Thursday, December 4, 2008

Mengapa Negara Memerlukan ISA?


SYUKUR Alhamdullilah sehingga hari ini Malaysia bebas daripada serangan bom oleh penganas dan rakyat dapat hidup aman damai tanpa perlu rasa takut untuk berada di mana-mana sahaja.

Insiden pengeboman di Mumbai minggu lepas yang bukan sahaja mengorbankan rakyat India malah ramai rakyat asing mengingatkan kita kepada pengeboman di Bali dan Jakarta yang dilakukan oleh anggota Jemaah Islamiah (JI) yang mahu mewujudkan pemerintahan Islam di rantau Nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura.

Siapa yang tidak kenal dengan Azahari Husin dan Noordin Mohamad Top dua orang rakyat Malaysia yang menjadi dalang dalam insiden pengeboman di Bali.

Persoalannya, mengapa insiden pengeboman tidak berlaku di Malaysia sedangkan dalang yang terlibat dalam pengeboman di Bali dan Jakarta adalah rakyat negara ini? Jawapannya kerana Malaysia mempunyai AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI atau lebih dikenali sebagai ISA.

ISA adalah undang-undang pencegahan yang bertindak pantas untuk menghalang mana-mana pihak yang mahu mencetuskan keganasan atau huru hara tanpa memerlukan perbicaraan.

Undang-undang ISA membolehkan pihak berkuasa menahan mereka yang disyaki daripada kumpulan penganas atau pihak-pihak yang mahu mencetuskan hura hara dalam negara ditahan selama 60 hari tanpa bicara.

Mereka yang disyaki ini tidak boleh ditahan mengikut undang-undang biasa kerana proses perbicaraan akan mengambil masa yang lama dan ada kemungkinan keamanan tidak dapat dikawal jika ahli kumpulan anasir ini dibiar berleluasa.

Indonesia tidak seperti Malaysia atau Singapura yang mempunyai undang-undang tanpa bicara. Sebab itu insiden pengeboman kerap berlaku di Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang tanpa perbicaraan.

Jika tidak kerana ISA pengeboman juga akan turut berlaku di Malaysia kerana pakar-pakar JI dalam membuat bom yang didalangi oleh Azahari dan Nordin adalah rakyat negara ini.

Mengikut statistik PDRM, sebilangan besar yangmasih ditahan di bawah ISA adalah anggota JI yang berjaya ditahan sebelum sempat mereka melaksanakan operasi keganasan yang mereka rancang.

Malangnya, bukan sahaja parti pembangkang malah ada juga parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional hari ini mahu supaya ISA dihapus atau dimansuhkan.

Kononnya, ISA adalah kejam dan telah disalahguna oleh pihak kerajaan untuk menangkap pemimpin pembangkang yang menentang kerajaan. Hakikatnya, bilangan mereka yang ditahan dibawah ISA sekarang ini tidak sampai 100 orang.

Dengan mengambil kira rakyat Malaysia yang berjumlah 27 juta orang maka statistiknya mereka yang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin pembangkang tidak ubah seperti `setitik air dalam kolam yang besar'.

Malah jika diteliti senarai tahanan ISA seperti yang diterbitkan oleh Aliran (sebuah badan NGO), seramai 22 daripada 63 tahanan ISA di Kamunting sekarang adalah warga asing.

Selain daripada membenteras ancaman penganas Parti Komunis Malaya (PKM), ISA digunakan untuk menahan anasir-anasir militan agama termasuk JI, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Al-Arqam dan mencegah pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang dan insiden Kampung Medan pada tahun 2001.

Jadi dakwaan kononnya kerajaan menyalahgunakan ISA adalah dusta dan tidak benar sama sekali kerana boleh dikira dengan jari hanya beberapa kerat pemimpin pembangkang ditahan di bawah akta ini.

8 comments:

bungaraya said...

Bagaimana agaknya jika berlaku satu letupan besar di Kuil Batu Caves? Atau di Masjid Negara? dan disalah sebuah kuil Tokong Cina?
Maka bermulalah suasana seperti 13 mei 1969.
Tak payah banyak. Satu Bom akan menyedarkan kita semua bahawa bersengkita itu satu keadaan yang kurang selesa.

Khairi Jalalluddin said...

Saya ada membicarakan tentang ISA dalam blog. Kalau rajin jomlah ke sana.

WaZiRai said...

Tulisan saudara mengenai ISA dari sudut Islam sungguh menarik. Harap kita dapat bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam negara pada masa depan. Terima kasih.

AnakWatan said...

ISA tak kejam.... yg kejam org yg cuba memporak perandakan keamanan yg kita nikmati sekian lama....

kingpahat a.k.a Yet said...

ISA untuk keamanan rakyat,drop ISA maka negara kita akan musnah.
http://kingpahat.blogspot.com

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

abe dah tulis dalam blog dah....bacalah yeee sebab pas akan guna strategi BABI iaitu "bring anok bini in...." dan misi KT iaitu "kuat temberang..."

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

add said...

ISA amat diperlukan kepada semua kerajaan yang memerintah.

Edie said...

ISA perlu..hudud? jadi sampah? aduh..Islam hadhari..