Thursday, September 18, 2008

Satukan Umat Islam: UMNO Dengan PAS Perlu Bersatu



KEGAGALAN MEMBENTUK KERAJAAN 16 SEPTEMBER

`Macam Wanita Bersalin Songsang' - Husam Musa



PASIR PUTEH - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha pembentukan kerajaan baru pakatan pembangkang yang gagal dilaksanakan seumpama wanita mahu bersalin tetapi menghadapi masalah kandungan songsang.

Menurut beliau, kerajaan baru itu tetap akan dibentuk tidak lama lagi dan pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memastikan ia berlaku.

"Situasinya adalah seperti wanita akan bersalin tetapi susah kerana kandungannya songsang tetapi akan tetap bersalin, yang penting bagi doktor memastikan keselamatan bakal anak dan ibunya terjamin.

"Peringkat sekarang, kita tengah letak minyak selusuh di atas perut ibu supaya cepat dan mudah bersalin dengan penuh selamat," katanya.

Mengulas dakwaan pembentukan kerajaan baru tetapi tidak menjadi kenyataan, Husam berkata, ia tetap akan berlaku dengan segala persiapan asas dan teknikal telah lengkap termasuk sasaran menarik Ahli Parlimen menyertai pakatan pembangkang cuma menanti masa yang sesuai.

Sumber Utusan Malaysia.

Komen:

Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan Husam ini? Apakah Husam mahu memberitahu kegagalan pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada 16 September akibat daripada `hubungan songsang' pemimpin tertentu sehingga sukar untuk membentuk kerajaan dan jika pakatan pembangkang mahu merealisasikan impian ini pemimpin tersebut perlu disingkirkan?

Apakah Husam juga mahu memberitahu pemimpin yang bersih daripada skandal hubungan songsang seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang layak untuk memimpin pakatan pembangkang memerintah negara ini?

Apa pun maksud tersirat Husam hakikatnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal membentuk kerajaan pada 16 September seumpama `wanita yang bersalin songsang susah untuk melahirkan anak'.

Untuk menjadi pemimpin nombor satu negara, kebolehan bercakap dan berpidato sahaja tidak mengcukupi kerana seseorang pemimpin itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Memerintah dengan cara menyogok bukan sahaja tidak beretika malah bertentangan dengan agama Islam.

Husam tentu sedar Pas kini sudah terbahagi kepada dua puak. Satu puak yang pro kepada Anwar manakala satu puak lagi mahu Anwar disingkirkan. Ahli-ahli Pas diakar umbi tidak senang Pas menjalinkan hubungan songsang dengan DAP kerana DAP terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Ahli-ahli Pas tidak senang apabila pemimpin mereka meletakkan syarat apabila mahu bermuzakarah dengan pemimpin UMNO sesama Islam mengenai masa depan umat Islam di negara ini tetapi tidak ada syarat apabila mahu bekerjasama dengan DAP.

Puak yang mahu Anwar disingkirkan kecewa kerana mana mungkin Pas dan DAP dapat bekerjasama membentuk kerajaan bersama PKR kerana perbezaan ideologi mereka ibarat langit dengan bumi. Ahli-ahli Pas sehingga hari ini tidak dapat melupakan kenyataan Karpal Singh `langkah mayat beliau dahulu jika Pas mahu menubuhkan negara Islam'.

Hari ini ketuanan Melayu telah dicabar, hak keistimewaan Melayu dipertikai, hak sama rata semua kaum, forum terbuka membicarakan agama Islam, Bahasa Malaysia bukan lagi bahasa rasmi dan selepas ini apa lagi.

Kesimpulannya, demi menyelamatkan masa depan umat Islam di negara ini sudah tiba masanya Pas perlu bergabung dengan UMNO menjadi parti Melayu yang terkuat di negara ini. Tinggalkan DAP dan singkirkan pemimpin yang ada rekod `hubungan songsang'.

46 comments:

AnakWatan said...

PAS bergabung dgn UMNO lagi bagus...
MELAYU perkasa....

tak payah bergabung jadi satu...
jadi satu pakatan sahaja ....
kat sini ada win - win situation.....

yusof... masih lagi nak cover malu anwar...

tgklah mcm2 dia reka cerita nak cover anwar....

kalau dah bau hancing ...

pi mana tetap bau juga...

AnakWatan said...

anwar penipu besar....

bagus di ISAkan sahaja anwar nie...
tgklah dah ngelabah sendiri....

org kalau dah salah mesti takut sendiri....

BN DIAM TAK BEERTI KALAH.....

kau anwar ada apa....

niat kalau jahat INSYAALAH tak akan berjaya punya...

sekarg pun ALLAH dah tunjuk....

bulan puasa sibuk nak merasuah...

betul ke tu...

mana IMAN si anwar nie....

mesti sembahyang terawih tak khusyuk nie... asyik teringt nak jadi pm aje...

hahaha

AnakWatan said...

yusof.. anwar solat terawih ke....

lagi satu kau cipta la satu logo 9-16 tu cantek2 ... hahha..

sesumpah@pokka.com said...

apakata kita bersatu atas nama ISLAM?
bukankah itu yg disarankan oleh ALLAH n RASULnya...
bukan semua org melayu itu ISLAM..
ramai yg telah murtad oleh kerana betapa longgarnya undang2 malaysia yg semestinya ciptaan manusia..

cubalah kalian fikirkan sejenak...

salam ramadhan buat sedara semua..

...........................*****

yusof said...

Betul kata sesmpah, bersatu Melayu di bawah banner Melayu atau banner Islam? Orang Melayu yang membiarkan diri hidup di bawah jagaan UMNO selama ini telah jauh terkeliru, Melayu dan Islam sama, sedangkan bukan semua Melayu mengmalkan agama Islam, Melayu itu Islam, Islam itu Melayu sampai mempengaruhi orang bukan Islam yang masuk Islam untuk jadi Melayu, maka dengan sebab itu ramai juga mualaf-mualaf ini turut murtad. UMNO tiru iklan colgate, colget is toot paste, toot paste is colgate, lalu ada orang yang pergi ke kedai mencari ubat gigi colgate cap zaiton. Orang Melayu sudah dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Maka mereka mesti terpaksa melalui satu proses peralihan atau rehabilitasi sebelum mencari jalan untuk memahami erti penyatuan.

mrf said...

bodoh la korang tak tau fakta sejarah..wujudnya nya umno untuk membela hak2 orang2 melayu pada masa dulu kerana dari dulu lagi bangsa cina dah mempertikaikan hak2 orang melayu antaranya tan cheng lok.aku pun tak pasti mangkuk ayun mana yang mengabadikan nama tan cheng lok pada jalan di KL.

apa korang ingat umno tak islam ke..kalau umno tak islam, jgn harap ada sekolah agama bantuan kerajaan, malah SBP pun ada sekolah agama.

pasal isu murtad,yes memang kalau boleh kita nak buat satu undang2 yg tegas seperti hukum hudud tapi bila kat malaysia yg berbilang kaum ni naik tocang dan menuduh mahkamah syariah tak adil dan melanggar hak asasi, kita yg islam ni perlu bersatu, bukannya satu pihak yg islam ni turut menghentam kerajaan..so mcmana kita nak capai sasaran..

memang betul org melayu majoriti kat malaysia.dan majoritinya islam..memang hudud wajar dilaksanakan..tapi untuk laksanakan hudud kita perlu perkuatkan asas islam dulu..bila asas islam dan kesedaran terhadap islam dah kuat baru kita laksanakan hudud..sebab itu kerajaan melancarkan kempen islam hadhari untuk memupuk dan mewujudkan suasana islam dengan menjalankan pelbagai program berunsurkan islam untuk mendidik dan membiasakan rakyat dengan suasana islam..maka apabila itu mencapai sasaran maka umat islam dimalaysia akan lebih bersedia menerima hukum hudud.walaupun RTM misalnya banyak menyiarkan program2 keislaman, forum perdana, drama2 dakwah, program nasyid, kemabar islam malah LIVE tarawikh dari mekah itu tak cukup untuk memberi kesedaran kepada umat islam dinegara kita.maka islam hadhari diperkenalkan sebagai tools tambahan untuk mencapai sasaran itu.malangnya dituduh pula kerajaan cuba mengajar ajaran baru..betapa busuknya hati meraka.mcm ni nak laksanakan hudud?

kalau kita nak menegur anak murid atau anak, kita tegur dengan kata-kata..kemudian kalau tak makan saman jugak kita tinggikan suara kalau tak makan saman jugak baru kita guna fizikal itupun tangan yang menghayun tidak boleh terangkat lengan.

jadi untuk laksanakan hudud, pemimpin harus mendedahkan dengan secara meluas dulu suasana islam seperti yang ada dalam program islam hadhari..jgn main terus buat je hukum hudud sebab memang kita islam tapi tak semuanya warak. jgn nanti ada yang dah terbiasa sarung selipar orang lain kat masjid tetiba terus kene hukuman potong kaki. tapi apabila kesedaran dah berjaya dipupuk, umat islam akan berfikir sendiri mana buruk mana baik..sudah menjadi lumrah kalau kita cuba mengajar manusia benda yang baik, manusia akan ada rasa ego dan akan cuba tak dengar kata, tetapi apabila dakwah berlaku secara natural,tanpa dipaksa,manusia akan berasa malu sendiri dan akan kembali kepada asas islam sebenar.

jgn disamakan dakwah zaman rasulullah dengan zaman kita..bezanya nabi berdakwah kepada orang bukan islam, tapi kita berdakwah kepada org yang dilahirkan islam dan beragama islam.cabaran berdakwah masa kini antaranya akan keluar ungkapan "ko jgn sebok, kita kubur lain2.dosa masing2 tanggung".jadi mekanisme dakwah pastinya berbeza di masa sekarang.

sesumpah@pokka.com said...

salam saudara mrf..

saya rasa apa yg sedara cakapkan tu bukannya seiya n sekata dgn pemimpin2 umno...
lihatlah apa kata TDM dulu n apa kata paklah bila kerajaan PAS klantan cuba mengamalkan hukum Hudud..?
mengapa dihalang pihak yg cuba menjalankan perintah ALLAH..
siapa pula yg menakut2kan org bukan ISLAM tentang hukum HUDUD kalau bukan org umno sendiri..
mengapa tidak kita beri penerangan apa itu hukum HUDUD..
hukum ALLAH itu sudah cukup lengkap,
tak perlulah lagi kita cipta satu lagi aliran baru dlm ISLAM..
kerana dlm ISLAM sekarang ini pn sudah terlalu byk sgt aliran yg dipegang oleh umat ISLAM seluruh dunia..

hukum ISLAM itu sgt adil,
bukankah itu janji ALLAH n RASULNYA?
mengapa pula kita seperti cuba mempertikaikannya?
AL QURAN diturunkan buat pedoman hingga ke hari ditiupkan sangkakala..
maknanya hukum ISLAM itu akan sentiasa relevan sepanjang zaman..



**sekadar menyatakan pendapat....

Suara Rakyat Kedah said...

KFC, PIZZA HUT AGIH 8,000 HIDANGAN BERBUKA PUASA PERCUMA – Utusan Melayau


PELABUHAN KLANG 19 Sept. - QSR Brands Berhad (QSR) menerusi restoran KFC dan Pizza Hut mengagihkan lebih 8,000 hidangan berbuka puasa percuma kepada penghuni 120 rumah anak yatim, rumah kebajikan kanak-kanak dan rumah orang tua di seluruh negara selama dua hari mulai kelmarin.

kah kah kah… ni den tak paham… KFC ni sapo punyo… Pizza Hut ni sapo punyo… ni kan amerika punyo…kah kah kah

tadi den baco ado montori marah kek amerika yang sokong nuar…. ni nuar lum jadi pm lagi dah ado ajen amerika masuk...kah kah kah

macdonald tu bukan ajen amerka ko? Shell,Esso, Mobil... tu sapo punyo...kah kah kah
bagi laaaa den tau....den takut pada ajen amerika ni....kah kah kah

montori munkee mano yang ngok tadi ni…. sapo yang bagi ajen amerika ni masuk…nuar ko

Suara Rakyat Kedah said...
This comment has been removed by the author.
Suara Rakyat Kedah said...

ai la sedare mrf... aku rs la ang ni patut bertaubat sebab dh mempertikaikan hukum Allah. jgn kufur bang. nnt x cium bau syurga. aku dgn sesumpah ni nk peringat ja. ckp jgn takbur. igt dunia n akhirat. sekang ni byk dh yg terjadi. isu murtad la apa la. kita sebagai umat islam kna kukuhkan perpaduan. dlu bila UMNO kuat pasaipa xmau mu-zakar-lah. tp lani? sapa cr spa? tu la ms kuat lupa Pencipta. la ni br nk cr agama. dlu konon bangsa la kuat. la ni? kenapa? hang jwb st kenapa dlu takbur lani jd cempera? bgtau sat... xdanya agama sekerat2. agama mesti diterima penuh. ni melayu UMNO lani . amik islam sekerat2. baghal btoi.

Unknown said...

mrf,

mari kita buat lawatan sambil belajar ke website ini,

http://www.kerajaanrakyat.com/

kita tambah lagi ilmu kita.

UMNO PARTI PENJARA said...

Umat Islam perlu berganding bahu :-)




Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

AnakWatan said...

mat kedah yf bodoh... yusoif yg bangang...

jgn terikut2 rentak anwar dan cina yg cuba mempengaruhi akal kamu tu....

fikir dgn waras dlam pkr berapa peratus melayu yg memgang kuasa...


kalau pkr naik apa akan jadi pada nasib org melayu....

cina boleh berdikar sebab mereka sepakat ... mereka tolong bangsa mereka... dan melayu tolong mereka

melayu?????
ada cina nak tolong melayu????

jgn dibuai mimpi boneka dari barat....


jgn kau ingat kau dah cukup cerdik...

menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.....

terang2 singapore tu kau jadikan teladan....

ada cina nak kongsi kuasa dgn melayu... dipinggirkan adalah...

ini soal AGAMA dan bangsa...

bukan soal kecik....

anwar kata dia nak memertabatkan bahasa cina dan inggeris...

ada dia ckp nak memertabatkan bahasa melayu....

kau jgn nak rosakkan fikiran org melayu dgn propaganda kau tu yusof... mat kedah....

akai tak dak...

mesti kau ni kaum mat rempit yg tahu berzina dan arak sahaja....

kalau tak masakan kau sokong anwar membuta tuli....

kalau kau nak negara ISLAM dan ADIL...

aku cadangkan kau cokong PAS bukan seorang pemimpin yg suka menjubor...
kroni sana sini... rasuah sana sini....

celakalah anwar dan pengikut2nya....

org UMNO kalau nak kembalikan keyakinan org melayu HALAU ORG INDON dari BUMI MALAYSIA....

jgn taku pada cina dan keling...

mereka sekelompok kecil sahaja....

dengar suara MELAYU dahulu.... bukan dengar suara cina dan keling.....

ISA jgn dihapuskan....

fikir jangka masa panjang...

AnakWatan said...

belajar dari sejarah... 13 MEI sapa yg cetuskan dahulu....

AnakWatan said...

adakah pembentukan kerajaan melalui pintu belakang yang diperjuangkan oleh Anwar itu juga demokrasi namanya? Itu bukan demokrasi. Itu dia mau curi namanya. Nak curi orang BN untuk bentuk kerajaan. Kerajaan curi lah namanya. Kerajaan curi mana ada demokratiknya. Curi itu salah. Kerajaan macam ini biasanya tak akan mendapat keberkatan kerana perbuatan mencuri Ahli Parlimen tersangatlah hina, jelik dan tidak bertanggungjawab.

ini demokrasi songsang namanya...
pirah...

namapun parti kencing rakyat...

AnakWatan said...

untuk penjelasan ISA...

yusof ,edie, matkedah dan sepu sepapat parti kencing rakyat yg hina dina tu...

sila lawati http://notakhairi.blogspot.com/

dia bagi ulasan yg jelas sekali

yusof said...

ISA benteng pertahanan negara
Polis, Tentera dan JKKK makan gaji buta

AnakWatan said...

ini komen dari Pemuda malaysia

buat tatapan pencacai anwar...

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) ingin menjadikan 16 September 2008 ini sebagai cuti umum untuk seluruh Malaysia bagi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri dan menjadikan hari itu adalah ulang tahun penubuhan Malaysia. Negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh BABI ini. Sebenarnya ada perkara lebih penting untuk saya ketengahkah dalam artikel kali ini. Segala yang saya coretkan di bawah ini adalah pandangan peribadi saya dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca sekalian.

Sebenarnya cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang ditimbulkan oleh BABI. Ini bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan BABI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan BABI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui 'pintu belakang' amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau bilau.

Sebenarnya BABI seorang yang amat licik dalam medan politik. Selepas dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa "BABI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya". Mengapa BABI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Ini kerana beliau ingin 'test market' dan menilai sokongan rakyat kepada beliau. Keputusan menyebelahi BABI dan beliau menang malahan melebihi majoriti yang diterima oleh isteri beliau. Walaupun ketika dalam suasana pilihanraya kecil itu, BABI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, BABI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Cara yang dimainkan oleh beliau dapat kita lihat sekarang ini. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan melompat parti untuk menyertai pakatan pembangkang. Sebenarnya perkara ini sukar untuk terjadi kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Isu lompat parti telah dinafikan oleh Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak.

Selepas itu, BABI menyatakan pula bahawa ada juga Ahli Parlimen daripada Semenanjung terutama daripada Terengganu akan menyertai Pakatan Rakyat. Kecanggihan teknologi hari ini seperti penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah yang bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut dan menyatakan bahawa tidak perlu diragui lagi kesetiaan Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak kepada PM.

Pada pandangan saya, tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan BABI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Apa yang saya cuba syorkan di sini adalah, kerajaan BN tidak perlu melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh BABI kerana hanya akan memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa BABI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Ini kerana apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, separuh daripada rancangan BABI akan berjaya. Maka, separuh lagi rancangan BABI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan mengikut perlembagaan yang ada, pilihanraya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah BABI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM akan tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan daripada luar seperti perang saraf yang dilancarkan oleh BABI. Ini kerana BABI telah melihat bahawa ketika di Permatang Pauh kelemahan ketara jentera parti UMNO telah memudahkan lagi kemenangan beliau di sana. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya antara satu sama lain seperti Parti Gerakan dan MCA yang telah mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO memainkan sentimen perkauman. Perkara ini amat menguntungkan BABI yang dijangka akan menang secara terhormat dalam pilihanraya umum yang akan diadakan dan beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui 'pintu belakang' seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Kerajaan tidak harus terperangkap dengan permainan politik BABI kerana hanya akan menjerat kerajaan dan menguntungkan BABI. 16 September akan mendatang dan insya-Allah tiada apa-apa perkara akan berlaku kerana BABI hanya melakukan propaganda politik untuk agenda peribadi beliau. Tujuan BABI mencadangkan cuti umum pada 16 September bukan kerana untuk meraikan kejayaan beliau menjadi PM ataupun meraikan ulang tahun Malaysia TETAPI adalah untuk meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Apabila terjadi darurat, BABI akan melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf BABI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Jadi, kepada pengunjung blog Pemuda Malaysia saya cuba mengajak anda merenung kembali erti kemerdekaan yang kita kecapi selama 51 tahun ini. Tidakkah anda perasan kembalinya BABI ke medan politik negara lebih banyak melibatkan kemusnahan daripada keamanan. Kerajaan terpaksa menghabiskan duit untuk menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh akibat perletakan jawatan isteri BABI sesuka hati. Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah diperlekehkan oleh si BABI dengan mengatakan ia gula-gula buat rakyat. Semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah salah di mata dan fikiran BABI. Semua yang dibuat BABI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara ini semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam dan mencapai agenda peribadi menjadi PM!!!

yusof said...

UMNO dah lama main pintu belakang,UMNOlah johan pintu belakang. Ingat macam mana Mahathir mengekalkan kerajaannya selepas UMNO jadi parti haram. Mahathir dan wakil-wakil rakyat umno termasuk anwar pada masa itu telah hilang kuasa memerintah negara setelah umno menjadi parti haram, siapa punya keja sampai parti pun jadi haram. Macam mana mahathir dan wakil-wakil rakyat bebas ini boleh dibenarkan merompak kuasa tanpa sebarang proses parlimen? Orang luar negara mengambarkannya sebagai satu rompakan besar di siang hari. Jadi saki-baki kuasa yang masih ada pada umno pada hari ini adalah hasil dari rompakan di siang hari. Mahathir diangkat sebagai ahli politik bergeliga. Kaedahnya begini, bayangkan situasi politik selepas umno menjadi Team A dan Team B bagaikan satu negara tanpa umpunya, dalam bahasa Inggeris "no man's land", wakil-wakil rakyat bodoh sebelah mahathir lihat atas tanah tu masih ada seekor musuh berkepala kuali yang tak henti mencabarnya, maka dia pun menyeru biarkan tanah ini terbakar hangus, musuh tu akan keluar juga akhirnya, lepas itu kita tahan semua orang lain yang tahu pasal ni sebelum kita ambil balik tanah tu supaya jadi tanah mak bapak kita. Anwar telah terkejut dari tidurnya dan dia sekarang mahu memulangkan semula hasil rompakan ini kepada rakyat melalui kaedah lebih baik dari robin hood kerana peralihan kuasa ini akan melalui proses parlimen. Apa rakyat melayu takda maruah ke, kalau nak kuasa, cara rompakan pun takpa. Hentikanlah semua ini.

AnakWatan said...

yusof agaknya lebih selesa jadi pembantu badut parti kencing rakyat atau lebih tepat sekali

pembantu Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI)

yusof2... dah lah tu ... apa kau tulis org cuma ketawakan sahaja....

dah hancing sapa nak percaya lagi....

yusof said...

Oh satu point penting, setelah negara jadi "no man's land", no party wakil rakyat mahathir dan kuncu-kuncunya dengan senang hati melantik kapitan dari MCA menjadi presiden BN yang secara teorinya layak menjadi PM. Ini rekod pertama negara orang Melayu menyerah kuasa kepada orang Cina. Bukan anwar atau parti pkr.

yusof said...

Oh satu point penting, setelah negara jadi "no man's land", no party wakil rakyat mahathir dan kuncu-kuncunya dengan senang hati melantik kapitan dari MCA menjadi presiden BN yang secara teorinya layak menjadi PM. Ini rekod pertama negara orang Melayu menyerah kuasa kepada orang Cina. Bukan anwar atau parti pkr.

yusof said...

What I write and what you write, you and I can write million times, you and I have the right to write, but no one is obliged to believe

AnakWatan said...

yusof agaknya lebih selesa jadi pembantu badut parti kencing rakyat atau lebih tepat sekali

pembantu Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI)

yusof2... dah lah tu ... apa kau tulis org cuma ketawakan sahaja....

dah hancing sapa nak percaya lagi....

yusof said...

Nak sambung sikit cerita pasal the great daylight robbery tu, musuh yang berkepala kuali tanpa "a" ditengahnya akhirnya terpaksa melupuskan tanahnya dan menumpang tanah yang bukan jadi milik mahathir lagi tapi telah menjadi semakin sempit selepas PR12. Walau tanah ini menjadi semakin kecil, tanah ini tetap hasil dari rompakan dan tuan punya tanah sudah tak tinggal di situ lagi, tapi hanya dia seorang tahu pasal status tanah baru ini. Aku rasa satu hari dia tetap akan menjelaskan perkara sebenarnya. Walau bagimana pun aku rasa tak salah kalau ada usaha orang lain seperti anwar untuk membetulkan keadaan selagi ada masa,

AnakWatan said...

sudahlah yusof... 9-16 dah berlalu....


tak ada apa.. tinggal angan mat jenin aje....

kau bandingkan negara MALAYSIA dgn negara luar...

UMNO masih memerintah dgn baik... aman...

lepas BABI nie buat hal maka mulalah kaum nie nak itu dan ini...

hal hal sensitif depa berani ckp....

dah lah

kau sokong lah Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) nie ...

org waras boleh pikir.... mainan politik dia sejak dari dulu lagi...

baik kau pilih HADI AWANG.... bersih ...

ini lagi lagi BABI (singkatan bagi Bro anwar ... yusof... hahha)

apa kes mamat nie aku pun tak tahu.. otak dah berkarat..

AnakWatan said...

yusof dah baca http://notakhairi.blogspot.com

pasal isu ISA ke...

apa macam ada komen....

jgn terkedu pulak...

yusof said...

Aku dah baca, takda pa yang baru pun, aku tahu ISA telah banyak kali disalahgunakan, terutama di dalam operasi lalang atas sebab imaginasi yang sengaja dibuat-buat untuk memberi peluang kepada parti umno baru rampas kuasa dari pintu belakang, pintu belakang bererti tanpa melalui pintu parlimen. Anwar nak ambil kuasa dengan semua wakil-wakil rakyat masuk ke parlimen melalui pintu depan, kemudian dibuat usul tidak percaya kepada kerajaan sekarang, lepas itu anwar akan mengambil langkah muktamad untuk membentuk kerajaan baru. Tak pun yang pelik dalam proses ini, dah banyak pun berlaku di negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Jauh lebih bermaruah dari tektik rempas kuasa oleh parti umno baru tahun 1987.

AnakWatan said...

kau rasa lah yusof kalau anwar berada pada kedudukan UMNO adakah dia akan buat perkara yg sama?

sila jawab saudara yusof..

AnakWatan said...

nak ambil ahli BN jalan depan?

kau nie betul ke tidak...

merasuah tu jalan depan ke..?

AnakWatan said...

kenapa begitu rakus sampai tak sempat tunggu PR akan datang....

apa keistimewaan anwar...

cuba kau sebut apa pendekatan dia masa malaysia mengalami krisi ekonomi dulu...

apa jasa dia

yusof said...

Yang nyata lagi terserlah, ISA adalah senjata untuk mempertahankan kuasa UMNO dengan berselindung di sebalik kententerman dan keselamatan negara yang lapuk untuk diterima oleh rakyat. Rakyat mahukan keamanan secara semulajadi tanpa dipaksa ke atas mereka sebab rakyat itu manusia yang sedar tentang nilai-nilai kemanusian. Yang tahu nilai ISA itu ialah parti pemerintah yang sudah menggunakan beberapa kali untuk mempertahankan kuasa. 1,2,3,4,tak sampai 5 tahun lagi, bungkuslah UMNO dan BN.

AnakWatan said...

apa pasal kau tak jawab soalan aku.. apa jasa BABI tu pada negara?

ISA kau nak hapuskan... kau nak jadi mcm DENMARK...

AnakWatan said...

Pak Sheikh dan demokrasi ala 16 September…

Ada kawan-kawan yang kata kerajaan PAS Kelantan sekurang-kurangnya kena bersyukur mereka dapat hidup aman damai selepas pilihanraya umum 2004.

Ikut cakap depa tak dengar pun suasana yang kalut segala macam tak habis-habis berbulan lamanya macam sekarang.

Kalau nak kira mana boleh tahan sangat.Waktu itu bezanya cuma dua kerusi saja dengan Barisan Nasional.Lepas tu PAS tinggal satu kerusi saja bila kalah pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Depa dok cakap bab tu mengenangkan bagaimana kemarukya Datuk Seri Anwar Ibrahim nak jadi juga Perdana Menteri sampai dah masuk peringkat tak peduli apapun...asal dapat.

Cuba bilang dengan jari sekarang ni bezanya kerusi pembangkang dengan BN bukan satu,bukan dua,bukan tiga,bukan empat,bukan lima tetapi 58.Lepas tu tolak dua pasai parti SAPP di Sabah tu keluar BN… tinggal 56.

Jangan kata apa-apa beb … mana mungkin orang sehebat Pak Sheikh boleh kalah atau mengaku kalah walaupun sudah berulangkali sebelum ni keriau sana sini kata lebih 30 orang Ahli Parlimen BN sudah ada dalam gengamannya.

Aksi terbaru untuk menyapu arang yang terconteng pada imej politiknya kerana tidak tertunainya janji nak tubuh kerajaan 16 September...Pak Sheikh sudah bangun dengan desakan diadakan segera sidang tergempar Dewan Rakyat.

Baginya itulah medan paling afdal untuk buat perhitungan dengan kerajaan BN siapa yang lebih power.

Ikut perkiraan Anwar…kerajaan dan semua orang kena layan segala macam karenahnya.

Macam biasa angka lebih 30 MP BN jadi ayat penyedap bicara.

Ada kawan-kawan yang tanya apa lagi tembarangnya kali ini.

Lojik cakaplah mana mungkin Anwar mahu tunggu satu saat…malah tidak satu minit pun kalau betoi-betoi dah lama lebih 30 orang Ahli Parlimen BN ada dalam poketnya.

Ada juga kawan-kawan yang sinis habis bila sentuh tentang dakwaan Anwar kata dia tak boleh umum senarai nama lebih 30 MP tu kerana takut nanti bala sekelip mata termasuk ISA akan timbul keatas mereka.

Soalnya mudah saja....contohnya siapa lagi yang boleh cover line baik melalui ISA dan segala macam tuduhan segera lain ...kalau Anwar boleh bariskan serentak lebih 30 MP itu dalam satu sidang akhbar bersamanya.

Sekarang ini kalau rajin check terdapat sebilangan blog yang sudah mempermain-mainkan senarai yang disebut-sebutnya itu dengan membariskan senarai kosong dari 1 hingga angka 31.

Cuba kita semua selak balik berita Penasihat PKR itu cakap tentang bab itu sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu.Sudah berapa kali dia punya tembak kata semua depa tu dah set lompat?

Kawan tengok cara Anwar punya cakap masa sidanng akhbar desak kerajaan BN adakan sidang tergempar Dewan Rakyat pada 23 September ini bukan main punya serius…

Fikir-fikir balik rasa rasa macam pernah dengar ayat ayat tu...masa Anwar heboh bercakap merata tempat termasuk di luar negara kata masuk saja detik 16 September kerajaan BN sudah terbenam dalam liang lahad.

Ada juga andaian popular yang berlegar sekarang kata dia saja buat desakan tu sebagai satu strategi nak cover malunya. Sebabnya kerat jari Anwar tahu sangat kerajaan BN tak akan setuju nak layan desakan itu.

Jadi dengan sendirinya bagi dia banyak waktu lagi untuk bermain dengan cerita ini.Kalau tanya alasan mudah...kerajaan tak mau buat sidang tergempar Dewan Rakyat.

Jadi jangan sekali kali underestimate Pak Sheikh dan pakar-pakar strategi sekelilingnya…mereka memang tip top dalam bab helah perang saraf ni.

Kawan dengar cerita team nya itu amat bagi perhatian berat pada indeks persepsi masyarakat.

Jadi apa saja langkah nak diambil... indeks perepsi masyarakat mesti kena ‘ campur’ padanya dan ‘ tolak’ kepada kerajaan.

Ikut ceritanya itulah juga antara tujuan mereka sibuk hantar lima pemimpin kanan mengejar MP BN di Taiwan.

Ia semata-mata nak paparkan persepsi yang mereka benar-benar serius...walaupun habuk pun tak ada dan lima mereka pulang dari Taiwan tangan kosong.

Cakap-cakap pasai benda ni semua... masa sembang-sembang ada seorang Kawan yang kata apapun kita semua patut berterima kasih pada Pak Sheikh kerana dia banyak memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang demokrasi – ala kerajaan 16 September - yang tak jadi tu.

Jadi katanya syok juga kalau katakan barisan pembangkang yang diterajui Anwar boleh berkuasa.

Ye lah bukan senang nak dapat peluang banyak benda yang kita boleh buat bebas sebebasnya.

Katanya yang pertama sekali mereka yang bakal dihadapkan ke mahkamah atas apa tuduhan sekalipun tidak perlu bimbang dan gundah sangat macam dulu-dulu.

Kita sekarang bercakap tentang kepimpinan melalui teladan…tengok sudah bagaimana Anwar handle dan buat bising pasal kes dakwaan liwatnya.

Jangan bimbang kena apa saja tuduhan ...banyak cara boleh mempertikaikannya.

Kalau orang politik boleh buat ceramah,kempen dan roadshow.

Apa perlu nak risau bersepah “Mahkamah Rakyat’ boleh dibuka menjelang perbicaraan sesuatu kes.

Yang penting kena kreatif dan pandai bikin gempak.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti polis,Badan Pencegah Rasuah dan lain-lain jangan buat main-main nak dakwa dakwi senang-senang.

Tengok sudah dalam kes dua Exco Kerajaan Negeri PKR kerajaan negeri Perak yang kena cekup pasal kes rasuah.

Ini sejarah beb ...belum pernah berlaku macam ni. Menteri Besar Perak boleh keluar kenyataan bagi kata dua minta BPR dan media yang buat liputan minta maaf kerana menjejaskan imej kedua mereka.

Seronoknya dalam depa dok cakap tinggi melangit pembangkang benci rasuah - bila kena batang hidung sendiri... lompat tak bertangga.

Jadi bila barisan pembangkang berkuasa nanti jangan teragak-agak kasi hentam habis-habis dulu mana-mana agensi kerajaan yang nak dakwa kita tu.

Atas nama demokrasi tu juga Kawan sendiri boleh bayang macam mana nanti para penjenayah raya keling punya seronok menyambut kerajaan yang ini macam.

Jangan lupa itu baru sikit …ada senjata lain yang boleh pakai…iaitu Akuan Bersumpah.

Cari kawan-kawan atau siapa saja…bayar RM5 buat Akaun Bersumpah tuduh siapa saja kita suka.

Kerajaan 16 September memang cukup minat pada Akaun Bersumpah.

Para wartawan dan blogger tak payah nak takut-takut...tulis hentam,tuduh,fitnah maki hamum ikut suka hati depa... tidak ada siapa yang larang.

Siapa yang nak cakap banyak...Bukankah laman Malaysia Today dah jadi benchmark yakni penanda aras pada kebebasan boleh tulis apa saja di negara ini.

Kalau nak tangkap boleh tanya balik... pasal apa Raja Petra boleh buat.

Lagipun Anwar selalu dabik dada dia sentiasa uphold the freedom of the press walaupun kawan-kawan budak suratkhabar semua tahu dia cukup geli dan melenting bila dengar soalan-soalan yang mengusik jiwa.

Kalau bab nak buat demonstrasi ni…tak payah permit-permit polis.Cerita kena minta permit ni kisah zaman sebelum merdeka.Buat saja tak kira masa dan tempat,pagi petang siang malam.

Apa saja yang tak puashati himpun ramai-ramai… sewa stadium…sewa dewan atau cari padang kosong.Kalau tidak kumpul ramai-ramai..naik sepanduk..arak sana..arak siri.

Bila datang pilihanraya umum jangan pula nak susah hati takut pasal kalah menang.Tak cukup undi kata ada pengundi hantu.Cukup undi dan menang lima negeri pun kata ada pengundi hantu.

Tak boleh tubuh kerajaan apa nak sudah hati.Bukankah kita boleh bising dan bising dan bising selagi termampu kata ramai YB di pihak kerajaan dah terhegeh-hegeh nak melompat.

Tak melompat pun kata saja nak melompat…siapa yang peduli.Dalam demokrasi apa kita cakap orang kena dengar.

Dalam dok sibuk tak tentu hala nak berebut buka kerajaan 16 September ada kawan yang kata cuba hang tengok ada nampak apa-apa perubahan besar dak di lima negeri yang ditawan pembangkang masa pilihanraya umum 8 Mac.

Dia tanya ada dak benda-benda yang rakyat negeri tu boleh lompat sampai ke bumbung punya seronok.

Kalau nak ikut manifesto dan janji pilihanraya dah bergemerlapan punya senang lenang depa di negeri-negeri tu.

“Aku tak nampak apa sangat…cuba hang cerita mai kot-kot aku tertinggai tak baca surat khabar.”kata kawan yang seorang lagi.

Katanya ini cerita bagi air percuma…letrik percuma kat orang sikit sebanyak cuma nak bagi syok awal-awal saja.

Itupun macam di Selangor sampai nak goyang satu negeri punya riuh…baru nak buat.

Kalau selak balik manifesto depa tu banyak lagi yang belum tertunai dan belum nampak bayang akan tertunai.

Mungkin depa nanti bagi alasan baru enam bulan lebih.Itulah ayat standard.

Syoknya dalam bergudang janji yang belum tertunai tu..Pak Sheikh boleh pusing keliling lagi janji dan terus janji.

sesumpah@pokka.com said...

“Kau (pak lah) pergi jua”

malam-malam terakhir
di bilik kelam sebuah istana
mimpi pun menjadi igauan buruk
bersama suara-suara gamat memekak
di luar pagar yang kenyang
memakan padi dari dulang emas

berbalam musim-musim indah
dari ikon suami mithali
ke duda tua paling diberahi
meriah sebagai pengantin baru
bertukar menjadi foto-foto lapuk
yang tersadai dalam album usang

gemilang hari-hari terlelap
dari mesyuarat ke majlis negara
adalah memori tidak cemerlang
buat marhaen yang dendam terluka
oleh pembohongan manifesto terbilang
dan seribu keputusan flip-flop perdana

pujukan rayu dari anak dan menantu
keluarga dan rakan terdekat
semakin tenggelam dan karam
digilis cemuhan dan ketukan bertalu
mengetuk pintu kewarasan tersisa
tentang realiti semasa negara

berbuih di putrajaya kau berjanji
semuanya telah dimungkiri
yang tinggal hanya seluar dalam khairy
masih menjadi topeng kuasa
kerana tong taik ameno bila-bila masa
akan meletup oleh pengebom berani mati

dalam jaga dan terbang sana sini
masih kau belum temui
mutiara kata-kata shafie dan ghazali
yang tercicir hanyalah fail-fail korupsi
disorok berdikit menjadi bukit
bahan lucah ke mahkamah umum

ke mana kan kau bawa diri
sebagai statesman atau estate-man
mengharung wajah-wajah membenci
biar kau pergi jua, pergilah ke zimbabwee
tiada siapa tangisi, kecuali kroni
biar hidupmu di sana di panggil Tun Hadhari!

yusof said...

Memang Pak Lah akhirnya akan pergi meninggalkan kerusi PM. Dari berita mutahir di Sabah menunjukkan Pak Lah juga terlibat menyalahguna kuasa. 10 tahun dulu anwar dituduh dan dipenjara tidak kurang satu hari pun kerana dikatakan menyalahguna kuasa walupun untuk mempertahankan maruah diri dan keluarga. Sekarang baru tahu Pak Lah juga manyalahguna kuasa ke atas BPR untuk menghalang Presiden SAPP dari membuat usul tidak percaya ke atas Pak Lah. Saatnya sudah tiba untuk menghantar Pak Lah pergi ke dalam dan lepas keluar dari kerajaan.

AnakWatan said...

tressa kok dah takut sendiri....

sekarang dah tak ngaku pulak kata makanan tu mcm makanan anjing...

ini kah pemimpin.... cakap mcm ular...

oppsss nama pun parti kencing rakyat

yusof said...

Petama Polis menahan Tresa Kok macam menangkap seekor anjing dan ditahan dalam lokap macam manahan seekor anjing, kemudian memberi makan macam memberi makan seekor anjing. Kalau anjing pun diperlakukan demikian sudah tentu akan menyalak dan mengigit orang yang melakukan perkara itu kepadanya, macam kata anakwatan sebelum Rahim Nor memukul anwar kerana dikatakan anwar menyebut perkataan anjing, kalau manusia tidak bertindak begitu, ini pula manusia yang dilatih seperti anjing, jadi termasuk orang-orang Rahim Nor yang yang dilatih dengan cara macam itu.

Suara Rakyat Kedah said...

anak watan...
hang ni dh sah UMNO piang.. dh benak dh. xleh nk diselamatkan lagi. apa2 pun aku berdoa agar dibukakan pintu hatimu untuk bertaubat. jangan kecoh bang, aku cuma nk tnya sekarang ni ada x unsur Amerika kt negara kita? jawab sat.. lagi satu sapa yang bwk masuk unsur tu? puak mana? jgn la nk putar belitkan kenyataan. cuba hang bgtau sat satu fakta bahawa anwar tu agent amerika. aku nk tnya sikit la. penah x hang nampak najis ton rojak or pemimpin pemimpin UMNO yang dangkal pemikiran depa tu p kuliah subuh? pernah x ang dengaq pemimpin umno ajak kita mpergi masjid or surau dan dengar kuliah subuh. kita ni nk pilih pemimpin yang beragama islam. yang bertakwa kepada Maha Pencipta. bukan kita nk pilih bangsa. Allah menjadikan Manusia ni berbilang bangsa untuk kita saling kenal mengenali. bukan nk bermusuhan. xdaknya dlm dunia zaman nabi s.a.w kerajaan arab. yang ada kerajaan islam.. jadi berfikir guna kesahihan ok. jgn guna logik akal.

Suara Rakyat Kedah said...

anak watan.... guna bahasa yang elok sikit. kami ni org kedah dh muak ngn BN ni. sebab tu la kami tukaq.

Suara Rakyat Kedah said...

x payah umno n pas nk gabung. umpama islam ngn puak kafir quraisy.... win win situation konon. ceh... blah la. hampa tu dh banyak membuat kemungkaran kt dunia ni. kita jgn ckp tentang individu kita ckp tentang parti. ok? tiada serangan peribadi

yusof said...

Ikan Senohong, Ikan Duri dan Ikan Arwan, Bercakap bohong, lama-lama jadi Menteri Penerangan. Datuk Shabery akan mengerakkan 10,000 kakiangan kementeriannya untuk menjelaskan perkara sebenar tentang isu politik negara supaya rakyat tidak mejadi mangsa pembohongan. Ini perkara biasa bila menteri UMNO menjadikan kementerian ini sebagai Biro Penerangan UMNO dan kakitangan yang dibayar gaji dengan rakyat dijadikan pekerja parti. Orang UMNO cakap bohong untuk membela rakyat dari menjadi mangsa bohong, Pelik. Ada dua isu disini, samada rakyat masih percaya kepada pembohongan atau rakyat sudah tidak percaya kepada media pembohongan UMNO yang mempergunakan jentera pentadbiran untuk tujuan pembohongan.

mrf said...

woi mat kedah 7888..hang sapa nak cakap aku tak cium bau syurga..nilah dia satu lagi fanatik pas yang taksub pada parti tapi jahil bab agama.

ko salah sorang yang termakan fatwa sesat pas yang mensyurgakan pas dan menerakakan umno. ko tau tak pas sebenarnya umpama fahaman neo-islamisme yang menyeleweng dan tak menepati arus perdana aliran aqidah ahli sunnah wal jamaah.

aku teringat satu kisah nabi. nabi telah menempelak seorang hamba allah yang datang mengadu kepada nabi perihal kawannya.hamba allah tersebut menyatakan ibadat kawannya itu tidak sah dan minta nabi menasihati kawannya lalu nabi menempelak hamba allah tersebut.nabi berkata soal sah atau tak ibadat seseorang itu tak terletak pada manusia.allah maha pemurah lagi bijaksana.allah saja yang boleh menerima sah atau tak ibadat seseorang itu.

