Thursday, August 2, 2007

Antara kecelaruan Radzi Sheikh Ahmad dan wibawa Tun Dr Ismail

Lifeboat Sun Jul 29, 07 10:31:41 AM
Selepas berakhirnya upacara ringkas penyampaian status penduduk tetap kepada jurulatih badminton Persatuan Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, di Putrajaya pada 27 Ogos 2007, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad sempat mengulas laporan polis yang dibuat oleh Tan Sri Muhammad Mohd. Taib pada Isnin lalu terhadap laman web Malaysia Today yang didakwa menyiarkan komen sensitif berhubung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, keagamaan dan perkauman.
Sila layari http://www.englishsection.com/ untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Kata Radzi, "Kita telah memberikan banyak kebebasan, takkan sampai nak caci agama dan Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada asas langsung sedangkan mereka boleh mengemukakan idea atau perbincangan kerana kita bersikap terbuka."
Bercakap pula dalam nada dan kapasiti selaku Setiausaha Agung Umno, Radzi menjelaskan bukan sahaja ahli-ahli Umno malah rakyat biasa yang berfikiran waras sekalipun apabila membaca komen-komen berkenaan akan tertanya-tanya apa yang telah berlaku.
Mungkin kalau di zaman Allahyarham Tun Dr.Ismail Abdul Rahman menjadi Menteri Dalam Negeri, dan mengambil kira suasana ketika itu dan kewibawaan beliau sendiri selaku pemimpin yang komited, kenyataan seperti yang dibuat oleh Radzi itu akan diambil secara serius dan diberikan perhatian sewajarnya.
Malangnya, secara perbandingan dari semua aspek, suasana mahupun ketokohan, Radzi tidak berkongsi penghormatan rakyat terhadap pemimpin seperti Tun Dr. Ismail.
Malah ketika itu, pemimpin PAS sendiri amat jarang mengkritik Tun Dr. Ismail sama ada dalam kapasiti beliau selaku Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau juga selaku Timbalan Presiden Umno.

KOMENKU:Siapalah PAS untuk diambil kira? Negeri Kelantan pun tidak mampu ditadbir dengan baik, banyak pilih kasih berlaku. Kalau nak tolong pun kena tengok jasa juga, buatlah apa pun kerajaan dan UMNO akan dipandang serong. Kalau tidak bantu akan dikatakan tidak menjaga rakyat pula.

Ini kerana rakyat dan parti pembangkang tahu bahawa apabila beliau membuat sesuatu kenyataan awam dalam kapasitinya selaku menteri, maka kenyataan tersebut tidak ada kena mengena dengan politik Umno.
Adanya tokoh-tokoh berwibawa seperti inilah yang menyebabkan rakyat percaya apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan.
Tokoh seperti Tun Dr. Ismail bukan sahaja tidak berminat dengan usaha mengumpulkan kekayaan tetapi juga tidak berminat menolong kawan-kawannya mendapatkan projek kerajaan dengan menggunakan ‘kelebihan tidak-adil’ (unfair advantage).
Pernah seorang sahabatnya datang bagi meminta pertolongan meluluskan sesuatu projek, namun Tun Dr. Ismail berkata, “Saya tidak dapat menolong kamu. Sekiranya saya menolong kamu maka saya terpaksa menolong semua orang. Oleh kerana saya tidak dapat menolong semua orang, maka saya tidak dapat menolong kamu.”
Hal seperti inilah yang telah menjadikan Umno sebuah parti kuat dan sukar digugat oleh PAS dan apatah lagi lain-lain parti pembangkang ketika itu sehinggakan lahir anggapan, “jika Umno diwakili oleh batang kayu sekalipun, parti itu tetap akan memenangi pilihan raya.”

KOMENKU: Husam ke balai IPD Dang Wangi, sebagai tanda sokongan kepada Raja Petra Kamaruddin, demi kuasa dan pengaruh, biarpun RPK tidak mampu menapis komen-komen dalam blognya yang menghina DYMM YDP Agong dan agama Islam. Islam boleh ditolak ketepi asalkan dapat pengaruh dan kuasa dunia. Akhirat lain cerita. Tak gitu Husam? Dengar cerita banyak guna wang sebelum pemilihan di Muktamar Pas baru-baru ni?

Penulis blogger dianggap anti-Umno, anti-kerajaan

Hari ini, kelebihan yang serupa tidak lagi dinikmati oleh Umno ,justeru mengundang pertanyaan: “Bolehkan sesuatu parti politik kekal berkuasa sehingga akhir masa?"

KOMENKU:Kalau diizinkan ALLAH.

Jawapannya tentulah bergantung kepada imaginasi dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu parti politik yang dianutinya dan malah juga pergantungan hidup dan survival peribadinya yang ditawarkan oleh kuasa politik.
Namun sejarah membuktikan tidak ada satupun parti atau kuasa politik yang boleh kekal ke akhir masa.

KOMENKU:Aku difahamkan Datuk Takiyuddin masuk PAS kerana mahukan jawatan dan tempat dalam kerajaan, kerana beliau mengatakan bahawa kalau beliau berada dalam UMNO belum tentu dapat peluang, aku dengar dari orang Kelantan la ni.. Hanya Allah yang maha mengetahui niatnya.

Tanda-tanda sesuatu kuasa atau parti politik akan berakhir ialah apabila kerajaan yang diterajui oleh parti politik tidak lagi prihatin dan responsif terhadap masalah rakyat dan sebaliknya bersikap reaktif.

KOMENKU:Cepat-cepatlah ingatkan Datuk Nik Aziz akan hal ini.

Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, selama 52 tahun majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan, seterusnya Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno.
Umno pula diyakini oleh rakyat selaku tonggak ketuanan Melayu (walaupun setakat ini tidak ada satu pun definisi yang jelas tentang apakah yang dimaksudkan oleh ketuanan Melayu).
Namun hari ini BN dan Umno tidak lagi menikmati sokongan yang serupa. Pemimpin Umno yang hanya dikelilingi oleh konco-konco mereka tidak pernah mendapat maklum-balas yang jelas dan tepat mengenai sentiman orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap prestasi kerajaan.

KOMENKU:Apa buktinya? Setakat ini UMNO masih dalam peliharaan Allah, semua pilihan raya kami sapu ….PAS? Batu Talam pun kalah….? Doa belum makbul atau Allah tidak mengizinkan kerana penuh hipokrit!

Ummu al-Mukminah Aisyah r.a. memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah membacakan ayat suci yang berbunyi :
“Dialah yang menurunkan kepada engkau al-Kitab (al-Quran) antara (isi) nya ada ayat-ayat terang , itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain samar-samar.


Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikut ayat-ayat yang samar-samar daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwil (penyesuaian)nya (yang keliru), padahal tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: ”Kami mengimami dia (ayat samar-samar) semuanya daripada sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran (daripadanya) selain orang-orang yang memiliki akal.
(Ali-‘Imran:ayat 7)

Usaha segelintir penulis bloggers dan mereka yang memberi respon kepada penulisan ini dianggap sebagai golongan anti-Umno dan anti-kerajaan. Reaksi pemimpin Umno lebih menjurus kepada emosional dan bukannya rasional.
Justeru, ada ura-ura mengambil tindakan terhadap penulis blog Internet ini termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Disemak 1972) (ISA), Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1948.

KOMENKU:Sang Kelembai tu apa yang dia tidak kata kat Pak Lah? Ada Pak Lah bising? Tapi bab menghina agama dan Raja-raja Melayu lambang ketuanan Melayu (yang engkau tak faham tu) UMNO serius! Sang Kelembai tu dengan muka tak malu masih datang berlegar-legar di bangunan PWTC sewaktu mesyuarat MT berlangsung, takde pun kakitangan UMNO atau ahli UMNO pukul dia. Jangan asyik gunakan perkataan emosional dan rasional, tanpa perjuangan UMNO terhadap bangsa Melayu sebelum ni jangan terfikir kamu mampu memegang keyboard komputer pun. Entah-entah jejak ke sekolah menengah pun tak mampu. Jangan demi kuasa kamu sanggup gadaikan apa yang diusahakan UMNO untuk bangsa Melayu sebelum ini. Kenapa dah mula rasa takut ke bila repot polis dibuat? Sebelum ni UMNO diam engkorang tunjuk belang sangat, sekarang kenapa bising macam nyamuk….mana belang harimau kamu? Kamu sepatutnya berani kerana benar.

Kamu baca ungkapan ini:
BrandonD:
“I for one citizen of Malaysia would not respect anyone especially the coward Yang DiPertuan Agong if there are no brave actions taken by instead of showing my naked butts in front of him. Whenever I got the chance…”

Raja Petra:
“I will stop at the last level, But when they reply, “his is very typical of you kampung Malays and Muslims. All brainless pigs”.


Pig tu babi dan binatang haram dalam ISLAM. Faham? Beliau menghina Melayu dan Islam! Mungkin engkau bukan Melayu sebab tu engkau tak heran tapi aku Melayu, Melayu yang memegang tampuk pemerintahan dalam Malaysia ini. Aku orang Islam. Engkau beragama Islam juga ke?

Selain daripada itu usaha sudah dimulakan bagi menakut-nakutkan penulis komen terhadap blog-blog berkenaan dan usaha juga telah dijalankan oleh pendekar siber tajaan Umno bagi mengepos komen yang secara langsung bertentangan dengan peruntukan-peruntukan akta yang dinyatakan dengan tujuan mengukuhkan dakwaan bahawa pengedali laman web, penulis blogger dan pembaca laman web semuanya bersubahat melakukan kesalahan yang termaktub dalam undang-undang.

KOMENKU:Bukan menakut-nakutkan tapi Melayu UMNO ada maruah, bukan sanggup gadai maruah bangsa dan agama demi kuasa politik, mahupun mempergunakan ayat-ayat Al-Quran yang suci demi kuasa politik. Fikirkanlah…dah berpuluh tahun memperjuangkan kuasa dan pengaruh dengan mempergunakan ISLAM tetapi tetap tidak mendapat keredhaan Allah, kerana niat tidak ikhlas. UMNO yang dituduh pengkhianat, rasuah, dan pelbagai lagi masih tetap berkuasa sehingga hari ini. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Biasanya doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah, maka pasti ramai yang teraniaya mendoakan kejatuhan UMNO. Tetapi apa pun Allah tetap bersama UMNO sehingga 50 memerintah negara. Fikirkan sendirilah. Hadi Awang perintah Terengganu sepenggal sahaja dan ditarik balik kuasanya. Kenapa? Niatnya tidak ihklas? Allah sahaja Maha Mengetahui. Biar apa pun taktik dan kempen UMNO , kalau Allah mahu UMNO jatuh, UMNO tetap akan jatuh. Namun Allah tetap memilih UMNO sebagai pemerintah . Terimalah hakikat. Usahlah putar belit fakta dan kehendak Allah demi kuasa.

Rakyat sedar ISA diguna untuk selamatkan Umno dan pemimpinnya

Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam beberapa kenyataannya, termasuk di Dewan Rakyat begitu beriya-iya menekankan peri-pentingnya tindakan di ambil terhadap mereka menerusi undang-undang yang dinyatakan.
Namun mudah untuk mereka yang berfikiran waras memahami bahawa saranan yang begitu bersungguh-sungguh sebenarnya tidak ada kena mengena dengan keselamatan dalam negeri.

KOMENKU:Orang yang gila merampas kuasa sahaja akan berpendapat sedemikian, kalangan yang waras akan menerima hakikat itu. Kalau diterangkan secara panjang lebar akan menjadi hasutan pula. Cari dan gali sendiri, bagi yang waras dan tidak tamak kuasa dunia.

Tidak ada penulis komen dalam semua laman web yang cuba membawa fahaman komunis, tidak ada sebarang tanda mereka mahu menggugat ketenteraman awam, jauh sekali dari berunsur militan. Sebaliknya, rakyat semakin sedar bagaimana ISA digunakan oleh pemimpin kerajaan bagi menyelamatkan kedudukan Umno dan pemimpinnya.

KOMENKU:Gugat ketenteraman bukan sekadar fahaman komunis atau militan, PERKAUMAN juga menggugat. Cakap dengan orang bodoh ni payah!

Apakah mungkin menteri berkenaan tidak memahami yang mana satu ditakrifkan sebagai rahsia rasmi kerajaan dan yang mana satu rahsia mengenai urusan rasmi kerajaan yang tidak diuruskan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang dan melibatkan pemimpin kerajaan yang perlu dirahsiakan dari pengetahuan rakyat?
Sementara yang satu memberi perlindungan keselamatan kepada negara sementara yang satu lagi mengelakkan pemimpin kerajaan yang terlibat, setidak-tidak dari menanggung aib kerana rahsia pecah-amanah yang dilakukan terbongkar dan menjadi pengetahuan umum.

KOMENKU:Kesian aku dengan budak ni, dangkal sungguh pemahaman dia.

Walaupun perlakuan pecah-amanah dan kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan mempunyai prima facie yang kukuh untuk didakwa menurut undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah, ia biasanya tidak diberikan perhatian atau diabaikan langsung oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mendakwa sehingga rakyat mula merasakan undang-undang yang diperbuat di Parlimen hanyalah untuk rakyat dan bukan untuk pemimpin kerajaan dan orang tertentu yang perlu diberikan perlindungan oleh kerajaan.
Paling kuat, dalam keadaan paling terdesak drama kononnya penyiasatan oleh agensi penyiasat yang ditugaskan oleh kerajaan sedang dilakukan. Namun penghujung ceritanya adalah satu anti-klimaks apabila agensi pendakwa menutup fail.

KOMENKU:Tanya Nik Aziz pasal kes Mat Sabu (suami orang) dan Norma (isteri orang tu). Pergi jumpa ustaz Azmi dari pejabat agama Kelantan , apa komen dia terhadap kes tu? Kes tutup dengan beri nombor bilik yang salah sewaktu perbicaraan sahaja. Berbeza nombor bilik dengan laporan asal je. Arahan Nik Aziz untuk berbuat demikian, demi nama baik PAS. Akhirnya Ustaz Azmi keluar Pas dan jadi penceramah UMNO. Kalau betul mahukan kebenaran pergi tanya Nik Aziz. Kalau Nik Aziz benar-benar hamba Allah yang jujur, beliau akan berkata benar. Aku cabar engkau. Sebagai ulamalah dikatakan, mungkin Nik Aziz takut berbohong ……

Kebenaran mengutarakan pendapat adalah hasutan?

Begitu juga halnya dengan saranan bagi dakwaan terhadap pengendali lawan web dan penulis blog di bawah Akta Hasutan. Mungkin bagi Menteri ini dan bagi parti Umno prihal menyatakan kebenaran dan mengutarakan pendapat adalah termasuk dalam takrif ‘hasutan’.

KOMENKU: …. “His is very typical of you kampung Malays and Muslims. All brainless pigs” …..bukan pandangan tapi bersikap kurang ajar. BIADAP!!! Implikasinya mencetuskan perkauman dan huru hara.

Apakah undang-undang ini bermaksud hanya pendapat yang dapat diterima oleh Umno dan oleh pemimpin Umno yang menganggotai kerajaan sahaja yang tidak ditakrifkan sebagai ‘hasutan’?
Akta Hasutan digubal pada 1948, kira-kira 10 tahun sebelum Merdeka, di tengah-tengah kemelut Darurat dengan tujuan mereka yang menghasut sehingga membahayakan ketenteraman awam dan negara didakwa dan dibawa ke meja pengadilan.

KOMENKU:Technically di meja Keadilan pun boleh terlepas. ISA je ubatnya. Jadi orang lain pun akan selamat.

Hari ini kita tidak lagi berdepan dengan ancaman komunis dan dalam keadaan negara yang telah merdeka selama 50 tahun dan dalam suasana rakyat yang lebih berpendidikan, soal menghasut sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara adalah sesuatu yang agak mustahil boleh berlaku kecuali hasutan yang berkenaan berbentuk isu sensitif perkauman dan agama.

KOMENKU:Komunis memang tak mengancam tapi pelbagai dakyah yang cuba menghancurkan ISLAM sedang merebak dan berleluasa. Kalau Melayu tak kuat di Malaysia, yang mana Melayu merupakan paling ramai beragama ISLAM, maka ISLAM pun akan hancur. Awak pun tahukan “suasana rakyat yang lebih berpendidikan, soal menghasut sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara….” . Ingatkan tak tahu .Semuanya berlaku sepanjang tempoh 50 tahun UMNO memerintah la tu.

