Monday, June 8, 2009

KERAJAAN PERPADUAN - MELAYU PERLU BERSATU

"Saya bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.

Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara.

Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini.

Perbalahan dan pepecahan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini disebabkan oleh ideologi politik bukan sahaja boleh melemahkan negara malah diambil kesempatan oleh kuasa asing untuk `menjajah' semula negara ini.

Jika Melayu bersatu dan menjadi bangsa yang kuat seperti satu ketika dahulu kita bukan sahaja dihormati oleh kuasa asing malah kaum-kaum lain di negara ini turut sama meraih hasil ekonomi daripada kekuatan bangsa Melayu.

Mungkin perkara ini yang difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi kedua-dua pemimpin Melayu yang mewakili dua parti Melayu terbesar di negara ini.

Apa pun ramai pihak yang menanti apakah Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi kenyataan!

3 comments:

abrahimabdan said...

pada pendapat saya tak perlu ada itu semua bagi nak menyatukan melayu. UMNO tetap UMNO dan PAS tetap PAS cuma saya berharap usah lah kita bertekak atau berselisih faham atas fahaman politik masing2.APa yg perlu hak hak MELAYU perlu diperjuangkan olih UMNO dan PAS. Kalau UMNO dan PAS sentiasa bertikam lidah dan dipaparkan diMEDIA MASA atau Media cetak siapakah yg ruga dan malu? tentu nya MELAYU....LU FIKIR LAH SENDIRI

PAKCIK said...

bersatu teguh, bercerai roboh..

AnakWatan said...

kalau kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan... maka anwar akan gigit jarilah.... hehehhehe

begitu juga dgn dap celaka tu...


haa mana yusof... ko cakap la apa jasa anwar pada negara... lama aku tunggu jawapan yg telus, benar , jujur dan ikhlas dari ko nie yusof...