Tuesday, October 14, 2008
Surat Terbuka Penyokong Pakatan Rakyat Kepada Anwar Ibrahim
PKR: Tiada Usul Tidak Percaya Pada PM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar Kerajaan Persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.
"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya yang juga ketua PKR kepada pemberita di lobi Parlimen.
SURAT TERBUKA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KEPADA ANWAR IBRAHIM SEBAGAIMANA YANG TERSIAR
DALAM BLOG KETUA PEMBANGKANG ITU.
Dato' Seri,
PERALIHAN KUASA
16 September - tidak jadi sebab PM Abdullah Badawi tidak mahu berjumpa Dato' Seri untuk melaksanakan peralihan kuasa yang teratur.
23 September - tidak jadi sebab PM Abdullah Badawi tidak mahu mengadakan sidang Parlimen untuk dibentangkan usul tidak percaya terhadap PM dan seterusnya peralihan kuasa yang teratur.
13 Oktober - akan bermula sidang Parlimen. Sudahkah Dato' Seri bersedia untuk membentangkan Usul Undi Tidak Percaya terhadap PM? Sudahkah notis bertulis dibuat supaya tiada lagi masalah teknikal bagi usul tersebut?
Sudah sedia manifesto Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat dan senarai Barisan Kabinet Dato' Seri bagi peralihan kuasa yang dijanjikan? Penyokong Pakatan Rakyat menunggu tarikh Keramat 13 Oktober 2008 untuk menobatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ingatlah, reputasi Dato' Seri bergantung kepada janji-janji yang dibuat.
Sherry
Oct9th 2008 at 6.04 pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
NED adalah dana Amerika yang dipegang oleh kumpulan Yahudi Neocon yang diketuai oleh Carl Gershman.
NED juga merupakan penaja utama program Anwar di luar negara. Malah NGO-NGO Malaysia yang disenaraikan di atas iaitu Forum-Asia, Caram-Asia, CAW, Malaysiakini, SUARAM, ERA Consumer, CIJ, SEAPA dan ODC berkait dengan tajaan Amerika serta digerakkan oleh aktivis PKR. Maka sudah tentu NGO ini menyokong Anwar, kerana mereka berpunca dari dana yang sama iaitu Amerika.
Dana yg diberikan oleh NED kepada NGO Malaysia 2006
Centre for Independent Journalism
$30,000*
International Republican Institute
$140,000
International Republican Institute
$198,050
National Democratic Institute for International Affairs
$125,000
Open Dialogue Centre
$70,000*
Southeast Asian Press Alliance
$100,000*
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
$70,000*
Sumber: http://www.ned.org/grants/06programs/grants-asia06.html#malaysia
Semasa dalam ABIM, anwar memperjuangkan 'Islam is the way of life', sekarang slogan tersebut dan sekarang telah diganti dengan slogan 'demokrasi', 'kebebasan' dan 'hak asasi manusia'.
Persoalannya apakah slogan perjuangan Islam yang digarap semasa dalam ABIM dulu merupakan omongan kosong untuk menarik sokongan peminat gerakan Islam menyokongnya ?
Malah menurut Anwar, Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah yang kita anuti sekarang, belum cukup pengertian demokrasi (?), sebab itu beliau memperjuangkan Demokrasi dalam Islam.
Demokasi apa yang diperjuangkan Anwar ? Kenapa Anwar bawa lidah Amerika dan suara orientalis barat seperti John Esposito supaya seru 'demokrasi Islam' ke seluruh negara Islam ?
Anwar pernah bersuara lantang menolak Negara Islam. Itu sering disebut secara terbuka, bukan sahaja di Amerika, malah di Malaysia. Jadi, adakah pegangan itu tidak berlawanan dengan akidah muslim ?
Ketua Polis Negara= Ketua Perasuah Negara?
1. Sewaan Helikopter. Pada pertengahan tahun 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter selama 30 tahun.
Anggaran kos penyewaan ini ialah RM20 billion. Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dan mencukupi untuk kegunaan PDRM.
Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 34 buah helikopter daripada Asiacopter Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja?
Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM20 billion untuk menyewa 34 buah helikopter ini?
Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 34 buah helikopter?
Kenapakah pihak KPN bersungguh-sungguh dengan projek ini sehingga menghantar surat bertarikh 12hb Febrari 2007 terus kepada Menteri Kewangan 2 untuk memohon kelulusan rundingan terus untuk perlaksanaan projek ini.
Selepas pilihanraya umum yang lalu, menteri KDN telah bertukar dan telah mengemukakan cadangan tersebut ke kabinet dan kabinet telah menolaknya dalam bulai Mei yang lalu.
Sekali lagi, kami dimaklumkan bahawa KPN tanpa segan silu telah menulis surat secara terus kepada Perdana Menteri untuk membuat pembelian helikopter sebanyak 8 unit ini secara rundingan terus dengan syarikat Asiacopter.
Untuk makluman, pembelian helikopter 8 unit ini telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 oleh pihak EPU dengan anggaran kos RM272 juta tetapi cadangan syarikat Asiakopter yang disokong oleh KPN mencadangkan harga RM350 juta.
2. “E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. Kertas cadangan perlaksanaan projek ini bernilai RM4.2 billion. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.
Tan Sri Yang Di Pertua, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:
i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar memohon dikeluarkan surat ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ kepada syarikat Web Power Sdn Bhd terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan memohon dikeluarkan surat “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku? Kita dapati pihak KPN telah melanggar ‘standard operating procedure (SOP)” iaitu “go direct to minister by-pass your immediate boss
(KSU)”
ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh bekas seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis yang juga bekas seorang Pengarah 3 bintang PDRM? Kenapa beliau boleh bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM4.2B?
Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, penjelasan hubungan KPN dengan syarikat Asiacopter dan WebPower Sdn Bhd . ini adalah penting untuk rakyat mengetahui mengapa seorang KPN terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan sedangkan sekarang ini:
1. Index jenayah berat makin meningkat dan banyak kes-kes serius yang berprofail tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan cip komputer di Pulau Pinang, pembunuhan kejam adik Nurin, pembunuhan pemimpin politik di Johor dan lain-lain lagi.
2. Kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai kanan dan anggota polis makin meningkat. Banyak kes yang tergantung tanpa tindakan seperti kes tatatertib Pengarah Logistik PDRM hingga kini senyap tanpa tindakan sedangkan kes tersebut telah menjadi buah mulut dikalangan pasukan PDRM dan orang ramai. Adakah kerana Pengarah tersebut orang kepercayaan KPN maka tindakan tidak boleh diambil??? Dimana intergriti pasukan PDRM???
3. 2 Kenyataan akhbar beliau dalam akhbar pada bulan ogos dahulu juga (berkaitan penglibatan sebuah syarikat IT dengan negara Israel dan pembelian helikopter untuk kegunaan PDRM) amat memalukan kerana kedua-dua kenyatan akhbar beliau itu telah dinafikan kebenarannya oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku???
