Dipetik dari http://pasreform.blogspot.com/
Komen:
Tika saya membaca artikel yang di-pos di laman blog http://pasreform.blogspot.com/, saya kurang pasti samada penulis adalah seorang pro-UMNO atau sebaliknya, tetapi dalam coretan artikelnya telah menceritakan dengan jelas corak pemikiran dan pengurusan PAS yang sering berangapan yang mereka mampu untuk mentadbir Malaysia, lebih baik dari kerajaan sekarang. Ini membuatkan saya terpikir akan benarnya idea yang disampaikan oleh penulis.
Daripada apa yang disampaikan penulis, jelas menunjukkan yang PAS mempunyai minda pentadbiran negara yang jauh kolotnya dari Kerajaan dan Parti UMNO. Kenapa saya berkata demikian? Pertama: PAS lebih sinonim sebagai parti yang mengambil kesempatan membangkang apa-apa tindakkan yang dilakukan kerajaan yang bertentang dengan fahaman mereka. Kedua: PAS dilihat
PAS dilihat
Berikut adalah coretan yang ditulis penulis berkaitan isu ini:
Ini adalah suatu pandangan, idea, kritikan dan suatu percambahan pemikiran 'dari satu sisi' yang lain tentang PAS secara khusus. Secara jujur, akan ada pihak yang tidak bersetuju, tidak berminat malah lebih daripada itu menganggap apa yang dibaca nanti hanyalah 'sampah-sarap' yang perlu dibuang jauh-jauh kerana menganggap ia tidak benar dan tanpa fakta yang kukuh.
Namun, apalah salahnya kalau selama ini, entah mengapa kita hanya mendengar perkara yang ‘muluk-muluk' sahaja tentang PAS tanpa menyedari (ataupun mungkin terlupa dan leka sejenak) apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kerangka pertubuhannya sendiri sehingga kelihatannya apabila sesuatu parti itu menggunakan nama Islam, maka apa yang dilakukan secara automatic akan menjadi betul, perlu disokong secara mutlak dan tidaklah perlu ditegur secara serius kerana sudah mempunyai dasar-dasar yang berlandaskan al-Quran dan As-sunnah.
Walaupun PAS sudah lebih dua dekad menjadi pembangkang utama kepada Umno secara khusus dan BN amnya, ia wajarlah menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak merasa yakin untuk memberikan peluang kepada PAS (dan pembangkang lain secara amnya) untuk menguruskan negara ini mengikut acuannya yang tersendiri - walaupun ketika pilihan raya PAS mampu membentang manifesto yang kadang-kadangnya kelihatan 1000 kali lebih baik daripada manifesto yang dikeluarkan oleh Umno dan BN. Mengapa?
Apakah sebabnya? Dan apakah jalan penyelesaiannya? Ikutilah sebahagian daripada analisis yang sempat direkodkan.
Pertama, imej boleh memerintah. PAS kena menerima hakikat bahawa imej ini langsung tidak ada padanya. Tengok sahaja 'Kabinet bayangan' yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Seingat saya, ketika itu hampir seluruh pimpinan PAS mendapat 'demam Kabinet bayangan'. Sekarang apa sudah jadi? Sistem Kabinet bayangan ini adalah amat penting bagi menempatkan seseorang yang betul-betul pakar terhadap sesuatu bidang di dalam sesuatu kementerian yang diwakili malah kalau boleh dilihat 'boleh' menandingi menteri yang ada sekarang (kecualilah PAS ketandusan pemimpin bertaraf pakar untuk diketengahkan).
Maksudnya apabila timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan perumahan contohnya maka 'menteri' inilah yang sewajarnya 'bercakap' dan bertindak dengan efektif tanpa dikacau oleh orang lain yang 'tidak tahu menahu tentang perkara terbabit'. Sebarang tindakan pula, sewajarlah di 'follow up' sambil dibantu oleh 'timbalan menteri' atau sekurang-kurangnya 'KSU kementerian' serta ahli jawatankuasa yang lain, sehingga isu yang diperjuangkan itu mendapat perhatian pihak berwajib.
Namun apa yang berlaku sekarang cukuplah
Komen:
Kabinet yang ditubuh PAS dipenuhi tokoh-tokoh yang kurang pengalaman dan ilmu dalam menjalankan tugas. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmu yang cukup teguh untuk mengurus sebarang permasalahan yang timbul. Seringkali mereka tewas berikutan ke-alpaan mereka menguruskan harta intelektual minda mereka sendiri. Lihat sendiri bagaimana panglima angkatan mereka menguruskan anak-anak buahnya yang sedikit pun mencerminkan keperibadian seorang pemimipin. Cuma yang ada corak mengambil kesempatan menjahanamkan orang lain. Tak kurang juga kelemahan mereka sendiri menternak minda ahli mereka supaya bersatu dan bergabung untuk menyelesaikan masalah. Bagi mereka ahli kabinet yang dipilih adalah yang terbaik walaupun mempunyai latar belakang yang kurang ataupun tidak mencapai tahap pendidikan ilmu yang memuaskan. Ini yang menjadikan kabinet bayangan mereka rapuh dan dengan itu mudah digoyangkan oleh anasir-anasir dalaman mereka sendiri yang mempunyai agenda untuk membolot peluang yang mengutungkan di depan mata.
Tidak minat politik
Kedua, kita kena menerima hakikat bahawa, bukan semua orang
Kadang-kadang, mereka memang tahu pun Umno dilanda masalah rasuah, politik wang, adu-domba, kronisme dan sebagainya. Namun adalah 'lebih baik' memilih Umno kerana walaupun Umno teruk sekalipun, sekurang-kurangnya mereka ada duit untuk membuat pembangunan dan sebagainya. Inilah realiti sekarang.
Komen:
Dalam PAS sendiri kebanyakan ahli tidak memahami politik PAS itu sendiri. Apa yang dihidangkan di depan mata mereka hanyalah untuk tidak bersetuju dengan setiap tindakan kerajaan. Mereka dihidangkan dengan ceramah-ceramah yang mencemuh dan tidak mendatangkan sebarang ilmu pendidikan yang mampu mengasah ahlinya berfikir untuk memajukan diri, bangsa dan negara. Lihat sahaja di dalam web harakah-daily di mana kebanyakkan isu yang dibangkitkan dan dihidangkan untuk tatapan ahli yang seangkatan lebih menjurus kepada isu-isu menjatuhkan kerajaan, memek-memek mencemuh, memperkecilkan tindakan kerajaan dan sebagainya. Hingga ke perkara yang remeh turut diperbesarkan bertujuan untuk membuatkan rakyat terpesong minda fikiranya terhadap kerajaan.
Ketiga, mulai dari hari ini, PAS wajar hidup dengan menganggap bahawa hampir semua rakyat
Namun kebanyakan pimpinan PAS masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dalam pilihan raya yang lepas. Apabila kita tidak mengakui kesilapan kita, sebenarnya kita tidak pernah mengangggap 'kesilapan' itu sebagai suatu kesilapan. Maka, tidak mustahil kesilapan yang sama akan berulang. Mengakui kesilapan adalah amat perlu supaya kita boleh berubah untuk mencari kaedah yang lebih baik dan berkesan.
Oleh itu pimpinan PAS jangan merasa terlalu 'syok sendiri' dengan sentiasa merasa kita masih mendapat sokongan ramai kerana ini hanyalah akan merugikan diri dan parti. Tidak salah sekiranya kita berundur setapak untuk melompat lebih jauh.
Kadang-kadang, antara kesilapan sikap pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri yang kelihatan terlalu memperlekeh orang lain yang 'lebih besar' kuasanya. Kita perlu menerima hakikat bahawa PAS adalah parti kecil dan masih tidak bersifat nasional (sebagaimana yang ditekankan oleh Pemuda di dalam muktamar baru-baru in), justeru apabila ada sebilangan pimpinan dan ahli PAS yang mempersenda kewujudan sayap baru Umno iaitu Puteri suatu ketika dahulu dan ternyata pula sayap itu cukup berjaya memainkan peranannya dengan cukup berkesan, maka kita sendiri yang melopong dan cuba pula untuk menggunakan kaedah yang sama! Ini adalah suatu kesilapan yang sama sekali tidak patut diulangi.
Keempat, PAS wajarlah melihat reliti dan keutamaan. Memang difahami bahawa tujuan utama PAS adalah mewujudkan sebuah negara Islam yang hukum-hakamnya adalah menurut undang-undang Allah. Kalau ditanya kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS, memanglah jawapannya akan menjadi stereotaip begitu, tetapi sekiranya kita bertanya kepada orang lain yang bukan ahli PAS pula bagaimana?
Adakah mereka memahami apakah itu sebuah negara Islam? Dan mahukah mereka sebuah negara Islam sebagaimana yang difahami oleh PAS - dalam keadaan mereka cukup selesa dengan 'bentuk' negara yang mereka ada pada hari ini? Cuma, apa yang mereka tidak puas hati hanyalah pimpinan negara yang kelihatannya tidak prihatin atau tidak mengambil berat hak-hak mereka dan bukannya 'bentuk negara' itu sendiri.
Baiklah. Untuk memudahkan perbincangan kita, kita boleh membuat sifir yang mudah. Daripada lebih kurang 23 juta rakyat
Berapa pula jumlah yang tak solat? Setelah ditolak daripada jumlah ini, berapa pula yang minat politik - yang kebetulannya pula adalah politik Islam?. Katalah 12 juta. Tolak dengan ahli PAS menjadi 10 juta. Tolak dengan orang Islam yang ahli Umno, menjadi 5 juta. Adakah 5 juta ini secara keseluruhannya akan mengundi? Belum tentu lagi mereka akan mengundi. Dan yang mengundi belum tentu lagi siapakah yang akan diundi. Daripada jumlah 5 juta tersebut juga, mungkin 3 juta daripadanya langsung tidak memahami apakah itu negara Islam, pengisiannya, bagaimanakah ianya berfungsi, apakah objektif dan matlamat penubuhannya.
Ini sebagai contoh secara kasar sahaja, namun ia adalah logik untuk difikirkan. Oleh itu saya berpendapat PAS tidaklah wajar terlalu menumpukan sangat kepada isu negara Islam semata-mata di dalam keadaan pihak musuh (yang terdiri daripada orang Islam sendiri dan ejen luar) yang sentiasa sahaja memutar belit fakta dan menyebabkan bukan setakat orang bukan Islam malah orang Islam sendiri semakin tak faham dan keliru.