Thursday, August 7, 2008

Mahkamah Adil Benarkan Anwar Dijamin

Peguam: Mahkamah adil benarkan Anwar dijamin

Seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berlaku adil kerana membenarkan penasihat PKR diikat jamin.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat dengan bekas pembantunya pagi ini.

Sankara Nair, seorang daripada sembilan peguam Anwar, berkata hakim SM Komathy Suppiah telah mengunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar dengan membenarkan tokoh pembangkang itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Anwar dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Anwar pula berkata beliau sendiri telah menandatangi bon peribadi itu, demikian menurut laporan Bernama.

"Ia tidak libatkan sumber kewangan, dana dan passport saya juga masih kekal dengan saya," katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada 11.37 pagi.

Laluan ke kompleks itu penuh sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong beliau berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkkan kawasan itu.

Sumber Bernama.

Komen:

1. Apakah Datuk Seri Anwar dan Peguamnya Sankara Nair akan mengatakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah berlaku ADIL jika hakim membuat keputusan hari ini beliau tidak dibenarkan diikat jamin dan ditahan di penjara sehingga kesnya disebut?

2. Apakah Datuk Seri Anwar dan Peguamnya Sankara Nair akan memuji hakim SM Komathy Suppiah telah mengunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar jika hakim tersebut TIDAK membenarkan tokoh pembangkang itu dibebaskan dengan ikat jamin walhal kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan tidak membenarkan ikat jamin.

Rakyat boleh membuat penilaian dua perkara di atas. Mahkamah dan sistem kehakiman di negara ini dipuji kerana bertindak adil jika keputusan yang dibuat menyebelahi Datuk Seri Anwar.

Tetapi jika keputusan sebaliknya, bukan sahaja mahkamah dan sistem kehakiman di negara ini dikeji malah kerajaan pula dituduh berniat jahat dan berkonspirasi dengan hakim untuk menjatuhkannya.

Apakah semua keputusan mesti berpihak kepada Anwar baru semua pihak termasuk kerajaan, hakim, polis dan hospital dilihat adil serta bebas? Pihak Polis dan Hospital belum lagi mengambil ujian DNA dituduh sudah mahu memanipulasi keputusan ujian, hakim belum lagi membuat keputusan dituduh hakim sudah diperalat oleh kerajaan.

Apakah selepas memuji hakim di mahkamah, Anwar akan berubah sikap mengikut tempat dan masa mengeji dan menyerang sistem kehakiman negara sebagai tidak adil dan bebas berada dibawah telunjuk kerajaan dalam kempen Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh?

Rakyat sedang perhatikan!

12 comments:

yusof said...

Hakim Komathy ini sungguh bertuah kerana mendapat peluang untuk mengendalikan kes sebesar ini walaupun peranannya kecil saja, selain dari hari ini dan kemudian menghakimkan kes ini untuk dipindahkan ke makamah tinggi. Walau pun tidak berpeluang untuk mendengar kes ini lebih lanjut, hari ini tetap suatu kemuncak dalam kerjaya Komathy sebagai pengamal undang-undang. Sudah pastinya Komathy akan terus menjadi terkenal di kalangan rakan seprofesyennya dan peluang untuk berjaya lagi di masa hadapan adalah cerah baginya. Kata-kata dari peguam Dato' Anwar itu juga menjadi satu perangsang bagi Komathy untuk berjaya lagi samasa di dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta kelak.

Mr. Lhorat said...

Time magazine is on the verge of awarding Anwar to be 'THE MAN OF THE YEAR'.

Then Bodolah to be "Idiot of the Year"

Najis to be "Suspect Killer of the Year"

KJ to be "Beruk of the Year"

Hamis Albab to be "Dugong of the Year"

AnakWatan said...

anwar akan malu besar apabila kalah di tempat sendiri....


kalau kalah mcm mcm lah di kata kerajaan....

kalau menang mula la sibuk nak tubuhkan kerjaan bayangan....

agak agak anwar nie ingat mati tak....

sebab asyik sibuk bagi ceramah sana sini sampai anak sendiri pergi disko pun buat tak kisah...

dengar kabar dari penjilat kuat PKR dia nie alim....

betui ka...

mrf said...

heh, bila semua nya ok puji melambung2..bila tak sebelahi anwar, maki hamun semua kasik..

anwar memang sah meliwat pon..polis dah buat siasatan..polis sendiri bagi maklumat kat aku..ingat polis tu menipu ke..kalau tak percaya kat polis apsal papehal anwar ke pkr ke pas ke suka buat laporan polis??kata tak percaya kat polis..
pertuduhan takkan dibuat kalau takde bukti kukuh..polis dah kumpul semua bukti..sah anwar meliwat..tapi tu hak peribadi dia, hal peribadi dia, jadi aku tak kisah sangat..cuma aku kisahkan bila penyokong2 dia ni beraksi mcm beruk dan ada yg mcm babi mempertahankan idola mereka tak main bontot..

tapi bila dah naik court semua boleh berlaku..yang salah jd tak salah...yg tak salah jd salah..kalau nak kata mahkamah tak adil, kenapa anwar cuma disabit salah guna kuasa dan rasuah dan tak sabit sekali kesalahan liwat?so mahkamah memang dari dulu adil..walaupon cukup bukti kes liwat, tapi sebab teknikal ia jadi tak sabit kesalahan..

pembangkang ni bila hal2 tak smenyebelahi diorang semua tuduh itu ini tak betul, tak adil..memang sah kepala diorang di dah mereng mcm monyet..

yusof said...

mrf tulis "tapi bila dah naik court semua boleh berlaku" - siapa yang berani diheret ke makamah seperti ini? maka dengan sebab itu mulai Rahim Thambi Cik, Mahathir, Najib, Musa Hassan, Ghani Petai akan pastikan mereka tidak akan diheret ke makamah dengan apa cara pun selagi kuasa berada di tangan mereka di dalam parti pemerentah atau di dalam kerajaan, selagi kerajaan ini diperintah oleh kerajaan yang sama sejak 50 tahun lalu. Kita akan lihat apa akan jadi pada orang-orang ini selepas UMNO dan BN sudah tidak lagi memegang kuasa, tak kiralah samada selepas September ini atau apabila sampai masanya kelak dan bila sampai masa kerajaan UMNO dan BN ini akan tetap jatuh mungkin di dalam dalam hayat kita ini, sedangkan kerajan Soviet Union yang perkasa itu boleh tumbang, inikan pula kerajaan UMNO dan BN yang sudah pun retak menunggu tersungkur. Kita kira mulai hari, minggu atau bulan dari sekarang.

AnakWatan said...

Kau org pkr bodoh taksub sangat kat anwar tu....

apa kau dapat......

aku tak taksub dgn umno
.....
tak ada satu pun pemimpin umno tu aku peduli ... nak mampus ke tidak...
tapi aku tak mahu melayu berpecah belah.,...


dalam organisasi pkr tu ada cina ada keling... sah satu hari nanti depa akan jadi presiden pulak...

itulah taktik halus cina khususnya....

nak ambil alih malaysia secara terang memang susah... kena menyusup dulu macam parti komunis malaya buat....

sebab org cina atau keling tak dapat perintah tanah melayu nie kalau bukan dengan pertolongan ... pencacai macam kau nie beruk monyet babi yusof....

jangan nanti menang sorak kampung tergadai....

tengok apa majlis peguam dah buat... dah berani tunjuk belang sebab depa tahu melayu sekarang dah lemah... tengah bercakaran...

mrf said...

betul la cakap ko..aku sokong...monyet2 pkr ni taksub sangat dengan pemimpin sampai sanggup tgk melayu berpecah belah..aku pon bukan amik tau sgt pasal umno ke pas ke..tapi aku tgk senario melayu skrang ni dah teruk..

kat tempat kerje aku, org2 pkr ejek pakcik makcik yang sokong umno..sampai hilang hormat kat org lebih tua..kurang ajar betul..tu baru memerintah selangor, kalau negara??

lagi pon isu anwar main belakang tu memang dah ramai tau..mana boleh nak sorok bau bangkai..nak sorok bau tembelang pon tak boleh punya..sumber yang aku tau pun bukan sumber yg setakat dengar kabar angin..sumber yg memang ada kat sekeliling anwar..

yang mana terlalu taksub tu sama lah mcm pengikut ayah pin..dah tau salah pun sampai sanggup minum air basuh kaki..

yusof said...

Sudah terdapat di dalam surat akuan sumpah bahawa Dato' Najib, orang yang bakal menggantikan Pak Lah pun jenis main depan belakang, sampai perempuan yang kena main depan belakang ni hancur berkecai kena bom C4. Bayangkan Malaysia akan dipimpin oleh orang macam ini tak lama lagi, kecuali PR dapat mengambilalih PutraJaya lebih awal lagi.

WaZiRai said...

Saudara Yusof, tidak salah untuk saudara menjadi penyokong tegar PKR, DAP atau PAS tetapi gunalah akal fikiran dan janganlah menjadi penyokong yang membabi buta.

Saudara memuji hakim komathy kerana membebaskan Anwar dengan ikat jamin tetapi dalam masa yang sama saudara menyerang sistem kehakiman negara kerana tidak bebas.

Saudara jangan terlalu taksub dengan seseorang pemimpin sehinggakan yang hitam saudara katakan putih.

Saudara memfitnah Datuk Najib tetapi apakah saudara tahu yang Datuk Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak pernah mengenali wanita yang bernama Altantuya.

Tetapi sehingga hari ini, idola saudara Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak meliwat Saiful!

Fikirkanlah....

yusof said...

Saudara, fakta tentang kaitan Dato' Najib dengan kes Altantuya sudah ada dalam surat sumpah anak hindu Bala tu, mungkin orang Islam tidak boleh percaya sumpah orang hindu, tapi kalau ditakdirkan Bala itu masuk Islam dan menggulangi sumpahnya dengan nama Allah, sudara akan percaya ke. Namun jika Dato' Anwar membuat sumpah dengan nama Allah 10x pun, dia tetap akan diheret ke makamah. Samada Dato' Najib sumpah atau tidak sumpah dengan nama Allah, tiada siapa berani bertindak ke atasnya selagi kuasa berada di tangannya. Tunggulah satu hari nanti bila dia sudah takda apa apa kuasa dalam kerajaan.

shah said...

Tak Kisah lah kena ke mahkamah. Orang yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kalau kita teraniaya, Allah makbulkan kan doa orang yang teraniaya. Kita buat sembahyang hajat, minta petunjuk. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah tak sekarang nanti.

yusof said...

Sdr Shah boleh join kami pada setiap malam Khamis selepas Ishya, sembayang hajat di rumah DSAI