Thursday, February 22, 2007

AAB Guna Wang KWSP !!

Abdullah Badawi dikatakan menggunakan sebahagian wang KWSP untuk menaikkan indeks BSKL. Persoalannya ke mana perginya matlamat untuk melindungi hak rakyat? Kenapa perlu guna duit rakyat untuk melabur demi kepentingan pemimpin? Bukankah wang KWSP dilaburkan untuk melindungi hak rakyat di hari tua? Bila dah guna wang kita, siapa yang akan bertanggungjawab untuk ganti semula hasil titik peluh kita. Inilah akibatnya kalau rancangan ekonomi tanpa kaji selidik dan terlalu kalut mengubah dasar kerajaan tanpa mengira impaknya. Bila dah kesempitan idea, Abdullah Badawi menggunakan hak rakyat untuk nama & imejnya. Masa depan bangsa diperjudikan oleh kekalutan kerajaan.
Petikan dari http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

7 comments:

anisahmaisarah said...

Ish...risaunye...duit itu la yag aku tunggu-tunggu untuk hari tua...bukan senang aku nak kumpul duit dalam kwsp tu, siksa tau...alih-alih aku dengar duit simpanan hari tua digunakan ke jalan yang salah. Aduhai...hancur luluh hati aku. Mana aku nak mengadu, harap-harap Kerajaan tak la mengecewakan rakyat dan harap-harap apa yang diperkatakan tentang pelaburan duit kwsp tu tak betul la. Aku takut kalau-kalau Malaysia ditimpa bala kerana penipuan yang dialkukan oleh pucuk pimpinan teratas. Kalau nak guna kuasa sekali pun, biarlah bertempat dan dengan keredhaan rakyat sendiri bukannya sekadar untuk menutup kelemahan. Rakyat tidak rela dibohongi...

spongegoat said...

macam-macam spekulasi diorang ni.. bg diorg je la tadbir negara... ntah2 tadbir famili sendiri pun terumbang ambing...

gendut said...

dah la nak keluar semua duit tu kena tunggu umur 55, la ni plak guna utk menda tu semata2 kepentingan politik dia... aduis.. mcm ni jenuh la BN nak menang PRU 12 ni, nasib baik la ku sokong yg satu lagi.. wahai kawan2, meh kita beramai2, jgn sokong BN kali ni...

ashraf haikal affendi said...

Betul tu, takat risau aje buat apa. Pemimpin yang mentadbir negara lebih risau lagi sebenarnya. Macam-macam dia nak kena pikir. Bukan untuk diri sendiri saje tapi untuk masa depan bangsa, negara dan agama. Sebagai orang Islam, kita kena sedar dengan tanggungjawab kita. Cuba jangan dengan macam-macam spekulasi yang dibuat tu...alah, biasa la kan ayat2 orang yang nak menjatuhkan pemimpin tertinggi...macam-macam la cakap. Apa pun jangan biarkan sifat2 buruk menghantui diri...

gilerpolitik said...

wahai kengkawan...marilah kita fikirkan sejenak...apabila gendut bercakap pasal pilihan raya...fikirkan masa depan kita...
Orang Melayu harus berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang. Ingatlah bahawa bangsa Cina sentiasa mahukan kontrak sosial dihapuskan atas alasan keadilan. Manakala parti lain...hanya menghancurkan atau meminimakan pegangan kuasa orang-orang Melayu. Kita dah tau pasal PAS,yang sibuk dengan agenda Islam mereka sedangkan PKR bukan berpaksikan agenda Melayu. Kalau PKR atau DAP yang memerintahagenda utama mereka adalah Malaysian Malaysia. Bayangkanlah masa tanah melayu tak maju bagaimana nasib orang Melayu...inikan pula malaysian amalaysia yang sememangnya mengepikan orang Melayu. Jadi berbalik pada asal jugalah...sungguhpun UMNO korang nampak macam gagal tetapi inilah satu-satunya parti yang membela nasib bangsa Melayu. Kalau hampir roboh tegakkanlah, kalau bocor, tampallah, kalau koyak jahitlah...lebih baik ada daripada tiada langsung...kita perteguh dan perkukuhkanlah...buang saja yg keruh tu dan ambillah yg jernih

kopi_likat said...

Hmmm… byk tul spekulasi lately ni. Naik konpius aku, mn yg betul ntah la. Klu dilihat keadaan skrg mmg x slh klu rakyat curiga. Tp bl curiga, ditanya plak “apalagi rakyat nak?” Penin, penin………. Actually byk yg digusarkn oleh rakyat. Bkn stakat duit KWSP ni, banyakkkkk…. Sblm2 ni psl pembinaan pusat sukan kt London, jambatan bengkok, PROTON dan byk lagi la. Aku malas nk sebut, summer org tau….

gaban said...

rerasanya ramai yg perasan, corak kepimpinan skrg ni...

dh ramai pemimpin yg buat statement, lps tu tarik balik.. apa kebendanya ni... tolong la.. jgn buat rakyat marah je... bknkah elok fikir pjg2 dulu sebelum buat keputusan..