan: S K Devamany

Timbalan : Datuk Hasan Malek


KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan : Datuk Chor Chee Heung

Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)


KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan : Datuk Kong Cho Ha


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Datuk Ong Tee Keat

Timbalan : Datuk Anifah Aman


KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed

Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)


KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI

Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Datuk Liew Vui Keong

Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad

Timbalan : Jelaing anak Mersat


KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Datuk Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong

Timbalan : Datuk Razali Ismail


KEMENTERIAN PENERANGAN

Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe


KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Menteri : Datuk Shafie Apdal

Timbalan : Teng Boon Soon


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Datuk Dr. S Subramaniam

Timbalan : Datuk Noraini Ahmad


KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan : Fadillah Yusof


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin


KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak

Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun


KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan : Wee Jeck Seng


KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Menteri : Datuk Noh Omar

Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan : Noriah Kasnon


KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin

Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung

Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

Kabinet Baru 2008

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini telah mengumumkan barisan kabinet barunya yang membariskan lebih separuh daripada barisan kabinetnya terdiri daripada muka baru.

PM masih lagi akan memegang Kementerian Kewangan dan Datuk Seri Najib selain dari menjadi Timbalan Perdana Meneri akan terus memegang Kementerian Pertahanan.

Beberapa perubahan dilakukan Datuk Syed Hamid Albar akan bertukar kementerian dari Kementerian Luar ke Kementerian Dalam Negeri. Jawatan Menteri Luar diisi oleh Datuk Rais Yatim.

Hishamuddin Datuk Hussein kekal sebagai Menteri Pelajaran manakala Datuk Khaled Nordin kini memegang Kementerian Pengajian Tinggi.

Datuk Zaid Ibrahim dan Amirsham Abdu Aziz (bekas Pengerusi Maybank) akan dilantik sebagai senator untuk membolehkan mereka memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Penguna disandang oleh Datuk Shahrir Samad sementara Datuk Azalina yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan kini dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ialah Datuk Noh Omar dan Mahyudin Mohd Yassin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan disandang oleh Shafie Afdal manakala Menteri Perusahaan Utama oleh Peter Chin.

Zulhasnan Mohd Rafique dilantik Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Ong Tee Kiat sebagai Menteri Pengangkutan.

Datuk Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Datuk Mustapha Mohd, ahli Parlimen Jeli dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sementara Datuk Maximus Ongkili sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi.

Apa Pendirian PAS?

Beberapa kenyataan pemimpin PAS mengenai kerjasama dengan DAP dan bukan Islam

  • Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram - (Hukum Dewan Ulama Pas Kelantan - Ogos 1963)
  • Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam sahaja bersatu, bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir ada juga. Dia tarik supaya bersatu cara dia - (Ceramah Abdul Hadi Awang di Bukit Tok Beng Seberang Takir - 17 April 1984)
  • Siapa yang nak tolong kerajaan Islam kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun saya terima. - (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 24 Januari 1999)
  • Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP - (Datuk Nik Aziz Nik Mat - 12 Mei 1999)

Surat Untuk Pelupa Diri - Anwar


Surat Dari Rakyat:

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menggerakkan tindakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apa Anwar peduli! Sebab dia sudah kaya. Kalau negara huru-hara, dia boleh bawa anak isteri ke luar negara, kawan baik pun ramai di sana, pergi jahanam dengan Malaysia.

Tahniah kepada Anwar kerana berjaya mendalangi demonstrasi dan perhimpunan haram semata-mata kerana kuasa. Hindraf pun disokong juga. Mungkin orang Melayu pun boleh ikut sama pada ketika rizab sudah tidak ada, hak dalam ekonomi pun sudah sama rata.

Melayu Pulau Pinang pun sudah mula merayu kepada pemimpin komunis bukan Melayu supaya mereka tidak terperosok ke penjuru. Lepas ini di mana pula, mungkin Perak dan Selangor juga, tapi apa nak dikata, orang Melayu sendiri yang rela, nak kata apa, padan muka!

Tahniah kepada Anwar kerana telah menanamkan azam di dada saya untuk mendidik anak-anak sendiri supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah lupa diri, hidup mati insya-Allah di sini, menyokong DAP dan PKR jangan sekali! Hai orang Melayu, merekakah pemimpin yang kita mahu?

-Ibu Sayang Anak -
- Melaka -


Monday, March 17, 2008

Ketakutan PAS Pada DAP & PKR

PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

Komen:

Hukum membiarkan penjualan arak bagi seorang ketua negara beragama Islam secara terus adalah merupakan dosa kerana secara terang terangan ianya telah membantu ke arah kemaksiatan. Firman Allah swt :-

ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ

” hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” [surah al-Maa’dah : 2]

Islam mengharamkan umatnya mengambil sebarang manfaat daripada arak seperti minum, memberi minum, memberi, menjual, membeli, membawa, memproses, meluluskan lesen penjual arak kepada orang Islam dan lain-lain berkaitan dengannya.

a) Dalil Al-Quran surah Al-Maaidah ayat 90 :

Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".

b) Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak).

Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan, penubuhan, perniagaan dan penggunaan berkaitan arak adalah haram.

- Orang Islam haram memberi sebarang perkhidmatan arak kepada orang Islam atau kepada orang bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar.

Hadis riwayat Al-Humaidi mengeani hukum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir. Daripada Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada Nabi SAW, kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun. padahal arak sudah diharamkan maka Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya arak telah diharamkan, "lelaki itu bertanya : Bagaimana kalau saya menjual? Baginda bersabda "Sesungguhnya arak telah diharamkan. "lelaki itu bertanya, "Bagaimana kalau saya menjualnya? Baginda bersabda "Sesungguhnya minuman yang diharamkan meminumnya haram menjualnya, orang itu bertanya lagi, "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi? Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya yang mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi", lelaki itu bertanya lagi, "Apa yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah SAW "Tuangkanlah di Al-Battha.

Hadis ini menunjukkan bahawa memberi hadiah arak kepada orang kafir tentulah lebih aula haramnya , kerana sekiranya percuma harganya adalah lebih aula haramnya.

Orang-orang Islam dilarang menjual dan meminum arak berdasarkan seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu :

"Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya".

"Sebaran ini merupakan fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu dengan niat dan tujuan jahat serta ingin menimbulkan perasaan kurang senang dan gelisah sebahagian masyarakat di Perak," katanya.

Komen:

“Bagai Katak Melompat Keluar Dari Tempurung, Terkejut Beruk, Mati Katak”. Inilah kata-kata yang sesuai diungkapkan kepada PAS. Tahniah diucapkan kepada PAS kerana parti ini akhirnya berjaya keluar dari kepompongnya. Baru PAS tahu bagaimana mentadbir negari diluar dari Kelantan. Sebelum ini di Kelantan bolehlah semua rakyat ikut telunjuk PAS. Tetapi harus diingatkan bila dah diluar ni “Anytime” rakyat boleh pijak lumat. Janganlah terlalu emosional sangat. Baru kena sikit dah gelabah riuh sekampung. Takkan takut hingga perlu buat report polis. Takut akan kebangkitan rakyat terutamanya pada PKR dan DAP.

Ini baru isu kecil belum diuji dengan isu-isu besar. Mungkin selepas ini PAS akan buat kenyataan untuk balik keketiak ibu mereka di Kelantan. Mungkin selepas ini PAS akan tahu bahawa lain kali kalau nak memerintah negara belajar-belajarlah dahulu selok-beloknya. Jangan bila dah dapat kuasa langsung pondan tak tahu nak buat apa!

Menurut beliau dakwaan kononnya PAS yang memerintah Negeri Perak, dan kenyataan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak senang DAP, PKR dan penyokong-penyokongnya.

"PAS tidak memerintah negeri Perak, yang memerintah adalah Kerajaan Barisan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS," ujar beliau.

Komen:

Kenyataan PAS yang jelas menunjukkan parti ini takut kepada DAP dan PKR. Takut kepada bangsa lain sedangkan dalam Islam sendiri menjulang keperibadian ketua negeri yang teguh imannya dan berkelayakan penuh untuk memerintah negeri. Tambahan pula seorang ketua jika takut baik lepaskan sahaja jawatan itu kerana negeri tidak memerlukan ketua pengecut lagi kurang pengalaman.

"Sebaran ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan rakyat dari kalangan masyarakat Cina dan India khususnya," katanya lagi.

Baru a' Kau Tahu Guan Eng!

SEBELUM menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara orang yang paling tegas menentang beberapa dasar kerajaan. Malah, beliau juga menentang keras sebarang usaha menghalang rakyat untuk mengadakan demonstrasi tetapi kini segalanya sudah berubah.

