Dipetik dari http://www.malaysia-today.net
Satu daripada arahan penting dalam mengendalikan kehidupan kita supaya berjaya ialah mengelak daripada pembaziran. Seorang pembazir dikatakan saudara kepada syaitan, iaitu seorang jahat. Pembazaran satu penyakit masyarakat yang parah – penyakit barah!
Mengapakah seseorang, atau sesebuah pertubuhan, termasuk Kerajaan, dilarang keras daripada membazir? Jawabnya, dari segi ilmu ekonomi, pembaziran akan merampas hak orang lain daripada menikmati kehidupan yang wajar. Dalam masyarakat, masing-masing anggota masyarakat mendapat habuan dari hasil-hasil masyarakat itu, dari tanah, laut dan udaranya, dan dari hasil usaha masyarakat itu, tidak kira sama ada dia kuat atau lemah, pandai atau bodoh, cacat atau sempurna anggotanya, sihat atau sakit. Ini kerana tiap-tiap manusia dijadikan Tuhan dengan taraf yang mulia dengan hak-haknya yang dijamin oleh Tuhan, atau apa yang kita dikatakan, natural law, dalam bahasa Inggeris . Jika undang-undang ini dilanggar oleh manusia, maka berlakulah kezaliman dan kerosakan. Sebab itu sejarah memberitahu kepada kita banyak kes keruntuhan dan kemusnahan masyarakat-masyarakat dulu.
Komen:
Mengapakah pembaziran timbul? Apakah bentuk-bentuk pembaziaran itu?
Pembaziran timbul kerana watak manusia yang lemah. Sesetengah manusia, apabila mereka kaya dan berkuasa, mereka lupa daratan dan menjadi tamak dan bakhil, tidak mahu mengeluarkan zakat atau cukai yang dikenakan kepada mereka dan yang gagal bersedekah dari kekayaan mereka. Mereka membazirkan kekeyaaan mereka dengan
Pembaziran berlaku dalam pelbagai bentuk. Perbezaan pendapatan yang terlalu besar: di satu pihak, satu golongan kecil dalam masyarakat mendapat pendapatan yang terlalu tinggi dan satu golongan kecil di bawah mendapat pendapatan yang terlalu rendah; di antaranya, satu golongan yang agak besar mendapat pendapatan yang boleh dikatakan tidak cukup. Di negara kita, kita boleh memberikan contoh begini: 5% tertinggi mendapat pendapatan bulanan lebih dari RM 30,000. (seisi rumah berdasarkan 5 orang serumah); 20% mendapat pendapatan kurang dari RM 2,000 sebulan (yang boleh dikira miskin); dan 20% mendapat pendapatan sederhana antara RM 6,000 hingga RM 20,000, dan baki 55 % mendapat pendapatan rendah antara RM 2,500 hingga RM 6,000.
Sepatutnya, dengan belanja hidup kita hari ini yang memerlukan pendapatan RM 3,000 sebulan hetong panjang bagi sekeluarga lima orang, tidak ada isirumah di Malaysia yang mempunyai pendapatan kurung dari RM 3,000 sebulan. Ini kita panggil garis kemiskinan. Sepuluh garis lebih tinggi dari garis kemiskinan ialah RM 30,000 . Jika kita bahagikan pendapatan kita mengikut garis ini, tidak akan ada kemiskinan dalam negeri kita, dan semua orang boleh hidup dengan selesa. Tidak akan ada pencuri dan perompak, dan tidakakan ada belia yang perlu lari ke alam khayal dengan menghisap dadah. Mungkin juga kita tidak perlukan tempat-tempat hiburan dan sebagainya, seperti sekarang, kerana kita ada banyak bentuk hiduran yang lebih sihat.
Apakah masyarakat seperti ini di
Kita ada dua pilihan bagi gologan-golongan ini. Biarkan mereka meninggalkan
No comments:
Post a Comment