Monday, August 20, 2007

Klip video “Negara ku”: Minta maaf mudah tapi…

Adik tiri Hassan Lempoyang Dipetik daripada : Agendadaily.com

Kisah video-klip lagu kebangsaan, Negaraku yang telah diubahsuai dan menghina lagu itu sendiri, institusi siraja, pihak polis dan orang Melayu agak menarik untuk dijadikan kajian kes bagi kegiatan laman web.

Wee Meng Chee, 24, anak jati, Muar Johor yang kini menuntut atas perbelanjaannya sendiri di Universiti Ming Chuan, Taiwan cukup kreatif dalam penghasilan video-klip berkenaan.

KOMENKU:
Umur dah 24 tahun tapi mengaku naïf. Penipu besar!! Saja nak test market, nak tengok kredibiliti kerajaan la tu…dah terikut-ikut dengan budaya kurang ajar bloggers tertentu yang tahu nak hormat sensitiviti masyarakat majmuk .


Kreativitinya jelas apabila tajuk lagu kebangsaan itu sendiri ditukar menjadi Negarakuku dan selain menggunakan bahasa Malaysia, juga dicampuradukkan dengan bahasa Mandarin dalam rentak rap.

Penggambarannya meliputi objek Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, anggota polis sedang bertugas, kegiatan kebudayaan, aksi wanita bogel dan juga paparan selonggok najis manusia yang diselangselikan dengan watak dan peristiwa tertentu.

Meng Chee dan juga bapanya dilaporkan telah berkata, klip-video berkenaan adalah semata-mata kreativiti muzik dan tidak didorong oleh mana-mana parti politik atau pihak-pihak tertentu yang lain.

KOMENKU:
Kreativiti tak bertempat. Hukum saja dia mengikut undang-undang Malaysia.

Menurut Meng Chee, video itu yang memakan masa lima minit 32 saat, dihasilkan sempena sambutan 50 tahun merdeka dan menggunakan bahasa Mandarin kerana mahu semua masyarakat Cina di seluruh dunia tahu keunikan Malaysia. Klip itu disiarkan melalui laman web Youtube namun apabila orang ramai bangkit menghentam klip itu, ia telah ditarik balik.
Katanya, beliau tidak menyangka penghasilan itu menghiris perasaan masyarakat di Malaysia dan kerana itu beliau memohon maaf. Maka selesailah masalah!

KOMENKU:
Salah buat penilaian la tu!!

Benarkah masalah sudah selesai dengan permohonan maaf atau apa sekalipun sedangkan perasaan masyarakat terguris dan institusi tertentu telah terhina?
Lebih ‘menyanyat’ lagi ialah apabila pihak polis sendiri telah menyatakan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana video-klip itu dihasilkan di luar negara. Namun, siasatan akan dijalankan jika ada pihak yang membuat laporan.

Persoalan inilah yang menarik perhatian kita. Kenapakah Meng Chee atau Namewee (nama gelaran) begitu berani menukar nama Negaraku menjadi Negarakuku? Kenapakah beliau tergamak ‘menghidangkan’ selonggok najis sebagai paparan dalam klip itu sedangkan beliau masih mengaku mempunyai banyak kawan Melayu di kampungnya di Muar.

Kenapa beliau tidak tujukan khas klip itu untuk ibu bapa dan keluarganya sahaja?

KOMENKU:
Sekurang-kurangnya mak bapak dia tahu dia dia belum cukup mendapat pelajaran dan asuhan lagi.

Kes ini sebenarnya kes ‘test market’ setelah melihat kes-kes yang dipelopori Raja Petra melalui laporan-laporan dan komen laporannya dalam Malaysia-Today yang menghina institusi raja, mengusik perasaan kaum dan pelbagai kritikan negatif yang lain.
Pelbagai laporan tanpa sumber dan memesong pemikiran, tuduhan tidak berasas dan fitnah tak terlarang telah disiarkan, tetapi belum kelihatan sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan.

Apabila Meng Chee menyiarkan klip-video yang menyakitkan hati itu, sekali lagi nampaknya beliau akan terlepas begitu sahaja kerana kita belum mempunyai undang-undang khusus untuk kesalahaan penyiaran melalui siber sepertimana yang dikenakan terhadap penerbitan bercetak.

KOMENKU:
ENTAH bila nak dibuat agaknya?

Begitu juga dengan penerbitan melalui internet yang berdaftar di luar negara, nampaknya agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan walaupun sumber dan pengendalinya adalah orang tempatan.
Para penggubal undang-undang harus bingkas membuka jalan penyelesaian. Jika undang-undang sedia ada perlu dipinda, ia harus dilakukan segera dan jika undang-undang baru diperkenalkan, pun harus disegerakan juga.

KOMENKU:
Pedulikan dengan berdaftar di mana, yang penting selagi dia memiliki my kad dan bagi warga asing, mereka tinggal dalam Malaysia. Dakwa mereka. Yang di luar negara pula kita saman mengikut undang-undang mereka. Kejar sampai lubang cacing.

Tentulah kita tidak mahu nanti, sementara wujudnya undang-undang yang boleh menyekat perbuatan-perbuatan khianat ini, lebih banyak ‘damage’ yang berlaku sehingga memungkinkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang lebih kasar, ganas dan juga pertumpahan darah.
Kita juga tidak mungkin lagi sanggup membaca kenyataan seseorang yang akan menonggengkan punggungnya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong seperti yang tersiar dalam Malaysia-Today.

Kita juga takkan terus berdiam diri membiarkan pelbagai pihak membuat tohmahan tidak berasas terhadap sesiapun termasuk pimpinan negara.Kalau ada asas dan lengkap dengan segala bukti dan faktanya – silakan.

1 comment:

spongegoat said...

mungkin apabila dia merasakan tiada dikenakan apa2 tindakan setelah clip yg hina lagu Negaraku... kini dia buat lagi, dgn clip myfriend/kawanku pulak yang secara terang2 menghina Melayu dan agama Islam.

seharusnya mereka yg mempunyai kuasa perlu ambil tindakan terhadap pengkhianat negara ini..