Category: General
Posted by: Raja Petra
DIPETIK DARI TULISAN KAMAL AMIR
http://www.malaysia-today.net
DAN Abdullah Ahmad Badawipun berangkat lagi ke luar negeri. Biarpun musim-musim begini seharusnya imam mahzab Hadhari menghimpun wirid dalam tazkirah dan terawih panjang mencari nur keimanan, namun baginya berada di negara Eropah sebelum terus terbang ke kotaraya New York lebih penting, malahan baginya mungkin jihad di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam melontarkan buah pandangan serta melaksanakan dakwah Hadhari lebih penting dari semua itu.
Komen: Apa dengan terbang ke Eropah dan New York umat islam tak boleh beribadah ke? Apa ler kolot fikiran nih. Nak Solat terawikh tak semestinya hanya di Malaysia aje. Apa dah pandai sangat hingga boleh menilik samada PM kita bersolat atau tidak. Bangang!
Ingatkan musim Ramadhan penuh sendu dalam zikir serta munajat ke hadrat yang Maha Esa, memohon limpah kurnia Ilahi agar Malaysia terus makmur dan rakyatnya tidak dibelenggu kedaifan untuk hidup mengemis menjadi agenda utama seorang imam Hadhari, sebaliknya bertemu “boss besar” negara “uncle sam” lebih maha penting baginya.
Komen: Ini soal negara dan merupakan tanggungjawab PM untuk menjalankannya. Apa yang ko nak sibuk, ape ko nih PM ke hingga nak sibuk pikir masalah negara. Ini hal negara yang ko nak masuk campur apasal!
Soal rakyat mahu menghimpun zikir, ternanti-nanti kehadirannya untuk sama-sama dalam solat terawih bukan satu kelazatan iman tetapi naik jet eksekutif baru untuk terbang ke negara Eropah, khabarnya Paris, London dan New York adalah lebih afdal lagi… mungkin.
Komen: Inilah yang dikatakan pemimpin negara. Sebagai pemimpin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul demi menjamin kedamaian dan kesejahteraan negara. Sebagai rakyat kita perlu banyak berdoa untuk kesejahteraan negara dan agama serta mengharapkan semua kerja yang dilakukan oleh PM kita mendapat keberkatan serta dikurniankan Allah dengan rezeki. Kita sepatutnya sama-sama membantu untuk memakmurkan negara, bukannya melepak dan mengutuk orang melebihi segalanya kononnya kita sahaja yang pandai tambahan ini pula bulan puasa. Sama-samalah beribadah.
Selepas solat terawih di Ulu Kelang bersama Datuk Ibrahim Ali sebentar tadi sebelum menjamah enaknya ayam tandori restoran Dean di Taman Melawati, tiba-tiba beliau melontarkan perkhabaran baru. Katanya pengaruh isteri baru Abdullah Ahmad Badawi sudah mulai menular di beberapa sektor dagang.
Komen: Baru je selesai bersolat dan menghadap Tuhan yang esa, dah mula balik mengutuk dan menfitnah. Kononnya nak buat baik di bulan yang mulia tetapi hanya baik dari segi luaran tapi dalam hati busuk najis. Dah..sedarlah yang “Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari” jangan dok ingat amal ibadat hanya sesuai dilakukan bila dah tua nak mampos! Anytime jer Allah boleh “cut-off” nyawa korang. Depan Restoran Dean tuh jugalah kang ko padam dengan penuh kebusukan dalam jiwa, hati dan minda. “Manusia mati tinggalkan nama tapi korang satu geng mati tinggalkan najis dan kotoran minda!” Pada anak-anak serta generasi baru korang.
“Saya tidak pasti sama ada adik lelaki atau abang Jeaanne Danker yang pernah bekerja sebagai pramugara syarikat penerbangan MAS telah memperolehi anugerah kontrak membekalkan pakaian sergam kakitangan syarikat tersebut.
“Jumlahnya tidak banyak, tapi untuk sehelai pakaian seragam pramugara dan pramugari ditawarkan pada nilai satu ribu ringgit dan jika dihitung bolehlah bawa pulang lima enam juta ringit untung bersih,” Ujar Datuk Ibrahim Ali. Entah dari mana sumber yang diperolehinya saya sendiri tidak tahu, tapi dengar ceritanya begitulah. Sehabis melontarkan kenyataan tersebut, saudara Sayuti Omar yang baru mahu menjamah kueh teow goreng tersedak dan agak tersentak.“Masakan begitu cepat dah boleh dapat kontrak sebesar itu,” saudara Radzi peguambela syarie mencelah.
