Tuesday, November 27, 2007

Arah Mana Pas Selangor Menjelang Pilihan Raya Umum

dipetik dari http://pasreform.blogspot.com

Arah mana Pas Selangor menjelang pilihan raya umum kali ini? Pertanyaan ini amat relevan kerana kita seolah-olah hidup segan mati tak mahu sejak dibelasah dalam pilihan raya lalu. Jika pilihan raya lalu dan propaganda sebelum cuba melemahkan kedudukan Khir Toyo, Menteri Besar Melayu Jawa ini bukan semakin lemah tetapi semakin kukuh di kalangan pengundi atas pagar.

Komen: Benar kata penulis, PAS sudah hilang taringnya, hampir menunggu ajal tersembam ke bumi. PRU kali ini rakyat Malaysia pasti dapat saksikan bagaimana PAS akan terus sekali lagi menelan kelat-kelat kekalahan mereka. Rakyat juga akan dapat saksikan bagaimana PAS akan menggunakan strategi permainan kotor untuk sedaya-upaya mencedok dengan membuat muka kesian bagi meraih undi pengundi. Propaganda mereka sendiri yang akhirnya mencacat dan melemahkan pergerakkan mereka. Marilah kita sama-sama saksikan bagaimana BN mematahkan kerusi-kerusi reput mereka nanti.

Jika dulu beliau menang 100 undi lebih, pilihan raya 2004 menyaksikan kemenangan dengan ribuan majoriti. Sebaliknya kita hilang semua kerusi dalam DUN Selangor kerana kegairahan seorang Naib Presiden (sekarang bekas) mahu menjadi Menteri Besar.

Komen: Inilah yang dikatakan angan-angan Mat Jenin, belum dapat dah berangan bila dah dapat tak reti nak majukan akhirnya semua yang dirancang, semua yang diharapkan dan semua yang jadi pak turut menyokong sebelum ini ikut sama terjun lubang maut. Akibat niat nak dapat kuasa hinggakan apa sahaja cara samada halal haram semua balun tapi penghujungnya satu habuk pun tak dapat. Sedarlah wahai penyokong PAS yang sekarang dan terdahulu, belajarlah dari kesilapan yang korang dah nampak dan yang dah dibuat, masih ada masa nak bertaubat.

Sepatutnya kita sudah matang dan memahami bahawa untuk memerintah sebuah negeri mahu pun negara, ia hanya akan berlaku melalui dua perkara berikut - Proses evolusi atau Kemunculan faktor besar.

Oleh kerana tiadanya faktor besar dan bersaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tampuk kepimpinan, Pas Selangor sepatutnya berusaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 1999 dan mengharap satu dua kerusi baru.Malangnya ini tidak berlaku. Jentera kempen berpecah ke serata negeri Selangor termasuk di kawasan yang tiada kemungkinan untuk menang. Ini semua kerana Datuk Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Nasihat orang-orang lama dan Datuk Hassan Shukri tidak diambil hirau. Hasilnya, pembangkang di Selangor hanya diwakili oleh DAP. Parti yang tidak berguna satu sen pun kepada perjuangan Islam.

Komen: Ini semua terjadi kerana hasat dengki dan tamak haloba dalam diri. Bukannya niat untuk memartabatkan umat islam pun tetapi lebih ke arah nak hidup mewah, nak ada kuasa dan pangkat, nak ada pengiktirafan dari rakyat, nak dapat nikmat duniawi tapi dia lupa yang di dunia ni ada tinggi rendahnya, buatlah semua yang diluar syariat nescaya satu pahala pun tak dapat. Tubuhlah berdozen jentera untuk berkempen, cananglah keserata pelusuk negeri nak tagih simpati tapi kalau dah hasat dengki penuh sampai ke dahi smapai ke satu sen duit rakyat pun nanti dia akan guna sampai mati untuk penuhkan poket dan nafsu liar diri sendiri.

Pilihan raya kali ini mungkin menyaksikan Datuk Hasan Ali sekali lagi akan diberi ruang menjadi Pengarah Kempen Pilihan Raya Negeri Selangor. Soalnya, apakah kesilapan yang sama akan dibuat?

Pilihan raya kecil DUN Ijok sekali lagi menyaksikan kegagalan Datuk Hasan Ali menggembleng jentera dengan baik. Akibatnya beberapa kawasan yang dulunya kubu kuat Pas diruntuhkan oleh "anak jawa" Tanjung Karang.

Kebergantungan Datuk Hasan Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperjudikan nasib Pas Selangor dalam pilihan raya akan datang. PKR akan datang dan pergi.

Percayalah. Sudah berapa banyak serpihan UMNO seperti S46 akhirnya kembali kepangkuan UMNO, meninggalkan Pas terkontang-kanting mencari arah baru. Dulu Rais Yatim mebakar jambatan beliau dengan UMNO dan menyokong Pas sehingga menang Kelantan. Hari ini beliau kembali menjadi menteri UMNO.

Komen: Ini semua terjadi kerana hanya Parti UMNO mempunyai landasan dan pengurusan yang betul, tidak seperti parti-parti lain yang mana ketuanya mempunyai agenda sendiri untuk mengaut keuntungan mereka sendiri. Dah ramai yang keluar PAS sebab tak tahan dengan agenda kotor yang dilaungkan. Konon katanya nak bela nasib ahli dan penyokong, tapi sebenarnya agenda mereka nak bela nasib mereka, kaum kerabat, kawan terdekat dan memenuhkan poket selagi termampu. Cuba pihak BPR buat siasatan dalaman nescaya lagi ramai yang jilat rasuah dari orang lain.

Tapi di Kelantan kita bernasib baik kerana ada kepimpinan berwibawa seperti Tok Guru Nik Aziz yang terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru datang atau perginya S46 mahu pun Keadilan tiada masalah.

Namun di Selangor, perjuangan Pas sudah ditunggangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Teng Chang Kim (DAP).

Datuk Hasan juga seolah-olah sudah tiada nafsu untuk menjadi ahli politik sejak tidak menjadi Naib Presiden Pas lagi. Jika dilihat di Malaysiakini.com pun, liputan mengenai Pas Selangor dan Datuk Hasan hampir berbulan lamanya dahulu.Apa sudah jadi?

Seperti kata Datuk Hasan dalam Malaysiakini pada 10 Mei 2007,

" Tidak kira ia ulama, profesional atau golongan muda kerana PAS perlu meninggalkan imej parti yang kabur dan lembik jika mahu ia diterima semua pihak. PAS dan pemimpinnya perlu berubah bagi mendepani masa depan kerana rakyat mahu melihat kebolehan parti sebelum mereka menyokong PAS."Kita perlu bertanya sesuai lagikah untuk Datuk Hasan terus menerajui Pas Selangor dan menjadi ketua kempen pilihan raya umum di Selangor pada tahun hadapan?

Komen: Lebih baik keluar dan sertai UMNO dan sokong BN nescaya semua masalah akan selesai. Tiada lagi pemimpin lembik, tiada lagi masalah dalaman yang menjelma menjadi syaitan bertopeng manusia demi mengaut keuntungan diri, tiada lagi golongan bernafsu jelek yang melapah duit-duit parti dengan alasan untuk kepentingan perjalanan parti, tiada lagi haprak-haprak sundal yang berminda goblok bertindak merobek kebebsan berpolitik dalam jiwa penyokong-penyokong parti demi memperjungakan hak-hak dan suara-suara mereka.

21 comments:

Tulang Besi said...

Sebenarnya apa yang eloknya UMNO Selangor ni.

Segala kemajuan di Selangor ni adalah hasil usaha dan projek Kerajaan PUSAT bukan Kerajaan Negeri Selangor

UMNO Selangor air pun tak dapat nak usaha betul. Air kat Selangor semua tak sehat, ramai jadi sakit demam sebab kualiti air kat Selangor hampeh.

UMNO Selangor ni kejayaan mereka hanya satu, melahirkan menteri2 besar yang korupted.

Hampir semua MB UMNO Selangor jatuh kerana korupsi. Kalau tak salah cuma Datuk Hormat Rofaie je yang tak didapati korup

Yang lain termasuk la Khir Toyo ni korup nak mampus

Kat Selangor ni nama je UMNO memerintah, tapi ekonomi Selangor semua bangsa asing kontrol.

Semua pekan, bandar kecik bandar besar termasuk la Shah Alam, kedai2 dan premis perniagaan dikawal oleh Bangsa Asing.

Apa yang hebat sangat UMNO Selangor saya pun tak tahu.

Kalau UMNO terus memerintah Selangor, alamat orang Melayu semua kena pindah Pulau Ketam.

UMNO Selangor lagi satu cukup suka jual tanah org melayu sebab nak buncitkan perut2 pemimpin2 UMNO dengan duit haram

Tulang Besi said...

The Truth Seeker said...

Sebenarnya apa yang eloknya UMNO Selangor ni.

Segala kemajuan di Selangor ni adalah hasil usaha dan projek Kerajaan PUSAT bukan Kerajaan Negeri Selangor

UMNO Selangor air pun tak dapat nak usaha betul. Air kat Selangor semua tak sehat, ramai jadi sakit demam sebab kualiti air kat Selangor hampeh.

UMNO Selangor ni kejayaan mereka hanya satu, melahirkan menteri2 besar yang korupted.

Hampir semua MB UMNO Selangor jatuh kerana korupsi. Kalau tak salah cuma Datuk Hormat Rofaie je yang tak didapati korup

Yang lain termasuk la Khir Toyo ni korup nak mampus

Kat Selangor ni nama je UMNO memerintah, tapi ekonomi Selangor semua bangsa asing kontrol.

Semua pekan, bandar kecik bandar besar termasuk la Shah Alam, kedai2 dan premis perniagaan dikawal oleh Bangsa Asing.

Apa yang hebat sangat UMNO Selangor saya pun tak tahu.

Kalau UMNO terus memerintah Selangor, alamat orang Melayu semua kena pindah Pulau Ketam.

UMNO Selangor lagi satu cukup suka jual tanah org melayu sebab nak buncitkan perut2 pemimpin2 UMNO dengan duit haram

WaZiRai said...

Nak sebut sedikit tentang isu air nih, jangan terus nak salahkan kerajaan sedangkan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung masalah yang sama berulang lagi. Masalah seperti kurang fahaman sivik terhadap menjaga kebersihan kawasan sekitar turut merupakan punca utama mengapa kejadian seperti ini berlaku. Sisa-sisa perindustrian yang secara haram dilepaskan ke dalam sungai dan kawasan takungan menjadi faktor penyebab utama bekalan air tercemar. Pihak kerajaan bersungguh cuba untuk membenduk masalah seperti ini dari berulang tetapi jika penduduk setempat tidak mengambil langkah positif untuk membantu, segala usaha dan rancangan yang dirancang sukar untuk dijayakan. Pihak Syabas ada menjelaskan bahawa kejadian air tercemar berpunca daripada perlepasan sisa kumbahan yang tidak dirawat dan dikawal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dan ini telah meningkatkan kandungan ammonia dalam air dari Sungai Selangor yang menjadi sumber air bagi kawasan-kawasan terbabit. Pelepasan effluen (kotoran kilang) daripada aktiviti perindustrian dan penternakan serta pelepasan air dari tapak pelupusan sampah dan kolam kumbahan dikenal pasti punca pencemaran Sungai Selangor yang menyebabkan air berbau di beberapa daerah di negeri ini.