Guan Eng semakin terasa betapa beratnya menjadi 'kerajaan yang memerintah'. Justeru tidak hairanlah apabila beliau meminta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat memilih DAP memerintah Pulau Pinang. Beliau juga mahu kerajaan negeri Pulau Mutiara di bawah kepimpinannya diberi peluang untuk menjalankan tugas dengan aman tanpa sebarang gangguan atau provokasi.

Persoalannya, kenapakah baru sekarang Guan Eng bercakap soal itu? Kenapakah baru sekarang Guan Eng menganggap demonstrasi hanya menyusahkan rakyat?

Tidakkah sebelum ini, beliau antara orang yang paling lantang mengkritik apa juga dasar kerajaan dan menganggap demonstrasi adalah amalan demokrasi.

Mungkin kini Guan Eng mulai sedar bahawa bercakap termasuklah mengkritik memanglah mudah tetapi apabila kita sendiri berada di kedudukan dikritik, ia sesuatu yang merimaskan. Guan Eng harus terima hakikat inilah realiti politik. Beliau perlu bersabar untuk menerima segala provokasi yang dilakukan oleh lawan-lawan politiknya.


Ketika tidak berkuasa dulu, bukankah Guan Eng sentiasa memegang prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara dan mengadakan demonstrasi.

Justeru kalau Guan Eng tidak mahu dianggap hanya pandai bercakap, beliau harus bersedia mengendalikan situasi sekarang.


Buktikan DAP bukanlah sebuah parti perkauman, buktikan bahawa semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya di bawah parti itu di Pulau Pinang, biarpun sebelum ini dalam kempen-kempennya Guan Eng hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Apa yang penting Setiausaha Agung DAP itu harus membuktikan bahawa DAP adalah jauh lebih baik daripada Parti Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang.

Guan Eng tidak perlu merasa marah atau kecewa dengan 'gangguan-gangguan' yang diterimanya sekarang terutamanya melalui UMNO Pulau Pinang. Ini kerana mereka hanya 'mengambil alih' tugas yang dilakukan Guan Eng dan DAP sebelum ini.

Komen:

Biar pada muka Guan Enn. Bile dah kena kat muka sendiri baru dia tahu, maka pangkal, mana hujungnya. Orang yang pandai cakap mestilah tahu cara untuk bekerja dan selesaikan masalah rakyat. Guan Enn kalau dah teror sangat sila tunjuk bakat anda yang masih tidak realistik dan fantastik.

Dalam sistem negara demokrasi, sesiapa saja ada hak untuk bersuara apa-apa perkara yang mereka tidak berpuas hati dengan pemerintah. Jika sebelum ini, pembangkang terutamanya DAP lunak bersuara melalui amalan demonstrasi, kini, semua itu berbalik keatas kepalanya untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh orang melayu pulau pinang. Bukan sahaja tidak berpuas hati dengan penghapusan DEB, malah tindakan drastik dan terlalu mengikut emosi menjadikan dirinya solah-olah ingin benar membalas dendam kepada kerajaan.

Sistem demokrasi adalah sistem yang mengamalkan perkongsian kuasa antara kaum dan bangsa yang wujud dalam sesebuah negara. Jadi perkongsian kuasa ini perlulah dilakukan dengan adil dan saksama antara semua pihak. Jika sesuatu tindakan yang ‘Bias’ dan tidak adil dibuat maka, ia akan mengundang kepada perpecahan dalam parti.

Perbezaan pendapat DEB antara PAS, DAP dan PKR

PKR :
  • Berpendapat perlaksanaan DEB gagal memberi kebaikan secara menyeluruh kepada semua kaum di negara ini termasuk orang Melayu
  • Menyediakan satu dasar baru yang lebih telus dan terbuka tanpa membezakan kaum untuk memberi bantuan
  • Mansuhkan dasar-dasar DEB

PAS

  • Mengakui perlaksanaan DEB yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 1971 berjaya memastikan ekuiti orang Melayu khususnya dalam bidang ekonomi tidak dipinggirkan
  • Mengekalkan dasar-dasar DEB.

DAP

  • Melupuskan DEB dan membebaskan pentadbiran negeri dari DEB yang didakwa lebih membantu orang Melayu di samping dikatakan menjadi punca kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.
  • Menyemarakkan sentimen perkauman dan menutup pintu kesenangan orang Melayu.
  • Mansuhkan dasar-dasar DEB

Komen:

Tiada beza pendapat antara PKR dan DAP, dua-dua sama-sama berkomplot untuk menjatuhkan kaum Melayu. Jika tiada ketua malaun melayu dalam PKR, secara terus PKR dan DAP boleh dikategorikan sebagai parti komunis yang ‘Equal’ dari segi membolot harta rakyat, menghapuskan hak istimewa rakyat serta merelaikan persaudaraan sesama kaum yang terjalin.

Guan Eng Dan Misi Seluar Katok

Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.

Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.

Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'

"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Komen:

Mat Sabu oh Mat Sabu, sampai kemana mahu kau pergi. Bertanding Pilihan Raya kalah, anjur Bersih kena cekup, mana tempat lagi yang kau mahu pergi. Di Kelantan kena tolak macam bola, ke sana sini kena campak macam batu. Nasib baiklah ada si Norma kalau tak dengan kau-kau sekali kena campak keluar Hotel.

Sekarang nampak sangat buat-buat baik dengan Ketua Komunis Pulau Pinang. Kira sekarang berunding dengan mereka semata-mata nak tagih simpati jawatan dalam Pulau Pinang ke? Eloklah tu! Feri kita pun banyak yang nak kena cat. Bagus juga kau masuk, boleh sama-sama kebas harta orang Melayu, boleh sama-sama cari jalan nak hancurkan orang Melayu Pulau Pinang.

Si Ketua Komunis ni pula nampak sangat sengaja nak timbulkan perasaan kasihan rakyat. Konon nak tunjuk yang mereka ni baiklah sangat. Tak payah nak dolak-dalih, najis yang makan harta rakyat kalau ditutup dalam roket pun orang boleh tahulah. Kalau dah dasar Komunis, buat apa pun orang meluat nak dengaq! Eloklah berseluar katok sebab hanya itu sahaja seluar yang tak guna duit rakyat. Tolak RM 100 ribu tapi dibelakang telan RM 1 Juta. Kalau dah dasar Komunis tu sama je takde beza.

Bak kata pepatah baruKalau Dah Ketua Komunis Kencing Berdiri, Bau Wangi Hanya Di Depan Tapi Hancing Tersebar Di Belakangdengan pembelot Melayu sama-sama sokong walaupun terpaksa jual bangsa sendiri semata-mata nak selamatkan diri.

Yang menjadi agak pelik, kenapa mesti membelanjakan sampai RM100 ribu untuk baiki rumah ketua menteri? sedangkan rumah kediaman rasmi ketua menteri sebelum ni sudah cukup selesa dan masih elok lagi. Tidak ada apa yang kurangnya. Alasan yang diberikan oleh Guan Enn hanya hipokrit semata-mata!

Khalid Kacang Lupa Kulit - Jual Orang Melayu Pada Komunis

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.

Oleh itu katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana DEB telah membuka banyak peluang kepada orang Melayu untuk berjaya setanding dengan kaum lain pada hari ini.

“Beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak memberi faedah kepada orang Melayu, tetapi tidakkah dasar ini telah membawa perubahan kepada orang Melayu untuk keluar daripada putaran ganas kemiskinan melalui pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

“Saya hairan bagaimana beliau boleh lupa dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau adalah antara orang yang turut sama merancang dan melaksanakan pembangunan di bawah dasar ini.

“Saya khuatir beliau sudah lupa mengenai perkara itu atau kemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadi alat kepada DAP atau pihak-pihak lain untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Komen:

Pembangkang dilihat banyak menganggu keselesaan rakyat daripada menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Mereka berjanji tetapi janji itu hanya untuk mengaburi hati dan mata rakyat. Bila mereka berjaya lihatlah apa yang terjadi! Inilah hasilnya. Mereka secara lantang menyakiti hati rakyat. Secara lantang mereka menyemarakkan isu perkauman dengan menghapuskan DEB yang mana telah banyak membantu kaum Melayu untuk berdaya saing dan maju di negara sendiri. Inikah perlakuan manusia yang perlu kita sanjung! Masihkah kita mahu membela manusia yang terang-terang menikam kita dari belakang!

Janji yang dibuat pembangkang jelas hanya janji omong kosong. Mereka sebenarnya merancang serta berkomplot untuk menjual orang Melayu dan negeri jajahan mereka secara terus kepada komunis DAP. Melayu dilihat sebagai golongan penghalang dan satu cara untuk kaum komunis untuk menakluki Malaysia adalah dengan memecah-belahkan kaum serta menghapuskan Melayu.

