dipetik dari Sang Kelembai
http://www.malaysia-today.net
Dalam sirah Islam, dikisahkan akan seorang Badwi-orang arab pergunungan atau di Malaysia di panggil “Badawi” satu nama penghujung Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada hubungan dengan orang badwi di benua Arab kerana keluarganya keturunan China Kwan Tung. Dengan tiba-tiba datanglah seorang Badwi yang bertanya kepada Rasulullahlah yang sedang bersama-sama sahabatnya di tengah-tengah majlis taklim , “Bila agaknya saat kehancuran itu akan tiba”? Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjawab pertanyaan itu dengan serta merta tetapi sesudah majlis itu beliau mencari semula Badwi itu walau pun pada asalnya para sahabat memikirkan “beliau sudah mendengar pertanyaan itu, namun masih memikirkan tentang persoalan itu.”
Sabda Nabi S.A.W menjawab soalan itu “Apabila amanat telah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.” Ditanya lagi oleh Badwi itu, “Bagaimanakah tandanya amanat itu disia-siakan?,” Rasulullahlah S.A.W menjawab. “Apabila suatu perkara diserahkan/disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”Dalam Islam perilaku khianat atau menjadi pengkhianat kepada amanat atau amanah yang diberikan oleh umat bagi urusan mereka antara sebab yang boleh membenarkan dinafikan iman seorang mukmin. Kelakuan tidak amanat dan amanah seperti rasuah, menyalah gunakan kuasa, kroni dan nepotisme adalah kelakuan yang ada seperti perilaku Abdullah Hj Ahmad yang akan meraikan empat tahun menjadi Perdana Menteri dalam penghujung bulan ini.
Komen:
Dewasa ini, salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah dengan adanya perpecahan parah dari golongan fitnah, golongan pendusta, pengkhianat dan perosak yang mana masing-masing merasakan kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah dilabelkan sebahai golongan yang sesat. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka kononnya hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya atau yang berfikiran seperti dia, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.
Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh.
Adalah terlalu sukar untuk tidak mempercayai bahawa Abdullah Hj Ahmad yang mencari dan menyarankan untuk kita membongkar rahsia kita suci (sudah pasti Al-Quran – penulis ) tidak akan menemui ayat Al-Anfal yang melarang mengkhianati amanat, di mana firman nya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul nya (Muhammad SAW) dan (jaga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada mu, sedang kamu mengetahui.”
Monday, October 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment