Tuesday, August 28, 2007

KAMAL AMIR MENULIS


TERPEGUN juga melihat lembut dan mesranya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berjalan berpimpinan tangan bersama isteri terbarunya “Madame Jaeanne Danker” semasa melakukan lawatan rasmi ke negeri Sabah minggu lalu seperti yang tersiar di kaca TV. Alahai mesra dan sungguh romantis pasangan kekasih mengadun cinta di negeri di bawah bayu.

Terperanjat menatap “posting” di laman maya Malaysia Today menceritakan keghairahan Abdullah Ahmad Badawi bergurau senda dengan isterinya semasa majlis perasmian Tilawah Al-Quraan di PWTC minggu lalu. Antara lain, penulis tersebut menyatakan “sebaik turun dari pentas perdana Dollah buat hal lagi, kali ini dia bergurau senda dengan isterinya sedangkan di waktu itu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan turut hadir sama....”

Hari ini Jumaat jam 10.30 pagi, penganjur Majlis Pelancaran Buku “lilin membakar diri” terbitan Thinkers’ Library bertempat di Anjong Seri, Puteri Pacific Hotel berhampiran PWTC diburu resah gelisah kerana majlis tersebut dijadualkan bermula dari jam 10.00 pagi, namun, Perdana Menteri masih belum ternampak kelibat batang hidungnya.

“Kenapa perlu mengadakan cerita kalau tak ada bukti!. Majlis Pelancaran Buku “Lilin Membakar Diri” bukan di lancarkan oleh Perdana Menteri tetapi oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi. Bukti perasmian ada disertakan di bawah. Jadi janganlah mereka-reka cerita kalau diri sendiri tak ada bukti.”

Kononnya ada usaha dilakukan menghubungi pejabat dan kediamannya , khuatir kalau-kalau ada aral atau masalah disebabkan jemputan sudahpun memenuhi dewan seawal jam 9.00 pagi. Bisik-bisik kalangan wartawan foto menyatakan “Pak Lah masih tidur lagi!” dan majlis tersebut khabarnya terlewat lebih satu jam.

“Ini lagi satu ayat penipuan. Siapa yang dikatakan menghubungi PM. Seperti ayat di atas, Majlis ini bukan di rasmikan oleh PM, PM mempunyai urusan kerja penting yang lain dan dengan itu majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B.D.S. Mohd Radzi. Terang-terang nampaknya mahu menipu dan menuduh tanpa bukti. Cari bukti kukuh sebelum menuduh..”

Sewaktu menerima berita yang dihantar melalui SMS oleh saudara Husein Lampo, yang kebetulan pula dari corong “hi-fi”, Ayu anak kecil saya seperti biasa memainkan pita bacaan surah Ar-Rahman oleh imam besar masjidil haram (menjadi kebiasaan kami mewarnai seisi rumah dengan aroma ayat suci al Quran setiap pagi jumaat).

“Apa maksud perenggan di atas? Hendak menegakkan benang yang basah? Kalau dah terang-terang ditangkap menipu tidak perlulah hendak tunjuk baik. Dengan memainkan ayat-ayat suci Al-Quran boleh membuatkan dosa memfitnah tu boleh padam? Berilah teladan yang baik kepada generasi baru itu. Didiklah mereka agar jangan menuduh dan menfitnah sesuka hati kelak diri sendiri yang rugi ”

Aduhai rupa-rupanya tadi malam adalah malam “sunatul jumaat” yang menjanjikan pahala kepada pasangan suami isteri untuk bermesra-mesraan sambil menggauli isteri yang halal di sisi hukum....

Maka segera menerpa di fikiran, apakah kelewatan kehadiran Perdana Menteri merasmikan majlis pelancaran buku berjudul “lilin membakar diri” kesan asyik masyuk menggauli isteri..... hingga kalampun lemah untuk berbicara membuatkan Abdullah Ahmad Badawi terlajak tidurnya hingga terlupa waktu subuh?

“Lagi-lagi fitnah. Memang tepat tajuk buku “Lilin Membakar Diri” fitnah tanpa bukti sekarang biar semua tahu kebenaran cerita ini. Gunalah pendekatan yang lebih baik untuk meyakinkan orang, ini tidak, lebih menjurus menggunakan pendekatan ke arah menghina, baik dari segi penghinaan pada Ketua Negara, keluarganya dan juga bangsa sendiri.

Janganlah fikirkan diri sendiri yang baik, alim dan warak. Bagaimana kiranya PM sendiri ber-Qiamullail dan bermuhasabah diri ? Bagaimana kiranya PM mendoakan kesejahteraan rakyat,bangsa dan negara di dalam solat Subuhnya. Pernahkah kita terfikir tentang itu. Hal-hal hidup dan perjalanan seseorang insan di muka bumi ini telah ditentukan oleh Tuhan. Malaikat di utuskan Tuhan untuk mencatit amalan hidup kita hanya Tuhan yang tahu apa yang kita lakukan sepanjang hidup ini, jadi bukan hak manusia-manusia ciptaan-Nya untuk menentukan amalan ibadah dan kehidupan manusia-manusia lain. ”

Terkadang naik lucu juga memikirkan kisah Abdullah Ahmad Badawi sejak mendapat isteri barunya “Madame Jeanne Danker”. Macam orang tidak pernah berbini, kalau anak muda yang baru melangsungkan perkahwinanpun masih malu-malu untuk berjalan berpimpinan tangan, tetapi Abdullah sedikitpun tidak merasa canggung dengan tingkah lakunya.

Ada kalanya terfikir juga di hati kecil ini apakah Abdullah Ahmad Badawi masih belum sedar bahawa dirinya bukan orang biasa, bukan Dolah Cangkung yang bekerja memancing ikan, bukan dolah biawak yang sering jual temberang di kedai kopi, bukan dolah rambai yang seringkali “melepas” dalam semak-samun tanah orang kampong.

Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Dolah rongak yang jual laksa sambil mengayuh basikal di Kepala Batas, bukan juga Dolah tempang yang keluar masuk penjara Taiping, bukan pula Dolah juling yang seringkali tertangkap kerana mengintai anak dara orang mandi di kampong seri wangi. Itu semua bukan.... ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima yang bakal menyambut kemerdekaan genap lima puluh tahun negaranya merdeka.

Abdullah Ahmad Badawi kena sedar diri, kalau mahu terus asyik bercinta, masih mahu terus merayapkan tangannya di paha isteri barunya, nak berlabuh di atas tilam empuk biar sampai matahari mencanak terpacak di ubun kepala, mahu membelasah harta rakyat melalaui pelbagai perampokan, dia seharusnya meninggalkan Seri Perdana.

Perangai perdana menteri mesti tahu menjaga sopannya, tepat pada janjinya, tidak membiarkan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya. Pemimpin mesti menepati janjinya, cakap tidak boleh sembarangnya, janji mesti ditepati bukan menabur angan-angan impian yang tidak kesudahan.

Perdana Menteri bukan jawatan main-main. Dolah Badawi kena tahu semua ini, kalau mahu jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah ada disiplin sebagai seorang Perdana Menteri, jika tidak, turun saja dari jawatan tersebut dan jadi rakyat biasa.

Kalau dah jadi rakyat biasa siapapun tak akan ambil peduli kerana ramai juga di Malaysia ini bernama Abdullah,... ada dolah rongak, ada dolah temberang, ada dolah pondan, ada dolah mata kucing, ada dolah tempurung, ada dolah bubur caca, ada dolah laksa, ada dolah cong dan seribu satu gelaran lain.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa pimpinan hari ini terkadang di lihat bagaikan “tunggul kayu” dan rakyat masih terus menyokongnya kerana dia datang dari rumah keramat Umno.

