Tuesday, November 10, 2009
Forum Pembaca Di Utusan Malaysia
Insiden di stesen LRT mengerikan
''APA yang ingin dibangkitkan di sini ialah apa yang berlaku di luar stadium sebaik sahaja para penyokong Negeri Sembilan keluar selepas meraikan kemenangan lebih kurang pukul 11.30 malam. Kejadian yang berlaku berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan telah memberi satu persepsi yang amat negatif tentang sikap orang Kelantan.
Apabila kumpulan penyokong Negeri Sembilan (memakai baju warna kuning) tiba di situ dan ingin memasuki ke stesen LRT, mereka telah dihalang dan dilempar dengan mercun dan botol air secara tiba-tiba dengan kata-kata cacian dan hinaan.
Ini menyebabkan sebilangan penyokong NS lari menyelamatkan diri. Apakah penyokong ganas ini tidak terfikir bahawa terdapat juga kanak-kanak dan wanita yang ada di situ?
Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras yang menyatakan bahawa keadaan ketika itu adalah terkawal. Apabila orang ramai berlari lintang pukang dan perjalanan mereka telah dihalang, adakah itu masih lagi dikatakan terkawal? Di mana polis ketika itu?''
ANTI SAMSENG JALANAN
Putrajaya
Blogger: Nampaknya keganasan ketika berkempen pilihan raya telah melarat teruk ke dalam bidang sukan pulak. Ini insiden yang kedua yang melibatkan penyokong Kelantan. Jika dahulu mereka membakar bas, kini bakar kerusi yang jika tidak dikawal dengan cepat boleh membakar stadium!
Ingatkan kejadian yang buruk seperti bakar mercun, baling botol air mineral, bakar kerusi stadium habis di dalam stadium, rupa-rupanya berlarutan hingga ke peringkat yang lebih teruk di luar.
Langsung tiada sikap ‘gentleman’ segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat menerima kenyataan.
Kepada yang buat kerja-kerja bangang itu, bersedialah anda untuk menerima nasib yang setimpal dengan perbuatan anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Org Kelantan ni ada sikap yg lain sikit, tebal sgt sifat kenegeriannya. Bukan masa bolasepak saja, time kolej/U dulu pun mereka ni kalau jumpa kawan senegeri, habis kita ditinggalkan, dah jadi lawan pulak. Mungkin asuhan tertentu dari peringkat rendah yg membentuk sikap sedemikian. Aku kalau boleh cuba elakkan bergaul dgn org Kelantan. Mcm manapun, aku tak kata semua macam tu. Org negeri lainpun ada macam tu, tapi peratusan utk Kelantan tu agaknya lebih sikit la ...
Post a Comment