Friday, February 23, 2007

JAWAB JANGAN TAK JAWAB….

· Pelaburan lebih RM40 juta
· Bursa Malaysia stabil
· Nilai ringgit kukuh

Abdullah Badawi menegaskan, pertumbuhan dan kedudukan ekonomi negara kita yang semakin baik bukan rekaan semata-mata. Beliau cuba menjawab persoalan rakyat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 22 Februari 2007 di PWTC berkenaan dengan penggunaan dana KWSP dan KWAP untuk menaikkan indek BSKL.
Beliau juga menjawab spekulasi rakyat yang menyatakan semua yang berlaku adalah helah dan strategi kerajaan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Tindakan kerajaan dalam menggabungkan syarikat-syarikat besar negara telah menarik ramai pelabur asing dan ini telah banyak membantu merancakkan ekonomi negara.
Beliau juga menegaskan bahawa segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat.
Apa lagi rakyat mahu?” jelas beliau kepada akhbar Utusan Malaysia.

Jika benar yang dijelaskan oleh PM kita....sudah tentu kita sebagai rakyat menyokong kepimpinan beliau. Apa yang ditakutkan selama ni, hak kita dipergunakan sehingga tiada lagi faedah yang kita boleh dapat. Tambah sedih lagi, bila hak kita digunakan...apa yang akan tinggal untuk kita di hari tua nanti...

3 comments:

gendut said...

rakyat mahu pemimpin yang tak tidur ketika berada di dalam apa2 seminar or forum

spongegoat said...

RAKYAT NAK HIDUP AMAN DAMAI, MENJALANKAN AKTIVITI HARIAN TANPA RASA RISAU DAN TAKUT, XDE HURU-HARA MCM BEBERAPA NEGARA, KEKAL SPTMANA SKRG, TIADA PERGOLAKAN POLITIK, EKONOMI BAIK, INFLASI RENDAH...

kopi_likat said...

pagi td plak aku dgr k'jaan m'sia dpt projek bilion2 ringgit kt timur tengah... wah, hebat skang ni malaysia!

aku hrp jgn omong kosong je statement2 tu... dan jgn la sbb ekonomi dh makin kukuh, kita makin lalai sbb sng hati. kena keje kuat lg! bkn sng nk p'tahankan sst yg kite ade...

n aku x brapa b'kenan la ngan statement.."apalg yg rakyat nak?"