Wan Nordin dan Azamin Amin
Foto Wan Zahari Salleh Thu
Oct 25, 07 9:10:00 am MYT
http://www.harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sepatutnya bertemu dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi mendapatkan bukti 'pita lingam' hari ini telah membatalkan pertemuan itu dengan hanya menelefon Anwar pada jam 11.00 pagi tadi.
Demikian kata Anwar dalam satu sidang media sejurus selepas mendapat dua panggilan dari BPR di Pejabatnya di Petaling Jaya pagi tadi.
BPR bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pembatalan tersebut termasuk tidak memberi tarikh pertemuan selanjut yang bakal diadakan, kata Anwar.
"Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.
Komen: Bukti apa yang Anwar ada? Nampak sangat tak ada bukti. Kalau setaka buat kenyataan ada bukti dalam Thumbdrive, nak tunjuk konon yang dia tu bukan penipu besar. Seterusnya, keengganan Anwar memberi sebahagian lagi rakaman video tersebut juga menimbulkan tanda tanya. Apakah yang mahu disembunyikan oleh Anwar atau apakah benar wujud sebahagian lagi video tersebut? Semua ini hanyalah propaganda yang dibuat oleh Anwar untuk mempopularkan kembali dirinya yang semakin kusam. Dengan mendakwa ada sebahagian lagi rakaman akan dikeluarkan bila diperlukan, Anwar mengumpan orang ramai menghadiri ceramah beliau.
Sepanjang bermulanya kes video ni, boleh nampak macam-mana corak permainan si Anwar ni. Sengaja nak buat kes untuk pusingkan fikiran rakyat. Cara permainan kotar yang sama tanpa sebarang perubahan untuk bertaubat. Cukup-cukuplah tu. Siapa Anwar sebenarnya? Kuat sangatkah minda putar alamnya hingga kerajaan dan rakyat ingin dipermainkan olehnya. Cubalah bersyukur sikit masyarakat dah boleh terima, kerajaan dah bebaskan keluar penjara.
Dipetik dari anwarisme.blogspot.com
“Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan Anwar di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan).
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar mengeluarkan kenyatan bahawa "Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.
Bukankah aneh dakwaan ini? Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.”
Dengan menuduh kerajaan akan membuat itu dan ini yang bertentangan dengan kehendaknya, Anwar berharap kerajaan akan bertindak sebaliknya. Dengan kata lain, Anwar berharap kerajaan akan mengakui kebenaran video klip yang didedahkannya itu tanpa siasatan lengkap, sekaligus membolehkan beliau mendakwa semua keputusan mahakamah ke atas dirinya adalah atas sebab hakim korup.
Dengan membuat tuduhan-tuduhan awal terhadap kerajaan, Anwar ingin menyelamatkan dirinya jika terbukti video tersebut palsu dan beliau dikenakan tindakan undang-undang nanti.Namun Anwar lupa bahawa taktiknya ini sebenarnya tidak laku lagi. Masyarakat tidak pernah lupa bagaimana dakwaan keracunan arsenik palsu beliau suatu masa dahulu. Masyarakat juga belum lupa hakikat Anwar yang kononnya sakit belakang hampir lumpuh, tiba-tiba pulih dalam masa tidak sampai sebulan selepas menjalani pembedahan di Jerman.
Kenyataan di atas menunjukkan bagaimana Anwar sebenarnya. Pembunuh yang menggunakan taktik menikam dari belakang, menjerut dengan rakus dan mencantas hingga putus manusia yang tidak mempunyai kepentingan untuk dirinya dan yang tidak sesuai lagi untuk menjadi penyelamat kepada misi kotornya. Sejarah jelas menunjukkan beberapa kenyataan Anwar sebelum ini kononnya beliau mempunyai berkotak-kotak rahsia korupsi kerajaan tidak langsung terbukti sehingga hari ini. Ini semua adalah merupakan rancangannya untuk mempermainkan undang-undang kerajaan. Selama kita 50 tahun Merdeka rupanya masih wujud makhluk sebegini yang hanya bernafas bernyawakan dengki, minda memikirkan dajal dan hidup bertuhankan bing’ai.