dalam senario sekarang,PAS yang menggunakan istilah islam pada parti berlagak seolah-olah hanya pas saja yang islam,parti lain tidak islam..dan fatwa2 yang menuduh umno kafir kerana bersekongkol dengan mca dan mic jelas bertentangan dengan sunnah nabi...malah hadith yang menyebut tidak beriman seseorang itu apabila dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri juga jelas bertentangan dengan pendirian nik aziz yang sampai ke hari ini tetap menganggap umno tu musuh dan harus dimusnahkan sedangkan umno itu islam,seagama dengannya. maka tidak hairanlah satu kajian yang dibuat di permatang pauh terhadap penyokong2 parti Akim,mereka tetap menyokong pak lah untuk terus memimpin negara walaupun tidak menolak kepimpinan anwar.tetapi mereka dengan jelas dan terang2ngan menolak pas tetapi sebaliknya jika berlaku perubahan kepimpinan dalam pas.

bila masa umno tak memperjuangkan melayu..dari dulu sampai sekarang kepentingan melayu menjadi keutamaan agenda umno.cuma dulu umno kurang lantang menyebut kepentingan melayu kerana kaum2 lain tak pernah dan tak berani mempertikaikan hak istimewa orang melayu.tapi sekarang bila kaum2 lain dah mula tunjuk belang dengan selalu menyentuh isu berkaitan orang melayu,takkan umno nak berdiam diri..tapi malangnya melayu sendiri yang memperlekehkan hak keistimewaan orang melayu semata2 untuk kepentingan politik.ternyata tindakkan golongan2 ini contohnya melayu PKR yang tak sedar diri ini boleh menggelapkan masa depan generasi melayu akan datang sekiranya hak keistimewaan orang melayu dihapuskan. ternyata kaum lain bertepuk sorak apabila 30% melayu iaitu pas dan pkr sudah membelakangkan agenda ketuanan melayu semata2 untuk kepentingan politik sampah mereka.

aku setuju dengan istilah ketuanan islam. tapi kene kene sedar yang negara kita ni berbilang kaum..dah tu pulak berbilang agama.kalau berbilang kaum tapi kita semua seagama, tak jadi masalah.melayu pasti boleh berkongsi tanah melayu ini dan berkongsi hak2 lain dengan bangsa lain jika kita semua satu agama.tapi apabila bangsa lain menganuti agama selain islam,mereka secara halusnya menentang islam..dan di malaysia islam itu sinonim dengan masyarakat melayu..jadi secara tak langsung mereka menjadikan melayu sebagai kaum yang harus dijatuhkan.
kita dapat lihat di India malah di China bagaimana masyarakat islam disana didiskriminasikan walaupun mereka semua satu bangsa. dimalaysia dah la kita berlainan bangsa,berlainan agama pula. jadi alangkah sedihnya apabila ada melayu yang tak sedar2 lagi akan cabaran orang melayu kat malaysia sekarang ni. dan golonag melayu tak sedar diri seperti PKR yang mamandang sinis usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum dimalaysia.perpaduan kaum harus di pupuk agar semua kaum dapat menerima islam dengan ikhlas.apabila kerajaan buat itu dan ini semua nya diangap tak betul oleh golongan2 melayu pembangkang..dan tindakkan itu memang disukai oleh golongan kafir harbi yang memang mahu melayu berpecah belah..
dan apabila saf tidak rapat dan tidak lurus, maka mudahlah syaitan-syaitan menyelit di celah2 saf dan membisikkan hasutan dan akhirnya saf terputus lalu berpecah belahlah jemaah

vader83 said...

Salam...

Biaq pi ngan depa. Disbbkn HUDUD belum dilaksana dah kate UMNO tolak Islam. Ntah bila masa UMNO tolak Islam. "Islam x boleh amik sikit2...amik situ skit..tinggal yg ni.." Isk..isk..klau x kerana UMNO bertegas ngan MCA dan MIC masa rundingan Perlembagaan dulu...Xde tertulis ISLAM sebagai agama rasmi.
Lupa sejarah ke? ke x tahu disebabkan de org xnak kita tahu?
Rajin-rajinlah baca pasal sejarah.

Saya bukanlah seorang tokoh agama, saya menyokong Hudud tetapi saya cukup x setuju bila mana PAS kata UMNO x Islam disebabkan x buat HUDUD. X kan sbb hudud je dah x Islam? Klau org mengucap 2 kalimah syahadah...tapi seumur hidup x solat, x puasa masuk neraka sampai bila2 ka? Haq ni pi tanya ngan ustaz2 hangpa. Dari apa yg saya belajar dulu, dia akan masuk neraka dulu..sampai dah 'bersih' akan ke syurga akhirnya. Org kafir sahaja akan kekal selamanya di dalam neraka.

Lebih kurang Msia kita, hudud BELUM dilaksanakan (semoga akan dilaksanakn di masa akan dtg). xkan disbbkan satu ni je nak label org kapir?? x fikir ke, klau UMNO dah berjaya laksana hudud, PAS nak perjuangkan apa plak? Hilanglah modal...so sekarang ni boleh la dok bangga kata MNO x laksana hudud. Kt Kelantan kita nak laksana tetapi UMNO halang...sapa salah? UMNO! UMNO salah...mmg ini yg PAS mahukan. Ade org yg leh dikambing hitamkan..

Lain kali betulkan diri dulu sebelum betulkan orang lain. Kita ni sama je. x maksum...

yusof said...

Seperti juga macam keputusan PRU12 di luar jangkaan, sekiranya dalam jangka terdekat ini orang Melayu berjaya menukar haluan hidup kepada hidup bergantung pada daya saing tanpa memerlukan sesiapa untuk melindungi mereka, apa akan jadi pada umno, umno akan jadi umpama kapal tanpa lautan dan bila kapal tersadai di atas tanah, ia akan mereput dan akhirnya hilang ditelah masa.

Wandy said...

Salam perjuangan kpd rakan2.
16 sept tak jadi.
Sidang parlimen khas pun tak jadi.
Rakyat marhaen diperbodohkan dgn harapan palsu.
Sabar memang boleh sabar…
tapi kalau dah kena kelentong banyak kali lagi baik ****.
Salam aidilfitri buat semua.
Sekiranya ada terkasar bahasa MAAF jua dipinta.
Permainan politik memang kotor. Bahasa digunakan juga kadangkala kotor. Oleh itu ingatlah bila anda jadi pemimpin suatu hari nanti, janganlah sesekali kelentong rakyat. Jangan sesekali amalkan politik kotor & haprak.