Walaupun banyak pihak termasuk PAS dan parti pembangkang mengusulkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan dihapuskan, sebenarnya ia masih relevan dalam konteks negara kita.
Namun apa yang perlu dilakukan ialah pindaan kepada undang-undang berkenaan agar ia tidak lagi mempunyai ciri-ciri yang melanggar hak-asasi manusia, seperti tahanan tanpa perbicaraan.
Peruntukan ini mungkin sesuai satu ketika dulu ketika negara berada di bawah ancaman komunis. Disebabkan terdapatnya kesukaran mendapatkan bukti bagi mensabitkan seseorang yang menyebarkan dakyah komunis, maka tahanan tanpa perbicaraan terpaksa digunakan bagi menahan dengan tujuan mengekang dakyah yang disebarkan oleh mereka yang didakwa.

KOMENKU:Dunia sekarang bukan ancaman KOMUNIS, ajaran sesat Ayah Pin pun mengancam ISLAM. Apa Hadi buat sewaktu memerintah? Dia tak sedar ke Ayah Pin membuat kerja gila di Terengganu?? Tu la asyik berceramah mengutuk dan mencari kelemahan orang lain, “cirit-birit” dalam kain sendiri pun tak terbasuh. Bau busuk melekat di sana sini.

Begitu juga dengan Akta Rahsia Rasmi bagi melindungi rahsia rasmi kerajaan dari jatuh ke tangan pihak asing dan mungkin boleh memudaratkan keselamatan negara dan juga Akta Hasutan yang dapat mengawal berlakunya rusuhan kaum.
Namun apapun undang-undang yang perlu dikekalkan atau perlu digubal dalam konteks ini, ia haruslah bagi melindungi negara dan bukannya bertujuan melindungi pemimpin dan parti kerajaan yang memerintah dari disabitkan dengan pelbagai kesalahan atau pelanggaran undang-undang atau ancaman kehilangan kuasa untuk memerintah.

Tiada siapa mampu lepaskan diri daripada akta yang digubal Allah

Penggunaan undang-undang yang disebut ini dalam era pasca kemerdekaan dilihat oleh rakyat Malaysia serta pemerhati-pemerhati berwibawa luar sebagai lebih banyak menjurus kepada usaha untuk menyelamatkan parti pemerintah dari kehilangan kuasa politik dan pemimpinnya dari didakwa bersabit pelbagai kesalahan.
Dalam perkataan lebih mudah, hakikatnya ia tidak lebih kepada satu penganiayaan dan seterusnya penzaliman kepada mereka yang berjuang untuk mendedahkan kemungkaran yang berlaku.
Tak perlulah disebutkan ayat al-Quran atau hadis yang mana menyebut larangan terhadap kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.
Menggunakan alasan atau menghindarkan rasa-bersalah dan berdosa bahawa tindakan diambil menurut undang-undang tersebut adalah dibuat atas nama kerajaan, tidak akan melepaskan mereka yang terlibat secara langsung dan mereka yang bersubahat secara tidak langsung dari dosa dan pelanggaran Akta yang digubal oleh Allah SWT.
Pemimpin kerajaan, anggota Umno mahupun PAS, semuanya adalah manusia. Hanya manusia sahaja yang boleh berlaku zalim dan aniaya ke atas manusia.

KOMENKU:Sebab tu jangan TAKSUB sangat dengan Nik AZIZ atau HADI , mereka juga manusia, buat kesalahan dan pembohongan.

Kuasa politik yang ada di tangan tidak akan kekal selama-lamanya. Begitu juga dengan kehidupan itu sendiri.

KOMENKU:Kita tetap akan menemui ALLAH satu hari nanti. Bila? Tak tahu.

Sementara kita melaksanakan undang-undang yang kita cipta, Allah melaksanakan undang-undang-Nya terhadap kita.
Dan sementara kita memiliki kuasa yang membolehkan kita sentiasa terlepas dari undang-undang yang kita cipta, kita tak mungkin terlepas dari undang-undang yang diperturunkan oleh Allah.

KOMENKU:Kerana Undang-undang kita cipta tu lah Mat Sabu dan Norma terlepas, kalau benar mengikut hukum ALLAH pasti mereka berdua dihukum. Atas dunia boleh ditutup, di akhirat kita akan ditelanjangi.

Di dunia, kita akan dikutuk oleh manusia yang dizalimi dan teraniaya. Di akhirat, kita bakal dilaknati Allah.

KOMENKU:(Riwayat al-Tirmidzi)
(67:23) Katakan (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati , amatlah sedikit kamu bersyukur”.

No comments: