Friday, March 6, 2009

Tidak Memihak Pembangkang - Tidak Perlu Terima Court Order


Karpal: Ignore Court Order

KUALA LUMPUR: The Perak Pakatan Rakyat lawmakers can ignore the Ipoh High Court order declaring the emergency state assembly meeting held under a tree on Tuesday as illegal, said DAP chairman and veteran lawyer Karpal Singh.

"The High Court decision is a contempt of the state assembly as it had acted out of its jurisdiction... the decision itself is debatable. It can't interfere in the internal proceedings of parliament of a state assemble," he said at the Parliament lobby yesterday.

Karpal also said the Perak PR leaders should not challenge the court's decision.

"Why challenge something that is non-existent? Ignore the High Court order. It (the order) is null and void and it is not required to be followed," he said.

New Straits Time - Thursday, March 5, 2009.

Komen:

Inilah wajah parti pembangkang di Malaysia. Kalau keputusan mahkamah memihak kepada mereka, mahkamah akan dipuji melangit tetapi jika keputusan sebaliknya mahkamah dituduh tidak adil dan mereka tidak mahu menerima perintah mahkamah.

Pemimpin dan penyokong parti pembangkang bersorak riang apabila Hakim Komala menetapkan bicara kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal di Mahkamah Sesyen. Ketika itu bukan sahaja Anwar malah Karpal memuji Hakim Komala dan yakin sistem kehakiman negara bebas kerana membuat keputusan menyebelahi Anwar.

Dalam kes di Perak, keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi parti pembangkang. Sekali lagi mahkamah dituduh tidak bebas dan tidak adil. Karpal yang sebelum ini memuji Hakim Komala dan yakin dengan sistem kehakiman di negara ini telah menyelar keputusan Mahkamah Tinggi kerana tidak menyebelahi mereka.

Inilah budaya politik baru yang cuba dibawa oleh parti pembangkang - menghasut orang ramai supaya jangan menerima keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Budaya politik seumpama ini sangat merbahaya jika tidak dicegah kerana boleh menimbulkan keadaan huru hara dalam negara.

Sudah tiba masanya Karpal dikenakan tindakan tegas. Jika Karpal dibiarkan terus membuat kenyataan yang menghasut dan menimbulkan keadaan tegang dalam negara dibimbangi rakyat yang sudah lama bersabar akan bangun bertindak dan keadaan menjadi lebih buruk.

16 comments:

AnakWatan said...

itulah pembangkang.... semua org salah dia aje betul...

aku tak heran tgk gelagat beruk2 pkr nie....

kalau dulu sultan salah... sekarang nie mahkamah pulak salah...

habis sapa yg betul?

kalau BN nak hancurkan pr nie bukan susah tapi kerana BN terlalu demokrasilah pr naik kepala....

pakatan rebah tak payah lah nak propaganda lagi... rakyat dah muak... tembelang kau dah pecah... helah kau dah busuk...

dasar manusia sial.... patut di ISAkan aje...

yusof said...

Sentimen anakwatan ini tandanya pemimpin UMNO dan BN sudah buntu, segala alat yang dicipta oleh mereka, demokrasi ala mereka, undang-undang, makamah, polis dan ISA tidak mudah lagi untuk digunakan untuk menekan pembangkang. Kita akan melalui satu kemarau panjang di dalam pembinaan negara ini di semua peringkat, dan bersedialah kita melaluinya. Baru setahun UMNO sudah merasa pahitnya sebagai pembangkang di 5 buah negeri, belum lagi sebagai pembangkang di peringkat persekutuan. Mudah-mudahan UMNO sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini.

AnakWatan said...

masalahnya... kenapa pkr tak nak terima kenyataan....

semua org salah...

apa kau betul sangat ke... ?
bagus sangat ke?

kalau org memihak pada pkr aje lah betul?

Ya UMNO sudah bersedia menghadapi kemungkinan bahawa 3 pilihanraya kecil ini akan memihak pada BN...

dan kedah akan jatuh ketangan BN juga...
itulah kemungkinannya...

yusof said...

Orang kata sedangkan di mulut naga boleh di rampas, ini kan pula proses makamah, kalau sudah diterima proses kemungkinan tandanya fikiran sudah mula terbuka. Kemungkinan atau possiblity dalam bahasa Inggeris adalah samada berlaku atau tidak dan kebangkalian itu lebih menjurus kepada peluang untuk berlaku. Siapa yang lebih benar dari siapa yang lebih tidak benar? Hanya mereka yang bersungguh-sungguh mempertahankannya akan sentiasa dikenang di sepanjang zaman, undang-undang, makamah dan penggunaannya adalah atas dasar motif manusia. Sekiranya pemimpin UMNO boleh menerima nada ini, tandanya Malaysia masih wujud di masa hadapan.

AnakWatan said...

kesian yusof....
baru sekarang kau sedar betapa berkuasanya UMNO dan betapa demokrasinya UMNO....

padan muka pakatan kencing rakyat

citraraden said...

Demokrasi ala UMNO, betapa demokrasinya hanya ada dalam kamus UMNO dan istilah demokrasi dalam kamus UMNO ini sudah tidak boleh dipakai lagi dan maka apabila luputnya ala demokrasi UMNO, luputlah kuasa UMNO. Boleh berlaku lebih cepat dari jangkaan, dari lebih 90% dalam parlimen, tinggal tak sampai 65%, tolak 5 negeri dan turun lagi selepas PRK Kuala Terengganu. Buat masa ini UMNO hanya boleh perbaiki kedudukan mereka dengan cara saki-baki demokrasi mereka, seperti di Perak. Lepas tu takda lagi dah, kenalah ambil tempat di belakang dalam parlimen dan dewan negeri.

yusof said...

Rais Yatim kata usaha pembangkang untuk cuba menghapuskan kuasa raja lebih teruk dari tindakan UMNO menghapuskan immuniti raja tahun 1993 dan pada masa ini baru dia sedar tidak mudah mengembalikan semula immuniti raja di parlimen. Siapa punya angkara menghapuskan immuniti raja kalau bukan umno? Yang bodohnya kata Rais Yatim ini, bagimana nak hapuskan kuasa raja kalau tidak dibuat di parlimen? UMNO telah melakukannya terlebih dahulu sebab telah lupa daratan akibat terlalu banyak kuasa di tangan mereka, sekarang mereka sudah ketakutan kerana akan hilang kuasa, maka mereka pun mula cuba putarbelit dengan mengatakan semua manusia itu sama, kalau dapat kuasa akan buat perkara yang sama macam mereka. Teringat filem holywood "the heaven nation" kesah perang salib, paglima Kristian sanggup bermatian mempertahankan kota Baitulmukadis kerana takut tentera Islam yang menang akan melakukan kezaliman ke atas orang Kristian sama seperti pernah mereka lakukan ke atas orang Islam. Inilah sikap manusia yang pernah menyalahgunakan kuasa akan sentiasa merasa takut pada kesalahan sendiri. Sekarang berlaku pada pemimpin UMNO

AnakWatan said...

bukan menghapuskan kuasa raja la bodoh...

masa tu ada sorang raja yg tersalah guna kekbalan yg ada...

kamus demokrasi UMNO ... memanglah
sebab tu Malaysia AMAN

kamus demokrasi pakatan rebah .... hancur negara...

itu kau kata demokrasi... kalau dulu Malaysia aman bila ada muka pak jubor nie.... hancur malaysia...

jadi huru hara tu kau kata demokrasi...

weii berapa banyak anwar bayar kat kau tu yusof...

AnakWatan said...

FIKIR SEJENAK..

Seorang peguam sivil selalunya mencari makan dengan memberi pembelaan kepada mereka yang sanggup membayar mengikut nilai yang ditetapkan. Sesetengah peguam berkhidmat untuk memberi kesaksian dengan berbohong apabila bekerja untuk membela seseorang yang telah diketahui olehnya bersalah. Sesetengah peguam yang handal telah membuatkan pesalah jenayah terlepas bebas dan meraih untung demi memberi ketidakadilan kepada keluarga mangsa.

AnakWatan said...

Telah menjadi sandiwara kedai kopi betapa Pasir Dua Butir telah menjadi nama rasmi negeri Perak. Pakatan Rakyat mendapat malu besar. Kemaruk kuasa melampaui adab hidup beraja dan mereka mula bersifat anti feudal.

Hinggakan untuk melepak diwaktu petang di tepian padang, boleh menggunakan ayat " Jom buat sidang DUN bawah pokok!"

Itulah penghinaan yang diperoleh PR dengan sikap kartun mereka, Ketaksuban membuka undang-undang mengikut pemahaman mereka mengakibatkan mereka terlupa bahawa rakyat mula mengkaji perlembagaan negeri.

Akibatnya, mereka telah menyangka bahawa mereka yang paling pandai walhal mereka tidak.

AnakWatan said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

AnakWatan said...

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

AnakWatan said...

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

AnakWatan said...

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

AnakWatan said...

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,
Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia

Mr. Lhorat said...

PESTA SEX PEMIMPIN UMNO

Kenyataan ini dibuat kerana menyahut cabaran pihak-pihak tertentu khususnya merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh:

a. YB Zainuddin Maidin yang disiarkan dalam akhbar The Star pada Sabtu 02.04.2002 mendakwa saya 'keeping big secret' dan mencabar saya membuat pendedahan umum;

b. Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Naib Presiden UMNO dan
YB Tan Sri Khalil bin Yaakob, Setiausaha Agong UMNO yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times bertarikh 29.04.2002 yang antara lain mendakwa saya "was reluctant to reveal the truth... with regards to serious national issue".

c. YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO yang disiarkan oleh RTM melalui Berita Tengah hari pada 02.05.2002 yang mendesak saya supaya mendedahkan 'rahsia besar' yang saya ketahui semasa menjadi Imam Besar Masjid Negara.

Kita cuba jelmakan watak-watak yang terlibat dalam Rahsia-rahsia Besar :-


(1). Masalah bekas ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis semasa isterinya terbaring sakit dan hampir lumpuh.

(2). Masalah kesahihan kahwin lari yang dilakukan oleh pemimpin tinggi UMNO membabitkan seorang janda di Selatan Thai. ~ Muhamad Mohd Taib (Mat Tyson)

(3). Masalah tangkapan khalwat pemimpin tertinggi UMNO dengan seorang artis (Ziana Zain) di Port Dickson. ~ Najib Tun Razak

(4). Masalah pemimpin tinggi UMNO bermain kayu tiga dengan isteri orang dan akhirnya menyebabkan perceraian wanita tersebut. ~ Ruhanie Ahmad

(5). Masalah pemimpin UMNO mempunyai hubungan dengan gadis bawah umur. ~ Rahim Tamby Chik

(6). Masalah pemimpin tinggi UMNO mengadakan hubungan sulit dengan seorang gadis yang akhirnya gadis tersebut mengandung dan melahirkan anak hasil hubungan itu. ~ Shahidan Kasim

(7). Masalah tokoh korporat mempunyai hubungan sulit di luar nikah.

(8). Masalah pemimpin tinggi UMNO yang menyimpan dan mengadakan hubungan sulit dengan seorang pelajar bawah umur disebuah perumahan mewah di Kuala Lumpur. ~ Shahidan Kasim

(9). Masalah tokoh agama / ulama' UMNO yang mengadakan hubungan sulit tanpa nikah dengan seorang wanita, dan kemudiannya menggunakan kedudukannya
untuk menganiaya wanita tersebut. ~ Ismail Ibrahim

(10). Masalah pemimpin tinggi UMNO didakwa mengadakan hubungan sulit dengan iparnya dan melahirkan anak dari hubungan tersebut. ~ Abu Hassan Omar

(11). Masalah rumahtangga pemimpin tinggi UMNO dan isterinya bersabit daripada pemimpin tersebut mempunyai hubungan dengan wanita lain dan permasaalahan tuntutan perceraian, tuntutan harta sepencarian, nafkah dan lain-lain.

(12). Masalah pemimpin UMNO (calon pemilihan Ketua Bahagian UMNO)yang didakwa oleh isterinya memaksa beliau (isterinya) melakukan hubungan seks diluar tabi'i dan berakhir dengan penceraian.

Saya berharap mereka tidak menimbulkan keadaan yang akan
memaksa saya mendedahkan kemungkaran dan kemaksiatan tiap pembesar dan pemimpin negara termasuk para Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang pernah dirujuk kepada saya sebagai Imam Besar Masjid Negara untuk meminta pandangan, nasihat dan kaunselling.

YB USTAZ HAJI.TAIB AZAMUDDEN BIN MD. TAIB
AHLI PARLIMEN BALING
Bekas Imam Besar Masjid Negara