“PM Malaysia kita telah dilantik oleh Tun sendiri. Bukannya perlantikan yang dipaksa oleh sesiapa tetapi perlantikan yang sah dan disokong oleh para menteri, jadi kenapa sekarang Tun sendiri yang menyesal di atas pilihannya sendiri. Sebagai seorang yang berpengetahuan dalam urusan mentadbir negara, Tun dan termasuklah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia perlulah membantu dan menyokong PM untuk mentadbir negara ini. Bukannya kita menuding jari dan menyebarkan fitnah serta tomahan yang tidak berasas dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan ketua negara kita sendiri. ”

Kerana Umno itu hebat menjadi tulang belakang Barisan Nasional maka siapa sahaja yang dipilih mewakili parti itu walaupun tunggul kayu maka rakyat tetap akan menyokongnya. Dr. Mahathir tidak kata semua wakil Umno adalah tunggul kayu, tetapi kalangan pengampu Abdullah Ahmad Badawi terus mencanai propaganda seolah-olah Dr. Mahathir sudah keterlaluan kerana beranggapan semua wakil rakyat dari Umno tunggul kayu.

“Sebagai seorang bekas ketua negara, Tun sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menyokong perjalanan parti. Sekarang Tun sendiri yang merupakkan “Gunting dalam lipatan”. Menggunting di dalam Barisan Nasional dan UMNO - di mana anaknya sendiri merupakan Exco Pemuda. Bila kemahuannya tidak ditunaikan maka mulalah bermasam muka, menuduh dan mereka cerita sana-sini. Memperlekehkan orang lain untuk menagih simpati.

“Tunggul Kayu…!”, untuk maju kehadapan bukan “Tunggul Kayu lama sahaja yang mana telah sampai masanya untuk bersara negara kita perlukan, tetapi negara lebih memerlukan benihnya agar persaraanya itu persaraan yang terindah kerana mampu menyemai benih baru supaya dapat terus maju, bangkit dan terus menyambung perjalanan kejayaan dan kedaulatan negara. Negara tidak melupakan jasanya, negara menghargai setiap kejayaaan yang dicipta olehnya tetapi lama kelamaan tindakannya sendiri inilah yang akan menyebabkan negara sedikit demi sedikit melupakan jasa tersebut.”

Terkadang hairan juga di hati ini melihat beberapa orang penulis yang gagal menterjemah maksud setiap pernyataan pemimpin dan bekas pemimpin. Mungkin kerana mereka juga telah tersampuk oleh perangai dan cara berfikir Abdullah Ahmad Badawi menjadikan setiap buah fikiran orang lain tidak baik, cuma mereka sahaja juara mencanai minda bangsa.. kononnya.

Pesanan Untuk Kamal Amir & Raja Petra yang

“ .. SO CALL PERFECT! ”

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui ( yang demikian)”.

(Surah an-Nur : 19)

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

(Riwayat Muslim)

(67:23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Monday, August 20, 2007

Klip video “Negara ku”: Minta maaf mudah tapi…

Adik tiri Hassan Lempoyang Dipetik daripada : Agendadaily.com

Kisah video-klip lagu kebangsaan, Negaraku yang telah diubahsuai dan menghina lagu itu sendiri, institusi siraja, pihak polis dan orang Melayu agak menarik untuk dijadikan kajian kes bagi kegiatan laman web.

Wee Meng Chee, 24, anak jati, Muar Johor yang kini menuntut atas perbelanjaannya sendiri di Universiti Ming Chuan, Taiwan cukup kreatif dalam penghasilan video-klip berkenaan.

KOMENKU:
Umur dah 24 tahun tapi mengaku naïf. Penipu besar!! Saja nak test market, nak tengok kredibiliti kerajaan la tu…dah terikut-ikut dengan budaya kurang ajar bloggers tertentu yang tahu nak hormat sensitiviti masyarakat majmuk .


Kreativitinya jelas apabila tajuk lagu kebangsaan itu sendiri ditukar menjadi Negarakuku dan selain menggunakan bahasa Malaysia, juga dicampuradukkan dengan bahasa Mandarin dalam rentak rap.

Penggambarannya meliputi objek Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, anggota polis sedang bertugas, kegiatan kebudayaan, aksi wanita bogel dan juga paparan selonggok najis manusia yang diselangselikan dengan watak dan peristiwa tertentu.

Meng Chee dan juga bapanya dilaporkan telah berkata, klip-video berkenaan adalah semata-mata kreativiti muzik dan tidak didorong oleh mana-mana parti politik atau pihak-pihak tertentu yang lain.

KOMENKU:
Kreativiti tak bertempat. Hukum saja dia mengikut undang-undang Malaysia.

Menurut Meng Chee, video itu yang memakan masa lima minit 32 saat, dihasilkan sempena sambutan 50 tahun merdeka dan menggunakan bahasa Mandarin kerana mahu semua masyarakat Cina di seluruh dunia tahu keunikan Malaysia. Klip itu disiarkan melalui laman web Youtube namun apabila orang ramai bangkit menghentam klip itu, ia telah ditarik balik.
Katanya, beliau tidak menyangka penghasilan itu menghiris perasaan masyarakat di Malaysia dan kerana itu beliau memohon maaf. Maka selesailah masalah!

KOMENKU:
Salah buat penilaian la tu!!

Benarkah masalah sudah selesai dengan permohonan maaf atau apa sekalipun sedangkan perasaan masyarakat terguris dan institusi tertentu telah terhina?
Lebih ‘menyanyat’ lagi ialah apabila pihak polis sendiri telah menyatakan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana video-klip itu dihasilkan di luar negara. Namun, siasatan akan dijalankan jika ada pihak yang membuat laporan.

Persoalan inilah yang menarik perhatian kita. Kenapakah Meng Chee atau Namewee (nama gelaran) begitu berani menukar nama Negaraku menjadi Negarakuku? Kenapakah beliau tergamak ‘menghidangkan’ selonggok najis sebagai paparan dalam klip itu sedangkan beliau masih mengaku mempunyai banyak kawan Melayu di kampungnya di Muar.

Kenapa beliau tidak tujukan khas klip itu untuk ibu bapa dan keluarganya sahaja?

KOMENKU:
Sekurang-kurangnya mak bapak dia tahu dia dia belum cukup mendapat pelajaran dan asuhan lagi.

Kes ini sebenarnya kes ‘test market’ setelah melihat kes-kes yang dipelopori Raja Petra melalui laporan-laporan dan komen laporannya dalam Malaysia-Today yang menghina institusi raja, mengusik perasaan kaum dan pelbagai kritikan negatif yang lain.
Pelbagai laporan tanpa sumber dan memesong pemikiran, tuduhan tidak berasas dan fitnah tak terlarang telah disiarkan, tetapi belum kelihatan sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan.

Apabila Meng Chee menyiarkan klip-video yang menyakitkan hati itu, sekali lagi nampaknya beliau akan terlepas begitu sahaja kerana kita belum mempunyai undang-undang khusus untuk kesalahaan penyiaran melalui siber sepertimana yang dikenakan terhadap penerbitan bercetak.

KOMENKU:
ENTAH bila nak dibuat agaknya?

Begitu juga dengan penerbitan melalui internet yang berdaftar di luar negara, nampaknya agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan walaupun sumber dan pengendalinya adalah orang tempatan.
Para penggubal undang-undang harus bingkas membuka jalan penyelesaian. Jika undang-undang sedia ada perlu dipinda, ia harus dilakukan segera dan jika undang-undang baru diperkenalkan, pun harus disegerakan juga.

KOMENKU:
Pedulikan dengan berdaftar di mana, yang penting selagi dia memiliki my kad dan bagi warga asing, mereka tinggal dalam Malaysia. Dakwa mereka. Yang di luar negara pula kita saman mengikut undang-undang mereka. Kejar sampai lubang cacing.

Tentulah kita tidak mahu nanti, sementara wujudnya undang-undang yang boleh menyekat perbuatan-perbuatan khianat ini, lebih banyak ‘damage’ yang berlaku sehingga memungkinkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang lebih kasar, ganas dan juga pertumpahan darah.
Kita juga tidak mungkin lagi sanggup membaca kenyataan seseorang yang akan menonggengkan punggungnya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong seperti yang tersiar dalam Malaysia-Today.