Beliau mengecam dan memberi amaran kepada BPR supaya mengambil bukti itu dalam masa lima minit (sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih pita Lingam) dari jam 12.00 tengahari tadi.
"Jika dalam masa lima minit BPR tidak sampai, bukti di tangan saya akan hilang,"kata Anwar yang tidak mahu BPR mengganggunya di masa akan datang memandangkan hari ini adalah hari yang sebenarnya dijanjikan dalam notis BPR kepada Anwar untuk menyerahkan bukti.
Komen: Poorah!! Lu ingat lu sapa mau kasik masa dekat BPR. Apa Lu rasa Lu lebih kuat dari pihak berkuasa ka. Cuba tengok selepas 5 minit dia nak padamkan bukti atau tidak!. Kalau betul ini adalah bukti asal, baguslah kalau Anwar padamkan, senang tamat cerita dan rakyat tak payah nak susah-susah nak layan orang sewel macam Anwar ni lagi. Ha! Apa nak tunggu lagi padam ler cepat..mari kita tengok apa rancangan Anwar selepas ini. Pihak BPR dan kerajaan pun dah malas nak layan orang lalok dan 100% nyanyok macam si Anwar ni. Jika ada orang yang bermain wayang filem tamil mahu pun hindi, maka orang tersebut ialah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Banduan Sungai Buloh. Bukankah Anwar sendiri peminat nombor wahid filem tamil dan hindi?
Si pelupa durjana ini telah lupa. Mahkamah yang dituduh korup oleh Anwar juga yang membebaskan dirinya dari hukuman ke atas tuduhan perlakuan seks luar tabie.(Bapa Seks Malaysia). Mahkamah yang sama tempat Anwar mendapat bayaran ganti rugi kerana ditumbuk oleh Rahim Noor. Mengapa sekarang baharu didedahkan video tersebut jika rakamannya dibuat pada 2002. Jika benar rakaman tersebut pada 2002 tentulah ia telah lama digunakan oleh Anwar bagi keuntungan politik beliau dan konco-konconya. Bukankah jelas sekarang bahawa ini adalah penipuan besar dan terbodoh yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, BPR tidak muncul bagi mendapatkan pita itu, dan seramai hampir 150 orang masih berada di pekarangan pejabat Anwar termasuk wartawan dan jurugambar dalam dan luar negara.
Komen: Dengan nilai jumlah 150 orang telah membuktikan yang populariti Anwar semakin berkurangan. Kalau ditolak para wartawan dan jurugambar, berapa ramai lagi penyokong Anwar yang tinggal. Kini kita mampu berfikir yang Anwar sedang sakit lelah mencari jalan mencengkam dan memutar-belitkan fakta bagi mencipta lebih ramai mayat hidup untuk menyokong tindak tanduk iblisnya. Lebih penting inilah wajah Anwar sejak dahulu sehingga sekarang. Kepentingan politik peribadinya lebih penting dari mencari kebenaran mahu pun keadilan.
Anwar mengecam penggunaan Seksyen 22 Akta Pencegah Rasuah yang memperuntukkan pegawai penyiasat BPR bagi mendapatkan bukti daripada individu yang terlibat dalam rasuah, dan bukannya pelapor atau pemberi maklumat.
Komen: Perenggan 22. (1) Akta Pencegahan Rahsuan memperuntukkan Seseorang pegawai Badan yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh- (a) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; (b) memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinan diperakuinya, atau apa-apa benda lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu
(4) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1) (b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan apa-apa buku, dokumen, atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.
Dalam pada itu beliau juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk mencabar tindakan BPR itu di mahkamah kerana katanya terbukti BPR menyalahgunakan akta tersebut.
Beliau menggesa BPR menyiasat VK Lingam dan Tun Ahmad Fairuz, selain mendesak dua individu itu menafikan dakwaan keterlibatan dalam konspirasi kehakiman jika tidak bersalah.
Terdahulu dalam laporan Harakahdaily pagi tadi, sumber menyatakan bahawa BPR akan mendapatkan pita itu dari Anwar hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment