Bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan. Pas juga tetap berpendirian untuk kekal berada di dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.
‘‘Sehubungan ini, sebarang tawaran daripada UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat sama ada Pusat atau negeri tidak lagi berbangkit’’
Komen:
Kenapa masih mahu mempertahankan ego tinggi yang tidak boleh dibawa kemana pun malah kelak akan dipersoalkan di liang kubur atau di akhirat? Mengapa menolak penyatuan antara parti yang memegang teguh dalam memartabatkan Islam dan juga Melayu? Adakah dengan lebih mementingkan ego dan dendam kesumat mampu membawa cahaya baru dalam memperjuangkan Islam dan rakyat? Soalan-soalan ini perlu mendapat jawapan yang khusus.
Mereka sanggup meng-ia-kan semua tindakan parti gabungan baru mereka berkaitan isu-isu sensitif umat Islam, menutup sebelah mata apabila ada pihak menghina Islam dan yang lebih teruk tidak mengadakan sebarang tindakan apabila nama Allah yang maha agung dipersendakan oleh makhluk berminda syaitan. Mereka lebih sanggup melihat ini terjadi daripada menerima pelawaan ikhlas parti umat Islam untuk menamatkan segala onar yang dilemparkan oleh parti anti-Islam terhadap Islam itu sendiri. Mengapa begitu hitam hati mereka, mengapa begitu kusut otak mereka dan mengapa buta tuli mata mereka hingga tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Jika kuasa yang menjadi penentu dan luka lampau dibangkitkan semula, apa tidak ada cara lainkah untuk kita bermaaf-maafan dan melupakannya demi untuk memartabatkan bangsa sendiri di kala rakyat terutamanya Melayu dikopek satu persatu martabat mereka dan disula hak mereka semahu-mahunya.
Sayang...mengapa perlu jadi sebegini. Apa kuasa, ego dan dendam mampu membawa mereka melepasi titian menyeberangi neraka dan mampu dikira sebagai pahala terhebat yang mereka pernah lakukan sewaktu berada di atas muka bumi ciptaan Allah S.W.T
renung-renungkanlah....
8 comments:
Hanya yang buta tuli saja mudah menerima pelawaan, baru nak berbincang sudah ajak bentuk kerjaan bersama, macam baru nak berkenalan sudah ajak tinggal bersama. Ini cara UMNO memerangkap PAS,tapi bagi PAS sudah terang lagi jelas, kalau dah kena sekali, tak salah lebih berhati-hati jangan terkena lagi.
Memang PAS buta tuli kerana mudah terima pelawaan DAP. Kalau bersama UMNO, PAS yang letak syarat. Tapi bila bersama DAP, PAS kena ikut syarat. Syaratnya ialah jangan sebut pasal negara Islam dan undang-undang Islam. Tapi PAS boleh terima dengan senang hati, amat menghairankan. Kadang-kadang tefikir juga saya, PAS tu mukmin atau munafik. Astaghfirullahal azim. Ampunkanlah hambamu ini ya ALLAH.
memang gila..orang nak memulakan perpaduan yang berpecah belah, dituduh pulak nak memerangkap..hai yusop..otak ko tu dah masuk air agaknya..adakah mak pabak ko membesarkan ko dgn duit haram ??mungkin juga..
walaupon org PAS melemparkan kata2 kesat dan negatif kat umno sampaikan ketahap sapa yang undi umno takkan masuk syurga walau setinggi mana amal ibadatnya, aku tetap sokong kerjasama ini asalkan perpaduan melayu kekal dan semakin kuat..
tapi malangnya pas yang berfikiran jumud mcm himar ni bodoh wal sombong mcm titis2 najis babi di kandang babi menuduh umno nak memerangkap dan menolak perpaduan melayu sambil terus sudi menjadi himar peliharaan DAP..nak buat mcmane..ada jugak golongan dungu yang dalam pas..mcm mereka saja yang tau agama..orang lain jahil agama..
apapun tahniah dan terima kasih kepada Hj Hadi diatas kesudian dan kesedaran yang timbul untuk bertemu umno walaupun ditentang keras oleh nik aziz (ulamak celup),husam musa(hero bengap) dan beberapa pemimpin Pas lain.
--teringat kisah selepas pilihanraya apabila seorang anak terpaksa mewalikan hakim untuk bernikah kerana bapanya tak sudi walikan anaknya kerana berkahwin dengan orang umno!! kesian..
ajaran apa yang dibawa oleh pas ni.. aaa lu pikir la sendiri!!
Anwar,Lim Kit Siang sangat berdukacita jika harga minyak diturunkan.Saya jangka YAB PM akan menurunkan harga minyak berikutan harga dunia.Penurunan ini bukanlah pada kadar yang tidak munasabah tetapi setara dengan harga semasa. Tidaklah terlalu rendah hingga membebankan kewangan kerajaan.Yang sangat pasti gerembolan Anwar sangat tidak suka, mereka hidup dan berkuasa diatas kesukaran orang lain.Gerombolan Anwar suka minyak menjadi RM 10.00 seliter, dia boleh dapat kuasa dengan cara menipu dan manipulasi, dia tahu dia tidak mampu turunkan harga minyak tetapi nafsu dan gilakan kuasa Anwar terus menipu.Nah jika harga minyak turunkan, Anwar pasti kata nak dapatkan undi, ini hasil kerja dia, YAB PM takut akan dia.Jangan mimpi orang takut pada Anwar, Penipu Akhir Zaman akan terbongkar juga tipuan mereka.
Baru anwar tahu langit tinggi rendah....
kepada yusof.... agaknye lidah ko dah penuh najis jubor anwar... sebab tu ko sokong anwar mcm nak mampus...
tak payah taksub pada anwar tu yusof... aku pun tak taksub pada umno....
tapi aku mahu org melayu memerintah negara melayu ini...
kau sendiri boleh tengok perangai DAP cibai tu kan...
lebih baik koau taksub pada Nabi MUHAMMAD S.A.W.....
anwar tak beri syafaat pada kau di akhirat nanti... begitu juga umno...
tapi dalam barisan PKR tu ada bangsa apa....
kau nie tak ngaji islam agaknye... atau memang mak bapak kau bagi kau makan duit haram.... sebab tu kau tak tau adil dalam ISLAM macam mana...
Satu artikel yang disiarkan di dalam laman Web Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini. Tajuk tulisan ini sudah cukup menggerunkan “Doa Pembangkang Barang Naik Dimakbulkan”.
Ada dua perkara yang perlu dilihat di dalam tulisan yang disiarkan ini.
Pertamanya, begitu rendah sekali mutu blog Pemuda UMNO sehinggakan tulisan seperti inipun disiarkan. Keduanya, pemuda UMNO mengakui bahawa doa pembangkang memang cukup mustajab sehinggakan laungan BN Barang Naik pun Allah terima sebagai doa.
Itu baru BN Barang Naik,
apa akan terjadi jika ketika kempen pilihanraya yang lalu pembangkang menggunakan
BN Bangkai Najis, Barua Negara, Beruk Negara dan lain-lain lagi?
Ngapa PAS tolak tawaran, kerana PAS tahu ia datang dari seekor buaya kelaparan yang mulutnya sedang ternganga besar dengan umpan-umpan di dalamnya seperti perpaduan Melayu, ketuanan Melayu. Kalau dah resmi buaya tetap buaya dari dulu sampai sekarang dan buaya akan tetap makan bangkai. Dulu keluaraga aku sendiri hampir menjadi mangsa anak-anak buaya di sarang terbesar di sebelah selatan. Nasib baik arwah ayah aku seorang yang berdikari tidak bergantung kepada buaya UMNO, tapi bisa dicap oleh buaya umno sebagai penyokong Parti Kepala Lembu, sedangkan arwah ayah ku seorang yang hanya tahu setiap hari pergi kerja mencari reseki, tak suka campur urusan mereka. Dalam diam-diam buaya UMNO ini menyimpam dendam untuk merampas tanah ayah aku. Itulah buaya UMNO.
"Mufti" disisi Imam Hadhari seolah-olah tidak ada bezanya dengan seorang artis. Sebab itulah fatwa mufti, teguran mufti dan nasihat mufti tidak langsung dihiraukan oleh beliau.
Sudah banyak kali mufti menegur perbuatan Imam Hadhari menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Negara namun ianya tidak sedikitpun memberi kesan kepada Imam Hadhari. Tahun ini Imam Hadhari sekali menyempuran kalungan bunga ditugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.
Tidak terdetikkah di hati Imam Hadhari bahawa perbuatannya bercanggah dengan Islam. Atau mungkinkah ajaran Islam Hadhari yang dianuti oleh beliau memberikan pahala dan ganjaran besar kepada sesiapa yang menghormati patung atau tugu seumpama itu.
Sejak Imam Hadhari menjadi Perdana Menteri saban tahun beliau 'mencemar' duli mengalungkan bunga di Tugu Negara. Namun tidak ada satu teguran pun dibuat oleh penasihat Agama Perdana Menteri Mid Man atau Menteri beliau, Zahid Hamidi atau Ustazah bermekap Mashitah Ibrahim. Mengapa mereka ini senyap tidak berkata sepatah pun.
Tahun ini Imam Hadhari 'buat perangai' lagi mengalungkan bunga ke Tugu Negara beberapa hari lalu. Kali ini ada seorang Mufti yang berani bersuara memberikan nasihat kepada Imam Hadhari. Mufti tersebut tidak lain tidak Dr Mohd Asri Zainal Abidin, anak kelahiran negeri Imam Hadhari sendiri yang sekarang menjadi Mufti Negeri Shahidan Kassim.
Asri di dalam blognya jelas menyatakan bahawa perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Seterusnya beliau menambah lagi bahawa perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.
Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin."Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.
Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar." Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera."Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita?
Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.
Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis."Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.
Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya. Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.
Kita yakin teguran Mohd Asri ini tidak akan memberi bekas kepada Imam Hadhari kerana sebelum ini sudah ramai yang menasihat dan menegur beliau namun beliau tetap mengulangi perbuatannya itu.
Namun saya mengharapkan Imam Hadhari segera insaf dan kembali ke pangkal jalan. Janganlah memberikan contoh dan tauladan tidak baik kepada rakyat.
Post a Comment