Tuesday, December 11, 2007

Kerajaan Umno-BN pengecut berhadapan dengan rakyat

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net


Tindakan kerajaan menangkap serta menahan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan para peguam serta aktivis Bersih semalam dianggap sebagai satu tindakan pengecut.

Komen:

Bukan ke di setiap perhimpunan dua-dua makhluk ini memang selalu ditangkap. Tak pernah sedar diri. Se-eloknya kali ini ditangkap dan dipenjara ISA sama seperti Anuar Ibrahim. Elok juga ditangkap daripada menyemak je merosakkan fikiran rakyat. Sengaja nak jadi batu api panaskan keadaan. Mereka ni boleh dilabelkan sebagai anjing tersepit. Bila dah terjerat melolong mintak pengampunan. Bila dah lepas makan tuan. Bagi rakyat yang inginkan ketenangan dan keharmonian dalam negara, makhluk sebegini lebih elok diasingkan daripada masyarakat daripada terus menyuntik onar kerosakkan.

Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat,Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan kerajaan menahan 8 individu sewaktu perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Kuala Lumpur dan disusuli dengan penahanan Mohamad Sabu serta Tian Chua serta 12 individu lain yang dikaitkan dengan perhimpunan aman Bersih pada 10 November lepas merupakan satu tindakan yang biadap.

Komen:

Siapa yang biadap sebenarnya! Konon nak memperjuangkan hak asasi manusia tetapi pemikiran dan tindakan sedikit pun tidak mencerminkan manusia yang berfikiran waras. Lebih kepada pemikiran militan untuk merosakkan sendiri hak asasi manusia. Sebenarnya individu yang terbabit inilah yang biadap. Biadap pada agama, bangsa dan negara.

"Siri penahanan ini melengkapkan siri penahanan terbesar dalam sejarah pemerintahan Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi selepas penahanan 32 individu rentetan perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November 2007.

"Inilah realiti pendaulatan hak asasi manusia di Malaysia, tidak ada ruang untuk rakyat berbeza pendapat dan menyatakan hak demokratik mereka melalui perhimpunan secara aman,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Komen:

Kalau nak menyuarakan pendapat bukannya dengan menggunakan cara “low class” seperti ini. Ambil contoh para pemimpin yang merundingkan hal kemerdekaan negara. Mereka menggunakan teknik atau cara yang sistematik dan penuh diplomatik dalam mendapat kembali kemerdekaan negara. Menggunakan cara bodoh sebegini lebih mengeruhkan keadaan daripada menjernihkannya. Perkara sebegini kalau dipimpin oleh individu yang berpendidikan nescaya tidak ada tindakan undang-undang dikenakan tetapi disebabkan dipimpin oleh sekumpulan manusia yang kononya menggelarkan diri mereka memperjuangkan hak-hak manusia, habis hancur dan kacau bilau jadinya. Jadi bagi penyokong parti-parti pembangkang, sedarlah yang ketua korang satu sen pun tak leh pakai otaknya. Kosong tak ada tokoh sebagai pemimpin. Cuma yang mereka tahu menyuntik nanah untuk merosakkan kotak fikiran korang dengan janji-janji dan idea kosong memperjuangkan nasib korang. Tapi kalau korang satu kepala dengan individu-individu haprak nih…lantaklah kat korang sebabnya yang rugi korang bukannya orang lain.

Tambahnya, penahanan ini jelas menggambarkan bahawa kerajaan Umno-BN telah terkeluar daripada landasan demokrasi dengan pencabulan hak asasi yang berterusan ini.

"Tambah memalukan, penahanan dilakukan dalam keadaan dunia sedang bersedia untuk meraikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada 10 Disember 2007.

"AMK tegas menyatakan bahawa penahanan ini bermotifkan politik sempit Umno-BN, dan sama sekali tidak ada kaitan dengan keselamatan awam yang dimomokkan oleh Umno-BN melalui media kawalan mereka,"katanya.

Shamsul menambah lagi betapa tindakan kerajaan ini membuktikan bahawa sebenarnya Umno-BN dibelenggu sikap pengecut dan tidak berani berhadapan dengan rakyat sebagai mana yang didakwa Abdullah dalam media Umno-BN hari ini.

Komen:

Silap kenyataan di atas ni. Sebenarnya individu-individu yang terbabit inilah yang semakin kecut kerana mengenangkan nasib mereka yang seperti telur dihujung tanduk, menunggu masa nak tersembam ke bumi dan disebabkan terkecutnya mereka maka cara mudah untuk menyembunyikan segala kelemahan minda mereka dilindungi dengan cara menyorok dibelakang rakyat. Mereka menpergunakan rakyat untuk menjayakan rancangan bodoh mereka ini. Sedarlah wahai rakyat Malaysia yang terlibat di dalam perhimpunan ini, anda telah menjadi tikus tabung uji oleh individu terbabit demi untuk menjalankan rancangan keji mereka.

"Kita tidak tahu, apakah ini akan menggambarkan landskap politik Malaysia di masa akan datang, di mana instrumen kerajaan termasuklah polis akan dimanipulasi secara terus menerus oleh pimpinan Umno-BN yang kian dihambat perasaan takut dan khuatir kehilangan kuasa dek dihukum rakyat marhaen.

"AMK menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan ini pada kadar yang segera tanpa sebarang alasan. Usah berselindung di sebalik aman demokrasi dan Islam Hadhari sekiranya Umno-BN terus menerus berlindung di sebalik undang-undang untuk mengekang perbezaan pendapat,"tegasnya.

No comments: