Tuesday, January 20, 2009

`Orang Melayu Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai'


"Seandainya seluruh kampung baru yang mempunyai penduduk kira-kira 47,000 orang diberikan hak milik tanah, kita hanya beri tidak sampai 3,000 ekar," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar Perak dalam kerajaan campuran Pakatan Rakyat dengan bangga berkata, apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan rakyat dan yakin perkara itu tidak menguris perasaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah.

Persoalannya sekarang, jika benar apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat keseluruhannya, mengapa hanya penduduk Cina di kampung baru diberikan hak milik kekal sedangkan orang Melayu di Perak cuma mendapat hak milik selama 99 tahun sahaja?

Mengapa wujud `double standard' dalam soal pemberian hak milik sedangkan orang-orang Melayu di Perak juga mengundi kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP sehingga pakatan ini berjaya membentuk kerajaan negeri?

Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah `ganjaran' yang paling mahal diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada orang-orang Melayu di Perak yang mengundi Pas, PKR dan DAP sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan menumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya umum lalu.

Umum mengetahui kerajaan Pakatan Rakyat Perak hari ini ditadbir oleh oleh pemimpin-pemimpin DAP yang jelas menentang DEB dan Negara Islam.

Menteri Besar, Mohamad Nizar hanyalah boneka DAP yang tidak mempunyai kuasa mutlak dalam kerajaan negeri kerana daripada 10 orang Exco, 6 orang DAP, 2 PKR dan 2 Pas.

Lebih malang lagi, 7 Exco bukan Melayu dan hanya 3 Exco Melayu dalam kerajaan negeri Perak.
Justeru itu, tidak hairanlah jika Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam nada sebak mengzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda bertitah, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Penempatan semula kampung-kampung baru untuk hampir setengah juta orang Cina di zaman darurat dulu adalah berupa pencerobahan dan mencuri hak tanah orang Melayu.

Titah baginda yang penuh sinis ini adalah merujuk kepada tindakan kerajaan Perak yang didokongi oleh DAP pada hari ini yang mendiskriminasi orang-orang Melayu tetapi memberi keistimewaan kepada bukan Melayu.

14 comments:

kingpahat said...

orang melayu gagah di bumi malaysia.

yusof said...

Mengapa otak mesti terlekat padu pada apabila orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO dan pemimpin baru di luar parti ini apabila dapat menjadi ketua negeri maka otak menganggap orang Melayu sedang bersorak? Berilah peluang kepada mereka untuk mencari jawapan kepada kelemahan diri mereka sendiri walaupun perkara-perkara yang kita lalui ini kadang-kadang terkeluar dari tradisi.

yusof said...

Selama hampir 40 tahun DEB bagaikan pelepah kelapa untuk berfungsi sebagai pagar untuk melindungi ekonomi orang Melayu, UMNO telah membawa orang Melayu ke dalam kehidupan "shit" menyebabkan orang Melayu sekarang terpaksa hidup seperti "ranjau-ranjau di sepanjang jalan".

yusof said...

Sekarang saya nak meyuarakan luahan hati dari sudut orang Melayu di luar UMNO. Orang Melayu bersorak riuh selama 50 tahun apabila menyambut kemenangan UMNO, Perikatan dan kemudaian BN menguasai kerajaan persekutuan dan negeri-negeri, apakah tidak ada seinci pun hak-hak Melayu yang telah digadai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini? Tenguk aja Tuan-Tuan Melayu ini menjual tanah di sekitar JB sehingga orang-orang Melayu tak ubah macam orang Palestin terpaksa mencari tempat lain di luar bandar dan terlalu banyak certia Tuan-Tuan Melayu ini mengadai tanah, ada tak pemimpin UMNO yang cuba campur tangan untuk menghalang hak Melayu dari tergadai?

mrf said...

yusof..ko tak tau ke yang hasil DEB sekarang ni banyak lahir usahawan melayu..

berapa ribu rakyat melayu hidup terjamin bila tertubuhnya felda.

aku tak kerje dgn kerajaan,tapi aku bersyukur sebab kerajaan pimpinan umno masih relevan..

yusof said...

Apabila DEB yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bermatlamat untuk membasmi kemiskinan bertukar kepada membina kemewahan untuk segelintir manusia ( seperti kata Dr Mahathir DEB bukan untuk semua orang memiliki kereta Merz ) dalam masa yang singkat, katakanlah sudah ramai orang Malayu menjadi usahawan, seperti cendawan yang reput apabila sedikit kemarau, kemudian diteruskan lagi dengan helah 30% saja untuk bumiputera, bukan bumiputra masih bebas mencari di pasaran bebas, "doktrin yang menentang arus kapitalisma akan terus telungkup" kerana apabila Adam Smith menulis "hanya pasaran dapat meruntuhkan halangan ke arah kemewahan negara", mengapa hanya orang bukan bumiputra saja berpeluang mara untuk meruntuhkan halangan ini, sementara orang Melayu bagaikan masih berlari di dalam satu bulatan "30%", lari cepat, lari lambat pun tidak ke mana, akhirnya halangan melindungi "30" ini juga turut runtuh atau di runtuhkan sendiri oleh orang Melayu kerana negara Melayu di dalam Malaysia hanya dilindungi oleh pelepah kelapa. Maknanya bukan semua usahawan Melayu itu berjaya kerana bergantung pada DEB.

AnakWatan said...

yusof shit.... sama macam anwar shitt....


konon berfikiran terbuka...


ada cina dan keling berfikiran terbuka..... shittttt


menghina ISLAM adalah....


kalau nawar tu penjubur adakah dia akan membawa kebaikan pada ISLAM....


kenapa kau tak pilih HADI awang... sebab kau takut kena rejam kan

UMNO PARTI PENJARA said...

Melayu kena bersatu kembali..
Tak guna pun asyik salah2..
Apa yang kita dapat :-)

















Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

bluehope said...

BlueHope was wondering...x dpt ke isu2 perkauman ni letak tepi jap. Isu2 pentadbiran negara tidak harus dilambangkan dgn satu2 bangsa tertentu tpi kita org Malaysia, bangsa Malaysia dan Malaysia adalah milik kita. Masalah2 yg timbul bknnya bpunca dari mana2 kaum tpi sikap setiap individu itu sendiri.

Just wondering...just wondering! Don't mind me...I'm so full of hope.

AnakWatan said...

Kepada YUSOF....

nama pakatan rakyat alias pakatan kencing rakyat KINI BERWAJAH BARU

PAKATAN TUMBANG.....

itulah kerana org melayu jadi boneka DAP....

hak melayu diketepikan... ibarat anak dirumah mati kelaparan kera dihutan disusukan....

HADI AWANG teramat baik dari anwar penjubur tu....

sedarlah wahai org MELAYU

AnakWatan said...

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.

"Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan).

"Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

Beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.


Inilah kalau dah kalah.... kalau anwar penjubur tu nak melobi org BN dulu bukan rasuah jugak ke...


kenapa Niz Aziz tak cakap apa apa....
bila bab UMNO semua salah...

piraahhhhhhhhhhh PAKATAN TUMBANG

AnakWatan said...

Pakatan Tumbang dah jadi cacing kepanasan.....

bila org depa lari ke BN ... mula la cakap demokrasi, undang undang...

piraahhh...

kalau pak seikh anwar al juburi melobi org BN .... tak pulak cakap pasal demokrasi....

hai hai hai pakatan kencing rakyat...

hancing betui....

AnakWatan said...

pakatan rebah punyalah celaka....

Sultan Perak pun tak nak hormat...
sebelum nie si nizar sebut dia akur dgn apa jua titah Tuanku...

sama macam anwar penjubur
namapun pakatan kencing rakyat
lain dicakap lain dibuat...\

BN dah menang terimalah...
org BN kau curi BN tak melatah macam kau nie... anjing kurap

yusof sebarkan kat ketua penjubur kau tu...

jgn buat alasan lagi... terimalah Qada' dan Qadar dari ALLAH...

ptuiiiiiii.. PKR

AnakWatan said...

'Kerajaan masih sah, keputusan di tangan Tuanku' - Nizar

tapi kenapa tak letak jawatan...

kan menderhaka namanya tu...


ptuiiiii... cakap serupa keling pariah