Laporan kes rasuah terhadap Menteri Besar Selangor ini dibuat secara terperinci dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR. BPR menyatakan laporan rasuah ini hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi. Tuduhan terhadap tanah bagi tapak projek di Selangor ini adalah sebahagian bekas Hutan Simpan Bukit Cerakah yang diberi kelulusan milik secara sah kepada PNSB oleh kerajaan Selangor pada 2002, sebelum lagi tercetusnya isu pembangunan hutan simpan di Bukit Cahaya Sri Alam. Tetapi disebabkan segala kekocahan dan tuduhan yang timbul Menteri Besar Selangor bertindak membekukan semua projek pembangunan di kawasan yang mempunyai kepentingan alam sekitar di kawasan hutan simpan itu.

Dulu Selangor kawasan kecil saja tapi keluasannya ditambah dari semasa ke semasa dan pembangunan yang dijalankan adalah teratur dan terancang seperti di Shah Alam, Kota Kemuning , Bukit Rimau dan Kawasan Perindustrian Hicom. Walaupun Selangor telah menjadi sebuah negeri maju disebabkan sector perindustrian, ia juga berjaya dalam sektor pertanian, dengan memaksimumkan pengeluaran menggunakan cara-cara moden dan inovatif. 40 peratus daripada negeri ini diperuntukkan bagi pertanian, baki 30 peratus digunakan untuk pembangunan. Sebahagian daripada tanah di Selangor perlu dibangunkan bagi mengekalkan ekonomi dan pembangunan di Selangor.

Rakyat Selangor boleh berbangga kerana perkembangan ekonomi Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri Maju telah memperlihatkan satu pertumbuhan menyeluruh yang kental dan konsisten iaitu selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor menganggarkan pertumbuhan ekonomi tahun 2008 berkembang pada kadar 6.6% berbanding 6.3% pada 2007. Nilai ditambah KDNK negeri pada harga asas tahun 2000 dianggarkan meningkat kepada RM 112.6 bilion pada tahun 2008 berbanding hanya RM 105.6 bilion pada 2007. Sektor perindustrian merupakan sektor penyumbang utama ekonomi Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan sumbangan sektor perindustrian akan melebihi 58% kepada KDNK negeri bagi tahun 2008. Nilai sektor perindustrian ini dijangka meningkat kepada RM 69.1 bilion pada tahun 2008 berbanding RM 65.1 bilion pada tahun 2007.

Jumlah penduduk negeri Selangor pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak 5.07 juta orang berbanding 4.96 juta orang pada tahun sebelumnya dengan kadar pertumbuhan penduduk dianggarkan 2.3%. Melayu merupakan komposisi kaum tertinggi dengan 52.9% dan diikuti oleh Cina 27.2%, India 13.1% serta lain-lain 6.8%. Golongan belia yang merangkumi 50.5% daripada jumlah penduduk merupakan golongan yang paling ramai di Selangor yang bakal mengisi ruang pembangunan negeri. Kadar pengangguran di Negeri Selangor adalah pada kadar 3.5% yang merupakan antara kadar pengangguran yang terendah di Malaysia. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor banyak membantu untuk memajukan lagi taraf kehidupan rakyat di Selangor dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada demi kepentingan rakyatnya.

anisahmaisarah said...

jangan jelessssssssss
Sebabnye, Selangor adalah negeri yang terkaya dan termaju..banyak sumber tertumpu di Selangor, penduduk padat di Selangor sebab sektor pekerjaan melimpah ruah...

Tulang Besi said...

Nampak gayanya si Lahabau ni tak reti apa orang tulis.

Walaupun hakikatnya seperti Kerajaan Negeri Selangor maju, tapi harus diingat kemajuan di Selangor ini bukan atas usaha Kerajaan Negeri Selangor.

Selangor maju kerana projek2 kerajaan Pusat yang bergitu banyak dilakukan di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Secara otomatis lah kesan projek2 tersebut melimpah ke negeri Selangor.

Hakikatnya, kerajaan selangor ni tak boleh harap. Dah lah semua benda PUsat dah buat, benda senang macam air pun tak boleh settle.

Dalam kes agama pula, Selangor la negeri yang kes syariah tertangguh paling banyak dalam Malaysia. Kalau nak bicara kes syariah kat Selangor, ni kalau dapat dalam 3 bulan tu kira OK la.

Dalam kes moral dan akhlak, Selangor la negeri paling teruk dalam Malaysia.

Dalam bidang ekonomi org Melayu, hampir tiada lansung tanda-tanda wujudnya pegangan ekonomi orang melayu di Selangor.

Hampir keseluruhan bidang ekonomi di Selangor adalah dalam tgn bukan melayu. Apa gunaya ada UMNO Selangor kalau tidak dapat tolong ekonomi orang Melayu?

Si lahabau cuba memberi alasan kononnya penduduk Selangor bertambah dengan pesat, sebab tu masaalah air timbul.

Soalnya sekrang, kan Kerajaan Selangor sendiri mengaku negeri dia maju, mana dia tanda2 kemajuan bila benda macam air ni pun tak boleh settle sampai skrg?

Masalah air kat Selangor ni melanda semua kawasan, baru dan lama. Soal saya, kenapa begitu dan apa kaitan perkembangan penduduk dengan kualiti air?

Tulang Besi said...

Wazirai kata:

Laporan kes rasuah terhadap Menteri Besar Selangor ini dibuat secara terperinci dan dilakukan penyelidikan secara teliti dan diserahkan kepada BPR. BPR menyatakan laporan rasuah ini hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi. Tuduhan terhadap tanah bagi tapak projek di Selangor ini adalah sebahagian bekas Hutan Simpan Bukit Cerakah yang diberi kelulusan milik secara sah kepada PNSB oleh kerajaan Selangor pada 2002, sebelum lagi tercetusnya isu pembangunan hutan simpan di Bukit Cahaya Sri Alam. Tetapi disebabkan segala kekocahan dan tuduhan yang timbul Menteri Besar Selangor bertindak membekukan semua projek pembangunan di kawasan yang mempunyai kepentingan alam sekitar di kawasan hutan simpan itu.
++++++++++++

Dei Wazirai, laporan kes rasuah tu banyak kes la, bukan setakat kes Bukit Cahaya tu je.

Dan BPR tak kata apa-apa pun pasal kes ni. Semuanya disenyapkan sampai skrg.

Biasala BPR, bila UMNO mesti cover up. Hakikatnya, Khir Toyo ni bapak rasuah kat selangor ni.

Tulang Besi said...

Wazarai mengarut lagi:

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor banyak membantu untuk memajukan lagi taraf kehidupan rakyat di Selangor dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada demi kepentingan rakyatnya.
+++++++++++++++++++

Brapa kali nak cakap, Slangor maju sebab projek2 Kerajaan Pusat, takda kena mengena dgn kerajaan Negeri.

Projek Kerajaan negeri apa yang hebat sangat kat Selangor ni?

WaZiRai said...

Ni sebelum nak melalut kat sini baca dulu info tentang Kerajaan Selangor, jangan nak buat kenyataan takda isi. Kat Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan program-program membasmi kemiskinan untuk memajukan rakyat-rakyat termiskin agar dapat keluar dari dilema kemiskinan. Ini termasuk juga dengan plan perancangan pembangunan Kerajaan negeri Selangor di mana kerajaan telah memperuntukkan satu kawasan koridor yang besar antara Klang dan Sepang untuk dimajukan sebagai "Lembah Klang Kedua" ia berpotensi bagi menyediakan lebih banyak kemudahan sukan, kawasan pendidikan dan daya tarikan pelancongan termasuk rumah bagi ekspatriat di bawah program "Malaysia, Rumah Keduaku".

Ambil kira juga projek tebatan banjir melalui terusan yang menghubungkan Sg Klang dan Sg Langat di mana ia membantu memperlahankan kelajuan aliran sungai apabila terjadinya hujan lebat melebihi kapasiti.

Nak cerita tentang pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor, lihat sahaja pembangunan besar seperti Koridor Raya Multimedia, KLIA & Pelabuhan Klang.

Pasal rasuah pulak, mana ada apa-apa kesalahan yang telah disabitkan ke atas MB Selangor, BPR di beri tugas untuk menjalankan siasatan dan buat tindakkan yang sewajarnya, tapi bila sisatan mendapati takda apa yang silap so apa yang heboh lagi. Jangan nak tengok rasuah dalam kerajaan saja, tu selidik sama golongan pembangkang yang lain, sama ja kembung perut makan rasuah. Pada korang, kerajaan silap sikit mula nak cakap macam-macam tapi kalau kes luar dari kerajaan tutup sebelah mata je.

Makan minum pun kerajaan yang bagi duit lagi korang nak pijak kepala. Sedarlah sikit yang kaum kerabat korang, kerajaan yang bagi kenyang. Sedar-sedarlah sikit, ni "Truth Seekers" cubalah kor baca buku "7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen Covey" dalam tuh ada cerita kalau orang yang takda kena mengena dalam satu perkara, ambil contoh senang, orang yang takda pangkat atau apa-apa kuasa dalam kerajaan buang masa ja pikir konon nak mengubahkan keadaan sebab sapa ko.. ingat kerajaan nak layan ke idea ko, Menteri Besar tuh pun tak kenal ko..so lebih baik fikir macam mana nak majukan diri yang memamng ko mampu untuk ubah. Kebanyakkan orang maju, derang fikir cemna nak majukan diri sendiri tapi orang bangang memang suka nyebok tepi kain orang, konon nak selak ngintai cari keburukan orang. Ni lah dia jenis ko!

Unknown said...

Ala biasalah tu tengah panas bontot tu bila ada orang PAS sendiri tulis kenyataan hentam PAS Selangor. Dia pun nak cover malu. Bukan kat Selangor je ahli PAS keluar parti, kat Kelantan yang konon kuat dengan PAS pun dah ramai yang cicir.

Tulang Besi said...

Wizarai ngarut lagi:

"Makan minum pun kerajaan yang bagi duit lagi korang nak pijak kepala. Sedarlah sikit yang kaum kerabat korang, kerajaan yang bagi kenyang."

++++++++++++

Woi wizarai bodoh,

Duit kerajaan pakai tu duit rakyat tahu tak. UMNO ni pasal dah terbiasa makan duit rakyat secara haram, dah terlupa duit kerajaan tu bukan duit bapak korang.

Duit tu kepunyaan rakyat bukan kepunyaan bapak korang.

Jaga sikit mulut tu, jgn kurang ajar.

Tulang Besi said...

wizarai ngarut lagi:

"Kat Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan program-program membasmi kemiskinan untuk memajukan rakyat-rakyat termiskin agar dapat keluar dari dilema kemiskinan

++++++++++++

Kerajaan UMNO ni habat tubuh JK je la tapi hasil hampeh.

Lepas tu terrer seleweng fakta. Kata kemiskinan takda tapi bila pegi kat kawasan utara tu, berlambak orang miskin sampai masuk TV3 berkali kali

memang dasar UMNO bangsa penipu

Tulang Besi said...

UMNO Selangor ni hebat dia cuma satu, menipu.

Katsa negeri maju tapi org miskin bersepah sepah.

TV3 tak menang tangan tunjuk orang miskin kat Selangor ni.

Lepas tu kata UMNO Selangor pejuang orng Melayu tapi ekonomi Selangor 90% dalam tangan bangsa asing.

Sampai pekan kecik kat selangor pun ekonomi Bangsa Asing pegang.

UMNO cuma menang sorak je lepas tu kuat menipu

WaZiRai said...

Habis ambik contoh macam ni la..bangsa asing sibuk cari kemajuan yang bangsa kita sibuk nak cari kesalahan kerajaan. Tak hairan kalau suatu masa nanti kat Selangor tu ramai bangsa asing yang teraju sebab orang kita yang busuk hati tak boleh tengok bangsa sesama sendiri maju. Macam=macam tuduhan yang dibuat semata-mata nak puaskan hati jatuhkan orang lain.

Nak kata UMNO makan duit rakyat konon, kalau tak disebabkan UMNO rakyat langsung tak dapat makan sebab tak ada pertubuhan yang boleh bela nasib Melayu sejak dari awal lagi. Nak guna duit PAS, kat kawasan jajahan PAS sendiri banyak lagi yang kebulur dan daif. Kenapa PAS tak bantu mereka? Apa nak kena tunggu pihak kerajaan menang kerusi dulu baru nasib mereka terbela. Kat dalam blog "pasreform" pun ada buat kenyataan macam mana PAS Selangor mentadbir, macam mana PAS kehilangan Ijok, semuanya pentadbiran hancur, lembab bertindak merupakan salah satu penyebab PAS gagal. Tu tak termasuk salah guna kuasa dalam parti sendiri. Apa nak cakap...semua pandai mengata tapi bab nak buat kerja semua main buat "ALI BABA".

Bagus juga adanya TV3 secara tak langsung derma dan bantuan yang diberi kerjaan boleh salurkan untuk rakyat. Nak harapakan orang ramai, masyarakat satu kampung pun buat tak tahu jer..yang tak ambil tahu ada yg miskin pun banyak. Kalau dah ko tu hebat sangat nak tolong orang miskin, ha..setiap episod kat TV3 pergilah bantu. Kata tak sokong kerajaan, duit yang dah banyak sangat tak guna tuh pergilah bantu orang miskin tu. Kalau takat nak cerita kosong kat sini baik tak payah.

Bila ada kes jenayah atau kemalangan mulalah buat kenyataan kononnya perihatin, tapi sebenarnya ada agenda tersirat nak tunjuk kat rakyat yang parti ni perihatin. Naik mual nak tengok agenda politik murahan macam ni. Ha..sekarang dah nampak kat TV3, apa lagi pergilah bantu...peluang emas ni untuk korang penuhkan dalam blog masing-masing macam mana PAS ambil kesempatan dari UMNO nak bangga diri.

Tulang Besi said...

Wazurai mengarut lagi"

"Habis ambik contoh macam ni la..bangsa asing sibuk cari kemajuan yang bangsa kita sibuk nak cari kesalahan kerajaan. Tak hairan kalau suatu masa nanti kat Selangor tu ramai bangsa asing yang teraju sebab orang kita yang busuk hati tak boleh tengok bangsa sesama sendiri maju."

+++++++++++++++

Cari kemajuanapa benda nya, dah l;ebih 50 tahn memerintah UMNO gagal menaikkan taraf ekonomi orang melayu kat Selangor.

Org MElayu terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk cari makan kalau tidak mampus.

Puak2 UMNO sebuk makan duit haram dari korupsi sedut duit rakyat

SUdahlah wazurai, bangkai gajah tak boleh ditutup dgn daun nyiru.

Yang jelas UMNO Selangor ni macam bangkai tak guna dan berpenyakit.
Memang patut dibuang dalam lombong

Tulang Besi said...

Wazurai ngarut lagi:

"
Nak kata UMNO makan duit rakyat konon, kalau tak disebabkan UMNO rakyat langsung tak dapat makan sebab tak ada pertubuhan yang boleh bela nasib Melayu sejak dari awal lagi."
+++++++++

Woi Wazurai, kau masuk UMNO lama sangat otak kau dah jadi hampas.

Punyala bodoh kau dah jadi semua sebab kau masuk UMNO.

Org KElantan duduk bawah PAS lebih dari 38 tahun, takda sorang pun tak makan, org Terengganu 8 tahun duduk bawah PAS takda sorang pun kebulur,

Org Sarawak tak pernah duduk bawah UMNO, takda pun yg tak makan.

Org PEnang tak pernah ada Ketua Menteri UMNO, ok je tak de kebulur.

Kau memang bodoh sebab parti UMNO kau ajar kau jadi bodoh, mereng, bangang.

Sebab tu benda senang mcm ni pun kau tak tau sebab kau memang membodohkan diri kau, diri anak2 kau semua untuk terus jadi bodoh./


UMNO = JADI BODOH

Tulang Besi said...

