Celaka diri yang mengumpat orang lain. Bebas bagi orang yang mencela Firaun, Haman, Abu Jahal, Ubay Bin Khalaf, Abu Lahab serta mereka yang dicela dalam al-Qur'aan. Hanya mereka yang dicela Allah S.W.T. sahaja layak bagi manusia untuk umpat, cela, maki dan hamun.
Bagi orang yang memaki hamun orang dengan perkataan serta doa yang buruk, menurut hadith, makian serta doa buruk tersebut akan kembali kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya orang yang diumpat maki itu terselamat.
Begitu juga doa yang baik, doa petunjuk yang dilakukan seseorang terhadap saudaranya (sahabat handai, bahkan musuh), maka menurut hadith, Allah S.W.T menghantar malaikat untuk berdoa di belakang (si-pendoa itu) dan mengaminkan doanya, bahkan Allah S.W.T. anugerahkan apa yang didoakannya untuk orang lain itu, terlebih dahulu, dimakbulkan untuknya (si-pendoa).
Jadi kita punya adab dan sopan menurut landasan Islam dalam hal membicarakan secuatu. Bahkan ucapan baik mahu pun buruk itu, menurut Islam, akan terlebih dahulu menimpa si-pembicara terlebih dahulu. Di samping itu, tiada jaminan untuk keburukan yang diungkapkan itu (dalam doa dan makian) akan terkabul terhadap orang lain yang ditujukan.
Begitu juga bagi orang yang dimurkai Allah S.W.T, walaupun didoakan kebaikan, hatta oleh seorang Nabi sekalipun, ia tetap berada di dalam kemusnahan dan terjauh daripada perlindungan Allah S.W.T, seperti yang berlaku suatu ketika kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang ditegur Allah S.W.T kerana mendoakan kebaikan buat ketua Munafik, Abdullah bin Ubay.
Renungkanlah dalam membicarakan politik. Pastikan anda tidak terjebak dalam memaki hamun dan umpat dalam bicara ketika menghentam orang lain, takut nanti anda sendiri yang merata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.
Wednesday, February 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Peringatan spt ini sgt bagus utk sumer org especially mereka yg b'giat dlm politik tp gunakan fitnah dan kutukan sbg jln b'politik. Xde pekdahnye kutuk-mengutuk dan fitnah-memfitnah ni.. Marilah kita muhasabah diri utk kedamaian abadi..
alhamdulillah, ada juga rupanya bacaan yang boleh menenangkan minda dan memberi ketenangan. Tak de la nak ngutuk-ngutuk sesaje, yg mengutuk dosa menimbun, yg mendengar kutukan pun dosa melambak gak.
masalahnya... org yg berada di dalam lingkungan ini teramat faham dan arif dengan apa yg dutarakan oleh 'kembaramaya'... tapi banyak yg buat2 tak faham @ x tau je... sbbnye... segelintir yg cerdik pandai agama pun sama 'naik' dgn yg x pandai.. kdg2 diorg lak yg lebih... fikir2kanlah...
Post a Comment