Wednesday, October 3, 2007

Kenaikan harga barang: Rakyat diminta berani tukar kerajaan

Ditulis oleh: Saidah Hairan Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan BN bertanggungjawab di atas kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini disebabkan pihak berkenaan kurang kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan negara.

Selain PAS, pelbagai pihak lain juga menyatakan keprihatinan mereka kerana bimbang rakyat semakin tertekan terutama menjelang sambutan Aidilfitri.

Misalnya, ahli dan penyokong Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi petang Ahad lalu (23 September) bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barang.

Cuepacs telah mengedarkan 30,000 risalah berkenaan kenaikan harga barang terutama 17 barang kawalan dengan menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot.

Komen: pihak Ceupac dan MTUC kempen boikot barang seperti minyak, ayam dan segala keperluan harian selama dua hari seminggu. Maka hari yang selebihnya berjalan macam biasa atau macamana. Kalaulah sedemikian maka ianya adalah semacam satu lawak jenaka yang tidak kelakar untuk diketawakan. Bukankah itu semua adalah barang yang sememangnya diperlukan dalam kehidupan harian.

Sepatutnya sebagai kongres pekerja yang sudah lama ditubuhkan, sepatutnya mereka perlu berfikiran logika dan positif dengan mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan dan bukannya bertindak macam fikiran anak-anak kecil. Sepatutnya pihak Ceupacs dan MTUC membuat kajian terperinci terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat seperti pembekal, dan pemborong agar dapat dikenalpasti apakah impak yang bakal dihadapi. Bukan terus desak rakyat untuk boikot barang keperluan harian.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenaikan harga barang keperluan itu berikutan tindakan kerajaan BN yang menaikkan kadar tol, harga minyak petrol dan tarif elektrik.
Menurut beliau, semua kenaikan harga barang asas itu terpaksa ditanggung oleh pengguna melalui kenaikan harga barang keperluan harian.

"Bagaimana penjual dapat mengedar harga barang dengan murah sedangkan mereka juga mendapat harga mahal," katanya.

Komen: Sedarkah kita yang negara kita semakin maju. Maju dalam pembangunan dan teknologi. Rakyat kita sekarang semakin mewah. Kakitangan kerajaan dan swasta gaji mereka dinaikan menjagkau RM 15,000. Tiada impak yang tinggi apabila harga barang dinaikan. Pada yang bekerja sendiri seperti peniaga ,penternak, pekebun, pekilang juga nanti akan dapat hidup mewah. Ini kerana wang yang dikeluarkan oleh sector swasta dan kerajaan akan disalurkan kepada mereka secara tidak langsung jadi adalah wajar harga barang naik. Ini menunjukkan kerajaan yang ada sekarang cukup bagus. Semua rakyat hidup mewah. kenapa pulak nak tukar kerajaan!

Mengulas kenaikan harga barang dan desakan boikot oleh MTUC dan Cuepacs itu, Ustaz Idris berkata, jika kerajaan boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga tol, minyak petrol dan tarif elektrik, insya-Allah peniaga tidak akan menaikkan harga barang keperluan harian.
Beliau berharap, Cuepacs dan MTUC meneruskan kempen boikot tersebut dengan mengingatkan seluruh kakitangan kerajaan dan swasta berani membuat perubahan untuk menukar kerajaan.

Katanya, menukar kerajaan melalui pilihan raya itu penting bagi menjamin ketelusan para pimpinan kerajaan dalam menguruskan kewangan dengan lebih teratur dan telus.
Katanya, rakyat mempunyai kuasa besar untuk mengubah kerajaan.

"Rakyat mesti keluar daripada kotak ketakutan yang ada pada mereka. Jika kuasa yang ada pada mereka tidak digunakan mereka akan menghadapi keadaan hidup yang lebih dahsyat dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lagi selagi BN memerintah," katanya.

Komen: Sebenarnya rakyat lebih berasa lega jika pembangkang keluar dari negara ini kerana dengan adanya parti perosak sebegini, berbagai perkara yang memesongkan fikiran rakyat dan negetif tidak akan dapat dikawal dan dibendung. Dengan adanya parti sebegini, dengan fikiran mereka yang “Negative Syndrome” negara tidak akan dapat membangun dan berdaya maju. Rakyat sebenarnya tidak takut pada kerajaan tetapi “meluatkan” pembangkang, dan sekiranya mereka masih belum pupus hingga tempoh 30 ke 40 tahun lagi, nescaya hancurlah negara.

"Jangan menganggap Umno sahaja yang boleh memerintah negara kerana itu amalan kurafat," katanya.

Komen: Amalah kurafat Tok Pa korang sanjung. Tiada sebarang halangan yang korang buat, sebaliknya membiarkan ia terus berleluasa. Siapa yang kurafat sebenarnya. Kalau di buat kajian, atau diselak kembali berita, lebih banyak unsur kurafat dan ajaran sesat ditemui dikawasan jajahan pembangkang. Jadi sudah terang-terang korang ketua kumpulan elit yang merupakan bapa pelopor ajaran sesat di Malysia ni!. Kalau dah macam ni maca mana nak perintah negara. Elok-elok rakyat majoriti beragama Islam terus tukar menjadi minoriti.

Idris berkata PAS yang memerintah Kelantan, mampu memberikan keselesaan kepada rakyat walaupun dikekang dalam banyak keadaan.

Katanya, pentadbir negeri tersebut mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan kewangan negeri walaupun dalam suasana yang ditekan kerajaan Pusat.

1 comment:

anisahmaisarah said...

tuntutan kepada kemajuan sesebuah negara, kenaikan harga barang adalah kerja-kerja para peniaga dan kita sebagai penggunalah yang perlu bijak dan tahu merancang setiap perbelanjaan