4. Penglibatan KPN dengan sindiket judi dan kongsi Gelap. Sehingga kini pihak KPN tidak pernah mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh tentang hubungkait beliau dengan kumpulan tersebut yang diketuai oleh BK Tan dan Goh Cheng Poh (dikenali sebagai Tengku Goh). Ia tidak sepertimana tindakan saman beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menfitnahnya. Tetapi dalam kes ini, walaupun Raja Petra telah membongkar cerita ini sejak tahun 2007, hingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah tuduhan-tuduhan ini benar?
Dengan contoh dua perkara tersebut kami dapati KPN telah tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan beliau hilang keupayaan melaksanakan tugas dan amat jelas kelihatan beliau seorang yang ‘bangkrap idea’ untuk bertugas sebagai KPN. Sebagai seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan malah patut menumpukan dengan tugas hakiki beliau. Oleh itu, saya mencadangkan demi integriti dan keselamatan negara ini adalah dicadangkan KPN meletakkan jawatan secara SERTA MERTA!!!
Note:
1. Mungkin 8 buah itu keperluan PDRM tetapi yang baki adalah keperluan Yusof Haslam untuk siri Gerak Khas?
2. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Mesra, Cekap dan Betul?? Pooorah..
Kalau dah KPN (boss) kurapsi nak harapkan pegawai bawahan bersih dari rasuah?? tidak mungkin tidak..
Anak Melayu Makan Pengat, Sendiri Mau Ingat.
Lu pikir la sendiri...
Seperti artikel yang ditulis oleh Mike Billington, dalam artikelnya bertajuk "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", Anwar bukan sahaja ditugaskan Amerika untuk merosakkan Asia (sekiranya bercanggah dengan dasar Amerika), Anwar juga ditugaskan 'merosakkan' negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara dalam jawatannya sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (FFF).
Anwar bukan berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara, kenapa pula beliau dilantik menjadi Pengerusi dan Presiden badan tajaan Amerika itu ? Kenapa Amerika tidak mengekalkan Bakhtiar Amin (Iraq), tali barut Amerika yang minta negaranya diserang terus menjadi Pengerusi dan Presiden FFF. Kenapa mesti pilih Anwar dari Malaysia ?
Kenapa mesti seorang Yahudi, Paul Wolfowitz yang mempunyai dua kerakyatan Amerika dan Israel dan digelar 'arkitek pemusnah Iraq' yang jadi penulis biodata Anwar semasa tercalon sebagai 100 tokoh berpengaruh di dunia ?. Kenapa biodata Anwar tidak ditulis oleh mana-mana pemimpin Islam ? Presiden Iran, Ahmadinejad misalnya ?
Obama bukan berasal dari Amerika, mengapa dipilih sebagai bakal presiden Amerika? Ertinya kalau Anwar boleh menetap lama sedikit di Amerika, dia boleh menjadi presiden Amerika? Pada ketika itu semua orang Malaysia merasa bangga, kecuali orang-orang UMNO
berapa anwar bayar kau yusof....
hahaha ... masih ada point nak menjawab ... hahaha
selamat kembali wahai pencacai anwar
apa pasal ambil point kat tengah... yg 1st dan 3rd kau tak nak jawab ke...
Malah menurut laman Moon of Alabama dalam artikelnya bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" menjelaskan bahawa badan yang pernah dipengerusikan Anwar (FFF) adalah badan operasi membantu memperkukuhkan Israel dengan melaga-lagakan perbalahan di antara FATAH dan HAMAS di Palestin.
Artikel itu menyebut, badan ciptaan Amerika itu (FFF) digunakan untuk menyalurkan kewangan dan membekalkan senjata kepada kumpulan FATAH supaya berperang dengan HAMAS.
Kenapa Anwar bersuhabat dengan agenda Amerika yang berhasrat menghancurkan kumpulan Islam di Palestin ? Apakah peranan Anwar sebagai 'batu api' dalam dunia Islam, melaga-lagakan sesama Islam supaya menguntungkan Amerika dan sekutunya Israel ?
Malah, kehadiran Anwar sebagai salah seorang yang menandatangani "Annapolis Summit 2007" sudah jelas membuktikan bahawa Anwar telah bersama kumpulan Amerika menyokong Israel diiktiraf sebagai negara yang sah.
Di Parlimen wakil wakil rakyat BN bergegar mengulang ulang bajet kerajaan prihatin.Berbagai bagai unjuran,justifikasi dan ramalan kepada bajet dikemukakan dan semuanya menjurus kepada keprihatian kerajaan untuk membela rakyat.Dan dikatakan semua bakal mendapat faedah dari bajet ini.
Namun di Selatan tanah air, kita menerima berita mengenai satu kampung setinggan yang dirobohkan dan penduduknya dipukul dan dibelasah serta 27 daripada mereka ditangkap kerana tanah tempat mereka berteduh dirampas kerajaan dan diberikan kepada syarikat swasta untuk tujuan memajukannya.Kejadian di Kampung Baru Plentong Tengah,Johor Baharu mengingatkan kita kepada kisah Kg. Berembang dan Rimba Raya sekaligus memperlihatkan kerakusan kerajaan.Tambah menyedihkan kejadian ini berlaku di ketika wakil wakil rakyat BN termasuk dari Johor membahaskan keprihatinan kerajaan menerusi bajet 2009.
Di mana keprihatinan kerajaan yang dihujah dengan begitu panjang lebar oleh wakil Batu Pahat,Pulai,Muar dan Pontian kalau apa yang berlaku di negeri mereka sendiri tidak mampu ditangani secara prihatin?
Bergegar gegar berhujah tidak bermakna langsung bila mana mereka gagal mempertahankan rakyat yang serba kekurangan dari serangan polis yang serba lengkap. Malah ketika YB Azmin Ali membangkitkan perkara ini di Parlimen,tidak kedengaran langsung suara lantang dari wakil wakil rakyat Johor mengutuk perbuatan itu selain kedengar suara sumbang dan bohong wakil Batu Pahat yang menyatakan kerajaan memberi tanah kepada semua rakyat.Mereka seolah mengizinkan keganasan polis terhadap sebahagian rakyat mereka sendiri yang hidup serba kekurangan dan memerlukan bajet prihatin yang mereka laungkan itu.
Kekurangan penduduk Kampung baru Plentong Tengah ini bermula bilamana permohanan hakmilik tanah yang mereka terokai tidak dihiraukan oleh kerajaan dan melebelkan mereka sebagai setinggan.Dan kekurangan penduduk ini ditambah lagi bila kerajaan dengan begitu mudah menganugerahkan tanah yang mereka terokai dan usahakan kepada sebuah syarikat swasta untuk dimajukan.Pemberian ini bermotifkan keuntungan tanpa sedikitpun memandang kepada kekurangan dan kesukaran penduduk.Itulah cara kerajaan BN Johor menunjukkan keprihatinannya dan menunaikan menifesto PRU mereka.
Wakil Batu Pahat banyak kali mempersoalkan tentang maruah kerajaan yang dibentuk melalui "pintu belakang" sedangkan kes ini memperlihatkan beliau sendiri sebagai seorang yang sudah hilang kehormatan bilamana gagal menunjukkan sikap membela dan prihatin kepada kesusahan penduduk akibat perbuatan kerajaan BN Johor.Di sini juga menyerlahkan kebodohan DATO' PADUKA IBRAHIM ALI kerana pujian melangitnya kepada wakil wakil rakyat BN yang dikatakan berani menegur kerajaan.Di mana beraninya dalam kes yang serius melibatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat?Nyata DATO PADUKA IBRAHIM ALI seorang wakil rakyat yang bodoh kerana terpengaruh dengan teguran remeh temeh wakil rakyat BN sedangkan dalam isu sebesar ini tak seorangpun berani tampil menegur apatah lagi mengutuk.
Bajet 2009 yang bertemakan kerajaan prihatin kini sudah hilang.Kejadian di Kampung Baru Plentong Tengah menyerlahkan kepada semua bahawa kerajaan tidak akan prihatin kepada rakyat.Apa yang dinyatakan prihatin itu sebenarnya adalah apa jua hasil yang boleh mereka kaut masuk ke kocek sendiri sedangkan apa jua hasil yang tidak menguntungkan mereka pasti mereka tidak akan melaksanakannya sekalipun ianya bakal menyenangkan rakyat jelata.Lihat sahaja kes pemilikan tanah di Kampung Baru Plentong Tengah ini,kalau pemilikan tanah diberi kepada penduduk yang meneroka tanah tersebut pasti kerajaan rugi besar walaupun ianya menyenangkan rakyat.Kerana itu hak milik tidak diberi kepada penduduk sebailknya diberi kepada syarikat swasta yang memberi hasil lumayan kepada kerajaan atau mungkin juga pendokong kerajaan.
Itulah natijahnya kerana memilih BN sebagai kerajaan.Rakyat Johor yang mengundi BN patut merasa bersalah kepada penduduk Kampung Baru Plentong Tengah ini.Wakil wakil rakyat dari Johor selepas ini tidak perlu menyalak di Parlimen kerana anda semua sudah membuktikan kebaculan anda dalam menangani isu rakyat.Tidak usah bercakap pasal modal insan,tidak usah bercakap mengenai pelaburan dengan IRR negatif,tidak perlu bercakap pasal memerangi rasuah bersama,tidak perlu bercakap pasal kad kredit,tidak perlu bercakap pasal penagih dadah dan tidak perlu bercakap pasal maruah kerana anda semua memang tidak ada maruah. "
Tuan sila gerakkan usaha menyedarkan bangsa melayu kerana DAP sekrang secara terang-terangan ingin menghapuskan hak dan keistemwaan melayu,Yg Di pertuan Agong dan Raja-Raja MElayu.. baca blog LIM KIT SIANG... bukankah hak melantik(memperkenankan) KETUA HAKIM NEGARA adalah HAK YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA_RAJA MELAYU??? KEnapa perlu dipertikaikan lagi?? Walaupun PM yg mencadang tidak semestinya KEbawah DUli akan merestuinya.. cadangan penubuhan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN oleh ZAID IBRAHIM (UMNO perlu pecat segera pengkhianat bangsa ni)yg sebenarnya menjurus dan dipermainkan DAP.. cadangan itu seolah-olah KESEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU BODOH dan BANGGANG..
Pertahankanlah bangsa dan hak anda...
Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.
Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.
Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.
Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times
Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.
Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.
Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:
Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)
Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, dapat juga bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.
Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?
Silakan Dato Seri Najib..
Di Malaysia, Anwar turut juga membawa agenda Amerika dalam konsep persefahaman antara Muslim dan Kristian.
Anwar sendiri menjadi pensyarah pelawat di Center of Muslim and Christian Understanding (CMCU), Georgetown University, di bawah selian John Esposito. Konsep persefahaman Muslim dan Kristian ini dikaitkan dengan bahasa mudah sebagai penyokong Interfaith Concil (IFC).
Isu utama IFC adalah 'murtad'. Dalam kes 'murtad', Anwar lebih cenderung menyokong pihak bukan Islam (sokong murtad) berbanding dengan pihak Islam.
Semasa dalam ABIM, beliau memperjuangkan 'Islam is the way of life', sekarang slogan tersebut telah diganti dengan 'demokrasi', 'kebebasan' dan 'hak asasi manusia'.
"Baru-baru ini, ana dipaksa pergi ke Biro Tatanegara anjuran KPT memandangkan ana salah seorang pelajar Malaysia yang ditaja oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ana tak kisah sangat dengan program-program sebegini dan menganggap ianya hanya sebahagian dari kursus yang wajib diambil. Alangkah terkejutnya ana dan sahabat-sahabat ana apabila dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh pegawai Biro Tatanegara yang ingin menunjukkan bukti sahih Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru ialah ejen Zionis!
Mulanya, ana terkejut juga dibangunkan pada seawal 5 pagi. Ana ingat ada qiamullail jadi ana tak kisah sangat. Tambahan lagi, mereka dari bangsa bukan Melayu tidak perlu turut serta.
Rupa-rupanya, pegawai BTN nak 'brainwash' kami semua. Agar jadi pro-UMNO semuanya. Pegawai kata nak tunjuk bukti-bukti Anwar, Tok Guru dan Ustaz Hadi ejen Zionis. Berdetik juga rasa hati.
Apakah ada gambar-gambar panas mereka dengan tokoh-tokoh Yahudi Israel atau ada apa-apa perjanjian bertulis yang akan ditunjukkan sebagai bukti? Hatiku berdegup kencang...
Alangkah muaknya rasa di hati apabila pegawai BTN menunjukkan gambar lama Anwar bersalam dengan tokoh korporat berbangsa yahudi sewaktu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tun Mahathir pun ada bersalam dengan Bush tapi tiada siapa pun tuduh Tun ejen Amerika.
Berhubung Ustaz Hadi dan Tok Guru pula, gambar sewaktu demonstrasi Bersih ditunjukkan sebagai bukti. Kononnya Bersih ditaja oleh Yahudi yang ingin menghuru-harakan Malaysia. Kalau setakat bukti taraf tadika ni tak payah penat-penat kejutkan aku tido. Serius buang masa..
Rasa sedih ada, rasa nak tergelak pun ada. Mungkin tak puas hati mereka memfitnah Anwar, sekarang, Ustaz Hadi dan Tok Guru pun nak difitnah sama.
Sampai bila agaknya Beruk-beruk UMNO nak memperkudakan pegawai-pegawai BTN ni. Yang lebih lucu lagi, sesiapa yang cuba menegur akan digagalkan dari BTN. Sehingga sekarang, masih tersebar cerita bagaimana Ustaz Zaharuddin yang begitu arif dalam ekonomi Islam sehinggakan dirujuk oleh mufti-mufti digagalkan dalam BTN kerana menegur perbuatan mereka yang salah dari sudut Islam...