Wizurai ngarut lagi:

"Kat dalam blog "pasreform" pun ada buat kenyataan macam mana PAS Selangor mentadbir, macam mana PAS kehilangan Ijok, semuanya pentadbiran hancur, lembab bertindak merupakan salah satu penyebab PAS gagal. Tu tak termasuk salah guna kuasa dalam parti sendiri. Apa nak cakap...semua pandai mengata tapi bab nak buat kerja semua main buat "ALI BABA"."

++++++++

Kau percaya blog Pas Reform tu. Semua menipu pun kao percaya.

Memang la kau ni desperate sgt.

ashraf haikal affendi said...

tak payah lah nak cakap banyak saling mengata, yang jelas hanya akan mengeruhkan lagi suasana aje...apa yang penting, semua orang tau cara PAS mentadbir macam mana, cukuplah satu negeri pantai timur tu aje yang PAS tadbir, jangan nak kaitkan dengan kerajaan negeri lain. Kerajaan pusat memang sentiasa bagi peruntukan utk semua negeri tak kira la sama ada negeri tu bawah pentadbiran BN/UMNO atau bawah PAS sekali pun, tgk macam Kelantan tu, tetap diberi peruntukan dan termasuk dalam wilayah pembangunan pantai timur.
So apa lagi yang tak adilnye....

Tulang Besi said...

Haikal Effendi says:
"Kerajaan pusat memang sentiasa bagi peruntukan utk semua negeri tak kira la sama ada negeri tu bawah pentadbiran BN/UMNO atau bawah PAS sekali pun, tgk macam Kelantan tu, t"
++++++++++

Tu bukan peruntukan la, tu hak negeri mengikut Perlembagaan.

Cuba hang baca betul2.

Lagi pula, kalau kerajaan negeri lain tukar kepada PAS, nescaya kerajaan mereka akan naik begitu tinggi.

Bila sabah jatuh tgn BN, dari negeri paling kaya jatuh paling miskin.

Habis nak kata camana?

WaZiRai said...

Ehh ye ke macam tuh..kerajaan lain boleh naik tinggi ke kalau PAS yang perintah. Ni..baru tadbir satu negeri dah nak cakap besar dan riak..satu negeri pun tak terjaga ada hati nak jaga satu Malaysia..mimpi je la

Tulang Besi said...

wizarai mengarut lagi:

"Ehh ye ke macam tuh..kerajaan lain boleh naik tinggi ke kalau PAS yang perintah. Ni..baru tadbir satu negeri dah nak cakap besar dan riak..satu negeri pun tak terjaga ada hati nak jaga satu Malaysia..mimpi je la"

+++++++++

Yg betulnya bile PAS memerintah rakyat suma untung.

Bila UMNO memerintah, kroni UMNO yang untung

Kroni umno = bangsa melayu bangsat yang nak kaya cepat tapi pemalas nak mampus.

mmmm said...

FAKTA BERASAS

Di bawah pemerintahan PAS di Kelantan aku tengok tiada pon yang mati kebulur..okey jer..mati sebab kencing manis ramai lah(terlebih bekalan gula..haha)

Di bawah pemerintahan BN di Selangor..katenyer membasmi kemiskinan..tapi kenapa tiap tiap hari kat rumah aku ader peminta sedekah..setinggan pon bersepah

Okey...PAS dikatakan kecoh dan RIAK sebab mentadbir satu negeri...

Bagaimana pula dengan Idris Jusoh(of course lah BN) membina lbh 50 buah masjid dalam masa dua tahun terpampan di papan besar2 seluruh Terengganu...adakan ini tidak RIAK...


Kelantan dikatakan tidak maju sepanjang pemerintahan PAS selama 18 tahun...NAJIB kate tapi sayer terdengar orang Terengganu (member mak saya)
ajak mak saya gi KB mall sebab nak shopping...aper jadi dengan Terengganu mall pon xder .adakah layak diiktiraf bandaraya...sayer nak shopping baju sayer pon xleh...sebab xder mall..haha


Fikirkanlah