Tetapi sayangnya orang Melayu sendiri yang mudah alpa. Lihat sahaja kata-kata Khalid, jelas menunjukkan bahawa dia sendiri sudah lupa akan asal-usulnya. Mana mungkin dia boleh berjaya jika tiada DEB. Bagaimana kaum keluarganya boleh berjaya jika tiada DEB dan mana mungkin anak-anaknya kelak boleh berjaya jika tiada hak istimewa DEB ini. Sayangnya dia sendiri sudah lupa, dia sendiri menjual kaumnya sendiri kepada bangsa komunis negara. Jangan kita lupa kata-katanya kerana dia pun 2 X 5 dengan parti komunis negara.

PKR anggap DEB ketinggalan Zaman - Anggapan mereka meleset!

Selepas DAP menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB), kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan pendirian yang sama dan menganggap dasar berkenaan sudah ketinggalan zaman.
Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali (gambar), mahu DEB dimansuhkan kerana menganggap ia disalahgunakan oleh pemimpin politik serta kroni mereka bagi tujuan merompak kekayaan negara.

“DEB menyebabkan berlaku diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan menggantikan DEB dengan dasar ekonomi yang baru, Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang akan memperkenal dan melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang serta saksama.

Komen:

PKR dan DAP mempunyai persamaan yang tinggi iaitu merancang untuk menghancurkan kaum Melayu. Segala perancangan yang dirancang oleh mereka jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya mahu melihat orang Melayu terus pupus dan tertindas serta tiada peluang bagi menyuarakan sebarang bantahan pada PKR dan DAP kelak.

Jika ini yang mereka mahukan, maka bagi generasi baru mari kita saksikan kebangkitan rakyat berketurunan Melayu menghapuskan jembalang-jembalang dari PKR dan DAP tanpa sebarang belas kasihan. Sah! PKR dan DAP mahu menyemarakkan kembali 13 Mei! Mereka tolak kita bulat-bulat, maka kita hancurkan mereka lumat-lumat! Mari kita saksikan.

Friday, March 14, 2008

Pelaksanaan Infrastruktur Utama - DAP juga yang untung!

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menggesa kerajaan persekutuan meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan projek infrastruktur utama di Pulau Pinang.

Beliau berkata projek seperti jambatan kedua Pulau Pinang, Rangkaian Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), monorel dan sistem pengangkutan awam, lapangan terbang dan pembesaran pelabuhan yang dijanjikan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) patut diteruskan demi faedah rakyat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata semua projek infrastruktur itu adalah amat penting demi masa depan ekonomi dan kualiti hidup bagi Pulau Pinang dan juga negeri berjiran.

"Kejayaan pelaksanaan projek berkenaan juga akan memastikan Pulau Pinang akan terus tumbuh sebagai hab bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Oleh itu, Gerakan merayu kepada kerajaan persekutuan agar meneruskan projek berkenaan," katanya mengulas gesaan Umno Pulau Pinang semalam supaya kerajaan persekutuan membatalkan projek berkenaan.

Komen:

Bukan hendak bermaksud menidakkan pembangunan, tetapi rakyat ingin lihat bagaimana DAP mampu untuk membangunkan negeri Pulau Pinang tanpa bantuan dari kerajaan. Dengan tindak-tanduk DAP yang dilihat begitu ghairah membuat tindakan bodoh menidakkan hak-hak orang melayu, jadi kita ingin lihat bolehkan mereka "Survive" dalam mentadbir negara.

Pembinaan "Second Link Bridge dan sebagainya" mempunyai kepentingan semua pihak tetapi kenapa kerajaan perlu membina dan membelanja wang yang banyak tetapi akhirnya bukan sepenuhnya dinikmati rakyat Pulau terutamanya golongan Melayu sebaliknya dirampas sepenuhnya oleh DAP!

Kita akan melepaskan Pulau Pinang dari jajahan komunis durjana, tetapi pertama kita perlu melihat dan merancang dengan teliti kelemahan mereka dan bagaimanakah cara-cara yang perlu diambil untuk melepaskan negeri ini dari jajahan mereka.Kita naikan kembali harga diri orang Melayu, kita wujudkan kembali keistimewaan orang Melayu. Mungkin DAP boleh menyekat keistimewaan orang Melayu tetapi mereka tidak mampu untuk menyekat kebangkitan dari segi pemikiran dan kudrat orang Melayu.