Eksklusif: Menjejaki Diari Rosmah
Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.
Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.
Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingin Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.
Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.
* Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya.
* Menurut maklumat Rosmah senantiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib.
* Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.
* Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan.
* Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang.
* Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.
Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).
Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.
Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika, tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah.
Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".
Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.
Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu.
Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".
Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang.
Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.
Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
[Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu. Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib]
Dua hari lepas, 6 Ogos 2008, satu pertemuan sulit telah diadakan di Singapura. Dari Amerika, Al Gore mendarat di Singapura untuk membincangkan strategi terbaru menghadapi kes liwat Anwar itu. Turut hadir bersama beliau ialah Ed Andara (senator kanan Filipina), Chairul Tandjung (pengusaha TransTV Indonesia) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (orang kanan Anwar)
Apa yang mereka bincangkan dalam pertemuan sulit di Singapura itu? Kehadiran wakil Indonesia dan Filifina sudah membayangkan rupa bentuk strategi terbaru menggunakan pakatan ASEAN untuk menekan Malaysia ?
Perutusan ringkas Al Gore kepada Anwar
Pada 1 Ogos lalu, Al Gore telah hantar perutusan ringkas menyokong Anwar berbunyi berikut :
Statement of Former Vice President Gore
(Nashville, TN). The real tragedy is that the government of Malaysia engages in character assassination to silence an effective leader of the political opposition. Twice, now, the government has used the same tactic in an effort to politically destroy Anwar Ibrahim. In the process, however, it is damaging its own credibility at home and abroad. The means exist for the government to allow this situation to be quickly resolved, simultaneously restoring dignity to Anwar Ibrahim and to itself. I hope greater wisdom will prevail.
Daripada kenyataan itu Al Gore masih berpegang kepada teori awal 1998, iaitu kes liwat Anwar 2008 berasaskan Teori Konspirasi. Berbeza dengan 1998, Al Gore lebih bercorak optimis dan menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan Malaysia tetapi kenyataan kali ini tidak mempunyai nada sedemikian.
Malah jika diteliti secara mendalam, kenyataan ringkas Al Gore itu, terbayang nada pesimisitik seolah-olah yakin jika Anwar didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan meliwat nasib Anwar sebagai ikon antarabangsa dan dalam negara akan musnah.
Al Gore menggunakan istilah ‘pembunuhan watak Anwar secara senyap’. Istilah itu amat bisa kerana watak Anwar akan terbunuh secara perlahan-lahan, jika DNA liwat terpalit di tubuhnya.
Apakah yang mendorong bekas Naib Presiden Amerika yang pro Demokrat itu membuat kenyataan sedemikian rupa ? Adakah beliau juga turut kecewa dengan sikap Anwar yang telah beralih kem kepada penyokong Republikan melalui Paul Wolfowitz setelah kem Demokrat tumbang menjelang 2001 ?
Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001) merupakan rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.
Ketika Al Gore berkuasa di dalam kerajaan Amerika, Anwar pula merupakan 'Orang No 2' terpenting di Malaysia berjawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM).
Anwar sudah menjangkakan beliaulah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas itu, jadi untuk menjadi PM yang teragung di rantau Asia, Anwar mesti tunduk kepada kuasa tunggal dunia iaitu Amerika Syarikat. Anwar percaya bahawa hanya dengan restu Amerika sahaja seseorang pemimpin itu mampu dinobatkan menjadi pemimpin agung Asia.
Jika berjaya, maka akan tercatat dalam buku sejarah Asia nama Anwar dibaca oleh generasi seterusnya sebaris dengan Mahatma Gandhi atau Jose Rizal. Itupun yang sentiasa diidamkannya.
Sebab itu tidak hairan jika Anwar sanggup menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan membazirkan duit rakyat Malaysia sebanyak RM 38 million bayar kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk mencipta namanya di Amerika.
"Persaingan untuk merebut jawatan tertinggi di dalam UMNO semakin sengit. Pencalonan demi pencalonan telah diputuskan oleh mesyuarat bahagian-bahagian UMNO di seluruh Malaysia ketika ini. Seiring dengan sengitnya persaingan jawatan, begitulah sengitnya politik wang (baca: rasuah) calon-calon yang ingin bertanding. Datuk Mustapa Mohamed, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, yang juga Menteri Pertanian pada Jumaat lepas menyatakan kebimbangannya tentang budaya tersebut yang pada pandangannya akan menyebabkan orang-orang Melayu menjauhkan diri dari UMNO dan akan akhirnya menghancurkan UMNO sendiri.
Gejala politik wang yang sudah mendarah daging dalam UMNO nampaknya sudah tidak dapat dihapuskan. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Banyak sebabnya, tapi antara yang menarik untuk dihighlightkan adalah kerana UMNO dari dulu memang dipenuhi oleh golongan Kapitalis (golongan kaya raya). Mungkin peribahasa Melayu moden ‘siapa nak kaya masuklah UMNO’ amat tepat untuk menggambarkan realiti yang wujud di dalam UMNO. Siapa tak tahu yang para pemimpin UMNO ini mempunyai wang ratusan ribu malah juta-juta sejak memegang jawatan penting dalam UMNO? Jika mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, sudah tentulah tidak akan berlaku politik wang! Berapa banyakkah setiap pemimpin UMNO mengaut duit sejak menjawat jawatan penting sama ada dalam UMNO atau dalam kerajaan? Wallahu a’lam, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu, termasuklah ‘kehalalan’ wang yang dikaut mereka.
Kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan pesta politik wang semakin meriah setiap kali pertandingan. Bagi orang UMNO yang sedikit duitnya, jangan haraplah nak bertanding, apatah lagi nak menang. Dalam pemilihan UMNO, makin besar rasuah diberi, makin cerahlah peluang untuk menang. Inilah tradisinya.
Persoalan yang timbul adalah, jika jawatan-jawatan di dalam UMNO itu tidak menjanjikan kemewahan dan kesenangan, apakah akan wujud persaingan dan rasuah politik wang sebagaimana sekarang? Sudah tentu tidak, bahkan mungkin tidak ada seorang pun yang akan menawarkan dirinya untuk bertanding. Tetapi apa yang berlaku hari ini, golongan yang kaya raya di dalam UMNO ini sedang berebut-rebut untuk mencalonkan diri sendiri dan tidak kisah akan ‘pengorbanan’ wang ringgit yang mereka rasuahkan kepada para perwakilan, kerana sudah barang pasti apabila menang, jutaan wang lagi yang akan menanti di depan mata! Siapa sanggup menolak peluang dosa keemasan ini?
Biar apa pun diperkatakan oleh sesiapa sahaja untuk menghentikan rasuah politik wang ini, baik dari dalam UMNO mahupun dari luar, baik dari pemimpin mahupun rakyat, baik dari cendekiawan mahupun ulama, namun oleh sebab pemimpin UMNO ini terlalu amat kaya raya, maka politik wang tetap menjadi pilihan utama. Mungkin hanya setelah dibalut kain kafan, barulah mereka berhenti dari perbuatan keji ini..."
Anwar telah mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD), diketuai oleh Kamaruddin Jaafar menjalinkan kerjasama dengan badan pelobi Amerika (APPC) yang berpusat di Asia itu.
Kerjasama IKD dan APPC pada tahun 1994-1998 telah melonjakkan nama Anwar di Amerika melalui Projek Dailog Pasifik. Dari tirai pejabat White House, Al Gore sering diceritakan tentang kehebatan Anwar dari Malaysia melalui wakil-wakil Amerika yang dihantar khusus menemui Anwar.
Dua orang wakil Al Gore yang sering berjumpa Anwar di Malaysia ialah Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara).
Sebab itu apabila Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan Malaysia dan didakwa di mahkamah, Al Gore panik dan turun sendiri ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Anwar.
Al Gore mengecam kerajaan Malaysia dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang menyokong REFORMASI ke atas Anwar. Sokongan terbuka ke atas Anwar itu diucapkan dalam Majlis Makan Malam Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998.
Lima Janji Anwar sekiranya jadi PM
Apakah janji Anwar kepada penganut Kristian dalam majlis tertutup itu, seperti yang dilaporkan oleh Terence Netto, Malaysiakini ?
Berikut merupakan Lima Janji Anwar kepada penganut Kristian, jika beliau berjaya jadi PM:
Janji Pertama : Beliau akan membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.
Persoalan yang menarik di sini adalah apakah maksud Anwar "Perlembagaan Merdeka"? Apakah "Perlembagaan Merdeka" tidak sama dengan "Perlembagaan Persekutuan" yang dibuat pada tahun 1957?
Apakah "Perlembagaan Merdeka" bermaksud "Perlembagaan Rakyat" yang didraf oleh PUTERA dan AMCJA pada tahun 1947 bagi menggantikan Malayan Union ? Lagipun Anwar sering melaungkan terma "Rakyat".
Kalau kita menonton filem dokumentari "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka", terbitan KOMAS, kita akan faham maksud "Perlembagaan Merdeka" kerana ia sama dengan "Perlembagaan Rakyat" yang didraf untuk menyamaratakan Melayu, Cina dan India pada tahun 1947.
Lagipun KOMAS adalah di bawah tajaan KAF (Konrad Adenuaer Foundation) yang turut menaja filem itu. Malah pelakon-pelakonnya terdiri aktivis PKR, termasuk Ginie Lim, pegawai khas Anwar.
Janji Kedua : Anwar berjanji tidak akan membentuk sebuah Negara Islam, seperti yang dislogankan PAS.
Memang terlalu banyak kali Anwar memberi jaminan ini di luar negara dan kepada masyarakat bukan Islam. Sehingga ada yang berpendapat, penarikan semula slogan PAS, dari "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" hasil kesungguhan Anwar membuktikan kata-katanya benar.
Janji Ketiga : Beliau bersetuju membenarkan kalimah "Allah" yang digunakan oleh pihak Islam kepada penganut Kristian.
Janji Keempat : Beliau akan memastikan kes murtad yang membabitkan orang bukan Islam tidak akan dibawa ke mahkamah syariah, kerana dakwanya mahkamah syariah sekarang ini lemah dan tidak mampu berlaku adil. Beliau memberi contoh kes S Moorthy.
Janji Kelima : Beliau akan menjadi 'orang tengah' yang mampu mengawal DAP yang sekular dan PAS yang Islam. Beliau akan liberalkan kedua-dua pihak ini dengan PKR menjadi ketua.
Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi
1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.
10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.
6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".
13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.
Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.
Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.
Jawap yop jawap...
UMNO ibarat pohon condong yang tidak mampu menampung kera dan monyet...
DAKWAAN mengatakan Umno terlalu dominan dalam Barisan Nasional dan Umno merupakan kaki buli, selain pelbagai tuntutan dibuat oleh parti-parti komponen, hinggalah mahu memilih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara terus, dibuat oleh rakyat adalah permintaan yang mengambarkan 'ugutan'.
Ketika Umno masih terus bergolak dengan isu dalaman, selain persaingan yang boleh meruntuhkan parti, rakan-rakan dalam komponen BN kini, semakin berani malah, tidak langsung ada perasaan menghormati dan menjaga hati rakan-rakan lain, khususnya orang Melayu di dalam Umno.
Secara kebetulan, hanya Umno sahaja parti tunggal Melayu berada di dalam BN. Sedangkan 12 lagi yang lain (dulunya ada 13, tetapi SAPP sudah keluar), menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak menjadi �dominan� daripada Umno.
Umno kini, bolehlah dianggap sebatang pohon yang sudah condong. Bukan sahaja monyet dan kera akan melompat ke pohon lain, malahan binatang yang merayap seperti kura-kura pun sedang cuba memanjatnya.
Pertelingkahan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berpanjangan.
Perjuangan Dr Mahathir kini hanya satu, mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno, manakala Abdullah pula, melepaskan bom asapnya di Kota Kinabalu, membidas Dr Mahathir yang dilihatnya cuba mengatur pertandingan dalam Umno.
Ketika ini, hanya seorang dua sahaja 'rakan-rakan sepasukan' Abdullah yang menyokong bidasan Abdullah terhadap Dr Mahathir, tetapi yang lain-lain, menyorokkan kepala, seperti seekor kura-kura berdepan dengan bahaya.
Kenapa jadi begini? Kenapa masing-masing tidak mahu 'menyokong' boss mereka? Ada pendapat mengatakan, ketika Abdullah berada di penghujung kariernya, jika sesiapa yang masih dilihat bersama-samanya, bakal dihukum dalam pemilihan parti nanti.
"Saya tidak mahu jadi Habibie di Indonesia yang dikaitkan dengan Soeharto," kata seorang timbalan menteri yang dihubungi.
Banyak pihak mendakwa, sesiapa yang dilihat 'bersekongkol' dengan Abdullah sekarang, bakal terhukum apabila Dato' Seri Najib Tun Razak berkuasa nanti. Walaupun Najib dikatakan tidak begitu 'garang', tetapi regunya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat bakal menjadi 'guru disiplin' yang akan menghukum seseorang.
Tataplah akhbar harian, tengok dan teliti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka kononnya untuk menyokong Abdullah, terlalu lembut dan berhati-hati. Bukan kerana mereka takut kepada Dr Mahathir tetapi kerana mereka takut dicop sebagai orang Abdullah, yang menyebabkan mereka kehilangan sokongan.
Begitulah Umno dan begitulah BN sebenarnya. Ketika Ong Ka Ting mahu melangkah keluar dari kepimpinan MCA, adiknya Ong Ka Chuan yang merupakan Setiausaha Agung MCA tewas dalam usaha merebut jawatan Timbalan Presiden.
Jika nasib tidak baik, secara tradisinya, Ka Chuan mungkin digugurkan dari kabinet kerana kebiasannya MCA meletakkan Presiden, Timbalan Presiden dan dua dari empat Naib Presiden di kerusi Menteri.
Jangan sesiapa terkejut, jika secara tiba-tiba Khairy Jamaluddin yang dikatakan boleh menang mudah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, tiba-tiba terkial-kial keseorangan untuk mencukupkan pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan itu, yang kini sudah masuk minggu ketiga.
Kerana apa? Kerana Abdullah yang juga bapa mentua Khairy sudah dianggap 'menuju jalan keluar' dari kepimpinan Umno.
Hari ini, jangan terkejut jika Abdullah ke luar negara, sudah tiada orang-orang Umno yang berduyun-duyun menghantarnya di lapangan terbang, begitu juga sekembalinya dari luar negara, akan sunyilah terminal itu kerana orang-orang Umno hanya berpegang kepada 'di mana ada gula, di situ ada semut'. Abdullah dianggap pemimpin yang sudah tawar dan tidak bergula lagi.
Berbeza dengan Najib, ketika dia seperti terbitnya fajar dan menjanjikan sinar matahari di awal pagi, akan sentiasa dikerumuni, sepertilah gambaran yang mengatakan hampir 30,000 berada di majlis Jamuan Hari Rayanya di Pekan, Pahang baru-baru ini.
Jika orang-orang Umno masih ingat, begitulah nasib yang menimpa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn.
Dr Mahathir juga pernah merasakan bagaimana kehadiran menyambutnya pulang dari luar negara, tiba-tiba jumlahnya terlalu ramai, yang mengejutkan banyak orang.
Rupa-rupanya di tempat yang sama, Abdullah yang bakal menggantikannya mahu berangkat ke luar Negara, dengan perbezaan waktu yang singkat.
Mereka datang beramai-ramai untuk menghantar Abdullah dan bukan menyambut ketibaan Dr Mahathir.
Tetapi disebabkan sudah terserempak di situ, masing-masing bersalaman tetapi fokus mereka yang datang tetap kepada Abdullah dan bukan Mahathir.
Situasi begini, pernah dirasai Abdullah bila terserempak dengan kehadiran ramai orang di TUDM Subang sekembalinya beliau dari Pulau Pinang, tetapi bukan kehadiran itu untuk menyambutnya pulang dari Pulau Pinang, sebaliknya menunggu Najib yang akan sampai dari luar negara.
Bukan sedikit yang melarikan diri dari Abdullah, malah, ada yang sempat bersembunyi di dalam tandas lapangan terbang itu, kerana mereka ini tidak pernah menghantar Abdullah dan tidak pernah ketinggalan menghantar Najib, jika Abdullah dan Najib berangkat ke luar negara.
Tengoklah nanti, ketika serangan dan ugutan datang bertubi-tubi dari parti-parti komponen BN, rakan-rakan penjawat pelbagai jawatan penting yang diberikan Abdullah dalam parti dan kerajaan akan mengambil sikap 'membisu'.
Bagi mereka, mereka akan membuat komen ketika Najib menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, kerana ketika itu, semua komen akan mendapat 'markah' dari Najib.
Malah, ada yang tidak segan silu berkata; "Kalau Najib jadi Pengerusi BN, dah boleh selesai ni," yang menunjukkan bahawa mereka menganggap Abdullah lemah dan sentiasa dibuli oleh rakan-rakan komponen. Bukan sekali mereka mengugut, malahan berulang-ulang kali.
ISA misalannya, bukan sahaja ditentang parti-parti pembangkang, malahan kini sudah menjadi bahan perjuangan parti-parti komponen BN, seperti PPP, Gerakan dan kini MCA.
Bagi mereka, ISA perlu dikaji semula tetapi, hakikat sebenarnya, mereka berperasaan sama dengan apa yang diperjuangkan pembangkang!
Cuma, tidaklah sampai mereka sanggup meninggalkan BN kerana mereka percaya, masih ada 'gula' yang perlu semut hurungi.
Satu sumber memberitahu, jika bukan kerana hubungan terlalu rapat antara Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dengan Abdullah, Gerakan dipercayai sudah meninggalkan BN sebaik sahaja isu Dato' Ahmad Ismail dengan gambar Tsu Koon heboh diperkatakan dahulu.
Tidak pula diketahui, sejauh mana 'kesetiaan' Gerakan dapat dipertahankan sebaik sahaja Najib menggantikan Abdullah.
Satu perkara yang tidak ramai mengetahuinya, keputusan Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan sanggup menyerahkan kuasa kepada Najib, Mac 2009 kerana tertekan dengan tindakan SAPP, meninggalkan BN.
Satu sumber memberitahu, jika ini merupakan 'perancangan seseorang' untuk memberi tekanan kepada Abdullah, tunggulah, apakah SAPP akan kembali semula menjadi komponen BN, apabila Abdullah sudah tiada nanti.
Ada juga yang berpendapat, tindakan SAPP itu, ada kena mengena dengan keinginan Dr Mahathir yang menyeru penyokong Umno supaya meninggalkan Umno seperti yang dilakukannya dan kembali semula kepada Umno apabila Abdullah sudah tidak menjadi Presiden.
UMNO ibarat pohon condong yang tidak mampu menampung kera dan monyet...
DAKWAAN mengatakan Umno terlalu dominan dalam Barisan Nasional dan Umno merupakan kaki buli, selain pelbagai tuntutan dibuat oleh parti-parti komponen, hinggalah mahu memilih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara terus, dibuat oleh rakyat adalah permintaan yang mengambarkan 'ugutan'.
Ketika Umno masih terus bergolak dengan isu dalaman, selain persaingan yang boleh meruntuhkan parti, rakan-rakan dalam komponen BN kini, semakin berani malah, tidak langsung ada perasaan menghormati dan menjaga hati rakan-rakan lain, khususnya orang Melayu di dalam Umno.
Secara kebetulan, hanya Umno sahaja parti tunggal Melayu berada di dalam BN. Sedangkan 12 lagi yang lain (dulunya ada 13, tetapi SAPP sudah keluar), menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak menjadi �dominan� daripada Umno.
Umno kini, bolehlah dianggap sebatang pohon yang sudah condong. Bukan sahaja monyet dan kera akan melompat ke pohon lain, malahan binatang yang merayap seperti kura-kura pun sedang cuba memanjatnya.
Pertelingkahan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berpanjangan.
Perjuangan Dr Mahathir kini hanya satu, mahu melihat Abdullah meninggalkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno, manakala Abdullah pula, melepaskan bom asapnya di Kota Kinabalu, membidas Dr Mahathir yang dilihatnya cuba mengatur pertandingan dalam Umno.
Ketika ini, hanya seorang dua sahaja 'rakan-rakan sepasukan' Abdullah yang menyokong bidasan Abdullah terhadap Dr Mahathir, tetapi yang lain-lain, menyorokkan kepala, seperti seekor kura-kura berdepan dengan bahaya.
Kenapa jadi begini? Kenapa masing-masing tidak mahu 'menyokong' boss mereka? Ada pendapat mengatakan, ketika Abdullah berada di penghujung kariernya, jika sesiapa yang masih dilihat bersama-samanya, bakal dihukum dalam pemilihan parti nanti.
"Saya tidak mahu jadi Habibie di Indonesia yang dikaitkan dengan Soeharto," kata seorang timbalan menteri yang dihubungi.
Banyak pihak mendakwa, sesiapa yang dilihat 'bersekongkol' dengan Abdullah sekarang, bakal terhukum apabila Dato' Seri Najib Tun Razak berkuasa nanti. Walaupun Najib dikatakan tidak begitu 'garang', tetapi regunya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat bakal menjadi 'guru disiplin' yang akan menghukum seseorang.
Tataplah akhbar harian, tengok dan teliti kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka kononnya untuk menyokong Abdullah, terlalu lembut dan berhati-hati. Bukan kerana mereka takut kepada Dr Mahathir tetapi kerana mereka takut dicop sebagai orang Abdullah, yang menyebabkan mereka kehilangan sokongan.
Begitulah Umno dan begitulah BN sebenarnya. Ketika Ong Ka Ting mahu melangkah keluar dari kepimpinan MCA, adiknya Ong Ka Chuan yang merupakan Setiausaha Agung MCA tewas dalam usaha merebut jawatan Timbalan Presiden.
Jika nasib tidak baik, secara tradisinya, Ka Chuan mungkin digugurkan dari kabinet kerana kebiasannya MCA meletakkan Presiden, Timbalan Presiden dan dua dari empat Naib Presiden di kerusi Menteri.
Jangan sesiapa terkejut, jika secara tiba-tiba Khairy Jamaluddin yang dikatakan boleh menang mudah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, tiba-tiba terkial-kial keseorangan untuk mencukupkan pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan itu, yang kini sudah masuk minggu ketiga.
Kerana apa? Kerana Abdullah yang juga bapa mentua Khairy sudah dianggap 'menuju jalan keluar' dari kepimpinan Umno.
Hari ini, jangan terkejut jika Abdullah ke luar negara, sudah tiada orang-orang Umno yang berduyun-duyun menghantarnya di lapangan terbang, begitu juga sekembalinya dari luar negara, akan sunyilah terminal itu kerana orang-orang Umno hanya berpegang kepada 'di mana ada gula, di situ ada semut'. Abdullah dianggap pemimpin yang sudah tawar dan tidak bergula lagi.
Berbeza dengan Najib, ketika dia seperti terbitnya fajar dan menjanjikan sinar matahari di awal pagi, akan sentiasa dikerumuni, sepertilah gambaran yang mengatakan hampir 30,000 berada di majlis Jamuan Hari Rayanya di Pekan, Pahang baru-baru ini.
Jika orang-orang Umno masih ingat, begitulah nasib yang menimpa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn.
Dr Mahathir juga pernah merasakan bagaimana kehadiran menyambutnya pulang dari luar negara, tiba-tiba jumlahnya terlalu ramai, yang mengejutkan banyak orang.
Rupa-rupanya di tempat yang sama, Abdullah yang bakal menggantikannya mahu berangkat ke luar Negara, dengan perbezaan waktu yang singkat.
Mereka datang beramai-ramai untuk menghantar Abdullah dan bukan menyambut ketibaan Dr Mahathir.
Tetapi disebabkan sudah terserempak di situ, masing-masing bersalaman tetapi fokus mereka yang datang tetap kepada Abdullah dan bukan Mahathir.
Situasi begini, pernah dirasai Abdullah bila terserempak dengan kehadiran ramai orang di TUDM Subang sekembalinya beliau dari Pulau Pinang, tetapi bukan kehadiran itu untuk menyambutnya pulang dari Pulau Pinang, sebaliknya menunggu Najib yang akan sampai dari luar negara.
Bukan sedikit yang melarikan diri dari Abdullah, malah, ada yang sempat bersembunyi di dalam tandas lapangan terbang itu, kerana mereka ini tidak pernah menghantar Abdullah dan tidak pernah ketinggalan menghantar Najib, jika Abdullah dan Najib berangkat ke luar negara.
Tengoklah nanti, ketika serangan dan ugutan datang bertubi-tubi dari parti-parti komponen BN, rakan-rakan penjawat pelbagai jawatan penting yang diberikan Abdullah dalam parti dan kerajaan akan mengambil sikap 'membisu'.
Bagi mereka, mereka akan membuat komen ketika Najib menjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, kerana ketika itu, semua komen akan mendapat 'markah' dari Najib.
Malah, ada yang tidak segan silu berkata; "Kalau Najib jadi Pengerusi BN, dah boleh selesai ni," yang menunjukkan bahawa mereka menganggap Abdullah lemah dan sentiasa dibuli oleh rakan-rakan komponen. Bukan sekali mereka mengugut, malahan berulang-ulang kali.
ISA misalannya, bukan sahaja ditentang parti-parti pembangkang, malahan kini sudah menjadi bahan perjuangan parti-parti komponen BN, seperti PPP, Gerakan dan kini MCA.
Bagi mereka, ISA perlu dikaji semula tetapi, hakikat sebenarnya, mereka berperasaan sama dengan apa yang diperjuangkan pembangkang!
Cuma, tidaklah sampai mereka sanggup meninggalkan BN kerana mereka percaya, masih ada 'gula' yang perlu semut hurungi.
Satu sumber memberitahu, jika bukan kerana hubungan terlalu rapat antara Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dengan Abdullah, Gerakan dipercayai sudah meninggalkan BN sebaik sahaja isu Dato' Ahmad Ismail dengan gambar Tsu Koon heboh diperkatakan dahulu.
Tidak pula diketahui, sejauh mana 'kesetiaan' Gerakan dapat dipertahankan sebaik sahaja Najib menggantikan Abdullah.
Satu perkara yang tidak ramai mengetahuinya, keputusan Abdullah tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan sanggup menyerahkan kuasa kepada Najib, Mac 2009 kerana tertekan dengan tindakan SAPP, meninggalkan BN.
Satu sumber memberitahu, jika ini merupakan 'perancangan seseorang' untuk memberi tekanan kepada Abdullah, tunggulah, apakah SAPP akan kembali semula menjadi komponen BN, apabila Abdullah sudah tiada nanti.
Ada juga yang berpendapat, tindakan SAPP itu, ada kena mengena dengan keinginan Dr Mahathir yang menyeru penyokong Umno supaya meninggalkan Umno seperti yang dilakukannya dan kembali semula kepada Umno apabila Abdullah sudah tidak menjadi Presiden.
Tahukan anda!! Kini Rakyat Malaysia memberi subsidi kepada Kerajaan Dungu BN!!
Ayat retorik Kerajaan UMNO yang paling popular 2-3 tahun kebelakangan ini adalah kerajaan menanggung subsidi yang terlalu tinggi dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak untuk digunakan untuk pembagunan rakyat. Ya! Itu lah retorik yang sering digunakan sebagai propaganda bagi melayu melayu yang Bodoh terutama ahli Umno yang memegang tauhidnya hanya Umno mampu memerintah.
Tapi ungkapan itu seharusnya ditukar kini, Kini Rakyat Terpaksa menanggung Subsidi Kepada kerajaan demi mempertahankan kerajaan korup UMNO.
Jun lalu Kerajaan kata Minyak mungkin naik Ogos, tapi esok harganya sudah melonjak 78sen dari RM1.92 kepada RM 2.70 iaitu kenaikan 40% yang menyebabkan rakyat diasak oleh kenaikan harga makanan dan barang keperluan harian secara mendadak. ketika itu harganya sekitar US 1.30-145dollar/tong. kini harganya sudah menurun ke paras hampir US 70 Dollar iaitu separuh dari nilai harga Minyak ketika ia dinaikan secara "gila babi" oleh Kerajaan UMNO. ikut logiknya harga minyak seharusnya diturunkan juga separuh iaitu RM 1.35, Rakyat Malaysia kini layak menikmati harga minyak pada kadar RM 1.35 dan bukannya RM 1.92, paling tidakpun ia mesti diturunkan keparas RM 1.60. kenapa kerajaan kini masih berdolak dalih. macam macam alasan diberikan. antaranya kononnya nilai Ringgit berbanding Dollar lemah dan takut bekalan minyak terganggu andai ia diturunkan secara mendadak. Inilah alasan paling bodoh dari Menteri UMNO/BN yang bodoh. Inilah menteri yang asalnya berasa dirinya amat pandai, sehinggakan pandangan Anwar untuk menurunkan harga minyak dikatakan sebagai tidak realistik dan merosakkan ekonomi. Maka wujudlah pelbagai idea menteri Pak pandir yang kononnya pandai. Berikan Rebet petrol yang membelanjakan sebanyak RM 5billion duit kerajaan dan rakyat. Apakah rebet menyelesaikan masalah ekonomi? Sehinggakan pemilik kereta BMW 3 siri dibawah 2000cc pun layak menerima rebet petrol? Malah kebanyakan pemilik kereta bukanlah dikalangan mereka yang menerima impak yang besar dari kenaikan harga barang, tetapi mereka yang tidak mampupun membeli sebuah motorsikal. Inikah Menteri yang merasakan diri mereka terlalu bijak? Beginikah rupanya Menteri yang akan mengemudi ekonomi Malaysia untuk menghadapi badai taufan Krisis ekonomi Amerika syarikat?
Apa lagi idea Bodoh kebinet Pak Pandir ini? Menurunkan cukai jalan BAS dan perkhidmatan Awam, mereka turunkan kadar tol bagi Pengangkutan awam yang terdiri dari BAS dan teksi, beri subsidi, apa hasilnya pada rakyat malaysia? Hasilnya rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga tiket BAS dari 50% hingga 100% menjelang ummat Islam pulang ke kampung berhari raya yang sudah tentunya mereka adalah dari golongan yang tidak berkemampuan membeli kernderaan sendiri! Mana perginya kebijaksanaan pemimpin dan kebinet Pak Pandir UMNO, sehinggakan Sabri Cheek berbuih mulut mempertahankan hujjah bodoh mempertahankan kenaikan harga minyak.
Itulah 2 contoh terdekat bagaimana bodohnya Kerajaan Umno/BN mengurus ekonomi, tidak mampupun menghadapi badai kemelesetan ekonomi yang akan melanda Asia kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Andai Anwar tidak mampu merampas kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat, bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda didalam kwsp dan tabung amanah pencen bakal hangus diuruskan menteri kewangan yang baru yang lebih korup dan menteri kewangan pertama terdiri dari seorang pembunuh. Sebelum pilihanraya kebanyakan dana Rakyat dan duit kerajaan telah di pam kedalam pasaran Saham, kini Kerajaan akan sekali lagi mem"bailout" pasaran Saham dengan duit Rakyat sebanyak RM 5Billion. Bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda bakal hangus diurus Kerajaan Pak Pandir. berseronoklah semua rakyat Malaysia sebelum negara menuju kebangkrapan. Itu belum dikira dari kesan yang diterima rakyat dari kenaikan harga barang pembinaan dan sumber asas eletrik, malah pekerjaan mereka juga bakal hilang apabila 5 bulan lagi Kilang-kilang yang berkaitan Amerika bakal gulung tikar. Andai 1 kilang ditutup menyebabkan 3000 orang bakal hilang pekerjaan, dan setiap pekerja ini menanggung 3000 keluarga. Bagaimana kalau 200kilang gulung tikar? Berapa pula hasil kerajaan bakal hilang? kini hampir 85% kilang tidak lagi membuat "overtime" kerana produksi mereka menurun atas sebab permintaan yang berkurangan. pernahkan kita lihat sebelum ini bagaimana Kilang Nikko eletronic yang ditutup di pulau Pinang menyebabkan 1500 orang terseksa? anda fikirkanlah..
Mana duit akan diperoleh Kerajaan untuk membayar rebet petrol sebanyak RM 5billion? kalau harga minyak kini sudah turun, maknanya kerajaan terpaksa memakai dana kerajaan sendiri. Maknanya 5 Billion akan dicedok dari peruntukan belanjawan 2009 yang mana angka pendapatannya kini juga sudah tersasar dari sasaran. bersedialah kita andai Kerajaan tidak ditukar, kerajaan malaysia bakal bankrap, penerima pencen mungkin tidak menerima duit mereka tepat dari jadual , begitu juga kakitangan kerajaan jika pendapatan kerajaan sudah hilang hampir separuh. apa yang perlu kita tahu , RAKYAT MALAYSIA kini Menanggung Subsidi untuk Kerajaan Pak Pandir Dungu Umno/BN...
Sudah sedia manifesto Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat dan senarai Barisan Kabinet Dato' Seri bagi peralihan kuasa yang dijanjikan? Penyokong Pakatan Rakyat menunggu tarikh Keramat 13 Oktober 2008 untuk menobatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
http://kingpahat.blogspot.com
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPUNKAN DOSA PAS DAN PKR
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
JANGANLAH KAU PERCIKKAN MEREKA DENGAN ULAR BESAR
JANGANLAH KAU LIBAS MEREKA DENGAN RANTAI BERAPI
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
MEREKA ITU BODOH DAN SOMBONG DI DUNIA
MEREKA MENJUAL AGAMA MU MENGIKUT SUKA HATI MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
MEREKA MENJUAL 'ALLAH' DEMI MENGEJAR PANGKAT DUNIA
DIA YANG AKU MAKSUDKAN KHALID SAMAD DAN ANWAR DURJANA
AMPUNKAN DOSA MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
Post a Comment