Friday, February 23, 2007

Chua Soi Lek: Mana lebih bahaya KFC atau Arak?

Thursday, February 22, 2007

Mengapa Chua Soi Lek lebih menekankan iklan makanan segera seperti KFC, MC Donald, Maggi berbanding iklan arak dalam The Star(akhbar milik MCA)?Manakah yang lebih merbahaya dan merosakkan kesihatan? Oleh kerana iklan arak merupakan salah satu pendapatan terbesar akhbar The Star dan penyumbang utama kempen politik MCA maka Chua tidak akan membangkitkan isu ini.

KomenKu: Kedua-duanya bahaya. Tapi makanan segera ini melibatkan semua golongan, tua atau muda, terutamanya kanak-kanak yang gemar makanan segera. Kita tidak mahu generasi kita menjadi generasi obesiti. Arak pun tidak baik untuk kesihatan, haram bagi orang Islam.

Tetapi khalayaknya terdiri daripada orang dewasa sahaja. Maka pandai-pandailah didik dan kukuhkan iman ahli keluarga terutamanya anak-anak bagi orang Islam. Terapkan pengetahuan agama, berilmu dan beramal dengan sempurna. Jangan kerana kita takut terpengaruh dek kerana iman kita yang lemah, kebebasan kaum lain dan agama lain kita sekat. Dalam Malaysia ini bukan orang Islam je yang tinggal, kaum dan penganut agama lain pun ada.

Akhbar The Star pun golongan Melayu pertengahan elite atau pertengahan je yang baca. Orang kampung kurang, sebab ramai sangat Melayu yang sensitif sangat dengan bahasa Inggeris ni. Bila nak keluar bekerja, ditemuduga dalam bahasa Inggeris terkebil-kebil biji mata. Mana tak ramai menganggur. Kerajaan juga disalahkan. Semua yang dibuat kerajaan tak kena. Jangan asyik mencari salah orang, cerminlah diri kita, tanya diri sendiri, “apakah tahap imanku?”

PengalamanKu:
Aku pernah belajar di sebuah sekolah mubaligh di utara tanahair, salib di merata –rata tempat, baik di kelas mahupun dewan. Guru-guru pula, 50% daripadanya terdiri daripada ‘brother’ dan ‘sister’. Dari umur tujuh tahun hingga 17 tahun aku belajar di situ. Tapi tidak juga aku murtad, malah pegangan agamaku semakin meningkat. Kecintaan terhadap Allah makin meningkat. Aku diberi pendedahan dari kecil tentang agama, dari kecil juga aku dapat membezakan keindahan agamaku dengan agama lain. Aku pernah mengikut rakan-rakan beragama Kristian menonton filem ‘Jesus Of Nazareth’ sewaktu berusia sepuluh tahun. Aku dimarahi ustazah. Syukur alhamdulillah selepas menonton filem tersebut aku makin rajin bersembahyang dan mengaji Al Quran.

Padaku pokok pangkalnya didikan ibubapa. Ibubapaku bukannya orang alim , orang Islam biasa saja.Tetapi penekanan terhadap agama, mereka tidak abaikan. Kekadang tu anak Pak imam pun boleh menjadi murtad semata-mata kerana cinta. Mungkin hanya ayahnya yang kuat agama dan menjadi imam tapi “iman” tidak diwarisi. Perlu didikan dan disuburkan dari masa ke semasa.Jadi janganlah marahkan kerajaan kalau anak-anak Melayu murtad, mainkan peranan kita sebagai orang Islam.


PantunKu:

Kapal Anjiman dari China
Singgah bermuat papan jati
Amal dan iman biar sempurna
Tidaklah jadi sesal di hati

5 comments:

gendut said...

pengalaman saya duk asrama masa sekolah dulu, selalu gak makan makanan segera ni, dan sudah semestinya mee maggi le... berjaya jugak dlm pelajaran, berjaya gak dlm kerjaya, alhamdulillah, dah besar pjg ni (dah nak dpt cucu pun) xde lg didtgi penyakit yg berkaitan sebab musabab makanan tu...


percayalah, walaupun iklan diberhentikan, kepopularan makanan itu tetap tersohor dan terkenal...


kpd para pengeluar jgn risau sbb semua tu dah ada regular customer... mcm rokok dan arak gak, dah diharamkan pun pengiklanannya, ia tetap menjadi salah satu sumber pendapatan KERAJAAN!(melalui cukai)

gilerpolitik said...

Semuanya bergantung pada didikan dari ibu bapa. Jangan salahkan kerajaan atau media massa apabila kanak-kanak suka makan makanan ringan. Kalau ibu bapa tak bagai duit, tak belikan manalah mereka tahu pasal benda2 tu. Anak-anak akan mengikut tabiat dan ajaran daripada ibu bapa mereka. Adakalanya ibu bapa yang lebih2 makan makanan segera ni..anak2 akan makan apa yg dihidangkan oleh ibu bapa. Dan bab menjaga kesihatan pun macam tu juga, jangan salahkan kerajaan saja. Cuba jaga diri sendiri, jaga keluarga dan sebagai ketua keluarga mestilah pandai menguruskan rumahtangga. Bukankah mencegah lebig baik dari mengubati, jadi cegahlah makan makanan segera...peniaga cuma nak untung, pengguna yang kena pandai memilih. Kerajaan hanya boleh menasihati sahaja...apa pun TEPUK DADA TANYA SELERA!!!

gaban said...

arak adalah ibu segala kejahatan

spongegoat said...

betul kata si gilerpolitik tu... pendidikan adalah pokok utama.

Satu lagi adalah gaya hidup, bagi yg duk di bandar ni, segelintir mak ayah yg kedua2nya bekerja, x mampu nak hire org gaji lak tu, mana ada kesempatan untuk menyediakan lunch dan kdg2 dinner pun.. so, cara yg mudah bg duit kt anak beli makanan segera je la...

Bagi yang duk luar bandar, makanan segera cop 'franchise' ni mungkin kurang pengambilannya (kalau mkn pun mungkin time weekend bila g jln2 kt pekan/bandar2 je)

kopi_likat said...

ni hot issue... jgn la bl kuar dlm paper/tv sumer trus melatah. cthnye rtm. sori ckp la ek... cpt tul wat decision nk haramkn iklan mknn segera. alih2 tarik balik sbb xde kata putus kabinet lg... lately ni, suke tul org m'sia melatah x tntu hala. ponin tul den. pape pon wat la kajian t'perinci dl, br nk kuar statement. jgn main ckp je..

sumernye b'gtg pd dr sndri. jgn cpt tuding jari kat org. tgk dr sndri dl... klu bkn dr sndri yg jaga kesihatan, sape lg yg nk jaga. stakat mkn skali skala no hal, tp klu jd habit tu yg problem...