Kita juga takkan terus berdiam diri membiarkan pelbagai pihak membuat tohmahan tidak berasas terhadap sesiapun termasuk pimpinan negara.Kalau ada asas dan lengkap dengan segala bukti dan faktanya – silakan.

Wednesday, August 15, 2007

Hampir satu pertiga pelajar universiti sanggup ambil rasuah

Datuk Ahmad Said Hamdan, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah semalam menyatakan 30.5% pelajar universiti jika diberi peluang, sanggup mengambil rasuah. Ini menurut hasil kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003.

Angka yang diberi sebanyak 30.5% itu adalah jumlah yang agak membimbangkan. Adakah mereka yang tergolong di dalam angka tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading hanya memikirkan imbuhan material sahaja. Jika benar, amatlah malang dan merugikan bagi masa depan negara ini.

Tetapi, sewajarnya hasil kaji selidik itu juga mendedahkan kriteria responden yang terlibat; tahap umur; bangsa; bidang kursus; sekadar beberapa contoh yang kesemua itu mempengaruhi kaji selidik tersebut.

Pada tanggapan masyarakat awam, orang yang berpeluang cerah untuk mengamalkan rasuah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa bagi sesuatu perkara yang memungkinkan orang lain memerlukannya. Maka, tidak timbul mereka itu belajar setinggi langit atau serendah bumi, jika diberi peluang, terjadilah sebagaimana yang terjadi pada sekumpulan anggota penguatkuasa yang meminta wang rasuah bagi melepaskan pesalah yang jika dikenakan hukuman, pasti ke tali gantung.

Mohamad Sabu masih belum insaf?

Pada Ahad lalu, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah terlibat dengan kemalangan jalan raya Ahad lalu.Dikhabarkan bahawa dia telah cedera di lidah sehingga lidahnya terbelah dua dan terpaksa dijahit.

KOMENKU: Serius tu.

Mungkin ini satu peringatan daripada Allah supaya jangan lagi menghina sesama Islam apatah lagi apabila PAS menghalalkan maki-hamun dan carutan semata-mata kerana buku SHIT yang ditulis oleh Shahnon Ahmad. Malahan mereka sanggup menfitnah bahawa Allah pun mencarut. Satu artikel bertajuk "Saya akan terus berceramah, berjuang - Mohamad Sabu" telah diterbitkan di halaman web Harakahdaily bertarikh 14 Ogos 2007. Mohamad Sabu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan di pipi dan lidah. Doktor yang merawatnya telah menasihatkannya supaya tidak berceramah selama dua minggu. Seharusnya, Mohamad Sabu mengambil iktibar dari kemalangan yang dialami olehnya kerana itu mungkin satu petunjuk dari Allah supaya tidak lagi memaki-hamun dan mencarut kepada sesama Islam. Sesuatu mala-petaka yang berlaku ke atas umat Islam ialah tanda Allah sayangkan umatnya dan mahu umatnya insaf atas kesalahan yang dilakukan.

KOMENKU:Bertaubatlah Mat Sabu, cukuplah dengan apa yang telah kamu lakukan sebelum ini. Kita semua akan mati, atas dunia pun engkau tak dapat lari, inikan di akhirat. Aku doakan agar engkau diampuni ALLAH dan segera insaf.

Tetapi sekiranya sesetengah orang yang menerima kecelakaan itu masih angkuh dan belum insaf, mungkin pintu hatinya sudah ditutup. Semua orang Islam itu bersaudara, tidak kira apa bangsanya. Bukan sahaja orang Melayu yang beragama Islam, malahan Islam adalah untuk semua umat manusia. Umat Islam seharusnya bersatu-padu di antara satu sama lain supaya menjadi umat yang kuat. Jangan hanya kerana perbezaan pendapat dalam hal remeh-temeh seperti politik, maka sesuatu pihak yang mengaku lebih Islam dari yang lain mengkafirkan orang lain. Sesetengah yang mengaku lebih Islam dari yang lain, hanyalah layak untuk menjadi jaguh kampung. Tapi layakkah mereka sekiranya mereka di arena kebangsaan atau antarabangsa? Itu persoalan yang harus diteliti dengan jujur.

PAS MASUK PWTC, HEBOH SATU KAMPUNG

Dipetik daripada Ganu Lening..oleh Wak Long

BUKAN main lagi Pas bila mereka dapat masuk PWTC anjurkan majlis makan malam. Dalam akhbar SIASAH (Media pembohong bersiri selepas Harakah), ada siarkan kononnya mungkin disebabkan kealpaan pemimpin UMNO yang didakwa sering bergaduh sehingga mereka tidak sedar Pas berjaya menganjurkan majlis di bangunan milik UMNO itu. Maka, besar kepalalah Pas dengan mendakwa seolah-olah itu adalah kemenangan moral bagi mereka.

KOMENKU: Bukan kemenangan moral, tapi penghormatan kepada UMNO, perasaan bangga PAS tu menunjukkan mereka mengakui kehebatan UMNO. Asalkan dapat masuk bangunan UMNO pun jadilah. Dulu semasa dapat membeli bangunan Ibu pejabat PAS di jalan Raja Laut pun dah rasa gah sebab berjiran dengan Ibu pejabat UMNO.

Wak hanya tersenyum membaca laporan itu. Nampak sangat Pas semakin bodoh. Andaian tersebut wujud disebabkan Pas sentiasa berburuk sangka dengan UMNO dan menganggap UMNO itu jahat dan sebagainya. Sebenarnya, orang UMNO tidak kisah pun kalau Pas nak masuk PWTC anjur majlis. Lagi apa yang berlaku kat situ adalah perniagaan. Pas gembira kerana dapat anjur majlis di PWTC tetapi Pas tak sedar bahawa mereka masuk ke situ bukan percuma tetapi berbayar. Ia adalah perniagaan dan apabila Pas sanggup menjadi PELANGGAN Umno, maka perniagaan itu sudah baik.

KOMENKU: Nampak sangat tidak bijak. Patutlah gagal mentadbir Kelantan walaupun dah berpenggal memerintah. UMNO sepatutnya berbangga kerana lawan politiknya sanggup menganjurkan majlis di bangunan PWTC.

Pas tidak sedar bahawa UMNO tidak kisah dengan semua itu sebab Pas telah berikan duit kepada syarikat UMNO. Dalam perniagaan, setiap rezeki dan urus niaga, tak boleh ditolak. Maka Pas tidak sedar dia telah membantu UMNO. Malangnya nasib Pas. Dia dok fikir hal dia boleh masuk PWTC seolah-olah dia masuk percuma padahal dia kena bayar. Jadi, jangan dok ek sangatlah.

KOMENKU: Jelas kepada kita semua bahawa UMNO tidak pernah berburuk sangka kepada pihak lawan dan sentiasa memberi dan membuka peluang ke jalan perdamaian.

Lagi satu, UMNO ini baik, tak buruk sangka dengan Pas. Pas pun orang Melayu dan apa salahnya bagi UMNO jika mereka nak datang kat situ. Biarlah. Bila Pas tengok apa yang ada di PWTC, Pas pun kecut perut juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apakah yang sebenarnya ada di PWTC dan apabila pulang, pemimpin mereka yang hadir pasti bercerita mengenai kehebatan bangunan UMNO itu.

KOMENKU: Terima kasih kepada pemimpin PAS.

Yang berburuk sangka dengan orang Islam dan Melayu ini ialah Pas sahaja dan kerana itulah mereka gong (eksyen) sangat bila boleh masuk ke PWTC. Rakyat dah tahu Pas siapa dan mereka akan menerima padahnya pada pilihan raya umum akan datang. Tunggu sajalah nanti.
Dan yang paling Wak nak kewata dengan berita tersebut betapa Pas sendiri nampaknya TIDAK SANGGUP buat program di bangunan yang mereka beli di Chow Kit tu tapi memilih premis UMNO. Kalau mereka buat di pejabat Pas, pastinya percuma. Tak kena bayar apa-apa pun. Bagaimanapun mereka memilih untuk membayar kepada UMNO kerana nak buat majlis di PWTC. Pas tak sedar dia dah terkena.

KOMENKU: PWTC ni berprestige dan kos sewanya memang boleh tahan, ini menunjukkan PAS banyak duit. Duit daripada projek balak di Kelantan. Biarlah orang kampung terpaksa minum dan mandi air berlumpur dek kesan pembalakan asalkan mereka mencapai matlamat.

Mengapa Pas takut buat program di bangunan sendiri?. Berhantu ke? … ke bangunan tu dulu tempat dot…dot…dot... Mat Sabu pasti suka tempat macam gitu, kan. Wak pun beberapa kali melalui jalan di depan pejabat Pas itu. Tak ada apa pun. Tak bersedia. Kalau pelancong silap pandang, mereka pun dok fikir macam umah urut jugak. Entah-entah ada yang silap masuk tak ….

KOMENKU: Majlis besar, dewan mereka kecil.

Biarlah mereka. Pedulikan mereka. Mari kita pakat tolak Pas. Jangan dilayan sangat parti yang dipimpin oleh mereka yang bodoh …. Ingat tu!.

KOMENKU: Semoga pemimpin dan penyokong PAS diberi petunjuk olehNya ke jalan yang benar.

Monday, August 6, 2007

Dipetik daripada , Malaysia Today- Mungkin Tersilap agaknya: Adlan Razak

Menurut Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam artikelnya di Malaysia Today, yang berjudul "A comedy of errors", "Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail."

KOMENKU:Kesian aku dengan RPK ni… dia bandingkan di UK dengan Malaysia bab Sodomi(liwat), tak tahukah dia yang sodomi (liwat) tu haram?

KAUM LUT A.S. DAN BANDAR YANG DILINGKUPKAN

“(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”
(Surah Al-Qamar: 33 -36)

Nabi Lut a.s. hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s. Seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kaum Lut a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu; liwat. Apabila Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang dahsyat.

Bandar tempat tinggal Nabi Lut a.s. disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dimusnahkan seperti yang tersebut di dalam Al-Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.

Sebelum kita mengkaji kesan-kesan kemusnahan tersebut, mari kita sama-sama melihat mengapa kaum Nabi Lut a.s. telah dibalas sedemikian rupa. Al-Quran telah menerangkan bagaimana Nabi Lut memberi ingatan kepada kaumnya dan jawapan mereka terhadapnya;

“(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutuskan kepada mereka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka : “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan Nya. “Sesungguhnya Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan) kebanyakan haiwan)! “Mereka menjawab: “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar! Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (Surah as-Syu’ara: 160-168)

Seruan Nabi Lut a.s. telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda telah menerima kebencian daripada kaumnya hanya kerana baginda menunjukkan ke jalan yang benar. Mereka berusaha untuk menyisihkan baginda dan pengikut-pengikutnya. Di dalam ayat-ayat yang lain, kejadian ini diterangkan seperti berikut;

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”
(Surah Al-A’raf:80-82)


Nabi Lut a.s. meneruskan seruannya ke arah kebenaran yang abadi dan mengingatkan mereka secara khusus, namun, kaumnya tidak sedikitpun mengendahkan seruan tersebut dan terus-menerus menolak Nabi Lut serta amarannya.

“Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu–lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.” (Surah Al-Ankabut: 28-29)

Setelah menerima jawapan seperti di atas dari kaumnya, Nabi Lut a.s. memohon pertolongan dari Allah SWT;

“(Lut a.s berdoa): “Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan.” (Surah As-Syu’ara:169)

Sebagai memakbulkan doa Nabi Lut a.s., Allah SWT telah menghantar dua malaikat yang menyerupai manusia. Sebelum bertemu dengan Nabi Lut, kedua-dua malaikat tersebut telah menziarahi Nabi Ibrahim a.s. terlebih dahulu. Kedua-dua utusan Allah SWT itu membawa berita gembira buat Nabi Ibrahim kerana isterinya akan melahirkan seorang anak. Mereka juga menerangkan tujuan mereka dihantar oleh Allah SWT; kaum Lut yang biadab akan dimusnahkan.

“Nabi Ibrahim bertanya: “(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?” Mereka menjawab : “Sesungguhnya Kami menimpakan mereka dengan batu-bata dari tanah terbakar. Batu-bata itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)” (Surah Ad- Dhariyat : 59-60)

Selepas meninggalkan Nabi Ibrahim a.s., kedua-dua malaikat utusan Allah SWT itu pergi bertemu kedua-dua utusan ini, tetapi selepas mereka berbual seketika, perasaan cemas itu pun hilang.

“Dan apabila datang utusan-utusan kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini, adalah hari yang amat mencemaskan”? (Surah Hud:77)

“Nabi Lut berkata : “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”. Mereka menjawab : (Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka meragu-ragukan kebenarannya. “Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. “Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seorangpun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya”. (Surah Al-Hijr:62-66)

Sementara itu, kaumnya telah mendapat berita bahawa Nabi Lut dikunjungi oleh tetamu. Tanpa segan silu, mereka telah datang untuk bertemu dengan tetamu-tetamu Nabi Lut seperti mana perangai mereka yang sudah-sudah. Mereka mengelilingi rumah Nabi Lut. Baginda berasa bimbang akan tetamu-tetamunya lantas berucap kepada mereka;

“Nabi Lut berkata: “sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku. “Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghinakan daku.” (Surah Al-Hijr: 68-69)

Kaumnya menjawab;
Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?” (Surah Al-Hijr: 70)

Mengenangkan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya dan tetamu-tetamunya, Nabi Lut lantas berkata:

“Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).” (Surah Hud: 80)

“Tetamu-tetamunya” mengingatkan Nabi Lut bahawa mereka adalah utusan Allah SWT dan berkata:

“Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)

Apabila kebiadapan penduduk-penduduk bandar itu sampai kemuncaknya, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Lut melakui kedua-dua malaikatNya. Pada sebelah paginya, kaum Lut a.s. telah dimusnahkan oleh satu malapetaka yang pernah diingatkan Nabi Lut kepada mereka.

Dan demi sesungguhnya mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): “Rasalah azab Ku dan kesan amaran-amaranKu!” Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qamar: 37-38)

Ayat-ayat tersebut menerangkan kemusnahan kaum itu seperti berikut:

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya, negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). (Surah Al-Hijr: 73-76)

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami. Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. (Surah Hud: 82-83)

Kemudian Kamu hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut) . Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan): maka matilah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah As-Syu’ara: 172-175)

Apabila kaumnya dihapuskan, hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu “isirumah”. Isteri Nabi Lut a.s. juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.

Dan Nabi Lut juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri ”.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah Al-A’raf: 80-84)

Justeru itu, Nabi Lut a.s. telah diselamatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan keluarganya kecuali isterinya. Perjanjian Lama Mengatakan bahawa baginda dan Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah. Bagi orang-orang yang zalim , mereka semuanya telah dibinasakan dan Bandar tempat tinggal mereka hancur ke bumi.

“Tanda-tanda yang Jelas” di dalam Tasik Nabi Lut

Ayat ke 82 Surah Hud menerangkan dengan jelasnya malapetaka yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s.

Kenyataan “diterbalikkan” membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat berlakunya bencana tersebut menjadi bukti “nyata” berlakunya peristiwa itu.

Kami memetik daripada ahli arkeologi Jerman, Werner Keller seperti berikut;
“Bersama-sama dengan asas rekahan besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya, disebabkan oleh satu gempa yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar.”

Sebenarnya, tasik Nabi Lut atau juga sebagai Laut Mati terletak betul-betul di atas wilayah gempa bumi yang aktif atau juga dikenali sebagai zon gempa bumi.

Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Tabariye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian Selatan.

Kejadian ini diterangkan sebagai “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi” di akhir ayat itu. Semua kebarangkalian menunjukkan letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing Tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti “dipanggang”. (Kejadian ini juga diterangkan di dalam ayat 173 Surah As-Syura; “Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.”)

Bersangkutan dengan perkara ini, Werner Keller telah menulis;
Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama ini tidak aktif di sepanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Timbunan lava dan Baslt menjadi bukti yang paling nyata bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di tempat ini. Kenyataan di dalam Al-Quran “Kami hujani mereka dengan batu dari tanah gunung berapi, dan Allah Maha Mengetahui. Kenyataan “Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami terbalikkan)”, yang terdapat di dalam ayat yang sama merujuk kepada gempa bumi yang menyebabkan gunung berapi meletup di atas permukaan bumi dengan kesan yang sungguh hebat menyebabkan rekahan dan menerbangkan abu, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui kebenarannya.

“Bukti nyata” yang dihidangkan oleh Tasik Nabi Lut adalah sangat menarik sekali. Secara umumnya kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran berlaku di Timur Tengah, di Semenanjung Arab dan Mesir. Di tengah-tengah wilayah ini terletaknya Tasik Nabi Lut. Tasik tersebut dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekelilingnya menarik minat secara geografi. Tasik itu berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediterranean. Memandangkan tempat yang paling dalam di dalam tasik itu ialah 400 meter, maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan Mediterranean. Ia adalah titik tempat yang paling dalam di dunia ini. Di tempat-tempat lain yang lebih rendah dari paras laut, yang paling dalam pun hanya 100 meter. Salah satu ciri penting Tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boleh hidup termasuk laut dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan Barat, Tasik Nabi Lut dikenali sebagi “Laut Mati”.

Mengikut anggaran, kejadian yang berlaku ke atas kaum Nabi Lut a.s. seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran berlaku di sekitar 1800 SM. Berasaskan kajian-kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telah mencatatkan bahawa Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut. Pada satu masa dahulu tempat ini diduduki dengan meluasnya.

Sifat struktur Tasik Nabi Lut yang paling menarik perhatian ialah kesan yang menunjukkan bagaimana satu malapetaka telah berlaku seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Di Pantai Laut Mati di sebelah timur, sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan menonjol keluar ke arah air. Al-Lisan bermaksud “lidah” dalam bahasa Arab. Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana ia jatuh di bawah permukaan air pada sudut yang luas, membahagikan lautan kepada dua bahagian. Di bahagian kanan, tanahnya amat curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula, airnya sentiasa cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah hanya merekodkan kedalaman sebanyak lima puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek ini yang melingkari semenanjung Al-Lisan hingga ke bahagian paling selatan adalah wilayah Lembah Siddim.”

Werner Keller telah juga mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilah terletaknya pada satu masa dahulu Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah; tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s.

Satu ketika dahulu tempat ini boleh dilintasi dengan hanya berjanji kaki. Namun hari ini, Lembah Siddim di mana terletaknya Bandar-bandar Sodom dan Gomorrah dilitupi oleh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati. Keruntuhan hebat asas bumi akibat malapetaka itu yang berlaku pada permulaan milinium kedua SM menyebabkan air masin dari bahagian utara memasuki rekahan yang baru terjadi itu sehingga penuh.

Kesan-kesan dari Tasik Nabi Lut dapat dilihat dengan jelas. Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut ke arah selatan, dan sekiranya matahari menyinari ke arah yang tepat, beliau dapat melihat sesuatu yang menakjubkan. Di situ kawasan yang agak jauh dari pantai, kelihatan dengan jelas di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah oleh Laut Mati yang mengandungi kandungan garam yang amat tinggi. Batang-batang pokok dan akar-akarnya yang dapat dilihat di dalam gemerlapan air yang kehijauan adalah peninggalan silam. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan suburnya adalah kawasan yang paling cantik di wilayah tersebut.

Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum Nabi Lut telah didedahkan oleh para penyelidik kaji bumi. Mereka melaporkan bahawa gempa bumi yang menghancurkan kaum Nabi Lut a.s. berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran), sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’ at. Sungai ini jatuh sebanyak 180 meter. Fakta ini dan diperkuatkan fakta Tasik Nabi Lut 400 meter di bawah paras laut merupakan dua bukti penting yang menjelaskan satu kejadian geologi yang hebat telah berlaku di sini.

Struktur menarik sungai Sheri’at dan Tasik Nabi Lut hanya meliputi sebahagian kecil rekahan atau pemisahan yang melewati kawasan muka bumi di sini. Keadaan dan panjang rekahan tersebut hanya diketahui baru-baru ini.

Rekahan ini berlaku bermula daripada pinggiran Gunung Taurus dan memanjang ke arah selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan hingga melampaui gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti segar gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galillee di Israel, wilayah dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Semua kesan ini dan bukti-bukti geografi menunjukkan bahawa satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut. Werner Keller menulis:

Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan letupan, petir, pelepasan gas asli dan kebakaran besar. Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi yang selama itu tidak aktif di dalam bumi sepanjang rekahan tersebut. Di Bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur.

Pihak National Geographic telah membuat komen berikut pada Disember 1957, Gunung Sodom yang tidak subur menonjol keluar daripada Laut Mati. Tiada siapa pun pernah menemui bandar-bandar Sodom dan Gomorrah yang telah binasa. Namun, para sarjana mempercayai bahawa kedua-dua Bandar ini terletak di Lembah Siddim berhadapan dengan tebing-tebing ini. Kemungkinan besar, kejadian banjir yang berlaku di Laut Mati telah menenggelamkan Bandar-bandar ini selepas berlakunya satu gempa bumi.

Dipetik dari buku: KAUM-KAUM YANG PUPUS, Yahya Harun, Penerbitan Saba Islamic Media.

Sodomi: Mahkamah tolak saman malu Anwar...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Rabu meluluskan permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak saman malu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pada 26 Januari 2006 Anwar kemuka saman malu dan tuntut RM100 juta atas kenyataan Dr Mahathir semasa satu persidangan anjuran Suhakam pada 9 September 2005 mendakwa beliau homoseksual. Dalam samannya Anwar mendakwa kata-kata Dr Mahathir itu bersifat fitnah. Menurutnya Dr Mahathir menyedari sepenuhnya bahawa sebahagian besar daripada kata-kata itu bertujuan memalukan beliau dalam kedudukan peribadi dan rasminya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan dan ia akan disiarkan dalam media tempatan serta asing.

Dr Mahathir mengemukakan permohonan tolak saman malu itu pada 5 Januari lalu dengan mendakwa ia bersifat skandal, remeh atau menyusahkan. Dalam dalam pernyataan pembelaannya, Dr Mahathir berkata beliau bergantung kepada hak keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri ketika membuat kenyataan itu. Katanya beliau mengucapkan kata-kata itu pada persidangan yang dianjurkan oleh Suhakam di mana hak keistimewaan itu terpakai seperti yang dinyatakan dalam Akta Fitnah 1957.

Dr Mahathir juga berkata pada 9 September, 2005 kata-kata itu dibuat atas kepentingan awam dan menjadi tanggungjawab moral beliau untuk memaklumkan mengenai salah laku Anwar.

Pesuruhjaya Kehakiman Tengku Maimun Tuan Mat putuskan saman Anwar tidak berasas dan kata-kata Dr Mahathir itu adalah ‘satu komen adil yang dibuat kerana kepentingan orang ramai'. Peguam Anwar, Sankara Nair kata mereka akan buat rayuan atas keputusan itu .-4/7/2007

Friday, August 3, 2007

VSS Untuk Kakitangan Bermasalah?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) disaran mewujudkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) bagi melepaskan pekerja-pekerja bermasalah daripada terus berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Perkara ini diutarakan oleh KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau turut menegaskan sebarang tindakan yang diambil mestilah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

Walaubagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melalui Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zain membantah Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) diperkenalkan dalam sektor perkhidmatan awam. Sebaliknya, beliau berpendapat SPA perlu mewujudkan satu jawatankuasa pasukan petugas untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan misalnya menganjurkan kaunseling atau seminar untuk memberi motivasi kepada kakitangan kerajaan.

Jika dilihat, skim ini sebenarnya telah lama wujud bagi sektor swasta dan ternyata idea yang dikemukakan oleh KSN itu memberi plilihan terbaik kepada individu terbabit. Sewajarnya Cuepacs memainkan peranan yang lebih penting membantu kerajaan bagi melatih kakitangan awam supaya bekerja lebih efisen dan bukan terus membantah walaupun ia hanya masih dalam bentuk cadangan.

Kerap kali juga kelihatan notis-notis di dalam akhbar yang terpaksa diiklankan kepada segelintir kakitangan kerajaan yang ‘hilang tanpa khabar berita’. Bukankah ini menjejaskan produktiviti, menyusahkan rakan sekerja dan seolah-olah menidakkan peluang kepada mereka yang lebih minat. Tiada gunanya simpan pekerja yang sudah tidak minat bekerja!

Kepada kakitangan kerajaan yang bermasalah, inilah pilihan yang terbaik bagi anda; VSS daripada dipecat! rekod pun tak buruk.....

Thursday, August 2, 2007

Antara kecelaruan Radzi Sheikh Ahmad dan wibawa Tun Dr Ismail

Lifeboat Sun Jul 29, 07 10:31:41 AM
Selepas berakhirnya upacara ringkas penyampaian status penduduk tetap kepada jurulatih badminton Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, di Putrajaya pada 27 Ogos 2007, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad sempat mengulas laporan polis yang dibuat oleh Tan Sri Muhammad Mohd. Taib pada Isnin lalu terhadap laman web Malaysia Today yang didakwa menyiarkan komen sensitif berhubung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, keagamaan dan perkauman.
Sila layari http://www.englishsection.com/ untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Kata Radzi, "Kita telah memberikan banyak kebebasan, takkan sampai nak caci agama dan Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada asas langsung sedangkan mereka boleh mengemukakan idea atau perbincangan kerana kita bersikap terbuka."
Bercakap pula dalam nada dan kapasiti selaku Setiausaha Agung Umno, Radzi menjelaskan bukan sahaja ahli-ahli Umno malah rakyat biasa yang berfikiran waras sekalipun apabila membaca komen-komen berkenaan akan tertanya-tanya apa yang telah berlaku.
Mungkin kalau di zaman Allahyarham Tun Dr.Ismail Abdul Rahman menjadi Menteri Dalam Negeri, dan mengambil kira suasana ketika itu dan kewibawaan beliau sendiri selaku pemimpin yang komited, kenyataan seperti yang dibuat oleh Radzi itu akan diambil secara serius dan diberikan perhatian sewajarnya.
Malangnya, secara perbandingan dari semua aspek, suasana mahupun ketokohan, Radzi tidak berkongsi penghormatan rakyat terhadap pemimpin seperti Tun Dr. Ismail.
Malah ketika itu, pemimpin PAS sendiri amat jarang mengkritik Tun Dr. Ismail sama ada dalam kapasiti beliau selaku Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau juga selaku Timbalan Presiden Umno.

KOMENKU:Siapalah PAS untuk diambil kira? Negeri Kelantan pun tidak mampu ditadbir dengan baik, banyak pilih kasih berlaku. Kalau nak tolong pun kena tengok jasa juga, buatlah apa pun kerajaan dan UMNO akan dipandang serong. Kalau tidak bantu akan dikatakan tidak menjaga rakyat pula.

Ini kerana rakyat dan parti pembangkang tahu bahawa apabila beliau membuat sesuatu kenyataan awam dalam kapasitinya selaku menteri, maka kenyataan tersebut tidak ada kena mengena dengan politik Umno.
Adanya tokoh-tokoh berwibawa seperti inilah yang menyebabkan rakyat percaya apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan.
Tokoh seperti Tun Dr. Ismail bukan sahaja tidak berminat dengan usaha mengumpulkan kekayaan tetapi juga tidak berminat menolong kawan-kawannya mendapatkan projek kerajaan dengan menggunakan ‘kelebihan tidak-adil’ (unfair advantage).
Pernah seorang sahabatnya datang bagi meminta pertolongan meluluskan sesuatu projek, namun Tun Dr. Ismail berkata, “Saya tidak dapat menolong kamu. Sekiranya saya menolong kamu maka saya terpaksa menolong semua orang. Oleh kerana saya tidak dapat menolong semua orang, maka saya tidak dapat menolong kamu.”
Hal seperti inilah yang telah menjadikan Umno sebuah parti kuat dan sukar digugat oleh PAS dan apatah lagi lain-lain parti pembangkang ketika itu sehinggakan lahir anggapan, “jika Umno diwakili oleh batang kayu sekalipun, parti itu tetap akan memenangi pilihan raya.”

KOMENKU: Husam ke balai IPD Dang Wangi, sebagai tanda sokongan kepada Raja Petra Kamaruddin, demi kuasa dan pengaruh, biarpun RPK tidak mampu menapis komen-komen dalam blognya yang menghina DYMM YDP Agong dan agama Islam. Islam boleh ditolak ketepi asalkan dapat pengaruh dan kuasa dunia. Akhirat lain cerita. Tak gitu Husam? Dengar cerita banyak guna wang sebelum pemilihan di Muktamar Pas baru-baru ni?

Penulis blogger dianggap anti-Umno, anti-kerajaan

Hari ini, kelebihan yang serupa tidak lagi dinikmati oleh Umno ,justeru mengundang pertanyaan: “Bolehkan sesuatu parti politik kekal berkuasa sehingga akhir masa?"

KOMENKU:Kalau diizinkan ALLAH.

Jawapannya tentulah bergantung kepada imaginasi dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu parti politik yang dianutinya dan malah juga pergantungan hidup dan survival peribadinya yang ditawarkan oleh kuasa politik.
Namun sejarah membuktikan tidak ada satupun parti atau kuasa politik yang boleh kekal ke akhir masa.

KOMENKU:Aku difahamkan Datuk Takiyuddin masuk PAS kerana mahukan jawatan dan tempat dalam kerajaan, kerana beliau mengatakan bahawa kalau beliau berada dalam UMNO belum tentu dapat peluang, aku dengar dari orang Kelantan la ni.. Hanya Allah yang maha mengetahui niatnya.

Tanda-tanda sesuatu kuasa atau parti politik akan berakhir ialah apabila kerajaan yang diterajui oleh parti politik tidak lagi prihatin dan responsif terhadap masalah rakyat dan sebaliknya bersikap reaktif.

KOMENKU:Cepat-cepatlah ingatkan Datuk Nik Aziz akan hal ini.

Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, selama 52 tahun majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan, seterusnya Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno.
Umno pula diyakini oleh rakyat selaku tonggak ketuanan Melayu (walaupun setakat ini tidak ada satu pun definisi yang jelas tentang apakah yang dimaksudkan oleh ketuanan Melayu).
Namun hari ini BN dan Umno tidak lagi menikmati sokongan yang serupa. Pemimpin Umno yang hanya dikelilingi oleh konco-konco mereka tidak pernah mendapat maklum-balas yang jelas dan tepat mengenai sentiman orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap prestasi kerajaan.

KOMENKU:Apa buktinya? Setakat ini UMNO masih dalam peliharaan Allah, semua pilihan raya kami sapu ….PAS? Batu Talam pun kalah….? Doa belum makbul atau Allah tidak mengizinkan kerana penuh hipokrit!

Ummu al-Mukminah Aisyah r.a. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah membacakan ayat suci yang berbunyi :
“Dialah yang menurunkan kepada engkau al-Kitab (al-Quran) antara (isi) nya ada ayat-ayat terang , itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain samar-samar.


Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikut ayat-ayat yang samar-samar daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwil (penyesuaian)nya (yang keliru), padahal tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: ”Kami mengimami dia (ayat samar-samar) semuanya daripada sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran (daripadanya) selain orang-orang yang memiliki akal.
(Ali-‘Imran:ayat 7)

Usaha segelintir penulis bloggers dan mereka yang memberi respon kepada penulisan ini dianggap sebagai golongan anti-Umno dan anti-kerajaan. Reaksi pemimpin Umno lebih menjurus kepada emosional dan bukannya rasional.
Justeru, ada ura-ura mengambil tindakan terhadap penulis blog Internet ini termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Disemak 1972) (ISA), Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948.

KOMENKU:Sang Kelembai tu apa yang dia tidak kata kat Pak Lah? Ada Pak Lah bising? Tapi bab menghina agama dan Raja-raja Melayu lambang ketuanan Melayu (yang engkau tak faham tu) UMNO serius! Sang Kelembai tu dengan muka tak malu masih datang berlegar-legar di bangunan PWTC sewaktu mesyuarat MT berlangsung, takde pun kakitangan UMNO atau ahli UMNO pukul dia. Jangan asyik gunakan perkataan emosional dan rasional, tanpa perjuangan UMNO terhadap bangsa Melayu sebelum ni jangan terfikir kamu mampu memegang keyboard komputer pun. Entah-entah jejak ke sekolah menengah pun tak mampu. Jangan demi kuasa kamu sanggup gadaikan apa yang diusahakan UMNO untuk bangsa Melayu sebelum ini. Kenapa dah mula rasa takut ke bila repot polis dibuat? Sebelum ni UMNO diam engkorang tunjuk belang sangat, sekarang kenapa bising macam nyamuk….mana belang harimau kamu? Kamu sepatutnya berani kerana benar.

Kamu baca ungkapan ini:
BrandonD:
“I for one citizen of Malaysia would not respect anyone especially the coward Yang DiPertuan Agong if there are no brave actions taken by instead of showing my naked butts in front of him. Whenever I got the chance…”

Raja Petra:
“I will stop at the last level, But when they reply, “his is very typical of you kampung Malays and Muslims. All brainless pigs”.


Pig tu babi dan binatang haram dalam ISLAM. Faham? Beliau menghina Melayu dan Islam! Mungkin engkau bukan Melayu sebab tu engkau tak heran tapi aku Melayu, Melayu yang memegang tampuk pemerintahan dalam Malaysia ini. Aku orang Islam. Engkau beragama Islam juga ke?

Selain daripada itu usaha sudah dimulakan bagi menakut-nakutkan penulis komen terhadap blog-blog berkenaan dan usaha juga telah dijalankan oleh pendekar siber tajaan Umno bagi mengepos komen yang secara langsung bertentangan dengan peruntukan-peruntukan akta yang dinyatakan dengan tujuan mengukuhkan dakwaan bahawa pengedali laman web, penulis blogger dan pembaca laman web semuanya bersubahat melakukan kesalahan yang termaktub dalam undang-undang.

KOMENKU:Bukan menakut-nakutkan tapi Melayu UMNO ada maruah, bukan sanggup gadai maruah bangsa dan agama demi kuasa politik, mahupun mempergunakan ayat-ayat Al-Quran yang suci demi kuasa politik. Fikirkanlah…dah berpuluh tahun memperjuangkan kuasa dan pengaruh dengan mempergunakan ISLAM tetapi tetap tidak mendapat keredhaan Allah, kerana niat tidak ikhlas. UMNO yang dituduh pengkhianat, rasuah, dan pelbagai lagi masih tetap berkuasa sehingga hari ini. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Biasanya doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah, maka pasti ramai yang teraniaya mendoakan kejatuhan UMNO. Tetapi apa pun Allah tetap bersama UMNO sehingga 50 memerintah negara. Fikirkan sendirilah. Hadi Awang perintah Terengganu sepenggal sahaja dan ditarik balik kuasanya. Kenapa? Niatnya tidak ihklas? Allah sahaja Maha Mengetahui. Biar apa pun taktik dan kempen UMNO , kalau Allah mahu UMNO jatuh, UMNO tetap akan jatuh. Namun Allah tetap memilih UMNO sebagai pemerintah . Terimalah hakikat. Usahlah putar belit fakta dan kehendak Allah demi kuasa.

Rakyat sedar ISA diguna untuk selamatkan Umno dan pemimpinnya

Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam beberapa kenyataannya, termasuk di Dewan Rakyat begitu beriya-iya menekankan peri-pentingnya tindakan di ambil terhadap mereka menerusi undang-undang yang dinyatakan.
Namun mudah untuk mereka yang berfikiran waras memahami bahawa saranan yang begitu bersungguh-sungguh sebenarnya tidak ada kena mengena dengan keselamatan dalam negeri.

KOMENKU:Orang yang gila merampas kuasa sahaja akan berpendapat sedemikian, kalangan yang waras akan menerima hakikat itu. Kalau diterangkan secara panjang lebar akan menjadi hasutan pula. Cari dan gali sendiri, bagi yang waras dan tidak tamak kuasa dunia.

Tidak ada penulis komen dalam semua laman web yang cuba membawa fahaman komunis, tidak ada sebarang tanda mereka mahu menggugat ketenteraman awam, jauh sekali dari berunsur militan. Sebaliknya, rakyat semakin sedar bagaimana ISA digunakan oleh pemimpin kerajaan bagi menyelamatkan kedudukan Umno dan pemimpinnya.

KOMENKU:Gugat ketenteraman bukan sekadar fahaman komunis atau militan, PERKAUMAN juga menggugat. Cakap dengan orang bodoh ni payah!

Apakah mungkin menteri berkenaan tidak memahami yang mana satu ditakrifkan sebagai rahsia rasmi kerajaan dan yang mana satu rahsia mengenai urusan rasmi kerajaan yang tidak diuruskan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang dan melibatkan pemimpin kerajaan yang perlu dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?
Sementara yang satu memberi perlindungan keselamatan kepada negara sementara yang satu lagi mengelakkan pemimpin kerajaan yang terlibat, setidak-tidak dari menanggung aib kerana rahsia pecah-amanah yang dilakukan terbongkar dan menjadi pengetahuan umum.

KOMENKU:Kesian aku dengan budak ni, dangkal sungguh pemahaman dia.

Walaupun perlakuan pecah-amanah dan kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan mempunyai prima facie yang kukuh untuk didakwa menurut undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah, ia biasanya tidak diberikan perhatian atau diabaikan langsung oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mendakwa sehingga rakyat mula merasakan undang-undang yang diperbuat di Parlimen hanyalah untuk rakyat dan bukan untuk pemimpin kerajaan dan orang tertentu yang perlu diberikan perlindungan oleh kerajaan.
Paling kuat, dalam keadaan paling terdesak drama kononnya penyiasatan oleh agensi penyiasat yang ditugaskan oleh kerajaan sedang dilakukan. Namun penghujung ceritanya adalah satu anti-klimaks apabila agensi pendakwa menutup fail.

KOMENKU:Tanya Nik Aziz pasal kes Mat Sabu (suami orang) dan Norma (isteri orang tu). Pergi jumpa ustaz Azmi dari pejabat agama Kelantan , apa komen dia terhadap kes tu? Kes tutup dengan beri nombor bilik yang salah sewaktu perbicaraan sahaja. Berbeza nombor bilik dengan laporan asal je. Arahan Nik Aziz untuk berbuat demikian, demi nama baik PAS. Akhirnya Ustaz Azmi keluar Pas dan jadi penceramah UMNO. Kalau betul mahukan kebenaran pergi tanya Nik Aziz. Kalau Nik Aziz benar-benar hamba Allah yang jujur, beliau akan berkata benar. Aku cabar engkau. Sebagai ulamalah dikatakan, mungkin Nik Aziz takut berbohong ……

Kebenaran mengutarakan pendapat adalah hasutan?

Begitu juga halnya dengan saranan bagi dakwaan terhadap pengendali lawan web dan penulis blog di bawah Akta Hasutan. Mungkin bagi Menteri ini dan bagi parti Umno prihal menyatakan kebenaran dan mengutarakan pendapat adalah termasuk dalam takrif ‘hasutan’.

KOMENKU: …. “His is very typical of you kampung Malays and Muslims. All brainless pigs” …..bukan pandangan tapi bersikap kurang ajar. BIADAP!!! Implikasinya mencetuskan perkauman dan huru hara.

Apakah undang-undang ini bermaksud hanya pendapat yang dapat diterima oleh Umno dan oleh pemimpin Umno yang menganggotai kerajaan sahaja yang tidak ditakrifkan sebagai ‘hasutan’?
Akta Hasutan digubal pada 1948, kira-kira 10 tahun sebelum Merdeka, di tengah-tengah kemelut Darurat dengan tujuan mereka yang menghasut sehingga membahayakan ketenteraman awam dan negara didakwa dan dibawa ke meja pengadilan.

KOMENKU:Technically di meja Keadilan pun boleh terlepas. ISA je ubatnya. Jadi orang lain pun akan selamat.

Hari ini kita tidak lagi berdepan dengan ancaman komunis dan dalam keadaan negara yang telah merdeka selama 50 tahun dan dalam suasana rakyat yang lebih berpendidikan, soal menghasut sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara adalah sesuatu yang agak mustahil boleh berlaku kecuali hasutan yang berkenaan berbentuk isu sensitif perkauman dan agama.

KOMENKU:Komunis memang tak mengancam tapi pelbagai dakyah yang cuba menghancurkan ISLAM sedang merebak dan berleluasa. Kalau Melayu tak kuat di Malaysia, yang mana Melayu merupakan paling ramai beragama ISLAM, maka ISLAM pun akan hancur. Awak pun tahukan “suasana rakyat yang lebih berpendidikan, soal menghasut sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara….” . Ingatkan tak tahu .Semuanya berlaku sepanjang tempoh 50 tahun UMNO memerintah la tu.

Walaupun banyak pihak termasuk PAS dan parti pembangkang mengusulkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan dihapuskan, sebenarnya ia masih relevan dalam konteks negara kita.
Namun apa yang perlu dilakukan ialah pindaan kepada undang-undang berkenaan agar ia tidak lagi mempunyai ciri-ciri yang melanggar hak-asasi manusia, seperti tahanan tanpa perbicaraan.
Peruntukan ini mungkin sesuai satu ketika dulu ketika negara berada di bawah ancaman komunis. Disebabkan terdapatnya kesukaran mendapatkan bukti bagi mensabitkan seseorang yang menyebarkan dakyah komunis, maka tahanan tanpa perbicaraan terpaksa digunakan bagi menahan dengan tujuan mengekang dakyah yang disebarkan oleh mereka yang didakwa.

KOMENKU:Dunia sekarang bukan ancaman KOMUNIS, ajaran sesat Ayah Pin pun mengancam ISLAM. Apa Hadi buat sewaktu memerintah? Dia tak sedar ke Ayah Pin membuat kerja gila di Terengganu?? Tu la asyik berceramah mengutuk dan mencari kelemahan orang lain, “cirit-birit” dalam kain sendiri pun tak terbasuh. Bau busuk melekat di sana sini.

Begitu juga dengan Akta Rahsia Rasmi bagi melindungi rahsia rasmi kerajaan dari jatuh ke tangan pihak asing dan mungkin boleh memudaratkan keselamatan negara dan juga Akta Hasutan yang dapat mengawal berlakunya rusuhan kaum.
Namun apapun undang-undang yang perlu dikekalkan atau perlu digubal dalam konteks ini, ia haruslah bagi melindungi negara dan bukannya bertujuan melindungi pemimpin dan parti kerajaan yang memerintah dari disabitkan dengan pelbagai kesalahan atau pelanggaran undang-undang atau ancaman kehilangan kuasa untuk memerintah.

Tiada siapa mampu lepaskan diri daripada akta yang digubal Allah

Penggunaan undang-undang yang disebut ini dalam era pasca kemerdekaan dilihat oleh rakyat Malaysia serta pemerhati-pemerhati berwibawa luar sebagai lebih banyak menjurus kepada usaha untuk menyelamatkan parti pemerintah dari kehilangan kuasa politik dan pemimpinnya dari didakwa bersabit pelbagai kesalahan.
Dalam perkataan lebih mudah, hakikatnya ia tidak lebih kepada satu penganiayaan dan seterusnya penzaliman kepada mereka yang berjuang untuk mendedahkan kemungkaran yang berlaku.
Tak perlulah disebutkan ayat al-Quran atau hadis yang mana menyebut larangan terhadap kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.
Menggunakan alasan atau menghindarkan rasa-bersalah dan berdosa bahawa tindakan diambil menurut undang-undang tersebut adalah dibuat atas nama kerajaan, tidak akan melepaskan mereka yang terlibat secara langsung dan mereka yang bersubahat secara tidak langsung dari dosa dan pelanggaran Akta yang digubal oleh Allah SWT.
Pemimpin kerajaan, anggota Umno mahupun PAS, semuanya adalah manusia. Hanya manusia sahaja yang boleh berlaku zalim dan aniaya ke atas manusia.

KOMENKU:Sebab tu jangan TAKSUB sangat dengan Nik AZIZ atau HADI , mereka juga manusia, buat kesalahan dan pembohongan.

Kuasa politik yang ada di tangan tidak akan kekal selama-lamanya. Begitu juga dengan kehidupan itu sendiri.

KOMENKU:Kita tetap akan menemui ALLAH satu hari nanti. Bila? Tak tahu.

Sementara kita melaksanakan undang-undang yang kita cipta, Allah melaksanakan undang-undang-Nya terhadap kita.
Dan sementara kita memiliki kuasa yang membolehkan kita sentiasa terlepas dari undang-undang yang kita cipta, kita tak mungkin terlepas dari undang-undang yang diperturunkan oleh Allah.

KOMENKU:Kerana Undang-undang kita cipta tu lah Mat Sabu dan Norma terlepas, kalau benar mengikut hukum ALLAH pasti mereka berdua dihukum. Atas dunia boleh ditutup, di akhirat kita akan ditelanjangi.

Di dunia, kita akan dikutuk oleh manusia yang dizalimi dan teraniaya. Di akhirat, kita bakal dilaknati Allah.

KOMENKU:(Riwayat al-Tirmidzi)
(67:23) Katakan (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati , amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Wednesday, August 1, 2007

RPK bawa Al-Quran ke balai polis

“Saya buka Al-Quran depan mereka dan kata saya sedia berbahas supaya mereka dapat beritahu saya dimana saya menghina Islam dan (Yang Dipertuan) Agong. Mereka kata siasatan itu bukanlah mengenai artikel tetapi komen dalam blog,” ujarnya.

“Kami tidak letakan sebarang kawalan tetapi kami ada hak untuk buang sesetengah komen yang sangat offensive ….seperti ada yang tulis Malay dog … Chinese pigs ...itu saya buang kerana saya tak fikir itu membantu perbincangan.

Di atas adalah antara kenyataan Raja Petra Kamaruddin, yang dipetik dari Agendadaily.

“Saya buka Al-Quran depan mereka….”

KomenKu;

Sekadar membuka Al –Quran, kenapa tidak dihayati Surah an-Nur: 19, yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian.” )


Renungan:
Fikirkanlah sendiri apa yang telah kamu lakukan selama ini, ada yang kamu bercakap benar, namun ada juga tuduhan melulu....

Dia tak tahu?

“Bagaimana saya nak tahu siapa mereka ini.Malaysia-Today boleh diakses di seluruh dunia….70 peratus dari Malaysia dan 30 peratus dari 146 buah negara lain.Saya tak tahu mereka siapa dan saya tidak mahu tahu siapa mereka”katanya.

KomenKu:
Aku pernah berjumpa dengan Jeff Ooi, beliau tahu dari mana dan siapa yang mengambil bahagian dalam segmen COMMENT blognya. Teknologi canggih kini memungkin segala-galanya. Tak sangka pula RPK ketinggalan, kalau lihat dari segi gaya hebat orangnya. Kalau dengan cerita lagi hebat….kerabat lagi.