Tuesday, November 11, 2008

Perdana Menteri Bukan Melayu - Apa Kata Anwar & Hadi Awang?

Kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan hanya disambut di negara `Uncle Sam' kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini.

Kemenangan Obama rakyat kulit hitam pertama daripada kumpulan minoriti di Amerika Syarikat telah mencetuskan analisa politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini.

"UMNO telah menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika mengulas isu ini.

Persoalannya, apakah Pas yang diterajui oleh Hadi Awang dan PKR oleh Anwar Ibrahim boleh menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri?

Bolehkah Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin bersekongkol menerima bukan Islam sebagai Perdana Menteri?

Sebelum ini Hadi Awang telah membuat kenyataan akan menerima sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri asalkan pemimpin itu adalah Melayu dan beragama Islam.

Begitu juga dengan Anwar, apakah nanti beliau boleh menerima Penasihat DAP itu sebagai Perdana Menteri walhal beliau telah `berkorban' sejak sekian lama masuk penjara semata-mata mengidam jawatan tertinggi dalam kerajaan itu?

Hakikatnya seperti yang diakui oleh Kit Siang, UMNO yang menjadi tunggak kekuatan orang Melayu di negara ini adalah penghalang kepada cita-cita bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Sebagai parti politik terbesar orang Melayu, UMNO dilihat sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk mempertahan dan mengangkat martabat Islam di negara ini daripada diperkotak katik oleh pihak-pihak tertentu yang mula mempertikai hak dan keistimewaan Melayu di negara ini.

Apalah yang diharapkan kepada PKR baru sahaja berkuasa hak dan kepentingan Melayu hendak diperdagangkan demi survival politik manakala Pas kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin tetapi bersekongkol dengan DAP yang terang terang menolak perjuangan Islam.

Selagi ada UMNO yang menjadi tunggak dan mewakili orang Melayu terbesar di negara ini jangan harap kaum minoriti mengidam jawatan Perdana Menteri.

2 comments:

AnakWatan said...

kalau cina dan keling jadi PM....

MELAYU tak akan ada peluang KEDUA... memerintah TANAH MELAYU ini...


CONTOH : SINGAPORE


Bodoh bin bangang tahap taik babi org MELAYU yg sokong PKR nie....

kenapa tak pilih PAS... untuk menggantikan UMNO... aku rasa ini lebih relevan....

PAS sekurang2nya boleh lagi menjamin kedudukan ISLAM....

kalau pas tak BERKIBLAT ke PR ... aku rasa PAS masih relevan jadi parti pilihan kedua org MELAYU ISLAM.....

Dah tau BABI (Bro Anwar B Ibrahim) nie agen yahudi pun org EMLAYU khususnya masih nak sokong babi nie...

apa dah termakan taik babi ni ke...

jgn nanti menang sorak kampung tergadai.....

Mr. Lhorat said...

7 Billion tanda-tanda malang Malaysia

Pembentangan mengenai peruntukan tambahan RM7 billion oleh Pak Najib yang dilakukan secara haram dalam parlimen Malaysia itu menunjukkan malapetaka awal kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Percanggahan yang jelas antara Timbalan Menteri Kewangan – timbalan Pak Najib itu dengan pembentangan 29.Ogos yang dilakukan oleh Pak Lah menunjukkan kepada mata yang melihat betapa pihak yang percaya kepada sistem ini tidak mempunyai sistem.

Dia ingat negara ini dihuni oleh orang-orang bodoh macam yang ada dalam parti UMNO itu!

Baru saja diberi tugas Menteri Kewangan, maka dengan bangga dan mudahnya Pak Najib membentangkan ‘belanjawan dia sendiri’ sedangkan pembentangan itu berlawanan dengan normal undang-undang dan peraturan yang boleh dikatakan satu sistem yang ada di parlimen itu.

Tanda malang ini dibimbangi melarat kepada keseluruhan sistem yang sedang rosak lagi dirosakkan oleh kepuakaan puak Mandaliar dan Karmawijaya melaui sentimental orang melayu ke atas UMNO, BN seterusnya sistem kehidupan bernegara.

Pak Najib yang mengatakan betapa dia percaya kepada sistem, sedangkan dia sendiri tanpa rasa malu terus melanggar sistem yang dia sendiri yakin itu. Perlanggaran sesuka hati ini adalah tanda-tanda awal yang malang kepada sistem di Malaysia, kalau Pak Najib jadi Perdana Menteri nanti.

Adakah rakyat Malaysia sanggup menerima menteri begini sebagai Perdana Menteri mereka?. Cuma orang-orang yang bodoh macam yang berakar umbi dalam UMNO itu saja yang sanggup menerimanya. Begitu juga peralihan kuasa pemimpin utama UMNO– kaedah ini puaka dan suaka yang ditinggal oleh bekas ahli UMNO, Mahathir kepada Pak Lah dulu.

Orang UMNO tetap sengih terpesona dengan kaedah itu walaupun jelas peraturan parti di langgar. Cuma segelintir UMNO yang faham akan marah, teapi selebihnya diam kerana kononnya sayang UMNO, maka ia terus diam menerima walaupun sistem yang diperaktik berdasarkan perlembagaan parti UMNO dilanggar.

Perangai dalam UMNO itu kini hendak di bawa ke dalam kerajaan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO dalam parlimen.

Tanda-tanda Malang itu nampak lagi memalangkan kerana perlanggaran oleh Pak Najib itu dipertahankan oleh puak yang puaka BN/UMNO dalam parlimen. Bagaimana sikap manusia yang puaka ini tetap mempertahankan perkara yang nyata salah itu?.

Dibimbangi kumpulan yang tidak nampak kebenaran ini terus buta dan terus puaka lagi bangga untuk mempertahankan kedurjanaan yang jelas!. Sebagai rakyat marhen, kita hairan kerana aliran politik yang sama, kedurjanaan sanggup dipertahankan. Apakah apabila sampai bala baru hendak dikesali?.

Feel menyokong kedurjanaan yang dilakukan oleh Mahathir ke atas DSAI dulu, kini feel yang sama di bawa masuk ke Parlimen pula. Janganlah kerana terdesak dengan kehadiran DSAI di parlimen, maka undang-undang di langgar!.

Pemimpin UMNO nampaknya semakin payah untuk terus mempertahankan kedurjanaan di luar UMNO. Walaupun kedurjanaan itu disokong di peringkat akar umbi dan tali perut di dalam UMNO. Soalnya sampai bila kumpulan UMNO ini mampu menongkat beban yang makin berat akibat sikap yang bersetuju dengan kedurjanaan yang dibuat demi parti?.

Rakyat Malaysia amat malang jika nanti berperdana menterikan seorang manusia yang yakin kepada sistem, tetapi dalam masa yang sama, dialah orang yang pertama melanggar sistem yang konon diyakininya itu. Tidak boleh dibayangkan kerosakan yang akan dibuat jika orang ini diberi kuasa utama dalam pentabiran Negara Malaysia.

Tindakan Menteri itu juga secara langsung memalukan Melayu, seterusnya mengguris hati Melayu. Peristiwa itu dikatakan mengguris hati Melayu kerana ia menunjukkan KEBODOHAN Pemimpin Melayu dalam parti terbesar Melayu yang dikatakan mendokong kepentingan Melayu itu.

Pihak istana dan raja eloklah melihat peristiwa ini sebagai teladan dan sempadan supaya pembesar melayu tidak terus mengguris hati orang melayu dengan cara memalukan itu demi mempertahankan sebutir kedurjanaan yang kini semakin terserlah.