Wednesday, December 17, 2008

Rasuah - Anwar `Cakap Tidak Serupa Bikin'

" Rakyat bertanya apa tindakan Parti Pakatan Rakyat kepada pemimpin mereka yang didakwa atas kes rasuah dan sogokan seks yang kini sedang dibicarakan di mahkamah? "


PETIKAN UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETIKA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DI PARLIMEN.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di Pertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang Di Pertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: `Ia'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy'.

"Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Komen:

Memang benar kata Anwar Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya tetapi apakah pemimpin Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP benar-benar ikhlas mahu memerangi rasuah?

Rakyat bertanya, jika benar mereka memandang jijik kepada Rasuah mengapa tidak ada tindakan diambil kepada tiga pemimpin parti itu di Perak yang didakwa atas tuduhan rasuah dan sogokan seks yang kes mereka kini sedang dibicarakan di mahkamah?

Rakyat juga bertanya jika pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri atau persekutuan yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan serta merta mengapa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih tidak sanggup berbuat demikian?

Apakah wujud `double standard' dalam Rasuah? Jika pemimpin pembangkang terlibat dalam rasuah hukumnya menjadi `halal' sedangkan Rasullulah telah bersabda - "Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Menjadi harapan keseluruhan rakyat jika benar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Hadi Awang dan Lim Kit Siang benar-benar ikhlas mahu memerangi Rasuah mereka perlu mengambil tindakan segera - 2 Exco Kerajaan Perak yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan segera.

Kalau itu pun tidak dapat dilakukan - Anwar, Hadi dan Kit Siang perlu berhenti segera bercakap pasal Rasuah.

10 comments:

kingpahat said...

anwar mesti cakap untuk semua org yg kuat menyokong dia.

http://kingpahat.blogspot.com

AnakWatan said...

anwar pun makan rasuah jugak....
kenapa dia tak sebut pulak firman ALLAH pasal bab meliwat tu...

KHAIRUL NAZRI said...

Salam singgah,

1. Amat mudah kita meletakkan orang lain di dalam kedudukan yang kurang selesa berbanding meletakkan diri sendiri di dalam situasi yang sama.

2. Kegawatan politik Malaysia terutama terhadap orang melayu jelas menelanjangkan siapakan pemimpin kita selama ini samada yang disokong atau yang disanggah.

3. Kita terus-terusan membenarkan mereka bercakap perkara-perkara yang berkaitan mereka sahaja sedangkan masalah dan keperluan kita sebagai rakyat biasa yang jelas membayar gaji dan elaun mereka tiap-tiap bulan tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.

4. Jika kita fikirkan lebih jauh, kita sebenarnya mengamalkan rasuah tidak mengira apa jua lapisan masyarakat. Namun, amalannya adalah berbeza mengikut masa, tempat, keadaan serta citarasa individu itu sendiri.

Entah...

AnakWatan said...

sila layari blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

mungkin baik juga bagi golongan pkr nie... sekurang kurangnya tahulah serba sedikit perkembangan raja monyet anwar nie....

mrf said...

aku pun penah bagi rasuah kat makcik PAR tempat keje aku supaya potostetkan kerje2 aku cepat sikit..kalau ikutkan rasuah la tu tapi sebenarnya imbuhan nak kasik motivasi walaupun kerje potostet mempotostet tu bidang kerje dia..

pembangkang nie sikit2 rasuah..mcm la PKr ni tak amalkan rasuah..poyo mcm babi la PKR ni.kat selangor MB baru dilantik si pembantu khas MB dah amlakan rasuah,kronisme,nepotisme..huuuhh..lagiii dasyat..

UMNO PARTI PENJARA said...

Janganlah main rasuah ni ok :-)

Buat malu ke budak2 je :-)















(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

AnakWatan said...

pkr.... hmmmmm ptuiiiiii

yusof said...

Sapa boleh jamin selapas Suruhanjaya AntiRasuah ini, rasuah politik wang dalam umno dan rasuh di kalangan pemimpin umno boleh terhapus, Mike Taib terang-terang bawak lari wang ke luar negara dah pun jadi menteri, beli kereta berbuah-buah, tak kira berapa sembunyi dalam perigi, rasuah-rasuah-rasuah-rasuah, lama-lama jadi menteri

AnakWatan said...

yusof... apa ko tak perasan ke yg golongan pkr pun makan rasuah....

atau ko buat buat tak perasan....

jgn kuman seberang laut ko nampak...

gajah depan mata ko tak nampak....


anwar tu bagus sangat ke....

apa dia tak makan rasuah dan tak pernah beri rasuah ke....

dari anwar yg kaki penjubur tu... baik dan teramat baik lagi Hadi Awang......


otak ko pun sempit la yusof...

hairul05 said...

BN ada kelebihan di 2 bukit 1 batang. Sila layari http://proumno.blogspot.com/