Tuesday, June 23, 2009
HADI KENA JAWAB DENGAN TUHAN KERANA BERCAKAP BOHONG
HIPOKRIT. Mungkin itulah perkataan yang paling sesuai ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengecam UMNO dan BN kerana didakwa membuat fitnah dan tohmahan jahat untuk mengugat kekuatan Pakatan Rakyat.
Satu Malaysia tahu Hadi yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan dan disambut baik oleh Datuk Seri Najib, tetapi apabila berhadapan dengan Anwar dan Kit Siang, Hadi menjadi `penakut' dan menjadikan UMNO sebagai `Kambing Hitam'.
Hadi yang menyebut dalam Muktamar Pas bahawa Pas sanggup berjumpa sesiapa sahaja termasuk UMNO untuk berbincang soal perpaduan Melayu dan Islam tetapi apabila digertak oleh sekutu mereka dalam Pakatan Pembangkang, Hadi berdalih dan bercakap bohong.
Jika untuk membincangkan soal Perpaduan Melayu dan Agama Islam bersama UMNO, Pas tidak mampu untuk berkata benar, bagaimana Pas mahu menegakkan perjuangan Islam bersama DAP yang terang-terang menolak Islam?
Seperti mana kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini, dalam isu Kerajaan Perpaduan Hadi perlu jawab dengan Tuhan kerana bercakap Bohong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ustaz Hadi mengeluarkan idea kerajaan perpaduan, bererti ini hakcipta dia dan hak dia juga nak atau tidak meneruskan idea ini. Siapa yang boleh menambil hak dia? Mengapa pulak Najib atau orang-orang lain nak merasa sesal?
PAS cakap tak serupa bikin.
Resmi lalang mengikut angin.
Pandai bicara tak tahu kota.
Ada hati tapi buta.
Tak kenal mana kaca,mana permata.
Kelak nanti habis putih mata.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. (H.R al-Baihaqi)
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “…Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama (ulama sejati). Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain…” (H.R. Muslim)
Post a Comment