Wednesday, August 1, 2007

RPK bawa Al-Quran ke balai polis

“Saya buka Al-Quran depan mereka dan kata saya sedia berbahas supaya mereka dapat beritahu saya dimana saya menghina Islam dan (Yang Dipertuan) Agong. Mereka kata siasatan itu bukanlah mengenai artikel tetapi komen dalam blog,” ujarnya.

“Kami tidak letakan sebarang kawalan tetapi kami ada hak untuk buang sesetengah komen yang sangat offensive ….seperti ada yang tulis Malay dog … Chinese pigs ...itu saya buang kerana saya tak fikir itu membantu perbincangan.

Di atas adalah antara kenyataan Raja Petra Kamaruddin, yang dipetik dari Agendadaily.

“Saya buka Al-Quran depan mereka….”

KomenKu;

Sekadar membuka Al –Quran, kenapa tidak dihayati Surah an-Nur: 19, yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian.” )


Renungan:
Fikirkanlah sendiri apa yang telah kamu lakukan selama ini, ada yang kamu bercakap benar, namun ada juga tuduhan melulu....

2 comments:

anisahmaisarah said...

kalau setakat buka al-quran kat balai polis aje buat apa...yang penting RPK kena baca dan hayati setiap baris ayat2 yang terkandung di dalamnya...

spongegoat said...

nampak sangat penipu, every single comment blh ditapis la... nak ikut perangai dsai la tu, x ngaku salah sendiri.. ingat, jgn pergunakan al quran itu utk kepentingan peribadi... jika tidak, balasan yg menanti