Thursday, November 1, 2007

Orang Melayu Kering In November

From: http://www.malaysia-today.net

By Old Sea Dog

Untuk makluman pembaca laporan ini ditulis dalam dwi bahasa - Inggeris dan Melayu. Semoga anda semua akan membacanya.

The inept administration of Abdullah Bodowi cannot move the economy. All the talk about 5% and 6% growth is coming from higher earnings by Petronas. The Second Finance Minister has also included the robust stock market as part of economic growth. But the vast majority of Malays do not seem to be enjoying this growth.

The more than one million Malays who work for the Government seem to be getting the shortest end of the stick. Rising fuel, food and other prices has eaten away at their monthly pay packets. To pull the wool over their eyes the Prime Minister Bodowi gave them a hefty 40% pay rise in July. However, the effects of this pay rise are negligible considering that the pay increase just balanced the higher cost of living.

Then in another bungle the Bodowi Administration gave over one million Malay Civil Servants an early full month's salary on October 8th 2007 - so that they would have spending money for the recent Hari Raya. Never before has the Government paid Civil Servants a full month's salary before the 15th of the month. But nothing is too stupid for the Bodowi Administration.

The net result is that by mid October the vast majority of Malay Civil Servants were 'broke'. Their pay packets have been spent. They will not get any more salary until end November. Many of them have already started visiting the pawnshops and the along moneylenders to get some cash to tide them over November.

In the meantime Bodowi and mamak bendahara Nor Mohamed Yakcop are going around the world crowing that everything is ship shape in Malaysia.

Yang berikutnya dalam bahasa Melayu.

Untuk menutup kegagalan pentadbirannya menggerakkan ekonomi negara, suami baru si Jean (sebut John) Danker telah cuba merasuahkan rakyat dengan kenaikan gaji dan bayaran gaji yang lebih awal. Tetapi kenaikan gaji sehingga 40% itu tidak memberi kesan yang terlalu positif kerana gaji baru itu ditelan oleh kenaikan harga minyak, tepung, ikan, ayam dan barang keperluan harian.

Dalam satu lagi langkah yang tidak peka, pentadbiran Abdullah Bodowi telah membayar gaji penuh 'Menyambut Hari Raya' pada tarikh awal (8hb Oktober) kepada lebih satu juta kakitangan Kerajaan. Sebelum ini Kerajaan tidak pernah membayar gaji penuh sebelum pertengahan bulan, tetapi mungkin pentadbiran Bodowi ingin memasuki buku 'Malaysia Book of Records'.

Akibatnya ialah majoriti besar daripada satu juta orang Melayu telah belanjakan kesemua gaji bulan Oktober untuk menyambut Hari Raya. Sekarang mereka sudah kering dan tidak akan menerima gaji lagi sehingga akhir bulan November. Mereka sekarang sedang melawati kedai pajak dan kedai along untuk mendapatkan sedikit duit. Kedai pajak dan along bakal mengecapi kekayaan cepat dalam dua bulan ini. Pada waktu yang sama Abdullah Bodowi serta mamak bendaharanya Nor Mohamed Yakcop mengelilingi dunia melonggarkan screw di kepala sendiri bahawa rakyat Malaysia semuanya dalam keadaan ok dan bagus.

Komen:

Terang-terang keborosan penulis artikel ini dicerminkan kepada umum. Dirinya tergolong dalam golongan manusia lupa daratan bila diberi imbuhan yang bertujuan untuk meringankan beban menyambut hari perayaan. Nilai matawang dan cara menggunakan wang dengan lebih efektif tidak diambil pusing olehnya. Belajarlah bagaimana menguruskan perbelanjaan, rajin-rajinlah melawat kedai buku, atau perpustakaan awam mencari dan membaca buku-buku berkaitan pengurusan kewangan.

Insya-Allah selepas membaca buku tersebut, cara dan corak penulisan penulis akan lebih matang bagi lebih mencerminkan dirinya bukan anak-anak kecil yang dahagakan wang ‘Ang-Pow’ raya sepenuhnya. Mungkin kerana setiap bulan menerima gaji mengikut jadual telah membuatkan diri penulis tidak dapat menerima imbuhan awal sebegini.

Artikel ini merupakan satu penghinaan kepada kaum Melayu dan juga masyarakat majmuk Malaysia seolah-olah rakyat tidak tahu menguruskan kewangan diri dan keluarga. Seperti anak-anak baru menulis artikel, artikel menyemak sebegini harus diboikot oleh rakyat kerana terang-terang memperkatakan seolah-olah rakyat terutamanya Melayu terlalu boros dan lemah dalam pengurusan kewangan keluarga.

Daripada 1 juta rakyat di Malaysia, bukan semuanya adalah golongan Melayu yang makan gaji, ada yang berniaga dan dengan itu mereka dapat menguruskan sumber kewangan keluarga dengan cermat dan efektif. Malaysia telah maju, dengan kemewahan sebegini, kerajaan telah banyak membantu membangunkan ekonomi negara. Kesan kenaikan dalam ekonomi bukan bertujuan untuk membuatkan rakyat menderita, tetapi ini menunjukkan rakyat Malaysia telah maju kedepan dan berada dalam kemewahan.

Penulis yang boleh dikategorikan ‘Lembab Menjadi-Jadi’ ini nampaknya bersusah payah untuk cuba bangkit dan keluar dari kepompong rosaknya dengan satu tujuan untuk merosakkan fikiran dan fahaman rakyat Malaysia. Salah satu punca dia berpelakuan sebegini mungkin kerana timbul perasaan iri-hati kerana dalam keseronokan orang lain menerima imbuhan dan dipenuhi kemewahan, hanya dia sahaja yang mengikat perut kerana tidak menerima sebarang imbuhan perayaan dek fikirannya yang kurang cerdas dari orang lain. Semuanya telah dijawab melalui penulisannya sendiri. ‘Sungguh malang orang ini!’

No comments: