Friday, August 3, 2007

VSS Untuk Kakitangan Bermasalah?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) disaran mewujudkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) bagi melepaskan pekerja-pekerja bermasalah daripada terus berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Perkara ini diutarakan oleh KSN, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau turut menegaskan sebarang tindakan yang diambil mestilah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

Walaubagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melalui Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zain membantah Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) diperkenalkan dalam sektor perkhidmatan awam. Sebaliknya, beliau berpendapat SPA perlu mewujudkan satu jawatankuasa pasukan petugas untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan misalnya menganjurkan kaunseling atau seminar untuk memberi motivasi kepada kakitangan kerajaan.

Jika dilihat, skim ini sebenarnya telah lama wujud bagi sektor swasta dan ternyata idea yang dikemukakan oleh KSN itu memberi plilihan terbaik kepada individu terbabit. Sewajarnya Cuepacs memainkan peranan yang lebih penting membantu kerajaan bagi melatih kakitangan awam supaya bekerja lebih efisen dan bukan terus membantah walaupun ia hanya masih dalam bentuk cadangan.

Kerap kali juga kelihatan notis-notis di dalam akhbar yang terpaksa diiklankan kepada segelintir kakitangan kerajaan yang ‘hilang tanpa khabar berita’. Bukankah ini menjejaskan produktiviti, menyusahkan rakan sekerja dan seolah-olah menidakkan peluang kepada mereka yang lebih minat. Tiada gunanya simpan pekerja yang sudah tidak minat bekerja!

Kepada kakitangan kerajaan yang bermasalah, inilah pilihan yang terbaik bagi anda; VSS daripada dipecat! rekod pun tak buruk.....

1 comment:

anisahmaisarah said...

pelaksaan vss ni akan beri kesedaran kepada kaitangan yg malas nak keje dan asyik makan gaji buta aje...so sesapa yg mcm tu sedar2 la skit