Thursday, December 6, 2007

Umno taja festival boria, anak muda loncat lenggok menari macam kera

Bila sebut boria di Pulau Pinang, saya sendiri tertawa memikirkan apa yang cuba dibawa oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia (Kekkwa) di Padang Kota Lama bermula 30 November sehingga 2 Disember 2007.

Festival yang sudah tidak relevan lagi di Pulau Pinang itu seolah sengaja digemparkan untuk tujuan pilihan raya setelah Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terasa bahang ketakutan apabila orang Cina dan India di negeri ini menunjukkan angin perubahan.

Komen:

Apa yang nak ditawakan, sebut sahaja boria, sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Jika tidak ada pihak yang mengembalikan kegemilangan boria kembali, lambat laun ia akan hilang ditelan zaman. Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Pemuda Umno Malaysia, kita dapat menyaksikan kembali boria secara langsung selain bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia. Tiada yang tak relevan melainkan kepada mereka yang tidak langsung ingin mengambil tahu dan menghargai budaya lama ini.

Memandangkan, orang Melayu masih lagi khayal dengan hiburan terutamanya golongan belia maka pemerintah BN tidak semena-mena mahu mengambil kesempatan mengetengahkan irama boria yang sudah pupus di negeri yang bakal maju dengan Penang Global City Centre (PGCC). Ramai orang terkial-kial mendengar nama boria walhal sudah lama tidak kedengaran di corong radio nyanyian atau lawak yang kadang-kadang memualkan ekoran pujian yang tidak habis-habis kepada BN yang didakwa boleh membawa kemajuan di negeri ini.

Seorang rakan saya menelefon mengkhabarkan program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu. "Hello Sabri, hang tak mai tengok boria ka? Depa bukan main meloncat, pakai topeng dengan lenggang-lenggok macam kera!" katanya.

Saya yang waktu itu baru selesai menyudahkan bahan fokus kedudukan Melayu di Bayan Baru, Pulau Pinang sudah mengagak pasti ada orang kuat PAS penaja Kawasan Tanjung, Rasidi Salim akan memberitahu perkara itu. Saya sendiri sudah mendapat info dari tv dan baner di merata tempat cuma tidak sempat meninjau ke situ sahaja. Saya tabik pada Rasidi kerana banyak membantu mencari isu di negeri ini macam Allahyarham ayahnya. Salim Hashim tidak lekang-lekang menghubungi saya di era 1990-an sehingga ke akhir hayatnya kira-kira dua tahun lalu jika ada isu membabitkan kezaliman BN dan Umno. Isu tanah wakaf Kampung Makam sendiri di waktu hayatnya sukar digugat tapi bila ketiadaan beliau, barulah Majlis Agama Islam (Maipp) berani melakar pembangunan hebat kononnya untuk kebaikan Melayu juga.

Komen:

Pelik tapi benar, pembangunan untuk memajukan lagi kawasan ditentang. Bagaimana orang Melayu ingin maju jika pembangunan yang dirancang ditentang tanpa berfikir panjang. Pembangunan dirancang oleh Majlis Agama Islam seharusnya disokong demi kemudahan penduduk.

"Saya dah pi tengok, petang tadi. Bukan main ramai budak muda terkinja-kinja ikut irama boria. Bas Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan banyak lagi kementerian mai sama. "Bukan saja pemimpin BN bahkan, penuh bendera Umno dari Pulau Pinang seakan majlis tajaan Umno sepenuhnya.

Komen:

Hai..ini lebih kepada kata-kata manusia cemburu dan hasat dengki. Bila orang ambil inisiatif positif ditentang dengan kata-kata negatif , nak harapkan pembangkang, sampai ke akhir tak ada satu pun yang dibuat. Cakap je berapi tetapi habuk pun takde. Inilah dia yang dinamakan pembangkang. Cakap tak serupa bikin!

Cubalah ambil contoh dan pendapat orang, jangan dok asyik nak pikir menjatuhkan bangsa sendiri dan orang lain. Kata memperjuangkan agama islam tetapi dari apa yang dilihat dan dibaca sedikit pun tidak ke arah tersebut. Tak habis-habis cemburu, iri hati dan bermacam-macam tindakan negative disebabkan tidak tahan melihat rakyat negeri hidup gembira.

"Tu la! Depa bukan tau mana satu projek kerajaan atau parti. Pakai main hentam saja yang pacak bendera pula sekadar mahu upah bukan semangat untuk merealisasikan semula kesenian boria," ujar Rasidi panjang lebar. Saya teringat sewaktu mencari bahan berita di salah sebuah kampung melayu di Tanjung Bungah. Saya lihat lebih kurang 20 remaja bukan main rancak menari irama boria. Pada hal kampung yang mereka duduki terancam dengan pembangunan bertaraf mewah. Fenomena itu boleh dilihat di keliling kampung yang tinggal suku ekar lagi akan hilang indentiti.

"Boria Tanjung Bungah mahu pembangunan...!" Itulah lirik yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai kini.

Melihat gelagat pemuda-pemudi itu, jelas mereka berpotensi menjadi generasi pewaris perjuangan Umno di situ. Tapi, setahun lepas itu saya sekali lagi terpanggil untuk menulis cerita pembangunan Tanjung Bungah dan terkejut beruk dibuatnya! Saya dapati sudah tidak ada kampung yang mana remajanya terkinja-kinja mahukan pembangunan.

Komen:

Ha..ini lagi kata-kata orang yang tidak mahukan pembangunan dan lebih rela melihat masyarakat setempat berada di takuk lama tanpa ada perubahan dalam hidup. Mungkin perkara seperti ini sinonim untuk pembangkang tapi bukan untuk orang lain. Semua orang inginkan perubahan dalam hidup dan kemewahan, jadi tiada apa yang salah jika kawasan kampung yang dahulunya daif dan kurang membangun bertukar wajah ke arah pembanguna yang lebih teratur. Ini menunjukkan masyarakat setempat telah maju. Inilah yang dimahukan oleh pemimpin Malaysia agar taraf kemiskinan di kurangkan dan ditukar dengan pembangunan untuk dikongsi dan dirasai bersama.

Jadi kalau pembangkang ingin kembali ke zaman lampau atau mungkin berkehendak untuk merasai taraf pembagunan ala-ala zaman paleolitik silakanlah. Lagipun mentaliti mereka pun dah lebih kurang sama sahaja dengan pembangkang kerana banyak mengambil tindakkan berdasarkan hati tetapi bukannya minda yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Pendek cerita, kalau menolak pembangunan janganlah bermimpi untuk mentadbir negara, nescaya elok-elok Malaysia dikenali oleh negara lain dan dunia, terus jatuh kebelakang tanpa sebarang pembangunan yang menguntungkan rakyat akibat pemikiran cetek yang hanya hebat sebagai jaguh kampung sahaja.

No comments: