Adakah sesiapa yang turun ke akar umbi beberapa minggu kebelakangan ini mendengar suara dan perasaan pengundi atas pagar terutamanya di kalangan orang Melayu dan muslim? Keadaan sudah berubah. Senario sudah berubah.
Jika beberapa bulan lalu, UMNO dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "pecah kepala" memikirkan tarikh terbaik untuk pilihan raya, sekarang ini mereka boleh mengisytiharkannya pada bila-bila masa sahaja.
Puncanya? Demontrasi jalanan. Pemimpin dan penyokong kita semuanya syok sendiri. Sebahagian kita tidak memikirkan pandangan dan pendapat orang lain terutamanya majoriti pengundi atas pagar.
Sedarlah wahai pemimpin Pas, bahawa majoriti pengundi atas pagar pentingkan kestabilan, keselesaan dan kegembiraan. Mereka tidak mahu menghadapi kesesakan, lewat ke tempat kerja atau terpaksa menangguh agenda hujung minggu di
Komen:
Bukan hanya pengundi atas pagar sahaja yang perlu diambil kira, para penyokong PAS yang dah muak dengan pemimpin mereka yang bodoh sombong pun perlu diambi kira Marilah bertindak menyokong UMNO. Bagi penyokong PAS yang dah lama benci melihat pemimpin mereka yang 100% bodoh dalam kepimpinan mereka dan hanya pandai cakap tapi bangang dalam menilai dan membuat keputusan, masih banyak masa untuk mereka beralih untuk masuk menyokong UMNO. Menyokong UMNO untuk memartabatkan bangsa agama dan negara, menyokong pembangkang (PAS – Parti Amat Sial ) pemusnah dan penjual maruah, agama, bangsa dan negara seperti mana yang ditunjukkan oleh mereka sendiri dalam menyokong perhimpunan Hindaf yang lalu.
Apakah mereka ini akan mengundi kita selepas ini? Hakikatnya kita telah gagal pada 1999 apabila sungguhpun ramai yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi berubah keadaan apabila melihat keganasan demontrasi jalanan dan masalah yang mereka hadapi akibat demontrasi.
Pembangkang sudah kuat beberapa bulan lalu. Ini kerana kemarahan orang Melayu secara senyap kepada Abdullah sudah sampai ke kemuncaknya. Pergi sahaja ke kedai kopi, dalam teksi atau perbincangan sosial masyarakat Melayu bandar. Mereka sudah bersedia untuk mengundi pembangkang sebagai protes. Demikian juga di kalangan peniaga Cina yang marah dengan keadaan ekonomi. Mereka juga bersedia membuat kejutan.
Malangnya demontrasi Bersih I, Hindraf dan Bersih II telah memberi perspektif yang lain. Imej Abdullah kembali meningkat di kalangan orang Melayu bila memberi amaran keras terhadap Hindraf dan juga mengambil tindakan undang-undang.
Lebih malang, kepimpinan Pas pun lambat menjauhi diri dari isu Hindraf. Kenyataan menyelar Hindraf yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang disiarkan oleh Malaysiakini.com (lihat malaysiakini news uptade dalam artikel sebelum ini) minggu lalu dilihat sebagai sudah terlewat.
Komen:
PAS bukan lambat menjauhi isu Hindraf tetapi seperti sudah ada MOU antara mereka untuk bergabung tenaga menyokong satu sama lain walaupun terpaksa bertindak menjual maruah bangsa sendiri, tetapi demi untuk menagih simpati rakyat mereka teruskan tanpa ada sedikit pun di kepala hotak mereka yang tindakkan itu sesuatu yang bodoh dan tidak langsung mampu dipikir oleh orang lain yang berfikiran waras. Tetapi oleh kerana mereka merasakan terlalu cerdik dan tidak menghiraukan perasaan orang lain mereka bertindak diluar batasan minda rasional.
Memang patut mereka dikatakan bangang kerana mengambil keputusan untuk keluar dari BN pada 17 Disember 1977. Kononnya mereka merasa hebat menolok menyokong Rang Undang-Undang di Kelantan. Sebaliknya mereka sendiri yang rugi hinggakan kalah kepada BN setelah lama berkuasa sejak dari tahun 1959. Kononnya nak tunjuk pandai dengan menolok undang-undang kerajaan tetapi sebaliknya terjadinya “Menang Sorak Kampung Tergadai – Muka Toy’a Memang Tak Dak A’kai”.
Untuk kali ini nampaknya PAS kembali lagi membuat kes yang sama untuk menentang Undang-Undang Kerajaan. Nampaknya mereka langsung tidak belajar dari kesalah mereka yang terdahulu dan kesalahan yang sama nampaknya akan berulang kembali buat kesekian kalinya. Kita saksikan saja sekumpulan ketua monyet sarkas ini mencorakkan kepimpinan mereka dalam PAS untuk mengembalikan nostalgia mengadaikan kampung mereka dalam PRU akan datang.
Malahan kenyataan beralas seperti menentang memorandum Hindraf tetapi menyokong kebebasan berdemontrasi oleh Hindraf sukar diterima oleh majoriti orang Melayu.
Di kalangan peniaga Cina pula, demontrasi sekadar mengurangkan perniagaan mereka pada hari-hari tersebut dan meletakkan harta benda perniagaan mereka dalam risiko. Ini bukan bentuk politik yang mereka mahukan. Mereka tidak akan memperjudikan kepentingan perniagaan mereka untuk politik.
Selepas Hindraf yang kacau bilau, Pas sepatutnya tidak perlu terbabit dengan BERSIH II di Parlimen selasa lalu. Ia sekadar meriasaukan lagi rakyat biasa - orang yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya. Namun ia tidak diambil peduli oleh perancang strategi parti. Justeru sekali lagi provokasi UMNO berjaya meyakinkan orang ramai, pengundi atas pagar, bahawa kita hanya pencetus masalah dan ketidakstabilan.
Apa untungnya demontrasi Bersih selain menang sorak? Pengundi biasa yang terperangkap dalam kesesakan dan sekatan polis marahkan kita. Polis dan FRU (mereka juga pengundi) yang terpaksa berdiri tengah panas turut marahkan kita. Sebahagian pengundi Selangor yang turun ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi (selangor cuti pada selasa lalu) turut akan marahkan kita. Apakah mereka ini akan mengundi kita nanti?
Pilihan raya tetap akan diadakan mengikut acuan kerajaan pemerintah. Lebih malang, BN akan menang besar kali ini kerana silap strategi kepimpinan kita.
Kita mahu menang tapi jelas sekali kita mahu menang sorak sahaja bukan menang kerusi.
Jika benar kita percaya pilihan raya ini tidak bersih dan berlaku perubahan undi dan sebagainya, elok kita boikot sahaja pilihan raya. Baru ada makna perjuangan berbanding demontrasi yang menyusahkan semua orang.
Jika kita boikot pilihan raya, BN pun tidak boleh bermegah dengan kemenangan besar mereka.
Jika tidak, maka jadilah kita menang sorak kampung tergadai.
No comments:
Post a Comment