Thursday, May 14, 2009
PEMIMPIN PAS MAIN DUIT?
MEMALUKAN. Parti Islam Semalaysia yang matlamat perjuangannya memperjuangkan Islam sebagai addin tetapi telah diresapi dengan gejala politik wang menjelang Muktamar parti itu bulan hadapan.
Perkara ini bukan didedahkan oleh orang UMNO atau BN tetapi oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud Iraqi yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam pada bulan Jun nanti.
Sebagai Ketua Dewan Ulama, tidak ada sebab untuk Mohamad Daud berbohong dan beliau memilih untuk mendedahkan kepincangan ini kerana beliau tidak mahu gejala politik wang menjadi barah dalam Parti yang memperjuangkan Islam itu.
Mengapa sekarang ini berlaku gejala politik wang di dalam Pas? Kalau dahulu kita tidak pernah mendengar pemimpin Pas `main duit' untuk menang sesuatu jawatan tetapi nampaknya keadaan sudah berubah dan apa yang didedahkan oleh Mohamad Daud ini sungguh memalukan.
Jawapannya kerana pengaruh `Anwar' telah meresap ke dalam batang tubuh parti itu. Menjelang Muktamar bulan hadapan Pas sekarang sedang berdepan dengan pergolakan antara pimpinan ulama dengan pimpinan profesional.
Satu golongan dalam Pas mahu parti itu diketuai oleh pimpinan ulama manakala satu golongan lagi mahu supaya Pas dipimpin oleh golongan Profesional. Golongan ulama diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala golongan Profesional atau lebih dikenali dengan nama kumpulan `Erdogan' terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua orang tahu ketika di dalam UMNO `Bapak' segala politik wang adalah Anwar Ibrahim. Siapa yang mengajar politik wang di dalam UMNO kalau bukan Anwar Ibrahim. Dalam tahun 1993 ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba (Allahyarham) wang `dicurahkan' seperti mengalirnya air sungai.
Hasilnya, Allahyarham Pak Ghafar hanya dapat beberapa pencalonan sahaja daripada bahagian-bahagian UMNO manakala yang lain semuanya mencalonkan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apa yang dilakukan oleh Anwar di dalam UMNO dahulu hendak dilakukan di dalam Pas. Matlamat menghalalkan cara dan duit boleh membeli segala-galanya. Ini yang membimbangkan Ketua Dewan Ulama Pas.
Inilah hasilnya apabila Pas berkawan dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas mengeji UMNO kononnya tidak bermoral kerana politik wang tetapi hari ini pemimpin-pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu menutup pekung yang mula membusuk di dalam parti itu.
Tetapi Nik Aziz perlu ingat bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun pisang lambat laun akan diketuai orang juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
aku heran melihat PAS yg meletakkan syarat itu dan ini pada UMNO...
jika UMNO menjadikan MALAYSIA sebuah negara ISLAM barulah kononnya PAS akan bergabung dgn UMNO
tapi aku heran dengan PKR dan DAP tak pulak PAS buat syarat macam tu...
apa PAS nie pun lidah bercabang jugak ke....
itulah kalau suka memfitnah org lain... akhirnya makan diri sendiri jugakan....
haa jawablah nik ajis atau pun hadi... mcm mana parti yg "BERSIH DARI DOSA" ini boleh mengamalkan politik WANG jugak....
apa... pas juga sudah berkiblat ke barat ke?????
ibarat mengata dulang paku yg serpih....
mengata org pas yg lebih....
RINGKASAN TEMUBUAL EKSKLUSIF MAJALAH MILENIA MUSLIM MEI INI.
JOM BELI..JOM PHOTOSTAT,JOM EMAIL KENYATAAN PENTING INI !
Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka (UMNO) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali keapda UMNO!
Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan. Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir!
Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang islam sendiri? Orang islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM! Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM!
Petikan dari salah satu wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei!
diambil dari GAP KEMBALI
lu pikirlah sendiri....
UMNO menghalang (tentang)pas laksanakan hukum islam.sebaliknya pkr menyokong perjuangn pas, dan dap pula tiada halangan untuk pas laksanakan hukum islam. jadi jangan heran la.. pas,pkr dan dap bersama.
bukahkah kit siang.... siang siang dah cakap kalau nak tubuh negara ISLAM langkah mayat dia dulu...
apa kau dah lupa ke.... din
Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.
Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.
1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.
2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.
3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.
4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.
5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.
6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.
7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.
8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.
9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.
10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.
11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.
13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.
14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.
15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.
16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.
17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.
18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.
19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.
20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.
21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.
22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.
24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.
diambil dari post Gap Kembali
Lu pikirlah sendiri...
Anakwatan boleh tambah sejuta lagi fakta, tiada yang boleh merubah medan perebutan kuasa di antara orang politik di Perak walau pun sampai ke jalan buntu, kecuali dewan perundangan negeri Perak di bubarkan untuk pilihanraya negeri yang baru. Ini zaman rakyat menentukan pembangunan negara seperti yang diisthiarkan oleh Najib tak sampai pun tiga bulan lalu.
yusof sila jawab soalan tahap budak tadika ini.....
apakah jasa tuan kaki jubor anwar pada negara?????
kenapa sampai sekarang masih tiada lagi jawapannya....
apakah yusof... tidak pandai membaca????
KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM PERAK 2008
UMNO-27 Kerusi
DAP-19 Kerusi
PAS-6 Kerusi
PKR-4 Kerusi
MCA-1 Kerusi
yusof mengikut fakta siapa yg kuat disini.....?????
jgn selalu beri alasan aje... anti makan diri sendiri yusof...
aku soal lagi... apa jasa anwar pada negara??????
disini aku rasa org pakatan gay tak perlulah nak berlagak dgn hanya memiliki kerusi sebanyak 4 (empat) sahaja....
siapa kata UMNO tidak kuat..... itupun 2 dah cabut.....
mcm lagu sepuluh budak hitam pulak....
maksud aku 2 (dua) dari pkr tambah 1 (satu) DAP pun dah cabut... hehehehe
jadi tang mana hangpa kata UMNO tak kuat tu... pkr tinggal 2 je... kuat ke tu...
UMNO parti tunggal pun boleh sapu 27 kerusi... hang pkr baru 2 dah eksen... harpa ihsan kerusi kawan kawan lain... tu pun pakatan HARAM... tak register lagi...
weiii jgn ngata org je... makin kuat kau ngata UMNO makin terserlah pekong kau ...
Kekuatan bukan datang dari satu-satu anggut badan saja, tapi dari seluruh sistem badan yang berfungsi sekali gus. UMNO lemah bukan saja di Perak, tapi di seluruh Malaysia.
jgn kata org la yusof...
so kalau kau kata pakatan gay pujaan kau tu kuat...
kuat tang mana tu????
bagi tau sat....
lagi satu apa jasa anwar pada negara??? bila nak jawab nie...
http://www.youtube.com/watch?v=FOqC_Bq_qS4
mari kita belajaq... alif min num wau, alif tendang wau....--> SARKAS
hehe sure marah anak watan...
Azim ....
sebenarnya sebutan yg betul ialah alif mim nun wau ra......
alif tonggeng kar ra.... hahahah
Jadi BN tak mau bertanding di Peanti atas sebab PKR tidak memenuhi syarat perlembagaan. Jadi SPR telah menenang perlembagaan untuk mengadakan PKR ini. Katakan DUN Perak di bubarkan, Najib pun kata BN tak perlu bertading atas sebab plihanraya negeri ini tidak memenuhi syarat perlembagaan. Katakan parlimen dibubarkan, Najib pun kata BN tak perlu bertanding atas sebab PR UMUM tidak memenui syarat perlembagaan. Maksudnya UMNO ke BN dah tak larat lagi untuk bertanding di dalam sebarang pilihanraya.
Ini lagi info menarik bg anda..kata Dap tidak senda kan islam ?
Dalam rakaman ucapan Lim Guan Eng di DAP Wanita Workshop 2009 pada bulan April 2009, dia telah mengeluarkan satu kenyataan yang telah memperlekehkan hukum dan budaya poligami amalan orang Islam. Workshop yang bertema "Implement Gender Agenda as a DAP Strategy to the Hearts and Minds of Men and Women" berlangsung di Wisma Winbond, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Berikut adalah kenyataan beliau:
"We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"
Semasa membuat kenyataan tersebut, Lim Guan Eng bercakap sambil ketawa dan disambut dengan gelak ketawa penonton. Ini adalah satu kenyataan kurang ajar yang menghina amalan yang dibenarkan oleh agama Islam ke atas penganutnya. Macm mana masih nk berdolak-dalik lg ke ? atau mungkin takpe kerana Lim Guen Eng ini bukan islam...bertaubatlah selagi masih boleh.
Pilihanraya Kecil Penanti bakal menjadi PRK tersunyi bagi SPR, PRK yang tak akan mahu dijadikan berita dalam media perdana, PRK termiskin bagi kawasan Penanti kerana takan ada jalan-jalan di taruk tar atau jambatan diperbiki, khidmat perkhidmatan percuma, PRK yang pertama kali tidak akan mengancam keselamtan negara dan ketenteraman awam dan akan hanya kelihatan anggota Polis tempatan saja dibiarkan bertugas bersendirian. Pilihanraya Kecil yang akan menjadi sejarah hari ini. Pilihanraya Kecil paling sunyi dalam sejarah
Padan muka anwar... terjerat dgn permainan sendiri...
BN tak bertanding pun tak jadi apa...
menang tak jadi apa ,,,, kalah pun tak jadi apa...
tak mengubah apa apa pun... haa apa lagi pakatan GAY....
berkhidmatlah untuk rakyat...
jgn pandai komen aje
yusof ... jgn cuba kelirukan org dgn menyebut perkataan "Kuasa Rakyat"
RAKYAT telah memilih BN...
kau pun tahu kira kan ... majoriti BN telah menang kerusi ...
dimana BN dapat kerusi itu semua kalau bukan dari pilihan RAKYAT...
kiralah kerusi pakatan GAY kau tu...
berapa kerat aje... jadi adakah majoriti RAKYAT menyokong pakatanGAY atau BN????
Sekiranya PRK Penanti dapat berlalu untuk menhasilkan satu suasana yang disenangi oleh semua pengundi dan pemerhati, maka ini menunjukkan usaha PKR berjaya mematangkan proses pilihanraya seperti yang sedang berlaku di negara barat kalau di UK tiada pelawat yang sedar jika ada berlaku pilihanraya di sana kerana tiada poster atau gambar calon dipamerkan di sana sini, sedangkan kalau kita membaca buku novel klasik Inggeris seperti tulisan Charles Dicken, menceritakan suasana piliharaya di kurun ke 19 adalah sama seperti suasana pilihanraya di Malaysia pada hari ini. Jadi pilihanraya kecil seperti ini bagus di adakan selalu untuk di gunakan untuk memperbaiki proses pilihanraya yang selama 50 tahun ini hanya di jadikan oleh BN seperti pesta candu. Tabek untuk PKR
Post a Comment