Komen: Nampaknya tidak serik jugak ko yer! Masih gemar menabur fitnah. Lagi masuk bulan puasa ni, lagi aktif ko berfitnah. Rasanya memang ko takder kerja lain selain daripada melepak menabur fitnah dan berfoya-foya dengan kaum kerabat korup ko demi mendapat maklumat busuk untuk dijadikan fitnah terbaru. Hasil usaha sesorang itu untuk mencari rezeki adalah bergantung bagaimana kuat dia bekerja dan berusaha. Dengan usaha yang tinggi tak mustahil rezeki yang melimpah-ruah akan dapat dikecapi. Tapi biasalahkan adat orang kita, dipenuhi dan dikawal oleh PHD (“Perasaan Hasad Dengki”) kerana tak tahan melihat orang lain berjaya. Jadi nak pendekkan cerita kaum kerabat ko memang merupakan ahli PHD yang paling berjaya sekarang ini. Aku tabik tapak kaki spring kat korang…
“Ini bulan puasa, tidak baik buat fitnah,” Sayuti cuba menyampuk.“Sama ada benar atau tidak you kena siasat, tapi yang saya dengar begitulah hebatnya dan mantapnya penguasaan janda anak dua isteri baru Abdullah Ahmad Badawi,” tegas Datuk Ibrahim Ali. Sambil rancak berbual tiba-tiba telefon bimbit saya menerima pesanan sms mencatatkan:
LEMAHNYA DOLAH....Analisa kajian terhadap pemimpin negara-negara Asia berhubung perihal Abdullah Ahmad Badawi mencatatkan :
1. Merupakan perdana menteri paling kerap keluar negeri
Komen: Ini lebih bertujuan untuk merapakan hubungan antara Malaysia dan negara luar. Hal ini penting untuk menjamin kesejahteraan negara.
2. Bekerja di pejabat kurang dari 10 jam seminggu.
Komen: Melalui masa padat kerana terpaksa menghadiri undangan rasmi dan lawatan kerajaan. Selebihnya memantau perjalanan kerja Menteri-Menteri dalam mentadbir jabatan masing-masing.
3. Paling kerap datang lewat di mana-mana majlis yang dijadualkan termasuk upacara antarabangsa atau memenuhi undangan Raja-raja Melayu.
Komen: Dipenuhi jadual ketat untuk upacara rasmi melibatkan barisan kehormat. Sebagai PM, beliau cuba memnuhi semua undangan walaupun mengalami kelewatan dalam perjalanan. Inilah yang dikatakan pemimpin yang berwibawa kerana masih mampu menghadirkan diri dalam majlis-majlis tersebut walaupun mempunyai jadual ketat, demi untuk rakyat dan negara.
4. Sering dilihat tertidur dalam majlis-majlis rasmi
Komen: Gambar-gambar yang disiarkan merupakan propaganda untuk memburukkan PM. Jurugambar sengaja mengambil gambar PM sebegitu semata-mata untuk menjadi pengalas hebohan pembangkang.
5. Paling malas membaca kerana tidak boleh memberi tumpuan kepada teks atau laporan
Komen: Beliau memberi tumpuan terhadap laporan yang ditulis untuk mengenalpasti objektif dan motif laporan tersebut ditulis. Ini bertujuan untuk membantu beliau memahami konteks laporan tersebut dengan lebih terperinci.
6. Amat bergantung kepada kaum kerabatnya untuk memperolehi input dari laporan sehingga kertas kabinet yang dianggap rahsia boleh dibahas oleh kaum kerabatnya, rahsia keselamatan negara turut dibincang dengan anak bini.
Komen: Laporan yang tidak berasas seperti ini hanyalah merupakan fitnah pembangkang bagi memburukkan imej PM.
7. Satu-satunya Perdana Menteri yang membiayai sendiri kos rawatan isterinya di luar negeri tanpa menggunakan wang kerajaan.
Komen: Merupakan satu-satu PM yang tidak mahu menggunakan wang kerajaan untuk urusan yang melibatkan kekeluargaan. Ini menunjukkan betapa PM sentiasa menjaga pengaliran wang negara agar ianya dilaburkan kepada urusan yang lebih penting bagi melicinkan pentadbiran negara.
8. Banyak menyimpan harta bersama dengan anak-anak di luar negeri
Komen: Laporan tidak berasas yang merupakan ungkapan fitnah politik pembangkang
9. Mengizinkan keluarganya memiliki pesawat jet peribadi dan disimpan di luar negeri
Komen: Pesawat tersebut adalah untuk tujuan rasmi kerajaan. PM memerlukan pesawat tersebut untuk memudahkan perjalanannya untuk lawatan kerja kerajaan. Dengan adanya pesawat ini, PM dan menteri dapat menghadiri majlis-masjlis rasmi kerajaan di luar negara dengan cepat dan selamat.
10. Satu-satunya Perdana Menteri bernikah dengan janda yang pernah menjadi orang gajinya sendiri.
Komen: Jodoh dan ajal ditangan Tuhan. Tiada siapa yang dapat menghalang ketentuanNya.
Wednesday, October 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang nampak sangat yang si Kamal Amir ni menulis ikut suka hati dia sahaja. Cerita takda apa-apa motif. Tetapi disebabkan lodakkan jiwa untuk mengelurkan fitnah pada PM jadi dia mampu menghasilkan penulis berusur fitnah sebegini.
Post a Comment