Datuk Ahmad Said Hamdan, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah semalam menyatakan 30.5% pelajar universiti jika diberi peluang, sanggup mengambil rasuah. Ini menurut hasil kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003.
Angka yang diberi sebanyak 30.5% itu adalah jumlah yang agak membimbangkan. Adakah mereka yang tergolong di dalam angka tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading hanya memikirkan imbuhan material sahaja. Jika benar, amatlah malang dan merugikan bagi masa depan negara ini.
Tetapi, sewajarnya hasil kaji selidik itu juga mendedahkan kriteria responden yang terlibat; tahap umur; bangsa; bidang kursus; sekadar beberapa contoh yang kesemua itu mempengaruhi kaji selidik tersebut.
Pada tanggapan masyarakat awam, orang yang berpeluang cerah untuk mengamalkan rasuah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kuasa bagi sesuatu perkara yang memungkinkan orang lain memerlukannya. Maka, tidak timbul mereka itu belajar setinggi langit atau serendah bumi, jika diberi peluang, terjadilah sebagaimana yang terjadi pada sekumpulan anggota penguatkuasa yang meminta wang rasuah bagi melepaskan pesalah yang jika dikenakan hukuman, pasti ke tali gantung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment