Friday, February 23, 2007

Chua Soi Lek: Mana lebih bahaya KFC atau Arak?

Thursday, February 22, 2007

Mengapa Chua Soi Lek lebih menekankan iklan makanan segera seperti KFC, MC Donald, Maggi berbanding iklan arak dalam The Star(akhbar milik MCA)?Manakah yang lebih merbahaya dan merosakkan kesihatan? Oleh kerana iklan arak merupakan salah satu pendapatan terbesar akhbar The Star dan penyumbang utama kempen politik MCA maka Chua tidak akan membangkitkan isu ini.

KomenKu: Kedua-duanya bahaya. Tapi makanan segera ini melibatkan semua golongan, tua atau muda, terutamanya kanak-kanak yang gemar makanan segera. Kita tidak mahu generasi kita menjadi generasi obesiti. Arak pun tidak baik untuk kesihatan, haram bagi orang Islam.

Tetapi khalayaknya terdiri daripada orang dewasa sahaja. Maka pandai-pandailah didik dan kukuhkan iman ahli keluarga terutamanya anak-anak bagi orang Islam. Terapkan pengetahuan agama, berilmu dan beramal dengan sempurna. Jangan kerana kita takut terpengaruh dek kerana iman kita yang lemah, kebebasan kaum lain dan agama lain kita sekat. Dalam Malaysia ini bukan orang Islam je yang tinggal, kaum dan penganut agama lain pun ada.

Akhbar The Star pun golongan Melayu pertengahan elite atau pertengahan je yang baca. Orang kampung kurang, sebab ramai sangat Melayu yang sensitif sangat dengan bahasa Inggeris ni. Bila nak keluar bekerja, ditemuduga dalam bahasa Inggeris terkebil-kebil biji mata. Mana tak ramai menganggur. Kerajaan juga disalahkan. Semua yang dibuat kerajaan tak kena. Jangan asyik mencari salah orang, cerminlah diri kita, tanya diri sendiri, “apakah tahap imanku?”

PengalamanKu:
Aku pernah belajar di sebuah sekolah mubaligh di utara tanahair, salib di merata –rata tempat, baik di kelas mahupun dewan. Guru-guru pula, 50% daripadanya terdiri daripada ‘brother’ dan ‘sister’. Dari umur tujuh tahun hingga 17 tahun aku belajar di situ. Tapi tidak juga aku murtad, malah pegangan agamaku semakin meningkat. Kecintaan terhadap Allah makin meningkat. Aku diberi pendedahan dari kecil tentang agama, dari kecil juga aku dapat membezakan keindahan agamaku dengan agama lain. Aku pernah mengikut rakan-rakan beragama Kristian menonton filem ‘Jesus Of Nazareth’ sewaktu berusia sepuluh tahun. Aku dimarahi ustazah. Syukur alhamdulillah selepas menonton filem tersebut aku makin rajin bersembahyang dan mengaji Al Quran.

Padaku pokok pangkalnya didikan ibubapa. Ibubapaku bukannya orang alim , orang Islam biasa saja.Tetapi penekanan terhadap agama, mereka tidak abaikan. Kekadang tu anak Pak imam pun boleh menjadi murtad semata-mata kerana cinta. Mungkin hanya ayahnya yang kuat agama dan menjadi imam tapi “iman” tidak diwarisi. Perlu didikan dan disuburkan dari masa ke semasa.Jadi janganlah marahkan kerajaan kalau anak-anak Melayu murtad, mainkan peranan kita sebagai orang Islam.


PantunKu:

Kapal Anjiman dari China
Singgah bermuat papan jati
Amal dan iman biar sempurna
Tidaklah jadi sesal di hati

JAWAB JANGAN TAK JAWAB….

· Pelaburan lebih RM40 juta
· Bursa Malaysia stabil
· Nilai ringgit kukuh

Abdullah Badawi menegaskan, pertumbuhan dan kedudukan ekonomi negara kita yang semakin baik bukan rekaan semata-mata. Beliau cuba menjawab persoalan rakyat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 22 Februari 2007 di PWTC berkenaan dengan penggunaan dana KWSP dan KWAP untuk menaikkan indek BSKL.
Beliau juga menjawab spekulasi rakyat yang menyatakan semua yang berlaku adalah helah dan strategi kerajaan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Tindakan kerajaan dalam menggabungkan syarikat-syarikat besar negara telah menarik ramai pelabur asing dan ini telah banyak membantu merancakkan ekonomi negara.
Beliau juga menegaskan bahawa segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat.
Apa lagi rakyat mahu?” jelas beliau kepada akhbar Utusan Malaysia.

Jika benar yang dijelaskan oleh PM kita....sudah tentu kita sebagai rakyat menyokong kepimpinan beliau. Apa yang ditakutkan selama ni, hak kita dipergunakan sehingga tiada lagi faedah yang kita boleh dapat. Tambah sedih lagi, bila hak kita digunakan...apa yang akan tinggal untuk kita di hari tua nanti...

Thursday, February 22, 2007

AAB Guna Wang KWSP !!

Abdullah Badawi dikatakan menggunakan sebahagian wang KWSP untuk menaikkan indeks BSKL. Persoalannya ke mana perginya matlamat untuk melindungi hak rakyat? Kenapa perlu guna duit rakyat untuk melabur demi kepentingan pemimpin? Bukankah wang KWSP dilaburkan untuk melindungi hak rakyat di hari tua? Bila dah guna wang kita, siapa yang akan bertanggungjawab untuk ganti semula hasil titik peluh kita. Inilah akibatnya kalau rancangan ekonomi tanpa kaji selidik dan terlalu kalut mengubah dasar kerajaan tanpa mengira impaknya. Bila dah kesempitan idea, Abdullah Badawi menggunakan hak rakyat untuk nama & imejnya. Masa depan bangsa diperjudikan oleh kekalutan kerajaan.
Petikan dari http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

PM gagal tadbir ekonomi - Korporat Cina lebih yakini Anwar

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 22 Februari (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat yakin golongan korporat khususnya dari kalangan kaum Cina lebih yakin dengan kemampuan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk melonjakkan kembali ekonomi negara yang berada pada tahap lembap berbanding Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Komen: Apa? Tak puas hati? Yang Business times umumkan ahli perniagaan terkaya di Malaysia tu bukannya 99.9% tu terdiri daripada korporat Cina? Lembab-lembab pun dapat cari makan jugak!! OOOO dua tahun lepas ada dengar Anwar masuk Tokong Cina, makan malam dengan kaum Cina yang menentang kerjaan. Cari pengaruh le tu.

Naib Presidennya, Mohd Azmin Ali berkata Anwar sendiri sedang giat merancang dan berjaya mengadakan pertemuan dengan golongan korporat Cina khususnya, yang nyata tidak senang dengan kelembapan ekonomi negara yang diterajui Abdullah.

Komen: Demi niat jahat politik sanggup musnahkan satu-satunya kuasa yang ada pada Melayu, KUASA POLITIK!! Betapa sikap pentingkan diri yang ada pada manusia-manusia ini.

Menurutnya, rata-rata golongan pertengahan rakyat yang semakin sukar hidup di kota besar kerana kos hidup yang semakin tinggi turut kesal dengan kelemahan Abdullah.

Komen: Selalu pergi Indon pun masih tak dapat bersyukur lagi? Tak dapat bezakan lagi.Apa yang kerajaan tak Bantu rakyat selama ni? Kahwin subsidi, beranak pun subsidi dan membesarkan anak pun subsidi. Abdullah tak pernah menzalimi rakyatnya, kalau keadaan ekonomi menurun pun , bukan Abdullah seorang, satu dunia sedang bermasalah. Kecuali negara bapa angkat Azmin ….sendiri faham la.

"Bukan sahaja terdapat kebangkitan rakyat bawahan malahan golongan usahawan yang tidak terkecuali rasa tertekan apabila ekonomi negara makin menjunam tidak sepertimana yang didakwa oleh Perdana Menteri.

"Mereka rasa tergugat kerana pelaburan tidak mengembang sekaligus memberi kesan pada perniagaan mereka," ujarnya ketika berucap dalam satu majlis yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti, dekat sini.

Menurut Azmin golongan tersebut lebih yakin dengan kepimpinan Anwar sewaktu menerajui Kementerian Kewangan apabila berjaya menawarkan berbagai pakej ketika ekonomi menyucup pada tahun 1997.

Komen: Malulah sikit , mengaku pakej pemulihan Anwar konon, dialah manusia yang mahu menjerat Malaysia dengan IMF, Si Nazri tali barut yang kebetulan Ketua Pengarang Berita Harian bermati-matian menghentam Tun M dalam segmen lidah pengarangnya kerana enggan membuat pinjaman IMF. Bertaubatlah ! Cukuplah memfitnah orang. Sesungguhnya memfitnah itu dosanya seperti membunuh seorang muslim yang lain.

"Bagi golongan tersebut dan rakyat amnya ketrampilan Anwar lebih diyakini untuk memimpin negara berbanding Abdullah yang dilihat lemah dan mengharapkan orang lain menguasai politik negara, " jelasnya.

Komen: Ketrampilan kemendenya? Dalam mahkamah pun kalah berselerak!! Nak kuasai politik negara? Mimpi di siang hari?

Beliau turut membidas kenyataan Perdana Menteri kononnya indeks komposit boleh mencecah 1,350 mata dan mencapai paras terbaik semenjak pasaran saham beroperasi pada tahun 1960 berikutan keyakinan pelabur terhadap pengurusan dan keadaan ekonomi negara, dan menyifatkannya sebagai khabar kosong sahaja.

Komen: Dia bukan tau apa-apa pun, tahu enjoy je.

Minggu lalu Abdullah dilaporkan sebagai berkata, pasaran saham mencatatkan paras yang paling tinggi iaitu 3.5 billion bernilai RM4.8 billion serta berjaya mengurangkan defisit dari 5.3 peratus kepada 3.5 peratus.

Berdasarkan sokongan rakyat dan kecenderungan golongan korporat terhadap parti KeADILan, Azmin menegaskan pihaknya semakin yakin melebarkan sayap dengan meletakkan fokus bagi menawan negeri Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke 12 akan datang,
Azmin yang juga Pengarah Pilihanraya parti memberitahu, sebelum ini pihaknya telahpun mensasarkan negeri Sabah sebagai antara sasaran utama untuk mereka kuasai.

Komen: OOO patutla rebut jawatan Timbalan Presiden, nak rebut balak Sabah le tu. Dah nampak bayangan RM.

"Selepas sasarkan Pulau Pinang kini mood rakyat wujud pula di Sabah dan ini menandakan satu gelombang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kita akan mempergunakan kesempatan itu untuk melakarkan sejarah sekali lagi," katanya

Katanya, hasrat tersebut akan kenyataan jika wujudkan pengembelingan jitu antara PKR, PAS dan DAP. - mr

Wednesday, February 21, 2007

Celaka

Celaka diri yang mengumpat orang lain. Bebas bagi orang yang mencela Firaun, Haman, Abu Jahal, Ubay Bin Khalaf, Abu Lahab serta mereka yang dicela dalam al-Qur'aan. Hanya mereka yang dicela Allah S.W.T. sahaja layak bagi manusia untuk umpat, cela, maki dan hamun.

Bagi orang yang memaki hamun orang dengan perkataan serta doa yang buruk, menurut hadith, makian serta doa buruk tersebut akan kembali kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya orang yang diumpat maki itu terselamat.

Begitu juga doa yang baik, doa petunjuk yang dilakukan seseorang terhadap saudaranya (sahabat handai, bahkan musuh), maka menurut hadith, Allah S.W.T menghantar malaikat untuk berdoa di belakang (si-pendoa itu) dan mengaminkan doanya, bahkan Allah S.W.T. anugerahkan apa yang didoakannya untuk orang lain itu, terlebih dahulu, dimakbulkan untuknya (si-pendoa).

Jadi kita punya adab dan sopan menurut landasan Islam dalam hal membicarakan secuatu. Bahkan ucapan baik mahu pun buruk itu, menurut Islam, akan terlebih dahulu menimpa si-pembicara terlebih dahulu. Di samping itu, tiada jaminan untuk keburukan yang diungkapkan itu (dalam doa dan makian) akan terkabul terhadap orang lain yang ditujukan.

Begitu juga bagi orang yang dimurkai Allah S.W.T, walaupun didoakan kebaikan, hatta oleh seorang Nabi sekalipun, ia tetap berada di dalam kemusnahan dan terjauh daripada perlindungan Allah S.W.T, seperti yang berlaku suatu ketika kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang ditegur Allah S.W.T kerana mendoakan kebaikan buat ketua Munafik, Abdullah bin Ubay.

Renungkanlah dalam membicarakan politik. Pastikan anda tidak terjebak dalam memaki hamun dan umpat dalam bicara ketika menghentam orang lain, takut nanti anda sendiri yang merata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Bookooo

It is not fair if all students are given free textbooks, said hospital attendant K. Rengasamy.

If those who are filthy rich also ask for textbooks on loan, then it is ridiculous, said Rengasamy who said selfish parents resorted to such antics.

Rengasamy, who welcome the ministry's decision to revoke its move, said the loan scheme is meant for the poor, adding that the "ministry's generosity should not be taken advantage by the greedy ones.

"Just allow the under-privileged to be given this benefit. As for parents who are financially stable, please do not try to take advantage," said Rengasamy.

-- BERNAMA

Friday, February 16, 2007

Ezam: Keputusan saya muktamad

Oleh FATHI ARIS OMAR

Bekas ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd Noor tetap bertegas meletakkan jawatan di peringkat negeri dan bahagian seperti yang diura-urakan sekarang.

Ezam berkata surat peletakkan jawatannya, bertarikh 11 Feb, telah dihantar kepada ketua perhubungan Selangor negeri itu Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Terpulang kepada Tan Sri untuk memaklumkan kepada PKR pusat," katanya kepada mStar Online tadi, apabila diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin PKR yang menafikan berita tentang perkara itu.

Semalam naib presiden PKR Mohd Azmin Ali dan ketua penerangan Tian Chua menafikan perkembangan terbaru itu kerana mereka tidak dimaklumkan secara rasmi.

Ezam berkata beliau tidak memaklumkan kepada pemimpin pusat PKR kerana jawatan-jawatannya hanya di peringkat negeri.

Terbaru, Khalid sewaktu bercakap kepada The Star hari ini berkata: "Kalaupun ada, saya akan memanggil mesyuarat perhubungan negeri untuk mempertimbangkan perkara ini.

" Ditanya tentang penafian Khalid itu, Ezam berkata: "Mungkin beliau belum baca atau belum menerima surat itu. Saya hantar melalui seseorang, saya sendiri tidak berjumpanya."

Komen: Tu la Ezam, habis madu sepah dibuang, dulu hang kerja setengah mati membela DSAI, la ni dia diam seribu bahasa . Pujuk hang jauh sekali. Keluar je dari parti yang TIDAK Adil tu. Depa ni semua nak himpit DSAI je, bukan nak buat kerja. Lagipun parti tu takde masa depan. Cakap berdolak dalik. Semua tak ngaku….nak tutup kelemahan parti le tu.

Disoal kemungkinan peletakkan jawatannya ditolak atau wujud rundingan agar beliau kembali aktif dalam parti, Ezam berkata: "Kali ini keputusan saya sudah muktamad."

Komen: Baguih la tu buang masa hang saja.

Tambahnya, beliau kini lebih menumpukan kerja dalam Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), sebuah NGO yang ditubuhkannya dan dilancarkan pada 2005. "Saya rasa peranan saya lebih berkesan melalui Gerak. Lebih-lebih lagi sekarang banyak isu rasuah dalam kerajaan," katanya.

Komen: Dulu masa DSAI jadi TPM takde rasuah ka?

Awat bila dia keluar baru nak bising, dulu dia tak nampak ka? Atau dia rabun? Hang dulu pun kerja gomen kan? Hang buat apa? Tak nasihat Boss suruh siasat ka? Oh ya, masyuk jugak kot, tak pa la yang tu hang jawab pada diri sendiri la.

Ezam juga berkata beliau tidak senang gelagat beberapa pemimpin peringkat pusat yang didakwanya "kehilangan fokus, berfikiran sempit, pentingkan diri sendiri dan hanya mahu dekat dengan (penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Komen: Memang depa la ni nak himpit DSAI, untung-untung kalau DSAI berjaya masuk UMNO semula depa nak tumpang sekaki, sebab DSAI pun tak yakin boleh jadi pemerintah tanpa UMNO.

Beliau bagaimanapun enggan menyebutkan nama individu tertentu atau mengesahkan perselisihannya dengan Azmin seperti yang diuar-uarkan dalam parti tersebut.

"Kritik saya ini, dan ini bukan baru, untuk kebanyakan pemimpin dalam Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya.

Komen: Kalau hang yang banyak jasa pun depa tak dengar, tak tau nak cakap apa lagi. Patut la Chandra Muzaffar keluar parti awal-awal lagi. Memang parti tak boleh diharap!! Wahai orang-orang kampung…dengarlah seruan ku keluarlah dari parti Keadilan yang tidak pernah Adil itu ….belajarlah daripada keperitan Ezam Mohd Noor.