Wednesday, May 27, 2009

RASUAH - LAYAKKAH ANWAR UNTUK DUDUK BERSAMA NIK AZIZ?


Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution mengakui memang wujud pertemuan dua orang pemimpin tertinggi parti itu berjumpa dengan calon bebas Dun Penanti, Aminah Abdullah tetapi mereka bukannya mewakili PKR.

Menurut Saifuddin lagi, perbualan dua ahlinya itu sebagaimana yang dirakam oleh Aminah tidak mewakili PKR sebaliknya mewakili individu itu sendiri.

Yang menariknya, dua individu yang dimaksudkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR ini bukanlah ahli biasa tetapi pemimpin tertinggi PKR yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan PKR Pusat dan Pegawai Khas kepada seorang Exco PKR kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Aminah yang juga bekas Ketua Pergerakan Wanita PKR Pulau Pinang
membuat pendedahan PKR menawarkan wang sebanyak RM80,000, jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.

Dakwaan Aminah ini adalah serius dan beliau tentunya mempunyai bukti yang kukuh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PKR di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dengan nada angkuh berkata penubuhan parti itu adalah untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan rasuah.

Penglibatan dua pemimpin tertinggi parti itu yang berjumpa dengan Aminah sudah tentu menjadi tanda tanya bukan sahaja kepada pengundi di Dun Penanti malah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apakah PKR cakap serupa bikin atau apakah tawaran Rasuah sudah menjadi sebahagian daripada strategi dalam jentera Pilihan Raya PKR untuk menang dalam sesuatu pilihan raya?

Kalau itu yang berlaku rakyat bertanya apakah layak Anwar untuk duduk bersama-sama dengan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang amat benci kepada Rasuah?

7 comments:

armani said...

Nik Aziz benci kepada rasuah??

Dia benci pada pemberinya saya, kerana penerimanya penyokong PR dan memberikan undi.

Beri jer yang salah, kalau diberi Nik Aziz suruh ambil, kalau gula kacau, kalau kain pakai .. alahai tok guru tersayang!!

Selama ini aku ingatkan 'pemberi dan penerima rasuah kedua duanya masuk negara' rupanya penerima akan terlepas dari neraka kalau undi PAS aka PR !!

Patutlah kerajaan ameno ni zalim kerana menghukum mereka yang makan (terima/ambil) rasuah

AnakWatan said...

biasa lah tu... kan org orang pas tu semua maksum belaka...

mana ada dosa....

kita nie sapa laa...

masih terikat dengan hukum lagi...

tu yg buat itu tak boleh ... buat ini tak boleh.... bak kata... semua salah belaka je...


tapi kalau puak pas yg maksum nie kan.. apa je buat semua betul belaka.....

Unknown said...

anwar pun manusia... kuching boleh dok same ngan n aziz, apa ada hal?

perbuatan terpuji, terkutuk atau sokongan kpd chin peng tu tak boleh le campur aduk... jasad tak salahkan duduk sebelah n aziz...

cuba pikir lain pulak...
n aziz ni layak ke duduk sebelah master mind anwar?

n aziz pun lum tentu masuk syurga ... anwar pun walau bukan orang pas, tak semestinya masuk neraka...

kalau ikut kisah-kisah lama... keadaan boleh terbalik... maybe masuk pkr macam masuk syurga, masuk pas tak tentu lagi... silap lidah dan beza2kan darjat n aziz & master mind anwar...haaaa? neraka ke syurga...

ada gak orang tak nak masuk syurga kot...

yusof said...

Satu soalan lagi, Najib belum 100% bersih dari kaitan dengan pembunuhan wanita Monglia. Adakah layak Najib berjabat tangan dengan Ketua Pemimpin Mongolia seperti Presidennyam, sekiranya mereka datang ke Malaysia, atau Naib melawat mereka. Tapi sukar nak difikirkan Najib masih ada telor untuk melawat Mongolia.

AnakWatan said...

satu soalan untuk yusof pulak....

apa jasa anwar pada negara?????

jawab jang.....

Unknown said...

Layak.Nik Aziz juga penyokong rasuah nombor wahid, beliau keluar fatwa boleh makan,minum,pakai harta benda yang diberi secara korup. Nik Aziz dan Anwar sama sahaja, Elizabeth pun dia boleh pegang-pegang entah-entah ramas-ramas sekali, lebih lagi lah Si Anwar tu. Moralnya, dua-dua peimpin besar Pakatan Syaitan sama sahaja akhlaknya.Terpulanglah kepada sesiapa sahaja,boleh ikut Mazhab Nik Aziz atau ikut Mazhab Anwar.Dua-dua penipu besar Ugama Islam dan Penjual Islam demi hendakkan kuasa.Bravo Nik Aziz, serban kamu nampak berlingkar syaitan.

AnakWatan said...

haha yusof.... bila kau tanya aje bab ... apa jasa anwar pada negara mesti dia hilang sekejap...

macam biskut pulak...

deiii tamby bila nak jawab nie...